literasibahasa esaimen (autosaved).docx

14
Menganalisis teori dan ilmu berkaitan dengan pemerolehan dan penguasaan bahasa serta mengaitkannya dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran LINUS secara bertulis. 1.0) PENGENALAN Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata pujangga.Hal ini kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia. Perhubungan sesama manusia dilestarikan oleh kata-kata indah yang digunakan semasa berkomunikasi. Konsep, idea, emosi dan pendapat diluahkan melalui medium bahasa yang difahami semua pihak yang berkomunikasi sama ada secara formal mahupun secara tidak formal. Situasi ini membentuk satu sistem komunikasi yang berkesan. Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibunda (pertamanya). Pemerolehan bahasa bermula pada peringkat bayi melalui perlakuan dan kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan.Proses perlakuan ini melibatkan aktiviti pemahaman dan penerbitan manakala proses kecekapan pula melibatkan pengetahuan bahasa dan penguasaan tatabahasa secara tidak sedar. Terdapat 3 bahagian pemerolehan bahasa yang diperoleh kanak-kanak secara serentak iaitu pemerolehan sintaksis, semantik dan fonologi. Sebagai guru, kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang akan diajar kerana kita perlu membuat rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid. Guru juga perlu sentiasa sedar bahawa masalah kemahiran berbahasa dihadapi oleh kanak-kanak LINUS yang sememangnya bermasalah dalam pembelajaran Antara masalah kemahiran berbahasa kanak-kanak LINUS termasuklah yang berpunca daripada organ pendengaran, masalah alat dan daerah artikulasi, dan tidak dapat mengenal simbol tulisan. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai guru amat besar dalam mengenal pasti punca seterusnya mengatasi masalah ini. 2.0) TEORI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA DAN KAITANNYA DENGAN LINUS Pada dasarnya terdapat 2 aliran pemikiran utama bila kita memperkatakan tentang pemerolehan bahasa. Yang pertama sekali dinamakan aliran Behaviorisme yang dipelopori oleh B.F Skinner, Teori kognitif pula diperkenalkan oleh Jean piaget, Noam Chomsky memperkenalkan teori mentalis dan yang terakhir sekali adalah teori interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.

Upload: rozieta18

Post on 16-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Menganalisis teori dan ilmu berkaitan dengan pemerolehan dan penguasaan bahasa serta mengaitkannya dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran LINUS secara bertulis.

1.0) PENGENALAN

Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang

amat diharapkan. Sedap di mulut enak di halwa telinga kata pujangga.Hal ini kerana bahasa

telah wujud sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan

manusia. Perhubungan sesama manusia dilestarikan oleh kata-kata indah yang digunakan

semasa berkomunikasi. Konsep, idea, emosi dan pendapat diluahkan melalui medium bahasa

yang difahami semua pihak yang berkomunikasi sama ada secara formal mahupun secara tidak

formal. Situasi ini membentuk satu sistem komunikasi yang berkesan.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang

berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibunda

(pertamanya). Pemerolehan bahasa bermula pada peringkat bayi melalui perlakuan dan

kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan.Proses perlakuan ini melibatkan aktiviti

pemahaman dan penerbitan manakala proses kecekapan pula melibatkan pengetahuan bahasa

dan penguasaan tatabahasa secara tidak sedar. Terdapat 3 bahagian pemerolehan bahasa

yang diperoleh kanak-kanak secara serentak iaitu pemerolehan sintaksis, semantik dan

fonologi.

Sebagai guru, kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi oleh murid-

murid yang akan diajar kerana kita perlu membuat rancangan pengajaran yang bersesuaian

dengan tahap kebolehan murid-murid. Guru juga perlu sentiasa sedar bahawa masalah

kemahiran berbahasa dihadapi oleh kanak-kanak LINUS yang sememangnya bermasalah

dalam pembelajaran Antara masalah kemahiran berbahasa kanak-kanak LINUS termasuklah

yang berpunca daripada organ pendengaran, masalah alat dan daerah artikulasi, dan tidak

dapat mengenal simbol tulisan. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai guru amat besar dalam

mengenal pasti punca seterusnya mengatasi masalah ini.

2.0) TEORI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA DAN KAITANNYA DENGAN LINUS

Pada dasarnya terdapat 2 aliran pemikiran utama bila kita memperkatakan tentang

pemerolehan bahasa. Yang pertama sekali dinamakan aliran Behaviorisme yang dipelopori oleh

B.F Skinner, Teori kognitif pula diperkenalkan oleh Jean piaget, Noam Chomsky

Page 2: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

memperkenalkan teori mentalis dan yang terakhir sekali adalah teori interaksionalis yang

dipelopori oleh Halliday.

LINUS Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key

Performance Indicator(NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran

berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan

tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian

dalam KPM.

Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2

dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini

dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada

program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang

dilaksanakan mulai tahun 2006. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah

pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah

kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.

2.1)TEORI BEHAVIORIS

Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran

bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan. Teori ini dopelopori oeh B.F. Skinner

(1983). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli

keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi

TEORI PEMEROLEHAN

BAHASA

TEORI BEHAVIORIS

TEORI KOGNITIF

TEORI MENTALIS

TEORI INTERAKSIONALIS

Page 3: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.

Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan

telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.

Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti “pandai, senyuman, ciuman,

tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap. B.F.

Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan

mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur ialah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali

sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu

rangsangan tindak balas.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting

terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan

bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala

peneguhan yang diberi dapat merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

KAITAN TEORI BEHAVIORIS DENGAN PENGAJARAN LINUS

Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi

sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini

bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-

ulang. Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran menyebut suku kata terbuka dan

tertutup, guru akan meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara

berulang-ulang. Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield

boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan

guru,rakan dan kelas. Sebagai contoh bahan bantu mengajar berdasarkan gambar di bawah ini

Ciri-ciri pembelajaran Teori Behaviouris

Pembelajaran merupakan satu proses mekanis yang terjadi daripada rangsangan dan gerak balas.

Sesuatu gerak balas hanya boleh diulang jika diikuti dengan pemberian ganjaran

Gerak balas yang sering diulang beberapa kali akan membentuk kebiasaan.

Page 4: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

diajar oleh guru berulang-ulang kali menggunakan teknik nyanyian. Hal ini akan dapat

membantu murid untuk lebih memahami apa yang diajar kerana gerak balas yang sering

diulang beberapa kali akan membentuk kebiasaan .

Gambar 1 : Suku kata terbuka Gambar 2 : Suku kata tertutup

LANGKAH PENGAJARAN DALAM KELAS

Set Induksi: Guru menunjukkan lagu bertajuk "Huruf Vokalku". Murid-murid menyanyikan lagu

dengan bimbingan guru. Selepas itu, guru mengaitkan set induksi itu dalam pengajaran pada

hari itu.

Langkah 1: Guru memaparkan perkataan suku kata terbuka dan perkataan suku kata tertutup.

Murid-murid membaca dan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru.

Langkah 2: Guru menerangkan cara membezakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup

dengan menggunakan contoh perkataan yang telah ditampal di atas papan hitam. Selepas itu,

murid-murid cuba memberikan contoh.

Langkah 3: Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Murid

diminta untuk menulis contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup di atas papan

hitam kecil masing-masing. Selepas itu, guru akan memeriksa jawapan yang ditunjukkan oleh

murid. Guru akan terus memberikan bimbingan kepada murid jika mereka menulis jawapan

yang salah.

Page 5: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Penutup : Guru memaparkan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota". Murid-murid membulatkan

perkataan suku kata terbuka secara bergilir-gilir setelah menyanyikan lagu tersebut

Kesimpulannya , aktiviti latih tubi dan latihan berulang kali amat penting dijalankan

dengan kerap membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan

kebiasannya. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh dan kuasai. Oleh hal yang

demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk

tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan

kerana teori behaviouris mengatakan sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan

membentuk satu kebiasaan.

2.2 ) TEORI KOGNITIF

Teori kognitif berlandaskan pandangan piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.

Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan

mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan manifestasi

penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa

seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Jean Piaget meletakkan empat peringkat untuk membezakan penguasaan bahasa

kanak-kanak.

Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor( sejak lahir – 2 tahun). Pada

peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi

di persekitaran. Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi.

Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 – 7 tahun ). Pada peringkat ini murid-

murid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk

berinteraksi dengan persekitaran. Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan untuk

menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisan iaitu mendengar dan

bertutur. Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada

kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Aktiviti lisan membolehkan murid-murid

bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata.

Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik,

warna dan memahami konsep pembalikan. Murid-murid juga sudah boleh bertutur dengan

fasih. Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis.

Page 6: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada kemahiran

mendengar,bertutur,membaca dan menulis.

KAITAN TEORI KOGNITIF DENGAN PENGAJARAN LINUS

Jadi, sejauh manakah kita melihat teori ini sebagai suatu teori yang berkesan yang

boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran LINUS dalam bilik darjah?

Berkesannya teori ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru berupaya

mempersembahkan sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada

maklumat yang lebih khusus. Menurut Raja Mukhtaruddin ( 1980 ) kaedah yang sesuai dipilih

untuk peringkat olahan konkrit ialah kaedah terus yang mana kaedah ini menggunakan kosa

kata dan struktur bahasa sehari-hari, makna-makna konkrit diajar secara perkaitan idea dan

perbanyakkan latihan mendengar dan mengajuk. Sebagai conoh aktiviti yang mngaplikasikan

teori kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah seperti di bawah.

Ciri-ciri pembelajaran Teori Kognitif

Pembelajaran merupakan satu proses mental

Semua kanak-kanak dapat mempelajari

pelbagai perkara kerana dilahirkan dengan

kebolehan semulajadi untuk mereka berbuat

demikian.

Page 7: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Gambar rajah 2.1

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pdp Catatan

Set induksi Kad bergambar

“Malaysiaku”

Soalan : Apakah yang

perhatikan dalam gambar

1)Guru menunjukkan

kad bergambar

“Malaysiaku” kepada

murid

BBM

-Kad bergambar

Langkah 1 Gambar rangsangan :

1) Memadankan

gambar pakaian

tradisional dengan

ayat yang sesuai

Guru menerangkan

secara ringkas gambar

yang dipamerkan

BBM

Gambar rangsangan

Langkah 2 Petikan dialog :

“Pakaian tradisional

kebangaanku”

Soal jawab :

1)Siapakah yang terlibat

dalam dialog berkenaan?

-Guru mengedarkan

petikan dialog

berdasarkan tajuk pada

hari tersebut kepada

murid.

-Murid diminta

membaca dialog di

hadapan kelas dengan

intonasi yang betul.

-Guru bersoal jawab

dengan murid mengenai

dialog yang dibaca.

BBM

-Dialog “Pakaian

Tradisionalku”

Kemahiran Berfikir

-Menghubungkait

-Menjana idea

Langkah 3 -Murid diminta menulis -Murid diminta menulis BBM :

Page 8: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

ayat menggunakan nilai

murni yang terkandung di

dalam dialog

-Murid dibimbing guru

untuk membuat latihan .

ayat menggunakan nilai

murni yang terkandung

dalam dialog.

-Lembaran kerja

Kemahiran berfikir

-Menjana idea

Penutup Soalan : Apakah yang

dipelajari hari ini ?

-Guru merumuskan isi

pelajaran dengan

bertanyakan soalan

kepada murid.

Kemahiran Berfikir

-Merumus

Kesimpulannya , Piaget menjelaskan bahawa manusia memiliki peringkat otak (mental)

dan saraf yang tinggi dan dengan otaknya, manusia mempunyai kebolehan untuk memelajari

pelbagai perkara. Tegasnya, proses pembelajaran ialah proses mental dan bukannya proses

mekanis. Proses mental ini melibatkan seorang kanak-kanak yang menyesuaikan pengetahuan

sedia ada dalam otaknya dengan beberapa data yang diperoleh daripada persekitaran.

Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya akan terjadi apabila seseorang kanak kanak telah

mencapai tahap kematangan yang tertentu.

2.3) TEORI MENTALIS

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa

pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat

pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat pemerolehan bahasa itu kanak-kanak

berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada

mereka. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani (The

Innateness Hyphothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara

semula jadi (genetic) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur

bahasa sejagat yang dikenalisebagai LAD (Language Acquisition Device)

Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu ;

i.) Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama

Page 9: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

ii.) Proses pemolehan bahasa ini itidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak

yang IQnya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hamper

sama)

iii.) Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi

kanak-kanak

iv.) Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejati (innate) kanak-kanak dalam mempelajari

bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut ;

KAITAN TEORI MENTALIS DENGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LINUS

Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat secara

langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil bahagian secara aktif

dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar. Teori Mentalis ini

amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa. Menurut Chomsky juga,

penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian

bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi

tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan

masyarakat sekeliling. Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang

Wujudnya unsur kesejagatan dalam

sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri

tatabahasa dan kesejagatan subtantif yang berupa kategori-

kategori bahasa

Bentuk-bentuk ujaran yang disengari kanak-

kanak tidak akan diperolehnya tanpa keupayaan sejadi

Kanak-kanak boleh boleh menguasai bahasa

ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun

dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak

akan dikuasai.

Page 10: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang

terdapat dalam sistem bahasa dengan baik.

Berdasarkan teori ini, guru boleh mengaplikasikan aktiviti bermain dalam pengajaran bilik darjah

LINUS. Sebagai contoh , aktviti kotak ajaib.

Isikan suku kata

Nama Permainan : Kotak Ajaib

Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata

berdasarkan kad suku kata.

Bahan : Kad suku kata Kotak Ajaib

Cara menjalankan permainan.

Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.

Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik.

Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik berhenti akan

diberi peluang untuk menjawab soalan

Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib dan

menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku kata.

Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri. Langkah yang sama

diulang sehingga selesai permainan.

Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.

Page 11: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Kesimpulannya, golongan mentalis berpendapat seseorang kanak-kanak akan

menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat

mengikut sistem bahasa yang diperoleh mereka. Golongan ini juga mengatakan , manusia

mempunyai kompeten dan prestasi bahasa. Kompeten disini diertikan sebagai rumus-rumus

yang ada dalam mental manusia. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh

penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh itu, teori ini lebih mengutamakan

proses berfikir yang berlaku dalam otak manusia berbanding dengan perlakuan atau

persekitaran. Aktiviti permainan kotak ajaib memberi impak kepada murid memahami dalam

pelajaran kerana ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan serta senang untuk difahami .

2.4) TEORI INTERAKSIONALIS

Teori interaksionalis berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an, Terdapat

beberapa orang ahli bahasa yang mempelopori teori ini seperti Bloom (1970), Bowennan,

Cromer (1973,1776) dan Haliday. Golongan ini bersependapat bahawa kebolehan kognitif

sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

melengkapkan sseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran

berkenaan tidak boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Jadi kanak-kanak berkenaan perlu

didedahkan dengan proses interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara

untuk menggambarkan makna kognitif dalam beberapa bentuk bahasa yang tepat.

Noor Aina (2007) berpendapat, golongan ini kelihatan telah berpakat dengan mengambil

jalan tengah antara Teori Behavourisme dan mentalis. Mereka berseteju bahawa persekitaran

luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam proses

pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada

ibu bap, kanak-kanak juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana mereka memiliki

struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Beberapa faktor seperti persekitaran sosial,

pemantangan, biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa

kanak-kanak. Semua faktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu

sama lain. Terdapat dua pendekatan utama bagi golongan interaksionalis, iaitu pendekatan

kognitif dan pendekatan sosial. Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi

daripada perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa juga wujud akibat persekitaran

sosial yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dengan ibu

bapa amat penting kerana memberikan pengalaman bahasa bagi kanak-kanak.

Page 12: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Haliday (1975) pula berpendapat, perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan

proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Menurut beliau, seorang kanak-kanak memperoleh

bahasa kerana mempunyai “kepeluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam

persekitaran mereka”. Tambah beliau lagi, proses kognitif penting dalam perkembangan

bahasa, terutama ketika kanak-kanak mentafsir makna yang terdapat dalam persekitaran sosial

mereka dan kemudian menggambarkannya dalam bentuk bahasa. Ciri-ciri pembelajaran yang

boleh disimpulkan daripada teori interaksionalis adalah seperti berikut ;

KAITAN TEORI INTERAKSIONALIS DENGAN PENGAJARAN LINUS

Teori Interaksionalisme menekankan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat

komunikasi dan satu proses melibatkan mental dan linguistik. Menurut Halliday, pemerolehan

bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Dalam pembelajaran bahasa,

teori ini menghendaki guru memberikan banyak latihan kepada murid kerana pembelajaran

bahasa bukan hanya mempelajari struktur tetapi yang penting ialah mempelajari makna untuk

belajar berinteraksi. Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang bermakna dan

dengan ini murid boleh menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar.

Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik

Penyampaian makna diutamakan berbanding

stuktur bahasa itu sendiri

Struktur bahasa berkesan jika murid-murid menumpukan perhatian terhadap

tugasan.

Pembelajaran itu omerupakan suatu proses yang aktif

Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan

dan amsa tertentu.

Page 13: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterapkan dalam bilik darjah LINUS

ialah permainan “radio rosak”. Berikut merupakan serba sedikit mengenai cara-cara bermain

permainan ini.

“Pemainan Telefon Rosak “

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu danmenyampaikannya

kepada rakan dengan tepat.

Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.

Cara bermain: Berkumpulan.

Langkah:1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai

bilangan ahli yang sama.

2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan.

3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingat

4. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada dan orang kedua

pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.

5. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut.

6. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.

Kesimpulannya , aktiviti ini banyak memberi manfaat dari segi keberkesanan dalam

interaksi antara murid. Proses sosialisasi berlaku apabila berlakunya interaksi antara murid

dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika Pengajaran dan

pembelajaran dan juga ketika kokurikulum berlangsung. Ketika proses pengajaran , murid akan

digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat

refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan

kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara

satu sama lain.Selain itu, proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru

dan murid. Dalam soal ini, murid secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara

untuk berinteraksi dengan individu yang lebih tua daripadanya. Justeru itu, aktiviti yang menarik

seperti ini mampu mendukung murid untuk pandai berinteraksi sesama sendiri secara tidak

langsung boleh berinteraksi dengan masyarakat sekitarnya

Page 14: literasibahasa esaimen (Autosaved).docx

PENUTUP

Kesimpulannya, 4 teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Behavioris, Teori kognitif, Teori

Mentalis dan Teori Interaksionalis sesuai digunakan dan diaplikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran LINUS. Pengetahuan guru tentang pemerolehan bahasa sebenarnya diperlukan

dalam usaha merealisasikan hasrat pelaksanaan program pemulihan yang disediakan. B.F

Skinner dan rakan-rakannya dalam teori behavioris berpendapat bahawa pemerolehan bahasa

adalah berdasarkan pelaziman operan , iaitu rangsangan yang bersandarkan pemberian

ganjaran atau peneguhan. Chomsky dan ahli-ahli Teori Mentalis berpendapat bahawa

pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental (otak) manakala

Haliday dan ahli interaksionalis mengambil jalan tengah antara teori behaviouris dan mentalis.

Mereka berseteju bahawa persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan

peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak.

Secara tuntasnya, bahasa kanak-kanak berkembang mengikut persekitaran sosialnya,

maka proses pemerolehannya berlaku tanpa disedari. Sebagaimana yang diketahui,

pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak merupakan penguasaan bahasa ibunda yang

dikuasai secara tidak formal. Maka, guru bahasa perlu memainkan peranan penting dalam

usaha membaiki kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar kerana pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu akan lebih berkesan sekiranya kesalahan bahasa dapat

dikurangkan.