esaimen pkk fitri

25
1.0 PENDAHULUAN Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus ialah teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Pemerolehan bahasa bagi kanak-kanak merujuk kepada cara bahasa itu dapat dikuasai oleh seseorang kanak- kanak. Para ilmuwan berbeza-beza dalam memberikan definisi kepada terma ini. Mangantar Simanjuntak mendefinisikan pemerolehan bahasa (language acquisition) sebagai proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Semenjak dilahirkan, kanak-kanak dikatakan mampu menganalisis, membuat dan merumus sesuatu peraturan bahasa. Walau bagaimanapun, mereka sekadar menyesuaikan rumus yang terkandung dalam nahu universal 1

Upload: muhammad-kamil

Post on 20-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANPerkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus ialah teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Pemerolehan bahasa bagi kanak-kanak merujuk kepada cara bahasa itu dapat dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Para ilmuwan berbeza-beza dalam memberikan definisi kepada terma ini. Mangantar Simanjuntakmendefinisikan pemerolehan bahasa (language acquisition) sebagai proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Semenjak dilahirkan, kanak-kanak dikatakan mampu menganalisis, membuat dan merumus sesuatu peraturan bahasa. Walau bagaimanapun, mereka sekadar menyesuaikan rumus yang terkandung dalam nahu universal dan nahu bahasa pertamanya. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya.

Siti Hajar Abdul Azizpula menerangkan pemerolehan bahasa merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa. Secara umumnya, kita mengakuibahawa semua bayi yang sihat memperoleh bahasa dengan mudah pada tahun pertama dalam hidup mereka, dan pendapat ini diterima hampir semua kebudayaan dan masyarakat.Terdapat dua istilah yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa iaitu bahasa pertama yang merujuk kepadaperkembangan bahasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan kanak-kanak dan orang dewasa.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF2.1 Teori Perkembangan Jean Piaget Kajian perkembangan kognitif ini dijalankan untuk mengenalpasti perkembangan kognitif kanak-kanak sama ada selari atau tidak dengan teori-teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi. Kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, Kelantan. Seramai 4 orang murid yang berumur antara 7-12 tahun telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan responden tersebut dibuat setelah pemerhatian dan pengenalpastian latar belakang murid dan pencapaian dalam akademik. Sebagai analisa, 4 orang responden telah tersebut telah menjalani ujian konservatif Piaget untuk melihat perkembangan kognitif mereka. Antara ujian yang dijalankan ialah seperti ujian duit syiling, ujian tali dan ujian air. Alasan yang dikemukan oleh responden direkodkan untuk melihat perbezaan kognitif responden mengikut perbezaan umur. 2.1.1 Pengenalan Ujian Konservatif Piaget Setiap resonden melaksanakan tiga jenis ujian konservatif Piaget yang terdiri daripada ujian duit syiling, ujian tali dan ujian air. Terdapat tiga stesen yang berlainan yang mempunyai jenis ujian yang berbeza. Bagi ujian pertama iaitu ujian duit syiling prinsip transformasi telah digunakan. Duit syilng telah disusun secara sama banyak pada permulaan uji kaji dan kemudian keadaan duit syiling itu telah ditransformkan dalam keadaan yang lain tanpa menambah bilangan duit syiling tersebut. Responden telah ditanya adakah bilangan duit syiling selepas diselerakkan sama bilangannya dengan jumlah duit syiling sebelum diselerakkan.Bagi ujian yang kedua pula iaitu ujian tali, proses transformasi juga digunakan. Bagi ujian ini, dua tali yang sama panjang diguakan. Pada permulaan ujian ini, kedua-dua tali yang sama panjang itu diletakkan di atas meja secara lurus dan responden mengealpasti sama ada panjang kedua-dua tali itu sama atau tidak. Setelah itu, salah satu tali telah ditransformkan iaitu diubah bentuknya agar menjadi sedikit bengkok. Ujian ketiga yang dijalankan pula ialah ujian isipadu air. Dalam ujian ini, dua bekas air digunakan dan dilabel sebagai bekas A dan bekas B. Kedua-dua bekas tersebut mempunyai saiz dan ketinggian yang sama. Dalam situasi A, responden ditanya sama ada kedua-dua bekas tersebut mempunyai isipadu air yang sama banyak atau tidak. Selepas responden memberikan jawapan mereka, transformasi akan dilakukan. Transformasi dibuat dengan menggantikan bekas B dengan bekas yang mempunyai saiz dan ketinggian berbeza yang ditandai dengan bekas C. Semasa melakukan tranformasi ini, responden memerhatikan prosedur tersebut. Bekas A dan C diletakkan secara bersebelahan dan responden akan ditanya semula adakah isipadu air antara kedua-dua bekas sama atau tidak. Setiap jawapan yang diberikan oleh responden direkodkan dalam boring ujian yang telah disediakan. Kemudian setiap jawapan yang diberikan oleh responden diulas dan dibincangkan berdasarkan setiap ujian sama ada selari atau tidak selari dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang dikemukan oleh Jean Piaget.2.1.2 Data Responden Ujian Perkembangan Kognitif Peringkat Operasi Konkrit dan PerbincanganRESPONDEN PERTAMA (PERINGKAT OPERASI KONKRIT)Nama murid: Wan Muhammad Hazim bin Wan RoslanUmur : 8 tahunTahun : 2Tahap : 1

RESPONDEN KEDUANama murid: Muhammad Zafri Haziq bin Muhd FadzilUmur : 8 tahunTahun : 2Tahap : 1

Jenis Ujian Konservatif PiagetJawapan yang diberikan oleh responden

Ujian duit syilingJumlah duit syiling dalam kawasan A dan kawasan B adalah tidak sama kerana bilangan duit berkurangan.

Ujian tali Panjang tali A dan tali B adalah tidak sama kerana tali B kelihatan lebih pendek berbanding tali A.

Ujian AirSituasi A:Isipadu air dalam bekas A dan B sama banyak.Situasi B:Isipadu air dalam bekas A dan C tidak sama banyak kerana air dalam bekas C sudah menjadi sedikit.

2.1.3 Perbincangan Responden Pertama dan KeduaResponden pertama dan kedua telah menjalani ketiga-tiga ujian berdasarkan ujian konservatif Piaget iaitu ujian duit syiling, ujian tali, dan ujian isipadu air. Segala jawapan dan alasan yang diberikan oleh responden pertama dan kedua telah direkodkan. Alasan yang telah diberikan oleh responden pertama dan kedua yang berusia 8 tahun dalam ujian duit syiling ini ialah bilangan duit syiling selepas kedudukannya adalah tidak sama dengan sebelum diubah kerana bilangan duit berkurangan. Keadaan ini membuktikan responden pertama dan kedua tidak berupaya berfikir secara logik dan rasional. Hal ini sekaligus bertentangan teori yang dikemukan oleh Jean Piaget di mana beliau menyatakan pada peringkat umur operasi konkrit (7-12 tahun) kanak-kanak berupaya berfikir secara rasional dan logik. Ciri ini dikenali sebagai centred atau pemusatan. Menurut Piaget juga, pada peringkat ini kanak-kanak telah menguasai proses transformasi yang telah dijalankan ke atas dirinya. Oleh itu, tahap perkembangan responden adalah rendah kerana tidak mampu mengingati semula peristiwa yang sudah berlaku dan tidak boleh membanding dua peristiwa yang telah berlaku. Perkara yang sama telah berlaku ke atas responden pertama dan kedua di mana bagi ujian tali responden tidak menguasai proses transformasi yang telah dilakukan. Responden pertama dan kedua telah yang berusia 8 tahun telah memberikan jawapan bahawa apabila kedua-dua tali itu diletakkan dalam keadaan yang lurus, panjang kedua-dua tali itu adalah sama. Namun, apabila tali tersebut ditransformkan menjadi sedikit bengkok, jawapan yang telah diberikan oleh responden pertama dan kedua ialah panjang tali A dan B tidak lagi sama kerana tali B kelihatan lebih pendek berbanding tali A. Berdasarkan jawapan yang diberi, responden pertama dan kedua tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi yang telah dilakukan terhadap tali tersebut kerana mereka melihat pembengkokan tali tersebut sebagai ukuran yang baharu dan bukan ukuran tali yang lama. Alasan yang diberikan oleh responden bertentangan dengan teori yang dikemukan oleh Piaget di mana beliau menyatakan bahawa pada peringkat umur 7-12 tahun kanak-kanak mampu melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi. Kanak-kanak hanya mampu memerhati satu keadaan sahaja pada satu-satu ketika. Bukti yang dapat ditunjukkan di sini ialah responden pertama dan kedua tidak berkebolehan untuk membuat perbandingan antara proses yang telah diubah dengan yang asal. Hal ini kerana kanak-kanak hanya dapat menumpukan perhatiannya kepada satu situasi sahaja dalam satu masa tertentu. Bagi ujian isipadu air pula, responden pertama dan kedua telah mengatakan bahawa jumlah air di dalam bekas C lebih sedikit berbanding jumlah yang terdapat dalam bekas A. Kenyataan ini disokong dengan pendapat yang diberikan oleh Jean Piaget iaitu kanak-kanak pada peringkat umur 7-12 tahun menguasai prinsip identiti. Prinsip identiti yang dimaksudkan ialah mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya sudah berubah. Prinsip keterbalikan juga masih tidak dikuasai oleh responden pertama dan kedua kerana responden tidak mencuba untuk menuang kembali air di dalam bekas C ke dalam bekas B semula bagi memastikan paras air sama dengan bekas A. Oleh itu, kesimpulan daripada perbincangan hasil kajian terhadap responden pertama dan kedua ialah mendapati bahawa semua ujian tidak selari dengan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget terhadap kanak-kanak peringkat umur operasi konkrit (7-12 tahun). 2.1.4 Data Responden Ujian Perkembangan Kognitif Peringkat Operasi Konkrit dan PerbincanganRESPONDEN KETIGA Nama murid: Shafiqah Aleya bt SalmiUmur : 11 tahunTahun : 5Tahap : 2

RESPONDEN kEEMPATNama murid: Nur Ayuni Athirah bt Ahmad KhairiUmur : 11 tahun Tahun : 5Tahap : 2

Jenis Ujian Konservatif PiagetJawapan yang diberikan oleh responden

Ujian duit syilingJumlah duit syiling dalam kawasan A dan kawasan B adalah sama kerana bilangan duit tidak berkurangan.

Ujian taliPanjang tali A dan tali B adalah sama kerana hanya bentuk tali yang diubah namun panjangnya tidak berubah.

Ujian AirSituasi A:Isipadu air dalam bekas A dan B adalah sama.Situasi B:Isipadu air dalam bekas A dan C tetap sama kerana air yang dituang dalam bekas C merupakan sejumlah air yang sama dalam bekas A.

2.1.5 Perbincangan Responden Ketiga dan KeempatBerdasarkan hasil kajian ketiga-tiga ujian yang telah dijalankan terhadap responden ketiga dan keempat yang berusia 11 tahun, responden telah menguasai tiga prinsip asas yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget. Tiga prinsip tersebut ialah prinsip identity, prinsip ganti rugi, dan prinsip keterbalikan. Oleh itu, ujian konservatif Piaget yang dijalankan ke atas responden ketiga dan keempat selari dengan teori yang dibuat oleh Jean Piaget. Ujian duit syiling, ujian ujian tali, dan ujian air telah dijalankan bagi mengenal pasti adakah responden kedua ini sudah menguasai ketiga-tiga prinsip asas semasa peringkat umur operasi konkrit. Hasil kajian mendapati bahawa responden ketiga dan keempat yang berusia 11 tahun dapat menguasai prinsip identiti. Hal ini kerana mereka faham sekiranya tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya sudah berubah. Sebagai bukti, alasan yang diberikan oleh responden bagi ujian syiling, tali dan air adalah sama walaupun kedudukan syiling, tali dan bentuk air dalam bekas C sudah berubah bentuk. Selain itu, responden ketiga dan keempat telah menguasai prinsip ganti rugi. Hal ini kerana jawapan yang diberikan oleh responden semasa menjalani ujian isipadu air tetap sama. Oleh itu, kesimpulan daripada hasil kajian terhadap responden ketiga dan keempat menepati teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Iaitu pada peringkat umur operasi konkrit ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai tiga konsep asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Responden juga boleh berfikir secara logik kerana sudah memahami proses transforamasi yang dilakukan. 2.2 Teori Konstruktivisme Kognitif Lev VygotskyTeori Konstruktivisme berlandasakan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori Konstruktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau Konstruktivisme. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan imu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri, tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya dan proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (Zone of Prokimal Development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif manakala Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif. Menurut Vygotsky, idea zon perkembangan prokimal ZPD ialah prestasi pelajar di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi. Ringkasnya, perbezaaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalam lingkungan zon perkembangan prokimal (ZPD) tersebut. Berdasarkan 4 orang responden, kesemua mereka bersetuju dengan idea zon perkembangan prokimal (ZPD). Kebanyakan kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Hal ini bertujuan untuk mmembantu kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Contohnya, kanak-kanak dapat mengira bilangan bentuk secara bebas dari 1 sehingga 15. Galakan berupa pujian juga diberikan sebagai ganjarab ZPD apabila kanak-kanak dapat mengira dengan betul. Kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran mengira melalui tunjuk ajar yang diberikan. Hasilnya kanak-kanak tidak lagi memerlukan panduan.3.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK BAHASA3.1 Teori Perkembangan Bahasa: Perspektif Behaviorisme

Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannyaSaya telah melakukan kajian terhadap 4 orang responden untuk menguji teori perkembangan bahasa perspektif behaviorisme. Saya mendapati kanak-kanak akan lebih terangsang dalam pembelajaran terutamanya responden pertama dan kedua apabila saya memberikan ganjaran diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain. Hal ini berbeza dengan responden ketiga dan keempat Mereka tampak biasa dan tidak teruja terhadap ganjaran. Mereka lebih bersemangat untuk meneruskan ujian setelah diberikan ganjaran berupa sedemikian. Oleh itu, kesimpulan daripada kajian terhadap responden pertama dan kedua mendapati ujian ini selari dengan teori perkembangan bahasa perspektif behaviorisme manakala responden ketiga dan keempat bertentangan dengan teori. 3.2 Perspektif InteraksionalismeTeori perkembangan bahasa kanak-kanak baru-baru ini adalah mengutamakan interaksi di antara potensi dan pengaruh alam sekitar. Teori interaksionalisme ini menekankan pembelajaran bahasa di bawah konteks social. Kanak-kanak dikurniakan kemahiran menguasai bahasa adalah pemerhati dan peserta yang melihatkan diri dalam interaksi sosial. Mengikut ahli-ahli interaksionalisme, keupayaan dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berinteraksi dengan orang lain, ersama dengan bahasa yang kaya serta alam sosial yang kondusif akan membolehkan kanak-kanak membina system komunikasi yang berkesan. Oleh kerana warisan baka dan perbezaan alam belajar, perbezaan individu akan berlaku dari aspek pembelajaran bahasa. Ketiga-tiga perspektif yang dibincangkan di atas walaupun idea perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza, boleh ditinjau sebagai ideanya keseluruhan. Teori perkembangan bahasa kanak-kanak yang bergantung daripada satu perspektif sahaja adalah tidak mencukupi. Adalah baiknya bagi kita tinjau idea-idea daripada ketiga-tiga perspektif sebagai pendekatan saling melengkapi. Perkembangan bahasa kanak-kanak memangnya bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor biologikal atau interaksi sosial, tetapi juga dikembangkan melalui pelaziman responden khasnya proses pelaziman yang menggalakkan ulangan penggunaan bahasa yang kaya. 4.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNTIF KANAK-KANAK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4.1 Teori Perkembangan Jean PiagetSecara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah.

4.2 Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky

Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran yang ingin diajar dengan situasi sebenar. Murid akan mudah mendapat gambaran tentang isi pelajaran yang diajar oleh guru. Contohnya, menggunakan teknik simulasi sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid boleh menjalankan aktiviti lakonan yang menunjukkan situasi sebenar dan menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah ditimbulkan.

Guru juga boleh menggalakkan murid yang sudah mahir membantu rakan mereka yang lain. Mereka boleh berkongsi pendapat atau memberi tunjuk ajar kepada rakan mereka bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik. Kanak-kanak sebenarnya adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka kerana berasa lebih selesa. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah koperatif di mana murid dalam kumpulan saling berkongsi dan bantu - membantu antara satu sama lain semasa tugasan diberikan.

Guru perlu memfokuskan penilaian untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap murid. Ianya dilakukan dengan memberi latihan yang berbeza kesukaran supaya guru dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberi. Contohnya, guru menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, mudah dan susah untuk mengetahui tahap keupayaan murid.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN5.1 Teori Perkembangan Bahasa: Perspektif BehavorismePerhubungan antara rangsangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, tingkah laku kanank-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains sangat bergantung kepada pertalian antara peneguhan guru dan gerak balas kanak-kanak dalam bilik darjah. Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Bagi implikasi Behavioris pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah. Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar. Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak secara berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain ping-pong ) supaya pelajar menguasai permainan. Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul. Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan.

5.2 Teori Perkembangan Bahasa: Perspektif Interaksionalisme Kajian interaksionalisme dalam pendidikan berfokus kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh peserta-peserta yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan guru dengan guru. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika interkasi yang berlaku dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seperti membuat janji dan ancaman atau amaran, merujuk kepada pihak atasan seperti guru besar, dasar pecah dan perintah dan lain-lain. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada keadilan, melakukan gangguan, merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Teknik-teknik atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan menjadikan suasana bilik darjah hidup, menjadi lebih teratur dan menggalakkan proses P&P.6.0 REFLEKSITugasan Perkembangan Kanak-Kanak merupakan satu tamparan hebat diri saya setelah menjadi sebahagian daripada warga IPG Kampus Tuanku Bainun semester ini. Saya perlu mengambilnya memandangkan subjek ini di bawah pakej opsyen pendidikan sejarah sekolah kebangsaan. Subjek ini menceritakan perkembangan kanak-kanak dari janin sehinggalah dewasa. Jadi, saya amat menyukai subjek ini memandangkan sukatan pelajaran dan topik-topik dalam proforma yang menekankan tentang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.Dalam tugasan ini, saya telah ditugaskan untuk menjawab soalan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bimbingan iaitu Encik Nazri bin Abu Bakar. Dalam tugasan ini, saya perlu mengkaji dengan memilih 2 orang murid yang berlainan bagi setiap tahap persekolahan dan pencapaian dan menghuraikan perkembangan kognitif dan bahasa. Oleh hal yang demikian. Saya telah menjalankan segala aspek secara terperinci dan mendalam mengenai apa itu perkembangan kognitif dan bahasa. Sepanjang menyempurnakan tugasan ini banyak pengalaman, kejadian serta peristiwa pahit manis yang saya harungi. Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa mendokong saya sebagai seorang rakan. Walaupun menghadapi pahit getir sewaktu keluar bersama membeli barang keperluan untuk tugasan ini namun kami berjaya menanganinya dengan baik. Kami juga bersengkang mata dan mengorbankan masa tidur dalam menyiapkan tugasan serta berkongsi maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan tugasan. Kolaboratif dan komunikasi yang berkesan antara kami menjadi pemangkin untuk membuat sehabis baik tugasan yang diberi. Untuk menyelesaikan soalan tugasan yang diberikan, saya telah mengalami pelbagai permasalahan. Antaranya ialah bahan-bahan rujukan di Perpustakaan Zaba tidak mencukupi untuk menyiapkan tajuk tugasan yang diberikan. Bahan-bahan bacaan yang diperoleh tidak begitu menekankan terhadap perkembangan kognitif dan bahasa.. Namun, saya begitu bersyukur apabila senior semester 6 opsyen Prasekolah sudi membantu dengan meminjamkan beberapa buah buku untuk dijadikan rujukan untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, saya turut mengalami kesukaran sewaktu menghuraikan perkembangan bahasa. Hal ini kerana saya kurang pasti teori yang bersesuaian untuk dihuraikan dalam kerja kursus ini. Banyak kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah mengetahui proses perkembangan kanak-kanak. Saya dapat mengetahui dengan mendalam proses perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Saya juga memahami Teori Jean Piaget dan Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky berkenaan perkembangan kognitif manakala Teori Behaviorisme dan Teori Interaksionalisme mengenai perkembangan bahasa. Saya juga dapat mengenalpasti perbezaan kanak-kanak tahap 1 dan tahap 2 dari segi kognitif dan bahasa. Mereka sememangnya menyerupai teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Saya juga memperoleh kemahiran berkomunikasi dengan anak-anak murid dengan guru-guru di sekolah. Mereka banyak membantu dalam memperoleh maklumat untuk kerja kursus ini. Sepanjang menyempurnakan tugasan ini, banyak perkara yang menyedarkan saya sebagai bakal guru pada masa hadapan. Seorang guru bukan sekadar menjadi orang yang profesional malahan bertanggungjawab menjalankan amanah yang dipikul untuk mendidik anak bangsa serta menyebarkan ilmu dalam erti kata yang sebenarnya. Hal ini menjadi suatu amanah untuk saya untuk mempraktikkan segala kaedah, teknik dan pendekatan kepada murid-murid di bangku sekolah kelak. InsyaAllah saya akan mencuba yang terbaik dan mengambil segala pembelajaran dan pengajaran sewaktu menyempurnakan tugasan ini.

1