edu semester 7

22
Tugasan A Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di ata bahawa guru harus diberikan lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan perananya? Profesion keguruan adalah merupakan profesion yang tertua di dunia . Namun kini profesin tersebut telah melalui fasa yang betul dimana perana guru dahulunya hanya tertumpu kepada penyampai ilmu namun kini peranan guru agak luas dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang anak didik dan generasi akan datang . Jika lihat sistem pendidikan kini guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara dan lebih bersedia serta peka dalam melahirkan dan mengunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Menurut Kamus Dewan ( 1970) guru bererti pendidik, pengajar atau pengasuh. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institusi – institusi pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat . Selaras dengan perubahan ini maka kementerian menyeru agar seorang guru haruslah lebih inovatif ,kreatif dan efektif dalam penyampaian serta sentiasa memikirkan pendekatan baru untuk mengadaptasikan amalan mereka selara dengan kehendak pelajar dalam era revolusi maklumat abad ke 21. Dalam meningkatkan profesion keguruan ini seorang guru seharusnya meningkatkan kualiti untuk memenuhi hasrat kementerian maka

Upload: zulkanean-akim

Post on 16-Feb-2017

293 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu semester 7

Tugasan A

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di ata bahawa guru harus diberikan lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan perananya?

Profesion keguruan adalah merupakan profesion yang tertua di dunia .

Namun kini profesin tersebut telah melalui fasa yang betul dimana perana guru

dahulunya hanya tertumpu kepada penyampai ilmu namun kini peranan guru agak

luas dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang anak didik dan

generasi akan datang . Jika lihat sistem pendidikan kini guru lebih banyak

berperanan sebagai pemudah cara dan lebih bersedia serta peka dalam melahirkan

dan mengunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.

Menurut Kamus Dewan ( 1970) guru bererti pendidik, pengajar atau

pengasuh. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahawa perguruan

merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau

melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institusi – institusi pendidikan lain untuk

menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat . Selaras dengan

perubahan ini maka kementerian menyeru agar seorang guru haruslah lebih

inovatif ,kreatif dan efektif dalam penyampaian serta sentiasa memikirkan

pendekatan baru untuk mengadaptasikan amalan mereka selara dengan kehendak

pelajar dalam era revolusi maklumat abad ke 21. Dalam meningkatkan profesion

keguruan ini seorang guru seharusnya meningkatkan kualiti untuk memenuhi hasrat

kementerian maka kuasa autonomi seharusnya diberikan kepada seorang pendidik

tersebut di dalam menjalankan tugas dan peranan dalam mendidik generasi masa

kini . Autonomi menurut Dr Abdul Hamid Mahmood ialah pemerintahan

( pentadbiran , pengurusan ) sendiri , hak dalam mengurus dengan kata lain guru di

berikan hak untuk menjalankan pedagogi di dalam kelas tanpa ada batas - batas

tertentu dan mempunyai kuasa mutlak. Tujuan autonomi dalam tugas dan peranan

guru ini ada kerana untuk meningkatkan profesionalisme guru, meningkatka

akauntabiliti keguruan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan murid – murid..

Di dalam era pendidikan kini guru berperanan penting dalam kehidupan

generasi sekarang. Guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi

tugas guru telah menjadi satu tugas yang mencabar dan semakin luas. Oleh itu

Page 2: Edu semester 7

kuasa autonomi adalah penting dalam seorang guru menjalankan tugas dan

peranannya . Kuasa autonomi seorang guru adalah perlu untuk memartabatkan

sistem .

Meningkatkan profesionalisme perkhidmatan seorang guru.

Di dalam dunia keguruan seorang guru akan menanggung semua konsekuen

yang sesuai dengan nilai profesion. Menurut Kamus Dewan (2007) guru perlu

berkuasa autonomi kerana guruyang sesuai dengan perlu bekuasa autonomi kerana

guru yang berkualiti kepada pelanggannya. Guru yang professional dan berkualiti

akan mampu memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada sesi

pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,kepakaran,kemahiran mahupun pengurusan.

Menurut Ragbir Kaur ( 2007) guru berfungsi mendidik murid dalam pelbagai

ilmu pengetahuan dan mereka perlu menguasai kemahiran profesional di mana

perlu menguasai kemahiran menyampaikan maklumat dan peka kepada keperluan

semasa sesuai dengan kehendak murid mereka. Selain daripada itu, guru

memainkan peranan sebagai pemudah cara di mana guru perlu memberikan

bimbingan , motivasi dan mengerakkan murid dalam kelasnya dan dapat

menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan . Sebagai

langkah menarik minat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran. Dalam

pada itu juga guru perlulah memastikan penggunaan strategi pengajaran

berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar supaya murid kekal bermotivasi

untuk mengikut proses pembelajaran.

Guru pembentuk nilai dan role modelDalam mengejar arus kemodenan dalam kehidupan khususnya dalam

kemajuan sistem pendidikan . Sistem pendidikan negara ini berlandaskan kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam kandungan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini pembentukan Sahsiah iaitu JERIS, jasmani,rohani,intelek,dan sosial

dititikberatkan. Contohnya kita lihat Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah

menekankan 6 tunjuang utama antara yang terkandung di dalam 6 tunjang tersebut

adaah berkaitan dengan kerohanian, sikap dan nilai . Disiplin ilmu dalam tunjang ini

merangkumi pendidikan islam bagi murid islam dan pendidikan morak bagi murid

Page 3: Edu semester 7

bukan islam. Oleh itu,guru adalah pembentuk nilai kepada murid. Menurut Ragbir Kaur ( 2007) guru adalah pembentuk para murid untuk memiliki akhlak yang mulia

dan mempunyai nilai – nilai yang tinggi . Oleh itu, guru hendaklah mempunyai sifat

dan kualiti peribadi,professional dan sosial yang baik. Jika kita lihat, sekarang ini

guru merupakan ibubapa kedua kepada anak – anak mereka . Guru bukan sahaja

penyampai ilmu tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat di dalam membentuk

peribadi seseorang murid tersebut. Menurut Abdul Shukor (1999) asuhan guru

yang berkesan akan dapat meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang

berpanjangan kepada setiap murid . Dalam konteks ini guru merupakan manusia

yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi murid yang berilmu,beriman

dan bertakwa . selain daripada sebagai role model kepada anak didik guru juga

bertanggungjawab dalam pembentukan tingkahlaku dalam konteks pendidikan.

Guru sebagai tingkahlaku

Selain daripada sebagai penyampai ilmu guru juga sebagai pembentuk

tingkahlaku murid. Dalam konteks pendidikan di negara kita adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk membentuk tingkahlaku murid. Tugas guru bukan saja

mengajar tetapi juga mendidik murid tersebut menjadi insan yang berguna pada

masa akan datang. Menurut pandangan islam,orang yang menjadi guru di beri oleh

Allah S.W.T kelebihan yang berlipat kali ganda. Menurut Al – Ghazali dari

perspektif islam tingkahlaku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

Oleh itu, pembentukkan tingkahlaku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya

murid yang dihasilkan mempunyai tingkahlaku yang terpuji dan dapat diterima

umum. Oleh itu,guru perlu berusaha untuk membimbing tingkahlaku positif terhadap

anak didik mereka. Jika kita lihat sekarang ini gejala – gejala sosial makin

berleluasa sejak akhir – akhir ini. Justeru itu, tingkahlaku murid perlulah diuruskan

dengan berkesan oleh para guru dengan mengambil pendekatan yang wajar.

Menurut Lee Center (1976) pendekatan beliau membantu para guru dalam sistem

peraturan tingkahlaku didalam kelas yang dilaksanakan oleh guru. Contohnya

apabila murid – murid tersebut melanggar peraturan namanya akan dipaparkan

pada papan kenyataan dan guru akan memanggil ibubapa ke sekolah.

Tanggungjawab guru juga adalah membentuk tingkah laku murid yang melakukan

Page 4: Edu semester 7

kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, guru telah murid – murid di dalam kelas iaitu

teknik pengukuran personal,teknik penegahan dan tindakan pembetulan.

Guru sebagai pemimpin.

Guru sebagai perubahan yang dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri

– ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanannyadapat

ditingkatka . Menurut Drath dan Palus ( dalam Yukl 2002) mengatakan

kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama

dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Menurut House et al (dalam yukl 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi,

memotivasikan dan membolehkan orang lain menyumbang kearah keberkesanan

dan kejayaan organisasi. Walaupun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru

terlalu berat terutama dalam mempengaruhi minat dalam pelajaran . Pada era

globlisasi ini murid lebih terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan

bimbangan guru.

Menurut Field ( 2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten

sebuah kapal.Beliau menyatakan bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal

dimana guru adalah jurukemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang

mempunyai pelbagai personaliti. Oleh itu, peranan seorang guru juga harus

membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puashati

dalam kalangan murid disamping mendapat kerjasama mereka. Kejayaan

kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang

dipimpinanya.

Guru sebagai agen perubahanDalam era globalisasi ini peranan guru di sekolah adalah untuk membawa

perubahan dalam masyarakat sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu

pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat. Guru perlu bertanggungjawab

mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang

boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Page 5: Edu semester 7

Menurut Abdul Aziz ( 2000) telah menyatakan guru sebagai pelaksana

perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat

dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran,peka dalam hal perubahan dan

pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung

dengan pengelolaan ,pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik

darjah.walaupun kuasa autonomi adalah wajar diberikan kepada para guru. Namun

terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersetuju kuasa autonomi diberikan

sepenuhnya kepada guru.

Walaupun kuasa autonomi diberikan kepada guru namun terdapat segelintir

masyarakat yang tidak menyokong kuasa autonomi diberikan kepada guru kerana

kebanyakkan masyarakat menganggap guru hanya sebagai pengajar dan pendidik

murid – murid sahaja.

Page 6: Edu semester 7

Tugasan c(a)

Dalam era globalisasi masa kini, seorang yang ingin berjaya dalam apa jua

bidang perlulah mempunyai ciri –ciri berdisiplin,bertanggungjawab,amanah,ikhlas

dan nilai –nilai murni. Nilai – nilai murni ini akan membentuk etika seseorang

individu tersebut. Konsep kod etika yang dimaksudkan adalah satu cabang ilmu

pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dengan

kewajipan dan tanggungjawab moral.Etika adalah berasal daripada perkataan Greek

“ethos” yang bermaksud perwatakan dan keperibadian . Dengan kata lain etika juga

juga boleh disimpulkan sebagai prinsip – prinsip tingkah laku yang berakauntabiliti

yang menentukan tindakan individu yang boleh diterima dari segi moral .Menurut Sarjana Barat J.L Mackie mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat

menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis –

garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Bagi pandangan islam

etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan

hidupnya. Di dalam kod etika perguruan dianggap penting kerana melalui kod etika

ini akan menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkah laku dalam

profesion perguruan. Kod ini sebagai panduan dan sesuai untuk dirujuk serta

diamalkan oleh guru. Antara isu –isu etika guru yang sering diperkatakan adalah isu

kesantuan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah,isu

pengurusan masa dan pengurusan kewangan. Kod etika perlu dipatuhi oleh

seorang guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam diri setiap

murid. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawa yang besar dan cukup

mencabar seiring dengan kehendak kerajaan dan masyarakat. Oleh itu,

perkembangan semasa menjadikan profesion keguruan turut mendapat tempiasnya.

Ibubapa khususnya, mengharap pihak sekolah dan guru dapat meningkatkan

kepercayaan kepada tuhan dalam diri murid- murid. Jika kita lihat kini guru

berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu ditangani dengan sikap

profesion dan terbuka . sehingga kini isu guru sering dipersoalkan terutama sikap

guru ,kesantunan guru kerja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga

disekolah kini menjadi isu yang perlu ditangani dengan berhemah supaya kerja ini

tidak terpesong daripada landasan yang sepatutnya . oleh itu guru sebagai insan

yang terlatih perlulah bijak mencari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.

Page 7: Edu semester 7

Kesantunan guru.

Kesantunan merupakan aturan perlilaku yang ditetapkan dan disepakati

bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut

dapat menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Dalam kesantunan

seorang guru dapat dilihat dari pelbagai segi sama ada dalam pergaulan dan

perhubungan antara guru dan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak

pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.

Kesantunan guru perlu disesuaikan dengan kontekstual seperti situasi dalam

komuniti ,masyarakat,tempat dan sebagainya. Contohnya seorang guru yang

sedang berucap atau mengunyah gurla – gula dengan mulut yang berbunyi akan

menjadi menjadi kurang sopan kalau sedang makan dengan orang ramai di

sesebuah masyarakat majlis. Jika tindakan ini diperhatikan oleh murid akan menjadi

contoh negative dan mungkin akan diikuti oleh murid berkenaan ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran .Berdasarkan perkembangan semasa dalam

profesion kegunaan kesantunan dapat kita bahagika kepada tiga iaitu kesantunan

berpakaian ,kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa.

Kesantunan berpakaian

Didalam profesion perguruan aspek berpakaian amat di berikan perhatian.

Kesantunan berpakaian yang dimaksudkan merujuk kepada jenis pakaian yang

digunakan ,fesyen pakaian tersebut termasuklah juga solekan yang digunakan oleh

guru . Sebagai seorang perlulah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika

berpakaian yang termaktub dalam peraturan dan kelakuan bagi penjawat awam.

Maka sebagai guru kod etika berpakaian seharusnya menjadi rujukan penuh kepada

guru dalam usaha untuk memastikan mereka sentiasa menunjukkan kesantunan

yang tinggi dalam etika berpakaian ke sekolah .selain itu, sebagai guru seharusnya

bijak memilih pakaian supaya bersesuaian dengan keadaan dan situasi.

Page 8: Edu semester 7

Kesantunan tingkahlaku

Kesantunan tingkahlaku adalah tatacara atau gerak geri guru dalam

menghadapi sesuatu situasi contohnya aktiviti perjumpaan ibubapa di sekolah,duduk

didalam kelas,berhadapan dengan orang yang dihormati seperti guru besar atau

orang lebih berjawatan . Semua situasi yang dinyatakan tersebutmemerlukan

tingkahlaku yang berbeza. Begitu juga ketika berhadapan dengan ibubapa pihak

pengurusan sekolah dan murid semua situasi ini menunjukkan kesantunan

tingkahlaku yang berbeza sesuai dengan situasi pada waktu tersebut.

Kesantunan berbahasa

Guru perlu mengambilkira kepada norma – norma budaya dan tidak hanya

sekadar menyampaikan idea yang difikirkannya sahaja. Ketika berkomunikasi,guru

perlu mengambilkira unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat dan

perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika

berkomunikasi. Kesantunan berbahasa perlu dikuasai oleh guru kerana melalui

kesantunan ini guru akan mengetahui apa yang perlu diucapkan pada waktu dan

keadaan tertentu,pengunaan ragam bahasa,bila dan bagaimana giliran berbual

harus dimulakan, bagaimana mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi,

bagaimana sikap dan gerak geri ketika berkomunikasi dan bila seharusnya diam dan

menamatkan perbualan.

Isu kepedulian guru.Pendekatan kepedulian adalah salah satu pendekatan yang dapat digunakan

dalam pengajaran Pendidikan Moral. Pendekatan ini merupakan kesanggupan

seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian adalah bermaksud ‘ambil

peduli’ ‘mengambil berat’ dan “ menyayani” yang melibatkan responsif sensitif

terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap

pengalaman seseorang . oleh yang demikian seorang guru perlulah mengambil

pendekatan kepedulian dalam menghadapi murid di dalam kelas supaya murid

dapat merasakan yang guru sentiasa bersama dan akan berfikir dengan mendalam

Page 9: Edu semester 7

sebelum mereka melakukan sesuatu. Seorang guru perlulah menitik beratkan setiap

potensi anak murid mereka..

Isu penampilan guru.Pada Hari Guru ( 1999) Ketua Pengarah Pelajaran Dato Dr Abdul Shukor

Abdullah telah menyatakan “ guru – guru perlu menyampaikan ilmu pengetahuan

secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing –

masing dapat dijadikan contoh kepada murid . Oleh itu,pada setiap masa,para guru

sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji,berimej,berperibadi murid dan

berwawasan sebagai pendidik yang unggul berdasarkan ucapan tersebut,guru

seharusnya berusaha untuk menjaga penampilan diri kepada murid dengan

menunjukkan watak yang positif dan mengamalkan semua nilai murni dalam

kehidupan seharian ketika melaksanakan tugas mereka sebagai seorang guru.

Penampilan guru memainkan peranan kerana ianya dapat mempengaruhi

suasanadalam pengajaran dan pembelajaran. Penampilan guru sering mendapat

perhatian setiap murid. Justeru itu, guru perlu mempunyai sifat sabar yang

tinggi,mesra dan bertimbangrasa agar dapar mencerminkan penampilan diri guru itu

sebagai pendidik yang sejati. Penampilan seorang guru juga sering menjadi

penilaian yang dibuat oleh anggota masyarakat khasnya ibubapa dan masyarakat

sekeliling mereka. Status seorang guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat

ketika ini. Namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak

menjaga penampilan dirinya apabila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-

sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana

guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat

perguruan dan tugasnya bukan semata – mata sebagai satu pekerjaan tetapi

sebagai satu profesion. Seorang guru tersebut haruslah berupaya menunjukkan

penampilan diri yang tidak diragukan kerana guru yang mempunyai penampilan

yang baikakan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka.

Dengan itu, sifat dan penampilan diri guru yang disenangi oleh murid boleh dilihat

dari aspek berikut penampilansifat kerohanian,penampilan sifat – sifat

akhlak,penampilan sifat – sifat mental,penampilan sifat kejiwaan dan penampilan

sifat fizikal. Terdapat faktor yang mempengaruhi penampilan diri guru iaitu

Page 10: Edu semester 7

pendidikan, persekitaran dan pengalaman. Jika kita lihat trend sekarang pemintaan

tuisyen juga semakin meningkat. Peluang ini diambil para guru untuk mempromosi

pusat tuisyen mereka dan tidak kurang juga yang secara langsung mengajak murid

mengikuti tuisyen di rumah dan di sekolah. Malah lebih malang lagi terdapat guru

yang sengaja melewat – lewatkan menghabiskan sukatan dengan alasan murid

akan mengikut tuisyen yang mereka jalankan. Contoh amalan salah yang selalu

dilakukan oleh guru yang mengajar tuisyen adalah seperti menggunakan sekolah

sebagai pusat tuisyen ,mengagalkan atau memberi markah yang kurang kepada

anak orang kaya dan mengesyorkan supaya murid tersebut tuisyen dengannya dan

menggunakan kemudahan sekolah untuk kepentingan tuisyen.

Isu kerja sambilanDalam konteks pendidikan sekarang terdapat guru yang melakukan kerja

sampingan. Tekanan hidup yang dihadapi khususnya oleh guru –guru di kawasan

Bandar utama memaksa mereka mencari alternative lain untuk menambahkan

sumber pendapatan. Kos sewa rumah yang mahal,perbelanjaan keluarga yang

meningkat dan bebanan hutang yang kian bertambah memaksa guru bertindak

mencari kerja yang dilakukan oleh guru – guru di kawasan Bandar antaranya

mengajar dipusat – pusat tuisyen,menjadi penceramah dalam sebarang kursus dan

seminar,berniaga dipasar – pasar malam , MLM dan sebagainya

Isu berniaga di sekolahJika kita lihat persekitaran kehidupan kita ramai orang yang sudah

mengetahui konsep dalam perniagaan . Tidak ketinggalan juga kini berlaku di

kebanyakkan sekolah diseluruh negara masa kini. Terdapat segelintir guru yang

menjalankan urusan perniagaan sama ada berbentuk MLM atau ah mendapat

berniaga secara terus di sekolah. Ramai guru yang terlibat dengan MLM kini telah

mendapat hasil yang lumayan daripada perniagaan mereka. Namun apa yang

menyedihkan terdapat dikalangan guru yang mula beralih arah dan melepaskan

tanggungjawab utama di sekolah. Rezeki yang di perolehi adalah hasil daripada apa

yang mereka usahakan. Namun apa yang kita lihat setelah berjaga hingga larut

malam untuk urusan perniagaan tersebut mereka hilang tumpuan untuk

menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah ada dikalangan mereka yang

Page 11: Edu semester 7

datang lewat ke sekolah, tidak membuat persiapan yang rapi untuk mengajar dan

mengajar pula dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Amalan perniagaan di

sekolah kini sudah mula menampakkan kesan yang serius. Tidak cukup urusan

perniagaan yang di jalankan sendiri oleh guru yang berkenaan kini format

perniagaan tersebut telah bertkar dan dilihat sebagai satu budaya di sekolah.

Disamping itu terdapat satu trend masa kini yang juga merupakan satu

perniagaandi sekolah. Setengah – setengah sekolah akan menjemput mana –

mana individu untuk menyampaikan taklimat kepada ibu bapa. Setelah berpuashati

dalam penyampaian taklimat kepada ibu bapa . Setelah berpuashati dalam

penyampaian taklimat tersebut individu tersebut akan mempromoi barangan

keperluan untuk murid di sekolah contohnya mempromosi barang makanan untuk

kecergasan anak dan lain – lain.

Isu pengurusan masa .Pengurusan masa tidak hanya merujuk kepada teknik mengurus masa harian.

Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada teknik pengurusan masa

sahaja. Secara ringkas teknik pengurusan masa merujuk kepada cara menguruskan

masa agar anda dapat mencapai matlamat dengan teknik pengurusan yang

berkesan seorang guru akan dapat melakukan banyak perkara dalam masa yang

singkat.

Jika kita lihat, sekarang ini guru merungut mereka terlalu sibuk tidak dapat

menumpukan perhatian kepada pengajaran di dalam kelas. Seorang guru perlu

merancang pelaksanakan sesuatu tugasan. Guru juga perlu praktikkan segala

perancangan. Selain daripada itu seorang guru juga harus menghapuskan tabiat

tangguh dan tunggu dan perlu menggunakan peluang yang ada supaya masa yang

ada itu tidak berlalu begitu sahaja. Antara kesan pengurusan masa kepada guru

dapat mengubah tabiat lama yang negatif dalam diri seorang guru

tersebut,berkomunikasi dan penumpuan.

Isu pengurusan kewanganSeorang guru yang bertugas di sekolah cabaran memang tekah tersedia

untuk menanti kehadiran di sekolah .Ketika bertugas aspek pengurusan masa perlu

anda uruskan iaitu pengurusan kewangan yang berkaitan dengan professional

Page 12: Edu semester 7

perkhidmatan di arahkan oleh pihak pengurusan sekolah dan yang kedua

pengurusan kewangan peribadi sendiri.

Dalam menangani isu kod etika di sekolah pelbagai usaha telah diambil untuk

mengurangkan masalah ini terus berleluasa. Jika kita lihat sekarang ini isu kerja

sambilan semakin berleluasa. Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak KPM agar

setiap ketua jabatan diberi kuasa untuk membuat pemantauan . Bagi menangani

masalah ini KPM telah mengeluarkan surat pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun

1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan dibahawa dalam pekerjaan luar

. menerusi surat tersebut ketua jabatan telah di beri kuasa meluluskan permohonan

dan membuat pemantauan aduan mereka yang berkenaan . Dengan adanya

perkeliling ini akan memberi kebenaran bersyarat dengan kehendak Peraturan

5,Peraturan pegawai Awam( kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan surat pekelilingp

perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduanyang terperinci

mengenai pengendalian dan syarat – syarat khususnya khususnya kepada

pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan bagi anggota

KPM.

Page 13: Edu semester 7

BIBLIOGRAFI

1. Universiti Terbuka Malaysia,( Januari 2007) HBEF2103 Seni dalam

Pendidikan , Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Kampus OUM,Kuala Lumpur

2. Syed Ismail Bin Syed Mustapa ,Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan

dan Perkembangan Profesional,(2010), Penerbitan Multimedia Sdn

Bhd,Selangor Darul Eshan.

3. www.psikologi pendidikkan.com.my

4. www.asaskepimpinaanguru .com.my

Page 14: Edu semester 7

REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya telah berjaya

menghasilkan tugasan ini. Walaupun pada mulanya saya ratusa agak tekanan juga

dengan tugasan yang diberikan tetapi saya berusaha sedaya upaya saya untuk

menghasilkan tugasan ini.

Sememangnya apabila tugasan yang diberikan agak sukar untuk disiapkan dengan

segera. Dengan kekangan masa dan kerja – kerja rasmi di sekolah saya terap

berusaha unutuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun pada mulanya saya tidak tahu

untuk memulakan tugasa yang diberikan atas usaha saya. Saya banyak bertanya

dan bergerak secara kolaborasi bersama kawan – kawan.

Untuk tugasan 1 (a) saya telah mengkaji tentang kuasa autonomi seorang guru

adakah kuasa autonomi iniperlu diberikan sepenuhnya atau tidak kepada seorang

guru tersebut. Saya telah memberikan beberapa hujah sokongan bahawa kuasa

autonomi adalah perlu diberikan kepada guru kerana guru berperanan penting

sebagai pembentuk nilai atau role model,guru sebagai agen perubahan,guru

sebagai pembimbingan kepada anak didik. Jika kita lihat sekarang ini guru adalah

antara insan yang paling dekat dengan seorang murid. Maka wajarlah kuasa

autonomi tersebut diberikan sepenuhnya kepada guru tersebut agak singkat

bersama – sama di sekolah namun hubungan antara guru dan murid adalah paling

dekat.

Tugasan (b) iaitu berkumpulan dalam 3 orang secara kolaborasi. Saya dan ahli

kumpulan bersama - sama berbincang untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan.

Kami telah membuat aktiviti soal selidik kepada 10 orang guru dalam menghasilkan

aktiviti ini. Tujuan soal selidik ini adalah untuk melihat sejauhmanakah amalan etika

dalam kalangan guru terutamanya tanggungjawab guru, tanggungjawab guru

terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.

Setelah soal selidik diberikan kepada guru – guru.Kami telah membuat analisis

tentang kajian tersebut. Dan berdasarkan kepada kaji seli berlaku dik tersebut.

Kami telah menyatakan beberapa cadangan untuk meningkatkan amalan etika

profesion perguruan.

Page 15: Edu semester 7

Tugasan ( c) saya telah mengkaji tentang isu – isu atau permasalahan yang belaku

terhadap guru – guru masa kini. Jika kita lihat permasalahan yang dihadapi oleh

guru masa kini adalah isu kesantunan guru, isu kepeduliab guru, penampilan guru,

kerja sambilan, pengurusan masa dan pergurusan kewangan. Memang kita tidak

boleh nafikan terdapat segelintir guru yang memandang mudah dalam tugas

mereka. Dan apa yang menyedihkan ada setengah guru yang lebih mementingkan

tugas luar berbanding dengan tugas rasmi. Situasi ini tidak sewajarnya.berlaku

kerana guru diberikan amanah yang berat dalam mendidik dan mengajar generasi

sekarang. Guru adalah pembentuk generasi di negara ini dan ibubapa

mengharapkan usaha guru untuk memberikan yang terbaik untuk anak – anak

mereka. Oleh itu,kita sebagai guru perlulah melaksanakan tugas dengan sebaik

mungkin sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Secara kesimpulannya, kita sebagai guru perlulah lebih peka kepada kemampuan

berkomunikasi dan berkongsi ilmu secara global,mampu melihat serta dapat

berkoloborasi dengan komuniti – komuniti dunia dalam dunia pekerjaan ini.