karya agung tugasan a (1).doc

24
Pengenalan Karya agung ialah karya yang mengusik ketenangan dan menyedarkan kita. Lebih penting lagi, karya agung mengajak kita untuk mengenal dan memahami tradisi atau tamadun bangsa yang dipancarkan melalui karya agung itu. Melalui penghasilan karya seni, pemikiran, falsafah, sastera yang cetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan panduan, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini. Karya agung Melayu ialah karya yang dapat melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Setiap bangsa bertamadun mempunyai karya agungnya yang tersendiri. Dalam masyarakat Melayu, karya agung yang terkenal ialah Hikayat HangTuah. Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat Hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah.

Upload: enalbrooke

Post on 19-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PengenalanKarya agung ialah karya yang mengusik ketenangan dan menyedarkan kita. Lebih penting lagi, karya agung mengajak kita untuk mengenal dan memahami tradisi atau tamadun bangsa yang dipancarkan melalui karya agung itu. Melalui penghasilan karya seni, pemikiran, falsafah, sastera yang cetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan panduan, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini. Karya agung Melayu ialah karya yang dapat melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu.Setiap bangsa bertamadun mempunyai karya agungnya yang tersendiri. Dalam masyarakat Melayu, karya agung yang terkenal ialah Hikayat HangTuah. Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat Hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramaipengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah.1.0Falsafah Melayu dalam Hikayat Hang Tuah

Maka oleh Tun Tuah dielaknya sambil bertelut menyalahkan tikam Taming Sari itu; maka kena papan khambi dinding paseban itu. Maka keris Taming Sari pun lekat. Maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri bertitar-titar di hadapan Taming Sari. Maka dihunus kerisnya. Maka oleh Taming Sari itu ditendangnya; papan khambi itu roboh. Maka keris pun tercabut pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah, dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tidak berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta ditikamkannya dada Taming Sari, serta katanya, Ceh, mati perajurit Taming Sari olehku. Maka ditikamnya, kena dadanya terus terbayang-bayang ke belakangnya.Dari sudut falsafah, Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakat Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan seperti di dalam hikayat. Sebagaimana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Sebenarnya, perlambangan Hang Tuah itu sendiri merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat. Di sini dapat dilihat bahawa begitu banyak falsafah yang diselitkan oleh penulis karya Hikayat Hang Tuah. Hal ini demikian kerana, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang begitu hebat semasa menghadapi sebarang pertarungan sehingga kadang-kadang penulisannya hampir bersifat hiperbola. Namun demikian, motif penulisan yang disampaikan melalui watak Hang Tuah ini hanyalah satu, iaitu berkaitan tentang seorang pejuang bangsa, kekuatan, kesetiaan. Selain itu, melalui petikan tadi juga, kita dapat melihat bahawa pemilihan frasa dalam penulisan Hikayat Hang Tuah juga sebenarnya melambangkan keunikan falsafah yang digunakan dalam bentuk penceritaan:Maka keris pun tercabut pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah, dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah.Frasa ini ditonjolkan dalam bentuk falsafah yang bermaksud bahawa bangsa Melayu tidak akan mudah untuk menyerah kalah dan mampu berjuang berhabis-habisan walaupun berada dalam kepenatan. Namun, ini hanyalah sebahagian daripada frasa yang melambangkan falsafah. Namun, apa yang ingin ditekankan ialah ketokohan Hang Tuah atau penulisan karya ini merupakan salah satu sumber kekuatan dan kemasyuran bangsa Melayu yang telah disampaikan dengan bentuk falsafah yang tersirat dan masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini.Falsafah seterusnya yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah ialah falsafah ilmu persilatan. Seni silat seperti yang telah diketahui kebiasaannya dikaitkan dengan kepahlawanan dan keberanian seseorang pendekar. Antara tokoh hebat dalam ilmu tersebut adalah Hang Tuah Lima Bersaudara. Dalam hikayat ini terdapatnya penyataan mengenai ilmu peperangan yang berkaitan rapat ataupun sememangnya sama dengan silat walaupun perkataan silat itu sendiri tidak pernah tercatat. Berkemungkinan istilah silat itu sendiri diperkenalkan pada abad yang lebih awal seperti abad ke-17 hingga 20 Masihi. Dalam hikayat ini, penulis tidak pernah menyatakan jenis silat yang dipelajari oleh Hang Tuah. Tetapi yang disebut adalah mengenai ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan pertahanan diri dan pertempuran seperti ilmu perajurit, ilmu hulubalang dan ilmu isyarat hulubalang serta ilmu firasat.Perguruan silat oleh Hang Tuah berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama menurut Hikayat Hang Tuah ialah di Bentan, beliau telah berguru dengan Sang Aria Putera. Peringkat kedua pula ialah dengan Sang Persanta Nala di Majapahit. Perguruan silat peringkat pertama adalah setelah kejayaan beliau dan empat saudaranya menewaskan sekumpulan lanun. Hang Tuah telah mengajak empat saudaranya berguru kepada ahli pertapaan Sang Aria Putera dari Majapahit. Petikan daripada hikayat adalah seperti berikut:Maka Hang Tuah pun berkata pada Hang Kasturi dan segala sahabatnya, Hai saudaraku keempat. Baiklah, kelima marilah kita berguru ada seorang ia bertapa Sang Aria Putera namanya, adapun kita ini pada fikiran orang tua-tua akan menjadi hulubalang di Tanah Melayu, maka kata Hang Jebat dan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, baiklah.Ini menunjukkan bahawa mereka berlima bersetuju untuk menuntut ilmu kepahlawanan dan pertahanan diri. Pada peringkat ini Hang Tuah dan saudaranya telah diajar oleh Sang Aria Puteratentang ilmu isyarat hulubalang, ilmufirasat dan ilmu perajurit. Tidak terdapat ayat atau perkataan yang menyatakan mengenai silat. Namun begitu, berkemungkinan besar ilmu perajurit dan ilmu isyarat hulubalang itulah ilmu pertahanan diri dan peperangan atau silat, dan ilmu firasat itu adalah ilmu kebatinan. Sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli pertapaan pada zaman dahulu untuk mempunyai ilmu kebatinan dan supra-natural seperti dapat meramal perkara-perkara yang akan berlaku. Terdapat petikan di dalam Hikayat Hang Tuah yang mengesahkan mengenai perkara ini, iaitu:Setelah sudah maka kata Sang Aria Putra, Apa kehendak cucu kelima telah ku ketahui. Adapun cucuku kelima ini akan diperhamba raja dan jadi pegawai besar di Tanah Melayu, tetapi banyak orang-orang besar sakit hati lagi dengki akan cucuku; maka ditunjukkan kepada Hang Tuah katanya tidak mengapa kerana cucuku orang benar, ketiga cucu akan digelar Raja.Di dalam dunia Melayu, seorang yang mahir dalam ilmu peperangan atau pertarungan digelar sebagai pendekar. Untuk mencapai tahap pendekar, seseorang itu haruslah menghadapi ujian yang amat payah. Sebagai contoh, Hang Tuah tidak terkecuali dalam hal ini. Hang Tuah telah menghadapi ujian pertamanya setelah tamat berguru dengan Sang Aria Putra, iaitu terpaksa menghadapi seorang yang amuk dan mengganas secara membabi buta di pasar dengan bersenjatakan keris. Menurut Hikayat Hang Tuah, beliau telah menyerang Hang Tuah dengan beberapa tikaman namun setiap tikaman itu berjaya dielakkan oleh Hang Tuah dengan berkesan hasil daripada pelajarannya dengan Sang Aria Putra mengenai ilmu perajurit dan hulubalang. Hang Tuah dikatakan tidak tergopoh-gapah dalam menyerang dan akhirnya berjaya membunuh si pengamuk itu dengan sebilah kapak.Terdapat beberapa pengajaran mengenai ilmu pertempuran dan bela diri yang dapat diambil daripada karya ini. Salah satunya ialah ketika berhadapan dengan musuh seorang pendekar Melayu itu haruslah berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat serangan balas. Hal ini mempunyaikaitan rapat dengan falsafah seni bela diri Melayu, iaitu silat yang menekankan penggunaan akal fikiran dan mengutamakan pergerakan mempertahankan diri atau self defence daripada pergerakan menyerang. Ilmu hulubalang atau silat ini juga digunakan oleh Hang Tuah dan Hang Jebat untuk mematahkan lima orang pengamuk yang ingin membunuh Bendahara Paduka Raja. Selain itu, teks Hikayat Hang Tuah juga ada memaparkan beberapa lagi peristiwa pertarungan penting yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mempunyai satu set ilmu atau seni pertahanan dan peperangan yang sama hebatnya dengan seni peperangan bangsa-bangsa utama lain seperti China dan India.2.0Estetika dan Kepengarangan Dalam Karya Agung2.1Estetika

Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membwa maksud kepekaan nanusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.

Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai esteika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsur ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.

2.1.1Estetika dalam Hikayat Hang Tuahi. Penggunaan Bahasa IstanaTidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik. Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat Hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi:

Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka Tuan Putera Kemala Ratna Pelingan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda. (Kassim Ahmad, 1997 :5)

Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetika dalam karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu indah-indah-rata terang itu pun dengan perhiasannya keemasan-datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan. (Kassim Ahmad, 1997: 6)

Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret dalam Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang mampu menjadikan sesbuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan daripada keindahan bahasa atau unsur estetika yang digarap oleh pengarang bagi mewarnai Hikayat Hang Tuah menggunakan unsur hiperbola.

Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan. (Kassim Ahmad, 1997: 6)

Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan imbuhan nya untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan nya ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan nya dalam hikayat Hang Tuah ialah:

Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya. (Kassim Ahmad, 1997: 11)

Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan penulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan nya dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetika dalam karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.

2.2Konsep Kepengarangan dalam Hikayat Hang TuahSebenarnya, jika dikaji tidak dapat ditentukan bilakah Hikayat Hang Tuah ini ditulis dan siapakah pengarangnya. Namun ada yang menganggarkan bahawa Hikayat Hang Tuah ini telah ditulis di antara tahun 1641 dan 1736. Hikayat Hang Tuah tidak ditulis secara menyeluruh dalam tempoh yang singkat atau dalam masa yang sama. Ini terbukti dengan penggunaan bahasa dan teknik penyampaian cerita yang tidak sama. Terdapat lebih kurang 20 versi Hikayat Hang Tuah yang bertulisan tangan telah ditemui kemudian kumpulkan dan berada di England dan Netherlands. Menurut Sulastin Sutrisno (1983), kebanyakan naskhah Hikayat Hang Tuah yang ditulis tidak lengkap sebagai sebuah hikayat dan setakat ini hanya 3 buah edisi sahaja yang lengkap ceritanya dan telah diterbitkan iaitu Edisi Shellabear, Edisi Balai Pustaka dan Edisi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Edisi Shellabear yang diterbitkan pada tahun 1909 adalah berdasarkan naskhah yang dimiliki oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Abdul Jalil, putera Sultan Idris. Edisi Balai Pustaka yang diterbitkan pada 1966 pula berdasarkan naskhah kepunyaan Koninklijik Bataviaasch Genootschap yang ditulis dalam tulisan Jawi. Manakala penulisan Hikayat Hang Tuah Edisi Dewan Bahasa Dan Pustaka yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Kassim Ahmad pula adalah berdasarkan kepada naskhah yang pada asalnya dimiliki oleh Almarhum Tengku Ibrahim Ibni Tengku Muhammad atau Tengku Seri Utama Raja yang merupakan anggota kerabat Diraja Kelantan.

Hikayat Hang Tuah ini merupakan sebuah hasil karya sastera Melayu lama yang unggul. Hikayat Hang Tuah mengandungi banyak ciri-ciri sastera antaranya mitos, unsur epik, firasat dan sebagainya. Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat Melayu tradisional. Kisahnya mencakupi segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu di zaman moden ini khususnya seperti ungkapan semangat Melayu Takkan Melayu hilang di dunia.

Pelbagai konsep yang telah dicerapkan oleh penulis di dalam Hikayat Hang Tuah ini antaranya dari aspek bentuk. Sastera rakyat Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Pertama, berbentuk cerita iaitu kisah atau naratif. Kedua pula berbentuk bukan cerita iaitu bukan kisah atau bukan naratif. Sastera rakyat Melayu berbentuk cerita disebut juga cerita rakyat atau cerita lisan, terdiri daripada beberapa jenis cerita, antaranya cerita lipur lara, cerita teladan, cerita binatang, cerita jenaka, mitos, lagenda dan hikayat. Sastera rakyat berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi seperti ungkapan rakyat, nyanyian rakyat, ungkapan adat, teka-teki, pantun dan gurindam. Dalam kelompok sastera rakyat berbentuk cerita, mitos, lagenda dan hikayat berbeza daripada cerita-cerita lipur lara, teladan, binatang dan jenaka. Perbezaan ini dapat ditinjau dari sudut kepercayaan, latar masa, latar tempat, sifat dan pelaku utama. Hikayat Hang Tuah merupakan sastera tulisan yang berbentuk cerita atau naratif.

Konsep yang kedua pula ialah tulisan. Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap masyarakat Melayu ketika itu. Perubahan bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat Melayu ketika itu turut berubah. Sebagaimana yang diketahui tulisan Jawi adalah berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab telah menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utama mereka melakukan usaha sedemikian adalah bagi memudahkan proses pembacaan. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah tulisan tersebut telah dimansuhkan. Tulisan atau aksara dalam hikayat ini dipinjam daripada bahasa Arab. Kemudian ditambah dengan huruf-huruf baharu. Sistem ejaan yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan Bismillahirrahmanirrahim dan wabihinastainubihi yang kerap kali digunakan di dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi.

Konsep yang ketiga pula ialah konsep bahasa asing yang digunakan di dalam Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah banyak menerima unsur-unsur bahasa asing antaranya hikayat tersebut menerima pengaruh bahasa Arab, Portugis, Jawa dan Sanskrit. Contoh perkataan yang menerima unsur pengaruh bahasa Arab yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah ialah firasat, hatta, mukah, shahadan, al-kesah, kaus,ikrar, dan wasiat. Seterusnya, contoh perkataan yang menerima unsur pengaruh bahasa Portugis yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah ialah lanchao yang bermakna sejenis perahu layar yang laju, armada pula bermaksud angkatan laut yang terdiri daripada kapal-kapal perang, gebernador yang bermaksud gabenor, seridadu yang bermaksud soldadu dan perkataan di-mitar-nya yang bermaksud ditujunya.

Selain itu, Hikayat Hang Tuah juga menerima unsur pengaruh bahasa Jawa. Contoh perkataan yang terdapat di dalam hikayat ini ialah perajurit yang membawa maksud pejuang atau askar upahan, pateh iaitu penasihat utama kepada raja, rama andika iaitu ayah tuanku, menira bermaksud saya, paman iaitu bapa saudara sebelah emak atau dibahasakan juga kepada orang-orang lebih tua, kedayaan bererti pengiring dan lawang membawa maksud pintu luar dan lain-lain lagi.

Kemudian, Hikayat Hang Tuah turut menerima unsur pengaruh bahasa Sanskrit. Antara contoh perkataan Sanskrit yang terdapat di dalam hikayat ini ialah mahkota, singgahsana, pustaka, duta, dirgahayu, dan lain-lain lagi. Jika dikaji secara teliti, penggunaan kata gelaran Laksamana banyak digunakan di dalam penulisan hikayat. Gelaran Laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan. Gelaran Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja. Konsep yang keempat pula ialah pengulangan kata. Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannya sendiri melalui hasil karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan banyak penggunaan perbendaharaan kata. Menerusi penelitian terhadap Hikayat Hang Tuah, pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak didapati di dalam hikayat ini. Sebagai sebuah hasil karya klasik dan agung, gaya bahasa pengulangan adalah perkara yang lazim didapati. Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di dalam Hikayat Hang Tuah adalah setelah, alkisah, hatta, maka, sebermula, arakian, syahadan dan sekalian.telah dibincangkan, Hikayat Hang Tuah juga dilihat sering kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain-lain lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi. 3.0Nilai Ilmu Dan Maklumat Secara umumnya karya agung boleh difahami sebagai karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. Pengertian Karya Agung Melayu dan Karya Agung Dunia Melayu mempunyai perbezaan. Karya Agung Melayu bermaksud Karya Agung yang ditulis atau diungkap atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira perbezaan kelompok, bangsa,etnik dalam kawasan dunia Melayu ini manakala Karya Agung Dunia Melayu pula bermaksud Karya Agung yang terdapat di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Melayo-Polinesia yang lain.Karya Agung Melayu merupakan salah satu warisan Melayu yang harus dipelihara dengan baik. Hal demikian kerana Karya Agung merupakan cerminan yang dapat menceritakan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu khususnya ketika zaman pemerintahan Melayu Melaka. Penelitian terhadap kandungan Karya Agung Melayu dapat membantu kita mengenali dengan lebih dekat berkenaan struktur sosial, budaya, agama serta nilai atau norma-norma kehidupan yang diamalkan masyarakat Melayu ketika itu.Menyingkap kembali kata-kata keramat Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah Takkan Melayu hilang di dunia, jelas memerlukan usaha kita sebagai generasi pewaris warisan Melayu untuk terus mengenali dan memperkasa jati diri Melayu. Salah satu caranya ialah dengan meneliti kembali karya-karya dahulu bagi mendapatkan gambaran sebenar kehidupan masyarakat pada waktu itu. Penelitian tentang nilai ilmu dan maklumat dalam sesebuah karya agung dapat membantu kita menjejaki cara hidup nenek moyang kita pada waktu dahulu. Contohnya seperti ilmu jampi, ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu. Jika dilihat pada peredaran masa sekarang, banyak nilai ilmu yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu ditinggalkan kerana ada diantaranya yang bertentangan dengan agama Islam, malahan tidak lagi relevan pada masa kini. Namun, itulah hakikat yang perlu kita ketahui dan selami kerana nilai-nilai ini telah lama terserap dalam diri seorang Melayu.3.1Ilmu FirasatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010:412) ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat dapat dikatakan sebagai ilmu yang boleh menilik nasib seseorang. Sesiapa yang mempelajari akan ilmu ini akan boleh membaca fikiran seseorang. Dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan tentang penggunaan ilmu firasat. Antaranya ialah berdasarkan kepada peristiwa mimpin yang telah di alami oleh Hang Mahmud. Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diribanya anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh. (Hikayat Hang Tuah : 23)Hang Mahmud telah bermimpi tentang bulan yang turun dari langit dan cahaya bulan tersebut telah mengenai Hang Tuah. Melalui peristiwa tersebut, Hang Mahmud berpendapat bahawa sesuatu akan berlaku kepada Hang Tuah. Dengan itu, beliau telah berpesan kepada isterinya iaitu Dang Merdu agar sentiasa menjaga Hang Tuah. Hang Mahmud juga berfikir bahawa Hang Tuah patut diberikan ajaran yang sempurna. Namun, disebabkan keadaan di Kampung Sungai Duyung tidak mempunyai tempat pengajian yang sesuai untuk Hang Tuah, maka Hang Mahmud berpendapat mereka haruslah berpindah ke Bentan. Di Bentan, Hang Tuah telah diserahkan kepada seorang lebai untuk diajarkan mengaji al-Quran. Maka dilihatnya seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya, berhadapan dengan anjingnya. Maka oleh pelanduk itu digigitnya akan anjing kedua itu. Maka anjing itu pun berteriak keduanya lalu terjun ke dalam sungai itu. Maka pelanduk itu pun mengusir anjing keduanya. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku. (Hikayat Hang Tuah : 64) Selain itu, dalam hikayat ini juga peristiwa yang berkaitan dengan ilmu firasat dapat di lihat pada peristiwa penubuhan Kota Melaka. Pada ketika Tuanku Syah Alam sedang berehat di bawah sepohon pokok, Hang Tuah telah mengkhabarkan kepada Tuanku tentang Anjing pemburuannya yang telah dikalahkan oleh seekor pelnduk putih. Tuanku Syah Alam tertarik dengan cerita yang disampaikan dan bertanya kepada salah seorang pembesar tentang peristiwa tersebut. Pada pandangan pembesar, menurut cerita yang di sampaikan oleh orang tua-tua, jika terdapat seekor pelanduk putih, maka tempat itu amat sesuai untuk dibuka sebuah negeri. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat yang diberikan oleh pembesar, Tuanku Syah Alam berfirasat, jika dibuka sebuah negeri, negeri tersebut akan maju dan kuat. Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya ini. Jikalau demikian, apa jua kehendaknya? Baiklah kuperdayakan. (Hikayat Hang Tuah : 155)Menerusi peristiwa yang berlaku tentang rahsia Keris Taming Sari. Hang Tuah berfirasat bahawa jika seseorang itu mempunyai keris Taming Sari, badannya tidak akan lut jika ditikam. Dengan menggunakan kebijaksanaannya, Hang Tuah telah berjaya merampas keris tersebut dari tangan Taming Sari. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa, untuk memperoleh keris Taming Sari tersebut. Firasat awal Hang Tuah tentang keris tersebut sememangnya betul, kerana sepanjang beliau menggunakan keris tersebut, beliau tidak pernah tercedera dalam pertarungan. 3.2Ilmu PengasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki. Ilmu pengasih boleh difahami sebagai salah satu ilmu kebatinan yang digunakan sebagai satu usaha untuk menakluki dan memiliki sekeping hati yang dimiliki individu yang dihajati atau dicintai secara halus atau ghaib. Ilmu ini hanya akan berkesan kepada individu yang dimaksudkan sahaja dan tidak akan memberi kesan kepada orang yang terdekat dengannya. Ilmu pengasih dibuat dalam berbagai jenis, kaedah serta nama. Contohnya minyak dagu, pengasih purnama, pengasih arjuna, pengasih jiwa dan banyak lagi. Ilmu pengasih boleh dilakukan dengan menggunakan minyak pengasih yang diperbuat daripada bahan tertentu, makanan dan minuman, minyak wangi, tenungan mata, hikmah suara, hikmah seri wajah dan sebagainya. Hakikatnya, ilmu pengasih ini telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Keadaan ini turut digambarkan dalam karya-karya warisan Melayu. Dalam Hikayat Hang Tuah turut diceritakan perihal Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih bagi mendapatkan Tun Teja.:Maka Tun Tuah pun bermohonlah lalu pulang ke rumahnya. Maka Tun Tuah pun mandi dan berlangir. Maka Tun Tuah pun duduklah membuka pustakanya. Setelah sudah dilihat dalam pustakanya, maka Tun Tuah pun tersenyum, seraya dikucupinya puatakanya itu. (Hikayat Hang Tuah: 216)Setelah Tun Tuah berolah jebat itu, maka Tun Tuah pun kembalilah ke rumahnya berbuat suatu guna pengasih namanya. Setelah sudah diperbuat guna itu, maka pada malam itu juga Tun Tuah berjaga membaca pustakanya datang siang. (Hikayat Hang Tuah: 217)Demi berpalit gunanya itu maka Tun Teja pun terkejut seperti disentap orang kakinya. Maka Tun Teja pun bangun, seraya berkata, Rindunya aku akan Mak Inang Janganlah inangda takut. Mana Tun Tuah itu sekarang? (Hikayat Hang Tuah: 218)Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Hang Tuah telah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Raja Melaka, demi menebus kesalahan dirinya.Hang Tuah menngunakan tipu muslihat bagi meyakinkan Tun Teja untuk mengikutnya pulang ke Melaka. Hang Tuah menyatakan bahawa dia ingin memiliki Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja amat marah akan perkhabaran yang dibawa oleh inangya itu. Oleh sebab itu Hang Tuah mengambil jalan untuk menggunakan ilmu pengasih terhadap Tun Teja dengan menggunakan jebat yang diperoleh daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah membuka pustakanya iaitu kitab atau buku lama yang mempunyai ilmu tentang cara-cara membuat ilmu pengasih dan terus keluar mencari jebat iaitu wangi-wangian yang dijual oleh seorang perempuan tua bagi menghasilkan ubat guna-guna tersebut. Hang Tuah bersepakat dengan inang Tun Teja untuk mencalitkan guna-guna tersebut pada Tun Teja yang sedang tidur. Sebaik sahaja jebat itu dicalitkan pada Tun Teja, beliau segera bangun dari tidur dan mencari inangnya. Tun Teja menyatakan bahawa beliau teringin untuk berjumpa dengan Hang Tuah. Ketika itulah Hang Tuah memasang jerat dengan menyatakan bahawa beliau akan berangkat ke Melaka. Tun Teja berasa sedih untuk berpisah dengan Hang Tuah dan menyebabkan beliau bersama-sama Hang Tuah berangkat ke Melaka beserta semua dayang-dayang.Keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa Hang Tuah telah menggunakan ilmu pengasih bagi memikat Tun Teja untuk di bawa ke Melaka dan dikahwinkan dengan Raja Melaka. Ilmu pengasih yang dibuat Hang Tuah ternyata berkesan apabila Tun Teja segera memanggil inangya dan bertanyakan tentang Hang Tuah sejurus selepas dicalitkan ubat pengasih tersebut. Hang Tuah juga digambarkan telah mempunyai ilmu tersebut kerana beliau mempunyai pustaka atau kitab tentang ilmu pengasih. Kitab inilah yang dirujuk beliau sebelum mencari bahan bagi menghasilkan ubat pengasih atau guna-guna tersebut. Namun, sebagai umat Islam kita wajib menjauhi perkara yang dilarang Allah SWT. Setiap perkara yang tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah dikira sebagai perkara Bidah iaitu perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau Sunnah dan turut dianggap sesat. Peredaran masa serta meningkatnya tahap mentaliti dalam kalangan masyarakat sekarang menjadikan amalan-amalan sebegini tidak lagi di amalkan kerana masyarakat kini telah pandai memilih dan membezakan antara yang buruk dan baik.3.3Ilmu PendukunanPerdukunan merupakan penterjemahan dari kata al kahaanah daripada Bahasa Arab. Ilmu dukun ini dikatakan mengandungi tiga unsur iaitu unsur yang pertama ialah mesti adanya yang disebut sebagai kaahin (si pendukun), mutakaahin (peminta atau pesakit yang berjumpa dukun) dan mahkuun (kepada siapa dukun itu ditujukan). Kamus Dewan menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun. Sebagai contohnya dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah seperti berikut :Maka segala ahlul nujum dan sasterawan pun melihat yang di dalam nujum. Setelah sudah dilihatnya, maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya. Maka titah baginda, Apa sebab kamu sekalian mengerakkan kepalamu? Maka sembah segala ahlul nujum dan sasterawan itu, ya Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun beribu-ribu ampun dan kurnia ke bawah Duli Syah Alam; adapun patik anakanda ini terlalu amat bahagia beroleh suami anak raja besar, dan anak cucu paduka anakanda inilah akan raja datang kepada akhir zaman, akan menjadi raja besar. Maka duli tuanku pun hendaklah segera memberi paduka anakanda bersuami, hendaklah paduka anakanda ini ditaruhkan pada suatu pulau yang bernama Biram Dewa itu dengan suatu mahligai dan dayang-dayang. Di sanalah paduka anakanda bersuami raja besar itu. (Hikayat Hang Tuah: 5)Berdasarkan petikan di atas, hikayat ini menceritakan perihal Tuanku Syah Alam yang menggunakan khidmat ahli nujum bagi menilik untung nasib anak gadisnya itu iaitu Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam. Melalui tilikan para ahli nujum, mereka mendapati bahawa nasib anak gadisnya itu adalah beroleh keuntungan pada masa akan datang melalui perkahwinannya dengan anak raja besar. Justeru, untuk beroleh keuntungan tersebut ahli nujum menyarankan supaya Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam segera dikahwinkan dan diletakkan di sebuah pulau yang bernama Biram Dewa dengan sebuah istana berserta dayang-dayang. Melalui Hikayat Hang Tuah, jelas menunjukkan bahawa peranan dukun sangat penting pada zaman dahulu dalam menentukan masa depan seseorang. Dukun bukan sahaja berupaya mengubati orang sakit, bahkan dukun juga dapat mengetahui sesuatu perkara yang bakal berlaku kelak. Hal ini berlaku disebabkan pengaruh Hindu-Buddha yang meresapi dalam budaya Melayu pada ketika itu. Mereka lebih percaya tilikan yang akan menetukan nasib mereka pada masa akan datang. Selepas kedatangan Islam, ilmu pendukunan semakin jarang digunakan.3.4Ilmu Jampi Jampi didefinisikan Kamus Dewan sebagai kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Orang Melayu sangat dekat dunianya dengan spiritual. Ini mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu, agama Hindu dan Buddha juga pernah mempengaruhi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Jika dilihat pada zaman dahulu, hampir kesemua aktiviti akan diikuti dengan jampi.Ilmu jampi atau perdukunan ini dapat dilihat dalam teks Sulalatus Salatin pada bab 3 yang ada menyentuh tentang Badang beroleh gagah. Dalam bahagian ini, Badang merupakan seorang hamba yang tinggal di Sayung dan mengerjakan sebuah huma milik tuannya. Badang juga mempunyai aktiviti lain iaitu gemar menahan lukah. Namun apa yang menghairankan ialah lukahnya tidak pernah dimasuki ikan dan dia hanya menjumpai tulang ikan sahaja berhampiran lukahnya itu. Maka, pada suatu hari Bdang mengintip kawasan lukah itu untuk mengetahui siapakah yang telah memakan ikan di lukah yang ditahan itu.Badang berasa terkejut apabila melihat seekor hantu yang berbadan besar dan panjang, matanya merah seperti matahari terbit, dan rambutnya dikatakan mencecah pusat. Dengan berbekalkan parang dan kapak, Badang menerpa kea rah hantu itu dan memegang janggutnya dan mengugut mahu membunuhnya. Akibat ketakutan, hantu itu memberikan beberapa tawaran dan Badang memilih untuk menjadi kuat. Untuk menjadi kuat, hantu itu mengarahkan Badang supaya memakan muntahnya. Berikut adalah kata-kata hantu tersebut :Jikalau engkau hendakkan gagah, makanlah muntahku. Setelah itu oleh Badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah. ( Hikayat Hang Tuah: 48-49 )Dalam Islam, terdapat juga unsur-unsur jampi. Namun demikian, ayat-ayat yang dibacakan dalam jampi tersebut adalah ayat al-Quran dan bergantung kepada keizinan Allah untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau tidak. Pada hari ini, ramai yang terkeliru antara jampi yang diamalkan pengamal ilmu hitam dengan pengamal al-Quran. Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa jampi yang menggunakan ayat al-Quran ini adalah syirik kerana menyekutukan Allah. Di sini terdapat percanggahan pendapat kerana dari segi syarak itu sendiri, Islam membenarkan umatnya untuk berubat selagi mana cara perubatan itu tidak menyekutukan Allah dan tidak membuatkan individu itu terpesong kepercayaannya.PENUTUPSebagai kesimpulannya, walaupun pada asalnyaHikayat Hang Tuah tergolong dalam sastera sejarah, tetapi jika dilihat dari segi tema dan persoalan, Hikayat Hang Tuah sememangnya berbeza dengan teks historigrafi lain yang menceritakan sejarah sesebuah negeri tetapi hikayat ini menceritakan sejarah hidup Hang Tuah, oleh sebab itu wajarlah teks ini digolongkan dalam karya agung kesusasteraan Melayu. Di dalam teks ini terdapat banyak sumber sejarah berkenaan negeri Melaka di samping gambaran corak organisasi pentadbiran politik, kebudayaan dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu silam itu. Justeru kerana sifat peribadi Hang Tuah itu diceritakan melalui pendekatan kesusasteraan epik maka segala aspek yang berkaitan dengan unsur-unsur sastera epik terdapat di dalam hikayat ini. Berdasarkan analisis yang dibuat iaitu berkaitan dengan analisis di sebalik konsep, kekuatan dan motif kepengarangan, maka jelaslah bahawa Hikayat Hang Tuah dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat generasi mendatang. Hal ini demikian kerana, Hang Tuah digambarkan oleh pengarang sebagai seorang tokoh yang serba boleh yang menyebabkan negeri Melaka menjadi sebuah negeri yang terkenal pada masa dulu. Pemikiran pengarang melalui tema, persoalan dan fungsi jelas menampakkan tentang ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah. Pendek kata, karya agung Melayu merupakan warisan budaya kesusasteraan bangsa Melayu. Karya agung Melayu tradisional merupakan penentuan karya agung Melayu yang dianggap sebagai hasil kreativiti seni persuratan dan penceritaan dan sebagai pembentuk tradisi bangsa sehingga memberi kesedaran kebangsaan bangsa Melayu sepanjang zaman.Sumber:A.Samad Ahmad, 1986. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAbdul Latif Abu Bakar (Penyelenggara), 2012. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Balai Seni Visual Negara.

Harun Mat Piah (pengkaji), 2001. Pantun Melayu: Bingkisan Permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Hassan Ahmad, 2000. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

Kassim Ahmad, 1997. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.