ilmu pendidikan

24
Ilmu Pendidikan 1. a) Jelaskan 4 unsur utama dalam teori Bandura. b)Huraikan 5 strategi pemusatan murid bagi menggalakkan penglibatan aktif murid semasa proses P & P. 2. a) Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai, tiga jenis konsep yang dikemukakan oleh Bruner. b) Jelaskan 4 pertimbangan penting semasa guru merancang sesuatu pengajaran inkuiri penemuan. 3. Aspek yang penting untuk pembelajaran yang bermakna dalam proses P&P adalah motivasi dan komunikasi yang berkesan. a) Huraikan 5 cara bagaimana guru boleh meningkatkan motivasi murid dalam bilik darjah. b) Jelaskan 5 faktor pengurusan bilik darjah yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. 4. a) Huraikan 4 implikasi teori Piaget kepada guru untuk meningkatkan perkembangan aspek-aspek kognitif dalam kalangan murid sekolah rendah.

Upload: nuurul-jannah

Post on 04-Jul-2015

485 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ilmu Pendidikan

Ilmu Pendidikan

1. a) Jelaskan 4 unsur utama dalam teori Bandura. b)Huraikan 5 strategi pemusatan murid bagi menggalakkan

penglibatan aktif murid semasa proses P & P.

2. a) Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai, tiga jenis konsep

yang dikemukakan oleh Bruner.

b) Jelaskan 4 pertimbangan penting semasa guru merancang sesuatu

pengajaran inkuiri penemuan.

3. Aspek yang penting untuk pembelajaran yang bermakna

dalam proses P&P adalah motivasi dan komunikasi yang berkesan.

a) Huraikan 5 cara bagaimana guru boleh meningkatkan motivasi murid

dalam bilik darjah.

b) Jelaskan 5 faktor pengurusan bilik darjah yang mempengaruhi

keberkesanan proses P&P.

4. a) Huraikan 4 implikasi teori Piaget kepada guru untuk meningkatkan

perkembangan aspek-aspek kognitif dalam kalangan murid sekolah rendah.

b) Jelaskan 4 strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan

aktiviti P&P secara berkesan.

5. a) FPK memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan yang harmonis dan

seimbang.

Huraikan 5 cara bagaimana guru dapat membantu murid mencapai

matlamat FPK

b) Huraikan 5 langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menunjukkan

akauntabiliti guru terhadap sekolah.

Page 2: Ilmu Pendidikan

6.a) Berikut adalah markah ujian Bahasa Malaysia bagi 10 orang pelajar.

17 18 20 14 13

19 15 14 10 14

i) Cari min, median dan mod

ii) Cari sisihan piawai

iii) Apakah interpretasi anda dari sisihan piawai yang diperoleh?

b) Huraikan 5 langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengukuhkan

ingatan murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik mereka.

7. a) Huraikan 5 peranan guru biasa dalam memberi bimbingan dalam bilik darjah.

b) Cadangkan 5 cara guru membentuk interaksi dalam bilik darjah.

8. Anda ingin menggunakan Teori Konstruktivisme dalam kaedah projek yang

akan dijalankan dengan murid-murid anda.

a) Merujuk kepada teori ini, huraikan 5 prinsip teori tersebut untuk memastikan

proses P&P dapat dilaksanakan dengan lancar.

b) Jelaskan bagaimana anda dapat memanfaatkan prinsip tersebut dalam

pengajaran anda melalui kaedah projek.

9. Bahasa Arab Pendidikan Islam

Skor mentah 60 80

Min 70 76

Sisihan piawai 8 4

a) i) Kirakan skor piawai Z bagi BA dan PI

ii) Kirakan skor piawai T BA dan PI

iii) Dengan menggunakan skor z, bandingkan pencapaian dalam kedua-

dua mata pelajaran tersebut.

b) Huraikan 5 ciri bahan P&P yang berkesan yang boleh digunakan untuk

mengatasi masalah dalam pembelajaran BA di atas.

Page 3: Ilmu Pendidikan

10. a) Jelaskan 5 ciri unsur rohani menurut FPK

b) Huraikan 5 sumbangan yang diberikan oleh seorang guru kepada

masyarakat.

11. a) Terangkan 5 prisip bimbingan dan kaunseling yang boleh diikuti oleh

kaunselor bagi memberi perkhidmatan kaunseling yang berkesan kepada

golongan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan sahsiah.

b) Huraikan 5 strategi yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru dalam

menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah.

12.

a. Huraikan 5 prinsip teori pembelajaran konstruktivisme.

b. Bincangkan implikasi teori ini ke atas proses P&P.

13. a) Berikut adalah markah ujian Geografi bagi 10 orang pelajar.

23 32 37 40 50 52 54 54 64 76

i) cari min, median dan mod

ii) cari sisihan piawai

iii)Apakah interpretasi anda dari sisihan piawai yang diperolehi?

b) Huraikan 5 langkah yang terlibat dalam proses pengelolaan aktiviti

pemulihan kelas biasa.

14. a) Huraikan 4 kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru bagi mencapai

matlamat FPK.

b) Bincangkan 5 akauntabiliti seorang guru terhadap pelajarnya.

Page 4: Ilmu Pendidikan

Jawapan

3a) Cara guru boleh meningkatkan motivasi murid dalam bilik dalam bilik darjah

Penggunaan pelbagai sumber pembelajaran

Penggunaan pelbagai kaedah dan strategi

Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu murid

Memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi murid

Menjelaskan matlamat/objektif sesuatu pengajaran

Penglibatan murid secara aktif

P&P berpusatkan murid dan bahan

Memberi peneguhan positif yang bermakna dan berkesan

Iklim dan suasana bilik darjah yang kondusif

Integrasi Kemahiran Berfikir dalam P&P

Melaksanakan pengajaran secara demokratik

Mengamalkan nilai-nilai murni dan toleransi dalam bilik darjah

Melaksanakan aktiviti penilaian yang bersesuaian dengan tahap

pencapaian murid

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan bersesuaian dengan

keperluan murid.

b)Faktor-faktor pengurusan bilik darjah

Susun atur persekitaran bilik darjah dan fungsinya

Peralatan yang cukup

Corak kedudukan murid

Interaksi guru-murid

Sosio-emosi

Page 5: Ilmu Pendidikan

Peraturan kelas

Jadual bertugas harian

Peraturan kelas

Jadual bertugas harian

Kepimpinan guru

Orientasi tugas dan kepekaan guru

Suasana yang kondusif

Ruang yang mencukupi

Tiada halangan komunikasi

Rutin bilik darjah

4 a) implikasi teori Piaget

Pemeringkatan isi dari senang ke sukar

Konkrit ke abstrak

Yang diketahui kepada suatu yang baru

Dekat kepada jauh

Pengetahuan baru dan komplek boleh digunakan untuk mengubah

struktur kognitif(skemata) untuk proses akomodasi dan asimilasi

Perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza, oleh itu

guru perlu kenal pasti peringkat perkembangan murid

Melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P

Mempelbagaikan kaedah

b) i) strategi berpusatkan guru

Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti P&P

Guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid sebagai

penonton sahaja

Komunikasi & interaksi sehala

Page 6: Ilmu Pendidikan

Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran

guru

Penyampaian ilmu melebihi daripada penyebaran nilai-nilai murni

Teknik mengajar tertumpu kepada penyampaian fakta

Mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan

peperiksaan

Cth: bercerita, ceramah, demonstrasi, tunjuk cara

ii) strategi berpusatkan murid

Murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti P&P

Murid mainkan peranan penting, guru sebagai pembimbing

Komunikasi dan interaksi dua hala

Kepimpinan guru bersifat demokratik

Perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang

Cth: perbincingan, main peranan, simulasi, lakonan perbahasan

iii) strategi berasaskan tugasan

Berasaskan aktiviti-aktiviti P&P yang dirancang oleh guru

Murid akan terlibat secara aktif dalam aktiviti atau tugasan

Tugasan dan aktiviti yang menarik dapat membangkitkan naluri ingin

tahu murid

Guru sebagai pemudahcara

Cth: berlakon, menyanyi, membuat model, perbahasan, perbincangan

5. a) 5 cara bagaimana guru dapat membantu murid mencapai matlamat FPK

Pelaksanaan KBSR

Pendidikan Sivik untuk semua murid

Mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Manipulatif

PM untuk murid bukan Melayu

Penerapan nilai-nilai murni

Page 7: Ilmu Pendidikan

Menggunakan BM merentas kurikulum

Penggunaan teknologi dalam pendidikan

Kokurikulum di semua peringkat

Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab

Pelaksanaan pendididkan Pra Sekolah

b) langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menunjukkan

akauntabiliti guru terhadap sekolah.

Memastikan kaedah mengajar yang digunakan selaras dengan

perkembangan kognitif murid

Menggunakan kaedah mengajar yang terkini selaras dengan sistem

pendidikan bertaraf dunia

Mengekalkan perhubungan sosial yang baik dengan murid dan pihak

sekolah

Pembimbing yang baik kepada murid untuk meningkatkan prestasi

akademik

Menggunakan modifikasi tingkah laku yang berkesan untuk mengurus

tingkah laku murid

Mengawal dan mengatasi masalah disiplin murid dengan cepat dan

berkesan

Mengikuti kursus-kursus untuk meningkatkan ilmu

Komitmen guru

Mengamalkan etika kerja

7. a) 5 peranan guru biasa dalam memberi bimbingan dalam bilik darjah.

Menolong murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi,

akademik, perkembangan mental dan ahlaknya

Menolong murid dalam pelajaran mereka

Page 8: Ilmu Pendidikan

Menolong murid menyediakan perancangan persekolahan sesuai

dengan kebolehan

Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang

kepentingan pelajaran

Menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah

Menolong murid membuat keputusan yang rasional

Menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik

Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi tingkah laku murid

b) 5 cara guru membentuk interaksi dalam bilik darjah.

Praktikkan gaya kepimpinan demokratik

Galakkan penglibatan dan mengelolakan aktiviti dalam sesuatu kelas

Gunakan kaedah kumpulan

Banyakkan penggunaan teknik permainan, lakonan dan sesi buzz

Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran

Gunakan alat bantu mengajar

Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalah

Memberi sokongan kepada murid yang mengemukakan pendapat

Pembelajaran kooperatif

Wujudkan interaksi dua hala

Menggunakan laras bahasa yang sesuai

Strategi memusatkan murid

8. a) 5 prinsip teori tersebut untuk memastikan proses P&P dapat dilaksanakan

dengan lancar.

Aktiviti berpusatkan murid

Pengetahuan dibina oleh murid

Kaitkan aktiviti P&P dengan pengetahuan sedia ada murid

Page 9: Ilmu Pendidikan

Setiap pelajar memilih idea dan pengetahuan yang dapat dibina

sendiri

Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, unsur

kolaborasi

Guru dianggap sebagai pemudahcara dalam proses pembinaan

pengetahuan murid

Penstrukturan semula pengetahuan dalam perbincangan

b) Jelaskan bagaimana anda dapat memanfaatkan prinsip tersebut dalam

pengajaran anda melalui kaedah projek.

Guru perlu membantu murid merangsang pengetahuan sedia ada

untuk merancang rangka projek

Guru perlu menyediakan suasana P&P yang kondusif supaya

pembinaan pengetahuan dan kemahiran murid dapat berlaku

sepanjang projek dijalankan

Murid perlu didedahkan dengan pelbagai jenis bahan dan media

pembelajaran dan merangsang pembelajaran murid

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid untuk

memudahkan pertukaran idea semasa melaksanakan projek

Guru perlu menjadi pemudahcara sepanjang projek berlangsung

Rancangan P&P perlu fleksibel untuk memberi kelonggaran kepada

murid membina idea sendiri dan membuat refleksi

Page 10: Ilmu Pendidikan

Objektif

1. Cikgu A menggunakan peta minda dan imageri semasa melaksanakan

pengajarannya.Berdasarkan Teori Pelbagai Kecerdasan, murid manakah

mendapat lebih manfaat daripada cara pengajaran di atas?

A Kumpulan kecerdasan spatial

B Kumpulan kecerdasan naturalis

C Kumpulan kecerdasan matematik

D Kumpulan kecerdasan kenestatik

2.“ Terima kasih, Aminah, awak sungguh baik hati.” Pujian ini menyebabkan

Aminah berasa sungguh bangga dan gembira setiap kali pertolongan

diberikan kepada gurunya.

Mengikut Teori Behavioris, Aminah telah menunjukkan tingkahlaku

A pelaziman klasik

B pelaziman operan

C pelaziman rangsangan tindak balas

D pelaziman diskriminasi rangsangan

3. Seseorang pelajar yang berfikiran reflektif akan melakukan tindakan-tindakan

seperti berikut:

i. Mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari

ii. Mencari perkaitan antara idea-idea baru dengan pengalaman

sendiri

iii. Mencari pelbagai kemungkinan langkah penyelesaian kepada

sesuatu masalah

Page 11: Ilmu Pendidikan

iv. Memebuat pengubahsuaian, penambahbaikan dan tindakan

susulan.

v. Memilih idea yang terbaik dan membuat keputusan selepas

mempertimbangkan aspek positif dan negative.

A I dan IV

B II dan III

C II, III dan IV

D III, IV dan V

4.

Mempunyai tenaga yang berlebihan yang ditujukan kepada pelbagai aktiviti

yang tidak berfaedah.

berjalan ke sana-sini dalam bilik darjah, bercakap dan ketawa tanpa

matlamat

emosi yang kurang stabil, mudah dan cepat naik darah dan mudah gegar,

gentar dan goncang.

Murid-murid yang menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang tersebut di atas

dikatakan bertingkah laku negative

A proaktif

B disruptif

C distruktif

D bergantung

5. Bagaimanakah guru boleh menggunakan aktiviti yang sesuai untuk

membantu murid meningkatkan pemikiran metakognitif mereka?

A menggunakan teknik menyoal

B memberi jawapan kepada murid

C memberi sokongan kepada murid

D membantu murid membuat penambahbaikan

Page 12: Ilmu Pendidikan

6. Kaedah pengajaran ini menyarankan bahawa pelajar belajar melalui

aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan. Kaedah ini

dinamakan

A inkuiri

B simulasi

C projek

D penyelesaian masalah

7. Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri rujukan criteria kecuali

A criteria terperinci ditetapkan

B JPU digunakan

C tugas-tugas pembelajaran terhad ditumpukan

D pencapaian pelajar dengan criteria yang ditetapkan.

8. Cikgu A di kawasan pedalaman telah berusaha meningkatkan mutu

pendidikan murid-muridnya dengan membuka kelab computer di

sekolahnya. Bagi membolehkan murid-muridnya menimba ilmu secara

lebih luas lagi dengan penggunaan internet.

Apakah ilmu serta sifat yang disumbangkan oleh Cikgu A?

A membuka minda murid supaya dapat meneroka dunia luar dengan

lebih luas bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM

B membawa murid-muridnya mendalami ilmu bukan hanya setakat

falsafah pendidikan setempat

C membimbing murid-muridnya selaras dengan kehendak FPK

D mencetuskan corak pendidikan yang membenarkan murid-muridnya

bebas mengaitkan ilmu seperti yang diingikan oleh FPG.

Page 13: Ilmu Pendidikan

9. Pada tahun 1988, KBSR telah dikaji semula untuk menilai

keberkesanannya.Perubahan yang utama ialah untuk memastikan

A kesepaduan antara ilmu, kemahiran dan nilai

B penerapan nilai murni merentas kurikulum

C kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum

D kesepaduan teori, pemikiran falsafah dan paradigma ilmu.

10. Antara tugas di bawah yang manakah merujuk kepada peranan guru

sebagai seorang pemudahcara?

A menanda rekod kedatangan murid

B menguruskan pertandingan pidato murid

C memotivasikan murid untuk meningkatkan pencapaian

D merancang perbelanjaan tahunan, aktiviti dan keperluan murid.

11. Penekanan yang sesuai bagi meningkatkan kecerdasan pelbagai murid adalah

melalui

A kaedah bertema

B kaedah deduktif

C kaedah kesepaduan

D kaedah main sambil belajar

12. Antara pernyataan berikut yang manakah merupakan tujuan utama

komunikasi dua hala ini?

A memberi peluang murid bertanya

B mewujudkan suasana P&P yang mesra

C mengurangkan halangan dalam proses P&P

Page 14: Ilmu Pendidikan

D mendapatkan maklum balas tentang kadar kefahaman dan

pengetahuan murid.

13. Mengumpul data menyenaraikan satu masalah

pembelajaran

I II

Membentuk hipotesis membuat kesimpulan menilai

semula bukti

III IV V

Manakah urutan langkah model pengajaran inkuiri yang sesuai?

A II – III – I – V – IV

B I – II – III – IV – V

C III – IV – I – V – II

D II – I – III – II – IV

14. FPK perlu difahami dan dihayati oleh seseorang guru supaya

A nilai profesionalime keguruan akan lebih terserlah

B menjadikannya sebagai panduan dalam tugas pengajaran dan

pembelajaran di sekolah

C menyedari tentang pentingnya nilai=nilai murni dalam bidang

pendidikan dan kehidupan manusia umumnya

D menyemai rasa tanggungjawab terhadap tugas guru dalam

membangun diri insan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.

15. Pernyataan manakah yang paling sesuai menjelaskan implikasi

Page 15: Ilmu Pendidikan

kemahiran berfikir kepada seorang guru yang reflektif?

A reaktif kepada situasi

B proaktif menangani perubahan

C kritis dalam memberikan pandapat

D fleksibel dalam membuat keputusan

Struktur

1. a) Huraikan 4 prinsip dalam pertumbuhan dan perkembangan.

b) Jelaskan 3 ciri-ciri perkembangan berdasarkan Teori Perkembangan kanak-

kanak yang dikemukakan oleh Arnold Gessell.

2. a) Huraikan 2 ciri perkembangan kognitif Jean Piaget yang dialami oleh kanak-

kanak yang berumur 11 tahun ke atas.

b) Cadangkan 3 cara bagaimana guru dapat membantu murid-murid mencapai

perkembangan kognitif yang optimum.

3. a) Nyatakan peringkat-peringkat dalam tahap satu dan dua mengikut teori

Lawrence Kohlberg.

b) Senaraikan 3 cara bagaimana guru dapat membantu murid-murid mencapai

perkembangan moral yang optimum.

Page 16: Ilmu Pendidikan