estetika dalam karya agung

7
ESTETIKA DALAM KARYA AGUNG ESTETIKA LUARAN Maksudnya ialah nilai-nilai keindahan visual. ESTETIKA LUARAN DALAM PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA a) Pantun terdapat dalam keadaan berpasangan dan berangkap. Terdiri daripada pantun dua, empat, enam dan lapan rangkap. Contoh pantun dua kerat Siakap, senohong, gelama, ikan duri Bercakap bohong lama-lama mencuri. (Pantun Melayu, hlm. 47) Contoh pantun empat kerat Anak Cina main gelombang Nampak dari Tanjung Jati Tuan umpama bunga yang kembang Sentiasa hidup di dalam hati. (Pantun Melayu, hlm. 5) Contoh pantun enam kerat Kemili berjunjung naik Datang selingkar jatuh ke lubuk Jerangkan air di pangkal titi Saya berdiri sudah nak naik Berilah tikar saya nak duduk Berilah air pembasuh kaki. (Pantun Melayu, hlm. 87) Contoh pantun lapan kerat Buat bangsal di tengah hutan Tebaslah hutan buat halaman Di tepi halaman menanam kandis Diselang dengan pokok papaya Biarlah sabar dengan perlahan Itulah tanda tuan beriman Tidak patah digoncang iblis

Upload: razia-aziz

Post on 25-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Estetika Dalam Karya Agung

ESTETIKA DALAM KARYA AGUNG

ESTETIKA LUARAN          Maksudnya ialah nilai-nilai keindahan visual.

ESTETIKA LUARAN DALAM PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA

a)      Pantun terdapat dalam keadaan berpasangan dan berangkap.

Terdiri daripada pantun dua, empat, enam dan lapan rangkap.

         Contoh pantun dua kerat

Siakap, senohong, gelama, ikan duri     Bercakap bohong lama-lama mencuri.

(Pantun Melayu, hlm. 47)

         Contoh pantun empat kerat

Anak Cina main gelombang     Nampak dari Tanjung JatiTuan umpama bunga yang kembang     Sentiasa hidup di dalam hati.

(Pantun Melayu, hlm. 5)

         Contoh pantun enam kerat

Kemili berjunjung naik      Datang selingkar jatuh ke lubuk

 Jerangkan air di pangkal titiSaya berdiri sudah nak naik

                  Berilah tikar saya nak duduk                         Berilah air pembasuh kaki.

(Pantun Melayu, hlm. 87)

         Contoh pantun lapan kerat

Buat bangsal di tengah hutan     Tebaslah hutan buat halaman

 Di tepi halaman menanam kandis      Diselang dengan pokok papayaBiarlah sabar dengan perlahan

                 Itulah tanda tuan beriman                        Tidak patah digoncang iblis                              Akhirnya tuan menang berjaya.

(Pantun Melayu, hlm. 82)

Page 2: Estetika Dalam Karya Agung

b)      Pantun mengekalkan pola rima a-b-a-b pada kedudukan akhir.

Tetapi, terdapat juga pantun berima a-a-a-a.

         Contoh pantun berima a-b-a-b

Air dalam bertambah dalam

      Hujan di hulu belum teduh

Hati dendam bertambah dendam

      Dendam dahulu belum sembuh.

(Pantun Melayu, hlm. 453)

         Contoh pantun berima a-a-a-a

Ada seekor si burung pucung

      Kaki panjang ekornya kontong

Janganlah awak nak tunjuk sombong

      Itu binatang bernama sotong.

(Pantun Melayu, hlm. 53)

c)      Terbahagi kepada dua unit, iaitu unit pembayang atau sampiran dan unit maksud.

Lazimnya, kedua-dua unit ini mempunyai hubungan sama ada hubungan langsung atau hubungan simbolis, iaitu melalui penggunaan unsur-unsur simbolisme.

d)     Penggunaan unsur-unsur retorik

Selain menekankan aspek perlambangan atau simbolisme, penggunaan unsur-unsur majaz, metafora, simili, personafikasi, hiperbola dan lain-lain juga turut ditekankan. Penggunaan unsur-unsur ini berkaitan pula dengan aspek hubungan makna antara pembayang dengan maksud sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Limau purut jatuh ke lembah     Tiba di lembah tumbuhlah duri

Pinang mengadap sirih menyembah     Jari sepuluh menjunjung duli.

(Pantun Melayu, hlm. 11)

Jika diperhatikan pada pantun di atas, terdapat penggunaan personafikasi. Pada baris (iii), perkataan ‘pinang’ dan ‘sirih’ merupakan benda manakala perkataan ‘mengadap’ dan

Page 3: Estetika Dalam Karya Agung

‘menyembah’ pula merupakan sifat manusia. Apabila sesuatu benda itu disifatkan dengan sifat manusia, maka itu adalah personafikasi.

ESTETIKA LUARAN DALAM SULALATUS SALATIN

a)      Penggunaan ayat pasif.

Ayat pasif ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu ayat pasif biasa dan ayat pasif khas. Ayat pasif biasa yang digunakan adalah seperti berikut:

“Maka diikuncinya oleh baginda pintunya peti itudari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut.”

(Sejarah Melayu:12, 1988)

Dalam contoh ayat pasif biasa di atas, perkataan ‘dikuncinya’ dan ‘dihulurkan’ memberikan tanda sesuatu ayat yang diucapkan itu berbentuk ayat pasif biasa kerana perkataan tersebut bermula dengan imbuhan “di-”. Dalam teks ini, banyak lagi penggunaan ayat pasif biasa. Bagi menghasilkan penulisan yang menarik, pengarang cuba mempelbagaikan gaya penulisannya agar menarik.

                        Dalam teks Sejarah Melayu ini, terdapat beberapa contoh ayat yang menggunakan ayat pasif khas sebagai intinya. Antara contohnya ialah:

“Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Raja MerlangInderagiri dikahwinkan baginda dengan anakanda bagindaPuteri Bakal; maka tiada diberi kembali ke Inderagiri.”

(Sejarah Melayu: 92, 1988)

                        Dalam contoh yang diberikan seperti di atas, penggunaan perkataan “oleh” menandakan bahawa ayat tersebut adalah ayat pasif khas. Kebanyakan ayat pasif khas akan menggunakan perkataan “oleh” ini dalam baris ayat yang digunakan.

b)      Penggunaan kata pangkal ayat.

Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang digunakan dalam setiap ayat yang berada di hadapan ayat tersebut. Antara contoh kata pangkal ayat ialah seperti ‘maka’, ‘sebermula’, ‘hatta’, ‘alkisah’, ‘syahadan’ dan ‘arakian’. terdapat juga kata pangkal ayat ini digunakan sebagai penyambung kepada beberapa ayat. Penggunaan kata pangkal ayat ini bertujuan untuk memisahkan perenggan dengan perenggan yang lain. Contohnya:

“Sebermula akan Puteri Onang Sari pun diperisteri olehSultan Mansur Syah, beranak dua orang lelaki, seorang bernamaRaja Muhammad dan seorang lagi bernama Raja Ahmad.”

(Sejarah Melayu:100, 1997)

c)      Penggunaan syair Arab.

Page 4: Estetika Dalam Karya Agung

Pengarang juga telah memasukkan syair dan bidalan Arab untuk menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan.penggunaan syair atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran amat berkesan dan dalam masa yang sama memberi estetika kepada teks tersebut. Hal ini membuktikan keupayaan masyarakat Melaka menguasai seni sastera dalam penulisan karya agung itu.

Maka inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah, seperti kata syair:

“Ma yarji’u al-tarfu ‘ainnuha ‘inda ru ‘yatihi, Hatta yu’ adai-laiya al-tarfa musytaqu”.

Yakni tidak akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hinggaberkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga adanya.

(Sulalatus Salatin, hlm. 251)

Syair di atas dipaparkan ketika Sultan Mahnud terpegun melihat kecantikan Tun Fatimah. Dalam syair ini digambarkan kejelitaan Tun Fatimah akan membuatkan sesiapa sahaya yang memandangnya tidak akan berkelip mata kerana terpukau akan kecantikannya.

d)     Pengaruh bahasa Jawa.

Antaran contoh penggunaan bahasa Jawa adalah semasa rombongan Melaka ke Majapahit mengiringi Sultan Mansur Syah meminang Puteri Majapahit. Sewaktu berada di Majapahit, Hang Tuah sering dikerumuni oleh orang ramai terutamanya kaum wanita kerana ingin manatap Hang Tuah yang gagah itu.

“Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha”      Ertinya: Gempar orang di atas panggungan, sebab Melihat Sangka Ningratdatang itu hulubalang ratu Daha.”

(Sulalatus Salatin, hlm. 125)

Konsep Keindahan

Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh tetapi akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang terselindung disebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.

Page 5: Estetika Dalam Karya Agung

Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan. Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapai oleh akal manusia biasa.

Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya satera dan karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan. (Aminudin Mansor, 2012).

Page 6: Estetika Dalam Karya Agung

Sumber diperoleh daripada:

A. Samad Ahmad, 2006. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latiff (Penyelenggara), 2012. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Balai Seni Visual Negara.

Harun Mat Piah (pengkaji), 2001. Pantun Melayu: Bingkisan Permata.Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan

http://www.slideshare.net/ZAZA132/karya-agung-komplete-13237346

KONSEP KEINDAHAN DARI SUDUT ORANG MELAYU

Estetika yang berasal daripada sumber Greek yang mempunyai kaitan dengan deria pengamatan yang melibatkan mata yang berfungsi untuk melihat. Dalam proses menikmati estetika sesuatu objek seni, mata merupakan salah satu deria yang boleh menilai estetika. Dalam konteks ini, estetika mengikut pendapat Socrates ialah sesuatu yang melibatkan imaginasi. Proses imaginasi ini pula ialah bagaimana seseorang menikmati sesuatu karya yang melibatkan perasaan dan emosi (Zakaria Ali, 1987).

Di samping itu, estetika juga merupakan ilmu yang didapati daripada apa yang dinilai daripada objek seni. Objek seni yang dilahirkan oleh orang Melayu kebanyakkannya berkait dengan keindahan yang tertakluk kepada bahan dan teknik. Bahan daripada alam semula jadi pula merupakan tahap pengalaman yang terpenting bagi orang Melayu. Keadaan alam semula jadi yang kaya dan indah menjadi tarikan kepada seniman Melayu untuk menghasil dan membuat sesuatu untuk keperluan dan kegunaannya. Penggunaan bahan alam yang dihasilkan mereka melibatkan dua perkara, iaitu teknik dan estetika. Teknik dikaitkan dengan kaedah atau proses yang dilalui oleh seniman sehinggakan dapat menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika. Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf orang Melayu ini adalah berkaitan halus, berguna, bersatu, berlawan dan prinsip berlambang (Zakaria Ali, 1987) supaya penghasilannya dapat memberi kepuasan kepada pereka dan penghayat kraf atau seni.

Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melibatkan cara pembuatan teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan. Penghasilan seni yang berguna pula, melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang, malah selesa

Page 7: Estetika Dalam Karya Agung

dipegang. Prinsip bersatu pula bermaksud sesuatu hasil seni tidak berakhir dan berhujung (tiada awalan dan akhiran), iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian lain yang boleh mengajak mata menerokai bahagian dalaman. Berkaitan dengan prinsip bersatu, lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan, manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal di antara dua bahagian. Akhir sekali, prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan merupakan lambang keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubung kait antara isi (makna) dan bentuk (Zakaria Ali, 1987).