esaimen muzik malaysia

25
1.0 PENGENALAN Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Selain itu, bangsawan juga bermaksud komedi, wayang atau sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja – raja zaman dahulu) yang di persembahkan di panggung . Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud anak orang bangsawan atau pelakon komedi bangsawan. Teater bangsawan antara teater tradisional yang masih lagi aktif dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang kaya dengan nilai-nilai estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-ciri kebudayaan. Bangsawan merupakan satu-satunya daripada seni drama dan pementasan yang benar-benar menjadi hak milik orang Melayu. 1 ‘Extra turns’ Alat-alat muzik: kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Bangsawan Repertoir muzik dan cerita

Upload: sharmila-dharshenee

Post on 27-Dec-2015

101 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Esaimen Muzik Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Esaimen Muzik Malaysia

1.0 PENGENALAN

Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan

gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater

moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Selain itu, bangsawan juga bermaksud

komedi, wayang atau sandiwara yang disertai nyanyian dan  tarian (biasanya

menceritakan kisah raja –  raja  zaman  dahulu)  yang  di  persembahkan  di

panggung . Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud

anak  orang  bangsawan atau pelakon komedi bangsawan. Teater bangsawan antara

teater tradisional yang masih lagi aktif  dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang

kaya dengan nilai-nilai estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-

ciri kebudayaan. Bangsawan merupakan satu-satunya daripada seni drama dan

pementasan yang benar-benar menjadi hak milik orang Melayu.

Rajah 1: Kerangka tajuk bangsawan

2.0 Sejarah Bangsawan

1

‘Extra turns’Alat-alat muzik:

kombinasi alat muzik Melayu

dan alat muzik Barat

Bangsawan

Repertoir muzik dan cerita

Page 2: Esaimen Muzik Malaysia

Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan

teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di

Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang

ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Bangsawan adalah salah satu bentuk teater

Melayu yangpopular pada awal abad ke – 19. Kesenian teater bangsawan merupakan

khazanah kebudayaan dan kesenian yang cukup berharga. Ia

kayadengan teknik – teknik estetik yang wajar dipelihara serta dikekalkan sebagai

tradisi bangsa. Seperti kata Winsted dan yang dipetik oleh Brandon (1974) :

“Bangsawan merupakan satu – satunya daripada seni drama dan pementasan yang

benar – benar menjadi hak milik orang – orang Melayu”.

Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya

bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun

1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak

bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan

mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang

didatangkan dari India. Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan

ketibaanWayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun 1870. Rombongan

pelakon lelaki dari Bombay bertawaf seluruh negara mempersembahkan kisah-kisah

klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantar ialah Hindi

disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena

dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun

1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan

rombongan bangsawan yang akan menyeberang  ke Indonesia singgah beberapa

lama di pulau tersebut. PushiIndera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan

pertama di Malaysia.Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur

Lara yang aktif mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung

Alhambra di Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan

dipaksamempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun

dan initerlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dan kumpulan Din-

2

Page 3: Esaimen Muzik Malaysia

Tijah.Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lain ialahRaja

Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga. Bangsawan pernah disifatkan  sebagai 

commedia  dellárte  timur dengan mempertahankansifat-sifat teater tradisional rantau

Timur

Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu

perkataan ‘Bangsa’ dan ‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan

manusia yang sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran

untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada

persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun

demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan

yang diminati dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan

juga turut bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang

dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan

menjadikan drama bangsawan menjadi  lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan

munculnya istilah opera  dalam seni teater melayu.

             

Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu.

Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran

tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni

teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan

yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater

Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih

penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater

melayu.

             

Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan

Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah

melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula

pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga

bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.

3

Page 4: Esaimen Muzik Malaysia

2.1 Terdapat tujuh ciri teatrikal dalam bangsawan iaitu :

       

4

Mempunyai tujuh latar

Unsur Tasmat

Gaya Lakon

Bahasa

Muzik

Tarian

Extra-turn

Page 5: Esaimen Muzik Malaysia

Mempunyai tujuh latar

-Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu seperti hutan, rumah, istana, gua, taman

bunga, kampung , jalan kampong. Latar akan ditukarkan mengikut

kesesuaian adegan-adegan yangterdapat dalam cerita teater bangsawan.

Unsur Tasmat

-Spektakular merupakan unsur kekaguman yang ada dalam persembahan

bangsawan. Ia seringkali disebut sebagai tasmat. Unsur ini wujud dalam

persembahan bangsawan bagi memberi kekaguman kepada penonton tentang apa

yang dipaparkan. Oleh itu, penonton akan lebih teruja dan percaya dengan aksi

yang dipaparkan di atas pentas. Ia hanya digunakan pada babak-babak tertentu

sahaja yang diberi penekananseperti babak aksi, magis, kayangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, penggunaan  asap buatan semasa babak di alam mimpi,

penyalaan api di atas pentas semasa babak berada di neraka, atau air yang turun

dari atas pentas kononnya air itu adalah air mata bidadari. Tasmat bolehlah

dikatakan sebagai efek atau trick untuk mewujudkan elemen kekaguman itu sendiri.

Bezanya bangsawan dengan persembahan tradisional lain, elemen kekaguman itu

ditunjukkan secara visual dan fizikal di atas pentas.

Gaya Lakon

-Gaya lakon di dalam bangsawan merupakan elemen yang istimewa. Ini kerana ia

berbeza dengan gaya lakon persembahan teater moden, terutamanya yang

beraliran realism. Ia masih mengekalkan gaya lakon biasa, cuma diperbesar-

besarkan. Gestura tangan, gerak badan, mimik muka, gaya pengucapan dialog;

semuanya diperbesar. Ini bertujuan untuk menarik perhatian audien terhadap

5

Page 6: Esaimen Muzik Malaysia

bahasa tubuh mereka yang besar. Selain itu, memang tujuan mereka agar audien

sentiasa melihat apa jua yang mereka lakukan di atas pentas. Selain untuk tujuan

pemahaman mesej, ia berkait rapat dengan showmanship mereka selaku pelakon

yang digilai penonton (dalam konteks semasa zaman popular bangsawan).

Bahasa

-Bahasa yang digunakan dalam persembahan bangsawan merupakan bahasa

istana. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gurindam, lagu, seloka, bersyair, dan

sebagainya.

Muzik

-Muzik merujuk kepada bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam

lakonan ataupun untuk mengiringi tarian tarian dan nyanyian adalah perlu untuk

menghidupkan persembahan bangsawan. Pada peringkat permulaannya adat-adat

muzik yang digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol.  Tetapi setelah pengaruh

Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik Barat

mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan.  Pada peringkat kemashyurannya

(antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin

dari jenis “stringed instrumentals”, “drum”, tabla dan cymbal dari jenis “percussion”,

dan terdapat juga seruling, “saxaphone”, “clarinet” dan “trumpet” dan jenis “wind

instruments”.

Tarian

-Dalam persembahan bangsawan, terdapat juga babak-babak di mana ada

unsur tarian dipertontonkan. Misalnya, babak hari pertabalan, majlis keramaian,

bercinta, kayangan, dan sebagainya. Tarian yang dipersembahkan biasanya adalah

tarian tradisional. Para penari juga adalah golongan terlatih dan selalunya sering

6

Page 7: Esaimen Muzik Malaysia

mengambil peranan kecil dalam persembahan bangsawan seperti menjadi inang,

dayang, orang kampung, dan sebagainya.

Extra – turn

-Extra-turn pula merupakan elemen yang tiada dalam persembahan tradisional lain.

Extra-turn merupakan persembahan selingan semasa pertukaran antara dua babak.

Biasanya, slot ini akan diisi dengan persembahan-persembahan yang tiada

langsung kaitannya dengan cerita yang dipaparkan dalam bangsawan.

Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat

pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak

tertunggu-tunggu. Antara persembahan yang diselitkan ialah nyanyian dari penyanyi

terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya.Namun, pada

zaman kemasyuran bangsawan; tarian tradisional yang lebih banyak

dipersembahkan semasa extra-turn. Penari-penari terdiri daripada lelaki dan

perempuan yang terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi

persembahan dalam babak-babak extra-turn.  Tarian-tarian lama yang pernah

dijadikan popular oleh Bangsawan ialah tarian “Tarik Tari” ciptaan Kumpulan

Wayang Siti Hawa, tariah “Mak Inang”, tarian “Lilin” dan lain-lain lagi. Dalam zaman

Bangsawan mula mengambil gelaran opera selepas tahun 1930, tarian ala Barat

seperti mambo dan ca ca ca telah menjadi kegemaran.

2.2 Fungsi teater bangsawan

7Teater bangsawan

juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara

warga  masyarakat  yang 

menjadi pemilik cerita rakyat tersebut. Fungsi lain teater bangsawan adalah

Page 8: Esaimen Muzik Malaysia

2.3 Alat-alat muzik, kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat

Pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, teater bangsawan atau opera Melayu ialah

teater baru yang muncul akibat daripada pengaruh dari negeri Parsi. Istilah ’bangsawan’

merujuk kepada cerita dan watak yang berkisar tentang golongan bangsawan. Teater

bangsawan mempunyai satu atau lebih cerita yang diselang-seli dengan muzik berbentuk

instrumental dan nyanyian. Teater ini mempunyai pengaruh Barat, iaitu ia dipentaskan di pentas

prosenium, mengikut stail atau gaya panggung di Barat. Di atas pentas terdapat tirai latar

(backdrop) jalar atau ’drop sin’, kota bam atau ’side wing’, kening dan mahkota. Pentas tersebut

dipersembahkan di bawah khemah besar atau di taman-taman hiburan (Matusky dan Tan

1997:58).

Alat muzik bangsawan bergantung kepada 3 jenis kombinasi instumental yang biasa

digunakan dalam teater bangsawan. Secara ringkasnya kombinasi atau ensembel ini boleh

disimpulkan dalam rajah di bawah:

Kombinasi Ensembel

Penerangan Alat muzik Bilangan alat

Kombinasi Di sebut Biola Bilangan alat

8

Teater bangsawan

juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara

warga  masyarakat  yang 

menjadi pemilik cerita rakyat tersebut. Fungsi lain teater bangsawan adalah

Page 9: Esaimen Muzik Malaysia

1 orkestra Melayu yang mencontohi orkestra tarian Barat

TrumpetTrombonSaksafonFlutKlarinetPianoGitarBesDramMarakasBlok kayu danTamborin

muzik bergantung kepada berapa bilangan pemain muzik yang ada

Alat-alat muzik seperti trompet, trombon, dan lain-lain alat dalam Orkestra Melayu boleh dikecualikan jika tiada pemain muzik.

Adakala hanya piano digunakan

Alat muzik sentiasa ditambah-ganti kerana teater bangsawan sentiasa mengalami perubahan.

Kombinasi2

Ensembel ini menyerupai ensembel sosial ronggeng.Ensembel dalam teater bangsawan ini digunakan dalam cerita Melayu dan Jawa

BiolaAkordianRebana danGong

* Pemain muzik biasanya akan: -Ganti arkodian dengan piano

-Ganti rebana dengan dram barat

-Ganti gong dengan bes

Rebana ialah alat muzik terulung dalam bangsawan’

Kombinasi 3

Ensembel ini dimainkan dalam bangsawan yang mempunyai latarbelakang cerita Hindustan

HarmoniumTablaBaya atau gendang

Rajah 2: Ketiga-tiga kombinasi ensembel dalam teater bangsawan

2.4. Repertoir muzik dan cerita

2.4.1 Repertoir muzik

9

Page 10: Esaimen Muzik Malaysia

Repertoir bangsawan menggunakan kreativiti pencipta kerana lagu-lagunya adalah

bersifat seperti lagu barat, iaitu lagu yang menggunakan rentak-rentak waltz, tango, foxtrot,

quickstep, mac dan rentak lain yang dimainkan oleh pancaragam barat, kumpulan teater barat,

di radio yang memainkan muzik dari piring hitam.

Setiap lagu dikaitkan dengan unsur-unsur muzik spesifik seperti rentak dan tempo yang

membantu penonton mengenali adegan, watak atau keaadaan dalam cerita. Lagu spesifik atau

lagu-lagu yang khas yang digunakan untuk menggambarkan situasi dramatik atau mengiringi

watak-watak tertentu. Lagu Nasib ialah satu contoh repertoir yang digunakan untuk adegan

penceraian, kemalangan atau peristiwa sedih. Lagu taman pula digunakan untuk mengiringi

adegan permaisuri serta dayang-dayang yang sedang bermain di dalam taman. Lagu cakap

digunakan untuk mengiringi adegan raja, permaisuri, anak-anak raja atau menteri-menteri

sedang berdialog. Lagu strit digunakan untuk adegan watak yang sedang berjalan di atas jalan

raya. Lagu jin pula digunakan untuk mengiringi watak jin dan lagu perang semasa peperangan

(Matusky dan Tan, 1997).

Repertoir bangsawan adalah unik dan berbeza dari repertoir tradisional kerana melodi

sentiasa berubah, dan ciptaan baru sentiasa diwujudkan seperti contoh lagu tema baru untuk

cerita baru, seumpama dalam filem dan teater barat.

Terdapat tiga jenis cerita yang lazim dipersembahkan kepada penonton, iaitu Cerita

Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/Jawa. Cerita dari barat adalah tergolong dalam cerita

klasik. Repertoir muzik bangsawan ditulis berdasarkan tema dan jalan cerita tersebut. Berikut

adalah gambar rajah yang menunjukkan hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak

dan tempo:

Situasi dramatik/Watak

Rentak/tempoCerita Klasik

Rentak/tempoCerita Arab

Rentak/tempoCerita Melayu/Jawa

10

Page 11: Esaimen Muzik Malaysia

Lagu Nasib waltz lambat,foxtrot lambat

masri lambat,asli lambat

asli lambat

Lagu Taman waltz lambat, waltz cepat, foxtrot, quickstep

inang/ masri inang, masri, asli cepat

Lagu Cakap waltz cepat waltz cepat, masri asli cepat , inang

Lagu Strit mac, quickstep, foxstrot mac, quickstep asli cepat , inang

Lagu Jin mac , quickstep mac , quickstep tidak ada

Lagu Perang Mac mac joget/ inang

Rajah 3 : hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo

Beberapa contoh lagu yang digunakan dalam persembahan bangsawan yang

mengaitkan adegan, watak atau situasi cerita dengan rentak dan tempo adalah seperti Lagu

Penceraian Jula Juli dengan Sultan (lagu nasib) yang mengunakan rentak waltz lambat dalam

Cerita klasik dan Arab, Lagu Puja Kamati Darsha Alam (lagu nasib) dengan rentak asli lambat,

Lagu Donau Walen (lagu cakap) dengan rentak waltz cepat, dan Lagu Che Wan Gayah (lagu

taman, lagu cakap dan lagu strit) dalam cerita Melayu dan Jawa. Secara umum tempo yang

lambat menunjukkan kesedihan dan tempo yang rancak untuk menggambarkan suasana riang

(Matusky dan Tan, 1997:60)

11

Page 12: Esaimen Muzik Malaysia

Gambar 1 : Salah satu adegan dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga

2.5 Cerita

Bangsawan bersifat komersial oleh itu ia diiklankan melalui risalah, radio, surat khabar

dan surat siaran. Teater komersial ini akan mengunjungi Bandar-bandar di Semenanjung,

Singapura, Sumatera, Jawa dan Borneo sepanjang tahun. Teater seumpama ini telah menarik

minat penonton, pelakon dan tauke dari pelbagai kaum. Kumpulan bangsawan yang terkenal

diuruskan oleh tauke dari berbagai bangsa seperti Dean’s Opera, Opera Nooran, Wayang Yap

Chow Thong, Pushi Indera Bangsawan dan Wayang Kassim (Matusky dan Tan, 1997).

Gambar 2 : Dua jenis iklan teater bangsawan : kiri- iklan dari surat-khabar

pada tahun 1926 dan kanan- iklan berbentuk poster tahun 2010

12

Page 13: Esaimen Muzik Malaysia

Cerita dalam bangsawan adalah berbeza jika dibandingkan dengan teater rakyat kerana

ia bersifat komersial. Cerita bangsawan sentiasa dalam corak aneka warna. Hal ini

menyebabkan kemunculan tiga jenis cerita bagi memenuhi selera audiens pelbagai kaum, iaitu

Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/ Jawa. Terdapat juga cerita bangsawan barat

dipersembahkan. Matusky dan Tan (1997:59) menyatakan beberapa cerita yang popular

termasuklah Laksamana Bentan (Melayu), Laila Majnun (Arab), Sam Pek Eng Tai (Cina), Puteri

Bakawali (Hindustan) dan Hamlet (Barat/Klasik).

Gambar 3: Satu adegan dari cerita ‘Hamlet’ iaitu cerita Barat.

Gambar 4: Adegan dari cerita ‘Lela Manja’ iaitu cerita Melayu.

13

Page 14: Esaimen Muzik Malaysia

‘Extra turn’

Pementasan bangsawan terdiri dari sebuah atau lebih dari sebuah cerita dengan diiringi

lagu-lagu selingan atau ‘extra turn’ yang dipersembahkan apabila set ditukar. Tirai latar atau

‘back sin’ menunjukkan permandangan untuk cerita atau adegan yang tertentu. Babak cerita

akan bertukar apabila sin atau backdrop diubah. Semasa itu muzik selingan yang mengiringinya

turut berubah dan memberi warna kepada cerita seterusnya.

Gambar 5: Beberapa jenis backdrop atau tirai mengikut adegan cerita.

14

Page 15: Esaimen Muzik Malaysia

Contoh-contoh cerita bangsawan

15

BUTUH SUKARELAWAN MANUSIA SATU KATA PAK SERKAH

TEMAN BAIK YANG KHIANAT

LAGENDA GUNUNG BATU SAPU

SI BUTA DAN SI BUKUNG

ANAK PIPIT DAN KERA JAMPANG LAGENDA TELAGA

BIDADARI

Page 16: Esaimen Muzik Malaysia

16

DATU KALAKA PAGERAN SARIF ASAL USUL KOTA BENJAMASIN

ULAR DANDAUNG HIKAYAT BUNGA KEMUNING

KERIS MENJADI SAKSI

PUTERI SAADONG MELATI PUJAAN TEMASEK HJ.YUSTAN AJIDDIN

Page 17: Esaimen Muzik Malaysia

3.0 RUMUSAN

Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia

tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon,

mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja.

Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada

kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Apa yang penting

dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon

berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk

menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan

bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada

unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.

Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang

kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya “Jula Juli Bintang

Tujuh”. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan

puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.

17

Page 18: Esaimen Muzik Malaysia

RUJUKAN

Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 

http :// www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0222&sec=Rencana&pg=re_12.htm#ixzz2qXQgOfO0 dilayari 2 Mac 2014 .

Olai-olai Angsana.http://qalamminda.blogspot.com/2008/10/bangsawan-pupusnya-seni-

pentas.html dilayari pada 2 Mac 2014.

Mohamed Ghouse Nasuruddin,2007. Traditional Malaysian Music.Kuala Lumpur: DBP.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,

Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang:

The Asian Centre.

18

Page 19: Esaimen Muzik Malaysia

19

LAMPIRAN