stail penemuan bercapah

Click here to load reader

Post on 28-Jun-2015

280 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Stail Penemuan Bercapah 1.0 PENGENALAN Stail penemuan bercapah (Stail H) merupakan stail yang unik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan terlibat secara langsung di dalam proses penemuan dan membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada mereka. Dalam autonomi Stail penemuan bercapah, tugas guru adalah untuk membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta logikal untuk disampaikan kepada murid. Peranan pelajar adalah menyelesaikan masalah dan mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus. Pelajar pula membuat pilihan mengenai tugasan dan tanggungjawab dalam sesuatu perkara yang terpilih terdapat di dalam Stail H ini. Ini kerana Stail H melibatkan kemampuan dan kesanggupan pelajar menerusi tindakan atau cara penyelesaian kepada soalan yang diberi dalam pelbagai aspek kemahiran seterusnya membuat pelajar lebih mengetahui dan memahami sesuatu.

2.0 OBJEKTIF Stail penemuan bercapah ini telah berjaya dilaksanakan apabila tindak balas diberikan dengan menyumbangkan pelbagai idea dalam menyelesaikan masalah tertentu. Terdapat beberapa objektif dalam melaksanakan stail penemuan bercapah ini. Antara objektif tersebut ialah; Objektif mata pelajaran (Subject Matter Objectives): 1. Untuk mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai penyelesaian kepada soalan atau masalah. 2. Untuk menghasilkan pengalaman bercapah dalam operasi kognitif tertentu. 3. Untuk mencari pelbagai kemungkinan alternatif yang boleh ada dalam setiap konten. 1

Stail Penemuan Bercapah 4. Untuk melihat sesuatu dalam konten sebagai pembangunan dan perkembangan. 5. Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu. Objektif kelakuan (Behavior Objectives) 1. Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati. 2. Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang diberikan. 3. Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif . 4. Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara penyelesaian yang berbeza. 5. Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain. 6. Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif di mana peghasilan idea boleh dibina. 3.0 STRUKTUR STAIL PENEMUAN BERCAPAH

Dalam kaedah ini penemuan memberi peluang kepada penemuan kepada kaedahkaedah yang menjadi pilihan. Namun walau bagaimanapun ia haruslah mengikut struktur di bawah. Stimulus Cognitif Dissonance Mediation Discovery

i.

Stimulus ( Rangsangan ) Pada bahagian ini rangsangan yang diberi kepada murid dalam pelbagai bentuk seperti mengemukakan masalah atau mencipta situasi. Perbezaan yang paling nyata

2

Stail Penemuan Bercapah mengenai langkah ini ialah penemuan untuk membuat pilihan di atas penyelesaian masalah yang telah di buat seperti di bawah: S D M R1 R2 R3 RN(Bil yang tidak terhad) Petunjuk: S = Stimulus (Rangsangan) D = Cognitive dissonance (Pencanggahan Kognitif) M = Mediation (Pengantaraan ) R = Responses ( Tindak balas)

ii.

Kognitif Dissonance ( Pencanggahan Kognitif ) Dalam tingkah laku yang melibatkan penemuan berfokus murid akan beralih ke dalam satu keadaan pencanggahan kognitif di mana pelajar perlu mengetahui apa yang mereka perlu buat seterusnya. Keperluan ini mengarahkan pelajar untuk mencari ( Fasa Meditasi ) untuk pelbagai penyelesaian masalah tersebut. Hasil daripada pencarian ini, lalu menghasilkan pelbagai tindakbalas ( R1 ), pergerakan ( R2 ), strategi ( R 3 ), dan rekabentuk ( RN ). Kesimpulannya pencanggahan kognitif adalah satu proses individu memberi idea yang berbeza-beza dan lakuan yang berbeza-beza dalam menyelesaikan masalah yang sama.

iii.

Mediation ( Pengantaran )

3

Stail Penemuan Bercapah Bagi melaksanakan stail penemuan bercapah ini, penerangan umum tentang ini perlu bagi membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan masalah kepada pelajar untuk diselesaikan. Guru hanya bertugas mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru memerhati penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Guru memberi tindak balas dengan meminta pelajar mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa yang mencukupi juga harus diberikan kepada pelajar untuk mencari hasil yang dikehendaki. iv. Responses ( Tindakbalas ) Ia bertujuan mencari keputusan dalam penemuan dan hasilan berganda serta stail bercapah. Idea-idea terhadap tindak balas ini mungkin dinyatakan dalam maksud yang berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara. Contoh dalam pelajaran fizikal, tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun disampaikan melalui pelbagai tindak balas.

3.1

PERLAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH Perlaksanaan Stail Penemuan Bercapah Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran. Perkara yang paling penting dalam stail penemuan bercapah adalah: 1. Keperluan dan kesan stail penemuan bercapah 2. Matlamat utama bukan mencari jawapan yang betul tetapi 3. Keupayaan pelajar mencerakin maklumat. Guru dan pelajar perlu memahami bahawa kedua-dua belah pihak perlu menerima tindak balas yang telah diberikan daripada proses mencerakin berdasarkan soalan yang telah diberikan. 4

Stail Penemuan Bercapah Guru perlu merancang situasi yang membolehkan stail penemuan bercapah boleh dilakukan termasuklah memberi penerangan kepada pelajar bahawa setiap idea yang diberikan akan diterima. Seterusnya guru menerangkan pembelajaran yang telah difokuskan dan juga mengutarakan soalan yang boleh mencernakan pelbagai jawapan. Soalan yang telah dibuat mesti berfokus kepada tunjang pembelajaran. Soalan boleh diberikan secara lisan atau bertulis. Setelah pelbagai pergerakan yang logik telah diterokai. Pada masa ini pelajar akan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik pembelajaran yang dihasilkan daripada mencerakin maklumat daripada stail penemuan bercapah. Masa mesti diperuntukkan kepada pelajar untuk pelajar membuat penyelidikan, menerokai, bergerak dan menilai pelbagai pergerakan yang boleh dilakukan dan guru perlu menunggu pelajar melakukan aktiviti itu. Setelah pelajar selesai memberi tindak balas, guru akan menilai dan memberi maklum balas. Penghargaan perlu diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan tindak balas mereka telah diterima, ini adalah untuk mengalakkan mereka mencerakin maklumat baru. Pada peringkat ini guru perlu menjaga persekitaran agar dapat lebih banyak tindak balas daripada pelajar ketika berkomunikasi dan proses penilaian di kalangan pelajar. Sesetengah pelajar akan memberi tindak balas yang baik ketika proses stail pembelajaran ini dan ada sesetengah pelajar yang pasif tidak memberi tindak balas yang baik. Guru akan teruskan aktiviti mencerakin maklumat tanpa membuat pembetulan atau memberi tindak balas kepada individu. Pembetulan hanya dilakukan apabila pelajar kurang pasti dengan soalan yang dibincangkan. Pembetulan secara verbal behavior boleh menguatkan proses kognitif. Contohnya: aktiviti ini adalah untuk membina kelenturan; soalan yang diberi adalah untuk membina kekuatan. Maklum balas yang diberikan adalah pernyataan yang bernilai seperti: bagus, ini menghasilkan pelbagai design; awak telah melakukan kerja yang cemerlang dengan menghasilkan pelbagai jenis idea; awak telah menghasilkan permikiran yang bercapah. Sesetengah topik memerlukan tindak balas yang pelbagai (proses P-F-D). Secara rawak, tindak balas akan disusun secara sistematik mengunakan kriteria yang boleh menjelaskan isi pembelajaran. Komen yang diberikan oleh guru kepada pelajar perlu 5

Stail Penemuan Bercapah disertakan dengan pengesahan dan penghargaan. Keputusan mengenai cara memberi komen dan menilai pelajar dalam stail pembelajaran ini adalah berdasarkan proses P-F-D. Pada penghujung kelas, guru boleh mengumpul pelajar untuk membuat penutup. Penutup termasuk memberi maklum balas kepada pelajar mengenai penglibatan mereka dalam proses mencerakin maklumat.

3.2

CARA MELAKSANAKANNYA Sebelum seseorang guru contohnya guru Pendidikan Jasmani Kesihatan

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan stail ini, mereka seharusnya faham dan tahu apakah prosedur dan langkah-langkah perlaksanaannya. Ini kerana stail ini memerlukan ketelitian dan kepakaran sewaktu perlaksanaannya. Bagi melaksanakan stail ini, penerangan umum tentang gaya ini adalah perlu bagi membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini. Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan permasalahaan kepada pelajar untuk diselesaikan. Seterusnya Pelajar sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan akan mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tugas guru hanya mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru akan memantau dan memerhati penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberikan. Guru memberi tindak balas positif dengan meminta pelajar mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Masa yang cukup juga harus diberikan kepada pelajar untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan stail ini, perubahan tambahan perlu dilakukan dalam membuat keputusan. Tugas guru dan pelajar berubah sekali lagi. Pengetahuan dan objektif baru akn tercapai (rujuk rajah di bawah).

6

Stail Penemuan Bercapah

Rajah: Struktur stail penemuan bercapah Sumber: Mosston, M, & As