esaimen pendidikan kesihatan

Upload: ilya-ismail

Post on 12-Jul-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1) PENYAKIT GOUT Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Purin kebiasaannya terdapat dalam makanan seperti daging cincang, ketam, udang, kerang dan ikan bilis. Pengambilan makanan tersebut yang berlebihan akan menyebabkan pertambahan asid urik dalam badan seseorang. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak 2) DIABETIS Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah kita adalah tinggi dari normal. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Insulin ini membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel in kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu, diabetes dikenali sebagai kencing manis. Pengambilan gula yang berlebihan, pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat merupakan adalah penyebab seseorang mendapat diabetis. 3) PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI/ HIPERTENSI Jantung seseorang bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Adalah mustahak untuk seseorang mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darahnya tinggi atau tidak. Ini kerana 90% pengidap hypertensi/tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. FaktorDisediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 1

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan garam yang tinggi, paras kolesterol yang tinggi dan kegemukan menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi ini.

4) OBESITI / KEGEMUKAN Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organorgan badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Pesakit obesiti mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi 5) KANSER MULUT Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut : Lidah, lantai mulut, lapisan dalam pipi, gusi, lelangit, dan bibir bawah. Antara faktor makanan yang tidak seimbang yang diamalkan oleh pesakit kanser mulut adalah seperti selalu mengunyah tembakau, mengunyah pinang dengan atau tanpa tembakau serta pengambilan minuman alkohol yang berlebihan.

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 2

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1) PENYAKIT GOUT Gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil tophi. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk batu karang. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti: kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. Berikut adalah rawatan untuk pesakit gout: Menjaga berat badan kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan Mengelakkan minuman keras Pemakanan elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout Minum banyak air

Dibawah adalah jadual pemakanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout. KURANGKAN MAKAN

ELAKKAN MAKAN

Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak Ikan bilis, kembung, sardin Daging cincang

Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam Kekacang Roti jagung dan bijirin

Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 3

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2) DIABETIS Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

Mengawal pengambilan makanan o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah Melakukan senaman fizikal o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Ubatan o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.

Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 4

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

3) PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI / HIPERTENSI Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah cara hidup tidak aktif, umur melebihi 35 tahun, merokok, kegemukan, paras kolesterol tinggi, sejarah keluarga, pengambilan alkohol yang berlebihan dan pengambilan garam yang tinggi. Berikut adalahg jadual kategori tekanan darah tinggi.

Kategori Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg < 120 120- 139

Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg And < 80 or 80 - 89 or 90 - 99

Normal Pra Hypertensi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 140 - 159 1 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat > 160 2

or > 100

Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi boleh dirawato o o o o o o

Perlu mengubah amalan cara hidup anda Amalkan permakanan sihat dan seimbang (rujuk pemakanan untuk obesiti) Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol Melakukan senaman berkala Kurangkan berat badan jika berlebihan Atasi tekanan secara berkesan Berhenti merokok

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 5

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

4) OBESITI ATAU KEGEMUKAN Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Faktor risiko termasuk :

Sejarah keluarga anda. Masalah perubatan. Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan. Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda). Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut: Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):berat(kg) BMI = -----------------------------tinggi(m) x tinggi(m) Status Kurus Normal Gemuk Obesiti Bahaya

Indeks Jisim Badan BMI Kurang 20.6 20.7 - 26.4 26.5 - 30.9 31.0 - 45.2 Lebih 45.3

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah : 1. Pemakanano

Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:

Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).

o

= 30% kalori daripada lemak.

Untuk mengurangkan berat badan :

Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan. Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 6

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee). Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.

Kurangkan minuman bergas dan minuman manis. Baca label makanan terutama kandungan kalori

2. Aktiviti fizikalo

Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.

o

Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.

o

Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.

3. Ubah tabiat anda.o

Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).

o

Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.

o o

Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu. Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

o

Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.

5) KANSER MULUT Antara tanda-tanda kelainan bagi pesakit kanser mulut adalah seperti berikut:

Ulser yang lambat atau tidak sembuh Tompok putih (leukoplakia) Tompok merah (erythroplakia) Nafas berbau (halitosis)

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 7

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pesakit juga mungkin mengalami :o o o o

Kesakitan Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah. Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut. Kesukaran membuka mulut.

Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

Tidak merokok Tidak minum minuman alkohol Tidak mengunyah tembakau / pinang Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian Lakukan pemeriksaan mulut sendiri :o

o

o

Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut. Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh. Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 8

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1) MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan berasaskan piramid makanan. Piramid makanan adalah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

ARAS KUMPULAN MAKANAN Aras 1: Bijirin, produk bijirin dan ubi

NILAI KHASIAT

CADANGAN SAJIAN 8 - 12 sajian

CONTOH 1 SAJIAN

Sumber karbohidrat kompleks yang baik Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein Rendah lemak

Aras 2: Buah-buahan dan sayursayuran

Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik

3 - 5 sajian

1/2 cawan nasi (putih atau perang) 1/2cawan mihun/mi/pasta/lainlain jenis mi (direndam) 1/2 keping capati 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi Sayur-sayuran: 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak) 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak) Buah-buahan: 1/2 cawan jambu berukuran sederhana 1 hiris betik/nanas

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 9

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Sumber kalsium yang baik Sumber protein yang penting Sumber protein yang baik Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat

1 - 2 sajian

2 - 3 sajian

1 gelas susu 1 cawan dadih 1 keping keju 1 ketul paha ayam saiz sederhana 1 ekor ikan kembong saiz sederhana 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis 5 sudu besar ikan bilis 2 biji telur 1/2 cawan kacang kering/kekacang

Aras 4: Lemak, minyak, gula dan garam

Lemak dan minyak Jumlah sedikit mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat

2) AMALKAN 5M DALAM DIET 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat. 5M merupakan singkatan bagi: Mengurangkan gula Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi. Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain. Mengurangkan garam Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi.Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 10

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

-

Mengurangkan minyak Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara deep frying. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.

-

Melebihkan buah-buahan Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.

-

Melebihkan sayur-sayuran Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.

3) Menyertai Kempen Cara Hidup Sihat Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini adalah:o Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan o Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan. Manakala objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan di atas dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup. Tema Sihat Sepanjang Hayat akan menjadi tema umum untuk kempen cara hidup sihat. Sihat Sepanjang Hayat menggambarkan penekanan dan fokus kempen terhadap amalanamalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka. Tema ini juga menegaskan konsep yang jelas dalam promosi kesihatan bahawa masyarakat boleh diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan. Setiap tahun, kempen ini akan memfokus kepada satu 'setting' tertentu beserta warganya. Di bawah tema umum Sihat Sepanjang Hayat, fokus akan diberikan kepada 5 elemen asas yang

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 11

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

berkaitan dan penting dengan konsep cara hidup sihat iaitu ; Makan secara sihat, Senaman dan Kecergasan Fizikal, Tidak Merokok, Menangani Stres dan Sihat Tanpa Alkohol. 4) Melibatkan Diri Dengan Konsep Pusat Promosi Kesihatan Komuniti. Pusat Promosi Kesihatan Komuniti merupakan satu tempat yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) dikalangan peserta. Pusat ini menyediakan peluang dan memberi faedah kepada masyarakat sekitar bagi mencapai visi KKM. Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh beberapa petugas sukarela yang mahir dalam bidang berkaitan.Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat yang dilatih akan menjadi faeder kepada pusat ini. Perancangan serta penyeliaan pusat ini akan dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang keanggotaanya terdiri dari Pengerusi, Naib Pengerusi, Pengurus dan ahli jawatankuasa. Program-program yang berbentuk latihan kemahiran dan lain-lain akan disediakan secara berjadual dan berkala.Semua peserta akan didaftar sebagai ahli pusat dan untuk tujuan tersebut kad ahli akan disediakan. Antara aktiviti pusat adalah latihan kemahiran gaya hidup sihat yang meliputi: Pengurusan tekanan dan relaksasi, Pengurusan masa, Bertegas diri (assertiveness), Keibubapaan berkesan, Kecergasan dan Komunikasi. Penilaian tahap kesihatan yang meliputi: Penilaian kecergasan, Tekanan darah, Kandungan gula dalam darah, Tahap kolesterol dan Body Mass Indeks. Manakala aktiviti berkumpulan meliputi: Senaman arobik / Tai Chi / Regangan, Masakan sihat dan Sukanika sihat ceria. 5) Menyambut Hari Jantung Sedunia. Hari Jantung Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit jantung khususnya dari segi faktor-faktor risikonya seperti tabiat merokok, tekanan darah tinggi, tahap kolestrol yang tinggi, penagihan alkohol, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta berlebihan berat badan dan kegemukan. Antaranya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan pemakanan sihat, meningkatkan aktiviti fizikal serta bijak menangani stres. Peranan utama harus dimainkan oleh ibubapa dan komuniti dalam membentuk tabiat cara hidup sihat sebagai langkah mengurangkan faktor risiko penyakit jantung. Pencegahan awal untuk menggelak daripada penyakit jantung perlu dimulakan sejak peringkat kanak-kanak lagi.Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 12

HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Disediakan oleh: MOHD IKHWAN BIN ABDUL WAHID 810513-08-5869

Page 13