edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

7
EDU 3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KHAS UNTUK GURU PELATIH FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEMESTER 1 PISMP CABANG-CABANG FALSAFAH 1) METAFIZIK (ONTOLOGI) Maksud :Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat. 2) AXIOLOGI Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”. Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah, cantik@hodoh. a)ETIKA Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu : Meta ethics Normative ethicsApplied ethics b)ESTETIKA Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. 3) EPISTEMOLOGI Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan”. Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu. Sumber-sumber ilmu : Wahyu Berasaskan pengalaman pancaindera Intuisi Pandangan pakar Logik Kaedah saintifik 4) LOGIK Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan. a)Logik Induktif :

Upload: aisyah-zainudin

Post on 10-Jun-2015

546 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

E D U 3 1 0 1 FA L S A FA H D A N P E N D I D I K A N D I M A L AY S I A K H A S U N T U K G U R U P E L A T I H F A L S A F A H D A N P E N D I D I K A N D I

M A L A Y S I A S E M E S T E R 1 P I S M P

CABANG-CABANG FALSAFAH

1) METAFIZIK (ONTOLOGI)Maksud :Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik.Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

2) AXIOLOGIBerasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”.Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah, cantik@hodoh.

a)ETIKAMemberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :Meta ethicsNormative ethicsApplied ethics

b)ESTETIKAMerujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan.Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

3) EPISTEMOLOGIBerasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan”.Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu.

Sumber-sumber ilmu :WahyuBerasaskan pengalaman pancainderaIntuisiPandangan pakarLogikKaedah saintifik

4) LOGIKMenerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

a)Logik Induktif :Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

b)Logik Deduktif :Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Page 2: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

FALSAFAH BARAT

Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua jenis.1. Tradisional2. Moden

PERENIALISMEBerasal dari perkataan ‘perennial’ yang bermaksud tidak berubah.Pendidikan berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.

Ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.Menyemai unsur rasionaliti. MATLAMAT1.Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat. Abadi dan tidak mempunyai had masa.2.Menyediakan murid-murid untuk menhadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan seharian.

ESENSIALISMEBersifat konservatifBermula sebagai pergerakan falsafah yang sistematik pada tahun 1930an.Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individuMenjadikan masyarakat yang produktifBersifat praktikal dan prakmatik MATLAMAT1. Pengajaran maklumat berbentuk fakta2. Proses pembelajaran perlu dihayati dan disimpan3. Mengutamakan penghayatan budaya SILA BUAT RUJUKAN DI BAWAH UNTUK NOTA TAMBAHAN

http://wahyuniunindrabio2a.blogspot.com/2008/06/aliran-aliran-pendidikan-esensialisme.htmlChoong Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2008. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.: Kuala Lumpur

BAB 2 KONSEP FALSAFAH

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

MatlamatMatlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :Percaya dan patuh kepada TuhanBerilmu pengetahuanberakhlak muliaBertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negaraMemiliki sahsiah yang seimbang dan sepaduMemupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh danseimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

Page 3: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaanMelahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada NegaraMelahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaumMengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

SOALAN RAMALAN

Huraikan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan.

Page 4: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

BAB 1 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebelum Merdeka1.Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular- dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini- tiada penyatuan antara penduduk bandar dgn luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum- sistem ini terus berkembang tanpa ambil kira soal kepeluan kpd pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan- mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.

Laporan CheesemanLaporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938.Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakularTahun : 1938Cadangan : 1. Menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah.2. Kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah memasukkan mata pelajaran ‘amali’ spt pertukangan bagi lelaki dan sains rumah tangga bagi perempuan.3. Masukkan mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris mp wajib di semua sekolah vernakular.4. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate.5. Lantik pengelola sekolah vokasional.6. Pendidikan asas dalam semua bahasa pengantar, diberi secara percuma.

Laporan BarnesLaporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan MelayuPengerusi : En L.J.BarnesPengarah Bhgn Latihan Sisial University OxfordTujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang MelayuTahun : 1950Cadangan : Melibatkan rombakan sistem pendidikan-menubuhkan sek-sek dwibahasa dgn BI dan BM sbg bhs penghantar- sek-sek vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kpd sek keb.- Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi org Melyu- Memperluaskan peluang pendidikan bagi anak melayu.

Laporan Fenn-WuLaporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan CinaPengerusi : Dr Fenn & Dr WuSetiausaha Kerja Bersekutu kpd Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China.Pertubuhan Bangsa-bangsa BersatuTujuan : Melayani kehendak masy Cina yg menganggap laporan Barnes sbg percubaan menghapuskan bahasa dan budaya org-org CinaTahun : 1951Cadangan : Memperakukan pengekalan dan pembaikan sekolah-sekolah Cina.Kesannya : Kerajaan menubuhkan JK Penasihat Pusat mengenai pendidikan dgn tujuan utk mengkaji cdgan kedua-dua laporan dan mencari satu kompromi daripada kedua-dua pendapat.

Cadangan : Dikenali Ordinan Pelajaran 1952 dan antara ciri-ciri penting ;- memajukan sist sek keb dgn pengenalan unsur dwibahasa kpd sek-sek vernakular- mengadakan 3 bhsa kpd sek vernakular melalui bhs keb- mengekalkan sek aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada.- mengembangkan sek-sek vokasional

Selepas MerdekaLaporan RazakSebagai memenuhi janji pilihanraya spy mengkaji semula dasar pendidikan. JK Khas dibentuk pada tahun 1956Pengerusi : Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)

Page 5: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

Tujuan : 1. Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu sistem pendidikan kebangsaan.2. kaji semula struktur pendidikan negaraCadangan : 1. Mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua jenis sekolah.2. tubuh satu jenis sekolah menengah kebangsaan3. tukar sekolah rendah kepada sek kebangsaan dan jenis kebangsaan4. menyusun semula pendidikan teknikalBermesyuarat 8 kali, dan diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1956

Laporan Abdul Rahman TalibMengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan)Tujuan : 1. Mengkaji dasar pendidikan yg telah diterima pada 15 Mei 19562. kaji pelaksanaannya pada masa kini dan akan datang.3. implikasi kewangan tentang dasar ini, termasuk pendidikan rendah percuma.Laporan ini diterima oleh Parlimen dan menjadi Akta Pendidikan 1961.Antara perakuan utama :-pendidikan rendah percuma- kenaikan darjah secara terus hingga tingakatan 3- peperiksaan darjah 5- memajukan pendidikan teknik dan vokasional

Laporan KabinetSetelah satu dekad sejak 1960 satu jk dipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan) untuk :“mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih”Antara cadangan penting ialah pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, politeknik, perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika

SemasaAkta Pendidikan 1996Dikenali jiga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan Penambaikian1. Kurikulum untuk tadika wajib oleh semua tadika2. Pendidikan rendah antara 5 – 7 tahun3. Pendidikan Khas4. Maktab Perguruan mengadakan kursus Ijazah , Diploma/Sijil

Sekolah BestariSebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.Sekolah WawasanDiwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini.Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks.Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing.Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.

Soalan Ramalan

1. Apakah tujuan membentuk jawatankuasa Laporan Barnes?2. Mengapakah kaun Cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes?3. Apakah cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeseman?4. Mengapakah Rancangan Cheeseman tidak dilaksanakan?5. Apakah objektif menubuhkan Laporan Razak?6. Huraikan lima daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Abdul Rahman Talib7. Apakah tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet.8. Pada pandangan anda, apakah pro dan kontra dengan melaksanakan sekolah bestari dan sekolah

Page 6: Edu 3101 falsafah dan pendidikan di malaysia

wawasan?9. Ceritakan sekolah Integrasi dan sekolah kluster.