esei edu 3109 stres guru

7
Cheok Soh Tin Page 8 CHEOK SOH TIN 660109-05-5114 Tugasan: Sejauh manakah fenomena stres yang dialami oleh guru membawa kesan kepada sesebuah sekolah dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk menangani stres dalam kalangan guru. 1. Pendahuluan Salah satu matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara di masa hadapan. Maka, bagi merealisasikan hasrat KPM, sebahagian besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan. Pembangunan pesat yang dialami oleh negara kita telah menjadikan peranan guru lebih mencabar pada masa kini. Guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakan pelbagai tanggungjawab selain daripada mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid- murid yang bakal pemimpin negara kita. Guru masa kini telah diasak dengan pelbagai cabaran yang memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan negara. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikosomatik dan fizikal guru . Lemaire (2009) mendapati guru-guru terlalu dibebani dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan kekeranian. 2. Konsep Tekanan Stres Stres merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, kurangnya ganjaran , gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Menurut Hatta Sidi dan Mohd Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa, stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Smith (1993), Girdano et al.(1993) mengatakan individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada

Upload: cheok-soh-tin

Post on 13-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 1/7

Cheok Soh Tin Page 8

CHEOK SOH TIN

660109-05-5114

Tugasan:

Sejauh manakah fenomena stres yang dialami oleh guru membawa kesan kepada

sesebuah sekolah dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk menangani stres dalam

kalangan guru.

1. Pendahuluan

Salah satu matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah menyediakan sumber

tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara di masa hadapan. Maka, bagi

merealisasikan hasrat KPM, sebahagian besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru

perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan kesungguhan

dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar

yang bakal dihasilkan.

Pembangunan pesat yang dialami oleh negara kita telah menjadikan peranan guru lebih

mencabar pada masa kini. Guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakan pelbagai

tanggungjawab selain daripada mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-

murid yang bakal pemimpin negara kita. Guru masa kini telah diasak dengan pelbagai cabaran yang

memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi dalam

dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai

reformasi dalam sistem pendidikan negara. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi

kesan kepada emosi, psikosomatik dan fizikal guru . Lemaire (2009) mendapati guru-guru terlalu

dibebani dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti

ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus karenah

dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan kekeranian.

2. Konsep Tekanan Stres

Stres merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana

pekerjaan, kurangnya ganjaran , gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Menurut Hatta

Sidi dan Mohd Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia

sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa, stres biasanya dialami

oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Smith (1993),

Girdano et al.(1993) mengatakan individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada

Page 2: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 2/7

Cheok Soh Tin Page 9

dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang,

tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati

terhadap kerja yang dilakukan

Menurut kajian yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada

tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9328 orang kaki tangan perguruan di seluruh negara, dapatan

kajian ialah sebanyak 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres

(Utusan Malaysia, 29 Mac 2006). Payne dan Firth (1987) menyatakan stres di kalangan guru

merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan memberi kesan kepada fizikal dan

psikologikal guru.

3. Kesan stres guru terhadap sekolah

3.1 Kesan positif

Manusia tidak mungkin dapat terlepas dari masalah stres, tanpa stres kita tidak akan mencapai

kemajuan. Ini adalah disebabkan perkembangan manusia pada dasarnya berlaku dengan

cara individu mencari jalan tertentu dalam mengatasi masalah-masalah yang menjadi sumber

penyebab stres tersebut. Begitu juga dengan guru, stres akan memberi kesan yang positif jika

seseorang guru merasakan dirinya penting dan dihargai oleh pihak sekolah. Segala tanggungjawab

yang dibebankan akan menjadi daya penggerak. Mereka sanggup berubah dan bersedia menerima

perubahan. Secara tidak langsung daya penggerak ini akan melahirkan guru yang memiliki sifat-sifat

amanah, dedikasi dan komited pada tugas mereka.

Stres atau tekanan positif yang dialami secara sederhana mampu memotivasikan individu untuk

mencapai matlamat dan berjaya dalam usaha yang dilaksanakan. Banyak kesan boleh diperolehi

daripada stres positif, antaranya ialah meningkatkan motivasi dan daya usaha seseorang guru dalam

kerjaya, merangsangkan individu mempertahankan dan melindungi diri serta meningkatkan potensi diri.

Seseorang guru akan beranggapan stres sebagai perangsang kerjaya mereka dalam sekolah,

contohnya guru mata pelajaran tahun 6 akan mencari jalan untuk mempertingkatkan prestasi murid

dalam UPSR setelah menerima tekanan daripada guru besar dan ibu bapa. Murid-murid yang

menyertai pertandingan akan mengejar kemenangan dan kecemerlangan untuk sekolah kerana

mereka sanggup berhadapan dengan stres sebagai motivasi kejayaan.

Page 3: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 3/7

Cheok Soh Tin Page 10

3.2 Kesan negatif

3.2.1 Guru

Menurut Sapora Sipon (2007) guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan

negatif terhadap interaksi antara guru dengan pelajar serta mutu pengajaran dan pembelajaran.

Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan

murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri

akibat tekanan akan mengganggu prestasi murid, menjejaskan kualiti pendidikan dan kepuasan kerja

seseorang guru.

Van Dick dan Wagner (2001) dalam kajian mendapati faktor bebanan kerja merupakan

penyumbang utama terhadap stres guru. Kajian mereka juga menunjukkan bahawa stres yang dialami

oleh guru akan memberi kesan negatif bukan sahaja dari segi fisiologi seperti tekanan darah tinggi,

malahan turut memberi kesan kepada tingkah laku guru sehingga boleh mengundang burnout .

Tekanan dan stres guru akan menyebabkan berlakunya perselisihan fahaman antara rakan sejawat,

stres menyebabkan guru selalu merasakan dirinya tersingkir dan tidak dapat bergaul dengan guru-guru

lain, stres yang tidak terkawal akan menyebabkan guru cemas, sensitif dan berkemungkinan beliau

akan membunuh diri demi melepaskan diri dari tekanan kerja.

3.2.2 Pentadbir sekolah

Guru besar sebagai pemimpin sekolah berperanan menaikkan taraf sekolah samada dari

akademik atau pun sahsiah pelajar. Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) untuk melihat sejauh mana guru telah mencapai kompetensi profesional guru

dalam tiga aspek, iaitu nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain guru bertambah stres kerana tugas dan

tanggungjawab mereka telah bertambah, diperluaskan dan diinsentifkan demi mencapai obektif SGM.

 Apabila guru tertekan dengan stres, maka pelbagai masalah akan didatangi oleh mereka

kepada pihak sekolah , contohnya ketidakhadiran guru yang sakit kerana stres, P&P dalam kelas

tertinggal, tanggungjawab guru tidak diselesaikan dan ketidakselesaan rakan sejawat bersama dengan

mereka. Kelancaran dan kesempurnaan program dalam sekolah akan dipengaruhi oleh stres guru.

mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja yang diarahkan, ketidakupayaan mereka akan menggangu

dan merosakkan apa yang telah dirancangkan sebelum itu. Pihak pentadbir terpaksa mencari jalan

atau meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dibawa oleh guru tersebut.

Banyak masa dan tenaga dibuang begitu sahaja kerana ketidaksanggupan guru melakukannya.

Page 4: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 4/7

Cheok Soh Tin Page 11

Selain itu pihak pentadbir akan menghadapi tekanan dan aduan daripada ibu bapa yang tidak

puas hati dengan kelakuan guru bermasalah ini. Ibu bapa akan menggunakan pengaruh media massa

untuk memaksa guru besar menukarkan guru tersebut kerana mereka beranggapan adalah satu

kesalahan dan kerugikan kepada murid jika guru besar membenarkan guru yang mempunyai masalah

stres terus berada di sekolah anak mereka.

3.2.3 Murid dan ibu bapa

Stres juga memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid, stres akan menjadikan

hubungan antara guru dan murid tegang dan tidak selesa. Pelbagai karenah murid di sekolah dapat

menambahkan stres guru selain daripada bebanan kerja, tingkah laku murid yang kurang sopan, suka

membuat bising, tidak bermotivasi dan bersikap negatif terhadap pelajaran penyebab kemarahan guru.

Hubungan antara guru dan murid akan menjadi kurang mesra apabila guru tersebut melepaskan

tekanan dengan menengking, mengherdik, menyindir, memarahi, mencaci dan memukul murid.

Murid-murid akan merasakan guru mereka garang dan rasa ketakutan sering menghantui

mereka. Kesannya ialah murid-murid mulai ponteng sekolah kerana takut dirotan dan minat mereka

untuk belajar hilang begitu sahaja. Jika sesebuah sekolah mempunyai guru yang stres dan

bermasalah, sudah pasti sekolah tersebut akan berhadapan dengan pelbagai kritikan ibu bapa kerana

rasa ketidakpuasan mereka terhadap tindak-tanduk guru tersebut.

3.3.3 Masyarakat dan negara

Seseorang yang dilanda stres akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran

menjadi kusut dan emosinya akan terganggu. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi

seseorang guru menghadapi pelbagai masalah emosi dan masalah ini telah menjadi penyebab kepada

ketenteraman masyarakat. Stres menjadikan guru hilang kesabaran, pemarah dan berkelakuan

melampau, masalah ini secara tidak langsung membawa keruntuhan keluarga mereka, kacau-bilau dan

ketidaktenteraman keluarga akan membawa kes penceraian suami isteri bertambah dan ahli-ahli dalam

keluarga dan sanak saudara mereka turuk menjadi mangsa stres.

Masalah guru stres telah mendatangkan kerugian yang banyak kepada masyarakat dan negara.

Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih peruntukan dalam latihan perguruan bagi mengisi tempat

kekosongan disebabkan ketidakupaya mereka mengajar di sekolah. Kerajaan juga dibebani dengan

kes bunuh diri di kalangan guru yang tidak dapat menangani masalah stres, pusat-pusat rawatan jiwa

diperlukan untuk mengubati mereka yang stres dan ini semuanya memerlukan wang yang banyak dari

kerajaan.

Page 5: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 5/7

Cheok Soh Tin Page 12

4. Cadangan untuk menangani stres guru

4.1 Sumber pendidikan dan persekitaran pekerjaan

Kepimpinan merupakan aspek yang penting dalam membentuk sesuatu organisasi bagi

mencapai matlamat, visi, misi dan objektif yang diharapkan oleh sesebuah organisasi. Sebagai

seorang pemimpin yang berkesan, guru besar harus memastikan kelengkapan, kesempurnaan dan

bilangan sumber pendidikan seperti makmal komputer, bahan bantu mengajar, alat pandang dengar,

perkakas komputer, peralatan sukan dan lain-lain dari segi penggunaannya. Sumber pendidikan yang

lengkap, penggunaan yang tidak terhad dan mencukupi akan memberi jalan yang mudah bagi guru

merujuk, meminjam atau menggunapakaikan ketika mereka perlu dalam P&P di sekolah. Dengan

kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah, konflik antara guru dengan rakan sejawat dan

pihak pentadbir akan lenyap kerana masing-masing mendapat kepuasan dalam penggunaan

kemudahan sekolah, ini akan membawa kesenangan dan keriangan guru apabila menjalankan tugas

mereka tanpa tekanan.

Persekitaran yang selesa, ceria dan kondusif merupakan ubat yang mujarat bagi menangani

masalah stres guru. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok

bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah, lantarannya persekitaran sekolah

lebih nyaman dan berudara segar. Persekitaran yang cantik dan kondusif dapat menenangkan fikiran

dan perasaan guru, apabila guru berasa murung kerana dikecewakan oleh murid, taman yang dipenuhi

dengan pepohon dan bunga-bungaan merupakan tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan

stres mereka.

4.2 Pengurangan bebanan kerja

Sistem pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan, sebahagian guru sukar

menyesuaikan diri dengan perubahan sehingga mereka berasa tertekan apabila menjalankan tugas.

Oleh itu dicadangkan KPM dapat mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi

mengambil alih tugas kekeranian seperti pengisian boring, kemasukan pelbagai data seperti SMM,

SAPS, e-hadir Emis Sekolah serta surat-menyurat yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-

guru sendiri (Utusan Malaysia, 22 Jun 2009). Dengan demikian, guru pasti dapat menumpukan tenaga

dan lebih komitmen dalam tugasan mereka dan sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran

mereka.

Pengurangan bebanan guru juga membolehkan guru memperolehi masa yang lebih untuk

beristirehat dengan keluarga, dengan itu mereka dapat berehat dan memulihkan semula tenaga dan

kekuatan mereka setelah penat bekerja. Selain itu PIBG sekolah boleh juga merancang dan

mengaturkan rombongan untuk membawa guru-guru bercuti di tempat-tempat menarik. Mereka

Page 6: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 6/7

Cheok Soh Tin Page 13

bersantai sambil menikmati makanan yang enak di tempat kunjungan mereka, secara tidak langsung

tekanan dan ketidakpuasan guru-guru dapat dihapuskan.

4.3 Sikap keterbukaan pentadbir

Guru besar yang bersikap terbuka dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan

pihak pentadbir. Kesanggupan guru besar untuk menerima teguran yang membina, bersedia

mendengar dan menerima pendapat serta mudah diajak berbincang, ini semuanya dapat menyukakan

hati para guru. Weidner (2002) dalam kajian terhadap guru-guru di sekolah rendah swasta

menunjukkan guru-guru yang mendapat sokongan daripada pihak pentadbir didapati kurang berasa

stres dalam pelaksanaan tugas mereka. Guru besar berperanan mewujudkan iklim kerja yang kondusif

dan selamat untuk guru-guru, dengan itu guru akan merasai mereka dihormati, dihargai dan diperlukan

dalam sekolah. Sikap keterbukaan pihak pentadbir akan mendorong guru sanggup bekerja kuat, stres

negatif tidak wujud di kalangan guru bahkan mereka akan menganggap tres sebagai tenaga dan

kekuatan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

4.4 Program pengurusan stres

Kesibukan guru pada penghujung semester dengan pelbagai tugasan seperti mengendalikan

peperiksaan, pengumpulan data, megemaskini fail-fail, ditambah pula dengan persediaan untuk

persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan, masa inilah ramai guru akan berasa stres. Oleh itu

 jika pihak pentadbir sekolah dapat merancang dan mengaturkan program pengurusan stres untuk para

guru, kemungkinan besarnya banyak manfaat akan mereka perolehi.

Program pengurusan stres dapat memberi kursus bagi mempersiapkan semua staf sekolah

cara mengelakkan atau mengurangkan gejala-gejala kesihatan yang diakibatkan oleh stres, contohnya

asthma, ulcers, sakit kepala dan sembelit. Guru besar boleh mengundang pakar-pakar dalam bidang

stres untuk mengendalikan kursus atau bengkel pengurusan stres kepada guru-guru agar mereka

dapat mengamalkan cara hidup yang sihat, belajar untuk berkata tidak dengan bijak dalam kehidupan,

mengamalkan pemakanan yang sihat serta cara-cara menangani stres. Guru-guru yang menyertai

program tersebut akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stres mempengaruhi kerjaya

mereka.

Murphy (1988) dalam kajiannya telah menjelaskan program pengurusan stres mendapatkan

hasil yang berkesan iaitu memberi potensi kerjaya yang tinggi jika dikendalikan dengan cara yang betul.

Salah satu cara yang berkesan untuk menangani stres guru ialah guru besar boleh memperkenalkan

program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru yang stres. Fisioterapi adalah salah satu rawatan

atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja. Secara

Page 7: Esei Edu 3109 Stres Guru

7/27/2019 Esei Edu 3109 Stres Guru

http://slidepdf.com/reader/full/esei-edu-3109-stres-guru 7/7

Cheok Soh Tin Page 14

umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan

semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses

pemulihan dan pencegahan. Dalam program tersebut pakar-pakar fisioterapi akan disediakan untuk

para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan

semasa bertugas.

4.5 Sikap prihatin rakan sejawat

Penghargaan dan penghormatan antara guru dengan rakan sejawat amat penting, sikap

keprihatinan guru-guru terhadap rakan sejawat yang bermasalah dapat membantu pihak pentadbir

dalam masalah stres guru. Guru besar harus mewujudkan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

(AKRAB) dengan melantik seorang guru sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang

dikehendaki dalam PP18/2005. AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak,

Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang ada pada seorang rakan pembimbing.

Dengan keistimewaan yang ada pada rakan pembimbing, beliau dapat mewujudkan

kesepakatan di kalangan guru dan membentukkan kelompok sokongan kepada guru yang memerlukan

bantuan terutama guru-guru yang stres. Mereka juga boleh mengaturkan pelbagai aktiviti seperti

melancong, kursus masak-memasak, menghadiri kelas seni dan lain-lain untuk membatu guru yang

stres bagi menghilangkan tekanan dan desakan emosi apabila mereka berasa tertekan. Di samping itu

segala perasaan marah, kecewa, sedih dan emosi yang negatif yang disebabkan oleh pelbagai

karenah pelajar dapat dicurahkan kepada rakan sejawat yang prihatin, secara tidak disedari stres yang

ada pada guru tersebut akan berkurangan.

5. Kesimpulan

Stres memberi banyak kesan negatif kepada guru-guru di sekolah, antaranya ialah kepuasan

kerja, keberkesanan ke atas produktiviri guru, peningkatan ketidakhadiran guru dan pusingganti yang

tinggi serta persaraan awal guru. Stres juga memberi kesan kepada masalah kesihatan dan mental

seseorang guru. Oleh itu isu stres guru harus dipandang berat dan dikurangkan dengan mengambil

tindakan kawalan bagi mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di sekolah.

Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras, maka gejala yang tidak sihat

akan menyerang diri dan mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga bahkan masyarakat kita.

Maka isu stres guru perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak seperti pihak sekolah, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Langkah awal perlu diambil bagi menangani

isu stres sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan profesion keguruan.