160671903 stail perintah

24
Pengenalan Penggunaan stail pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang mendalam bagi seseorang pelajar dalam pendidikan fizikal. Stail pengajaran yang berbeza mendatangkan pengaruh yang berbeza dalam aspek-aspek seperti suasana pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan guru memenuhi keperluan pelajar dari segi perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif. Menurut Siedentop yang dinyatakan dalam Bailey dan Macfadyen (2000), stail pengajaran merupakan satu set taktik pengajaran yang digunakan secara konsisten dan jelas kelihatan dalam pengaruh guru terhadap pelajar. Mosston dan Ashworth telah mengenal pasti 11 jenis stail pengajaran berdasarkan cara membuat keputusan yang merangkumi bagaimana mengorganisasikan pelajar dan bagaimana sesuatu topik disampaikan. Jenis-jenis stail ini boleh dikategorikan kepada stail secara langsung (direct style) dan stail secara tidak langsung (indirect style). Stail secara langsung berpusatkan guru di mana guru bertanggungjawab membuat keputusan. Stail perintah dan stail reciprocal tergolong dalam stail secara langsung. Stail secara tidak langsung berpusatkan pelajar dan guru sebagai fasilitator (dalam Bailey & Macfadyen, 2000). 1

Upload: tio-feiling

Post on 23-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 160671903 Stail Perintah

Pengenalan

Penggunaan stail pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran

memberi kesan yang mendalam bagi seseorang pelajar dalam pendidikan fizikal. Stail

pengajaran yang berbeza mendatangkan pengaruh yang berbeza dalam aspek-aspek

seperti suasana pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan guru memenuhi

keperluan pelajar dari segi perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif.

Menurut Siedentop yang dinyatakan dalam Bailey dan Macfadyen (2000), stail

pengajaran merupakan satu set taktik pengajaran yang digunakan secara konsisten dan

jelas kelihatan dalam pengaruh guru terhadap pelajar.

Mosston dan Ashworth telah mengenal pasti 11 jenis stail pengajaran

berdasarkan cara membuat keputusan yang merangkumi bagaimana

mengorganisasikan pelajar dan bagaimana sesuatu topik disampaikan. Jenis-jenis stail

ini boleh dikategorikan kepada stail secara langsung (direct style) dan stail secara

tidak langsung (indirect style). Stail secara langsung berpusatkan guru di mana guru

bertanggungjawab membuat keputusan. Stail perintah dan stail reciprocal tergolong

dalam stail secara langsung. Stail secara tidak langsung berpusatkan pelajar dan guru

sebagai fasilitator (dalam Bailey & Macfadyen, 2000).

Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan

panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua

keputusan. Sementara itu, pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat.

Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap

pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang (Mosston & Ashworth,

2002).

Stail perintah sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu

pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan.

Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga sesuai

digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan memerlukan iklim

bilik darjah yang berdisiplin. (Mohnsen, 1997).

1

Page 2: 160671903 Stail Perintah

Objektif Stail Perintah

Penggunaan stail perintah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat

beberapa objektif yang ingin dicapai oleh seseprang guru, antaranya:

i) Ketepatan tindak balas

Ketepatan tindak balas menentukan pencapaian objektif pengajaran

dan pembelajaran yang ditetapkan. Dalam stail perintah guru akan

memberikan arahan atau perintah dengan jelas dan pelajar akan

bertindak mengikut arahan yang diberikan. Contohnya, dalam

permainan tenis, guru mengarahkan pelajar melakukan servis maka

semua pelajar akan melakukan servis seperti mana yang diarahkan.

ii) Kepatuhan kepada model

Dengan menggunakan stail perintah akan jelas kelihatan sejauh mana

pelajar menunjukkan pergerakan yang didemonstrasikan. Contohnya,

pelajar mengikut dan meniru pergerakan guru yang dianggap sebagai

model dalam membuat aktiviti hantaran bola jaring.

iii) Pemeliharaan standard estetik

Standard estetik akan terpelihara apabila pelajar meniru secara bulat-

bulat setiap perlakuan sama ada berpandukan demonstrasi model atau

tayangan video dengan tepat tanpa pengubahsuaian. Contohnya, pelajar

melakukan teknik melompat tinggi dengan tepat setelah menonton

tayangan video dan mendengar arahan yang diberikan oleh guru..

iv) Keseragaman

Keseragaman dapat dilihat apabila semua pelajar mengikuti perintah

yang diberikan oleh guru. Contohnya semua pelajar melakukan aktiviti

tekan tubi selama satu minit bersama-sama sehingga tamat masanya

apabila diarahkan oleh guru.

2

Page 3: 160671903 Stail Perintah

v) Keselamatan

Penonjolan faktor keselamatan amat jelas dalam stail perintah. Ini

disebabkan semua pelajar akan melakukan aktiviti seperti yang

diperintah guru dan mereka sentiasa di bawah pemerhatian guru.

vi) Untuk mendapatkan tindak balas segera terhadap rangsangan

Semua pelajar akan memberikan maklum balas serta merta atas arahan

yang dikeluarkan oleh guru. Contohnya, guru mengarahkan semua

pelajar berbaris mengikut jantina, maka semua pelajar akan bertindak

mengikut arahan.

vii) Menggunakan masa dengan efisyen

Masa pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara maksima

dalam stail perintah kerana hanya berlakunya komunikasi sehala.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru

mengeluarkan arahan dan pelajar melaksanakannya. Ini akan

mengelakkan pembaziran masa.

viii) Penonjolan semangat kumpulan

Semua aktiviti akan dijalankan serentak dan seragam secara kelas atau

dalam kumpulan. Ini akan mewujudkan semangat berkumpulan yang

kuat tanpa sebarang perbezaan.

ix) Meliputi banyak material

Dalam masa pengajaran yang terhad, penggunaan stail perintah

memberi ruang kepada guru menggunakan lebih banyak material

kerana masa dapat digunakan secara maksima.

3

Page 4: 160671903 Stail Perintah

Ciri-ciri Stail Perintah

Stail perintah merupakan perhubungan secara langsung antara rangsangan guru dan

tindak balas pelajar. Setiap pergerakan pelajar dilaksanakan berdasarkan rangsangan

model dengan lokasi, keadaan lokasi, masa permulaan dan masa penamat, langkah

dan irama dan sebagainya yang ditentukan oleh guru.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri stail perintah adalah seperti

berikut:

i) Berpusatkan guru.

ii) Komunikasi sehala.

iii) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa perbincangan.

iv) Guru sebagai model yang diikuti.

v) Pelajar sebagai pelaksana keputusan atau arahan.

4

Page 5: 160671903 Stail Perintah

Peranan Guru Dan Pelajar

Semasa pelaksanaan stail perintah, guru dan pelajar mempunyai peranan masing-

masing demi mencapai objektif yang ditetapkan.

Peranan guru termasuk:

i) Guru membuat penerangan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika

bersemuka dengan pelajar.

ii) Guru berperanan penting dalam membuat segala keputusan.

iii) Guru bertanggungjawab memberikan gerak balas segera kepada pelajar

supaya setiap tugasan dapat dipelajari dengan tepat dan cepat.

iv) Guru memberikan tugasan kepada pelajar dalam pelbagai cara

berdasarkan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah tertentu.

v) Guru sebagai model untuk dicontohi. Oleh itu tindak balas perlakuan

yang tepat dan selaras bagi setiap siri dalam setiap langkah akan

memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan

pembelajaran.

Peranan pelajar termasuk:

i) Pelajar melakukan setiap pergerakan atau aktiviti yang telah

diterangkan oleh guru.

ii) Demi mencapai objektif arahan guru, pelajar boleh mempelbagaikan

pergerakan berpandukan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah

tertentu.

iii) Pelajar berperanan bertindak dengan pantas atas reaksi atau arahan

yang diberikan oleh guru.

5

Page 6: 160671903 Stail Perintah

Kaedah Pelaksanaan Stail Perintah

Terdapat 3 peringkat dalam pelaksanaan stail perintah iaitu:

i) Peringkat pra-impak

Tujuan set pra-impak adalah untuk membuat rancangan pengajaran dan

pembelajaran. Semasa merancang, kesemua keputusan dalam anatomi stail ini

adalah berpandukan perlakuan pengajaran dan pembelajaran yang khusus

berdasarkan objektif pembelajaran. Keputusan merancang bolehlah

digambarkan dalam ringkasan mengajar.

ii) Peringkat impak

Peringkat ini merupakan masa pelaksanaan secara bersemuka. Tujuan

peringkat ini adalah untuk menarik perhatian pelajar supaya melibatkan diri

secara aktif dan melaksanakan keputusan yang telah dibuat di peringkat set

pra-impak. Peringkat ini lebih tertumpu pada perlakuan sama ada perlakuan

guru atau pelajar. Adalah pentingnya bagi guru menyusun isi kandungan

dengan teliti dan berurutan. Bagi pelajar pula, mereka perlu mengetahui hasil

pembelajaran yang ingin dicapai dalam tugasan dan hubungan antara guru dan

pelajar.

Terdapat 3 aspek yang penting bagi membolehkan hasil pembelajaran

sesuatu pelajaran tercapai iaitu:

a) isi kandungan

b) perlakuan

c) prosedur yang logik

Dalam menyampaikan isi kandungan, guru menunjukkan keseluruhan

atau sebahagian tugasan. Di sini arahan yang diberi mungkin berbeza-beza

mengikut sesuatu tujuan. Ini adalah bertujuan membina model sesuatu

perlakuan. Guru boleh membuat demonstrasi melalui pita video, gambar atau

menggunakan pelajar sebagai model perlakuan. Di samping itu, guru juga

harus menjelaskan setiap pergerakan atau secara terperinci agar dapat difahami

pelajar.

6

Page 7: 160671903 Stail Perintah

iii) Peringkat pasca – impak

Peringkat ini adalah bertujuan mendapat maklum balas daripada pelajar

tentang pelaksanaan tugasan dan peranan yang dimainkan oleh pelajar.

Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Stail Perintah

7

Page 8: 160671903 Stail Perintah

i) Peringkat Pra Impak

Ringkasan Mengajar

Bil. Pelajaran: 2Masa: 40 minitTunjang pembelajaran: KemahiranBidang pembelajaran: Olahraga-PadangUnit/Fokus: Kemahiran Asas Merejam LembingPengetahuan sedia ada pelajar: Pelajar telah mengenali anatomi lembing dan

keselamatan dalam melaksanakan aktiviti merejam lembing.

Objektif pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapata) Psikomotor membuat rejaman lembing dengan menggunakan teknik kemahiran asas rejaman yang betul.b) Kognitif menyatakan teknik asas merejam lembing.c) Afektif bekerjasama semasa melakukan aktiviti merejam lembing.

Strategi mengajar : Stail perintahKBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Menganalis perlakuan diri sendiri semasa melakukan aktiviti asas merejam lembing.Persediaan Pelajar: Pakaian sukan yang lengkap.Persediaan Guru: Lembing, skitel, wisel dan bola keranjang.Penilaian kendiri:

ii) Peringkat Impak

Fasa Permulaan:

a) Pelajar membuat ladam kuda menghadap guru sambil melakukan aktiviti

memanaskan badan seperti yang ditunjukkan oleh guru.

Fasa Perkembangan:

a) Pelajar melakukan aktiviti kumpulan: melutut sambil melontar bola dan melompat

sambil melontar bola.

b) Guru menerangkan teknik memegang lembing.

c) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara statik (berdiri dan

merejam).

8

Page 9: 160671903 Stail Perintah

d) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 3

langkah pergerakan dan merejam).

Kemuncak

a) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 5 langkah

pergerakan dan merejam).

b) Pelajar melakukan rejaman yang sebenar.

iii) Peringkat Pasca Impak

Fasa Penutup:

a) Pelajar membuat separuh bulatan menghadap guru dan melakukan aktiviti

menyejukkan badan.

b) Guru mendapat maklum balas daripada pelajar tentang aktiviti yang telah

dijalankan.

9

Page 10: 160671903 Stail Perintah

Perkembangan Saluran Fizikal, Mental, Emosi Dan Sosial

Saluran fizikal

Perkembangan saluran fizikal dengan menggunakan stail perintah adalah tinggi. Guru

yang menggunakan stail ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa

memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap tugasan yang

diberi. Maka dengan itu, perkataan pasif adalah tidak kongruen dengan stail ini.

Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail ini turut menjamin pergerakan

yang berulang-ulang untuk memurnikan setiap perlakuan bagi sesuatu kemahiran.

Saluran mental

Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail perintah akan menyekat

perkembangan mental di kalangan pelajar. Di sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran, kebanyakan masa pelajar mendengar arahan dan meniru tunjukcara

daripada guru untuk melakukan sesuatu tugasan. Disebabkan enggan mengingkar

perintah daripada guru, pelajar kekurangan masa untuk berfikir. Tambahan pula,

mereka tidak diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan menunjukkan kreativiti

masing-masing. Lantaran itu, perkembangan kreativiti pelajar turut terbantut.

Saluran emosi

Perkembangan saluran emosi dalam pengajaran dan pembelajaran stail perintah agak

rendah. Dalam stail perintah hanya berlakunya komunikasi sehala dan biasanya guru

yang bertanggungjawab dalam membuat segala keputusan. Bagi pelajar yang kurang

keyakinan untuk meluahkan pendapat akan berasa selesa semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dilaksanakan. Ini disebabkan mereka hanya perlu menuruti segala

arahan yang diberikan oleh guru. Namun ini akan menimbulkan masalah seperti

mereka akan terus mendiamkan diri dan kurang keyakinan diri. Bagi pelajar yang

kreatif dan suka memberi cadangan akan berasa tidak puas hati atau bosan sekiranya

10

Page 11: 160671903 Stail Perintah

guru asyik menggunakan stail perintah. Oleh itu guru haruslah mempelbagaikan stail

pengajaran yang digunakan.

Walau bagaimanapun, stail perintah memberi peluang kepada pelajar

memupuk sikap cuba menerima atau menuruti arahan, perintah atau pendapat orang

lain. Dengan itu, secara tidak langsung akan memupuk tabiat mengawal emosi diri

dan tidak cepat panas badan akibat kedegilan diri.

Di samping itu, pelajar dapat mempelajari cara mendisiplinkan diri melalui

stail perintah. Contohnya, dalam latihan gimnastik, disiplin diri amat penting untuk

mengelakkan kemalangan. Seseorang yang berdisiplin juga mahir dalam menguruskan

masa. Akibatnya pelajar yang sedemikian akan sentiasa berada dalam keadaan tenang

dan tidak akan terburu-buru dalam apa jua urusan.

Saluran sosial

Pengajaran stail perintah ini mengutamakan arahan guru secara mutlak. Pelajar

langsung tidak diberi peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat tersendiri. Ini

akan menyebabkan pelajar menjadi pengikut yang tidak berpendirian sendiri secara

tidak langsung. Hal ini bukan sahaja mengurangkan interaksi antara pelajar-pelajar

malah tiada komunikasi antara guru-pelajar. Komunikasi sehala yang dipupuk dalam

stail ini seterusnya akan meminimumkan saluran sosial yang menggalakkan interaksi

antara dua pihak.

Nilai-nilai sosial yang dapat dipelajari dalam stail lain seperti pemupukan

semangat bekerjasama, bertimbang rasa, toleransi, cara berkomunikasi dan

menggalakkan perkembangan pemikiran kreatif individu tidak wujud dalam stail

perintah walaupun keperluan nilai-nilai ini penting dalam kehidupan bermasyarakat

kita.

11

Page 12: 160671903 Stail Perintah

Kekuatan Stail Perintah

Stail pengajaran ini mempunyai beberapa kekuatan yang disenaraikan seperti

berikut:

i) Stail perintah dapat mengelakkan kepesongan kandungan pengajaran

Stail pengajaran perintah akan memeliharakan kandungan pelajaran

penyampaian guru tanpa sebarang perubahan sekiranya pelajar

mengikutinya dengan sepenuhnya. Stail ini juga dapat mengelakkan

“kesalahfahaman” pelajar terhadap penyampaian guru terutamanya bagi

pelajaran yang mengutamakan keselamatan aktiviti. Keadaan ini adalah

berpunca daripada pengajaran guru diterima sepenuhnya oleh pelajar tanpa

interaktif antara guru dan pelajar.

ii) Stail perintah dapat mengawal kelas secara berkesan

Keberkesanan pengajaran dengan stail ini adalah jelas sekali bagi saiz

kelas yang besar. Stail ini membantu guru menyampaikan pelajaran atau

maklumat dengan berkesan dalam kelas yang lebih besar. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pelajar akan mengikuti perintah guru demi

melancarkan lagi proses pembelajaran di samping penggunaan masa

dengan baik.

iii) Stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan

Berdasarkan pengajaran daripada guru, stail perintah dapat melakukan

persembahan fizikal pelajar melalui peniruan secara berkesan. Guru

bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan semasa peniruan selain

dari memastikan penerimaan kemahiran pembelajaran pelajaran dengan

betul.

iv) Stail perintah dapat menghasilkan keseragaman

Dengan stail ini, pelajar akan menguasai sesuatu kemahiran melalui

peniruan dan menghasilkan keseragaman. Aktiviti yang dijalankan oleh

guru melalui perintah sama ada gambar, video ataupun model secara

12

Page 13: 160671903 Stail Perintah

berulang akan ditiru atau ditransform oleh pelajar dan seterusnya

menghasilkan keseragaman hasil pembelajaran.

v) Stail perintah memudahkan pembelajaran pelajar

Stail ini mementingkan pengikutan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar-

pelajar dikehendaki menurut dan meniru arahan secara bersama. Ini akan

memudahkan pembelajaran tentang isi kandungan yang disampaikan

terutamanya pelajar yang lemah penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran.

vi) Stail perintah dapat memadatkan kandungan pengajaran

Isi pelajaran dapat disampaikan dengan padat dan bernas kepada pelajar

disebabkan oleh penggunaan masa dengan efisyen dalam stail ini.

Penyampaian guru akan lebih berkesan dengan membahagikan kemahiran

kepada unit-unit yang lebih kecil seperti ansur maju memandangkan stail

pengajaran ini sekiranya diaplikasikan dengan betul akan mempunyai

pengurusan masa yang baik.

Kelemahan Stail Perintah

Terdapat beberapa kelemahan stail perintah dalam pengajaran latihan fizikal,

antaranya adalah seperti berikut :

i) Stail perintah mementingkan komunikasi sehala

Dalam pengajaran guru, pelajar hanya mengikuti perintah dan melakukan

arahan di mana komunikasi sehala berlaku. Pelajar menjalankan aktiviti

mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang

untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat.

ii) Stail perintah tidak mengambil kira perbezaan individu

Pengajaran dengan menggunakan stail ini selalunya menganggap semua

pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang sama, iaitu perintah atau arahan

dikeluarkan tanpa mengira perbezaan individu pelajar. Keberkesanan

pembelajaran mungkin menjadi berkurangan disebabkan oleh pelajar yang

lemah atau kurang cerdas.

13

Page 14: 160671903 Stail Perintah

iii) Stail perintah tidak mementingkan saluran emosi atau sosial

Perkembangan kognitif pelajar akan terbantut disebabkan stail ini yang

tidak mementingkan pemikiran kreatif para pelajar dan menjana idea baru

mereka tersendiri. Tidak ada interaksi dua pihak untuk membolehkan

pelajar bertukar-tukar pendapat dan meluahkan masalah kepada guru.

Pelajar yang tidak berpeluang berkomunikasi dan berbincang dengan rakan

mereka semasa pengajaran–pembelajaran. Saluran emosi dan sosial yang

tidak dipandang berat oleh guru akan menyebabkan buah fikiran mereka

terbantut dan seterusnya akan memendamkan pendapat atau masalah

sehingga tamatnya pengajaran guru.

iv) Stail perintah menggalakkan penyalahgunaan kuasa guru

Penyalahgunaan kuasa kerap berlaku dalam corak pengajaran stail

perintah. Kuasa guru mungkin disalahgunakan disebabkan pengawalan

pergerakan lebih-lebih lagi mungkin mencela pelajar. Perasaan negatif

menjadi semakin menebal ini akan mendesak pelajar menolak corak

pengajaran guru dan mengancam keberkesanan pembelajaran-pengajaran.

v) Stail perintah menyekat perkembangan kreativiti pelajar

Perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam penggunaan

stail ini. Kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar

hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi

pendapat individu pelajar

vi) Stail perintah kurang berjaya dalam memotivasikan pelajar

Komunikasi dua hala yang menggalakkan saling bertukaran buah fikiran

dan meluahkan masalah kepada guru memang tidak wujud dalam stail ini.

Stail perintah tidak menjanjikan kejayaan kerana hubungan guru dan

pelajar hanya menerima dan menjalankan perintah. Justeru itu, stail yang

agak keras ini tidak akan memberi motivasi yang berkesan kepada

segelintir pelajar.

14

Page 15: 160671903 Stail Perintah

Penutup

Setiap stail pengajaran mempunyai cara penyampaian tersendri yang dapat

dilaksanakan secara berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran atau sebaliknya.

Dengan menyedari hakikat ini, adalah menjadi perkara penting dalam peningkatan

pencapaian objektif pelajaran sekiranya terdapat pemahaman yang mendalam tentang

setiap stail pengajaran.

Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti semulajadi

dalamnya. Semasa penyampaian stail ini, bahasa yang jelas lagi tepat, terancang dan

berkesan serta mudah difahami perlu digunakan dalam arahan yang diberi. Selain

daripada itu, ia juga seharusnya mengambilkira pelbagai perkara seperti objektif,

emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan.

Kekeliruan dan kesalahtaksifan dapat dielakkan dengan penggunaan bahasa

yang sesuai dan seterusnya menyumbang kepada keyakinan pelajar tentang apakah

yang seharusnya mereka melakukan berdasarkan sesuatu arahan guru. Pelbagai

masalah sampingan seperti kegagalan melaksanakan sesuatu tugas atau mungkin

mendatangkan kecederaan atau menimpa kemalangan pelajar sekiranya terdapat

kesilaptaksiran sesuatu perintah.

Stail Perintah yang sesuai dan berkesan penting dalam memupuk semangat

bekerjasama sesama pelajar, motivasi, sahsiah pelajar yang berkepercayaan kepada

diri sendiri dan seterusnya membina keyakinan atas kepakaran serta kebolehan guru

tersebut. Guru yang melaksanakan stail ini seharusnya membuat persediaan awal dan

telah menguasai ciri-ciri serta kemahiran dengan baik demi berupaya menangani

segala masalah atau kelemahan yang bakal timbul.

Pada keseluruhannya, stail perintah memang merupakan suatu teknik

pengajaran yang baik dan berkesan dalam pendidikan fizikal seperti perlaksanaannya

dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan sekiranya ia diaplikasikan

secara maksimum dengan gaya penyampaian yang sesuai dan betul.

15

Page 16: 160671903 Stail Perintah

Rujukan

American Alliance For Health, Physical Education, Recreation And Dance (AAHPERD) (1999). Effective teaching principles for lifelong, individualized health – related fitness. United States of America: Human Kinetics.

Bailey, R. & Macfadyen, T. (2002). Teaching physical education. London: Continuum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohnsen, B. S. (1997). Teaching middle school physical education. United States: Human Kinetics.

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings.

Schempp, P.G. (2003). Teaching sport and physical activity: In sights on the road to excellence. United States: Human Kinetics.

16