falsafah barat ( group )

Upload: iznina-ghazali

Post on 20-Jul-2015

351 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

ALIRAN FALSAFAH Aliran Falsafah Barat. Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden.Konsep setiap idea akan dirujuk kepada cabang-cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, dan aksiologi. Secara ringkas falsafah pendidikan barat dapat dilihat seperti rajah di bawah.

Realisme

Idealisme

Mahzab Umum Falsafah Barat

Parenialisme

Esensialisme

Idealisme Idealisme merupakan antara falsafah yang klasik dan terawal terdapat di Barat. Idea ini dating daripada tokohnya yang terkenal iaitu Plato. Platoterkenal dengan bukunya yang berjudul Republik. Antara tokoh-tokoh yang sealiran dengan beliau ialah Descartes, Spinoza,Kant, Berkeley dan Hagel.Maznab ini memberi fokus kepada akal ( minda ) , jiwa dan kerohanian.Akal,jiwa dan kerohanian adalah elemen penting dalam kehidupan manusia. Pada pandangan mereka kebenaran hanya bergantung kepada elemen tersebut. Segala kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari dengan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran, bukannya daripada kebendaan. Idealisme dari segi cabang-cabang falsafah dapat dilihat seperti dalam di bawah.

Metafizik Asas kewujudan bukan berbentuk fizikal Semua realiti dapat ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran, jiwa dan kerohanian Kewujudan sesuatu benda tidak perlu ditunjukkan secara konkrit tetapi memadai hanya disimpan di dalam fikiran seseorang dan dinyatakan secara lisan sahaja. Pengetahuan adalah rasional dan bersistematik , maka pengetahuan mengenai kewujudan adalah benar.

Epistemologi Kebenaran ialah idea dan wujud dalam pemikiran dan bebas daripada pengalaman deria. Pengetahuan wujud dalam bentuk fikiran, ingatan, kefahaman, penaakulan dan sebagainya. Manusia boleh mendapat ilmu pengetahuan melalui intuitif, atau celik akal Oleh itu , aktiviti mental perlu aktif

Aksiologi Nilai dan etika adalah bersifat mutlak. Apa yang dikatakan bernilai seperti baik, cantik, hodoh, benar atau jahat secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi kepada generasi yang lain atau daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Pendidikan bertujuan melahirkan individu bermoral , dalam hal ini pelajar hanya dibolehkan menerima sepenuhnya apa yang telah diajar oleh guru.

Realisme Falsafah ini dikenali sebagai falsafah meterialisme. Tokoh yang terkenal ialah Aristotle. Beliau ialah salah seorang murid Plato. Antara tokoh lain adalah seperti Aquinas, Russel, Broudy, Pestalozzi, Francis Bacon, dan John Lock. Idea ini memberi fokus kepada keseluruhan reality ialah alam fizikal dan apa yang di luar alam fizikal tidak dianggap sebagai reality. Walaupun sesuatu perkara wujud dalam alam fikiran, namun pemikiran tersebut perlu selaras dengan kewujudannya dalam alam nyata. Metafizik Mengenali dunia dan alam persekitaran sepertiobjek dan jirim adalah melalui pancaindera. Kebenaran tidak hanya wujud dalam fikiran dan sepatutnya bebas daripada penggunaan akal semata-mata. Manusia menemui sesuatu benda menerusi deria yang ada padanya. Epistemologi Manusia dilahirkan denganfikiran, kefahaman dan ingatan yang kosong. Pengetahuan adalah hasil interaksi manusia dengan alam kebendaan memalui pancaindera. Tanpa kebendaan, kebenaran sukar dapat dibuktikan. Aksiologi Sesuatu nilai adalah dirujuk kepada sejauh mana ia diterima dan tidak bertentangan dengan persekitaran. Sebagai contoh , jika masyarakat menerima sesuatu itu sebagai bernilai , maka itulah nilainya walauoun pada hakikatnya mungkin tidak sedemikian.

Pragmatisme Pragmatisme termasuk di dalam mahzab falsafah kontemporari. Di antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah John Dewey, Charles Darwin dan William James. Idea ini menyatakan alam semesta adalah bersifat dinamik dan manusia perlu mendapatkan pengalaman. Falsafah ini juga dikenali sebagai empirisme, fungsionalisme, eksperimentalisme atau falsafah orang Amerika. Falsafah inifokus kepada pengalaman yang bersifat dinamik. Pragmatisme dari segi cabang-cabang falsafah dapat dilihat seperti dibawah.

Metafizik Pemikiran sahaja tanpa pengalaman, realiti tidak dapat ditentukan. Contohnya , kebenaran berkaitan perkara selepaskematian sukar dipastikan kesahannya kerana tiada siapa yang mempunyai pengalaman mengenaiperkara tersebut.

Epistemologi Pengetahuan adalah sebagai proses. Pengetahuan lahir daripada perhubungan atau pengalaman dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Pengetahuan yang baru perlu dari semasa ke semasa diperoleh. Pelajar ialah pihak yang sepatutnya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Aksiologi Sesuatu nilai adalah bergantung kepada situasi. Situasi adakah berubahubah . Nilai adalah bersifat dinamik. Nilai tidak universal : Contohnya perlakuan etika tidak akn menjadi universal kerana masyarakat berbeza di antara satu sama lain. Dalam estetika , citarasa umum adalah berbeza mengikut kebudayaan.Ini kerana pengalaman masyarakat berbeza dalam berbagai-bagai kebudayaan.

Eksistensialisme. Merupakan mazhab eksistensialisme yang muncul selepas Perang Dunia Kedua.Mazhab ini tergolong dalam mahzab falsafah yang kontemporari. Di antara tokoh yang terkenal ialah Soren Kierkegaad, dan Karl Jaspers. Falsafah ini juga dikenali sebagai falsafah orang Eropah. Kebanyakan idea dan pengetahuan seseorang adalah berasal daripada pengalaman bebas atau laissez faire.Mengikut mazhab eksistensialisme, semua keputusan, pilihan dan pembelajaran adalah bebas kepada setiap individu untuk menentukannya. Sehebungan itu kehidupan adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri.

Metafizik Realiti adalah sesuatu kewujudan individu Pada perkembangan seterusnya iaitu kemenjadian individu adalah selepas kewujudannya. Manusia bebas memilih kepercayaan serta arah tujuan dirinya sendiri.

Epistemologi Setiap pelajar mempunyai keperluan, kecenderungan serta minat yang berbeza maka kurikulum adalah tidak tetap, tidak sistematik dan tidak berstruktur. Pelajar menggunakan pengalaman, bahan yang berkaitan minat, dan kecenderingannya untuk mencapai matlamat kesejahteraan diri seperti yang dicita-citakan. Pelajar juga digalakkan menjalankan projek-projek yang boleh menajamkan lagi kemahirannya serta berkaitan dengan jangkaan masa hadapan mereka.

Aksiologi Seseuatu nilai itu dikatakan adalah relatif kepada individu . Seseorang itu mestilah jangan hanya mengikuti dan mematuhi norma nilai sesuatu masyarakat sematamata. Keserasian dengan diri sendiri juga perlu dipertimbangkan.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Daripada aliran Falsafah Umum Barat (Idealisme, Realisme, Pragmatisme dan

Eksistensialisme) yang telah dihuraikan, wujudlah pelbagai Falsafah Pendidikan Barat (FPB) yang merujuk kepadanya. FPB ini berkembang mengikut pendekatan dan teori tersendiri. FPB boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Essensialisme Perennialisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Progressivesme Eksistensialisme Rekonstruktivisme

Esensialisme Aliran FPB ini berpunca daripada ideologi Realisme dan Idealisme. Profesor William C. Bagley merupakan orang yang memperkenalkan Esensialisme pada tahun 1938 dan sangat berpengaruh di Amerika Syarikat hingga ke hari ini. Tokoh-tokoh lain ialah Thomas Briggs, Frederick Breed, Issac L.Kander dan Arthur Bestor. Esensialisme merupakan teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan menjadi teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan pendidikan.

Memandangkan perkembangan intelek individu menjadi matlamat utama, tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat sekolah rendah. Manakala di peringkat sekolah menengah, pendedahan diberi pada subjek yang lebih mencabar seperti Kesusasteraan, sejarah, Sains, dan Bahasa Asing. Ia berfokus kepada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran. Walaubagaimanapun, kegiatan yang berkaitan kokurikulum seperti pendidikan jasmani, kesenian dan muzik kurang diberi perhatian. Manakala dalam kurikulum, nilai-nilai sosial, orang ternama dan penulis terkenal diberi penekanan. Bagi mencapai objektif

pendidikan, gurus haruslah menjadi role-model kepada pelajar. Cara ini dikenali sebagai proses pengajaran berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang berwibawa dalam bidangnya. Guru juga mempunyai kawalan bilik darjah dan membuat keputusan mengenai kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar. Bagi pelajar pula, mereka harus berdisiplin dan belajar bersungguh-sungguh untuk kemajuan diri. Dari segi dasarnya, falsafah Esensialisme ini kurang diterima dalam falsafah pendidikan di Malaysia kerana banyak member penekanan kepada peranan guru. Walhal kurikulum di Malaysia mengutamakan pemusatan murid. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan penting dan menjadi teladan kepada pelajar. Selain itu, dari segi pelaksanaan pelajaran, ada sedikit persamaan iait penekanan kemahiran asas di peringkat sekolah rendah.

Perenialisme Perenialisme berpunca daripada mazhab realisme yang dikaitkan dengan tokoh Plato (427-347SM) dan Aristotle (384-322SM). Fahaman falsafah ini dipelopori oleh Robert

Maynard Hutchins (1899-1977), Aldou Huxley , Livengstone dan J,Adler (1802). Falsafah ini menekankan pendidikan konservatif disamping mengandungi unsur-unsur penguasaan kemahiran asas, kaedah pengajaran ingatan dan juga latih tubi. Ahli perenialis mempercayai bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi. Fahaman ini berfokus kepada perkembangan peribadi. Oleh kerana manusia ialah manusia, maka mereka perlu diajar hal-hal yang berkaitan dengan manusia dan bukannya

berkaitan mesin atau teknik. Mazhab Perenialisme beranggapan pendidikan bukanlah penghidupan tetapi persediaan untuk hidup dan prinsip pendidikan sentiasa berulang-ulang. Dalam pendidikan, secara umumnya fahaman ini ingin melahirkan rakyat yang bermoral, berakal, berakhlak dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan berteraskan vokasional boleh

dimasukkan dalam matapelajaran akademik. Pelajar pelu didedahkan kepada matapelajaran berbentuk sejarah, falsafah dan sains bagi mengetahui sumbangan orang ternama. Subjek seperti bahasa, logic dan matematik perlu diajar untuk mencapai sesuatu kebenaran. Ini bertepatan dengan ciri aliran ini yang beranggapan tujuan pendidikan adalah mencari dan menyebarkan kebenaran. Kaedah pengajaran tradisional turut dititikberatkan seperti latih tubi, pembacaan, penulisan dan ulangkaji. Falsafah ini menekankan aspek pendidikan kepada pelajar yang pintar dan aspek pendidikan vokasional kepada pelajar yang lemah. Dalam Penyata Razak 1956, falsafah ini menjadi ikutan dan panduan untuk perlaksanaannya iaitu mementingkan kualiti dan pelajar bijak (pada peringkaat Darjah 6) unutk meneruskan pengajian di peringkat menengah. Manakala pelajar lemah dimasukkan ke aliran vokasional atau sekolah lanjutan. Fahaman ini menekankan amalan demokrasi kerana beranggapan rakyat akan maju jika pendidikan diajar dengan betul.

Progressivisme Fahaman ini dikaitkan dengan mazhab pragmatism. Aliran pemikiran Progresivisme adalah bertentangan dengan perenialisme. Ia dipelopori oleh Jean J. rousseau (1712-1778), Heinrich Pestalozzi (1746-1827), Freidrich Froebel (1782-1852) dan John Dewey. Namun penulisan dan pemikiran John Dewey yang banyak mempengaruhi falsafah ini. Ahli progressivis percaya bahawa kebenaran adalah relative dan tentatif. Fahaman ini meletakkan persekitaran dan masyarakat adalah factor penting dalam pembentukan generasi masa hadapan. Individu yang dilahirkan di dunia ini ibarat sehelai kain yang putih. Oleh itu, pendidikan berperanan mencorakkan manusia mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak perlu dididik cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. Oleh kerana percaya

bahawa kanak-kanak akan memilih yang terbaik untuk diri mereka, maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan dan aplikasi masalah manusia. Menurut John Dewey, pendidikan di sekolah bukanlah persediaan untuk hidup tetapi merupakan sebahagian daripada penghidupan itu sendiri. Maksud di sini ialah persekitaran sekolah harus menyediakan kerja berbentuk kemahiran bagi mengasah bakat yang ada. Idea John Dewey ini ada hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan amalan demokrasi, kemahiran bakat dan perkembangan potensi individu. Menurutnya lagi, proses pendidikan terdiri daripada proses psikologi dan sosiologi. Oleh itu sekolah

berperanan penting bagi melahirkan rakyat yang bermoral dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Persaingan juga kurang diutamakan kerana beranggapan bahawa sifat manusia adalah berbaik-baik sesama manusia. Dalam fahaman ini, guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Pembelajaran yang sesuai ialah mengikut keadaan yang berubah-ubah. Ini bermakna pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak benar pada masa akan datang. Manakala pelajar merupaka individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri kendiri. Pemikiran ini juga berpusatkan pelajar, amalan demokrasi dan amalan sosial yang sihat. Fahaman John Dewey yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan negara ialah mengutamakan kemahiran individu, melahirkan manusia yang berpotensi, cergas dan kreatif.

Rekonstruksionisme Aliran falsafah Rekonstuksionisme muncul pada tahun 1920-an dan berasal dari fahaman progresivisme. Ia dipelopori oleh John Child, George Counts (1899-1974), Harold Rugg (1886-1960) dan Theodare Bernald yang berasal daripada fahaman progresivisme tetapi inginkan pembaharuan. Falsafah ini menentang fahaman progresivisme yang telalu menumpukan kepada pemusatan pelajar. Ahli rekonstruksionalisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Oleh itu pendidikan haruslah tertumpu kepada pembentukan semula masyarakat, melalui

pembentukan perkembangan ekonomi dan membuat keputusan secara bersama.

Jika dilihat dari aspek pendidikan, aliran ini mahukan perubahan, proses dan pembinaan semula masyarakat. Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus kepada kecenderungan kini dan masa depan serta pada isu nasional dan internasional. Subjek dan dan kemahiran yang diajarkan adalah yang dapat mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Oleh itu, guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka bertindak sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Selain itu, fahaman ini juga menekankan amalan demokrasi dalam pendidikan. Sekolah merupakan agensi utama bagi menggerakkan perubahan sosial politik dan ekonomi dalam masyarakat. Untuk mencapai matlamat tersebut, sekolah perlu menyediakan kemudahan tertentu agar pelajar dapat mengembangkan bakat, kebolehan dan pemikiran mereka. Namun begitu, falsafah ini menolak unsur berasaskan metafizik iaitu tidak mementingkan pendidikan keagamaan.

Eksistensialisme Aliran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan diperkenalkan oleh Soren Kierkegard. Fahaman ini member fokus kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistensialis berpendapat bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan idefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan itu bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada autoriti luar. Dari aspek pendidikan, ahli eksistensialis berpendapat guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas pelajar. Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing, maka kurikulum eksistensialis tidak mempunyai matapelajaran yang khusus. Namun, matapelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan. Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, kaedah dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian dalaman.

PERBANDINGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN Tradisional. PERENIALISME KONSEP ESENSIALISME diberikan kepada

Secara semulajadi, cirri manusia Penekanan bersifat sejagat dan

tidak perkara-perkara asas

berubah-ubah MATLAMAT PENDIDIKAN TUMPUAN Mengajar ilmu dan nilai bersifat Mengajar ilmu dan budaya yang sejagat dan abadi bersifat asas sahaja

Kurikulum: bidang kemanusiaan Kurikulum: kemahiran 3M dan kesusasteraan. Guru: pakar Kaedah mengajar: didaktik Murid: penerima ilmu penyampai ilmu Guru: yang mahir Kaedah mengajar: didaktik Murid: penerima ilmu yang penyampai ilmu yang

yang bersifat pasif

bersifat pasif

Moden PROGRESIVISME REKONSTRUKTIVISME EKSKSTENSIALISME KONSEP Matlamat berupaya Sekolah menyesuaikan diri landasan terhadap perubahan MATLAMAT PENDIDIKAN Menghasilkan merupakan Manusia untuk bertanggungjawab atas diri sendiri ke

membentuk masyarakat Mengasaskan corak

individu yang sedia budaya baru menghadapi perubahan dalam

kehidupan seharian TUMPUAN Kurikulum: kebebasan memilih pelajaran ingin dipelajari Kurikulum: bidang sains Kurikulum: untuk sosial mata Guru: agen perubahan yang Kaedah mengajar: Berpusatkan murid bidang

estetik dan falsafah Guru: pemangkin ilmu Kaedah mengajar:

berpusatkan aktiviti dan

Guru: pembimbing Murid: berani mencuba murid dan pengurus Kaedah mengajar: induktif Murid: mencari dan bersifat aktif Murid: penerimaan

ilmu yang bersifat aktif

ilmu dan bersifat aktif

IMPLIKASI FALSAFAH ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Konsep falsafah menjelaskan pemikiran dan prinsip-prinsip sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pembentukan falsafah ini adalah hasil gabungan daripada matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang logik, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Ideologi-ideologi di dalam Falsafah Pendidikan Islam juga telah banyak mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan kesepaduan antara intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Berikut merupakan falsafah negara yang telah terbentuk berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah diwujudkan bagi mengganti kurikulum lama di Malaysia. Kurikulum yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu dibentuk kepada dua kategori iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Fokus pembentukan KBSM dan KBSR ini menekankan asas dalam usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat, dan alam sekitar. Di samping menekankan aspek keseimbangan fardhu ain dan fardhu kifayah. Sandaran kepada Falsafah Pendidikan Islam ini bertujuan untuk memastikan unsur-unsur ilmu dan perkara yang berkaitan agama tidak diabaikan dalam membentuk masyarakat yang berkembang maju selari dengan peredaran zaman yang kian mencabar. Hasrat tersebut, telah direalisasikan dengan menyelitkan idea-idea daripada tokoh-tokoh Islam di dalam ciri-ciri FPN sebagai prinsip yang harus dipegang oleh setiap pelajar. Idea ini banyak mengusulkan tentang

aspek kerohanian di mana manusia haruslah menyembah dan patuh kepada tuhan serta mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi pedoman hidup seseorang individu. Bukan sahaja aspek kerohanian yang diutamakan tetapi aspek intelek juga dititik beratkan untuk menyediakan manusia yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan seterusnya melahirkan masyarakat yang dapat berfikiran luas dan terbuka, berpandangan jauh dan mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. IMPLIKASI FALSAFAH TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Mata pelajaran seperti muzik, kesusasteraan dan sejarah yang dilaksanakan di Malaysia adalah kurikulum yang terdapat dalam pendidikan China dan India. Kedua-dua Falsafah Pendidikan Confusius dan Falsafah Pendidikan R. Tagore masing telah memperkenalkan peranan guru sebagai penyampai ilmu yang mahir, fasilitator, serta sebagai pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang bernas dalam kalangan murid. Oleh itu, pendidikan sekarang lebih tertumpu kepada pendidikan berpusatkan murid dalam membentuk sebuah proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan secara dua hala antara murid dan guru di dalam bilik darjah. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga telah diperkenalkan untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai aspirasi pendidikan negara. Sesuai dengan peredaran masa dan dalam memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara, sukatan pelajaran sentiasa diolah dan diubah. Hal yang sedemikian telah menggalakkan kementerian pelajaran untuk meningkatkan kualiti guru melalui kursus-kursus yang dianjurkan setiap tahun bagi memastikan peranan guru sebagai fasilitator dan pemudah cara kepada kepada pelajar terlaksana dengan berkesan.

IMPLIKASI FALSAFAH BARAT TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Bukan semua elemen di dalam Falsafah Pendidikan Barat boleh diadaptasikan di dalam pendidikan negara. Hanya elemen yang releven sahaja boleh di ambil dalam aplikasi pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dibentuk mirip kepada falsafah pendidikan progresivisme dan rekonstruksionisme menekankan matlamat pendidikan untuk mencapai kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni dan makmur. Falsafah pendidikan progresivisme mengutamakan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal. Selain daripada kurikulum pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, falsafah progresivisme memperkenalkan pengajian bidang teknik dan vokasional dengan mementingkan operasi penyelidikan sebagai pemangkin pembangunan teknologi bagi melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif. Berdasarkan falsafah ini, pelajar diberi kuasa dan kebebasan untuk memperkembangkan bakat dan pembelajaran mereka. Sekolah pula berfungsi sebagai tempat dimana ilmu penyelidikan dilakukan seperti di makmal dan pelajaran bukan sahaja diterima dari guru semata-mata tetapi dilakukan melalui penyelidikan untuk memperkembangkan ilmu. Manakala falsafah pendidikan rekonstruksionisme dikesan dan dihayati di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu di dalam membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Falsafah tradisional di dalam falsafah pendidikan barat juag banyak mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Antara kesamaan yang dapat dilihat adalah melalui kurikulum essensialisme dan parennialisme. Sumbangan kurikulum essensialisme terhadap

perkembangan pendidikan negara ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran dibahagikan kepada teras dan elektif seperti pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada fahaman

essensialisme dan parennialisme. Disamping itu, aliran parennialisme mementingkan nilai supaya pelajar dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Parennialisme yang rasional akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti.

RUJUKAN 1.Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin, (2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Guru, Selangor, Oxford Fajar 2.Elias, Emelina (2010) Implikasi falsafah barat ke atas falsafah pendidikan kebangsaan, 3.Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008). Falsafah tensialismependidikan dan Kurikulum, Tanjung Malim: Quantum books 4.Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat sekolah dan IPT,Kuala Lumpur: Sanon Printing corporaton Sdn Bhd

Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008). Falsafah tensialismependidikan dan Kurikulum, Tanjung Malim: Quantum books Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat sekolah dan IPT,Kuala Lumpur: Sanon Printing corporaton Sdn Bhd