etika

21
Pengurusan Perbandingan 1.0 Sejarah Pengurusan Pelbagai istilah yang digunakan untuk menerangkan erti Pengurusan. Pengurusan bermaksud mencapai matlamat organisasi yang cekap dan berkesan melalui proses perancangan ,pengorganisasian kepimpinan dan pengawalan sumber- sumber organisasi menurut Daft,2000. Definisi yang diutarakan oleh Fridreck Taylor menarik sekali kerana beliau mengayatakan pengurusan ini adalah satu seni yang ditentukan untuk mengetahui dengan bersunggut atas apa yang dikehendaki . Definisi ini agak berbeza namun masih meletakkan matlamat itu sebagai keutamaan. Pengurusan sebagai suatu proses dilihat begitu penting untuk melaksanakan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.Dengan kata lain pengurusan sebagai satu kaedah mencapai matlamat perlu dinilai secara kualitatif atau kuantitatif bagi menilai kesan tindakan yang diambil. Apa pun definisi pengurusan tetap mempunyai tiga kriteria yang utama iaitu suatu siri aktiviti ,penglibatan peyertaan dan tanggunjawab seorang pengurus untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi . Pengurusan berkaitan dengan etika kerja secara tidak langsung . Kamus Oxford mendefinisikan etika sebagai sekumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi kelakuan. Menurut Kamus Dewan, etika merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Walau apapun takrifan yang diberi, semua pihak mengakui etika sebagai suatu teori umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 1

Upload: syarie

Post on 08-Aug-2015

147 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

baca

TRANSCRIPT

Page 1: etika

Pengurusan Perbandingan

1.0 Sejarah Pengurusan

Pelbagai istilah yang digunakan untuk menerangkan erti Pengurusan.

Pengurusan bermaksud mencapai matlamat organisasi yang cekap dan

berkesan melalui proses perancangan ,pengorganisasian kepimpinan dan

pengawalan sumber-sumber organisasi menurut Daft,2000. Definisi yang

diutarakan oleh Fridreck Taylor menarik sekali kerana beliau mengayatakan

pengurusan ini adalah satu seni yang ditentukan untuk mengetahui dengan

bersunggut atas apa yang dikehendaki . Definisi ini agak berbeza namun

masih meletakkan matlamat itu sebagai keutamaan. Pengurusan sebagai

suatu proses dilihat begitu penting untuk melaksanakan kerja secara

sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan

aktiviti yang lain.Dengan kata lain pengurusan sebagai satu kaedah mencapai

matlamat perlu dinilai secara kualitatif atau kuantitatif bagi menilai kesan

tindakan yang diambil.

Apa pun definisi pengurusan tetap mempunyai tiga kriteria yang utama

iaitu suatu siri aktiviti ,penglibatan peyertaan dan tanggunjawab seorang

pengurus untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi . Pengurusan

berkaitan dengan etika kerja secara tidak langsung . Kamus Oxford

mendefinisikan etika sebagai sekumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang

mempengaruhi kelakuan. Menurut Kamus Dewan, etika merujuk kepada

prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang

individu ataupun sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).

Walau apapun takrifan yang diberi, semua pihak mengakui etika sebagai

suatu teori umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip berhubung

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 1

Page 2: etika

Pengurusan Perbandingan

kelakuan individu dalam sesuatu kelompok sosial yang membolehkan mereka

menentukan sarna ada perkara yang dipercayai dan dipegang oleh sesebuah

masyarakat itu sebagai sesuatu yang benar, patut diterima sebagai baik dan

betul, ataupun salah, patut ditolak sebagai tidak baik dan tidak betul . Akhlak

merupakan istilah yang paling tepat untuk digunakan dalam membincangkan

peribal etika dalam Islam. Ini kerana di dalarnnya terkandung nilainilai Islam

yang amat sesuai untuk diadaptasi ke dalam etika pengurusan dan

diaplikasikan dalam organisasi. Dari segi bahasa, akhlak merujuk kepada budi

pekerti, sifat, kelakuan, perangai, watak dan tabiat manusia. 10 Dari segi

istilah pula, akhlak (ethics of the soul) merujuk kepada sifat yang tertanam

dalam jiwa seseorang, di mana perbuatan akan lahir daripadanya dengan

mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu .

Berdasarkan definisi pengurusan dan definisi etika dapatlah

dirumuskan bahawa pengurusan kerja merupakan sesuatu persepsi yang

dirumuskan untuk mencapai matlamat menerusi sistem pengurusan yang

berkesan bagi menhasilkan jagkaan yang diharapkan . Hubungan etika kerja

profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal

tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan

meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi

undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu,

etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang

membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan

masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari

semasa ke semasa.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 2

Page 3: etika

Pengurusan Perbandingan

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian

kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada

individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi

seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara

kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri

seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri .

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional

atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,

kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk

mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional

memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang

beretika dan berjaya. Melalui definisi dan keterangan ini saya ingin

menjelaskan etika kerja berkaitan pengurusan Barat,Islam dan Jepun .

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu

melangkaui etika professional.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 3

Page 4: etika

Pengurusan Perbandingan

2.0 Perbezaan Amerika Syarikat ,Malaysia dan Jepun

Perbezaan persekitaran juga menwujudkan kualiti tertentu terhadap

organisasi.corak hidup di kampung tentulah berbeza dengan corak hidup di

bandar.Konsep organisasi berbeza dala suasana demikian kerana latar

belakangbudaya yang tidak seragam. Hal ini boleh dilihat daripada

perkembangan sesuatu keputusan yang dibuat oleh organisasi tersebut.Untuk

menerangkan secara lebih terperinci saya akan mengambil contoh program

latihan pengurusan yang dilaksanakan di Amerika Syarikat,Malaysia dan

Jepun sebagai perbandingan terhadap organisasi .

Syarikat Apple Computer sebuah syarikat komputer terkemuka di

Amerika Syarikat memperkenalkan konsep “Apple Value” dalam pengurusan

syarikat mereka .Apple menerapkan sembilan nilai utama yang perlu dihayati

oleh para pekerja dan subsidiari seluruh dunia.Diantara nilai-nilai yang

dinyatakan ialah :

i. Empati untuk para pelanggan /Pengguna

ii. Percapaian

iii. Networking yang positif

iv. Inovasi/visi

v. Prerstasi individu

vi. Semangat berpasukan

vii. Kualiti kecemerlangan

viii. Ganjaran individu

ix. Pengurusan terbaik

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 4

Page 5: etika

Pengurusan Perbandingan

Pihak pengurusan tertinggi sentiasa memegang kukuh nilai-nilai yang

telah diterap ,namun terdapat juga perbezaan dari segi amalan yang sangat

ketara dalam kelangan pekerja bawahan dan penyelia kejuruteraan . Kedua-

dua golongan pekerja ini mempunyai sosial budaya yang tersendiri. Para

pekerja di syarikat ini mempunyai pandangan dan nilai –nilai yang diamalkan

berbeza dengna pihak pengurusan atasan . Pekerja bawahan ini lebih

mementingkan 15 nilai seperti :

i. Percapaian Kumpulan

ii. Pertandingan

iii. Mengambil risiko

iv. Teknologi

v. Kreaktiviti

vi. Inovasi

vii. Pengiktirafan

viii. Pengupayaan

ix. Kepelbagaian

x. Prihatin

xi. Keterbukaan

xii. Polisi terbuka

xiii. Pengiktirafan

xiv. Infomaliti

xv. Fleksibiliti

xvi. Dan rasa keupayaan

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 5

Page 6: etika

Pengurusan Perbandingan

Bagi pengurusan kejuruteraan ,pemasaran dan pengurusan syarikat ini

mempunyai sosial budaya yang diamalkan mereka .Golongan pertengahan ini

lebih mengamalkan nilai-nilai bersama seperti orentasi

percapaian ,inovasi,pengurusan kualiti yang menyeluruh ,kerjasama

pasukan,komunikasi terbuka,visibiliti,visi jangka panjang,persamaan dan

pengarahan kerja kumpulan.Walaupun ketiga-tiga pengurusan yang

mempunyai misi yang berbeza namun kumpulan ini mengamalkan nilai-nilai

bersama berasaskan kepentingan kumpulan tetapi mereka masih terikat

dengan nilai-nilai teras dalam budaya Apple Computer sepeerti

teknologi,inovasi dan kreativiti. Tiga unsur budaya ini merupakan kekuatan

bagi syarikat Apple dalam menghadapi persaingan dengan pihak persaing

dalam perniagaan syarikat komputer .

Di Malaysia pengurusan Petronas contohnya mementingkan status

percapaian submisif,visi,prihatin,pengurusan

mesyuarat,keberkesanan,persempadanan,komunikasi atas ke

bawah ,kekurangan mobiliti,dan mentaliti kakitagan kerajaan .Terdapat juga

nlai-nilai yang diamalkan di Syarikat Apple Computer diterap di Syarikat

Petronas Malaysia seperti budaya kejuruteraan dengan sedikit penyesuaian.

Di Syarikat Petronas Malaysia golongan kejuruteraan mengamalkan sepuluh

nilai berpasukan seperti :

i. Kerjasama Pasukan

ii. Etika Kerja yang tinggi

iii. Kekanan

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 6

Page 7: etika

Pengurusan Perbandingan

iv. Pengurusan projek terbaik

v. Mengambil risiko

vi. Kewibawaan

vii. Persahabatan

viii. Keharmonian kumpulan

ix. Ketahanan diri

x. Teknologi terkini

Dalam pengurusan pemasaran pula pekerja mengamalkan sepuluh nilai

penting seperti:

i. Memaksimumkan hasil

ii. Persahabatan

iii. Keharmonian kumpulan

iv. Ketahanan diri

v. Kepekaan

vi. imej terbaik

vii. profesionalisime

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 7

Page 8: etika

Pengurusan Perbandingan

viii. autoriti

ix. kerjasama

x. pertandingan

Corak pengurusan Syarikat Petronas Malaysia lebih bersifat

sederhana ,telus dan diurus oleh pentadbir yang berpengalaman.

Namun, nilai autoriti ,persahabatan,kerjasama dan keharmonian

kumpulan adalah nilai yang penting didalam setiap lapisan budaya kerja

. Syarikat Petronas Malaysia mencantumkan tiga budaya etnik,barat

dan islam didalam budaya pengurusan korporat ia. Tidak

menghairankan jika Syarikat Petronas Malaysia mampu memasuki

pasaran antarabangsa dengan mengamalkan budaya korporat yang

baru dengan budaya korporat barat. Keserasian budaya ini

membolehkan profesionalisme ,keagamaan, dedikasi ,nama

baik,keterbukaan, keharmonian dan perpaduan dapat ditonjolkan

melalui pengurusan perbandingan dengan jayanya bagi menaikkan imej

negara di manat dunia.

Kelainan yang wujud diantara pengurusan Amerika Syarikat dan

Malaysia ,Jepun mempunyai corak yang dibentuk melalui asas budaya

silam daripada tingkah laku,nama ,nilai dan indentiti yang unik.

Walaupun terdapat kesamaan budaya ,kekeluargaan ,dan hierarki

sosial lebih diutamakan daripada pencapaian individu .Di Jepun

kebanyakkan syarikay yang ditubuhkan berasaskan kekeluargaan .Oleh

sebab itu,nilai-nilai pengurusan yang diterapkan di syarikat-syarikat

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 8

Page 9: etika

Pengurusan Perbandingan

multinasional tidak jauh beza dengan sosialbudaya.Contohnya Syarikat

Matsushita ,ternyata berorentasikan kekeluargaan ,kepuasan

pelanggan ,kewujudan bersama,kesajahteraan bersama dan

sumbangan terhadap masyarakat bersama menjadi amalan.

Stail pengurusan yang mementingkan keuntungan

bersama ,orentasi kerja,moral yang tinggi ,prihatin dan mengambil

risiko .Namun stail pengurusan budaya Jepun tidak menwujudkan

subbudaya pengurusan ,kejuruteraan ,pentadbiran, dan pekerja

am.Syarikat Jepun menerapkan semua anggota organisasi dari

peringkat tertinggi hingga peringkat bawahan dianggap sebagai satu

keluarga. Tiada istilah “persempadaan pengurusan” seperti pengurusan

yang diterapkan oleh pengurusan barat.Kewujudan pengurusan

tertinggi di Jepun lebih bercorak ritual dan formaliti. Seluruh anggota

organisasi mempunyai peranan dalam menghayati kepercayaan dan

mendukung nilai kemanusiaan,emosi induvidu dan menghormati

pemikiran serta tingkah laku mengikut budaya lokal @ sendiri .

Sifat kepercayaan adalah faktor penyatuan bangsa dalam

mencapai matlamat organisasi sesebuah syarikat Jepun yang sanggup

berkorban secara berterusan.Sikap kepercayaan ini bersifat

tekal,kesinambungan dan merangkumi semua budaya namun

pengurusan Jepun meletakkan kepercayaan sebagai fokus utama

dalam menilai kehormatan manusia secara aberterusan tanpa mengira

bangsa,agama dan keturunan. Pada masa yang sama sikap tidak

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 9

Page 10: etika

Pengurusan Perbandingan

bertolak ansur dalam mempertahankan kewibawaan individu dan

kumpulan menjadi nilai anggota Syarikat Jepun .

Kunci kedua atau prinsip pengurusan dalam etika kerja Jepun

ialah kestabilan pemikiran dan emosi . Fokus ini penting dalam

melaksanakan fungsi-fungsi organisasi didalam dan luar negara untuk

menjadi “ manusia terbaik “. Syarikat Jepun menilai individu yang

cemerlang dinilai melaui hasil yang ditunjukkan melalui pemasaran,

teknologi,perkhimatan produk dan pengeluaran terkini . Hasil kestabilan

dapat dinilai dalam bentuk kejayaan bersama terutama dalam

peningkatan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) .Jepun berjaya

mengekalkan kualiti pengurusan yang menyeluruh (TQM) kerana diikat

melalui keserasian tingkah laku yang dicorak melalui aktiviti

pengurusan yang memberikan fokus terhadap kualiti

produk,pengurusan masa, kepimpinan pengeluaran,dan kerjasama

antara organisasi yang menghasilkan produk yang sama.

Pengurusan perbandingan dilihat melalui etika kerja yang

mencantumkan tingkah laku,pemikiran ,kepercayaan dan emosi . Etika

kerja yang dibentuk melalui corak slogan,bendera,lencana dan

perhimpunan yang melambangkan organisasi .Di Jepun organisasi

perniagaan simbolik bagi meningkatkan prestasi imej. Peters dan

Waterman (1982) banyak menyentuh soal penggunaan simbolik.

Pelbagai jenis simbolik yang digunakan oleh organisasi antarabangsa

sepeerti lakonan,cerita dongeng,mitos,dan sebagainya. Contohnnya

KFC ,francais yang berselerak diseluruh dunia bukan disebabkan

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 10

Page 11: etika

Pengurusan Perbandingan

sistem kawalan tetapi lebih disebabkan ayam atau rempah yang

mempunyai resepi yang unik.Sajian Ayam goreng yang mempunyai

resepi yang unik warna merah,pakaian seragam dan topi yang dipakai

oleh pekerja-pekerjanya.Simbol ini menjadi tarikat pelanggan bak kata

Abdul Shukur Abdullah (1991) . Tarikan pelanggan oni memberi kesan

yang lama terhadap organisasi secara idak langsung didalam arena

perniagaan yang global.

Pengurusan barat itu sesuai dengan budaya dan persekitaran

barat dan pengurusan Jepun itu sesuai dengan budaya dan

persekitaran Jepun. Matlamat pengurusan barat dan Jepun lahir

daripada falsafah ekonomi rasional, iaitu bergantung kepada

kemampuan akal. Justeru itulah falsafah ini terpisah daripada agama,

budaya dan etika. Memang tidak dapat dinafikan ada nilai etika dalam

pengurusan barat dan Jepun. Tetapi kesemuanya menjurus ke arah

memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan semata-mata.

Falsafah pengurusan barat selanjutnya mementingkan kelakuan atau

gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat, masa dan

persekitaran. Manakala hal agama pula dianggap peribadi. Di samping

itu wujud nilai dan etika universal yang baik tetapi hanya mempunyai

implikasi di dunia sahaja dan diukur dengan rasional akal. Etika dan

nilai pengurusan barat mutakhir (kini) cuba memperlihatkan dari segi

humanistik dan universal. Dalam ertikata yang lain, falsafah

pengurusan barat bersifat ‘pemburu’. Pemimpin dan pengikut menjadi

tumpuan. Ia mementingkan individualisme dan kurang kejasama.

Hubungan antara pemimpin dan pengikut lebih bersifat autokratik.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 11

Page 12: etika

Pengurusan Perbandingan

Pengurus atasan mementingkan kuasa tetapi tidak konsisten. Sebagai

pemburu, pengurusan barat tidak mempunyai perancangn jitu dan rapi

kerana buruan bersifat bermusim. Ia mementigkan daya cipta dan sifat

perintis. Falsafah pengurusan barat mementingkan kebendaan,

produktiviti, kecekapan dan keberkesana .

Matlamat akhinya ialah kemajuan dan kejayaan di dunia serta

pengembangan penguasaan. Ia bersifattop-do w n cepat membuat

keputusan tetapi lembab dalam melakukan pelaksanaan. Falsafah

pengurusan Jepun pula lebih mirip kepada petani yang mementingkan

kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat,

bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan

perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain.

Syed Othman al Habsyi (1989) menyokong pendapat Dr. Hassan

Mohd. Ali yang dinyatakan di atas. Tegasnya teori mikro ekonomi barat

yang berasaskan kepada rasional juga mempunyai objektif yang sama.

Dalam perkembangan pengurusan di barat, pengurusan diasingkan dari

pemilik dan pelabur. Pelabur sentiasa berminat menambah pelaburan

untuk mencari keuntungan semata-mata. Justeru itu mereka tidak

berminat untuk melakukan amal jariah melalui harta mereka. Falsafah

pengurusan barat pula pada pandangan beliau ialah keuntungan yang

lumayan perlu diusahakan oleh firma. Kemajuan dan perkembangan

firma membawa faedah dan kebaikan kepada masyarakat.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 12

Page 13: etika

Pengurusan Perbandingan

3.0 Kesan Etika Kerja mengikut Barat ,Islam dan Jepun

Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem

pengurusan Barat diagung-agungkan sehingga Islam sebagai model

pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam. Perbezaan

besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan

kepada model rasional, analitikal causative dan probalistic yang

merangkumi apa yang dinamakan sebagai konseptualitasi abstrak.

Islam pula adalah lebih unuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif

yang menekankan standard etika, perseimbangan antara kemajuan

material dan rohani, berakarumbikan tradisi lokal, menentang

ketidakadilan dan menekankan kerjasama bukannya persaingan dalam

perlakuan pentadbiran. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu

pengurusan Barat adalah ilmu yang tempang dan sekular yang tidak

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 13

Page 14: etika

Pengurusan Perbandingan

menepati kehendak Islam dari segi asas, konsep dan falsafahnya. . Ini

kerana ia lebih berteraskan kepada pendekatan rasinal saintifik semata-

mata dengan mengenepikan nilai-nilai kagamaan dan kerohanian.

Walau bagaimanapun terdapat teknik, pendekatan dan metodologi

tertentu dalam pengurusan Barat yang boleh diterima pakai kerana ia

agak bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

Perbandingan antara pengurusan Jepun dengan Islam pula ialah

pengurusan Jepun seperti juga barat tidak menghubungkan langsung

nilai-nilai etika dan budaya kerja dengan agama. Kesan akhirnya ialah

matlamat menghalalkan cara dan masyarakat menjadi masyarakat

sekular. Orang Jepun lebih mementingkan matlamat kumpulan atau

organisasi sehingga mengetepikan matlamat lain yang tidak kurang

pentingnya seperti keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Oleh itu penulis melihat penting pengadunan pengurusan Islam

dengan pengurusan keontemporari. Proses penyaringan atau

pengadunan ini pula hendaklah berpaksikan kepada konsep tauhid

sementara nilai-nilai budayanya pula bersumberkan budaya atau etos

Melayu. Idea-idea dari luar adalah pelengkap kepada Sistem

Pengurusan Islam tersebut yang bermakna idea-idea dari luar itu

disesuaikan dengan sistem nilai, waestanchauung dan sosio-budaya

masyarakat setempat.Walaubagaimanapu,sebagai sebuah negara

yang menteraskan islam sebagai agama rasmi hendaklah menjadi

islam sebagai asas utama kepada penggubalan kerangka dan dasar

pembangunan sesebuah negara.Ia akan membentuk satu pandangan

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 14

Page 15: etika

Pengurusan Perbandingan

hidup (world view) anggota masyarakatdan membina corak pendekatan

sesuatu sistem. Ia juga mempengaruhi penghayatan nilai etika dan seterusnya

akan melahirkan budaya masyarakat beretika yang menyokong semangat

falsafah tersebut ke arah mencapai matlamat pembangunan negara.

Namun demikian kelemahan objektif dan falsafah pengurusan

tersebut tetap tidak dapat dinafikan kerana ia hanya menguntungkan

segelintir golongan masyarakat. Kenji Iwabuchi (1990), bekas

Pengarah Urusan Proton menjelaskan bahawa falsafah pengurusan

Jepun adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi, juga

untuk keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia. Ketika

menggulung perbahasan terhadap falsafah dan objektif pengurusan

Jepun, Hassan (1989) menegaskan wujudnya percanggahan antara

falsafah dan objektif pengurusan Jepun dengan amalannya. Dari segi

amalannya, pengurusan Jepun memperlihatkan tiga ciri berikut:

i. People oriented managemet, bermaksud pekerjaan itu

adalah untuk seumur hidup pekerja. Ganjaran dan

penghargaan diberikan kepada mereka yang paling lama

berkhidmat.

ii. Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan

(harmony, consensus and decision making). Di mana

pengurusan mengutamakan keharmonianan antara pihak

pengurusan dengan pekerja dan sentiasa meningkatkan

kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana

mereka terlibat dalam membuat keputusan.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 15

Page 16: etika

Pengurusan Perbandingan

iii. Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi,

kualiti, inovasi, disiplin, ketaatan dan etika.

Sama ada falsafah dan pengurusan barat atau Jepun kedua-

duanya masih kekurangan satu unsur iaitu unsur kerohanian. Walaupun

wujud unsur etika tetapi asas dan sumbernya masih kabur kerana

diasaskan kepada pertimbangan akal dan rasional semata-mata dan

mengikut keperluan semasa, tempat dan persekitaran. Sebenarnya

tiada siapa yang dapat menafikan tentang fungsi akal dalam menempa

kemajuan oleh manusia.

4.0 Perbandingan Etika Kerja mengikut Barat ,Islam dan Jepun

Perbandingan prinsip etika kerja barat, jepun dan islam adalah:

Jenis Barat Jepun IslamKewujudan Lahir dari

falsafah ekonomi sekular rasinonal (mengaut keuntungan material semata-mata) tanpa memperdulikan aspek agama, akhlak dan budaya.

Berkisar pada budaya tradisi yang diubahsuai dengan masa, keadaan dan tempat

Tekankan unsur-unsur dalaman yang dipunyai manusia.Bila dalaman disuburkan, maka terbentuklah kekuatan dalaman – jasad dan akal

TUJUAN BEKERJA

Gunakan etika kerja dan profesinalisme

Gunakan etika kerja dan profesinalisme

Matlamat utama: untuk mendapatkan

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 16

Page 17: etika

Pengurusan Perbandingan

sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan material terdekat

Matlamat terbatas (tujuan duniawi semata-mata). Bila dah mencapai tujuan (target), akan meranka strategi baru dan begitulah seterusnya.

Matlamat jauh (tapi tidak terkhusus kepada organisasi) iaitu sebarang keuntungan yang diperolehi terlebih dahulu bakal dinikmati oleh mereka yang hampir

sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan material terdekat

Matlamat terbatas (tujuan duniawi semata-mata). Bila dah mencapai tujuan (target), akan meranka strategi baru dan begitulah seterusnya.

Matlamat jauh (tapi tidak terkhusus kepada organisasi) iaitu sebarang keuntungan yang diperolehi terlebih dahulu bakal dinikmati oleh mereka yang hampir

keredhaan Allah

Bahan dan sumber dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan kesejahteraan ummah.

Niat terbahagi kepada dua:

Kerana Allah (maka dunia dan akhirat akan dapat)

Kerana dunia (maka dunia sahaja yang akan dapat)

TANGGAPAN TERHADAP PEKERJA

berpegang pada Konsep “pekerja adalah pekerja”

Wujud garis pemisah di mana suara pekerja TIDAK AKAN didengari oleh pihak atasan

Wujud juga “Human

berpegang pada Konsep “pekerja adalah pekerja”

Wujud garis pemisah di mana suara pekerja TIDAK AKAN didengari oleh pihak atasan

Wujud juga “Human Relation” di mana orang atasan sekadar

Berpegang kepada prinsip kerja adalah ibadat

Tiada pemisah diantara kakitangan pegawai tinggi dan pekerja bawahan kerana semua ganjaran bergantung kepada pahala

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 17

Page 18: etika

Pengurusan Perbandingan

Relation” di mana orang atasan sekadar mahu menghargai orang bawahan. Jika tak kena cara, wujud masalah lain seperti mogok, lengah-lengahkan kerja, dan sebagainya.

mahu menghargai orang bawahan. Jika tak kena cara, wujud masalah lain seperti mogok, lengah-lengahkan kerja, dan sebagainya.

dan dosa.

Pekerja adalah aset terpenting kerana pekerja:

•Yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi / syarikat

•ada perasaan, aspirasi dan matlamat

•kebajikan mereka diutamakan

Pekerja adalah aset terpenting kerana pekerja:

•Yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi / syarikat

•ada perasaan, aspirasi dan matlamat

•kebajikan mereka diutamakan

mengamalkan konsep “Life – Long Employment”

•konsep yang menganggap diri mereka sebagai “hak milik” organisasi

•taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi sehingga mati

•pekerja perlu terima layanan secara manusia

merujuk surah An-Nur ayat 55

*selain seorang insan, dia juga seorang khalifah di muka bumi (bermaksud diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi dan umat manusia sejagat)

*Tujuan terdekat : untung atau rugi

*Tujuan berpanjangan : kemakmuran ummah

TANGGAPAN TERHADAP MANUSIA

mahu mendapatkan sesuatu yang terbaik dari pekerja

sediakan peluang yang sebaik mungkin dalam suasana tempat bekerja bagi

manusia sebagai Khalifah Allah, juga mengganggap manusia adalah

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 18

Page 19: etika

Pengurusan Perbandingan

dengan ganjaran yang minima (high profit, low cost)

semua pekerja untuk membuktikan kemampuan sehingga peringkat tertinggi

terbaik. Makhluk terbaik bermaksud kemampuan yang ada (jelas / tersembunyi) yang boleh dimanfaatkan ke tahap terbaik

TANGGAPAN TERHADAP KUANTITI DAN KUALITI

kuantiti diutamakan, kualiti diabaikan

utamakan kualiti dan kuantiti. (sebab itu, Jepun dapat menguasai dunia elektronik)

utamakan kualiti dan kuantiti. (sebab itu, Jepun dapat menguasai dunia elektronik)

KONSEP “A COMPLETE FOLLOW THROUGH”

Lahirkan kecemerlangan di dalam suasana tempat bekerja yang terpisah daripada suasana persekitaran di luar

Berusaha membina suatu suasana tempa kerja yang mungkin menghasilkan pengeluaran yang optima

Lahirkan kecemerlangan di dalam suasana tempat bekerja yang terpisah daripada suasana persekitaran di luar

Berusaha membina suatu suasana tempa kerja yang mungkin menghasilkan pengeluaran yang optima

Ada kesinambungan di dalam konsep kecemerlangan iaitu seorang pekerja tidak dapat hasilkan kecemerlangan di tempat kerja seandainya dia tidak dapat tunjukkan kecemerlangan di peringkat asas iaitu:

INDIVIDU cemerlang -> SUAMI@ISTERI cemerlang -> JIRAN cemerlang-> MASYARAKAT cemerlang -> AL-FALAH (Berjaya dunia akhirat)

FALSAFAH LATIHAN PEKERJA

Manusia tidak lebih dari dua (2) unsur iaitu jasad dan akal latihan yang diberikan menjurus ke arah pembinaan & penyuburan Jasad dan Akal

latihan jasmani : dibuat dalam buku

latihan mental: syarahan, kuliah, seminar, study group dan sebagainya

kesemuanya bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan

Tekankan jasad dan akal, tetapi ditambah dengan satu komponen iaitu menggabungkan ciri-ciri sumber kekuatan BUDAYA yang diwarisi oleh nenek moyang mereka hasilnya, gabungan ketiga-tiganya akan menghasilkan pekerja yang kuat, kental jasadnya, tajam akal dan tinggi kemahiran

Kepentingan Akal

Kepentingan Jasad

Kepentinga Budaya

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 19

Page 20: etika

Pengurusan Perbandingan

Rajah 1: Perbandingan diantara Barat, Jepun dan Islam

Jurang antara Barat dengan Islam amatlah jauh meskipun wujud persamaan

antara Islam dan Jepun, tetapi perbezaan yang ketara adalah dari segi Akidah dan

perlakuan .Di Malaysia, pengaruh pengurusan Barat dan Jepun bertambah kuat lagi

apabila kerajaan di bawah pimpinan Datuk seri Dr Mahathir Mohamad mencetuskan

Dasar Pandang ke Timur dan melaksanakan konsep kualiti dan produktiviti dalam

perkhidmatan awam.[8] Polisi dan dasar politik sebegini mempengaruhi secara

langsung ke atas sistem pengurusan Islam dan membawa banyak masalah kepada

perkembangan sistem ini sendiri. Ia jelas dipinggirkan oleh kerajaan yang akan

membantutkan sistem ini untuk diamalkan oleh badan-badan kerajaan mahupun

swasta.

Dari segi sejarahnya, memang sistem pentadbiran awam di Malaysia lebih

banyak di pengaruhi oleh konsep pentadbiran yang berasaskan kepada sistem kolonial

Inggeris. Ia dipengaruhi oleh dua unsur utama. Pertama, oleh kerana ia merupakan

birokrasi warisan penjajah, maka sistem ini agak berbau keinggerisan dari segi struktur

dan cara bekerja dalam sesebuah organisasi. Faktor kedua pula ialah pengaruh dari

Amerika Syarikat yang bermula dengan tertubuhnya Development Administration

Unit di jabatan Perdana Menteri pada tahun 1966, dan kemudiannya penubuhan

INTAN pada tahun 1972.

Jika sesebuah kerajaan Islam mengamalkan dasar dan politik sekular maka

program-program Islam seperti sistem pengurusan Islam untuk mencapai maqasid

akan terus menjadi perhiasan dalam arena politik negara-negara Islam.Ini kerana

sistem pengurusan Islam hanya dapat dijalankan melalui polisi kerajaan dan kerajaan

akan menterjemahkan polisi tersebut dalam perlembagaan negara seterusnya

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 20

Page 21: etika

Pengurusan Perbandingan

dikuatkuasakan. Ini amat penting untuk proses pengislaman semula pengurusan dan

penggubahan gelagat individu, institusi dan kerajaan menurut strategi Islam. Amat

malang sekali, kebanyakan kerajaan Islam selama ini mengunakan Islam hanya sebagi

slogan tanpa menyedari sumbangan positifnya kepada kemajuan masyarakat dan

ekonomi.

Faktor kedua dalam yang berkait rapat dengan politik ini ialah kebanyakan

negara-negara Islam sekarang juga wujud ketidakseimbangan, ketaksamaan dan

ketegangan politik yang juga boleh membawa kepada masalah kepada kemajuan

sistem pengurusan Islam itu sendiri. Pengamalan terhadap sistem pengurusan Islam

amat memerlukan kepada keadaan politik yang stabil, keamanan yang terjamin dan

bebas dari segala bentuk pergolakan, peperangan, ketaksamaan dan sebagainya.

Bibografi :

Abdul Shukor Abdullah,1991 . Pengurusan Organisasi:Perspektif Pemikiran dan

Teori .Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Daft,R.L,.2000.Management.USA:The Dryden Press

Dr. Tarcisius Chin,2007.Huraian 1001 Istilah Pengurusan 1001 Management Terms

Explained:Institut Terjemahan Negara.

Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 21

Page 22: etika

Pengurusan Perbandingan

Peter ,T.J dan Waterman , R.H 1992 In Search of Excellence .New York:Harper&

Row

Sajoo, Amyn B. (2004) Islam Ethics: Pemandangan Lorongan Timbul. New York: I.B.

Tauris Publishers dengan kerjasama The Institute of Ismaili Studies .

Wan Liz Ozman Wan Omar,1996. Pengurusan Islam Abad ke 21.Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors

http://steadfast_uiam.tripod.com/Asas Pengurusan.htm

SITI NORBIAINE BINTI MARZUKI |194726 22