esaimen integriti

Upload: fairuzah-nashihin

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    1/18

    1

    1.0 Pendahuluan

    Profesion perguruan merupakan sebuah kerjaya atau profesion yang berbeza

    dengan kerjaya professional yang lain dimana guru merupakan individu yang terlibat

    dengan masyarakat yang mendidik dan membina tamadun masyarakat. Menurut Ismail

    Sidek (2009), hanya guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti mampu

    menyediakan generasi modal insan kelas pertama. Oleh itu, penerapan nilai integriti

    dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan guru dapat menjalankan

    tangunggjawabnya dengan penuh amanah, bersistematik dan dedikasi.

    2.0 Konsep Integriti

    Menurut Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd Noah, Amini

    Amir Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah

    (2005), Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan

    teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya

    terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai

    kecemerlangan diri dan organisasi .

    Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,2004), integriti adalah kualiti unggul yang

    wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah

    berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharian.

    Manakala menurut Widang & Fridlund (2004), Integriti merupakan konsep

    penting dalam pentaakulan etika kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan

    pengukuhan etika yang baik.

    Daripada tiga definisi yang telah diberikan, dapatlah kita simpulkan bahawa

    integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan

    amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin dengan

    penuh kesungguhan dan komitmen disamping berpegang teguh dengan nilai-nilai murni

    dan etika sebagai seorang guru.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    2/18

    2

    Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), menyatakan bahawa integriti guru

    melibatkan keselarasan antara apa yang diperkatakan oleh guru berkenaan dengan

    apa yang dikotakannya. Keselarasan ini pula melibatkan antara tindakannya dengan

    prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan antara kepntingan diri

    dengan kepentingan umum, ini bermakna apa yang perlu dilakukan oleh seorang guru

    itu perlulah cepat, tepat, dan bermutu.

    Noriati A. Rashid, Boon Poong Yang dan Wong Kiet Wah (2010) merumuskan

    bahawa integriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan

    dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi. Oleh itu

    setiap guru dilarang sama sekali untuk melanggar Kod Etika Profesion dan piagam

    pelanggan demi mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan sistematik.

    Menurut Institut Integriti Malaysia (2004) pula, seorang penjawat awam tidak

    wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau

    kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain

    memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak

    yang lain. Maka, jelaslah disini bahawa tanggungjawab seorang guru amat berat dalam

    mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan sebuah

    generasi yang berguna kepada bangsa, agama, masayarakat dan negara kita.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    3/18

    3

    3.0 Kepentingan Integriti

    Sebagai seorang bakal guru buat generasi muda zaman millenium ini, integriti amat

    penting buat saya. Saya akui dan akur bahawa saya perlu menanam dan memupuk

    integriti guru dalam diri saya sebelum saya benar-benar keluar dari kampus dan

    bergelar seorang guru di sekolah. Berikut merupakan hujah bagi menyokong penyataan

    saya bahawa integriti adalah sangat penting:

    3.1 Kewibawaan Profesion Keguruan

    Sejak dahulu lagi, profesion keguruan adalah sebuah profesion yang disanjung

    tinggi oleh masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013),masyarakat menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal.

    Oleh itu, seseorang guru perlu sentiasa berintegriti walau di mana jua mereka

    berada sama ada berada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.

    Di sekolah guru perlulah menjalankan tugas utamanya sebagai guru iaitu

    mengajar murid-muridnya dengan baik dan memastikan kewibawaannya sebagai

    seorang guru terserlah. Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima oleh

    murid akan dipersoalkan kesahihannya sekiranya kewibawaan profesion

    keguruan itu sendiri telah tercalar. Sebagai contoh, guru yang tidak berintegriti

    seperti selalu datang lewat ke sekolah, tidak masuk ke kelas, tidak menyiapkan

    tugasan-tugasan yang diberi oleh pihak sekolah dan terlibat pula dengan jenayah

    seperti rasuah dan lain-lain, maka kewibawaannya sebagai guru akan

    dipersoalkan oleh ibubapa dan masyarakat. Mana mungkin seorang guru

    mempunyai sikap dan tingkah laku sedemikian? Ini adalah kerana profesion

    keguruan di lihat sebagai sebuah profesion yang sangat mulia. Ketinggian

    profesion ini telah disebut oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda: Orang

    yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di

    laut memohon keampunan Allah untuknya.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    4/18

    4

    Oleh itu, sebagai seorang guru yang dipandang tinggi dan mulia oleh

    masyarakat, kita perlulah membina keperibadian yang mulia dan tidak

    melakukan apa-apa perkara yang melanggar etika dengan kata lain, seorang

    guru perlu berintegriti tinggi agar kewibawaannya di mata masyarakat tidak

    terjejas atau tercalar sama sekali.

    3.2 Merialisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Di zaman globalisasi yang penuh mencabar ini, negara amat memerlukan modal

    insan yang berkualiti yang akan menggalas misi dan visi negara. Oleh itu adalah

    menjadi tanggungjawab guru untuk melahirkan modal insan yang berkualiti

    dalam memenuhi kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    (FPK) iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial (JERIS). Bagi mencapai matlamat ini guru perlulah

    melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab berlandaskan dasar integriti

    yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

    Menurut Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhamad Khusairi

    jusoh (2012), guru bertanggungjawab untuk mendidik murid sebagai persediaan

    mereka mengharungi kehidupan pada masa hadapan. Oleh itu, guru perlulah

    komited dan penuh dedikasi dalam mendidik anak bangsa bagi melahirkan

    modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    Ketahuilah bahawa tugas ini bukanlah mudah, guru perlu mengetepikan

    kepentingan dirinya, berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta sentiasa

    menjaga integriti dan nama baik. Sebagai contoh, guru yang berintegriti akan

    sentiasa memikirkan yang terbaik buat murid-muridnya. Maka guru tersebut akan

    berusaha bersungguh-sungguh dan sehabis baik dalam mendidik semua murid-

    muridnya menjadi murid yang cemerlang dan seterusnya melahirkan insan yang

    seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    5/18

    5

    3.3 Sebagai Dorongan Dalaman

    Srihanasham Noordin Asmar (2008) dalam artikelnya Integriti Intipati Penting

    Jaya PIPP yang dimuatkan di dalam Majalah Pendidik menyatakan bahawa

    dalam teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu teras

    Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti adalah dorongan dalaman supaya

    guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta

    berusaha meningkatkan keupayaan diri.

    Dorongan dalaman atau motivasi intrinsik merupkan salah satu jenis

    motivasi yang telah banyak dibuat kajian mengenainya dan ianya merupakan

    faktor penting dalam pembangunan dan pendidikan. Ini bertepatan dengan

    pendapat Deci & Ryan (2000) yang menyatakan motivasi intrinsik telah muncul

    menjadi fenomena yang penting kepada para pendidik. Motivasi intrinsik atau

    dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas

    kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati.

    Dengan adanya integriti guru seperti sifat ikhlas, amanah, telus, sabar dan

    sebagainya, ia sebenarnya menjadi pendorong kepada kepada diri seorang guru

    tersebut untuk menjalankan semua tugasnya dengan rela hati tanpa dipaksa,

    melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan bersungguh-

    sunggu dan bukannya caca-merba kerana ia sendiri lahir dari dirinya. Dorongan

    dalaman itulah yang menjadikan dirinya begitu bersemangat dalam melalui

    kehidupannya sebagai seorang guru dan dirinya sendiri sedar bahawa

    tanggungjawab yang dipikulnya itu wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Apabila

    timbulnya kesedaran ini dalam diri, maka tidak akan berlakulah masalah

    pelanggaran kod etika dalam kalangan guru dan secara tidak langsung ia

    menunjukkan bahawa guru yang berintegriti ini mempunyai satu dorongan

    dalaman yang luar biasa kerana ia bermula dari hatinya yang bersih.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    6/18

    6

    Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

    "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik,

    maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan

    kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang

    dimaksudkan ini adalah hati."

    3.4 Memberi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Terbaik Buat Pelajar

    Sebagai mana yang kita ketahui bahawa tanggungjawab guru yang utama

    adalah mengajar dan mendidik murid-muridnya iaitu melaksanakan sesi

    pengajaran dan pembelajaran (P&P). Adalah menjadi tangunggjawab seorang

    guru untuk memberikan yang terbaik buat semua muridnya.

    Menurut Noriati A. Rashid, Boon Poong Yang dan Wong Kiet Wah (2010),

    guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang

    P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas

    pertama. Mahmud Khalifah dan Usamah Quthub (2011), pula mengatakan

    bahawa seorang guru memerlukan perencanaan untuk melaksanakan tugas-

    tugasnya dengan baik. Sebagai contoh, guru yang berintegriti akan membuat

    perancangan yang teliti sebelum sesi P&P. Mereka akan memastikan semua

    murid mendapat yang terbaik sama ada dari sudut isi pengajaran, bahan bantu

    mengajar, latihan, penilaian dan sebagainya.

    Selain itu, dengan membuat peracangan yang baik untuk sesi P&P, guru

    bukan sahaja dapat memberikan pengajaran yang terbaik buat murid-muridnya

    bahkan guru tersebut dapat mengajar dengan tenang tanpa stress. Ini adalah

    hasil daripada sifaat ikhlas dan sabar para guru dalam mendidik murid-muridnya.

    Oleh itu, seorang guru yang berintegriti pastilah akan bekerja dengan niat yang

    ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap murid, maka tidak

    mustahillah murid-muridnya akan memperolehi didikan yang terbaik.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    7/18

    7

    3.5 Guru Sebagai Pembentuk Nilai

    Antara peranan guru yang utama adalah guru berperanan sebagai pembentuk

    nilai dan secara langsung menjadi role model kepada para murid. Menurut

    Ragbir Kaur (2007) guru harus membentuk para murid untuk memiliki akhlak

    yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Oleh itu, seorang guru

    seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang

    baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan

    sempurna.

    Segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh kepada anak didiknya.

    Oleh itu, guru yang berintegriti yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri

    secara tidak langsung nilai-nilai tersebut akan diterapkan dalam jiwa murid sama

    ada melalui pengajaran atau melalui contoh teladan yang mereka tunjukkan di

    luar kelas.

    Bagaimana mungkin seorang guru yang tidak bermoral atau tidak memiliki

    nilai-nilai murni dalam dirinya dapat membentuk nilai yang baik buat para

    muridnya? Bak kata pepatah arab, seseorang itu tidak dapat memberikan

    sesuatu yang dia tidak memilikinya. Oleh itu, sebagai seorang guru hendaklah

    sentiasa menjaga tingkah laku dan peribadinya kerana sesungguhnya sahsiah

    seorang guru itu sentiasa menjadi perhatian semua sama ada di sekolah

    mahupun di luar kawasan sekolah kerana martabat seorang guru amat tinggi di

    sisi masyarakat.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    8/18

    8

    4.0 Cara-Cara Untuk Meningkatkan Amalan Guru Yang Berintegriti Dalam

    Kehidupan Seharian.

    Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), Pihak Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai perancangan untuk membolehkan

    guru melaksanakan tugas dengan penuh integriti. Sebenarnya terdapat banyak

    cara yang boleh diusahakan oleh seseorang guru itu sendiri dalam meningkatkan

    integriti guru. Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan amalan guru

    yang berintegriti dalam kehidupan seharian.

    4.1 Melaksanakan Tugas Dengan Sepenuh Keikhlasan

    Segala perbuatan atau perlakuan hendaklah bermula dengan niat yang ikhlas.

    Pekerjaan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh rasa keinsafan

    akan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang diberikan sudah tentu

    akan membuahkan hasil yang cemerlang. Integriti hendaklah bermula dalam diri

    kita kerana kita takutkan Tuhan. Ia merupakan amalan kita semua kerana

    apabila kita ingin melakukan sesuatu untuk diri dan keluarga kita, niat kita sudah

    tentulah untuk melakukan yang terbaik. Ini adalah untuk memastikan supaya

    nama baik kita dan keluarga tidak tercemar. Imej diri, keluarga malahan

    perkhidmatan awam akan tercemar sekiranya ada penjawatnya yang bersikap

    tidak bertanggungjawab mengenepikan tanggungjawab awam dan tidak jujur di

    dalam tindak tanduknya.

    Justeru itu, melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan merupakan

    kualiti pendidik yang pertama. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana

    Allah S.W.T akan menjadikan seorang guru itu menjalankan tanggungjawabnya

    dengan sebaik mungkin. Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat keredhaan

    Allah dan diserahkan kepadaNyauntuk dinilai.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    9/18

    9

    Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5, maksudnya:

    "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada

    Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadaNya".

    Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa

    keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-nunjuk

    kepada orang ramai. Sebagai contoh, lihat sahaja keikhlasan para yang

    mengajar di kawasan pedalaman. Kisah mereka sering dipaparkan di akhbar dan

    ditayangkan di kaca televisyen. Mereka terpaksa berjalan kaki, menaiki sampan

    malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka

    adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang, gemilang dan

    terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.

    Sebaliknya, seseorang yang tidak berintegriti, setiap perlakuannya atau

    perbuatannya akan diketahui orang akhirnya sebagai lakonan semata-mata dan

    tidak mencerminkan keikhlasan. Semua tindakan kita hendaklah lahir dari hati

    yang tulus dan ikhlas supaya apa yang dilakukan akan membuahkan hasil yang

    terbaik dan mendapat keberkatan. Bagi melahirkan guru yang berintegriti perlu

    dipastikan kita sentiasa berpegang teguh kepada prinsip semasa melaksanakan

    tugas yang diamanahkan dengan tidak menyeleweng dari peraturan dan kod

    etika yang telah ditetapkan. Kita perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-

    sungguh dan dengan betul sehingga berpuas hati bahawa kerja yang dibuat itu

    terbaik dan sempurna tanpa berasa bersalah kerana telah menipu, mencuri atau

    menyembunyikan sesuatu.

    4.2 Sentiasa Berusaha Menjadi Role Model Yang Terbaik

    Guru seharusnya menjadi role model yang terbaik bukan sahaja buat para

    pelajarnya tapi juga untuk masyarakat. Mempunyai pekerti mulia seperti yang

    terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Di samping itu, ini melambangkan

    akhlak guru yang baik. Ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk guru

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    10/18

    10

    mendekati para pelajar. Sesungguhnya guru yang ikhlas, prihatin, ramah serta

    sopan santun merupakan salah satu daya penarik untuk membolehkan

    seseorang pelajar mendekati pendidik itu. Justeru, ungkapan guru sebagai role

    model oleh masyarakat adalah amat sesuai. Guru yang ikhlas mampu

    melahirkan modal insan yang sempurna dan seimbang daripada pelbagai aspek.

    Seandainya pendidik itu sendiri yang pincang, maka sesuailah dengan pepatah

    ini, kalau guru kencing berdiri, tidak hairanlah jika murid kencing berlari .

    Guru yang bertindak sebagai ibu dan bapa di sekolah haruslah

    menunjukkan contoh teladan kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, mereka

    perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan pelajar yang

    berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la yang

    bermaksud,

    "Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia

    dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang

    manis dan berbudi pekerti.

    Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia

    sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan

    kejelekan. Janganlah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Lihat

    sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru

    terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia.

    Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak

    menunjukkan contoh yang baik. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjadi

    contoh teladan yang baik buat murid di sekolah dan buat masyarakat apabila

    berada di luar sekolah.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    11/18

    11

    4.3 Sentiasa Menambah Ilmu Pengetahuan

    Dalam era ledakan teknologi maklumat, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan

    menjadi semakin mendadak. Guru-guru perlu dan harus sentiasa

    mengemaskinikan serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.

    Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad dan

    Zuraidah A. Majid (2010), Guru harus meningkatkan perkembangan

    profesionalismenya selain mengemas kini maklumat agar standing dengan arus

    perkembangan maklumat yang pesat.

    Menurut Mok Song Sang (2007), Profesor Syed Muhammad al-Atas

    menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa

    penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Seorang guru perlulah

    mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya atau

    terlibat dalam sumbangsaran atau bertukar fikiran serta mencari pengalaman

    baru (Raghbir Kour (2007)).

    Guru adalah sangat digalakkan agar mendalami ilmu sebanyak mungkin

    terutamanya dalam pengkhususan mereka supaya dapat menyebarkan ilmu

    kepada para murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Oleh

    yang demikian, guru perlulah membaca sebanyak mungkin buku-buku yang

    berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi

    dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar disamping sentiasa

    berusaha untuk meningkatkan peristasi kerja dengan menyertai seminar

    pendidikan, dan menghadiri khursus dalam perkhidmatan, merancang dan

    melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif

    pelajaran yang maksimum. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru yang

    mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi akan dapat menyampaikan danmemindahkan ilmu dengan baik disamping meninggikan adab murid, serta

    memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

    Dengan bertambahnya ilmu pengetahuan guru, secara tidak langsung

    integriti guru dapat dipupuk dan disemai dalam diri guru tersebut. Sebagai

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    12/18

    12

    contoh, guru yang celik mindanya pasti tidak akan melanggar etika-etika guru

    mahupun melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan dirinya

    seperti pecah amanah, tidak melaksanakan tugas yang diberikan dan

    sebagainya. Bahkan dengan bertambah ilmu seseorang guru maka akan

    bertambah terserlah kewibawaannya sebagai seorang guru.

    4.4 Sentiasa Bersifat Pengasih Dan Penyayang

    Rasulullah SAW adalah tokoh yang seharusnya dicontohi dan wajib menjadi

    ikutan dan teladan para guru dalam memupuk sifat pengasih dan penyayang.

    Lihatlah bagaimana ketika Rasulullah berdakwah di Thaif, kota yang terdekatdengan Makkah. Dakwah yang dilakukan oleh beliau tidak dipedulikan oleh

    orang-orang Thaif, namun mereka juga tidak membiarkan Rasulullah SAW pergi

    dengan tenang dan aman. Mereka melempari baginda dengan batu, kayu,

    kotoran dan apa saja yang ada di sekitar mereka. Pengusiran dan penghinaan ini

    begitu dahsyat bahkan membuat tubuh Rasulullah SAW berdarah-darah. Dalam

    perjalanan pulang tersebut beliau menjumpai suatu tempat yang dirasa aman

    untuk beristirahat dan tidak terganggu lagi dengan orang-orang jahat dari Thaif

    tersebut. Disana baginda ditawarkan oleh malaikat Jibrail untuk menghapuskan

    sahaja penduduk Thaif dengan melemparkan gurung kepada mereka. Namun

    dengan sifat baginda yang pengasih dan penyayang baginda telah menolaknya

    dan berkata kepada malaikat Jibril:

    Walaupun mereka menolak ajaran Islam, aku berharap dengan kehendak Allah,

    keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah

    kepadaNya.

    Maka pada hari itu Thaif tidak jadi dihancurkan. Atas izin Allah, penduduk

    Thaif telah memeluk agama Islam bahkan sebelum wafatnya Rasulullah SAW.

    Begitulah seharusnya para guru. Guru yang berintegriti akan

    melaksanakan tugasnya dengan amanah, penuh keperihatinan serta penuh

    kasih sayang terhadap muridnya. Dengan sifat pengasih dan penyayang inilah

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    13/18

    13

    akan lahirnya kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani masalah

    yang dihadapi oleh muridnya. Sifat pengasih dan penyayang ini juga hendaklah

    diberikan sama rata tanpa memilih kasih antara murid-murid. Sebagai contoh,

    sebagai seorang guru hendaklah mengasihi dan menyayangi semua muridnya

    dengan tidak mengira kaum atau sebab-sebab yang lain seperti murid nakal,

    murid bermasalah, murid selekeh dan sebagainya. Semua murid adalah sama.

    Semua murid perlu dicurahkan kasih sayang dan perlu didikan yang sama.

    4.5 Sentiasa Muhasabah dan Refleksi Diri

    Muhasabah atau refleksi merupakan amalan berfikir atau merenung kembalisesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri

    kita. Budaya muhasabah dan refleksi diri ini adalah suatu usaha yang bermakna

    dalam kalangan guru.

    Melalui refleksi, seorang guru dapat menilai hasil perancangan dan

    strategi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, guru tersebut juga

    dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahannya. Amalan membuat refleksi

    atau muhasabah diri ini dapat membantu seorang guru menjadi guru yang

    profesional dan berkesan dan seterusnya membentuk integriti guru. Sebagai

    contoh dalam P&P, jika ada objektif yang tidak tercapai maka seorang guru

    tersebut haruslah membuat refleksi dan muhasabah diri kembali apakah

    kekurangan dalam P&P pada hari tersebut agar kesalahannya itu tidak berulang

    pada masa akan datang dan seterusnya dapat menambah baik mutu Pengajaran

    dan Pembelajaran.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    14/18

    14

    5.0 Rumusan

    Tugas seorang guru mengandungi beban tanggungjawan yang sangat penting. Guru

    adalah merupakan antara individu penting yang bakal mencorak masa depan negara.

    Ini adalah kerana guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan

    pembentuk generasi akan datang.

    Seorang guru hendaklah mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan

    tugas-tugasnya. Integriti adalah sangat penting buat mereka yang bergelar guru. Antara

    kepentingan integriti adalah ia sebagai bukti kewibawaan profesion keguruan yang

    sememangnya dipandang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat, merialisasikan

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan modal insan yang

    seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intekek dan sosial, sebagai dorongan

    dalaman untuk guru melaksanakan segala amanah yang diberikan, integriti mendorong

    guru memberi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat pelajar dan yang terakhir

    adalah guru sebagai pembentuk nilai.

    Dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang sebagai seorang guru. Guru

    perlulah membina integriti dalam diri mereka. Terdapat banyak cara untuk

    meningkatkan integriti guru dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah melaksanakan

    tugas dengan sepenuh keikhlasan, sentiasa berusaha menjadi role model yang terbaik,

    sentiasa menambah ilmu pengetahuan, sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dan

    yang terakhir sentiasa muhasabah dan refleksi diri. Semoga dengan mengamalkan

    perkara-perkara tersebut dalam kehidupan sebagai seorang guru dapat meningkatkan

    integriti seterusnya melahirkan generasi pelapis negara yang cemerlang, gemilang dan

    terbilang.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    15/18

    15

    Bibliografi

    Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhamad Khusairi jusoh (2012). Asas

    Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind

    Horizon Sdn. Bhd.

    Deci, E. L., Koestner, R., & Ryan, R. M. (2000). Extrinsic rewards and intrinsic

    motivation:Clear and reliable effects. Unpublished manuscript, University of

    Rochester.

    Institut Integriti Negara (2004), Pelan Integriti Negara. Kuala Lumpur: Kementerian

    Jabatan Perdana Menteri.

    Ismail Sidek (2009).The understanding and implementation of values educations.Jurnal

    Pendidik Dan Pendidikan.13 :86-98.

    Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah,Amini Amir Abdullah,

    Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah (2005).

    Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti.

    Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, Universiti Teknologi

    Malaysia di Hotel Sofitel,Senai,Johor Bahru. 2-3 Februari.

    Mahmud Khalifah dan Usamah Quthub (2011). Menjadi Guru Yang Dirindu. Kuala

    Lumpur: SynergyMedia.

    Mok Song Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional

    keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    16/18

    16

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad dan Zuraidah A.

    Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan Guru dan

    Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Ragbir Kaur (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan

    Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Srihanasham Noordin Asmar (2008, Desember). Integriti Intipati Penting Jaya PIPP.

    Majalah Pendidik. 28-33

    Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2013). Asas Kepimpinan

    & Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Widang,I. & Fridlund, B.(2004). Self-respect,dignity and confidencr:conceptions of

    integrity among male patients. Journal of Advanced Nursing. 42(1), 47-50.

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    17/18

    17

    Refleksi

    Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan terhadap Allah kerana saya

    dapat menyiapkan kerja kursus bagi subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan

    Profesional Guru. Saya berasa lega kerana dapat menghantar tugasan ini tepat pada

    masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan iaitu

    dua orang satu kumpulan atau secara individu. Saya memilih untuk membuat tugasan

    ini secara individu kerana pada pendapat saya soalan tugasan ini lebih kepada

    pendapat seseorang dan di samping itu saya juga memilih untuk membuat tugasan ini

    secara individu atas beberapa faktor yang lain antaranya adalah kengkangan waktu

    untuk berbincang dan bersama jika ingin melaksanakan tugasan ini secara

    berkumpulan.

    Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini.

    Antaranya ialah kekangan masa. Saya terpaksa membahagikan masa untuk

    menyiapkan tugasan ini dan juga tugasan lain kerana pada semester akhir ini terdapat

    beberapa tugasan yang kami terima pada masa yang sama. Ini sedikit member tekanan

    kepada saya dan juga rakan-rakan. Namun, saya tetap berjaya melaksanakan tugasan

    ini dengan membuatnya perlahan-lahan dan berperingkat. Saya memilih untuk

    membuat tugasan ini sedikit demi sedikit dan akhirnya saya berjaya menyiapkan

    tugasan ini pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

    Selain itu juga, soalan tugasan kali ini amat mencabar bagi saya kerana ia

    berbentuk pendapat. Pada mulanya, setelah menerima taklimat untuk melaksanakan

    tugasan ini, saya telah membaca berulang kali soalan tugasan ini. Saya baca dan

    kemudian berfikir. Tugasan ini merangkumi dua soalan. Soalan pertama meminta

    pendapat adakah integriti itu penting dan perlu disertakan hujah-hujah yang bernas.

    Pada awalnya saya agak keliru dan tiada idea untuk melaksanakan tugas ini

    sehinggalah saya mengambil keputusan untuk sama-sama berbincang dengan rakan

    bagaimana cara terbaik untuk menjawab soalan ini. Hasil perbincangan dengan

    beberapa orang rakan, saya telah membuat draf ringkas berkaitan dengan kehendak

  • 7/27/2019 esaimen integriti

    18/18

    18

    soalan. Alhamdulillah, akhirnya saya tidak lagi berada di awang-awangan seperti

    sebelum ini.

    Pada pendapat saya, tugasan yang berbentuk pendapat seperti ini sangat bagus

    untuk diberikan kepada pelajar. Kerana melalui tugasan seperti inilah dapat dinilai

    ditahap mana kefahaman pelajar tersebut secara keseluruhan terhadap tajuk yang

    dipelajari atau kursus yang diambil. Disamping memerlukan seseorang pelajar berfikir

    sendiri dengan jawapan masing-masing serta mempertahankannya dengan hujah-hujah

    tersendiri. Selain itu, melalui tugasan ini juga saya belajar bagaimana untuk menyokong

    pendapat saya dengan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan.

    Merujuk kepada tugasan ini, saya menyokong bahawa integriti guru adalah

    sangat penting. profesion guru yang dulunya dipandang tinggi kini mula dipandang

    rendah oleh masyarakat disebabkan wujudnya sebahagian kecil guru-guru di sekolah

    yang tidak mengamalkan integriti dalam kehidupan mereka sebagai seorang guru. Hal

    ini dapatlah digambarkan bak kata perumpamaan Melayu kerana nila setitik, rosak

    susu sebelanga. Namun, ada juga dalam kalangan guru yang setia mengamalkan

    integriti sebagai seorang guru pendidik. Guru seperti ini yang dihormati dan kekal

    diingati hingga ke akhir hayat.

    Akhirnya, saya berharap dapat memupuk integriti dalam diri sedari sekarang bagi

    mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru kelak. Semoga segala apa yang saya

    pelajari daripada kursus ini akan dapat saya gunakan dan praktikan di masa akan

    datang dalam mendepani cabaran semasa terhadap kepimpinan guru itu sendiri.

    Semoga saya dan rakan-rakan dijauhkan daripada segala faktor-faktor yang boleh

    merosak integriti. Saya juga bercadang dan berharap saya dapat menghadiri seminar-

    seminar atau program-programm anjuran kementerian pelajaran atau kerajaan untuk

    meningkatkan lagi integriti dalam diri selain daripada memupuk nilai-nilai murni dalamamalan seharian sebagai seorang guru. Semoga dengan integriti yang tinggi dalam diri

    semua guru, profesion perguruan tetap menjadi sanjungan masyarakat tanpa

    dicacatkan oleh segelintir guru yang hilang integritinya.