assingment ctu 101

Upload: faiz-favia

Post on 06-Jul-2015

291 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) PAHANG

CTU 101SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

NAMA KUMPULAN NAMA AHLI

: SALAHUDDIN AL-AYYUBI : MOHAMMAD HAKIM BIN MOHAMMAD AWI (2010813122) : MUHAMMAD MAHYUDDIN BIN ABDUL KADIR (2010278108) : AHMAD FAIZ BIN GELANI (2010409748)

SESI PENSYARAH

: 2010 / 2011 : USTAZAH MAISARAH BT. SULAIMAN

KANDUNGAN muka surat Pendahuluan : 3

Bahagian 1

:

5

Bahagian 2

:

6

Bahagian 3

:

7

Bahagian 4

:

8

Bahagian 5

:

12

Bahagian 6

:

13

Bahagian 7

:

15

Bahagian 8

:

16

Bahagian 9

:

18

Bahagian 10

:

19

Bahagian 11

:

21

Kesimpulan

:

22

Rujukan

:

22

2|Page

PENDAHULUAN

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orangorang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Sirah Rasulullah s.a.w. memaparakan perjuangan baginda dan para sahabat serta umat Islam terdahulu (al-sabiqun al-awwalun) menegakkan aqidah yang haq menentang aqidah yang batili, melaksanakan syariat ilahiyah, menentang tradisi Jahiliyah, mengembalikan manusia ke martabat yang asal (ahsanul-khalq) dengan karimah dan sifat-sifat mahmudahii dan menghapuskan akhlak hayawaniyah serta sifat-sifat madzmumahiii. Jelasnya, sirah merupakan dokumen terpenting yang merakamkan sahsiah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan umat Islam terdahulu yang berjihad dan bekorban semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. dalam menegakkan kalimatul-haq dan perkara yang haq serta meruntuhkan kepercayaan yang batil, mengembalikan martabat manusia sebagai hamba Allah, untuki

syirik sifat-sifat baik iii sifat-sifat keji 3|Pageii

menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran atau dasar al-amru bil maruf wa al-nahyu anil-mungkar. Sirah juga merakamkan detik demi detik tertanamnya aqidah yang haq, tersebar luasnya syariat ilahiyah dan terbentuknya peribadi ibad alRahman, sekaligus merakamkan tumbang-rebahnya aqidah yang batil, hancur luluhnya tradisi Jahiliyah dan larut lunturnya akhlak hayawaniyah dalam masyarakat manusia. Sirah itu rakaman teladan paling unggul untuk generasi kini. Oleh itu, penelitian dan penghayatan sirah sama pentingnya dengan aqidah dan ibadah, yang tidak boleh dipandang ringan. Perlu difahami bahawa sirah bukanlah sejarah atau tawarikh dengan bahan rakaman masa lalu, tetapi sebagai satu-satunya uswahiv yang autoritatif bagi generasi kini untuk membina semula keagungan dan keunggulan Islam dan umat Islam. Sirah Rasululllah s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini juga menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindung ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran.

BAHAGIAN 1 : KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

iv

teladan 4|Page

1. Rasulullah s.a.w. dilahirkan daripada kalangan keluarga terbaik di kalangan keluarga Arab iaitu Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 bulan, ibu baginda, Aminah pula meninggal dunia. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu, selanjutnya Baginda dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga besar dan dewasa.2. Pada awal remaja, Baginda s.a.w mengembala kambing untuk penduduk

Makkah dengan bayaran upah beberapa qiratv. Kemudian, apabila baginda mencapai umur 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah. 3. Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Keduadua destinasi perjalanan ini ialah Kota Busra di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniga, melihat kesankesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya. 4. Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan raasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira. Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan kerana memikirkan kehebatan kekuasaanya-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

BAHAGIAN 2 : KERASULAN DAN MENERIMA WAHYU DI GUA HIRA'

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguhv

1/24 dinar 5|Page

menyedihkan hatinya sehingga Baginda kerap kali ke Gua Hira yang terletak di Bukit Hira'vi. Gua ini kecil dan sempit, hanya muat untuk empat orang duduk, ruang tingginya hanya setinggi orang berdiri. Letaknya di lereng bukit Hira' iaitu kira-kira 20 kilometer ke bawah dari puncaknya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. Dalam usia 40 tahun 7 bulan dan 8 hari mengikut perhitungan tahun Qamariyah, Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. menjadi Rasul yang terakhir. Ini terjadi dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 17 Ramadhan tahun keempat puluh daripada kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tarikh ini bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."vii Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

yang juga disebut Bukit Nur, kira-kira 6 kilometer dari Makkah, arah selatan. Surah al-Alaq: 1-5 6|Pagevi vii

Nabi Muhammad tidak pernah berfikir untuk menjadi Nabi dan Rasul, tetapi Allah telah memilihnya menjadi Nabi dan Rasul-Nya. Baginda pulang ke rumah dengan hati yang berdebar-debar , diliputi oleh perasaan takut. Di rumah baginda ditenangkan oleh Khadijah, yang meyakinkan bahawa Allah tidak akan mensiasiakannya. Setelah tenang Nabi Muhammad s.a.w. Dan Khadijah pergi menemui Waraqah bin Naufal. Waraqah menyatakan, pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. Itu pengalaman yang benar seperti yang pernah dialami oleh para Rasul. Suci, suci wahai putera saudaraku! Ini adalah rahsia yang paling besar yang pernah diturunkan Allah kepada Nabi Musa a.s. Moga-moga aku masih segar dan kuat, aku masih hidup pada waktu kaummu mengusirmu. Aku akan menolongmu. Jelasnya, Waraqah bimbangkan Nabi Muhammad s.a.w. akan menerima tentangan yang hebat daripada kaumnya sehingga ke peringkat mengusirnya dari Makkah. Dengan penjelasan Waraqah, hati Nabi Muhammad s.a.w. bertambah tenang dan yakin akan kata-kata Jibril dan kandungan wahyu Allah s.w.t.

BAHAGIAN 3 : BERDAKWAH DI MAKKAH

Berdakwah Secara Sulit Wahyu yang pertama disusuli yang lain selepas 40 hari. Wahyu yang melunakkan hatinya seperti yang terdapat dalam surah al-Dhuha ayat 1-3, dan wahyu yang menandakan tugasnya sebagai Rasul bermula iaitu ayat 1-7 surah al-Muddaththir.

Maksudnya: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah dan berlah peringatan. Dan tuhanmu hendaklah engkau bersihkan. Dan kotoran hendaklah engkau jauhkan. Dan jangan engkau memberi kerana mahukan balasan. Dan mengerjakan perintah Tuhanmu, hendaklah engkau bersabar.viii Dengan wahyu Allah seperti yang tertera dalam surah al-Muddaththir, Rasulullahviii

Surah al-Muddaththir: 1-7 7|Page

mula berdakwah. Dia mengajar orang supaya menerima ajaran Islam, iaitu : 1. Mengakui keesaan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul-Nya. 2. Meninggalkan amalan menyembah berhala. 3. Berakhlak mulia. 4. Tabah dan sabar dalam melaksanakan tugas kerana menegakkan agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara sulit, iaitu baginda menyeru secara bersembunyi iaitu tidak berterus terang.

Berdakwah Secara Terbuka Selepas 3 tahun baginda berdakwah secara sulit, baginda berdakwah kepada orang ramai secara umum (berterus terang). Pada permulaan tahap ini baginda berdakwah kepada keluarga 'Abdul Muttalib'. Kemudian baginda berdakwah kepada semua lapisan masyarakat. Dakwahnya disampaikan kepada orang bangsawan, orang biasa dan hamba, kaya atau miskin, ternama atau tidak ternama, orang bandar atau desa. Pada mulanya Rasulullah s.a.w. berdakwah kepada 40 orang pembesar Makkah dalam satu majlis jamuan. Baginda mengajak mereka membaca bismillah sebelum makan. Mereka hairan mendengar kata-kata itu. Selepas makan barulah baginda menyatakan beberapa asas ajaran Islam dan mengajak mereka memeluk Islam dan membantunya menyebarkan ajaran Islam yang mulia itu.

BAHAGIAN 4 : PENERIMAAN DAN PENENTANGAN DAKWAH RASULULLAH

Usaha gigih Rasulullah s.a.w. dalam berdakwah secara sulit dan secara terus terang dapat diterima oleh sebahagian kecil penduduk Makkah. Mereka yang beriman kepada baginda terdiri daripada berbagai-bagai peringkat, iaitu daripada golongan bangsawan, usahawan, orang kebanyakan dan hamba. Mereka merupakan orang yang paling bernasib baik kerana mereka menyahut seruan Islam ketika orang ramai8|Page

menolak dan menetang seruan itu. Mereka dengan berani menyatakan kebenaran Islam dan tabah menghadapi ujian. Mereka diejek, diugut, diseksa dan ada yang gugur syahid. Mereka diejek, diugut, diseksa dan yang gugur utama: 1. Mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t. 2. Mereka dapat menerima ajaran dan keterangan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. tentang Islam. Islam adalah agama Allah bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. berkata-kata berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t., bukan mengikut fikiran dan nafsu. Islam menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat. Islam membebaskan mereka daripada kepercayaan syirik terutamanya menyembah berhala. Islam memberi jaminan hak terhadap manusia berasaskan akhlak mulia dan persamaan sebagai hamba Allah.

Tentangan terhadap Dakwah Rasulullah s.a.w. antara sebab penentangan ialah : 1. Persaingan berbentuk kekuasaan: Mereka menganggap agama Islam sebgai cabaran terhadap kekuasaan pemerintah Makkah. Selain itu, mereka sebenarnya sentiasa berebut kuasa untuk memerintah Makkah. Kalau mereka menerima Nabi Muhammad s.a.w., bererti mereka menerima dan mengakui secara terus-terusan keluarga 'Abdul Muttalib'. 2. Penyamaan hak antara kasta bangsawan dan kasta hamba: Ajaran Islam melihat manusia itu sama sahaja iaitu sebagai hamba Allah s.w.t. sedangkan masyarakat Arab hidup berkasta-kasta. 3. Takut dibangkitkan: Islam mengajar manusia supaya percaya kepada hari qiamat. Pada hari itu semua orang akan dibangkitkan, diadili amalannya dan diberi balasan syurga atau neraka oleh Allah s.w.t. 4. Fanatik kepada nenek moyang: Islam menegah umatnya mengikut dan mengamalkan cara hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran agama Islam, seperti menyembah berhala, makan riba, membunuh anak perempuan,9|Page

berjudi dan minum arak. 5. Memperniagakan patung berhala: Salah satu daripada perniagaan yang utama dan istimewa ialah perniagaan patung berhala. Orang Arab Jahiliyyah membuat dan menjual patung-patung itu terutamanya pada musim haji.

Bentuk Penentangan1. Menyebarkan da'yah dan fitnah kepada Rasulullah s.a.w. sebagai langkah

perang saraf: Mereka mengatakan Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir dan kata-katanya berbahaya serta mengandungi sihir. Orang yang mendengarnya akan terpesona. Jadi mereka menggesa orang ramai jangan mendengar dan jangan terpengaruh.2. Menghasut orang ramai: Mereka mengapi-apikan orang ramai dengan

semangat keberhalaan, kerana Rasulullah s.a.w. mengajar orang ramai meninggalkan amalan menyembah berhala. Bagi mereka ini amat berbahaya dan bertentangan dengan semangat 'asabiyyah'ix mereka terhadap warisan datuk nenek mereka. 3. Menyeksa hamba dan orang miskin yang lemah: Kaum hamba dan orang miskin bergantung hidup kepada pembesar dan orang kaya Makkah. Jadi, golongan musyrikin Makkah boleh melakukan apa sahaja terhadap orang golongan hamba. Ramai hamba yang memeluk Islam diseksa. Mereka termasuklah Yasir, bapa dan ibunya (Sumayyah). 4. Menyakiti dan menyeksa semua pengikut Rasulullah s.a.w. Semua pengikut Rasulullah s.a.w. hidup terseksa dan menderita. Akibatnya ramai orang Islam berhijrah ke Habsyah yang jauh dan mereka terpaksa menyeberang Laut Merah. 5. Langkah diplomasi: Pembesar musyrikin Makkah pergi menemui Abu Talib, pemimpin Makkah. Mereka meminta Abu Talib memujuk Nabi Muhammad s.a.w. supaya menghentikan dakwahnya, tetapi Abu Talib menjawab dengan cara yang baik bahawa dia sendiri tidak dapat menghalang dakwah Rasulullah 6. Tipu helah politik: Setelah segala usaha gagal, musyrikin mengambil keputusan untuk menghantar wakil menemui Rasulullah s.a.w. Wakil itu ialah 'Utbah. 'Utbah membuat berbagai-bagai tawaran kepadanya, seperti tawaranix

fanatik 10 | P a g e

pangkat, harta, wanita, rawatan, dan tolak ansur. Tawaran itu dibuat dengan syarat Rasulullah s.a.w. menghentikan dakwahnya. Rasulullah s.a.w. menolak semua tawaran itu. 7. Tindakan ganas: Musyrikin Makkah melakukan tindakan ganas iaitu dengan menyakiti Rasulullah s.a.w. dan memukul orang Islam serta menyeksa hamba-hamba mereka. 8. Tindakan memulau dan sekatan: Mereka mengepung dan memulau dan Rasulullah s.a.w., orang Islam dan keluarga Bani Hasyim. Mereka tidak membenarkan sesiapapun menghantar makanan.

Sikap Nabi Menghadapi Tentangan Baginda mempunyai kualiti peribadi : 11 11 11 11 11 11 11 Kenyakinan kepada Allah s.w.t. yang mantap Cekal dan tabah menghadapi ujian dan cabaran. Sabar menerima berbagai-bagai cacian dan penderitaan. Bersimpati terhadap pengikut-pengikutnya. Menggunakan strategi bertahan dan tidak melawan. Bertindak dengan pimpinan Allah s.w.t., fikiran yang bijak dan para Berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

sahabat yang setia.

BAHAGIAN 5 : HIJRAH KE HABSYAH DAN TAIF

Hijrah ke Habsyah Kali Pertama Rasulullah s.a.w. sudah lima tahun dilantik menjadi Rasul. Sebagai pemimpin yang amat bersimpati kepada pengikut-pengikutnya, baginda sentiasa memerhati dan mengambil berat akan nasib mereka. Baginda tidak sampai hati melihat mereka teraniaya dan baginda tidak mahu mereka patah semangat. Maka untuk itu, baginda memikirkan langkah untuk memastikan: Dakwah Islamiyah dapat diteruskan.

11 | P a g e

Pengikut baginda selamat daripada berbagai-bagai ancaman kaum musyrikin Makkah.

Baginda menghimpunkan pengikut baginda bagi memberi saranan penting iaitu berhijrah ke Habsyah.

Hijrah ke Habsyah Kali Kedua Dakwah Rasulullah s.a.w. semakin mendapat sambutan. Beberapa orang kenamaan telah memeluk Islam seperti Saidina 'Umar bin al-Khattab dan Saidina Hamzah bin 'Abdul Muttalib. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada musyrikin Makkah. Bebagai-bagai tindakan mereka lakukan terhadap Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya tidak berkesan. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Hasrat mereka terhalang kerana Abu talib dan keluarga Bani Hasyim dan Bani Muttalib tidak mahu menyerahkan baginda kepada mereka. Mereka membuat piagam pemulauan terhadap orang Islam dan keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib. Menyedari tindakan kaum musyrikin Makkah yang tidak berperikemanusiaan itu, baginda berusaha untuk menyelamatkan pengikutnya dengan meminta mereka berhijrah sekali lagi ke Habsyah. Peristiwa itu berlaku pada tahun ke tujuh selepas kerasulan. Pemintaan itu mereka terima dan bersetuju untuk berhijrah dengan diketuai oleh Saidina Jaafar bin Abu Talib. Seramai 18 orang lelaki dan 18 orang perempuan berhijrah ke Habsyah pada kali ini. Mereka diitkuti oleh Abu Musa al-Asy'ari.

Hijrah ke Taif Kematian Khadijah dan Abu Talib Tahun kesepuluh daripada kerasulan, Rasulullah s.a.w. mengalami dua peristiwa sedih iaitu kematian isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Keduaduanya merupakan tulang belakang bagi dakwah Rasulullah s.a.w. Khadijah sebagai pendorong utama dan Abu Talib sebagai pelindung peribadi baginda.12 | P a g e

Hijrah ke Taif Tindakan baginda membuat keputusan secara sulit berhijrah ke Taif bukanlah sebagai pelarian tetapi ada tujuan: 1. Menghindari tindakan kasar dan ganas daripada musyrikin Makkah yang semakin menjadi-jadi terhadap diri baginda setelah kematian Khadijah dan Abu Talib. 2. Menyebarkan Islam ke Taif melalui keluarga baginda di kalangan Bani Thaqif. 3. Mendapatkan sokongan moral terhadap dakwah Islamiyah.

BAHAGIAN 6 : ISRA' DAN MI'RAJ

Isra' dan Mi'raj merupakan peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab tahun kedua belas kerasulan sebgai mu'jizat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda. Peristiwa itu dirakamkan di dalam al-Quran, surah al-Isra' ayat yang pertama dan juga di dalam Hadith Rasulullah s.a.w. Isra' ertinya baginda dibawa berjalan pada waktu malam dari Masjid al-Haram di Makkah ke Majid al-Aqsa di Bait al-Maqdis dan kembali semula ke Makkah sebelum fajar naik pada hari berikutnya. Mi'raj ertinya baginda dibawa naik ke Sidratu al-Muntaha menghadap Allah s.w.t.

13 | P a g e

Ertinya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-hambaNya, (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.x

Di Sidratul al-Muntaha Di Sidratul al-Muntaha baginda menhadap Allah s.w.t., dengan penuh hormat duduk tasyahhud (seperti dalam solat) lalu terjadilah dialog antara Allah s.w.t dengan Rasulullah s.w.t.

Intisari Isra' dan Mi'raj 1. Isra' dan Mi'raj suatu mu'jizat Rasulullah s.a.w. yang hanya dipercayai oleh orang yang beriman sahaja. 2. Isra' dan Mi'raj mengukuhkan iman dan cabaran kepada kaum musyrikin dan para bijak pandai. 3. Isra' dan Mi'raj menunjukkan keagungan dan kehebatan Allah s.w.t. Yang Maha Suci, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. 4. Solat Fardhu lima waktu merupakan perkara utama dalam peritiwa Mi'raj. 5. Isra' dan Mi'raj menggambarkan sejarah silam para Rasul dan orang yang beriman serta memberi gambaran buruk yang akan menimpa orang yang ingkar di akhirat kelak.

BAHAGIAN 7 : HIJRAH RASULULLAH S.A.W. KE MADINAH

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah s.w.t. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama.x

Surah al-Isra 17 : 1 14 | P a g e

Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathribxi. Mereka menemui Rasulullah s.a.w dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam Mekah. Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah s.a.w. di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan bapa saudara Rasulullah s.a.w untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah s.a.w. akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu. Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a., Ali r.a. dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'

BAHAGIAN 8 : RASULULLAH MEMBENTUK PIAGAM MADINAHxi

Madinah 15 | P a g e

Kandungan Piagam Madinah Piagam Madinah: Merupakan piagam yang pertama yang tertulis di dunia untuk pembentukan sebuah negara Islam. Piagam ini mengandungi muqaddimah, 10 bab dan 47 fasal. Muqaddimah Bab pertama Bab kedua Bab ketiga Bab keempat Bab kelima Bab keenam Bab ketujuh Bab kelapan Bab kesembilan Bab kesepuluh : Pembentukan umat (fasal 1) : Hak asasi manusia (fasal 2-10) : Perpaduan sesama manusia (fasal 11-15) : Kesatuan seluruh warganegara (fasal 16-23) : Golongan minoriti (fasal 24-35) : Tugas warganegara (fasal 36-38) : Melindungi warganegara (fasal 39-41) : Pemimpin negara (fasal 42-44) : Politik perdamaian (fasal 45-46) : Penutup (fasal 47)

Piagam Mandinah yang telah dikaji oleh bijak pandai dunia dan mengikut bab, fasal dan ceraian seperti yang dilakukan oleh Doktor A.J. Wensick dan W. Montgomery Watt. Kandungan Piagam Madinah yang lengkap, kemas dan panjang itu dapat dirumuskan : Mengakui kewujudan Muhajirin dan Ansar sebagai satu Umat. Golongan Muhahjirin satu kelompok sementara Ansar terbahagi kepada kelompokkelompok kecil asal mereka. Namun begitu setiap kelompok diikat oleh tanggungjawab terhadap Allah s.w.t., Rasul-Nya dan terhadap mukmin seluruhnya. Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan kewujudan kaum Musyrikin Madinah. Setiap kaum mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masingmasing dan cara hidup masing-masing dalam susana hidup bersama.16 | P a g e

Orang Yahudi dan muslimin mempunyai tangunggjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah dan terhadap bahaya luar terutamanya serangan musyrikin Makkah dan sekutunya. Orang Yahudi juga mempunyai tanggungjawab khusus terhadap kelompok masing-masing. Orang musyrikin Madinah boleh hidup dengan cara mereka, tetapi mereka tidak boleh melindungi harta dan jiwa orang Quraisy dan mereka tiak boleh mengganggu orang mukmin. Setiap individu dan kelompok mempunyai tanggungjawab bersama, mengekalkan perpaduan, menjaga keselamatan penduduk dan Madinah daripada ancaman bahaya dalam dan luar. Setiap individu dan kelompok tidak boleh menyakiti, memusuhi dan menzalimi individu atau kelompok yang lain. Malahan mereka hendaklah saling tolongmenolong dalam soal-soal pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat. Tidak dibenarkan mana-mana kelompok ada membuat hubungan luar terutamanya orang musyrikin Makkah dan sekutunya. Setiap kelompok hendaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara apabila berlaku perbalahan atau sebagainya. Piagam ini mempunyai kuatkuasa melindungi setiap individu dan kelompok yang mempersetujuinya. Piagam ini juga mempunyai kuatkuasa mengambil tindakan terhadap individu dan kelompok yang menyalahinya.

BAHAGIAN 9 : MENGHADAPI ANCAMAN MUSYRIKIN MAKKAH DAN PEPERANGAN Kejayaan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam di Madinah boleh menjejaskan kedudukan musyrikin Makkah, memusnahkan kekuasaan dan ekonomi mereka di Semenanjung Tanah Arab. Itulah menghantui fikiran para pemimpin musyrikin Makkah. Oleh itu, mereka semakin membenci kepada Rasulullah s.a.w. dan orang Islam dan mengambil langkah agresif : 1. Menanamkan rasa benci terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang Islam terutama17 | P a g e

di kalangan penduduk Makkah. 2. Meluaskan pengaruh musyrikin Makkah di negeri lain seperti Syam. 3. Membuat hubungan sulit dengan orang Yahudi Madinah supaya mereka membantu kaum musyrikin Makkah menentang Islam di Madinah. 4. Merampas harta benda orang Islam yang ditinggalkan di Makkah dan memusnahkan yang tidak dapat dimiliki seperti rumah dan tanaman. 5. Menguatkan ekonomi Makkah dan juga menguasai perdagangan di antara Makkah dengan Syam. 6. Mengumpulkan senjata dan juga kekuatan tentera untuk menyerang orang Islam. Peperangan Setelah tindakan melampau kaum musyrikin Makkah, tercetusnya beberapa peperangan antara kaum musyrikin Makkah dengan orang Islam. Antaranya : Perang Badar Peperangan Badar ialah peperangan pertama dalam Islam yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Seramai 313 tentera Islam terlibat dalam peperangan itu. Mereka menentang 1000 orang tentera musyrikin Makkah. Tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. yang dibantu oleh para sahabat. Manakala tentera musyrikin Makkah dipimpin oleh Abu Sufiyan dan dibantu oleh Abu Jahal. Perang Uhud Pada awal bulan Syawal tahun ketiga Hijrah berlaku peperangan Uhud. Uhud ialah nama tempat di bahagian utara Kota Madinah. Peperang ini berpunca daripada sikap dan tindakan musyrikin Makkah yang malu atas kekalahan dalam peperangan Badar dan ingin menuntut bela atas kematian pejuang muysrikin Makkah. Perang Ahzab Peperang Ahzab atau peperangan Khandaq ialah peperangan tentera Islam menentang tentera bersekutu yang terdiri daripada musyrikin Makkah dan qabilah Yahudi di Madinah. Peperangan ini terjadi pada pertengahan bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Dinamakan peperangan Khandaq kerana tentera Islam menggali khandaq* di sebelah Utara Kota Madinah hasil cadangan seorang sahabat yang bernama Salman al-Farisi.18 | P a g e

BAHAGIAN 10 : PEMBUKAAN MAKKAH Pembukaan Makkah bermaksud pembebasan Makkah daripada kuasa musyrikin Makkah oleh Rasulullah s.a.w. dan Islam secara aman. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah. Punca gerakan Rasulullah s.a.w. ini ialah tindakan musyrikin Makkah melanggar persetujuan Perjanjian Hudaibiyah iaitu pihak musyrikin Makkah telah menyokong kaum Bikr menyerang kaum Khuza'ah yang menjadi sekutu orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersama-sama 10000 orang Islam Madinah dan sekutusekutu Arab yang membuat persetiaan dengan baginda menuju ke Makkah. Setibanya di Juhfah, 'Abbas bin Abdul Muttalib sekeluarga bergabung dengan Rasulullah s.a.w., ketika itu keluarga 'Abbas baru memeluk Islam. Mereka berhenti di Marru al-Zahranxii. Ketika di tempat itu, Abu Sufiyan cuba mendapatkan Rasulullah s.a.w. untuk berunding kerana ia berasa bersalah melakukan pelanggaran terhadap Perjanjian Hudaibiyah. Namun Rasulullah s.a.w. tidak dapat menerima permintaan Abu Sufiyan. Rasulullah s.a.w. melakukan perang psikologi. Baginda mengarahkan orang Islam menyalakan banyak api supaya musyrikin Makkah berasa gentar apabila melihatnya. Pada 17 Ramadhan, Rasulullah s.a.w. dan orang Islam meninggalkan Marru al-Zahran menuju ke Makkah. Ketika hampir dengan Makkah Rasulullah s.a.w. menyusun perbarisan tentera Islam. Abu Sufiyan yang telah memeluk Islam begitu kagum melihat perbarisan tentera Islam yang begitu hebat. Ketika sampai di Zi Tuwa Rasulullah s.a.w. mengarahkan tentera Islam masuk dari arah yang berbeza-beza. Tentera yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid masuk dari arah selatan dan tentera yang dipimpin oleh al-Zubair bin al-'Awwam masuk melalui Kada' dan berhenti di Hujun. Kemudian tentera di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. masuk ke Makkah. Pergerakan itu tidak mendapat sebarang tentangan. Rasulullah s.a.w. dan orang Islam bersyukur kerana Allah s.w.t. telah memberi kemenangan kepada mereka tanpa pertumpahan darah. Setibanya Rasulullah s.a.w. di Makkah, baginda masuk ke Masjid al-Haram lalu mengucup Hajar al-Aswad kemudian bertawad di keling Ka'abah.xii

Wadi Fatimah 19 | P a g e

Baginda masuk ke dalam Ka'abah mendirikan solat setelah berbagai-bagi gambar di dinding Ka'aabah dipadamkan. Dari pintu Ka'abah Rasulullah s.a.w. dapat melihat orang ramai melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan dari orang Islam. Ada di antara mereka ingin tahu hukuman yang akan mereka terima kerana tentangan mereka terhadap Islam selama ini. Kemudian Rasulullah s.a.w. telah membebaskan mererka tanpa mengambil sebarang tindakan atau hukuman. Kemenangan Rasulullah s.a.w. menentang musyrikin Makkah dan menawan Makkah dapat menyakinkan seluruh bangsa Arab terhadap Islam yang dapat membawa mereka ke arah kebahagian di dunia dan akhirat. Sejak itu berduyun-duyun orang menemui Rasulullah s.a.w. untuk memeluk Islam. Mereka juga sama-sama berjuang menegakkan dan mengmbangkan agama Islam.

BAHAGIAN 11 : KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W. Fakta Utama Kewafatan Rasulullah s.a.w. 1. Setelah tiga bulan menunaikan Haji Akbar iaitu dalam bulan Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah, Rasulullah s.a.w. jatuh gering. 2. Ketika sakit Rasulullah s.a.w. berada di Madinah 3. Sebelum wafat Rasulullah s.a.w. sempat menziarah ke kubur sahabat-sahabat di Baqi' al-Gharqad tidak jauh dari al-Masjid Nabawi dan sempat ziarah ke perkuburan syuhada' Uhud. 4. Rasulullah s.a.w. telah bersabda untuk kembali ke hadrat Ilahi kerana tugasnya menyebarkan risalah Islam telah dapat disempurnakan. 5. Rasulullah s.a.w. telah wafat pada 12 Rabi'ul Awal tahun ke 11 Hijrah, pada usia 63 tahun. 6. Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah menggemparkan orang Islam, namun merka dapat ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.

20 | P a g e

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tokoh yang terulung dalam semua aspek terutamanya dari segi sifat baginda yang tabah dan cekal menghadapi pelbagai dugaan, cabaran dan halangan semasa berdakwah seterusnya menyebarkan risalah Islam. Oleh itu, sirah baginda hendaklah kita hayati dengan teliti dalam usaha untuk menegakkan agama Islam kita yang tercinta ini. Dari aspek lain, Nabi Muhammad s.a.w. adalah role model yang patut di contohi oleh setiap lapisan masyarakat. Ia tidak hanya tertumpu kepada umat Islam sahaja malah orang bukan Islam juga wajar mencontohi baginda kerana kisah hidup baginda yang begitu hebat dan penuh dengan tauladan dan pengajaran. Disamping itu, sirah Nabi Muhammad s.a.w. telah lama menjadi bahan rujukan dan kajian oleh para-para ilmuan seluruh dunia. Mereka mengambil iktibar daripada cara baginda menyebarkan Islam, taktik peperangan yang berkesan, akhlak baginda yang terunggul dan banyak lagi. Banyak hal dan cara yang terkini telah diadaptasikan dari sirah dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, kebijakkan Rasulullah s.a.w. juga wajar di contohi. Kebijakkan baginda terpancar semasa kehidupan baginda sebelum diutuskan sebagai Rasul. Contohnya baginda berjaya mengelakkan pertelingkahan antara kabilah Makkah21 | P a g e

semasa meletakkan Hajar al-Aswad ke tempatnya di Kaabah. Para kabilah bertelingkah dan berebut untuk meletakkan Hajar al-Aswad itu. Tetapi kebijakkan Rasulullah s.a.w. telah membantutkan pertelingkahan mereka. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajar al-Aswad dan diletakkan ditengahnya ke atas kain itu seterusnya setiap para kabilah memegang di penjuru kain. Akhirnya, Rasulullah s.a.w. meletakkan Hajar alAswad ke tempatnya dengan tangan baginda sendiri.

RUJUKAN SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. (PENGAJARAN & PEDOMAN) oleh Dr. Mustafa as-Syibaie Terbitan Pustaka Salam SDN BHD (M) 2001 No 20, Jalan 34/10A, Kawasan Perindustrian IKS 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. SIRAH (MEMBENTUK GENERASI PEWARIS) oleh Abdul Rahman Rukaini Terbitan Synergymate SDN BHD (M) 2001 No. 5A, Jalan 1/5. Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. RINGKASAN SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. oleh Mohd Idris Jauhari Terbitan Koperasi Pelajar Al-Amien Prenduan Sumenep (Madura) 1984 PT. BINA ILMU OFFSET, JLN Rungkut Industri IV/18, SURABAYA. SIRAH MUHAMMAD RASULULLAH (SUATU PENAFSIRAN BARU) oleh H. Fuad Hashem Terbitan Penerbit Mizan Anggota IKAPI (INA) 1996 Jln. Yodkali, No. 16, Bandung 40124, Indonesia.22 | P a g e

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w

23 | P a g e