esei stail i

5
ESEI – STAIL I ( REKA BENTUK PELAJAR) Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan guru dan murid. Stail pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terdiri daripada 11 stail, iaitu stail arahan, stail latihan, stail bergandingan, stail semak kendiri, stail peningkatan, stail penemuan terbimbing, stail pengajaran berpusat, stail hasilan tercapah, stail reka bentuk pelajar, stail pembelajaran penggerak diri, dan stail pembelajaran kendiri. Spektrum ini dirangka kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah guru sebagai pembuat keputusan utama dan bahagian keduanya ialah murid sebagai pembuat keputusan utama. Stail – stail yang terdapat dalam bahagian satu ialah stail arahan, stail latihan, stail semak bergandingan, stail semak kendiri dan stail inklusif. Bagi bahagian keduanya pula ialah stail penemuan terbimbing, stail pengajaran berpusat, stail penemuan bercapah, stail reka bentuk pelajar, stail pembelajaran terdorong dan stail kendiri. Stail yang kumpulan saya pilih ialah stail pada bahagian kedua iaitu stail reka bentuk pelajar. Stail reka bentuk pelajar bermaksud kebebasan setiap pelajar untuk menyiasat masalah, keadaan atau isu secara meluas dan menghasilkan satu rancangan atau program yang terperinci dan boleh digunakan. Objektif stail ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu objektif subjek dan objektif tingkah laku. Stail ini dikatakan

Upload: mexodeus-draxamus

Post on 27-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Stail i

ESEI – STAIL I ( REKA BENTUK PELAJAR)

Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan

guru dan murid. Stail pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terdiri daripada

11 stail, iaitu stail arahan, stail latihan, stail bergandingan, stail semak kendiri, stail

peningkatan, stail penemuan terbimbing, stail pengajaran berpusat, stail hasilan

tercapah, stail reka bentuk pelajar, stail pembelajaran penggerak diri, dan stail

pembelajaran kendiri.

Spektrum ini dirangka kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah guru

sebagai pembuat keputusan utama dan bahagian keduanya ialah murid sebagai

pembuat keputusan utama. Stail – stail yang terdapat dalam bahagian satu ialah stail

arahan, stail latihan, stail semak bergandingan, stail semak kendiri dan stail inklusif.

Bagi bahagian keduanya pula ialah stail penemuan terbimbing, stail pengajaran

berpusat, stail penemuan bercapah, stail reka bentuk pelajar, stail pembelajaran

terdorong dan stail kendiri.

Stail yang kumpulan saya pilih ialah stail pada bahagian kedua iaitu stail reka

bentuk pelajar. Stail reka bentuk pelajar bermaksud kebebasan setiap pelajar untuk

menyiasat masalah, keadaan atau isu secara meluas dan menghasilkan satu

rancangan atau program yang terperinci dan boleh digunakan.

Objektif stail ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu objektif subjek dan objektif

tingkah laku. Stail ini dikatakan berjaya apabila para pelajar dapat menemui, mencipta,

dan menyusun idea dengan sendiri. Malahan, stail ini juga membangunkan perkara

utama yang berkait dengan isu yang kompleks merentasi sesuatu tempoh masa.

Objektif yang seterusnya ialah melibatkan diri pelajar dalam proses yang sistematik

untuk meneroka dan mengkaji sesuatu isu. Malahan, melalui stail ini standard prestasi

dan penilaian dapat dilakukan dengan sendiri.

Seterusnya ialah objektif tingkah laku. Objektif yang pertamanya ialah pelajar

dapat menampung perbezaan individu dalam pemikiran dan prestasi. Kemudiannya,

stail ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk merasai peningkatan kebebasan

diri untuk satu tempoh yang agak lama. Di samping itu, stail ini juga adalah untuk

Page 2: Esei Stail i

melatih kesungguhan dan ketabahan para pelajar. Objektif seterusnya bagi stail ini ialah

untuk memberi peluang kepada pelajar - pelajar untuk berdikari.

Kedua – dua guru dan pelajar mempunyai peranan masing – masing di dalam

stail pengajara reka bentuk pelajar. Namun begitu, peranan guru hanyalah sebagai

fasilitator. Guru akan membantu pelajar – pelajar sekiranya mereka salah.Di samping

itu, guru juga berperanan untuk membuat satu keputusan logistik secara umum

berkaitan perkara utama kepada pelajar. Di dalam stail pengajaran I reka bentuk

pelajar, peranan murid adalah lebih dominan. Pelajar berperanan untuk membuat

keputusan tentang bagaimana untuk mengenalpasti tajuk perkara utama yang

difokuskan. Malahan, pelajar juga berperanan untuk menetapkan atau mereka kriteria

prestasi. Di samping itu, pelajar juga memainkan peranan untuk untuk mencari

penyelesaian atau pergerakan. Malahan, pelajar juga menghasilkan soalan-soalan yang

membawa kepada tumpuan tertentu dalam topik umum. Pelajar juga akan

menghasilkan soalan-soalan yang membantu dalam mengenal pasti proses dan

prosedur.

Perlaksanaan stail pengajaran I ini bolehlah dibahagikan 3 bahagian iaitu pra

impak, impak dan post impak. Di dalam bahagian pra impak, terdapat beberapa perkara

yang dilaksanakan. Pertamanya ialah tugasan terperinci yang akan diajar. Guru

menerangkan dahulu apa yang perlu murid buat. Kemudiannya, pemilihan topik dimana

guru yang menetapkan tajuk atau skop pembelajaran. Ketiga ialah objektif pengajaran.

Guru menyatakan apakah objektif pengajaran yang ingin dicapai. Kemudiannya ialah

hasil pembelajaran dimana guru memberi idea apakah hasil pembelajaran yang akan

dipelajari di akhir pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang terakhir dalam bahagian

pra impak ialah alat kelengkapan iaitu guru menyediakan alat sukan yang akan

digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

Bagi bahagian impak terdapat dua perkara iaitu jangkaan peranan guru dan

murid, dan pembentangan penyelesaian masalah. Bagi perkara pertama di dalam

bahagian ini, guru menerangkan kepada murid peranannya iaitu sebagai pereka dan

pelaksana apa yang akan dipelajari. Kemudiannya, bagi perkara kedua iaitu

pembentangan penyelesaian masalah. Murid berperanan membentangkan atau

Page 3: Esei Stail i

persembahkan hasil ciptaan atau penyelesaian kepada masalah yang diberi. Bahagian

post impak ini melibatkan kedua – dua pihak iaitu guru dan pelajar. Di dalam bahagian

ini perkara yang dilakukan ialah penilaian dan maklumbalas. Penilaian dilakukan oleh

guru manakala pelajar akan memberikan maklumbalas.

Setiap stail mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dengan

stail reka bentuk pelajar ini. Pertama sekali, stail ini mampu memaksimumkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran

memerlukan interaksi secara dua hala antara murid dan guru. Melalui stail ini, murid

bebas untuk memilih aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Seterusnya ialah stail ini juga meningkatkan peluang kepada individu dalam proses

pembelajaran berdasarkan bidang kognitif dan kemampuan fizikal dalam sesuatu topik

khusus. Malahan, stail ini juga meningkatkan kognitif pelajar dan kemahiran fizikal

mereka dimana mereka akan berfikir dan memilih aktivit yang sesuai dengan

kemampuan mereka sendiri. Kekuatan seterusnya ialah stail ini megasah minda

mereka untuk berfikir secara kreatif.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan iaitu stail ini memerlukan masa

yang panjang. hal ini kerana guru perlu memberi masa kepada murid untuk memilih

aktiviti yang mereka rancang. Kelemahan yang kedua ialah kawalan disiplin murid juga

akan menjadi lemah. Guru akan mengalami masalah dalam pengawalan kelas.

Masalah kawalan kelas ini berlaku apabila guru memberi ruang kepada murid

merancang aktiviti mereka sendiri namun ada masanya murid akan melakukan aktiviti

yang tidak berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelas akan menjadi

bising dan tidak terkawal lebih - lebih lagi jika bilangan murid dalam kelas ramai.

Tuntasnys, stail pengajaran I, reka bentuk pelajar ini merupakan suatu stail

pengajaran di mana para pelajar diberi peluang untuk memainkan peranan yang

dominan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.