esaimen pjk bahagian b

27
1.0 PENGENALAN Ramai di antara kita sedar mengapa senaman itu penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolesterol yang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Menurut Persatuan Jantung Amerika, kekerapan orang yang kurang aktif dan tidak begitu cergas dari segi fizikal menghidap hipertensi antara 30 hingga 50 peratus lebih tinggi. Tambahan lagi, beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit. Menurut Pakar Perunding Kecergasan Pathma Trim Fitness Enterprise, K. Pathmanathan, dalam modulnya yang bertajuk Sihat Sepanjang Hayat (2007), senaman ditakrifkan sebagai, salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Ini menunjukkan bahawa senaman harus dilakukan secara kerap dan berulang bagi menjamin kesihatan kita. Bahagian tubuh badan manusia terdiri daripada kombinasi banyak komponen-komponen asas. Dengan gabungan komponen-komponen yang hebat ini, Safee Sali dapat menendang bola dengan cekap, Usain Bolt dapat berlari pecut 100 meter dengan sangat laju dan Datuk Nicol Ann David dapat memukul bola squash dengan tangkas. Tanpa kehadiran komponen- komponen asas tubuh, sudah semestinya mereka semua tidak mampu untuk melakukan aktiviti fizikal sedemikian.

Upload: sarahbahar

Post on 28-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Ramai di antara kita sedar mengapa senaman itu penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolesterol yang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Menurut Persatuan Jantung Amerika, kekerapan orang yang kurang aktif dan tidak begitu cergas dari segi fizikal menghidap hipertensi antara 30 hingga 50 peratus lebih tinggi. Tambahan lagi, beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit.

Menurut Pakar Perunding Kecergasan Pathma Trim Fitness Enterprise, K. Pathmanathan, dalam modulnya yang bertajuk Sihat Sepanjang Hayat (2007), senaman ditakrifkan sebagai, salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Ini menunjukkan bahawa senaman harus dilakukan secara kerap dan berulang bagi menjamin kesihatan kita.

Bahagian tubuh badan manusia terdiri daripada kombinasi banyak komponen-komponen asas. Dengan gabungan komponen-komponen yang hebat ini, Safee Sali dapat menendang bola dengan cekap, Usain Bolt dapat berlari pecut 100 meter dengan sangat laju dan Datuk Nicol Ann David dapat memukul bola squash dengan tangkas. Tanpa kehadiran komponen-komponen asas tubuh, sudah semestinya mereka semua tidak mampu untuk melakukan aktiviti fizikal sedemikian. Bagi memenuhi kehendak tugasan ke-2 iaitu prosedur aktiviti kecergasan berfokus kepada Daya Tahan Otot, kami bertiga telah meneroka dengan lebih mendalam mengenai topic ini. Saya telah melalukan carian maklumat di laman sesawang, ruang redspot dan juga buku-buku rujukan. Hasilnya, kami berjaya mendalami banyak pengetahuan berguna mengenai beberapa organisasi tubuh badan manusia yang menjurus kepada daya tahan otot.Hal ini sangat bermanfaat bagi kami memandangkan setiap kali melakukan aktiviti fizikal ketika pengajaran Pendidikan Jasmani, kami dapat mengenalpasti dengan sendiri otot, sendi serta pergerakan yang terlibat. Secara tidak langsung, kami mendapat ilmu dalam mengajarkan murid-murid terutamanya apabila UJIAN SEGAK dijalankan. Kami berasa sangat seronok dan pengetahuan yang sangat berharga kerana tanpa disedari, setiap aktiviti yang dilakukan berbantukan pelbagai jenis sendi, otot dan komponen-komponen lain. Sebagai contoh, pergerakan rutin seperti berjalan ke kelas, berlari di padang dan bermain pada waktu riadah petang dapat dilakukan dengan sempurna dengan berbantukan organisasi tubuh saya. Selain itu, kami juga dapati setiap pergerakan yang dilakukan adalah berperingkat banyak perkaitan antara otot, sendi dan pergerakan.

Oleh sebab itu, kita sebagai guru harus memupuk sikap suka bersenamkepada murid-murid demi kesihatan mereka untuk sepanjang hayat. Namun begitu, kita juga seharusnya memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang cara-cara bersenam dengan betul.

2.0 OBJEKTIF

Di samping itu, dalam skrip jawapan ini kami ingin mengupas dengan lebih mendalam mengenai beberapa pergerakan yang rutin kita lakukan dalam kehidupan seharian menjurus kepada komponen daya tahan otot. Daya tahan otot adalah kompenan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain daripada kekuatan otot, kelembutan dan kelenturan, komposisi lemak badan dan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot jenis ini juga lebih dikenali sebagai isometrik. Manakala daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Daya tahan otot dinamik terbahagi kepada dua iaitu isotonik dan isokinetik. Contoh aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi, mendagu, naik turun bangku, lompat selang-seli dan lompat kanggaru.Latihan bebanan, kalistenik, isotonik, isometrik dan beberapa aktiviti seperti berlari, berenang dan senamrobik berupaya meningkatkan daya tahan otot.Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina daya tahan otot misalnya tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri sebagai beban atau rintangan. Beban atau rintangan boleh diubah suai dengan mengubah kedudukan badan semasa melakukan aktiviti. Aktiviti untuk membina daya tahan otot hendaklah dilakukan seberapa lama yang boleh dan mengikut kaedah yang betul supaya seorang itu mendapat kesan yang baik.Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa. Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.Menurut Corbin dan Linsey (1985), daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu;i. Daya tahan otot statikKebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa. Contohnya gaya siku bengkok.ii. Daya tahan otot dinamikKebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Contohnya tekan tubi.

3.0 AKTIVITI PROSEDUR

Dalam melakukan aktiviti kecergasan fizikal, terdapat 4 prinsip yang perlu dipatuhi. Prinsip tersebuat dinamakan FITT (Frequency, Intensity, Time Type). FITT merupakan empat prinsip asas yang harus dipatuhi dalam menjalankan aktiviti senaman iaitu : i. F - Frequency ( Kekerapan Bersenam ) Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran. Sekurang-kurangnya 3 - 5 kali seminggu diperlukan bagi sesuatu aktiviti komponen kecergasan yang dilakukan. ii. I - Intensity ( Bebanan ) Senaman hendaklah cukup lasak. Kelasakan yang melebihi kadar biasa dapat mencapai kecergasan sebenar.Senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar normal dapat meningkatkan kecergasan jantung. Kadar nadi maksimum yang perlu dicapai adalah 60% - 80%. iii. T - Time ( Masa Senaman ) Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi, tidak termasuk waktu memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam. Semakin tinggi intensiti senaman, semakin pendek masa diperlukan.iv. T - Type ( Jenis Senaman ) Sesuatu jenis senaman harus dilakukan mengikut komponen kecergasan yang berbeza. Aktiviti senaman yang dilakukan berbeza mengikut tahap keupayaan dan minat seseorang. Bersenam tanpa mengikut tahap kecergasan menyebabkan badan tidak bersedia melakukan aktiviti.

Berikut adalah aspek yang diambil kira dalam melakukan aktiviti untuk komponen daya tahan otot dalam prosedur FITT:

Kekerapan senaman (Frequency)3 kali seminggu

Bebanan (Intensity)Intensiti latihan rendah 30% - 60%

Ulangan (Time)Ulangan tinggi (15-50 ulangan)

Set (Jenis )2 4 set

Contoh latihan : 40% X 25 ulangan X 3 setJenis senaman : Tekan tubi, bangkit tubi biceps curlMenentukan 1 RM:Atlet A : 1 RM biceps curl 30kg 40% intensity = 12kg 40% (12kg) x 25 ulangan x 3 setOleh itu, atlet A perlu melakukan latihan/ujian daya tahan otot bangkit tubi 1 minit dan tekan tubi 1 minit

3.1 TEKAN TUBIObjektif aktiviti tekan tubi ini adalah untuk mengukur keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu. Tidak ada peralatan digunakan untuk aktiviti ini. Prosedur aktiviti dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki smentara badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Tangan perlu diluruskan seperti dalam kedudukan sedia. Tekan tubi akan diteruskan sehingga murid tidak berupaya untuk melakukan aktiviti secara sempurna dan betul. Aktiviti ditamatkan apabila murid sudah tidak berupaya untuk melakukan pergerakan dengan sempurna. Lazimnya, prosedur ini dilakukan oleh murid-murid lelaki. Manakala untuk murid perempuan pula, ujian tekan tubi suaian akan dijalankan.Prosedur aktiviti untuk tekan tubi suaian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berta badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok, kaki bersilang dan badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku. Tangan diluruskan seperti dalam kedudukan sedia.tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya melakukannya. Ujian akan ditamatkan jika murd tidak dapat melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.

Nama Aktiviti:Tekan TubiTujuan:Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahuTahap:Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Jantina:LelakiAlatan dan kemudahan:1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )3. Rakaman/ Metronome

Pengurusan dan organisasi:1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur:1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.

BersediaDetik PertamaDetik Kedua

2 detik 1 kiraan

Nama Aktiviti:Tekan Tubi SuaianTujuan:Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahuTahap:Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Jantina:PerempuanAlatan dan kemudahan:1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )3. Rakaman/MetronomePengurusan dan organisasi:1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit

Prosedur:1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.

Bersedia

Detik PertamaDetik Kedua

2 detik 1 kiraan

3.2 RINGKUK TUBI SEPARA Objektif ujian ini adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan abdomen. Prosedur ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid akan berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dengan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki dibuka seluas bahu manakala kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal ( ulang prosedur 4 ) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik selama 1 minit. Ujian ditamatkan sekiranya murid berasa tidak selesa, jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua dan tumit terangkat. Markah dikira berdasarkan bilangan perlakuan yang sempurna.

Nama Aktiviti:Rengkuk Tubi SeparaTujuan :Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomenTahap :Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Jantina :Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm2. Pita ukur 3. Rakaman / CD/ Metronome4. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur :1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.3. Buka kaki seluas bahu.4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.9. Murid B mengira ulangan perlakuan.10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-10.1 Berasa tidak selesa.10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome.10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.10.5 Tumit diangkat.

SediaDetik PertamaDetik Kedua

2 detik 1 kiraan

3.3 NAIK TURUN BANGKU

Nama Aktiviti:Naik Turun BangkuTujuan :Mengukur daya tahan kardiovaskularTahap :Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Jantina :Lelaki dan perempuan

ALATAN DAN KEMUDAHAN 1.Bangku ketinggian 30.5 cm (1 kaki )2.Jam Randik3.Borang skor4.Rakaman metronome ( 96 detik )5.Radio CD

Pengurusan dan Organisasi1.Aktiviti dijalankan secara individu.2.Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan)3.Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit

Prosedur :1. Murid memakai kasut sukan yang sesuai2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas bangku.3.Penguji akan memberi isyarat mula4.Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)5.Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 3 minit6.Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta7.Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor8.Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit9.Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan#

Naik Turun Bangku

3.4 Jangkauan Melunjur

Tujuan : Untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan pinggul.

Tahap : Murid tingkatan 1 hingga 5

Jantina : Lelaki dan perempuan

Alatan dan Kemudahan1. Alat pengukur jangkauan2. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard

Prosedur1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm.2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.4. Dagu rapat kedada. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.6. Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

Jangkauan Melunjur

4.0 Jadual / Borang / Rekod Kemajuan Individu

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDM. HAFIQ HAIKAL BIN SUDIN

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

52158BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 93 saat

BANGKU

Ulangan 2

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN11

ulangan 21.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 18

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 12

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDM. ADIB BIN ZAIFUL BAHARI

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

51148BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 103

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN14

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 18

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 19

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDM. IZZ BIN NORDIN

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

51153BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 85

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN22

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 18

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

21

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDM. ARIF LOQMAN BIN MOHD SHAM

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

52149BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 112

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN29

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 32

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 19

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDM. SYUAIB BIN MOHAMAD MAHMOD

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

58150BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 70

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN10

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 10

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 16

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDHAMIZAH BT ATAN

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

36142BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 80

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN14

Tarikh:1.4.2015

UJIAN RINGKUK TUBI 18

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 30

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDNURUL SHAHZELIN BT SAMRUL

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

44148BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 96

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN23

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 18

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 30

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDSITI NURSYUAIDAH BT ELIAS

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

48156BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

UJIAN NAIK TURUN 90

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN8

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 16

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 10

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDNUR AIRISYA BINTI MD. AROP

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

37149BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 111

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN22

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 16

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 25

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

BORANG REKOD KEMAJUAN INDIVIDU(DAYA TAHAN OTOT)

NAMA MURIDSITI NUR AISHAH BINTI JAMIAN

PERKARADAYA TAHAN OTOT

BODY MASS INDEX(BMI)

60158BERAT BADAN (kg)TINGGI (cm)

Tarikh:1.4.2015

DAYA TAHAN OTOT

UJIAN NAIK TURUN 134

BANGKU

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI/SUAIAN16

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI 16

SEPARA

1.4.2015

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN 30

MELUNJUR

1.4.2015

Tarikh:

5.0 PENUTUPDaripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa daya tahan otot merupakan suatu keadaan yang menekan kepada bebanan melakukan kerja secara terus menerus. Secara umumnya, daya tahan yang banyak dibincangkan adalah daya tahan kardiovaskular dan otot.Justeru itu, fizikal yang cergas dapat melahirkan masyarakat yang sihat serta sapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya contohnya penyakit diabetis, berat badan yang berlebihan,mental emosi dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya. Hal ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan ujian SEGAK sebagai suatu usaha untuk membantu pelajar menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran Pendidikan Jasmani ini juga bertujuan membantu pelajar memupuk sikap positif terhadap kesihatan serta mengamalkan cara hidup sihat. Akhir sekali, pembelajaran Pendidikan Jasmani juga dapat melahirkan generasi muda yang berwawasan, mempunyai jati diri, dan daya saing yang tinggi, memiliki semangat patriotisme, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran kepada keluarga, masyarakat serta negara.