ppt esaimen pj sabri

42
Disediakan oleh : Muhammad Nabil Fikri bin Mohamed Nadhri Muhammad Amin bin Hassan Bokhori Nik Muhamad Hazran bin Sekerim al-Hafiz

Upload: muhammad-amin

Post on 15-Sep-2015

69 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

HFJHFF

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Disediakan oleh :Muhammad Nabil Fikri bin Mohamed NadhriMuhammad Amin bin Hassan BokhoriNik Muhamad Hazran bin Sekerim al-HafizISU ISU DALAM SUKANPOLITIK DAN SUKANMenurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:

Ahli-ahli politik atau kerabat diraja boleh menyandang jawatan utama dalam sukan asalkan mereka memberikan komitmen tinggi terhadap sukan yang diceburi.

Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan. Kuasa yang ada melalui pengaruh politik, ianya dapat mempengaruhi sesuatu sukan melalui organisasi dalam membina dan membentuk nilai, ganjaran dan budaya di pelbagai peringkat.

Kuasa politik memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.Perkaitan politik ini bukan hanya berlaku dalam organisasi sukan semata-mata malah boleh menjangkau sempadan negara dan mampu menjadi elemen pendamai dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam sukan .PENGLIBATAN POLITIK DALAM SUKAN Proses pemilihan pemain, jurulatih dan pegawai sukan.Pertandingan dan proses merebut piala kejohananKelab Sukan (kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpin)Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara itu. ( Gapor Ahmad, 2007)

PROPAGANDA POLITIK DALAM SUKAN Melalui Sukan, propaganda politik untuk mempengaruhi orang lain dan usaha untuk meyakinkan rakyat mereka boleh disebarkan. Contoh usaha pemimpin negara blok Komunis meyakinkan dunia bahawa ideologi merekalah yang terbaik dengan bersungguh-sungguh menjuarai kejohanan seperti Sukan Olimpik.

ISU ISU

KEKURANGAN PERUNTUKAN KEKURANGAN PERUNTUKAN Kekurangan peruntukan menyebabkan infrastruktur tidak dapat dibaik pulih dan diubahsuai. Jumlah peruntukan yang tidak mencukupi yang disediakan oleh kerajaan tidak mampu menampung pembaikpulihan keadaan infrastruktur.Aktiviti sukan dan rekreasi tidak dapat dijalankan dengan lancar seterusnya membantutkan kemajuan sukan. Wakil kerajaan perlu mengambil berat dan tampil untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. KETIDAKADILAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

KETIDAKADILAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSANKetidakadilan dalam membuat keputusan akan menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Hal ini akan menimbulkan perselisihan dan persaingan yang tidak sihat di antara badan sukan. Pemimpin badan sukan haruslah bersifat adil dan saksama di samping menilai keputusan dengan pemikiran yang wajar. PEREBUTAN JAWATAN & KEMELUT KEPIMPINAN DALAM PERSATUAN

PEREBUTAN JAWATAN & KEMELUT KEPIMPINAN DALAM PERSATUANPerebutan jawatan & kemelut kepimpinan dalam persatuan badan sukan akan memudaratkan kestabilan dan kepimpinan sesuatu organisasi. Persatuan tidak dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan kualiti dan mutu persatuan. Pemimpin perlu memikul tanggungjawab dengan dedikasi dan cekap dalam menguruskan organisasi bagi membangunkan mutu sukan negara ISU PERGADUHAN DAN PERTELINGKAHAN YANG BERLAKU DALAM BADAN SUKAN

LAPORAN POLIS LARKIN RPT 1151/14 INSIDEN DALAM TEROWONG STADIUM LARKIN PERLAWANAN PIALA FA 2014 ANTARA JDT DENGAN T-TEAM YANG BERKESUDAHAN DENGAN KEKECOHAN

ISU PERGADUHAN DAN PERTELINGKAHANYANG BERLAKU DALAM BADAN SUKANPergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku memudaratkan imej sukan negara kita di mata dunia. Mewujudkan persaingan yang tidak sihat di antara pasukan yang bertanding. Menunjukkan teladan yang tidak baik sedangkan bola sepak adalah permainan yang sesuai ditonton untuk seisi kelarga. KESAN POSITIF POLITIK DALAM SUKANPENYELESAI MASALAH Mampu menjadi elemen pendamai dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam aktiviti sukan . Percampuran kuasa politik sebagai pendamai dalam isu sukan membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Contoh Isu Terowong Larkin

ISU TEROWONG LARKIN

Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin menggesa FAM mengeluarkan hasil siasatan bagi menyelesaikan masalah. Beliau juga menggesa FAM mengetatkan kawalan keselamatan stadium. Peranan pemimpin ahli politik (Menteri Belia dan Sukan) adalah penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Melalui Pesuruhjaya Sukan yang dibekalkan dengan kuasa Akta Pembangunan Sukan, Kementerian Belia & Sukan sentiasa melibatkan diri & Mengenal pasti apa sahaja masalah dalam persatuan sukan. Kementerian Belia & Sukan memberi nasihat dan panduan dalam mencari penyelesaian bagi membangunkan mutu sukan negara. SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan badan sukan sedikit sebanyak dapat dipertingkatkan dengan bantuan ahli politik yang terlibat. Badan sukan boleh mendapatkan penaja-penaja dengan menggunakan nama ahli politik yang terlibat dalam badan sukan tersebut.SUMBANGAN AHLI POLITIK

Dengan sumber kewangan yang ada, maka badan sukan boleh mendapatkan jurulatih-jurulatih yang berkebolehan tinggi. Mendapatkan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai untuk meningkatkan kualiti latihan. Mempertingkatkan kejayaan ahli-ahli sukan.BERKEMAMPUAN UNTUK MENDAPAT JURULATIH DARI LUAR NEGARA YANG BERKEBOLEHAN TINGGI

MEMBINA STADIUM PROGRAM 1 SUKAN 1 MURIDDasar 1 Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Apabila terdapat pertandingan yang melibatkan pertandingan antarabangsa seperti sukan ASEAN, ahli politik akan dihantar ke luar negara untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara akan membantu badan sukan dalam negara untuk mendapatkan maklumat baru bagi meningkatkan prestasi atlet. HUBUNGAN DIPLOMATIK GANJARANMeraikan kejayaan atlet dalam bidang sukan yang diceburinya.Berkongsi kejayaan dengan rakyat Malaysia

KESAN NEGATIF POLITIK DAN SUKANTerdapat sesetengah ahli politik yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Sukan dan Belia bagi memonopoli. Jawatan- jawatan tersebut untuk mempopularkan nama mereka dan digunakan untuk membantu mereka mendapatkan undian semasa pilihan raya umum.

Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan sukan akan menjejaskan penumpuan mereka dalam pentadbiran. Menjejaskan persatuan kerana pemimpin sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik.Sesetengah persatuan terjejas kerana urusan politik dicampur adukan dengan urusan persatuan sukan.

Penyertaan politik dalam pengurusan sesebuah persatuan sukan boleh mengurangkan tumpuan dan komitmen untuk memajukan persatuan sukan.

SUKAN OLIMPIK DIPOLITIKKAN Pasukan bola sepak negara kita tidak berpeluang menyertai Sukan Olimpik di Moscow 1980, walau pun telah layak. Hal ini disebabkan Malaysia menyertai Asia Barat untuk memboikot sukan global itu atas alasan Soviet Union telah menyerang Afghanistan.Sebagai balasannya sekutu-sekutu Soviet pula memboikot Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles kerana membantah pemulauan sukan itu di Moscow empat tahun sebelumnya.Iran di bawah rejim agama telah memboikot kedua-dua sukan itu atas alasan kuasa-kuasa besar telah campur tangan dengan hal-ehwal dunia, termasuk di negara-negara Asia BaratKeadaan ini menyebabkan organisasi dan kejohanan sukan menjadi tidak teratur. Hal ini memudaratkan prestasi sukan negara untuk melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama negara. TAMAT