stail latihan complete
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
STAIL LATIHAN
1.0 Pengenalan
1
Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina
2
pengalaman bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa
akan datang. Di samping itu, melalui pendidikan juga, seseorang individu akan
dapat memperkembangkan lagi potensinya secara menyeluruh dan bersepadu
untuk memajukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial.
Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang dijalankan
oleh seseorang guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru
dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif
sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang dirancangkan
Bagi mencapai matlamat dan objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran terdapat pelbagai teori, kaedah, strategi dan stail pembelajaran
direkacipta untuk diamalkan oleh guru. Seseorang guru dikatakan berkesan
dalam sesuatu pengajaran itu apabila pelajar dapat mengikuti, memahami,
menghayati dan mengalami apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Hasil dari
pengajaran yang berlaku akan menyebabkan perubahan tingkahlaku, pemikiran
dan perasaan pelajar. .Perubahan tingkah laku ini boleh terjadi semasa dan
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala perubahan yang berlaku
boleh dinilai berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain psikomotor , kognitif
dan efektif.
3
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan,
kaedah, teknik dan strategi sering digunakan. Ciri-ciri yang terdapat diantara
keempat-empat konsep ini saling berkait di antara satu sama lain.
Merujuk kepada stail atau teknik pengajaran seseorang pendidik.
Stail-stail ini melibatkan 11 cara iaitu stail perintah, latihan, semak bergandingan,
semak kendiri, peningkatan, penemuan berbimbing, penemuan berpusat, hasilan
tercapah, program individu, pembelajaran terdorong dan pengajaran kendiri (Mok
Soon Sang, 2002).
Contohnya Stail latihan ialah satu kaedah pengajaran di mana guru
memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk
satu tempoh masa tertentu. Guru akan memerhati prestasi murid dan
memberikan maklum balas kepada pelajar.
2.0 Objektif
1. Mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan
tugasan dan diantara pelajar sendiri.
2. Mempraktikkan tugasan seperti yang didemostrasikan atau yang telah
diterangkan.
3. Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi adalah berkaitan
dengan masa.
4. Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik adalah
berkaitan dengan pengulangan tugasan.
4
5. Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang cekap adalah
berkaitan dengan pengetahuan keputusan.
6. Menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan
diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru.
3.0 Struktur Stail Latihan
Untuk membolehkan kita mengenal stail latihan ini, perubahan mesti
berlaku iaitu dengan memindahkan kuasa membuat keputusan daripada guru
kepada pelajar. Perubahan ini berlaku di dalam sembilan kategori berikut dalam
satu set impak :
1. Kedudukan
2. Tempat
3. Turutan/susunan tugasan
4. Kadar kemajuan
5. Masa permulaan setiap tugasan
6. Masa tamat setiap tugasan
7. Masa rehat
8. Penonjolan
9. Mengajukan soalan untuk penjelasan.
Keputusan-keputusan dalam set pra impak dan post impak kekal seperti
guru-guru membuat keputusan.Dalam set impak , guru memberi peluang kepada
pelajar membuat keputusan dalam kesemua sembilan kategori.Peranan pelajar
5
dalam stail ini ialah melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dan membuat
kesemua sembilan keputusan dalam set impak.Pemindahan kuasa membuat
keputusan ini adalah permulaan proses keindividuan, menimbulkan perlakuan
yang berbeza daripada guru dan pelajar.
Guru tidak seharusnya memberi komen kepada setiap pergerakan,
tugasan atau aktiviti, pelajar pula mempunyai peluang untuk belajar bagaimana
membuat sembilan keputusan dalam parameter yang telah ditetapkan oleh guru.
Dalam keputusan set post impak , guru memerhati persembahan dan memberi
maklumbalas secara individu kepada setiap pelajar.
4.0 PERLAKSANAAN STAIL LATIHAN
Bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Stail latihan ia
boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu :
i. Pra impak
ii. Impak
iii. Pasca impak
Ketiga-tiga fasa ini menjelaskan bagaimana peranan yang dimainkan oleh guru
dan pelajar dalam ketiga-tiga fasa ini.
4.1 Fasa Pra Impak
Dalam fasa ini guru hendaklah menyediakan satu ringkasan mengajar
sebagai panduan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu
6
merancang dan memikirkan apakah gaya yang akan digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Guru
berperanan mengenalpasti dan membentuk sesuatu permasalahan dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang diberikan
hendaklah berkaitan dengan objektif pembelajaran yang akan diberikan kepada
pelajar untuk diselesaikan. Arahan yang diberikan ini boleh diberikan dalam
bentuk lisan sahaja ataupun boleh juga diberikan dalam bentuk tulisan.
Stail ini melibatkan pelajar dalam membuat keputusan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.Dalam stail latihan, pelajar bukan sahaja dilatih
menyelesaikan tugasan, tetapi proses pertimbangan dalam membuat keputusan.
Guru belajar untuk percaya kepada pelajar dalam membuat keputusan yang
sesuai semasa menyelesaikan tugasan.Langkah-langkah berikut menerangkan
penggunaan rangka stail latihan sebagai garis panduan perlaksanaan. Proses ini
melibatkan membuat keputusan di dalam set pra impak, impak dan post impak.
4.2 Set Impak
Dalam set ini terdapat beberapa urutan dalam menerangkan episod tersebut :
7
1. Guru menetapkan satu-satu keadaan dengan memanggil pelajar
mendampingi guru.
2. Guru menentukan objektif stail ini.
3. Menyediakan masa untuk pelajar melakukan aktiviti dengan sendiri.
4. Menyediakan masa kepada guru untuk menyediakan maklumbalas
individu kepada setiap orang.
5. Guru menerangkan peranan pelajar dan giliran dalam membuat
keputusan.
6. Guru menerangkan peranan guru.
a. memerhati prestasi dan maklumbalas individu.
b. bersedia menjawab soalan pelajar.
7. Guru menyediakan tugasan-tugasan yang mengandungi komponen-
komponen komunikasi.
a. Kandungan .
Setiap tugasan mesti mengandungi kandungan khusus apa yang
hendak dilakukan.
b. Modul.
Guru mengealpasti modul yang sesuai dalam persembahkan
tugasan tersebut. ( audio, visual, audiovisual, dan sebagainya)
c. Perlakuan.
Setiap modul yang dikenalpasti perlu mempunyai perlakuan yang
sesuai ( demonstrasi, menerangkan dan sebagainya)
d. Media.
8
Tugasan boleh dipersembahkan melalui berbagai media ( guru,
filem, video atau kertas tugasan )
8. Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan tugasan.
9. Apabila satu keadaan situasi telah ditetapkan guru perlu bertanya kepada
pelajar sekiranya mereka sudah faham atau tidak.
10. Pelajar mula melakukan tugasan dan membuat keputusan yang telah
dipindahkan pada mereka dalam set impak.
11. Guru memerhati keadaan semasa dan berhubung secara individu dengan
pelajar.
4.3 Set Pasca Impak
Dalam set post impak ini keperluannya adalah dalam menyediakan
maklumbalas-maklumbalas individu kepada semua pelajar. Semasa dalam
proses ini guru perlu mengikuti aspek-aspek berikut ;
1. Kenalpasti dengan segera kesilapan pelajar dalam prestasi tugasan dan
dalam membuat keputusan.
2. menyediakan maklumbalas individu yang betul kepada pelajar.
3. Berada di sebelah pelajar sehingga melakukan perlakuan yang betul.
4. Beredar kepada pelajar lain.
9
5. Melawat , menyelia, memerhati dan menyediakan maklumbalas kepada
pelajar yang melakkan tugasan yang betul. Mereka juga perlukan masa
daripada guru.
6. Untuk sesetengah tugasan memerlukan lebih daripada satu pemerhatian.
7. Peka dalam pemilihan maklumbalas.
Pada akhir pelajaran guru memanggil semua murid untuk berkumpul dalam
beberapa minit , ini boleh dilakukan dengan cara mengulangkaji secara ringkas
kandungan pelajaran pada hari itu, maklumbalas secara umum kepada kelas
dan sebagainya.
5.0 IMPLIKASI STAIL LATIHAN
Realiti episod-episod dalam stail latihan ini menghasilkan satu set implikasi yang
baru :-
1. Guru menilai perkembangan dalam membuat keputusan yang meluas.
2. Guru mempercayai pelajar dalam membuat sembilan keputusan tersebut
3. Guru menerima idea di mana kedua-dua guru dan pelajar boleh
memperkembangkan nilai-nilai dalam sesuatu stail.
4. Pelajar boleh membuat kesemua sembilan keputusan semasa sedang
melatih dan melakukan tugasan.
10
5. Pelajar boleh bertanggungjawab uantuk hasilan daripada keputusan
mereka apabila mereka melibatkan dalam proses individu.
6. Pelajar boleh mengalami permulaan dalam berdikari.
CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tingkatan : 5 Topik :Gimnastik artistik
Masa : 40 minit Fokus :Pola 6 (Hayunan)
Langkah :
1 -Penerangan aktiviti dalam kumpulan kecil disertai
Dengan instuktur. .
2 – Regangan spesifik
3 – Guru akan memberikan penerangan mengenai teknik
kisaran dengan sebelah kaki dgn sokongan tangan atas
lantai.
4 – Ansur Maju dengan kaedah stesen ( Kad tugasan)
5 – Permainan Kecil
6- Sesi Warm Down dan soal jawab
Persediaan mengajar merupakan satu dokumen yang digunakan oleh guru
sebagai panduan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Melalui
11
penyediaan rancangan mengajar yang bersistematik, proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun.
Semasa menyediakan rancangan mengajar terdapat beberapa aspek
yang perlu difikirkan . Di antaranya ialah ;
a. Tajuk dan kemahiran yang hendak diajar.
b. Objektif pengajaran dan pembelajaran
c. Kaedah dan pengubahsuaian.
d. Penilaian.
Persediaan mengajar juga bertujuan untuk menghasilkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang rasional. Ia berdasarkan turutan dan pilihan
guru terhadap tajuk dan kemahiran di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya guru harus tahu memilih kaedah atau model
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ia sering dikaitkan dengan
pencapain objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya guru juga harus memikirkan bagaimana pemindahan
pembelajaran boleh berlaku. Ia meliputi aspek pengurusan alatan, kertas kerja
dan sebagainya. Bagi permulaan pengajaran dan pembelajaran , proses
pemindahan kemahiran harus bersesuaian dengan objektif . ia mesti berturutan,
masa yang sesuai dan bersedia untuk disempurnakan.
Pada akhir pengajaran , guru mendapat sama ada kaedah yang diambil
bersesuaian atau tidak. Pengukuran dan penilaian di buat dan masa akan
diatasi.
12
7.0 Kekuatan Stail Latihan
1. Isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah
2. Isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid
3. Masa dan peluang pelajar melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan
mengikut panduan.
4. Guru dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan dan secara
langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas.
5. Komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid
dangan murid.
6. Guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri
7. Dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum
8. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
8.0 Kelemahan Stail Latihan
1. Pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran sebenar tamat.
2. Perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan.
3. Pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang
dijalankan
13
4. Aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklumbalas guru.
5. Murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri.
9.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
1. Terdapat sembilan struktur kaedah latihan yang perlu diikuti.
2. Jika beberapa orang pelajar melakukan kesilapan guru hendaklah
memberhentikan aktiviti kumpulan mereka. Ini akan membantu guru
dalam :-
a. Kecekapan mengurus masa.
b. Kedudukan guru yang hampir dengan murid di dalam kelas
mewujudkan satu suasana yang selesa
c. Jika pelajar bertanyakan soalan, guru membantu mereka.
d. Guru akan memerhatikan mereka untuk melakukan kemahiran
dengan betul.
3. Oleh kerana stail latihan ini direka untuk individu sahaja, komunikasi di
antara murid-murid harus diminimumkan.
4. Dua keadaan akan berlaku di mana pelajar individu akan mengikut arahan
guru mereka atau menuggu tindakbalas dari guru selepas sesuatu
persembahan.
14
5. Guru akan memberi tugasan mengikut tahap kedudukan pelajar. Di dalam
stail latihan ini, guru berbuat demikian untuk mencapai kelainan dalam
persembahan.
6. Kadang-kadang pelajar menyelesaikan masalah sebelum masa yang
yang diperuntukkan itu tamat. Ini berlaku di dalam semua stail kecuali stail
‘A’ ( arahan ). Dalam masa rehat guru harus merancang aktiviti dan
pembelajaran yang sesuai supaya pelajar tidak terikat dengan aktiviti
yang tidak berkaitan.
7. Salah satu alat bantu mengajar yang sesuai dalam stail latihan ialah carta
dinding. Ia mengingatkan tentang tugasan yang perlu dilakukan di setiap
stesen. Ini menyenangkan guru.
8. Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat
keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan
dengan stail perintah.
9. Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia
harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang
dipersembahkan oleh guru.
10. Stail Latihan bermula dari proses “weaning” iaitu satu proses di mana
guru dan murid akan mengikut laluan masing-masing. Guru akan
menerangkan 9 keputusan tadi terhadap pelajar dan berharap mereka
akan melakukannya dengan baik.
15
Berdasarkan penerangan yang telah diberikan terhadap penggunaan
kaedah pengajaran Stail latihan, dapat dinyatakan dan dibuat kesimpulan
bahawa kaedah pengajaran jenis ini amat berupaya membentuk dan mencapai
objektif setiap domain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
mantap dan kukuh dalam diri pelajar. Melalui kaedah latihan yang yang
dilakukan oleh pelajar akan membentuk keupayaan domain kognitif, psikomotor
dan afektif yang tersendiri mengikut keupayaan pelajar bekenaan.
Peranan guru yang bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator akan
memberikan ruang yang bebas dan selesa kepada pelajar dalam menghasilkan
keputusan yang terbaik bagi diri mereka. Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih
berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing
jika dibandingkan dengan stail perintah. Dari segi kognitif terdapat sedikit
perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan
ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.
16
Rujukan.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (1998 ). Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur :
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mosston, M, & Ashworth, S. (1994). Teaching Physical Education ( 4th ed.) New
york : Macmillan Colledge Publishing Compony.
Mok Soon Sang ( 1991 ). Siri Pendidikan Guru : Pedagogi 2 Strategi Pengajaran
-Pembelajaran Mikro : Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
17
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
Definisi…………………………………………. 1-2
Objektif………………………………………… 2-3
Struktur Stail Latihan………………………… 3.4
Pelaksanaan Stail Latihan………………….. 4
Set Pra Impak 5
Set impak 6-7
Set Pasca Impak 7-8
Implikasi Stail latihan……………………….. 8-9
Contoh Langkah Pengajaran dan pembelajaran.……………………….. 9-10
Kekuatan 11
Kelemahan 11-12
Rumusan………………………………………. 12-14
Rujukan………………………………………… 15
18