edu 3109 - tajuk 6

13
TAJUK 6 TAJUK 6 ISU DALAM AMALAN TEORI ISU DALAM AMALAN TEORI DAN PENYELIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

Upload: shavanis

Post on 05-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

  • TAJUK 6ISU DALAM AMALAN TEORI DAN PENYELIDIKAN

  • 1. PengenalanTerdapat pelbagai cara dan pendekatan bagi membantu menangani permasalah klien.Sesetengah kes, klien yang telah faham akan bertanya tentang pendekatan yang digunakan untuk membantu mereka.Oleh itu kaunselor perlu mempersiapkan diri dalam teori dan penyelidikan bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk memberi pertolongan terhadap klien.

  • 2. Meningkatkan penguasaan dalam amalan & teori kaunselingUntuk meningkatkan penguasaan dalam kaunseling bukan perkara mudah satu cara adalah melalui penguasaan teori.Teori dapat memberi pandangan terhadap manusia, apa yang menyebabkan manusia itu bermasalah, bagaimana memahami masalah manusia, dan seterusnya teknik/panduan untuk menangani masalah. Dalam kaunseling tanpa teori ibarat berjalan tanpa panduan, sukar untuk membawa klien mencapai matlamat yang dituju.

  • Isu ditimbulkan kebanyakan teori kaunseling berlatar-belakang budaya dan nilai barat. Kadangkala tidak kena untuk diaplikasikan dalam masyarakat tempatan. Cth - masyarakat barat lebih mengutamakan kepada perubahan individu, tetapi masyarakaat Asia lebih menekankan kepada perubahan individu dalam masyarakat secara keseluruhan. Tiba masanya kini sebuah teori yang lebih menyeluruh sifatnya yang sesuai dengan pelbagai budaya yang merangkumi perasaan, fikiran dan perlakua manusia sejagat.Apa yang lebih penting, walaupun teori tidak sempurna, kaunselor perlu menjadikan teori sebagai panduan dan menyesuaikan dalam konteks budaya dan nilai setempat.

  • 3. Pembahagian Tanggung-jawab Dalam TerapiSering timbul isu terutamanya dalam kalangan kaunselor baharu, mereka tidak sabar untuk membawa klien mencapai perubahan dalam diri - meletakkan tanggung jawab yang terlalu tinggi dalam proses kaunseling.Dalam proses teraputik, tanggung jawab bukan hanya terletak di bahu kaunselor, klien juga bertanggung jawab untuk berusaha membina perubahan diri. Tugas utama kaunselor adalah menyediakan klien untuk menghadapi perubahan.Klien perlu dijelaskan tentang tanggungjawab bersama dalam proses kaunseling kontrak, di mana klien terlebih dahulu memberikan persetujuan untuk memikul tanggungjawab bersama dalam proses kaunseling

  • 4. Menetapkan Matlamat Dalam KaunselingIsu yang selalu timbul siapa yang menetapkan matlamat kaunseling (kaunselor atau klien?). Matlamat kaunseling perlu dibuat oleh klien dengan panduan kaunselor - namun kerap berlaku di mana matlamat kaunseling dipengaruhi oleh budaya dan nilai kaunselor.Kaedah kaunseling pelbagai budaya sgt perlu dalam usaha menetapkan matlamat kaunseling mengelakkan bias yang mungkin wujud berpunca daripada latar belakang nilai & budaya kaunselor dan klien yg berbeza. Ia juga dapat mengurangkan jurang perbezaan nilai antara generasi yang wujud.

  • 5. Menjalankan Diagnosis Sebagai Isu ProfesionalKaedah diagnosis yang dijalankan bagi mengenalpasti masalah yang dialami oleh klien sering menimbulkan isu.Pendekatan terapi kognitif-behavior diagnosis sebagai cara terbaik untuk mengenalpasti masalah dan simptom masalah klien secara tepat.Sebahagian besar pengalaman lepas klien dapat dilihat melalui diagnosis.Seterusnya, kaunselor akan lebih jelas memilih teknik dan cara yang paling sesuai untuk membantu klien. Secara profesional, perlu ada satu cara khas untuk mengesan masalah klien (diagnosis) yang dapat difahami bersama secara standard oleh ahli-ahli profesional lain

  • Beberapa panduan sekiranya diagnosis diperlukan dalam kaunseling.- Kena jelas apakah pendekatan yang digunakan sekiranya pendekatan kognitif-behavior, diagnosis sebagai satu cara dalam kaunseling. - Kena ambil kira siapa klien dan apa masalah mereka ada kalanya diagnosis tidak sesuai dijalankan terhadap sesetengah individu.- Hasil diagnosis yang dijalankan perlu diterangkan kepada klien.- Kaunselor tertakluk di bawah undang-undang dan kod etika yang memberi risiko perlu ada persetujuan termaklum.- Diagnosis perlu dijalankan oleh pakar kaunselor perlu mendapatkan khidmat kepakaran tersebut sekiranya sekiranya kepakaran dan pengetahuan mereka terbatas - Segala rekod yang berkaitan dengan diagnosis ini perlu disimpan dengan selamat kerana ia juga tertakluk dengan keistimewaan dan kerahsiaan

  • Namun menurut aliran humanistik (Rogerian dan Eksistensial) diagnosis tidak dapat benar-benar memahami dunia subjektif klien. Setakat ini tidak ada satu alat/cara pun yang dapat digunakan sebagai kaedah standard untuk menjalankan diagsosis.Klien tidak berkesempatan meneroka masalah mereka melalui hubungan teraputik bersama kaunselor, dan keputusan diagnosis akan menjadikan klien menjadi bertambah defensive.Diagnosis sekadar dapat mengenalpasti simptom masalah yang dialami oleh klien secara teoritikal sahaja simptom-simptom tersebut adalah tidak sama antara satu individu dengan yang lain. Masalah manusia juga adalah berbeza-beza, jadi tidak ada alat diagnosis yang benar-benar sempurna untuk mengenalpasti semua masalah yang dialami oleh semua manusia.

  • 6. Penggunaan Ujian Dalam KaunselingPenggunaan ujian juga menimbulkan isu dan polimik dalam dunia kaunseling seperti juga penggunaan diagnosis. Dua pendekatan yang berbeza iaitu antara pendekatan kognitif-behavior dengan pendekatan humanistik yang mementingkan hubungan. Namun, penggunaan ujian kadangkala penting dalam proses kaunseling dan kadangkala tidak diperlukan

  • Sekiranya penggunaan ujian itu penting dalam sesi kaunseling beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh kaunselor.

    - Menjelaskan terlebih dahulu keperluan ujian tersebut kepada klien- Perlu menjelaskan apakah kegunaan keputusan ujian tersebut.- Kaunselor juga perlu menerangkan tentang batasan dan nilai sesuatu ujian kepada klien.-

  • 7. Penggaunaan Sesuatu Teknik Dalam KaunselingDalam proses kaunseling, kaunselor boleh menggunakan sebarang teknik yang ada untuk membantu klien.Ada kalanya kaunselor terlalu ghairah menggunakan teknik yang baru dalam proses intervensi.Kaunselor perlu bersikap rasional apabila ingin menggunakan sesuatu teknik Penggunaan sesuatu teknik biasanya berkaitan dengan apakah pendekatan teori yang dibawa oleh kaunselor.Sesuatu teknik mungkin hanya sesuai dengan sebahagian masalah tertentu sahaja.Apabila memilih sesuatu teknik dalam kaunseling, perlu berhati-hati - mempercepatkan perkembangan proses kaunseling. Penggunaan sesuatu teknik dalam kaunseling bukan suatu perkara yang wajib.

  • 8. KesimpulanProses kaunseling adalah untuk menjamin kebajikan klien. Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab kaunselor dan hak klien agar kebajikan dalam proses kaunseling sentiasa terjamin. Sebarang tindakan kaunselor adalah semata-mata untuk menjamin klien memperolehi perkhidmatan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama pastikan juga kaunselor terpelihara daripada sebarang beban dan kesukaran.