bahasa malaysia pmr auto saved)

Upload: sophia-ling

Post on 07-Apr-2018

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    1/51

    BAHASA MALAYSIA PMR

    Kertas Satu

    Soalan 1-7 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat)

    - Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa

    kata yang mantap.- Banyak membuat latihan dan merujuk kamus.- Semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata

    yang anda kuasai.- Soalan 1-7, ilustrasi mungkin digunakan dalam soalan tersebut bagi

    membantu murid-murid memilih jawapan yang tepat dan betul.

    Contoh Soalan:

    Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling

    sesuai.

    Contoh 1

    Mata abang ____________ apabila lampu biliknya dipasang oleh ibu.

    A. terkebil-kebilB. terpinga-pingaC. berpinar-pinarD. berputar-putar

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Berpinar-pinar bermaksud silau. Terkebil-kebil pula bermaksud tidak dapat

    melelapkan mata, terpinga-pinga disebabkan oleh janggal atau tidak biasa

    dengan keadaan di suatu tempat yang baru, manakala berputar-putar

    membawa maksud berpusing-pusing.

    Contoh 2Pak Mamat mencantas _____________ pisang di kebunnya.

    A. buah

    B. pokok

    C. batangD. pelepah

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah D

    Dalam ayat tersebut, kata kerja mencantas bermaksud memangkas atau

    memancung (hujung dahan, kepala dan sebagainya). Oleh itu, dalam konteks

    ayat di atas, perbuatan mencantas lebih sesuai dengan kata nama pelepah

    pisang, iaitu tulang daun.

    Soalan 8-14 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat)

    - Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada darisegi:

    a. Kesalahan dari segi penggunaan kata;b. Kesalahan dari segi penggunaan frasa;c. Kesalahan dari segi struktur ayat;d. Kesalahan dari segi penggandaan;e. Kesalahan dari segi pemajmukan; danf. Kesalahan dari segi pengimbuhan.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    2/51

    - Penguasaan tatabahasa adalah sangat penting untuk menjawab soalanbahagian ini.

    - Soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diridengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalanjika selalu membuat latihan.

    - Kamus dan buku rujukan tatabahasa hendaklah selalu dirujuk.

    - Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanyasemasa membaca akhbar atau majalah.

    Contoh Soalan:

    Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat

    kesalahan kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan

    sama ada A, B atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D

    jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

    Contoh 1

    Hartawan ternama itu ditemui mati di dalam sebuah kereta yang enjin dan

    A B

    penghawa dinginnya terpasang. Tiada kesalahan.

    C D

    Ulasan Jawapan

    Jawapannya ialah C

    Dalam ayat tersebut, hanya C sahaja yang tidak betul istilahnya. Jawapan

    yang sepatutnya ialah pendingin hawa.

    Contoh 2

    Puan Ambalagan sentiasa berulang-alik antara Ipoh dengan Pulau Pinang

    A B

    di atas urusan perniagaannya. Tiada kesalahan.

    C D

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas adalah salah. Atas dalam

    konteks ayat bukan merupakan kata ganti nama tempat. Oleh itu, kata sendi

    di tidak boleh digunakan.

    Soalan 15-17 (Ketepatan kata dalam ayat)

    - Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalamsesebuah ayat.

    - Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalamsesebuah ayat.

    - Hanya 3 soalan sahaja yang ditanya dalam bahagian ini.- Soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata calon lemah.- Kenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah.

    - Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.- Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti

    kesalahannya.- Latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan calon menjawab

    soalan-soalan jenis ini.

    Contoh Soalan:

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan

    betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    3/51

    paling sesuai.

    Contoh 1

    I Aidil suka melukis gambar sementara adiknya suka membaca buku.

    II Berbuatlah bakti kepada ibu bapa sementara mereka ada.

    III Tolong datang ke rumah saya sementara kerana saya rindu akan kamu,kata Ana kepada kawan baiknya.

    IV Halim bekerja di syarikat itu sementara sahaja untuk mencari pengalaman.

    A. I dan II sahaja

    B. I dan III sahaja

    C. I, II dan IV sahaja

    D. II, III dan IV sahaja

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Pilihan jawapan, I, II dan IV betul kerana perkataan sementara menepati

    konteks dan maksud ayat. Ayat III salah kerana perkataan yang sesuai

    digunakan ialah sekejap atau sebentar.

    Contoh 2

    I Matanya yang bulat dan merah menatap muka musuhnya.

    II Mereka bulat suara menolak cadangan pembinaan tempat pelupusan

    sampah.

    III Perjumpaan meja bulat yang diadakan itu adalah untuk menyelesaikan

    masalah persempadanan.

    IV Kamu terpaksa melalui bulat itu di Jalan Indah sebelum pergi ke Kampung

    Segamat.

    A. I dan III sahaja

    B. II dan IV sahajaC. I, II dan III sahaja

    D. I, II, III dan IV sahaja

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah A

    Pilihan jawapan, I dan III sahaja yang betul kerana perkataan bulat menepati

    konteks dan maksud. Jawapan yang betul untuk Ayat II adalah sebulat,

    manakala jawapan yang betul untuk Ayat IV adalah bulatan.

    Soalan 18-21 (Kesalahan struktur ayat)

    - Soalan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis calon.- Calon diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul

    atau salah.

    - Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagianyang bergaris itu.

    - Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti.- Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang

    digaris itu.- Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau

    pemajmukan.- Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan

    yang betul.- Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah

    dipotong. Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    4/51

    berkurang, maka memudahkan calon untuk membuat pemilihan.- Penguasaan tatabahasa amatlah mustahak.- Latihan yang berterusan, pasti menambah pengalaman dan penguasaan

    calon untuk menjawab soalan ini.

    Contoh Soalan:

    Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang

    bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa ataumungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang

    bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B

    atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

    Contoh 1

    Mak Cik Senah sekeluarga pulang ke kampong sejak dari seminggu yang lalu

    untuk berjumpa dengan saudara-mara mereka.

    A. pada seminggu yang lalu

    B. dariapda seminggu yang lalu

    C. sejak seminggu yang lalu

    D. sejak dari seminggu yang lalu

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah C

    Kata sendi sejak dari adalah lewah jika digandingkan seiringan. Memadailah

    hanya kata sejak digunakan kerana sudah bermaksud sejak dari.

    Contoh 2

    Banyak kakitangan pejabat itu yang sukakan dengan sikap pegawai yang

    peramah itu.

    A. sukakan

    B. suka akan

    C. suka dengan

    D. sukakan dengan

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah B

    Ayat di atas mempunyai kesalahan frasa sendi. Kata adjektif suka (emotif)

    tidak boleh ditambahkan akhiran kan dan diikuti oleh kata sendi dengan. Dari

    segi rumus, kata adjektif bersifat emotif harus diikuti oleh kata sendi akan,

    iaitu suka akan.

    Soalan 22-24 (Memahami maksud ayat)- Soalan untuk menentukan maksud ayat.- Calon diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama

    tetapi berbeza dari segi strukturnya.- Baca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.- Kenap lasti dan tandakan Isi utama yang terkandung dalam ayat itu

    - Kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isitersebut.

    Contoh Soalan:

    Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir

    dengan ayat yang dicetak tebal.

    Contoh 1

    Komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    5/51

    kepada para pengguna.

    A. Penggunaan computer yang meluas telah meninggalkan kesan baik

    dan kesan buruk.

    B. Para pengguna menerima kesan yang baik lebih banyak daripada

    kesan buruk dalam penggunaan computer.

    C. Penggunaan komputer menyebabkan para pengguna terpaksa

    menerima kesan baik dan juga kesan buruk yang banyak.

    D. Lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk kepada penggunaapabila penggunaan computer diperluas.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah B

    Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat

    yang dicetak tebal tentang kesan penggunaan komputer.

    Contoh 2

    Pak Jamal mengait buah rambutan dengan pengait untuk diberikan

    kepada saudaranya yang datang dari Kedah.

    A. Saudara Pak Jamal yang datang dari Kedah ingin mengait buah

    rambutan dengan pengait.

    B. Buah rambutan itu dikait oleh Pak Jamal untuk diberikan kepada

    saudaranya yang datang dari Kedah.

    C. Pak Jamal menyuruh saudaranya mengait buah rambutan untuk

    dibawa balik ke Kedah.

    D. Buah rambutan itu dikait oleh saudara Pak Jamal yang datang dari

    Kedah.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah B

    Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat

    yang dicetak tebal tentang kisah Pak Jamal yang mengait buah untuk

    saudaranya yang akan datang.

    Soalan 25-27 (Pengetahuan Tentang Ayat)- Soalan ini ingin menguji calon supaya memilih gabungan ayat yang betul

    tatabahasanya sahaja.- Ada sebanyak empat ayat pilihan yang diberi.- Calon juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata

    kesalahannya.- Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu

    dipotongkan.- Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

    Contoh Soalan:

    Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilihcadangan jawapan yang paling sesuai.

    Contoh 1

    I Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.

    II Rata-rata penduduk kampong bersetuju dengan cadangan Tuk Penghulu.

    III Gulungan yang kurang upaya wajar diberikan bantuan.

    IV Perahu nelayan itu teroleng-oleng dilambung ombak.

    A I dan II sahaja

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    6/51

    B II dan IV sahaja

    C I, II dan IV sahaja

    D I, III dan IV sahaja

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah B

    Kata bilangan setengah dalam Ayat I membawa maksud separuh atausetengah, sedangkan kata bilangan yang tepat adalah sesetengah atau

    setengah-setengah. Bagi ayat III pula perkataan gulungan disalah eja, iaitu

    sepatutnya golongan. Oleh itu jawapan yang paling sesuai ialah Ayat II dan IV.

    Contoh 2

    I Dia terima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

    II Kawasan pusat mengundi itu akan dilawati oleh pegawai bertugas sebelum

    pilihan raya.

    III Siapakah nama jiran yang baru berpindah itu?

    IV Kerja itu dapat disiapkan kerjasama semua kakitangan.

    A II sahaja

    B I dan II sahaja

    C II dan III sahaja

    D III dan IV sahaja

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah C

    Ayat I salah kerana kata kerja terima sepatutnya diimbuhkan dengan awalan

    meN- (menerima) manakala ayat IV tidak gramatis dan tidak menepati rumus

    tatabahasa.

    Soalan 28-30 (Pengetahuan Tentang Peribahasa)

    - Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.- Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal,- Calon harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang

    terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.- Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.- Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.- Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat mahupun dalam karangan.

    Contoh Soalan

    Contoh 1

    Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan

    dengan peribahasa di bawah ini.

    Hidayah bertungkus-lumus menyiapkan model bangunan itu. Rakannya,

    Asfahan hanya membantu. Namun demikian, Asfahan pula yang

    mendapat pujian.

    Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

    A burung terbang dipipiskan lada

    B lembu punya susu, sapi dapat nama

    C sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    7/51

    D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah B

    Jawapan B betul kerana membawa maksud pujian diberikan kepada orang yang

    tidak melakukan kerja itu sedangkan kerja tersebut dilakukan oleh orang orang

    yang lain.

    Contoh 2

    Peribahasa yang berikut sesuai dengan situasi gambar di atas kecuali

    A seperti aur dengan tebing

    B bersatu teguh, bercerai roboh

    C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    D bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah B

    Jawapan A, C, dan D membawa maksud yang sama iaitu bekerjasama,

    manakala jawapan B membawa maksud perpaduan.

    Soalan 31-35 (Pemahaman Prosa)- Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca.- Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun

    (Tingkatan 1), Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), danAnak Bumi Tercinta (Tingkatan 3).

    - Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre prosa iaitu Cerpen, Drama,dan Prosa Tradisional.

    - Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali.

    - Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalansahaja.

    - Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.- Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara

    berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkarautama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya.

    - Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akanmembuat kesilapan semasa mencari jawapan.

    - Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    8/51

    Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;Calon dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja.Kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.

    Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikanCalon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapiberdasarkan petikan sahaja.

    Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhanprosa atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspeksastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakanoleh soalan.

    Contoh Soalan

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan

    berikutnya.

    Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh, maka turunlah makhdum dari

    kapal itu. Sayid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di Pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang

    Melaka melihat dia. Maka kata segala orang Melaka, Mengapa ia ini tunggang-tonggek?

    Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke

    dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi oleh segala orang besar-besar. Maka dilihat

    rajalah kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperrti di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada

    Bendahara dan kepada segala orang besar-besar,Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu.

    Setelah sudah makhdum sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Maka makhdum pun dibawa

    baginda naik gajah, lalu dibawa masuk ke dalam. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar pun semuanya

    masuk Islamlah, dengan sekalian besar kecil, tua muda, dan perempuan laki-laki semuanya disuruh baginda masuk

    Islam. Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang. Maka raja pun dinamai oleh

    Makhdum, Sultan Muhammad Syah. Adapun akan bendahara digelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua raja, kerana

    Bendahara itu bapa salah menjadikan kepada raja dan itulah pertama gelar Bendahara. Dan Raden Anum menjadi

    Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Dan Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar yang

    pertama jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana yang bernama Raja Kecil Muda, jadi penghulu bendahari, bergelar

    Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara beranak seorang perempuan bernama Tun Rana Sandari.

    Maka sultan Muhammad pun mengatur tahta kerajaan baginda.

    31. Mengapakah penduduk Melaka kehairanan?A. Melihat sebuah kapal yang membawa Saiyid Abdul Aziz berlabuhB. Melihat perbuatan Saiyid Abdul Aziz sembahyangC. Melihat pakaian Saiyid Abdul AzizD. Melihat raja menaiki gajah

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah B

    Penduduk Melaka hairan melihat Saiyid Abdul Aziz sembahyang hingga ada

    yang mengatakan mengapa beliau tunggang-tonggek.

    32. Siapakah nama menantu Bendahara?

    A. Sultan Muhammad Syah

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    9/51

    B. Tun Pepatih Besar

    C. Raja Kecil Muda

    D. Raden Anum

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Raja Kecil Muda ialah anak Seri Teri Buana, sebagai penghulu bendahari ataugelarannya Seri Nara Diraja berkahwin dengan Bendahara dan mendapat

    seorang anak perempuan bernama Tun Rana Sandari.

    33. Apakah latar masa dalam petikan di atas?

    A. pagi

    B. malam

    C. petang

    D. subuh

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Ketika itu sudah masuk waktu asar. Saiyid Abdul Aziz bersembahyang di tepi

    pantai pada ketika itu.

    34. Semua yang berikut merupakan gaya bahasa yang terdapat dalam prosa

    di atas, kecuali

    A. Bahasa Klasik

    B. Bahsa Istana

    C. Bahasa Puitis

    D. Bahasa Arab

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah C

    Jawapan A, B, dan D memang terdapat dalam petikan tersebut kecuali Jawapan

    C kerana Bahasa Puitis biasanya berkaitan dengan puisi dan sajak, sedangkan

    petikan tersebut adalah petikan prosa.

    35. Apakah yang terjadi kepada Raja Kecil Besar setelah bermimpi bertemu

    Rasulullah?

    A. Tubuhnya berbau busuk

    B. Baginda insaf dan bertaubat

    C. Baginda memeluk agama Islam

    D. Kalam baginda seperti sudah berkhatan

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    10/51

    Ulasan Jawapan:

    Jawapannya ialah D

    Selepas Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah, baginda terjaga dan

    mendapati kalam baginda seperti sudah berkhatan.

    Soalan 36-40 (Pemahaman Puisi)- Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca.

    - Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1),

    Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak Bumi Tercinta (Tingkatan 3).- Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre puisi iaitu seperti gurindam,

    seloka, pantun, syair dan puisi moden iaitu sajak.- Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali.

    - Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.- Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.- Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara

    berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkarautama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya.

    - Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akanmembuat kesilapan semasa mencari jawapan.

    - Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:

    Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Calon dikehendaki

    mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Kenal pasti jawapannya

    dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.

    Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan\

    Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan

    petikan sahaja.

    Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa

    atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera

    berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.

    Contoh Soalan

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan

    berikutnya.

    PANTUN NASIB

    Jemur padi di tengah padang,Anak ayam disambar helang;

    Apa malang nasibnya badan,

    Burung di tangan di sambar orang.

    Seri Mersing lagu Melayu,

    Mari dikarang zaman dahulu;

    Duduk termenung menongkat dagu,

    Mengenang nasib dagang piatu.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    11/51

    Pukul gendang kulit biawak,

    Sedikit tidak berdentum lagi;

    Di mana hati hendak dibawa,

    Sedikit tidak beruntung lagi.

    Dari Jawa ke Bangkahulu,

    Membeli keris di Inderagiri;

    Kawan ketawa ramai selalu,Kawan menangis seorang diri.

    Pantai Lukut luas terbentang,

    Teluknya penuh berbatu karang;

    Ibarat melukut di tepi gantang,

    Masuk tak penuh keluar tak kuang.

    (Dipetik daripada Antllogi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP)

    36. Maksud kata menongkat dalam pantun ini ialah

    A. menolak

    B. menyapu

    C. menopang

    D. mengangkat

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah C

    Menongkat bermaksud meletakkan sesuatu pada dagu seseorang. Perkataan

    menolak, menyapu dan mengangkat tidak sesuai dalam konteks ini.

    Kawan ketawa ramai selalu

    Kawan menangis seorang diri

    37. Berdasarkan kedua-dua baris pantun di atas, apakah mesej yang ingin

    disampaikan oleh penulis?A. Sahabat ketika senang memang banyak dan mudah dicari tetapi

    rakan semasa sudah, sukar ditemui.

    B. Orang yang suka ketawa selalunya mudah mendapat kawan tetapi

    orang yang asyik menangis sukar mendapat kawan.

    C. Seseorang yang suka ketawa sebenarnya untuk mengurangkan

    rasa sedih yang ditanggungnya.

    D. Orang yang banyak berkawan sudah tentu selalu bergembira dan

    dapat mengelakkan perasaan sedih.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah A

    Jawapan A memang bersesuaian dengan maksud pantun nasib yang

    dinyatakan.

    Masuk tak penuh keluar tak kurang

    38. Unsur keindahan bahasa yang terdapat pada kata tak dalam baris

    keempat, rangkap kelima pantun Nasib ialah gaya bahasa

    A. sinkof

    B. inversi

    C. epifora

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    12/51

    D. anafora

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah A

    Sinkof bermaksud kependekan kata seperti hendak=> nak, Tidak => tak dan

    sebagainya.

    39. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap terakhir pantun di atas ialah

    A. hendaklah rajin melakukan kerja

    B. Janganlah suka merampas hak orang

    C. hendaklah jujur dalam hubungan persahabatan

    D. janganlah memandang rendah kepada orang lain.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah D

    Rangkap tersebut bermaksud janganlah kita merendah diri dengan kebolehan

    yang ada pada diri kita sendiri. Pengajarannya adalah kita tidak seharusnya

    memandang rendah kebolehan orang lain walaupun dia mempunyai kelemahan

    dan kekurangan.

    40. Apakah tema pantun nasib di atas?

    A. Nasib malang yang selalui dihadapi

    B. Sesuatu hajat yang tidak berkesampaian

    C. Kesukaran hidup apabila berada diperantauan

    D. Kesukaran mendapat kawan yang boleh berkongsi penderitaan.

    Ulasan Jawapan:

    Jawapan ialah A

    Tema pantun Nasib ini ialah nasib malang yang selalu dihadapi orang penyair.

    Kertas Dua

    Bahagian A

    http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=42:kertas2pmr&id=93:kertas-dua-bahagian-a&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=56http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?view=article&catid=42:kertas2pmr&id=93:kertas-dua-bahagian-a&format=pdf&option=com_content&Itemid=56
  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    13/51

    Kertas Dua

    Ditulis oleh Cikgu Zainudin

    BAHAGIAN A (i)

    RINGKASAN

    Nota:

    - Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan

    supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.

    - Contoh:

    - Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa

    Melayu.

    - Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di

    ibu kota.

    - Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca

    dalam kalangan kanak-kanak.

    - Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

    - Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).

    - Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.

    Teknik Meringkaskan Petikan:

    - Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping

    memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.

    - Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi

    petikan tersebut.

    - Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi

    yang dikehendaki oleh soalan.

    - Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.

    - Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.

    - Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    14/51

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    15/51

    kesatuan yang jitu.

    Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita

    miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas

    itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-

    sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh

    orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

    Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal

    ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu

    mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada

    kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-

    sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

    Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu

    perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak

    memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

    Contoh Jawapan:

    Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentangsesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatuperkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi.Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami denganterperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat.Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan.Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiapahli kumpulan.

    BAHAGIAN A (ii)

    PEMAHAMAN

    Nota:

    - Tiga soalan akan dikemukakan.

    - Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujuk

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    16/51

    petikan untuk mendapatkan jawapan.

    - Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir

    murid. Jawapan perlu munasabah.

    - Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.

    Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

    - Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah

    markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.

    - Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga

    peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.

    - Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi

    dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud

    penggunaannya dalam petikan.

    - Soalan (ii) adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang

    diberi ialah 4.

    - Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi

    jawapannya dalam petikan tersebut.

    - Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab

    ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua

    perkataan.

    - Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih

    daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

    - Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan

    sebagai tersirat.

    - Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan

    pendapat sendiri.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    17/51

    Contoh Soalan dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)

    i. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

    Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan

    untuk menambahkan pengetahuan seseorang.

    ii. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

    Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir

    dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu,

    mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan

    kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

    iii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang

    kebaikan belajar secara berkumpulan?

    Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar

    secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam

    ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar

    secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya

    menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak

    kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri

    untuk menjadi murid yang cemerlang.

    BAHAGIAN B

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    18/51

    KARANGAN BERPADU

    Pengenalan

    - Calon diminta menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama adadalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.

    - Biasanya tajuk yang dikemukakan adalah tentang kemasyarakatan,

    keceriaan, kesihatan, pencemaran, dan sebagainya.- Panjang karangan berdasarkan bahan rangangan ini hendaklah tidak

    melebihi 120 patah perkataan.- Karangan mesti disiapkan dalam tempoh masa 25 minit.- Markah yang diperuntukan ialah 20 markah.- Calon dinasihatkan agar banyak membaca bahan-bahan daripada majalah,

    internet dan sebagainya untuk menambahkan pengetahuan.- Karangan berdasrekan bahan rangsangan juga memerlukan calon untuk

    berfikiran kreatif dan kritis.

    Teknik Menjawab

    1. Baca dan fahamkan kehendak soalan.

    2. Cari kata kunci atau tugasan / kehendak soalan.a. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti riadah berdasarkan gambar yang diberi.b. Huraikan pendapat anda tentang amalan-amalan murni berdasarkan gambar yang

    diberi.c. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan bahan-bahan terbuang

    berdasarkan gambar yang diberi.3. Buat rangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.4. Sebaik-baiknya kemukakan empat isi utama.5. Baca karangan yang sudah siap ditulis untuk mengesan apa-apa

    kesalahan yang mungkin terdapat seperti tanda baca, ejaan, kosa kata,dan sebagainya.

    Contoh Soalan:

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti

    bergotong-royong di sekolah anda. Panjang huraian anda hendaklah tidaklebih daripada 120 patah perkataan.

    Contoh Jawapan:

    Aktiviti bergotong-royong di sekolah saya sering diadakan terutama pada hujungminggu atau cuti persekolahan. Semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti tersebut.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    19/51

    Lazimnya kami mengambil masa selama dua hingga tiga jam setiap kali aktivitidijalankan.

    Sebelum itu, Guru Penyelaras Program akan memberi taklimat tentng pembahagiankerja. Ada yang membersihkan bilik-bilik darjah, kawasan padang, mengecatbangunan, membersihkan tingkap, mengutip sampah, dan sebagainya.

    Sebenarnya bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah banyak memberifaedah. Bukan sahaja kawasan sekolah menjadi bersih, ceria, dan kemas malahamalan murni ini dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan seranga lainyang menyebabkan penyakit. Di samping itu, secara tidak langsung hubungan antarawarga sekolah dengan ibu bapa juga dapat dieratkan.

    Selain murid-murid, pihak yang turut bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong pada hari itu ialah guru-guru, pekerja sekolah, dan ibu bapa murid yangberkesempatan. Mereka membuat kerja-kerja yang lebih berat seperti mengangkatkerusi meja yang rosak ke dalam lori untuk dihapus kira, membersihkan longkang, danmencantas dahan pokok.

    Kesimpulannya aktiviti bergotong-royong yang telah dilaksanakan di sekolah patutditeruskan dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama supayapersekitaran sekolah sentaisa bersih dan ceria.

    BAHAGIAN C

    KARANGAN RESPONS TERBUKA

    Pengenalan

    - Bahagian C mengemukakan lima soalan dan calon hanya perlu memilih

    satu tajuk untuk dijawab.

    - Panjang karangan yang ditulis hendaklah lebih daripada 180 patah

    perkataan.

    - Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ini ialah 45 minit dan

    markah yang diberi ialah 40 markah.

    - Tajuk karangan yang dikemukakan terdiri daripada karangan berformat dan

    tidak berformat.

    Karangan Berformat

    - Surat rasmi

    - Surat tidak rasmi

    - Ucapan / syarahan / ceramah

    - Laporan

    - Berita

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    20/51

    - Dialog / wawancara / temu ramah

    Karangan Tidak Berformat

    - Keperihalan / gambaran / pengalaman

    - Perbincangan

    - Fakta- Peribahasa

    - Cereka

    Teknik Menjawab

    - Baca kelima-lima soalan dan kemudian fahamkan kehendak soalan.

    - Pilih tajuk yang benar-benar difahami di samping mencari kata kunci soalan.- Buat rangka karangan sebelum menulis karangan yang dipilih

    selengkapnya.

    - Pastikan karangan yang dibuat mengandungi

    a. Pendahuluan / pengenalan

    b. Isi

    c. Penutup / kesimpulan

    - Setiap isi yang dikemukakan ditulis dalam perenggan yang berlainan.

    - Setiap isi perlu disertakan dengan huraian dan contoh-contoh yang jelas.

    - Susun isi-isi mengikut keutamaan.

    - Akhiri karangan dengan penutup / kesimpulan berdasarkan isi-isi yang telah

    dikemukakan dalam karangan.

    - Masukkan peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmah untuk

    mengukuhkan huraian.

    - Semak karangan yang ditulis sebelum menghantarnya kepada pengawas

    peperiksaan.

    Contoh Karangan:

    Anda mempunyai cadangan untuk menarik minat murid-murid berkunjung ke Pusat SumberSekolah. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk menyatakan hasrat anda itudengan menyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi menyokong cadangan anda. Tulis surattersebut selengkapnya.

    Mohd. Ridzuan bin Mohd Said,

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    21/51

    Tingkatan 3 Teguh,

    Sekolah Menengah Tanjung Agas,

    84009 Muar,

    Johor Darul Takzim.

    __________________________________________________________________________________

    Pengetua,

    Sekolah Menengah Tanjung Agas,

    84009 Muar,

    Johor Darul Takzim. 1OKTOBER 2006

    Tuan,

    Langkah-langkah untuk Menarik Minat Murid-murid Berkunjung ke Pusat SumberSekolah

    Saya merupakan seorang murid di Tingkatan 3 Teguh sekolah ini berhasrat untukmengemukakan beberapa pandangan tentang cara-cara bagi menarik minat murid-murid agar gemar berkunjung ke pusat sumber sekolah.

    2. Pusat sumber sekolah kita sepatutnya terletak di tempat yang mudah dikunjungioleh murid-murid. Sebaik-baiknya pusat sumber terletak di bahagian bawah sesebuahbangunan. Bangunan tersebut perlu dicat dengan warna yang menarik dan dihiasidengan lukisan mural yang sesuai di bahagian luarnya. Keceriaan fizikal sesebuahpusat sumber merupakan tarikan utama murid-murid untuk melihat isi dan peralatan didalamnya.

    3. Selain itu, guru yang bertugas di pusat sumber perlu menghebahkanperkembangan terkini buku-buku baru dan perkhidmatan yang disediakan kepadamurid-murid. Hebahan tersebut dapat dibuat melalui radio sekolah atau saluran yang

    difikirkan sesuai. Melalui cara tersebut, murid-murid dapat mengetahui maklumatterkini tentang kemudahan di pusat sumber bagi membantu pembelajaran mereka.

    4. Kepelbagaian bahan sumber maklumat di pusat sumber juga perlu diberiperhatian. Bahan-bahan yang disdiakan harus merangkumi pelbagai aspek kehidupandan bersesuaian dengan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid. Bahan-bahan yang menarik itu perlu diperbanyak sebagai tarikan kepada murid-murid.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    22/51

    5. Sehubungan dengan itu, pembantu di pusat sumber juga perlu bersikap mesrapengguna. Sikap murni ini akan menjadi daya tarikan kepada murid-murid keranamereka mudah mendapatkan bantuan jika memerlukannya. Oleh itu, pelantikanpembantu pusat sumber harus mengutamakan cirri-ciri yang murni.

    Semoga semua cadangan saya mendapat perhatian daripada pihak tuan.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Ridzuan

    .............................

    (MOH. RIDZUAN BIN MOHD. SAID)

    BAHAGIAN D

    NOVEL

    Pengenalan

    - Bahagian D meminta calon menjawab soalan yang berkaitan dengan novel

    wajib bagi setiap zon.

    - Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan D ialah 10 minit.

    - Hanya satu soalan novel yang dikemukakan.

    - Setiap calon wajib menjawab soalan tersebut dan tiada pilihan soalan lain.

    - Calon mesti mengkaji tiga buah novel, sebuah dari tingkatan satu, sebuah

    dari tingkatan dua dan sebuah dari tingkatan tiga.

    - Soalan perbandingan antara dua buah novel juga mungkin dikemukakan.

    - Markah maksimum ialah 10 markah

    Teknik Menjawab

    - Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak

    soalan.

    - Kemudian, rangka isi jawapan berdasarkan kehendak soalan.

    - Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.

    - Jawapan dalam bentuk isi-isi penting atau nota ringkas tidak

    dibenarkan.- Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap.- Setiap jawapan yang diberi mesti mengandungi sekurang-kurangnya tiga isi.- Setiap isi perlu dihuraikan dengan

    a. Pernyataanb. Huraian, danc. Contoh

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    23/51

    - Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.- Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon

    masing-masing.- Antara aspek yang disoal adalah dari aspek-aspek sasteranya seperti

    sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai,dan pengajaran.

    - Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyakkesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untukbahasa dalam soalan ini.

    - Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidakakan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.

    Contoh Soalan:

    Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama

    ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.

    1. Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)

    2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)

    3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)

    4. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)

    5. Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini)

    6. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)7. Timulawak Kapal Perang (Azmah Nordin)

    8. Kapten Hassan Wira Bangsa Harun Johari)

    9. Panas Salju (Talib Samad)

    10. Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)

    11. Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)

    12. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)

    Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang

    digunakan dalam novel yang anda kaji.

    Contoh Jawapan:

    Novel yang saya kaji ialah Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain.Terdapat teknik plot dalam novel tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarangmenulis sesebuah cerita. Antara teknik yang digunakan oleh pengarang adalah sepertiteknik dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang diucapkan oleh watak. Teknik pemerianpula disampaikan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca dengan tujuanmemberi gambaran sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah penyusunan ceritayang meminta watak mengimbau kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinankepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik suspens, teknik monolog dalaman,teknik kejutan dan juga teknik imbas muka.

    Dua teknik plot yang digunakan dalam Novel Tragedi Empat Disember ialah Teknik Monolog Dalaman

    dan Teknik Imbas Muka. Dalam novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan adalah percakapan

    dalam diri watak utama iaitu Azam. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak hati dan biasanya penggunaan

    monolog dalaman menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak. Contohnya, Azam resag dengan tiba-tiba

    sahaja. Entah mengapa hatinya berdebar. Hatinya tertanya-tanya milik syarikat penerbangan manakah kapal

    terbang itu? Milik syarikat luar negara atau milik syarikat tempatan?

    Teknik imbas muka pula disampaikan melalui proses khayalan, mimpi, renungan, ramalan, kata-kata

    kiasan atau sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan ketika Azam mengingat kembali peristiwa ketika

    di Jeti. Contohnya, Jika berlaku sesuatu kemalangan, kita boleh berenang ke tepi. Kalau terlalu jauh ke

    tengah, kita boleh mati lemas. Begitulah kata Azam ketika mereka akan bertolak dari pangkalan di Pantai

    Lido pagi tadi.

    Demikianlah dua teknik plot yang terdapat dalam Novel Tragedi Empat Disember. Teknik tersebut

    memberikan kesan yang sungguh mendalam.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    24/51

    Di Sebalik Wajah

    (Abang Saifuddin Abang Bohari)

    Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM)

    SinopsisCerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat

    kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang

    doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan

    nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan.

    Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran

    ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu

    kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima

    kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya

    oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid

    lain.

    Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab.

    Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg

    sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap

    kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri.

    Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang

    masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan

    dugaan yang menimpa.

    Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan

    pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya

    sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia

    ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan

    ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang

    dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    25/51

    masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan

    bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor

    Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor

    Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

    Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka

    mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun,

    pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di

    sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia.

    Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga

    Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung

    Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

    TemaKetabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya.Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dancemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

    Persoalan1. Persoalan rajin membaca

    Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap

    pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

    2. Persoalan menghargai persahabatan

    Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dantuduhan yang dilemparkan kepadanya.

    3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

    Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepadaDoktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

    4. Persoalan keinsafan

    Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan merekaterhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanyamenjamin Narius di balai polis.

    5. Persoalan aplikasi Ilmu

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    26/51

    Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran,memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran KemahiranHidup yang dipelajarinya.

    6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik

    Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awalpendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih kearah inovasi.

    7. Persoalan berdikari

    Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannyawalaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjayamengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

    8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan

    Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anakyang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

    9. Persoalan taat akan perintah agama

    Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

    Binaan Plot

    Secara kronologi peristiwa disusun mengikut urutan masa

    Permulaan

    Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah

    yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

    Perkembangan

    Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan

    dua.

    Perumitan

    Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais danJamadi.

    Puncak

    Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

    Peleraian

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    27/51

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    28/51

    Cacat kulit - balar

    Tabah menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya

    Rajin membaca sentiasa membaca buku jika ada masa lapang

    Penyayang menyayangi keluarga dan rakan-rakan

    Berdikari berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil

    tanaman dan ayam ternakannya

    Watak Sampingan

    Cikgu Saiful

    Bapa Doktor Fikri

    Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri

    Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga

    Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah bersama-samakeluarga

    Puan Halipah

    Ibu Doktor Fikri

    Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah

    Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri

    pulang

    dari sekolah

    Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil

    bahagian

    dalam acara sukan

    Josy

    Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

    Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan

    semangat kepadanya

    Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Nariusdan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

    Narius

    Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

    Berbadan besar

    Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    29/51

    mencuri basikal Doktor Fikri

    Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila

    Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba

    mengopak cermin kereta.

    Cikgu Wahab

    Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

    Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan

    Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat

    setelah

    Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

    Dayang Mahani

    Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

    Kawan Doktor Fikri

    Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu

    Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus

    memulaukannya

    Latar

    Latar Masa

    Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab,

    guru disiplin sekolah.

    Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah

    sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.

    Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan

    perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

    Latar Tempat

    Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

    Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.

    Rumah Cikgu Saiful

    Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk

    di

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    30/51

    jual di Tamu.

    Pasar Tamu

    Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak

    lama

    Kerana hujan turun dengan lebatnya. Gunung Kinabalu

    Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung

    Kinabalu.

    Balai polis

    Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais

    dan

    Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas

    permintaan

    Doktor Fikri.

    Hospital Ratu Elizabeth

    Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

    Latar Masyarakat

    Masyarakat pelajar

    Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Menggatal.

    Masyarakat guru

    Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Menggatal.

    Masyarakat yang prihatin

    Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar

    lain.

    Masyarakat yang bertanggungjawab

    Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab

    menjalankan tugas sebagai ibu bapa.

    Masyarakat yang taat kepada perintah agama

    Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi

    mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

    Masyarakat penyayang

    Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak

    mereka

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    31/51

    cacat.

    Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan

    Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

    Gaya Bahasa

    Kata GandaContoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni

    Peribahasa

    Contoh: buku lima, keras hati

    Pengaruh bahasa asing

    Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)

    Hiperbola

    Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam

    kelas itu, matanya hampir tertutup.

    Simile

    Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak

    memanggil hujan.

    Pengulangan kata atau repitisi

    Contoh: Sap! Sap! Sap!

    Sinkope

    Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!

    Personifikasi

    Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada

    pelajar yang berada di dalam pagar itu.

    Nilai

    Nilai kasih sayang

    Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu

    sama lain.

    Nilai keinsafan

    Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadapDoktor Fikri.

    Nilai keberanian

    Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang

    yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah

    Kebangsaan Menggatal.

    Nilai ketabahan

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    32/51

    Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang

    dilemparkan kepadanya.

    Nilai kerajinan

    Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-

    sayuran serta ternakan ayamnya.

    Nilai menghormati orang tuaContoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan

    Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

    Pengajaran

    Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.

    Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi

    antara satu sama lain.

    Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

    Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap

    Doktor Fikri.

    Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.

    Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang

    yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah

    Kebangsaan Menggatal.

    Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.

    Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang

    dilemparkan kepadanya.

    Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.

    Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-

    sayuran serta ternakan ayam.

    Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

    Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan

    Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    33/51

    ANAK PENGGUNTING RAMBUT

    ( NOR HIDAYAH ASARI)

    Sinopsis

    Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang

    bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan

    mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa

    Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.

    Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah

    berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga

    mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh.

    Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari

    ladang.

    Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai

    penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung

    dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa.

    Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama

    belajar menggunting rambut.

    Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang

    bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah

    terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis

    berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi Manis

    menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas

    di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.

    Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan

    seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan

    disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah

    tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di

    kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat

    Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.

    Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang.

    Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya.

    Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul

    untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    34/51

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    35/51

    warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya

    dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

    Klimaks

    Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja.

    Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

    Peleraian

    Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah

    dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

    Teknik Penceritaan

    Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

    1. Dialog

    Contoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini?

    2. Imbas kembaliContoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.

    3. Monolog Dalaman

    Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan

    abah tidak menggunting rambutmu.

    Watak dan Perwatakan

    Ayah Sudah berusia lewat 60-an.

    Seorang bapa tunggal.

    Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.

    Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting.

    Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut.

    Hidup menduda setelah kematian isteri.

    Manisah (Manis)

    Memiliki raut wajah yang comel.

    Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko.

    Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran.

    Rajin membantu orang lain.

    Gemar berambut pendek.

    Latar

    Masa

    Petang Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.

    Subuh waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

    Waktu siang waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

    Tempat

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    36/51

    Kampung Batu 25, Bagan Datoh kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA.

    Tanah rancangan FELDA tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik.

    Tadika Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas

    kepala dan memenangi acara tersebut.

    Asrama Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

    Hospital tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

    Masyarakat

    Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup.

    Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.

    Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.

    Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.

    Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.

    Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga

    pendek walaupun dikritik orang kampung.

    Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah

    Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

    Gaya Bahasa

    1. SinkopeContoh: Kau degil tetapi cepat menangis.

    2. Kata Ganda

    Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,

    3. Simile

    Contoh: Seperti Busut Hitam

    4. Personifikasi

    Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

    Nilai

    1. Nilai keberanian.

    Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.

    2. Nilai berdikari

    Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.

    3. Nilai semangat bermasyarakat

    Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka

    walaupun bayarannya rendah.

    4. Nilai kasih sayang

    Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.

    5. Nilai kerajinan

    Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya.

    Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

    Pengajaran

    1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    37/51

    Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih

    awal.

    2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.

    Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.

    3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.

    Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.

    4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.

    Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    38/51

    USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYATMALAYSIA

    Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilangkaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawarambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum inihidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan

    jata negara, yakni Bersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduankaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negarakita.

    Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-tamanperumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yangberbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-tamanperumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antarasatu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat airkerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakankekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsipberat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunannusa tercinta ini bersama-sama.

    Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangatperpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antarakaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahapkefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka

    juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia denganamalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambilyang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersediautuh.

    Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demimemperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada

    peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupukperpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuantahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererathubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengarrintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agenperpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai danmeyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara inipasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    39/51

    Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia denganmenghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapatmelahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan danpergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu

    yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat

    Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduankaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melenturbuluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduankaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk

    berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

    Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untukmemupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat

    berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar1Malaysiayang diilhamkan olehPerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawarakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah samadituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan

    pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum.Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingatisampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasisemata-mata.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    40/51

    Soalan 1: Cara-cara memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar

    Membaca jambatan ilmu. Demikianlah kata pujangga Melayu yang

    mencerminkan realiti bahawa tabiat membaca mendatangkan seribu satu kemaslahatan

    terhadap pencapaian tahap intelek dan rohaniah seseorang individu. Amalan membaca

    disifatkan sebagai makanan jiwa kepada setiap orang yang mengamalkannya. Bahkan

    cabaran dalam cisi keramat Wawasan

    2020, yakni cabaran melahirkan rakyat yang progresif, saintifik dan berilmu pengetahuan

    dapat dizahirkan dengan melebarkan sayap budaya membaca.Seperti mana yang kita

    sedia maklum, pelajar merupakan aset negara yang amat bernilai. Pelajar yang berintelek

    sudah pasti akan menjulang nama Malaysia di pentas sarwajagat. Oleh itu, pelajar hari ini

    memerlukan anjakan

    paradigma agar menyuburkan benih membaca dalam sanubari mereka. Persoalannya,

    apakah langkah-langkah untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar?

    Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar sayugia mempunyai kesedaran

    tentang maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengamnil

    inisiatif untuk memulakan amalan ini bertitik tolak daripada buku-buku teks, surat

    khabar, majalah pelajar sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor. Dalam era

    ledakan teknologi maklumat ini, bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-manasahaja, termasuklah di gerai-gerai surat khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini

    pelajar yang celik komputer boleh memuat turun artikel-artikel dan cerita daripada

    jaringan internet. Oleh itu, alas an bahawa sukar mencari bahan bacaan ilmiah yang

    sesuai tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk

    mengamalkan tabiat membaca. Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar

    sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk tabiat membaca,

    Seperkara lagi, ibu bapa menggalas tanggungjawab dalam meberi galakan dan

    dorongan kepada anak agar mengamalkan tabiat murni membaca. Keluarga merupakan

    nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insane terdekat dengan pelajar. Pepatah

    Melayu ada mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu

    bapa untuk

    mencorakkannya. Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anak dari

    peringkat akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa

    sayugia mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    41/51

    menjadi teladan baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka. Mesejnya jelas, ibu

    bapa bertanggungjawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca

    Sekiranya ditinjau melalui skop yang lebih holistik, kerajaan memainkan peranan

    dominan dalam usaha menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagaitonggak negara, dasar, kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sayugia

    menjurus kepada pemupukan amalanmembaca. Mengambil contoh daripada Dasar

    Pandang Ke Timur yang

    diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar

    mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca

    yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah dijadikan ikutan pelajar Malaysia. Malah,

    Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan

    seperti

    Pertandingan Rensensi Buku yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku.

    Justeru, jelaslah bahawa kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan

    membaca dalam kalangan pelajar. Sementelahan itu, pihak swasta sayugia

    menyumbangkan dana untuk

    menyuburkan benih membaca dalam diri pelajar. Ekspo buku dan pameran buku secara

    besar-besaran hanya dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti Popular

    Bookstore. Di peringkat sekolah, syarikat-syarikat swasta perlulah mempunyai inisiatif

    untuk menaja surat khabar untuk bacaan para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang

    membeli surat khabar pada harga yang lebih rendah seterusnya amalan membaca dapat

    dipupuk. Tuntasnya, pihak swasta juga perlu menyumbangkan tenaga untuk menyemai

    tabiat membaca dalam diri pelajar.

    Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan pelajar, ibu bapa, kerajaan dan

    pihak swasta merupakan ramuan utama dalam resepi pemupukan tabiat membaca pelajar.

    Ilmu itu pelita hati. Hanya dengan ilmu yang tinggi barulah pelapis jentera pentadbiran

    negara akan memacu kecemerlangan. Dalam pemupukan tabiat membaca pelajar, semua

    pihak perlulah seikat bak sirih dan serumpun bak serai menggalakkan budaya membaca

    demi masa depan generasi muda.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    42/51

    Soalan 5: Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa Berakit-rakit ke hulu, berenang-

    renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

    Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10

    tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat diserangangin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang adik perempuan

    yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun. Lantaran kemiskinan dia

    terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapattentangan daripada ibunya.

    Berbekalkan sedikit wang simpanan arwah ayahnya, dia mula berniaga secara

    kecil-kecilan. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan dengan

    rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan.Namun, dia tidak berputus asa. Dia mencuba

    pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak Karim, seorang peraih buah di

    kampungnya.Malangnya keuntungan yang diperolehnya tidak setimpal dengan usaha

    yang telah dilakukannya.

    Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia kemudiannya

    mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak berhampirandengan kampungnya. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di

    sebuah restoran yang terkenal di bandar itu. Oleh sebab kerajinannya, dia telah dinaikkan

    pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut.

    Kini, sudah hampir lima tahun dia bekerja di restoran itu. Dia begitu gembirabekerja di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang rasa, pemurah dan tidaklokek berkongsi ilmu dengannya.Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan

    juga Barat daripada chef masakan di situ. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa

    bekerja di situ. Bagi menjamin masa depannya, pada setiap bulan dia akan menyimpan

    sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank.Dia juga bercita-citauntuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti.

    Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki, dia telah

    mengusahakan sebuah gerai makanan menjual lauk-pauk secara kecil-kecilan. Oleh

    sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali, gerainya mendapat sambutanyang amat menggalakkan daripada para pelanggan.Dari sebuah gerai yang kecil, dia

    telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. Akhirnya, perniagaannya

    telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar

    tersebut.

    Bak kata pepatah Melayu Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,

    bersakit- sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Begitulah apa yang berlaku dalam

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    43/51

    kehidupan Haizam, daripada seorang pemuda yang tiada berharta,kini mempunyai

    kemewahan yang dicapainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.

    Soalan 4: Menabung menjamin masa depan

    Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan

    hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan

    selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Menabung

    Menjamin Masa Depan".

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam

    kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat

    banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa

    boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka

    menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan program

    menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah

    menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di

    peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku

    tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak

    kepada kita.

    Hadirin yang saya hormati,

    Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam

    kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan

    seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan

    cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya,

    seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang

    perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung

    atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada

    simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung

    berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa.

    Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa

    kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum

    hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa

    dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan

    kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga boleh membantu

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    44/51

    keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak

    mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak

    ada wang tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan

    masyarakat, syarikat insurans telah menggalakkan masyarakat supaya menabung dengan

    cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.

    Hadirin yang saya hormati sekalian,

    Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung

    semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan

    adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa, bak kata

    pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

    bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi

    umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah

    pada masa hadapan.

    Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa

    dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai

    apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat

    dan berhutang selama beberapa tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah meningkat

    dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada

    tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat

    membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak

    kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah

    darat.

    Hadirin sekalian.

    Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah

    untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri

    malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat

    menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah kerana mempunyai tabungan yang

    cukup untuk membiayai kos hidup.

    Sekian,terima kasih.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    45/51

    LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR

    SINOPSIS KESELURUHAN

    Novel Limpahan Di Sungai Semur merupakan biografi Jamaluddin Bin Mohamad. Beliau

    dilahirkan pada tahun 1916, di Batu 7, Kampung Kuantan, Kuala Lumpur. Jamaluddin memperoleh

    kasih sayang yang mencukupi daripada ibunya, Jamaayah Musa, dalam kehidupan keluarganya dalam

    keadaan kekurangan.Apabila besar, Jamaluddin dihantar bersekolah rendah tidak jauh dari kampungnya.Dia merupakan seorang anak yang cergas dan sederhana dalam pelajaran.

    Selepas tamat persekolahan, Jamaluddin berangkat ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Pada tahun

    1938,secara diam-diam Jamaluddin bersama teman-temannya menghadiri pemilihan askar Melayu.

    Tetapi dia gagal kerana saiz tubuhnya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.Setelah membuat latihansendiri seperti bergayut di batang -batang pokok, akhirnya tubuh badannya menjadi tegap lalu beliau

    memohon sekali lagi untuk menyertai askar Melayu.Permohonannya diterima dan dia mengikuti latihanasas di Port Dickson dan diberi gelaran Budak Merah .

    Selepas tamat latihan, Jamaluddin ditug askan dengan batalion pertama askar Melayu dalam

    kompeni C. Tugas pertamanya ialah menentang serangan tentera Jepun di Bukit Chandu, Singapura.

    Seterusnya, setelah British menyerah kalah, Jamaluddin meninggalkanpasukan tentera dan dia pulang kekampungnya di Sekinchan, Selangor. Di kampung diamenjaga padi dan beras. Dia ditangkap komunis

    kerana dituduh sebagai tali barut Jepun,tetapi kemudian dibebaskan.

    Apabila Jepun menyerah kalah, Jamaluddin kembali menyertai tentera. Diadihantar berkhidmat di Kota Bharu. Tugasnya ialah menentang pengganas Komunis Bintang Tiga yang

    bergerak ke hulu Kelantan. Di bawah pimpinan Leftenan Hassan platun no. 12 kompeniD pasukan tigarejimen askar Melayu seramai 26 oarang bergerak ke Pulai. Mereka terperangkap di Sungai Semursehinggakan Leftenan Hassan terbunuh.Koperal Jamaluddin mengambil alih tugas ketua Platun terus

    berjuang. Ramai anggota tentera terbunuh dan cedera. Koperal Jamaluddin ditawan tetapi

    dibebaskan.Keberaniannya dihargai oleh pihak British dan dianugerahi pingat ( DCM ) dan dinaikkan

    pangkat menjadi sarjan.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    46/51

    SINOPSIS KESELURUHAN

    Novel Limpahan Di Sungai Semur merupakan biografi __________________________.Beliau dilahirkan pada tahun _____________, di Batu 7, Kampung ______________, Kuala Lumpur.

    Jamaluddin memperoleh kasih sayang yang mencukupi daripada ibunya, ____________________,

    dalam kehidupan keluarganya dalam keadaan kekurangan.Apabila besar, Jamaluddin dihantar

    bersekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Dia merupakan seorang anak yang _____________ dan____________ dalam pelajaran.

    Selepas tamat persekolahan, Jamaluddin berangkat ke _________________ untuk bekerja.

    Pada tahun ____________,secara diam-diam Jamaluddin bersama teman-temannya menghadiri

    pemilihan askar Melayu. Tetapi dia gagal kerana ____________ tubuhnya tidak memenuhi kriteria yangditetapkan.Setelah membuat latihan sendiri seperti __________________ di batang -batang pokok,

    akhirnya tubuh badannya menjadi ________________ lalu beliau memohon sekali lagi untuk menyertaiaskar Melayu.Permohonannya diterima dan dia mengikuti latihan __________ di ______________ dan

    diberi gelaran ________________________ .

    Selepas tamat latihan, Jamaluddin ditug askan dengan batalion pertama askar Melayu dalam

    kompeni C. Tugas pertamanya ialah menentang serangan tentera ____________ di Bukit ___________,Singapura. Seterusnya, setelah British menyerah kalah, Jamaluddin meninggalkan pasukan tentera dan

    dia pulang ke kampungnya di _______________, Selangor. Di kampung dia menjaga ____________

    dan __________. Dia ditangkap ______________ kerana dituduh sebagai _________________Jepun,tetapi kemudian dibebaskan.

    Apabila Jepun menyerah kalah, Jamaluddin kembali menyertai tentera. Diadihantar berkhidmat di _____________________. Tugasnya ialah menentang ____________________Bintang Tiga yang bergerak ke hulu _________________. Di bawah pimpinan Leftenan Hassan platun

    no. 12 kompeni D pasukan tiga rejimen askar Melayu seramai _______________ oarang bergerak ke

    Pulai. Mereka terperangkap di _____________________ sehinggakan ________________________

    terbunuh.Koperal Jamaluddin mengambil alih tugas ketua Platun terus berjuang. Ramai anggota tenteraterbunuh dan cedera. Koperal Jamaluddin ditawan tetapi dibebaskan.Keberaniannya dihargai oleh pihak

    _________________ dan dianugerahi pingat ______________ dan dinaikkan pangkat menjadi

    ___________________________.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    47/51

    Latihan Pengukuhan

    Novel Di Sebalik Wajah (Tingkatan 2)

    1. Huaikan tema novel Di Sebalik wajah

    Tema novel ini ialah _________hidup seorang ____________ yang mempunyai

    nama unik dan menghadapi penyakit _____________________.

    Contohnya, seorang remaja diberi nama ___________________ sehinggakan

    menjadi ______________ rakan sekelas akibat penyakit dan keunikan namanya.

    Walaupun Doktor Fikri memiliki tubuh balar namun dia menjalani kehidupan

    seharian seperti _______________ lain.

    2. Tuliskan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel Di Sebalik Wajah

    berdasarkan persoalan diberikan.

    1. Sikap prihatin terhadap masalah orang lain

    ________________ begitu prihatin terhadap nasib ______________ yang

    ditahan oleh pihak polis kerana disyaki cuba memecahkan cermin sebuahkereta untuk ________________. Bapanya yang telah tua tidak mampu

    _________________nya. Doktor Fikri meminta ______________nya

    menjamin Narius kerana simpati akan nasib Narius dan bapanya.

    2. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak

    Cikgu ____________ dan Puan _____________ mendidik

    _________________ dengan penuh kasih sayang. Mereka menunaikan

    tanggungjawab dengan baik sehingga mampu menjadikan Doktor Fikri

    seorang anak yang __________ dan ber_________________.

    3. Keyakinan kepada diri sendiri dan keberanian menempuh pelbagai halangan

    Doktor Fikri juga yakin akan kemampuan dirinya untuk menamatkan

    ________________ dalam acara sukan di sekolahanya walaupun dia akhirnya

    ______________ ketika menghampiri garisan penamat.

  • 8/6/2019 Bahasa Malaysia Pmr Auto Saved)

    48/51

    4. Sikap tidak berdendam

    Doktor Fikri tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa sahaja yang

    menghina kekurangan ___________nya iaitu berpenyakit ______________.

    99Malah, dia melayan mereka dengan _______________.

    5. Kegigihan dalam melaksanakan sesuatu perkara

    Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara __________ mewakili rumah

    sukan ____________________, dia cuba berusaha menamatkan larian

    sehingga akhirnya jatuh _________________.

    3. Tuliskan latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Wajah.

    1. ______________________

    2. ______________________

    3. ______________________

    4. ______________________

    5. ______________________

    6. ______________________

    7. ______________________

    8. ______________________

    4. Nyatakan contoh peristiwa berdasarkan latar tempat dalam novel Di Sebalik

    Wajah.

    1. Hospital Cikgu ___________ dalam keadaan ___________ menunggu

    kelahiran_____________ pertamanya di hospital.

    2. Bilik solat di hospital Cikgu Saiful telah bersolat ______________ di bilik