fefleksi big mine

13
Hari pertama Tarikh : 10 April 2012 (Selasa) Pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih dari unit Pc1, Pc2 dan Pt berkumpul di astaka Khalid Al-Walid. Guru pelatih semua datang dengan siap sedia. Beberapa taklimat telah diberikan oleh pensyarah sebelum kami menaiki bas. Sebelum kami menaiki bas memastikan peralatan-peralatan yang diperlukan. Contohnya khemah life jacket, tali dan sebagainya. Bas sampai pada pukul 8.30 pagi. Kami menyimpan barang yang dibawa untuk guna di Kem Nusa dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti yang akan kami lakukan di Kem Nusa. Selesai menyimpan dua buah bas bertolak dari IPGKTAA. Satu bas untuk guru pelatih lelaki dan lagi satu untuk perempuan. Semasa perjalanan ke Taman Negara pemandu bas berhenti di satu kedai untuk kami mengambil sarapan pagi. Setelah mengambil sarapan di sana kami meneruskan perjalanan kami. Pada pukul 12.30 tengah hari kami sampai di destinasi iaitu di Kem Nusa. Selapas itu, kami menaiki bot ke tapak perkhemahan. Perjalanan bot amat menyoronokkan saya. Selepas sampai di tapak perkhemahan kami bersih tempat perkhemahan. Selepas bersih kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Saya mengalami beberapa kekeliruhan. Saya juga mendapat teknik mendirikan khemah daripada pensyarah. Selepas selesai mendirikan khemah kami makan di restoran yang sediakan makan untuk kami.

Upload: hemachandaran-rathnakumar

Post on 15-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

b vvbvbvbvbvbvbvbnvbvbnvbnvbnvbncbbnvbnvbncbnbv bv bnvmbnv nbv b

TRANSCRIPT

Page 1: Fefleksi BIG MINE

Hari pertama

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)

Pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih dari unit Pc1, Pc2 dan Pt berkumpul di

astaka Khalid Al-Walid. Guru pelatih semua datang dengan siap sedia. Beberapa

taklimat telah diberikan oleh pensyarah sebelum kami menaiki bas. Sebelum kami

menaiki bas memastikan peralatan-peralatan yang diperlukan. Contohnya khemah life

jacket, tali dan sebagainya. Bas sampai pada pukul 8.30 pagi. Kami menyimpan barang

yang dibawa untuk guna di Kem Nusa dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti

yang akan kami lakukan di Kem Nusa.

Selesai menyimpan dua buah bas bertolak dari IPGKTAA. Satu bas untuk guru

pelatih lelaki dan lagi satu untuk perempuan. Semasa perjalanan ke Taman Negara

pemandu bas berhenti di satu kedai untuk kami mengambil sarapan pagi. Setelah

mengambil sarapan di sana kami meneruskan perjalanan kami. Pada pukul 12.30

tengah hari kami sampai di destinasi iaitu di Kem Nusa. Selapas itu, kami menaiki bot

ke tapak perkhemahan. Perjalanan bot amat menyoronokkan saya. Selepas sampai di

tapak perkhemahan kami bersih tempat perkhemahan. Selepas bersih kami mendirikan

khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Saya mengalami beberapa

kekeliruhan. Saya juga mendapat teknik mendirikan khemah daripada pensyarah.

Selepas selesai mendirikan khemah kami makan di restoran yang sediakan makan

untuk kami.

Seterusnya, kami balik ke tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah

masak. Selepas menyelesaikan semua kerja kami mandi pada pukul 6.00 petang. Pada

pukul 6.40 petang membuat masakan dalam kumpulan di tapak perkhemahan masak.

Makanan yang kami masak makan sebelum pergi ke LDK. Tepat pada pukul 8.30

malam diadakan ice-breaking. Dalam aktiviti ini kami dapat mengenal tahui tentang

semua guru pelatih. LDK tamat pada pukul 10.30 malam. Pada pukul 11.00 malam

kami diarahkan untuk mendapatkan tidur yang cukup untuk mendapatkan tenaga yang

cukup untk memulakan aktiviti pada esok pagi. Saya berada di kumpulan tiga akan

memulakan aktiviti kembara.

Page 2: Fefleksi BIG MINE

Hari kedua

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)

Pada pukul 6.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas dan Nyanyian lagu rasmi

( Negaraku, Negeri Pahang,IPGKTAA dan kami Guru Malaysia) dijalankan. Aktiviti ini

dijalankan oleh Ajk kerohanihan. Setelah selesainya, kami bersarapan sarapan yang

disediakan oleh ahli kumpulan dan membersihkan tempat makan selepas makan.

Seterusnya kami berkumpul semula untuk aktiviti pada pagi ini bermula pada pukul

8.00 pagi. Aktiviti LDK pada pagi ini membawa banyak ilmu pengetahuan kepada kami.

LDK ini dijalankan oleh En Khazali. LDK ini berkaitan denagan pertolongan cemas.

Semasa taklimat tersebut beliau telah memberi banyak pengarajan kepada kita.

Contohnya beliau mengajar cara-cara melakukan pertolongan cemas. Saya rasa

pengajaran ini dapat membantu saya pada bila-bila masa diperlukan.

Setelah tamat LDK, Tamat sesi LDK, kami diarahkan untuk mempersiapkan

memulakan aktiviti kembara. Aktiviti juga dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

aktiviti darat dan aktiviti air. Kumpulan bernombor ganjil (1,3,5) memulakan aktiviti darat

iaitu kembara hutan dan kumpulan bernombor genap (2,4,6) akan memulakan aktiviti

air. Aktiviti ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 6.00 petang. Saya pula di

kumpulan tiga. Dengan itu saya akan melakukan aktiviti kambara hutan dengan penuh

semangat.

Sebelum menjalankan aktiviti jungle trekking, kami diberikan taklimat

tentang apa yang patut kami lakukan sepanjang aktiviti ini dan peralatan yang patut

kami bawa sebagai peralatan ketika menjalankan aktiviti di tengah hutan. Setelah tamat

menerima taklimat, kami menyiapkan segala peralatan yang perlu kami bawa seperti

bekalan air bersih yang mencukupi, peralatan serta bahan untuk memasak seperti yang

telah ditetapkan. Sebelum bergerak ke dalam hutan, sekali lagi kami menerima taklimat

daripada Abang Hasyim yang mengiringi kami. Kami diberi tahu tentang adab dan

pantang di dalam hutan.

Page 3: Fefleksi BIG MINE

Selepas taklimat kami akan memulakan perjalanan untuk menuju ke Air Terjun

Abai. Sepanjang perjalanan menuju ke Air Terjun Abai, kami diperkenalkan dengan

flora dan fauna yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan juga industri

pembinaan seperti minyak kering yang digunakan sebagai bahan campuran untuk

membuat tar jalan raya. Laluan untuk ke Air Terjun Abai meliputi laluan darat dan

sungai kecil. Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan

curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami

tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan . Batu-batu

yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya

tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan luaran

sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-

nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan

membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai

dalaman yang terdapat dalam pilihan kita.

Setibanya kami di tapak perkampungan Jakol, kami memasak bekalan yang

kami bawa dengan peralatan yang ada dan dengan keperluan yang amat terhad.

Namun yang demikian, saya tetap berasa bangga kerana setiap ahli kumpulan

memberikan kerjasama yang amat baik maka setiap tugasan dapat dilaksanakan

dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Selesai memasak,

makan tengah hari dan membersihkan peralatan yang kami telah gunakan itu, kami

membersihkan kawasan sekitar dan meneruskan perjalanan kami untuk sampai ke

penghujung. Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan

sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk mengangkat barang-

barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan mula mementingkan diri dalam dua

keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan.

Selepas selesai makan kami meneruskan perjalanan kami ke Air Terjun Abai.

Perjalanan dari perkampungan orang Jakol ke Air Terjun Abai agar sukar. Tetapi kami

tidak berputus asa.. Setibanya di Air terjun Abai, kami meluangkan sedikit masa untuk

menikmati keindahan alam dan kesejukan air sungai. Kami bermandi-manda di air

terjun dengan seronok.

Page 4: Fefleksi BIG MINE

Pada pukul 4.30 petang kami diarahkan pulang ke tapak perkhemahan. Sehinggalah

keakhirnya, saya berjaya melepasi kesemua halangan tanpa sebarang permasalahan

walaupun ada sedikit kesukaran. Pengalaman tersebut adalah sangat menyeronokkan

dan dapat membina kekuatan dari segi fizikal dan mental saya. Malahan, saya juga

semakin percaya dan yakin dengan kemampuan diri saya dalam menghadapi apa jua

rintangan dalam kehidupan dengan lebih sabar, berhati-hati dan belajar daripada

kesilapan dan kebaikan orang lain. Hasilnya, kita akan dapat melakukan yang terbaik

dalam kehidupan kita. Kesemua ini, saya perolehi sepanjang perjalanan di hutan ini

yang banyak menguji dari segi emosi, kemahiran, tumpuan dan banyak lagi komponen

lain. Setelah sampai ke tapak perkhemahan, sesi refleksi telah dilakukan. Semasa

refleksi guru pelatih berkongsi pengalamnan mereka tentang perjalan sebetar tadi.

Selepas tamat sesi refleksi, kami mula memasak untuk makan malam mengikut

kumpulan.

Pada pukul 8.30 malam, aktiviti LDK ialah mengenali potensi diri (pembentangan

bendera kumpulan dan suara sorakan kumpulan). Semua kumpulan bersemangat

mencari nama kumpulan, sorakan dan sebagainya. semua kumpulan bersemangat

membentangkan maksud di sebalik bendera dan motto kumpulan. Apabila masa kita

datang untuk bentang tentang nama dan sorakan kumpulan ketua kumpulan kita iaitu

Foo memberi tahukan. setelah tamat aktiviti LDK, sesi refleksi, guru pelatih diminta

untuk memberi sedikit pandangan dank omen terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

Aktiviti tamat pada pukul 11 malam. Kami dikehendaki untuk merehatkan diri untuk

aktiviti pada keesokan harinya. Pada mala ini kumpulan saya iaitu kumpulan 3 dan

kumpulan 4 ditugaskan untuk berjaga malam. kami kumpulan tiga menjaga pada pukul

11 malam hingga 2.30 pagi. Kumpulan empat pula meneruskan tugas mereka sampai

pukul 5 pagi.

Page 5: Fefleksi BIG MINE

Hari ketiga

Tarikh : 12April 2012 (Khamis)

Pada pukul 6.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas, nyanyian lagu rasmi (Negaraku,

Negeri Pahang,IPGKTAA dan kami Guru Malaysia) diadakan. Setelah tamat aktiviti ini,

kami bersarapan bersama ahli kumpulan. Selepas selesai sarapan pagi kami

berkumpul semula di tempat yang ditetapkan iaitu, Dewan Kem Nusa untuk aktiviti

seterusnya iaitu LDK. Sebelum mula aktiviti ini kami diberitahu iaitu aktiviti air dan

aktiviti darat telah dibatalkan sebab kejadian hujan lebat semalam. Setelah mendengar

berita ini kami amat sedih dan merasakan rugi satu aktiviti.

Selepas pengumuman ini, LDK yang berkaitan motivasi kepuasan kerja

dijalankan. Semasa LDK ini En Khazali telah mempersembahkan dengan beberapa

tayang video. Tayangan video ini berkaitan dengan pengorbanan guru. Video pertama

menunjukkan seorang guru yang tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kaki.

Walaupun beliau seorang OKU tetapi beliau belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya

Berjaya dalam kehidupan. Akhir video pertama itu, guru yang OKU bersebut “no arms,

no legs and no fears”.

Video kedua menunjukkan kesukaran yang dihadapi oleh guru ke tempat

mengajar. Perjalanan beliau memenuhi cabaran yang tidak dapat dinafihi. Daripada

video-video tersebut, saya dapat mengetahuai apa-apa cabaran boleh kita hadapi masa

akan datang. Dengan itu, saya sabar manghadapi apa jua masalah dan sanggup

menerima cabaran.

Sebelum tamat LDK kami dapat satu lagi pengumuman baru iaitu aktiviti yang

diberitahu dibatalkan sebentar tadi akan diadakan seperti mana diadakan pada jadual.

Kami semua amat gembira apabila mendengar pengumuman ini. Selepas tamat sesi

LDK tersebut, kami bersedia untuk memulakan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti air.

Aktiviti ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 4.30 petang. Sebelum

memulakan aktiviti kami membuat persiapan diri seperti memakai baju yang sesuai,

bekalan makanan dan peralatan yang perlu dibawa bersama seperti life jaket, getah

dan tali untuk mengikat rakit.

Page 6: Fefleksi BIG MINE

Kami berkumpul di suatu tempat sebelum menjalankan aktiviti air. Pada sesi ini,

kami diberi penerangan tentang penggunaan life jaket dengan betul. Selesai sesi ini,

penerangan tentang penggapungan diri dalam air dan cara untuk menyelamatkan diri

jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tamat sesi ini, kami bertolak ke perkampungan

orang asli mengikut kumpulan. Perjalanan ini membawa pandangan yang indah.

Setelah sampai kami membawa masuk barang-barang yang digunakan untuk ;raket’

yang dibawa dari tapak perkhemahan. Di tempat tersebut, kami mula memasak untuk

makan tengah hari. Selesai makan kami membersihkan kawasan tempat yang

digunakan sebelum memulakan aktiviti berakit.

Seterusnya kami membentuk kumpulan kecil iaitu dalam kumpulan hanya ada 5

hingga 6 orang sahaja untuk aktiviti berakit. Sebelum aktiviti diseteruskan sesi tunjuk

ajar cara mengikat rakit diadakan. Barang-barang yang digunakan untuk membuat rakit

diberitahukan. Untuk membuat rakit lima buah tiub diperlukan, selain itu batang paip,

kayu, getah dan tali. Kami kemudiannya mengikat rakit sendiri untuk digunakan untuk

berakit. kami juga dapat pertolongan pensyarah semasa mingikat rakit tersebut. Setelah

semua kumpulan menyiapkan rakit masing-masing, kami diberi sedikit penerangan

tentang cara dayungan yang betul semasa berakit. Setalah itu, kami menurunkan rakit

ke sungai untuk memulakan aktiviti berakit.

Akhir sekali, setelah rakit kami hamper sempurna disiapkan kamipun duduk

diposisi masing-masing untuk memastikan ada keselesaan. kami tidak dapat melaluai

beberapa jeram sebab kejadian hujan lebat semalam. Dengan itu, kami hanya dapat

melaluai satu jeram sahaja. Walaupun kami seronok semasa menjalankan aktiviti ini.

Aktiviti ini membawa satu mengalaman yang baru kepada saya. Setelah tamat berakit,

kami kembali ke tapak perkhemahan. Sebelum itu, sesi refleksi dilakukan bersama

pensyarah yang terlibat. Selesai sesi refleksi kami mula membersihkan diri, persiapan

diri, memasak dan makan malam.

Pada pukul 9.00 malam, kami berkumpul di Dewan Nusa Kem untuk

persembahan malam kebudayaan. Malam ini, merupakan malam terakhir kami berada

di Kem Nusa. Pada malam ini semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan.

Persembahan yang dibuat mestilah mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan.

Page 7: Fefleksi BIG MINE

Sebelum persembahan dimulakan AJK malam kebudayahan mengumumkan cara-cara

pemarkahan. Tambahan pula undian diadakan untuk kumpulan yang mana dimulakan

pertama dan seterusnya. Persembakan ini dijalankan selama sejam. Selepas semua

persembahan pengumuman masa pemenang diadakan. Malam persembahan ini

dimenangi oleh kumpulan dua iaitu ‘Turtle Spirit’ yang membuat persembahan sketsa.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan satu iaitu ‘Pirates Of Afzan’ yang membuat

persembahan lakonan sambil menyanyi. Dan kumpulan tiga iaitu kumpulan saya ‘All Is

Well’ memenangi tempat ketiga yang membuat persembahan tarian yang bertema Satu

Malaysia. Kumpulan empat membuat persembahan nyanyian (gemuruh jiwa dan lagu

BIG). Kumpulan lima persembahan mebuat lakonan bertajuk kaum batik dan kumpulan

enam membuat persembahan mendeklimasi sajak.

Selesai penyampaian hadiah. Majlis penutupan BIG siri 3 diadakan. Pada

pertamanya pengerusi BIG siri 3 iaitu Yuthish Dheeran Manian memberi ucapan yang

berkaitan sepanjang aktiviti berlangsung. Seterusnya En Ahmad Yani Bin Mat Yusuf

iaitu Ketua Unit Gerko memberi ucapan. Semasa ucapan beliau berkata taniah kepada

guru peserta siri 3 dan memberi komen tentang aktiviti yang berlangsung tanpa

sebarang kecederaan. Beliau juga amat gembira atas kerjasam kami. Sebelum beliau

berakhir ucapan dengan rasminya beliau telah menutup BIG siri yang ketiga 2012.

Akhirya Kem Komandan kita memberi ucapan. Beliau menyatakan bahawa kumpulan

siri kami adalah kumpulan yang terbaik jika dibandingkan dengan siri-siri sebelum ini.

Sebaik sahaja beliau menyatakan sedemikian, semua orang bersorak tanda gembira

dan terharu. Saya juga berasa sangat seronok kerana mendapat penghargaan daripada

beliau. Selain itu, saya juga berasa sangat bersyukur kerana mendapat jurulatih-

jurulatih yang baik, terutama sekali ialah kem komandan BIG siri kami. Selesainya

ucapan kami berehat kerana pada keesokkan harinya kami akan berangkat pulang ke

IPGKTAA.

Page 8: Fefleksi BIG MINE

Hari keempat

Tarikh : 13 April 2012 (Jumaat)

Pada pukul 6.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas, nyanyian lagu rasmi (Negaraku,

Negeri Pahang,IPGKTAA dan kami Guru Malaysia) diadakan. Setelah tamat aktiviti ini,

Kami bersarapan dan memulakan aktiviti mengemas khemah individu pada pukul

7.00pagi. Selesai mengemas khemah individu,kami mengemas khemah dapur dan

barang-barang makan, pemeriksaan peralatan memasak dilakukan untuk mengenal

pasti sama ada berlaku kehilangan peralatan yang dipinjam. Tamat aktiviti ini, kami

bersarapan dan berkumpul semula di tempat yang ditetapkan iaitu, Dewan Kem Nusa

untuk mendapat sedikit taklimat daripada En haji Sharom.

. Setelah itu kami mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar

kenangan semasa berada di sana. Kami kemudiannya diarahkan untuk mengambil

makan tengah hari sebelum bertolak balik ke IPGKTAA. Kami bertolak dari Nusa Kem

secara berkumpulan iaitu bermula daripada kumpulan 6. Setelah semua sampai ke Jeti

Kuala Tahan, kami mengambil masa untuk berehat. Setelah itu, kami memunggah

peralatan di bas maktab. Setalah siap mengemas peralatang tersebut, kami memulakan

perjalanan untuk bertolak ke IPGKTAA.

Kami sampai ke maktab pada pukul 2.00 petang. Setelah sampai kami

menurunkan peralatan daripada bas dan menyusun peralatan di luar stor di astaka

Khalid Al-Walid. Setelah siap menyusun peralatan, sedikit perbincangan dilakukan iaitu,

tentang mengemas peralatan yang digunakan semasa perkhemahan pada esok harinya

di astaka pada jam 10.00 pagi. Selesai perbincangan kami balik ke bilik dengan

kenangan manis di Kem Nusa.