stail penemuan bercapah divergen

Upload: hidayah-mohamed

Post on 06-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    1/29

    1.0 PENGENALAN

    Stail penemuan bercapah (Stail H) merupakan stail yang unik dalam pengajaran

    dan pembelajaran. Murid akan terlibat secara langsung di dalam proses penemuan dan

    membuat keputusan mereka sendiri di dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan

    kepada mereka. Dalam autonomi Stail penemuan bercapah, tugas guru adalah untuk

    membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang khusus serta

    logikal untuk disampaikan kepada murid.

    Peranan murid adalah menyelesaikan masalah dengan tepat dan

    mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka sendiri tentang tugasan atau

    masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus.

    Murid pula membuat pilihan mengenai tugasan dan tanggungjawab dalam sesuatu

    perkara yang terpilih terdapat di dalam Stail H ini. Ini kerana Stail H melibatkan

    kemampuan dan kesanggupan murid menerusi tindakan atau cara penyelesaian kepada

    soalan yang diberi dalam pelbagai aspek kemahiran seterusnya membuat murid lebih

    mengetahui dan memahami sesuatu.

    2.0 OBJEKTIF

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    2/29

    4. Untuk melihat sesuatu dalam konten sebagai pembangunan dan perkembangan.

    5. Untuk membina kebolehan dalam menentukan penyelesaian untuk tujuan tertentu.

    Objektif kelakuan (Behavior Objectives)

    1. Hasil daripada pelbagai jawapan atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi

    perangsang dalam rasa puas hati.

    2. Untuk menjadikan pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui

    rangsangan yang diberikan.

    3. Untuk menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea

    alternatif .

    4. Untuk menerima pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam

    menyelesaikan masalah atau sesuatu isu dengan cara penyelesaian yang berbeza.

    5. Untuk bertolak-ansur dan menerima buah fikiran atau pendapat orang lain.

    6. Untuk merasakan kekuatan emosi dan kognitif di mana peghasilan idea boleh

    dibina.

    3.0 STRUKTUR STAIL PENEMUAN BERCAPAH

    Dalam kaedah ini penemuan memberi peluang kepada penemuan kepada kaedah-

    k d h j di ilih N l b i i h l h ik t t kt

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    3/29

    R1

    R2

    R3

    RN(Bil yang tidak terhad)

    Petunjuk:

    S = Stimulus (Rangsangan)

    D = Cognitive dissonance (Pencanggahan Kognitif)

    M = Mediation (Pengantaraan )

    R = Responses ( Tindak balas)

    ii. Kognitif Dissonance ( Pencanggahan Kognitif )

    Dalam tingkahlaku yang melibatkan penemuan berfokus murid akan beralih ke dalam

    satu keadaan pencanggahan kognitif di mana murid perlu mengetahui apa yang mereka

    perlu buat seterusnya.

    Keperluan ini mengarahkan murid untuk mencari ( Fasa Meditasi ) untuk pelbagai

    penyelesaian masalah tersebut Hasil daripada pencarian ini lalu menghasilkan pelbagai

    S D M

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    4/29

    Guru hanya bertugas mengawasi dan menasihati murid agar tidak terkeluar

    daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru memerhati penglibatan setiap

    murid dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Guru memberi

    tindak balas dengan meminta murid mengemukakan alternatif-alternatif penyelesaian

    kepada masalah tersebut. Masa yang mencukupi juga harus diberikan kepada murid untuk

    mencari hasil yang dikehendaki.

    iv. Responses ( Tindakbalas )

    Ia bertujuan mencari keputusan dalam penemuan dan hasilan berganda serta stail

    bercapah. Idea-idea terhadap tindak balas ini mungkin dinyatakan dalam maksud yang

    berlainan di mana ia sangat unik kepada sesuatu perkara. Contoh dalam pelajaran fizikal,

    tindak balas disampaikan menerusi pergerakan manusia. Proses ini tetap sama walaupun

    di sampaikan melalui pelbagai tindak balas.

    3.1 PERLAKSANAAN STAIL PENEMUAN BERCAPAH

    Perlaksanaan Stail Penemuan Bercapah Dalam Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran Perkara yang paling penting dalam stail penemuan bercapah adalah:

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    5/29

    Seterusnya guru menerangkan pembelajaran yang telah difokuskan dan juga

    mengutarakan soalan yang boleh mencernakan pelbagai jawapan. Soalan yang telah

    dibuat mesti berfokus kepada tunjang pembelajaran. Soalan boleh diberikan secara lisan

    atau bertulis.

    Setelah pelbagai pergerakan yang logik telah diterokai. Pada masa ini pelajar akan

    melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik pembelajaran yang dihasilkan daripada

    mencerakin maklumat daripada stail penemuan bercapah. Masa mesti diperuntukkan

    kepada pelajar untuk pelajar membuat penyelidikan, menerokai, bergerak dan menilai

    pelbagai pergerakan yang boleh dilakukan dan guru perlu menunggu pelajar melakukan

    aktiviti itu. Setelah pelajar selesai memberi tindak balas, guru akan menilai dan memberi

    maklum balas. Penghargaan perlu diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan tindak

    balas mereka telah diterima, ini adalah untuk mengalakkan mereka mencerakin maklumat

    baru.

    Pada peringkat ini guru perlu menjaga persekitaran agar dapat lebih banyak tindak

    balas daripada pelajar ketika berkomunikasi dan proses penilaian dikalangan pelajar.

    Sesetengah pelajar akan memberi tindak balas yang baik ketika proses stail pembelajaran

    ini dan ada sesetengah pelajar yang pasif tidak memberi tindak balas yang baik. Guru

    akan teruskan aktiviti mencerakin maklumat tanpa membuat pembetulan atau memberi

    tindak balas kepada individu. Pembetulan hanya dilakukan apabila pelajar kurang pasti

    dengan soalan yang dibincangkan Pembetulan secara verbal behavior boleh

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    6/29

    Pada penghujung kelas, guru boleh mengumpul pelajar untuk membuat penutup.

    Penutup termasuk memberi maklum balas kepada pelajar mengenai penglibatan mereka

    dalam proses mencerakin maklumat.

    3.2 CARA MELAKSANAKANNYA

    Sebelum seseorang guru atau pendidik jasmani memulakan sesi pengajaran dan

    pembelajaran menggunakan stail ini, mereka seharusnya faham dan tahu apakah prosedur

    dan langkah-langkahperlaksanaannya.Ini kerana stail ini memerlukan ketelitian dan

    kepakaran sewaktu perlaksanaannya.

    Bagi melaksanakan stail ini, penerangan umum tentang gaya ini adalah perlu bagi

    membantu proses dan urutan yang akan berlaku dalam stail ini.pada peringkat permulaan,

    guru akan mengemukakan permasalahaan kepada pelajar untuk diselesaikan. Seterusnya

    Pelajar samada secara individu, berpasangan atau berkumpulan akan mencari alternatif

    bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

    Tugas guru hanya mengawasi dan menasihati pelajar agar tidak terkeluar

    daripada ruang atau rangka yang telah ditetapkan. Guru akan memantau dan memeerhati

    penglibatan setiap pelajar dalam proses mencari penyelesaian terhadap masalahyang

    diberikan Guru memberi tindak balas positi dengan meminta peljar mengemukakan

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    7/29

    Rajah: Struktur stail penemuan bercapah

    Sumber: Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) New

    York : Benjamin Cummings. M.s. 249

    Rajah diatas menunjukkan aktiviti pembelajaran yang berlaku di antara guru dan pelajar

    ketika menggunakan kaedah pembelajaran bercapah. Stail pembelajaran bercapah

    melibatkan stail dari stail A,B, C hingga H.

    Di dalam stail pembelajaran bercapah ini juga mementingkan cara memilih dan

    melakar idea dan juga perkataan yang sesuai di dalam soalan atau isu yang membolehkan

    penemuan bercapah dapat dilaksanakan. Perkara yang menjadi panduan untuk seseorang

    guru memilih perkataan yang sesuai dalam membuat persoalan atau sesuatu isu adalah

    berdasarkan tingkahlaku lisan verbal behavior

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    8/29

    penyelesaian masalah tentang pelbagai gabungan pergerakan, bentuk-bentuk pergerakan,

    latihan, tarian, dan strategi. Apabila penemuan bercapah digunakan dalam pendidikan

    fizikal, lebih banyak operasi penemuan kognitif yang dapat membantu dalam

    menyelesaikan masalah.

    Perkara utama dalam memilih dan melakarkan idea untuk penemuan bercapah

    ialah berdasarkan daripada persoalan atau permasalahan yang diutarakan oleh guru. Guru

    perlu menyatakan dengan jelas dan lebih fokus terhadap apa yang ingin ditanya. Semasa

    mengajukan soalan guru perlu menyatakan kuantiti atau bilangan pergerakan yang

    diingini. Contohnya; berikan 3 aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan

    kekuatan otot. Soalan ini jelas dinyatakan bilangan aktiviti yang diingini. Apabila

    persoalan begini diajukan, pelajar dapat menyatakan dengan jelas 3 aktiviti meningkatkan

    kekuatan otot yang mereka tahu.

    b. Perkataan Di Dalam Soalan Atau Isu

    Di dalam setiap stail penemuan, perkataan di dalam soalan adalah perkara utama

    yang perlu dititik beratkan. Ini kerana perkataan yang kurang jelas boleh menyebabkan

    jawapan yang diberikan tidak menjawab soalan sebenar yang ingin diajukan. Stail

    penemuan bercapah mempunyai contoh soalannya yang terdiri dari 1) Contoh 2) Bukan

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    9/29

    c. Tatacara Lisan Verbal Behavior

    Maklum balas dalam stail ini memerlukan verbal behavior yang boleh

    meningkatkan dan menyokong stail penemuan bercapah. Analisis yang mengunakan

    verbal behavior yang diaplikasikan dalam bilik darjah boleh menyelesaikan banyak

    masalah dalam pembelajaran berasaskan fizikal. Contoh ucapan lisan yang sering

    digunakan ialah:

    Bolehkah kamu....

    Berapa banyakkah cara yang boleh dilakukan.....

    Hasilkan pelbagai cara yang berbeza.......

    OK, tetapi apa lagi.....

    Saya suka idea ini, idea ini bagus.....

    Berikan perhatian! Lihat penyelesaian yang dilakukan oleh Ali....

    Setiap lisan yang digunakan dalam mengalakkan pelajar mencerakin maklumat perlu

    bersesuaian. Ini kerana ucapan lisan yang digunakan oleh guru memberi kesan kepada

    stail pembelajaran ini. Contohnya ialah:

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    10/29

    Hasilkan pelbagai cara yang berbeza.......

    Ia mengalakan pelajar menghasilkan idea yang boleh diguna pakai. Tetapi kepada

    sesetengah pelajar yang telah berusia ucapan lisan ini menyekat proses kognitif. Pelajar

    akan lebih memikirkan berapa banyak cara yang ada?. Oleh itu mereka buntu dan tidak

    boleh menghasilkan idea dan memberi kesan kepada proses kognitif. Akibatnya pelajar

    akan mula menyatakan saya tidak tahu dan hasilnya pelajar menamatkan proses

    mencerakin maklumat.

    OK, tetapi apa lagi.....dan Awak boleh lakukan lebih baik daripada itu.

    Ucapan lisan ini menolak tindak balas pelajar. Ucapan lisan ini menunjukkan bahawa

    penyelesaian yang diberikan oleh pelajar kurang bernilai di mata guru. Ini juga

    menyatakan bahawa guru mempunyai jawapan yang spesifik dan oleh kerana itu guru

    tidak dapat menerima jawapan pelajar. Dan ini berlawanan dengan konsep stail

    pembelajaran bercapah. Ia akan menghentikan proses mencerakin maklumat. Pelajar akan

    berhenti dari melibatkan diri dalam proses mencerakin maklumat.

    Saya suka idea ini, idea ini sunguh dasyat.....

    Oleh kerana sukar untuk menghasilkan idea yang dasyat, pelajar akan berhenti memberi

    tindak balas. Ini juga akan membatalkan tindak balas yang diberikan oleh pelajar sebelum

    ini

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    11/29

    menghasilkan pemikiran kognitif. Setelah pelajar berjaya menyatakan lebih daripada tiga

    penyelesaian, ia akan mengurangkan sikap teragak-agak pelajar dan memotivasikan

    pelajar untuk menghasilkan lebih banyak tindak balas.

    Penggunaan verbal behavior boleh mengalakkan proses mencerakin dan

    menghasilkan pelbagai penyelesaian, seperti: Betul, dan sekarang hasilkan lagi tindak

    balas yang mungkin. Awak bagus dalam menghasilkan tindak balas pemikiran yang

    bercapah. Berikan perhatian! Lihat penyelesaian yang dilakukan oleh Ali.... dan

    apabila demonstrasi telah tamat. Katakan, Cemerlang Ali! ia seolah-olah komen yang

    positif tetapi mengelirukan pelajar dalam menetapkan standard dalam aktiviti itu.

    Kebanyakkan guru percaya gambaran yang ditunjukkan ini adalah penyelesaian yang

    bagus dan memberi motivasi kepada pelajar lain, tetapi ia memberi kesan yang

    berlawanan. Ia mununjukkan satu penyelesaian yang diingini oleh guru. Dalam stail ini,

    kecenderungan guru tidak boleh terlalu ketara. Selalunya selepas ucapan lisan ini, pelajar

    akan sempitkan tindak balas dan cuba meniru tindak balas yang dilakukan oleh Ali tadi.

    Akhirnya pelajar akan menolak proses mencerakin maklumat.

    Tugas guru adalah untuk memerhati dan menerima penyelesaian yang telah

    dilakukan oleh pelajar. Apabila pelajar tidak berjaya menghasilkan penyelesaian yang

    diingini, guru memberitahu pelajar bahawa penyelesaian yang dilakukan oleh pelajar

    tidak memenuhi parameter yang diingini. Jelaskan kembali fokus kriteria aktiviti itu.

    Contohnya ialah tindak balas ini tidak sah kerana ia tidak menyelesaian masalah pada

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    12/29

    urutan, dan struktur aktiviti, dan mengenalpasti tugas yang membolehkan pencerakian

    maklumat boleh berlaku. Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan

    pembelajaran ialah:

    a. Menyatakan secara general mengenai topik pembelajaran yang akan diajar.

    (contoh Daya Tahan Otot)

    b. Menyatakan tunjang pembelajaran (contoh variasi aktiviti untuk meningkatkan

    daya tahan otot)

    c. Melakarkan satu atau turutan masalah/ situasi/ soalan yang membolehkan pelajar

    melakukan aktiviti mencerakin maklumat.

    ii. Set Impak

    Dalam bahagian ini guru perlu melaksanakan aktiviti yang telah dirancang

    sebelum ini. Guru perlu mencatatkan segala aktiviti yang dilakukan di dalam Rancangan

    Mengajar Harian. Oleh kerana kesan dan pemahaman murid terhadap isi kandungan mata

    pelajaran yang diajar bergantung kepada stail ini, terdapat beberapa pembolehubah yang

    boleh digunakan dalam menggunakan stail ini. Sesetengah tugas menggunakan stail ini

    sebagai satu episod, kerana ia memerlukan banyak masa sekiranya ingin mengunakan

    kaedah ini secara berjujukan Perkara yang paling penting ketika merancang

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    13/29

    iii. Pasca impak

    Dalam set pasca impak ini, pelajar membuat penilaian berkenaan cara

    penyelesaian masalah yang ditemuinya sama ada sesuai atau tidak. Jika maklum balas

    kendiri menyatakan tidak, pelajar akan mencuba alternatif-alternatif yang lain. Cara

    penilaian ini dilakukan dengan menggunakan dua teknik iaitu:

    i. Melakukan aktiviti itu dan menilai sendiri hasil yang diperolehi

    ii. Merakam kelakuan atau kesimpulan itu dengan mengggunakan rakaman video

    atau melalui pemerhatian guru

    Semakin banyak penglibatan para pelajar dalam fasa pasca impak ini semakin

    banyak pula objektif-objektif stail ini akan diperolehi.

    3.4 PERANAN GURU DAN PELAJAR

    Peranan guru termasuk:

    1. Sebagai pengurus dan penilai

    2. Untuk membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak disoal oleh

    pelajar

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    14/29

    c.5 PENEMUAN KOGNITIF DAN KEUPAYAAN FIZIKAL

    Proses yang diterangkan melibatkan perhubungan antara teori dan amali iaitu

    hasilan kognitif dan keupayaan fizikal . Kadang-kadang realiti semasa melakukan

    aktiviti mempunyai halangan-halangan tertentu ke atas proses ini. Contohnya dalam

    permainan gimnastik dan permainan padang.

    i. Halangan fizikal

    Murid boleh mereka bentuk satu penyelesaian masalah sebagai alternatif kepada

    sesuatu masalah yang diberi tetapi tidak dapat melakukan. Dalam situasi demikian proses

    kognitif berfungsi secara produktif tetapi perlaksanaannya dihadkan oleh kapasiti fizikal.

    Ini merupakan satu realiti yang mana mesti diterima oleh kedua-dua pihak guru dan

    murid.

    Sebagai contohnya, apabila seseorang murid berjaya melakukan jaringan bola

    baling dengan gaya sisi, maka gaya itu merupakan satu cara penyelesaian masalah iaitu

    menjaring. Namun begitu ada di kalangan murid tidak mampu menyelesaikan masalah itu

    dengan gaya tersebut.

    Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan mengenal pasti dua set

    penyelesaian masalah Set pertama adalah penyelesaian masalah hasil daripada

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    15/29

    ii. Halangan Budaya

    Halangan budaya adalah merupakan peraturan yang telah dipersetujui di kalangan

    orang ramai. Peraturan inilah yang menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang

    tidak boleh. Peraturan ini merupakan proses urutan daripada penyelesaian masalah

    kognitif kepada penyelesaian masalah perlakuan. Dalam Pendidikan Jasmani, kita perlu

    mengenal dalam dua keadaan.:-

    a. Keadaan di mana struktur aktiviti berlaku dalam undang-undang yang

    dipersetujui. Mana-mana sahaja permainan berdasarkan undang-undang

    kebangsaan atau undang-undang antarabangsa, mana-mana acara padang dan

    balapan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antara bangsa, atau pun

    mana persembahan tarian yang memberi kesan terhadap sesebuah wakil sekolah.

    Masalah yang timbul dalam set aktiviti mesti bersesuaian dengan undang-undang

    yang dibuat oleh aktiviti itu. Ini membawa maksud walaupun banyak alternatif

    yang mungkin, hanya sebahagian sahaja yang diterima. Ia mewakili proses

    penurunan dari cara penyelesaian kognitif untuk menerima perlaksanaan cara

    penyelesaian.

    b Keadaan di mana tujuan aktiviti tidak digunakan untuk bersaing dengan orang

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    16/29

    c.6 IMPLIKASI STAIL PENEMUAN BERCAPAH

    Kajian dibuat oleh Goldberger (1995) mendapati bahawa langkah satu dalam

    proses itu tiada berkaitan langsung dengan penyelesaian masalah. Ia hanya berkaitan

    dengan isu-isu yang melibatkan kepimpinan dan kuasa. Ia adalah berkaitan murid yang

    mana dapat air time dan idea yang mana patut dikuti. Dalam proses fasa ini ia tidak

    sedikit pun berkaitan dengan strategi sosial. Kajian ini membuktikan bahawa murid

    lelaki dan perempuan yang berada di dalam satu kumpulan yang sama, murid lelaki tidak

    selalunya mendengar kepada tindak balas perempuan.

    Walaubagaimanapun, selepas mencuba penyelesaian yang dibuat oleh murid

    perempuan, barulah murid lelaki memikirkan tindak balas tindakan yang dibuat oleh

    murid perempuan. Dari pengamatan kajian ini ia mempengaruhi permulaan kelas dan

    keputusan guru tentang apa yang perlu ditekankan bila menyampaikan jangkaan tingkah

    laku. Menurut Goldberger (1995) mencadangkan agar guru-guru peka dengan isu sosial.

    Meluangkan masa untuk berbincang akan kepentingan mendengar kepada semua orang

    dan memilih strategi berdasarkan kepada kebaikan. Rangka teoritikal bagi setiap stail

    membenarkan dimensi manusia itu lebih bersedia untuk dikaji. Guru mungkin akan

    dapati perlu adanya isu-isu tertentu dalam parameter dan membincangkan tingkah laku

    tertentu sebelum murid itu dapat mengalami objektif-objektif bagi memilih stail

    pengajaran

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    17/29

    4 Guru perlu menghargai proses mencari alternatif dan bersedia menerima

    perbezaan-perbezaan yang dikemukakan oleh murid.

    5.Guru juga mestilah bersedia menerima kesimpulan yang lain daripada

    apa yang ia ketahui.

    6. Guru perlu menerima hakikat bahawa proses kognitif yang melahirkan

    alternatif merupakan satu matlamat dalam Pendidikan Jasmani.

    3.6.2 Murid

    1. Murid mampu melahirkan alternatif-alternatif yang lain bila

    diberi satu bentuk masalah atau beberapa bentuk masalah.

    2. Murid belajar mengenai hubungkait antara penghasilan

    pemikiran kognitif dan perlakuan fizikal.

    3 Murid mampu melahirkan idea yang akan mengembangkan sesuatu

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    18/29

    4.0 CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Sila rujuk lampiran disebelah

    5.0 PERKEMBANGAN SALURAN FIZIKAL, MENTAL, EMOSI DAN

    SOSIAL

    a. Saluran Fizikal

    Proses pengajaran dan pembelajaran bagi stail penemuan bercapah memberi

    perkembangan saluran fizikal pelajar pada tahap yang tinggi. Ini kerana setiap pelajar

    akan mengaplikasikan jawapan atau idea-idea mereka di dalam aktiviti fizikal.

    b. Saluran Mental

    Perkembangan pelajar dalam saluran mental pula adalah pada tahap yang

    maksimum Ini kerana bagi pelajar yang aktif mereka akan sentiasa menggunakan daya

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    19/29

    yang maksimum. Ini disebabkan pelajar akan berasa gembira dan seronok apabila dapat

    melahirkan pendapat dan idea-idea yang bernas. Ganjaran pujian guru kepada pelajar

    yang berani melontarkan idea menyebabkan pelajar akan berasa dihargai. Ini akan

    menyebabkan pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri. Pendekatan guru dalam

    pengajaran penemuan bercapah ini yang menggunakan kata-kata positif menjadikan

    pelajar tidak takut melontarkan idea walaupun idea tersebut kurang menepati kehendak

    soalan.

    Sedikit rasa tertekan mungkin berlaku kepada pelajar yang pasif dalam

    pembelajaran. Tekanan ini berlaku apabila pelajar berhadapan dengan permintaan untuk

    menghasilakan idea-idea yang banyak dalam menyelesaikan suatu masalah tertentu.

    Pelajar seperti ini biasanya tidak suka melontarkan pendapat mereka dan berasa malu

    untuk bertanya apabila menghadapi sesuatu masalah.

    Namun pendekatan guru dalam stail penemuan bercapah ini yang memberi

    peluang untuk pelajar berfikir sejenak sebelum memberikan idea dan tidak akan

    meletakkan kesalahan terhadap setiap jawapan atau idea yang diberikan oleh pelajar akan

    membantu pelajar membina keyakinan diri.

    d. Saluran Sosial

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    20/29

    6.0 KEKUATAN

    Antara kekuatan stail ini adalah seperti berikut:

    1. Pelajar lebih kreatif dan kritis

    2. menggalakkan perkembangan kognitif pelajar

    3. pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru

    4. aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar

    5. Pelajar dapat melakukan aktiviti secara bebas dengan mengikut kebolehan

    masing-masing

    6. Dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu ke arah

    pemantapan kemahiran

    7. Pelajar dapat membuat penilaian diri.

    7.0 KELEMAHAN

    Antara kelemahan adalah seperti berikut:

    1 Penglibatan pelajar tidak menyeluruh

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    21/29

    8.0 PENUTUP

    Stail Penemuan Bercapah atau dikenali juga sebagai pemikiran divergen

    memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Stail

    penemuan bercapah ini merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari

    pelbagai sudut. Dalam proses penemuan bercapah seseorang itu dapat mencipta satu

    tahap daya motivasi kendiri. Oleh itu, proses kognitif juga dapat dilaksanakan dalam stail

    penemuan bercapah.

    Penemuan bercapah adalah proses open-ended yang terdiri daripada dua

    perkara. Dalam Stail Penemuan Bercapah, perkara pertama yang penting adalah pendapat

    atau buah fikiran yang diutarakan. Dalam sukan, aplikasi penemuan bercapah dengan

    mengutarakan pendapat atau buah fikiran mempunyai pelbagai kemungkinan untuk

    menyelesaikan masalah, pelbagai gerakan, cara untuk membaling bola, atau cara untuk

    mematikan pertahanan pihak lawan. Oleh itu, pendapat atau buah fikiran menjadi

    dinamik. Perkara kedua dalam proses penemuan bercapah ini adalah kekal kendiri.

    Keseronokan untuk mencari penemuan baru atau mencari jawapan dalam menyelesaikan

    sesuatu permasalahan dapat menjadikan seseorang itu lebih bersemangat dan dapat

    meningkatkan motivasi diri yang mendorong pelajar untuk mencari pelbagai lagi jalan

    penyelesaian, alternatif, dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau soalan.

    Setiap stail dalam pengajaran mempunyai dimensinya sendiri di mana pendapat

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    22/29

    9.0 RUJUKAN

    Julismah Jani., (2007). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi Dalam Pendidikan Jasmani

    Dan Sains Sukan.. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Maling.

    Perak.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum.

    Mosston, M, & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.): Benjamin

    Cummings

    Convergen versus Divergent Thinking. Diperolehi 30 Januari 2007 daripada

    http://liad.gbrownc.on.ca/studentsuccess/ssthkg3.html

    Strategies of Divergent Thinking. Diperolehi 30 Januari 2007 daripada

    http://faculty.washington.edu/ezent/imdt.htm

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    23/29

    RANCANGAN PENGAJARAN

    TARIKH: 6 Mac 2006 BIL PELAJARAN: TINGKATAN: 4HARI : Selasa MINGGU : BIL MURID :

    MASA : JANTINA :

    TUNJANG PEMBELAJARAN : Kecergasan

    BIDANG PEMBELAJARAN : Daya Tahan Otot

    FOKUS PEMBELAJARAN : Variasi aktiviti latihan meningkatkan daya tahan otot

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

    a) PSIKOMOTOR :

    b) KOGNITIF :

    c) AFEKTIF :

    STRATEGI MENGAJAR :

    KBKK/NILAI/KEMAHIRAN PROSES SAINS:

    PERSEDIAAN MURID :

    PERSEDIAAN GURU :

    23

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    24/29

    FASA/MASA AKTIVITI MAKLUMAT PENGAJARAN

    &PEMBELAJARAN

    ORGANISASI CATATAN

    PERMULAANPengenalan

    (5 minit)

    1) Mengulas Definisi

    2)Menamakan Otot

    Pelajar dimintamemberikan ulasan definisi

    daya tahan otot yang telah

    mereka pelajari pada

    pelajaran lepas.

    Ulasan:

    Kemampuan otot

    melakukan kerja; berulang

    kali dalam tempoh masa

    yang lama.

    a) Pelajar diminta

    menamakan otot-otot

    utama yang terlibat

    semasa melakukan

    aktiviti-aktiviti berikut:

    Tekan Tubi, Bangkit

    Tubi (Lutut bengkok)

    dan Squat Thrust

    Aktivitimengingat

    kembali

    pelajaran

    lepas.

    Aktiviti

    men genal

    pasti tahap

    pengetahuan

    pelajar

    tentang otot

    rangka

    manUSla.

    Guru

    pamerkan

    carta otot

    rangka

    manUSla.

    24

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    25/29

    Mcmanaskan

    Badan

    (3 minit)

    1) Skipping

    2) Regang

    Otot

    Kaki

    b) Guru atau pelajar

    lakukan demonstrasi

    aktiviti Tekan Tubi,Bangkit Tubi (Lutut

    bengkok) dan Squat

    Thrust.

    Jawapan:

    a. bisep dan trisep (otot

    tang an)

    b. abdomen (otot badan)

    c. quadrisep dan hamstring

    . (otot kaki)

    Lakukan skipping dengan

    tali sebanyak 20 kali pada

    3 ulangan.

    a) Berdiri, buka kaki luas.

    b) Turunkan badan ke kaki

    kanan, kaki kiri lurus

    (regang otot kaki kiri -

    Aktiviti

    untuk

    meningkatkan

    suhu badan

    dan

    meregangkan

    otot-otot

    yang terlibat

    25

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    26/29

    3) Regang

    Otot

    Abdomen

    4) Regang

    Otot

    Tangan

    kiraan 8).

    c) Ulang pergerakan a)

    dan b) pada kaki kanand) Lakukan 2 ulangan.

    a) Berdiri, buka kaki seluas

    bahu.

    b) Tegakkan badan, tangan

    sokong belakang

    pinggang dan perlahan-

    lahan kcpala dongak ke

    kiraan 8).

    c) Lakukan 2 ulangan.

    a) Berdiri, buka kaki

    seluas bahu.

    b) Kedua tangan depa dan

    lurus ke sisi.

    c) Perlahan-Iahan tolak

    dalam

    aktiviti

    Tekan Tubi,Bangkit Tubi

    (Lutut

    bengkok)

    dan Squat

    Thrust.

    Pelajar

    melakukan

    aktiviti

    mengikut

    cara

    26

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    27/29

    tangan ke belakang

    (regang otot tangan -

    kiraan 8).d) Lakukan 2 ulangan.

    tersendiri.

    PERKEMBANG

    AN

    (20 minit)

    Langkah 1

    Melakukan Aktiviti

    Penilaian

    Merekod skor pencapaian

    a) Pelajar melakukan

    aktiviti penilaian dalam

    rekabentuk stesen

    seperti berikut:

    Stesen 1: Tekan TubiStesen 2: Bangkit

    Tubi (Lutut bengkok)

    Stesen 3: Squat

    Thrust

    b) Pelajar diminta

    menyemak perlakuan

    aktiviti berdasarkan

    Kad Senarai Semak

    Kendiri.

    Pelajar merekod skor

    bilangan dan ulangan

    Pelajar boleh

    memilih

    mana-mana

    stesen untuk

    memulakanaktiviti

    penilaian.

    Pelajar perlu

    menghabiskan

    27

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    28/29

    Langkah 2 pencapaian pada Kad

    Skor Daya Tahan Otot

    selepas sahaja melakukanaktiviti di setiap stesen.

    kesemua

    aktiviti

    penilaianpada setiap

    stesen.

    PENUTUP

    Menyejukkan

    badan

    (3 minit)

    1) Berlari anak

    2) Rotasi Sendi

    Berlari perlahan-lahan ulang

    alik dalam jarak 5 meter sambil

    mengoyangkan-goyangkan

    tangan

    Pusingkan sendi bahagian

    pergelangan kaki, lutut,peha,

    bahu dan pergelangan tangan

    Aktiviti untuk

    relakssasi otot-otot

    yang regang semasa

    aktiviti tadi.

    28

  • 8/3/2019 Stail Penemuan Bercapah Divergen

    29/29

    perlahan-lahan kiraan 8 kali

    29