etika

Upload: tqah-shaari

Post on 20-Jul-2015

110 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

## Menepati masa Dato adalah seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa. Jabatan sumber manusia menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan kakitangannya datang tepat pada waktunya. Tabiat ini bermula sejak beliau masih di bangku sekolah lagi iaitu ketika beliau di tahun 5. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga masa. Beiau seorang yang berpendirian tegas dan berlaku jujur dalam setiap perkara.

Mengamalkan gaya hidup yang serba ringkas Selama lebih kurang setahun menjalani kehidupan yang sederhana dan sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan,Dato telah membeli sebuah pangsapuri. Kediaman tersebut berhampiran dengan pejabat Dato malah dekat dengan wisma Yakin tempat mereka berbelanja. Dato gemar makanan yang murah dan ringkas seperti roti canai dan tosai. Jadi Dato tidak pernah mengeluarkan belanja yang banyak untuk makanan.

## mengamalkan cara hidup yang sederhana Dato bersama dengan Tan Sri Dato Azman Hashim iaitu ketika beliau menghadiri majlis perasmian cawangan baru di kuching pada tahun 1983. Pada sebelah petang,pemandu peribadi Dato telah memberitahu berita yang mengejutkan iaitu, Tan Sri Dato telah meminta untuk menunjukkan rumah di mana Dato tinggal. Sekiranya Tan Sri Dato menjangkakan beliau akan melihat sebuah banglo dengan lampu chandelier , rumah yang penuh perhiasan rumah, cat yang mewah, almari yang penuh dengan koleksi ekslusif, set golf atau televisyen berskrin besar, namun tiada satu pun yang disebut di atas dapat dilihat oleh beliau di dalam rumah Dato. Apa yang dapat dilihat hanyalah set sofa baldu yang agak lusuh, perabot yang sama apabila Dato mula pindah kerumah tersebut. Tan sri Dato Azman Hashim telah membuat kesimpulan bahawa Dato merupakan seorang yang sangat cermat dan tidak membazirkan wang syarikat. Dato telah memohon pinjaman kewangan sebagai modal untuk membuka cawangan MYDIN yang ketiga. Dato meras terkejut apabila Tan Sri Dato Azman Hashim telah menawarkan dua kali ganda daripada jumlah yang dimohon oleh beliau disebabkan sikap kejujuran yang dimilikinya.

## Sikap rendah diri

Sikap rendah diri ini dipelajari daripada Dato Malik Merican bekas Pengarah Urusan Bank Merchant. Dalam kesibukan mengendalikan acara pembukaan cawangan baru, Dato Malik tidak lupa danMencari peluang untuk bertanyakan kepada Dato.dimana isteri kamu? Kenalkanlah kepada saya. Dato Hj Ameer Ali amat kagum dengan sikap yang beliau tunjukkan. Sikap yang merendah diri yang diamalkan oleh Dato Ini diterap apabila mempunyai ketua seperti Dato Malik Merican.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Pasar raya MYDIN di seluruh Malaysia melancarkan sistem latihan Dual nasional bagi menjalani latihan semula. Serta mempertingkatkan kemahiran pekerjanya dalam bidang peruncitan. SLDN ini merupakan satu anisiatif bijak pihak MYDIN dalam mentransformasikan pekerja ke tahap yang lebih mahir serta memiliki kualiti kerja yang baik bagi memenuhi kehendak dan piawaian industri peruncitan masa kini dan akan datang.

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja cemerlang. Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (pasarayaMydin) membuat satu cara menaikkan semangat pekerja seperti mempamerkan gambar pekerja yang terbaik setiap bulan dalam organisasi mereka. Pekerja seperti ini akan dipuji oleh semua pekerja samada pekerja bawahan atau atasan dan selain itu menarik minat pekerja untuk menjadi seorang pekerja yang berkaliber tinggi dan dedikasi

Mendidik pengguna supaya menjadi pengguna yang bijak Mydin Mohamed Holdings Bhd adalah syarikat yang agresif membantu kerajaan mendidik pengguna Malaysia mengenai bagaimana untuk menjadi pengguna bijak. Syarikat itu telah mengagihkan sebanyak 50000 buku kecil yang menyenaraikan 200 hingga 300 barangan harian dengan harga jualan runcit mereka. Pengguna boleh membawa buku ini setiap kali mereka pergi membeli-belah dan membuat perbandingan harga sebelum membeli.

Memberi dan menyediakan pelbagai kursus kepada pekerja Mydin Mohamed memberi dan menyediakan pelbagai kursus kepada pekerja seperti kursus, Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) Bersih Berseri. Tujuan utamanya ialah supaya dapat memelihara kebersihan dan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan dengan tunjuk ajar dan garis panduan dari Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menjaga keselamatan dan tempat kerja yang kemas Menjalankan Program Pengusian Bangunan Pasaraya Mydin Pasaraya MYDIN sentiasa menitik beratkan soal keselamatan pada setiap masa. Program dan latihan sebegini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan pihak Pasaraya MYDIN dengan jabatan terlibat seperti bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Selain itu, beliau juga memastikan agar segala barang jualan tersusun dan sistematik, agar pengguna dapat memcari dan membeli dengan mudah.

## Berani mengambil risiko Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Dato Hj Ameer Ali Bin Maidin mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan beliau untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan Dato bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan Dato kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah beliau yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

## amalan berjimat cermat sejak dari zaman kanak-kanak Mungkin disebabkan kesempitan hidup telah mendorong Dato dan adik beradiknya ini untuk di lebih inovatif dan mengamalkan cirri-ciri keusahawan di dalam diri mereka. Roti canai sentiasa menjadi menu kegemaran Dato/ dan adik beradiknya yang lan sehingga kini Ketika Dato dan adik beradikknya membeli roti telur di sebuah restoran di Kota Bharu,Kelantan. Biasanya mereka akan membawa telur daripada rumah kerana bagi mereka ini adalah cara yang murah untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Mereka akan meminta mamak menggunakan telur yang mereka bawa dari rumah. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. Mungkin cara inovatif ini merupakan hasil didikan ayah mereka, Tuan Maidin Bin Mohamed. Ini dapat dilihat apabila Dato memesan mi goreng, Tuan Mydin akan sentiasa mengambil hirisa limau daripada pinggan anaknya dan kemudian Tuan Mydin akan memesan air suam dan seterusnya memerah limau tersebut di dalam air minumannya. Maka secara tidak langsung, Tuan Mydin dapat menikmati air limau nipis secara percuma.

## Gemar Mencari Pengalaman terlebih dahulu

Dato Ameer Ali Mydin tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah beliau dari awal. Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman berkhidmat dalam bank dan setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarga.

Penutup Oleh yang demikian, Mydin merupakan seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa dalam memcari kejayaan dalam bidang perniagaan. Walaupun, pada saat permulaan perniagaannya mengalami pelbagai kesusahan dan halangan tetapi syarikat mydin terus maju dan berkembang sehingga kini. Selain itu, faktor kerjasama dari antara ahli keluarga, pekerja serta pihak- pihak tertentu juga menjadi sebab kejayaan beliau. Mydin mewakili kemunculan pasar raya Malaysia pertama. Serta mereka juga dianggap sebagai"Muslim"kedai katering untuk "umat Islam. . Produk mereka telah berkembang dengan meluas dan kini mereka menawarkan pelbagai barangan keperluan bagi pengguna isi rumah serta perniagaan di premis perniagaan mereka. Perluasan produk dan ditambah pula dengan harga yang rendah secara agresif benarbenar memberi tamparan hebat kepada para pesaing. Ternyata perniagaan yang mempunyai pengurusan yang cekap disamping memiliki seorang pengurusyang bijak dan berkaliber telah memberi kejayaan kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Tanggungjawab sosial terhadap pekerja

Mengadakan majlis berbuka puasa

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan, semua cawangan akan bergilir-gilir untuk berbuka puasa sesame sendiri, tanpa mengambil kira sama ada kakitangan tersebut berpuasa atau tidak, muslimatau bukan muslim. Pihak pengurusan biasanya akan menutup kedai untuk tempoh masa beberapa jam agar keluarga MYDIN dapat menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama

Majlis Bacaan Yassin Majlis ini biasanya dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia setiap cawangan. Setiap kali sebelum sesebuah MYDIN dibuka, Majlis bacaan yassin akan diadakan. Majlis ini akan mampu memupuk lagi semangat silaturrahim di antara pengurus cawangan dengan kakitangan

Akademi Peruncitan MYDIN SDN. BHD (MYRA) Dato Hj Ameer Ali bersama-sama Pengarah Sumber Manusia, Datin Dr Hajah Siti Hawa telah memulakan usaha untuk mewujudkan Unit Latihan dan Pembangunan dengan Pusat Latihan MYDIN di kebanyakan cawangan MYDIN. MYRA menyediakan 15 program latihan dalaman dan juga menyediakan latihan untuk usahawan-usahawan di bawah program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan sebagainya.

Tanggungjawab sosial korporat MYDIN sentiasa bermurah hati dengan kegiatan amal dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan dengan cara yang tersendiri

Bencana tsunami Kakitangan MYDIN telah bersepakat tanpa arahan daripada pihak pengurusan untuk memungut derma dan Berjaya mengumpul RM 50,000 untuk mangsa gempa bumi di Acheh (tsunami ) pada 26 Disember 2004 yang lalu

Membantu pekerja asing yang terabai Ketika mendengar berita bahawa terdapat pekerja asing yang telah diabaikan dan ditinggal kelaparan oleh majikan mereka, Jabatan Sumber Manusia MYDIN telah bersama sama berganding bahu membungkus makanan untuk disumbangkan kepada mereka

Memberi pampasan kepada seorang balu kakitangan MYDIN Semasa berada di Katmandu Nepal, Unit Pengambilan Kakitangan Asing MYDIN telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada balu seorang kakitangan Nepal yang telah meninggal dunia.

## tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar MYDIN telah menganjurkan kempen Hari Tanpa Beg Plastik

MYDIN sentiasa aktif dalam menyambut perayaan-perayaan di Malaysia

MYDIN boikot barangan Belanda-sebagai protes Bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan prinsip beliau terhadap produk tempatan dan juga kecintaan terhadap agamanya dan Negara, Dato telah memulakan usaha memboikot produk dari Belanda. Hal ini adalah untuk menyatakan bantahan terhadap filem FITNA yang dihasilkan oleh penerbit filem dan ahli politik Belanda, Mr Geert Wilders pada tahun 2008.