esaimen ilmu pendidikan

Upload: zawanah-izzati

Post on 08-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ilu

TRANSCRIPT

IMPLIKASI FALSAFAH TIMUR TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebenarnya hasil gubalan oleh ideologi-ideologi negara yang beraspirasikan kepada Falsafah Pendidikan Islam. Buktinya dapat dilihat pada FPK itu sendiri di mana FPK berteraskan konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani. Konsep ini di ambil berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang mengemukakan teori menyepadukan elemen roh, jasad dan akal. Penyatuan elemen ini dikatakan mampu menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi. Justeru, FPK menjadikan elemen ini sebagai teras untuk diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia.Fakta yang tidak dapat diketepikan ialah dua bentuk kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Kedua-dua kurikulum ini memberi penekanan kepada usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Tidak ketinggalan, pembetukan kurikulum ini sedikit sebanyak mempunyai perkaitan dengan Falsafah Pendidikan Islam. Ini kerana kurikulum ini memberi penekanan yang seimbang dalam bidang fardhu ain dan fardhu kifayah. Pendek kata, Falsafah Pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.Lebih penting lagi, tujuan falsafah ini sememangnya untuk melahirkan manusia yang berilmu. Falsafah Pendidikan Islam menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam pencarian ilmu bahkan Al-Quran sendiri menyuruh manusia berusaha mencari ilmu. kepentingan ilmu ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah az-Zumar ayat ke Sembilan yang bermaksud: Katakanlah: tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan. Ilmu agama misalnya tidak boleh diabaikan terutamanya dalam masyarakat moden ini. hal ini demikian kerana ilmu agama itu sebagai kekuatan dan petunjuk dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia. Justeru, idea-idea daripada tokoh-tokoh Islam diselitkan dalam FPK. Sebagai contoh, ilmu itu mestilah bertujuan kerohanian dan manusia harus menyembah tuhan dan percaya pada dirinya sendiri. Perkaitan antara kepentingan ilmu dan hubungan dengan kepercayaan kepada tuhan pada asalnya merupakan intipati dalam Falsafah Pendidikan Islam. Tidak hanya ilmu yang dititikberatkan oleh Falsafah Pendidikan Islam tetapi pengamalan nilai murni turut diberi penekanan supaya manusia berjaya menjalani kehidupan seharian mereka dengan baik. Pada masa yang sama, skop Falsafah Pendidikan Islam tidak terbatas kepada kerohanian tetapi aspek intelek turut diselitkan. Menurut Omar al-Syaibani (1991), Falsafah Pendidikan Islam ini bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. Buktinya, dalam FPK adanya hasrat untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan. Melalui hasrat ini, rakyat dapat berfikiran luas dan terbuka, berpandangan jauh serta mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.FAKTA TAMBAHANPendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang berteraskan roh alam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang soleh.Ahli falsafah pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasukan ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan bagi memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat di mana FPK turut menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar FPK menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam. FPK yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmoni di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan mengikut ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepada pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam.

REFLEKSIAlhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek GPP 1063, Pengantar Pengajian Profesional ini setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Saifudin Azam Shah bin Ahmad yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam memberikan maklumat, panduan dan cadangan yang berguna. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk melibatkan diri dalam aktiviti berforum mengenai Falsafah Pendidikan Islam. Melalui aktiviti ini, saya menerima banyak pengetahuan dan pengalaman tentang perjalanan dan tatacara berforum. Sebelum ini, saya kurang terdedah dengan aktiviti berforum malah saya sendiri memang tidak berminat untuk mengambil tahu. Jadi, aktiviti sebegini sememangnya satu aktiviti yang asing bagi saya. Bahkan, sebelum ini semasa dalam kelas pengajian, saya sering kali berasa keliru dengan apa yang diajarkan oleh pensyarah sehingga seringkali berasa mengantuk dan bosan. Walaupun saya sedar itu adalah kesalahan saya yang sepatutnya bertanya kepada pensyarah, namun saya berasa malu untuk bertanya dan akhirnya kadang kala saya mengelamun di dalam kelas. Namun, dengan tugasan yang diberikan, ianya sangat membantu saya dan akhirnya saya berjaya memahami sedikit sebanyak yang diajar oleh pensyarah. Lebih penting lagi, sikap saya sebelum ini yang suka memandang enteng akan sesuatu ilmu atau subjek telah menyedarkan saya bahawa untuk menerima dan mempelajari sesuatu ilmu adalah sukar sekiranya diri kita sendiri enggan berusaha menerima dan memahaminya. Selain itu, saya sedar sebagai pelajar, saya perlu mempunyai sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta berdisiplin dalam melaksanakan tugasan yang diberi demi meningkatkan pencapaian akademik saya dengan mengukuhkan lagi kekuatan yang ada dan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ini. Tambahan lagi, melalui tugasan ini juga saya sedar dan insaf bahawa pengurusan masa amatlah penting kerana sifat bertangguh dan berlengah-lengah telah membuat saya semakin malas dan alpa akan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang perlu menuntut ilmu dan menyiapkan segala tugasan saya. Saya mengambil iktibar daripada kesilapan dan kelemahan saya. Saya berazam untuk berubah dan menjadi pelajar yang berkualiti dari semua segi iaitu sahsiah, akhlak, fizikal dan rohani.

Pada masa yang sama, tugasan ini telah memberikan peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan beberapa orang rakan lain untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Saya belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dalam menyiapkan sesuatu tugasan supaya tugasan yang dihasilkan mampu disiapkan dengan sempurna. Sebagai contoh, kami secara berkumpulan ditugaskan untuk mengendalikan satu forum. Di sini saya mengaku bahawa saya dan rakan sekumpulan agak sibuk dengan aktiviti masing-masing, Namun melalui tugasan ini, kami saling melengkapi dan membahagi-bahagikan tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Sepanjang pengendalian aktiviti forum itu, saya memperolehi ilmu baru tentang teknik pengendalian forum yang selama ini saya kurang memberi fokus. Hakikatnya, aktiviti berforum merupakan aktiviti yang menarik dan seronok. Hasil yang saya dapat daripada tugasan ini ialah sudah terang lagi bersuluh bahawa Pengantar Pengajian Profesional ini merupakan satu bidang yang penting kepada seorang bakal pendidik kerana subjek ini memberi pemahaman tentang bidang pendidikan. Misalnya, dari aspek Falsafah Pendidikan Islam yang mempunyai kaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, saya yakin melalui tugasan ini saya diajar untuk melengkapkan diri dengan perkara yang terdapat dalam dunia pendidikan terutamanya kepada saya yang sememangnya bakal seorang pendidik seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. Dalam hal ini juga, tugasan berforum ini telah membantu saya menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi menggunakan tatabahasa secara tepat dan betul. Di samping itu, hasil tugasan ini telah memberi kesedaran dan kesediaan kepada diri saya sebagai bakal guru untuk melengkapkan diri dan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mempertingkatkan keupayaan dan prestasi saya dalam bidang pendidikan yang kian mencabar ini. Seterusnya, saya sedar bahawa subjek ini telah mendedahkan saya tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Bahkan, menyedarkan saya untuk menjadi seorang guru yang juga merupakan pembina negara bangsa dalam melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, taat kepada tuhan, masyarakat yang berakhlak, berpengetahuan dan seterusnya memupuk perpaduan. Pendek kata, untuk menjadi seorang guru, banyak ilmu yang perlu dipelajari demi mendidik anak bangsa pada masa hadapan kelak. Pada mulanya subjek ini telah merisaukan saya yang sememangnya kurang berminat dan kurang pengetahuan dalam isu pendidikan di negara ini. Namun apabila saya mempelajari dan memahaminya, ternyata subjek ini merupakan satu panduan kepada kami yang merupakan seorang bakal guru untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, berilmu, bertanggungjawab, seimbang dan harmoni di mana tidak hanya mempunyai kekuatan minda semata-mata malahan juga berkemahiran dalam berkomunikasi, memanipulasi, bersosial dan mempunyai pemikiran terbuka dan fleksibel. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan kerja yang telah dihasilkan dan saya berharap tugasan seperti ini dapat diberikan kepada bakal guru supaya mereka juga dapat memperolehi ilmu yang sangat berguna ini dan menggunakannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana tugasan seperti ini dapat memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berkemampuan menghasilkan suatu jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah kelak. Saya yakin guru-guru yang menguasai subjek ini mampu melahirkan inovator generasi masa depan negara Malaysia yang berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Lebih penting, tugasan seperti ini mampu meningkatkan keupayaan seseorang untuk membentuk sifat dan kemahiran seorang guru. Akhir kata, saya benar-benar berasa bertuah dan bersyukur dapat belajar subjek GPP 1063 ini. Saya juga berharap dapat meluaskan ilmu saya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.