edu 3106

8

Click here to load reader

Upload: dolyna-jelinin

Post on 11-Dec-2014

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

EDU 3106

Bahagian B

1.

a) Jelaskan dua elemen utama yang menggambarkan sesuatu budaya.

i. Simbol atau lambang

- Merupakan apa sahaja yang mempunyai makna kepada ahli

masyarakat yang berkongsi budaya. Kebanyakan simbol ialah

objek fizikal.

ii. Bahasa

- Merupakan alat komunikasi. Bahasa juga mempunyai unsur-unsur

perlambangan atau simbol budaya.

b) Sebagai seorang pengamal ilmu dalam bilik darjah kepelbagaian budaya,

huraikan dua pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk

menggalakkan pemahaman terhadap konsep satu Malaysia.

i. Pembelajaran berkumpulan

- Membentuk kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang murid

yang berlainan bangsa dan agama supaya mereka dapat

berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain.

ii. Melaksanakan projek kewarganegaraan.

2.

a) Nyatakan dua cabaran yang akan dihadapi oleh guru jika muridnya berasal

daripada latar belakang sosio budaya yang berbeza.

i. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.

ii. Memahami pelbagai budaya yang berlainan.

b) Terangkan dua cara bagaimana sekolah boleh memainkan peranan untuk

menyatupadukan murid-murid daripada pelbagai sosio budaya yang berbeza.

i. Mengadakan sambutan perayaan bagi setiap perayaan kaum iaitu Hari

Raya, Tahun Baru Cina dan sebagainya supaya kaum lain turut

merasai dan mengetahui cara sambutan perayaan tersebut.

Page 2: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

ii. Mengadakan pameran kebudayaan untuk memberikan maklumat

kepada semua murid tentang cara hidup kaum lain.

3.

a) Senaraikan empat faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan antara

murid di bandar dan luar bandar.

i. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan

pedalaman kurang merangsang.

ii. Jurang digital wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada

kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam

kalangan guru.

iii. Jurang sosioekonomi.

iv. Cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas.

b) Jelaskan dua program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu

murid berkeperluan khas.

i. Program Pendidikan Khas Integrasi

ii. Kelas Inklusif

4.

a) Nyatakan empat cara guru dapat meningkatkan kesedaran antara budaya di

sekolah.

i. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai

kumpuan etnik.

ii. Guru perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar.

iii. Memilih tajuk pelajaran dan aktiviti yang berkaitan dengan

kebudayaan.

iv. Menyediakan sudut untuk meletakkan maklumat berkaitan dengan

budaya sesuatu kaum di dalam bilik darjah.

Page 3: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

Bahagian C

1.

a) Jelaskan empat ciri sekolah wawasan di Malaysia yang boleh mendorong

kepada perpaduan antara murid.

i. Bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah Bahasa

Melayu.

- Taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin meningkat.

ii. Pelaksanaan aktiviti secara bersama.

- Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan

mingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari

Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat

mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan menguatkan tali

persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.

iii. Mempunyai kemudahan bersama.

- Padang, kantin, tandas, bilik guru, perpustakaan, bilik sains,

kemahiran hidup, bilik tayangan, bilik mesyuarat, stor pendidikan

jasmani, pejabat dan lain-lain.

iv. Satu sistem pendidikan yang seragam

- Menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk

meneruskan wadah wawasan negara.

b) Bincangkan empat peranan ibu bapa menggalakkan keharmonian dalam

kalangan murid di sekolah wawasan.

i. Menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

- Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan

bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran

semasa hari lebaran.

ii. Mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara

serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh

berdedikasi.

Page 4: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

iii. Menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang

dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN ,

RIMUP dan sebagainya.

iv. Bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-

anak.

2.

a) Huraikan empat cara seorang guru boleh membantu dalam mewujudkan

persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya.

i. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

- Menyediakan ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan,

ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan.

ii. Guru perlu memastikan bahawa kerusi dan meja yang akan diduduki

murid dapat dilihat oleh guru.

- Hal ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid dalam

perhatian guru dan guru mudah bertindak sekiranya murid

memerlukan pertolongan dan bantuan daripada guru.

iii. Guru menyediakan sudut dan ruang bacaan.

- Mewujudkan perpustakaan mini yang menyediakan maklumat

tentang pelbagai budaya di Malaysia.

iv. Guru menyediakan ruang dan sudut pembelajaran multimedia yang

sesuai dengan perkembangan semasa yang mengutamakan pemikiran

kreatif dan kritis.

- Kepelbagaian bahan yang terdiri daripada bahan teks, audio, imej

dan animasi menjadikan proses belajar dalam kalangan murid lebih

menarik dan menyeronokkan.

b) Bincangkan empat implikasi yang mungkin timbul jika budaya tidak diambil

kira semasa membuat penilaian terhadap murid.

i. Guru tidak dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang

berkaitan dengan budaya murid-murid di dalam kelas.

Page 5: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

ii. Murid mungkin akan berasa tersisih atau tersinggung sekiranya guru

menyentuh sesuatu perkara yang merupakan isu sensitif bagi sesuatu

kaum.

iii. Murid kurang pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan budaya

kaum lain, sekaligus tidak dapat memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan murid.

iv. Guru tidak dapat menerapkan elemen budaya dalam pengajarannya.

3.

a) Cadangkan empat cara bagaimana guru dapat mewujudkan komunikasi

berkesan dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menggalakkan. Sertakan jawapan anda dengan contoh

yang relevan.

i. Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti

- Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan

murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan

menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan

pembelajaran akan lebih aktif.

ii. Gunakan kaedah berkumpulan

- Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana

interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia

boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam

kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai

kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

iii. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran

- Sesi soal jawab membantu murid-murid mengigati kembali apa

yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa

memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan

pembelajaran yang dilakaukan oleh guru.

iv. Banyak menggunakan teknik main peranan

- Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif

dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi

Page 6: EDU 3106

Dolyna Jelinin ak Jitap

PPRBM Semester 5

kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

b) Bincangkan empat cara bagaimana komunikasi lisan adalah lebih berkesan

daripada komunikasi bukan lisan.

i. Menggunakan sebutan yang jelas dan tepat supaya murid dapat

memahami apa yang disampaikan.

ii. Menyampaikan sesuatu mesej dan idea dalam bentuk ayat yang jelas

dan tersusun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai mengikut

tahap murid.

iii. Menggunakan intonasi yang sesuai.

- Guru perlu tahu menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinteraksi

dengan murid-murid dan intonasi perlu disesuaikan dengan konteks

percakapan dan tujuan percakapan.

iv. Bersemangat dalam sesuatu yang hendak disampaikan bagi

memastikan maksud dan hajat yang hendak disampaikan kepada

penerima dengan jelas.