nilai islam elm 3101.pptx

43
NILAI-NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT ISLAM Mohamad Faris Izham Bin Ab Rashid Mohamad Furqhan Bin Muhd Zulparmi Alis Hafizi Bin Zonkefli Nilai Nilai agama dan masyarakat Islam

Upload: alis-hafizi

Post on 24-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB TIGA

NILAI-NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT ISLAM

Mohamad Faris Izham Bin Ab RashidMohamad Furqhan Bin Muhd ZulparmiAlis Hafizi Bin Zonkefli

Nilai Nilai agama dan masyarakat Islam

Definisi IslamBahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa.Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kesimpulan Islam itu bermula ketika berlakunya pertemuan antara jibril dengan rasulullah dan bertanya tentang Islam dan daripadanya lahirlah Rukun Islam dan Rukun Iman

Dalill hadisKhabarkan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t, Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.

(Terjemahan Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

1Semua Nabi dan Rasul dihantar utk menyampaikan tiga asas kepercayaan atau usul aqidah yang bersalingkait iaitu KETUHANAN, , KENABIAN &HARI kEBANGKITAN2Ajaran Nabi Muhammad dibina atas 3 kompenan utama iaitu AQIDAH , SYARIAH & AKHLAK.Asas kepercayaan orang Islam

1Tauhid (Mengesakan Tuhan tanpa sekutu & perantara) adalah konsep terpenting dalam Islam yang mendasari dan mengikat segala aspek sistem, nilai, norma dan sebagainya.2Allah ialah nama khusus bagi Tuhan yang berhak disembah dan mempunyai ciri-ciri utama seperti yang telah disebut dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4:(1)- Katakanlah: Dialah Allah yang maha esa(2)- Allah tempat meminta segala sesuatu.(3)- Ia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan;(4)- Dan tiada siapa pun yang setara dengannya

Konsep ketuhanan6

1Nabi & Rasul diutus oleh Allah untuk menyampaikan panduan.. kepada manusia.225 Rasul disebut dalam Al-Quran & mengikut sunnah terdapat lebih 124 000 nabi & rasul . Mereka bersifat maksum dan diberi mukjizat.Contoh : Kelahiran Nabi Isa tanpa perantaraan bapa dan kemampuannya boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah.Konsep kenabian

1Merujuk suatu peristiwa kehancuran kosmologi alam seluruhnya, kebangkitan semula manusia untuk diberi pembalasan atas perbuatan baik dan buruk manusia semasa di muka bumi2Setiap kehidupan ada akhirnya.Jika hidup manusia menjadi seperti mesin yang rosak dan binasa begitu sahaja tanpa ada pembalasan, apa nilainya insan bermoral dan insan tidak bermoral? Bukankah lebih menyeronokkan untuk berzina daripada berkahwin? Untuk merompak daripada bekerja?.. Renungkan Konsep Hari kebangkitan

Inilah nilai yang dipupuk melalui konsep hari kebangkitan. Memandangkan setiap insan inginkan keadilan, setiap amalan manusia perlukan pembalasan. Sesetengah kebaikan tidak diketahui manusia dan sesetengah kejahatan terlepas serta bebas daripada hukuman. Keadilan hanya terlaksana dengan adanya HARI AKHIRAT . Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun akan diberi balasan baik dan buruknya.Kepentingan hari kebangkitan

Hari Kebangkitan juga turut menyedarkan manusia tentang tiga persoalan asas :

(1)- Dari mana kita datang?(2)- Untuk apa kita dicipta? (3)- Ke mana kita akan pergi?

Hari Kebangkitan

TIGA KOMPONEN ISLAMISLAMAKIDAHAKIDAHAKIDAHSYARIAHSYARIAHSYARIAHAKHLAKAKHLAKAKHLAK DAN TASAWWUF123

Ajaran IslamAjaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu: Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan dalam kehidupan yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM

Insan bermoral dalam IslamIman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai dengan amalan anggota badan.Takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Ihsan .

..

bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan amalan ibadah yang betul dan perbuatan batin dengan keikhlasan

DASAR AKHLAK ISLAMAL-ILTIZAM / AL-ISTIQAMAHSYUMULDASAR KESEIMBANGAN ANTARA TUNTUTAN JASMANI DAN ROHANI SERTA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.MUDAH DAN TIDAK MENYUSAHKAN.

SUMBER AKHLAK ISLAMIAHSUMBER AKHLAKAKIDAHAKIDAHAL-QURANSYARIAHSYARIAHAL-HADISAKHLAKAKHLAKIJTIHAD123

PRINSIP & KESYUMULAN ETIKA ISLAMPRINSIP ETIKABERIMAN KEPADA ALLAHPERSAMAANKEBEBASAN MEMILIHAMANAH & TANGGUNGJAWAB

KESYUMULAN ETIKAETIKA TERHADAP ALLAHETIKA TERHADAP DIRI SENDIRIETIKA TERHADAP KELUARGAETIKA TERHADAP MASYARAKATETIKA TERHADAP ALAM SEKITAR

ISLAM : GAGASAN TENTANG BAIK BURUK1Sistem Nilai Islam digambarkan melalui konsep Amar Makruf & Nahi Munkar 2Apabila sesuatu itu baik untuk manusia, Tuhan menjadikannya sebagai arahan seperti berkahwin, bekerja dll.Apabila sesuatu itu mendatangkan mudharat dan keburukan Tuhan menjadikannya sebagai larangan seperti berzina, minum arak dll. 3Konsep arahan dan larangan ini bertindak sebagai satu peraturan yang mengawal seseorang itu dari sudut rohani, jasmani dan mental.

ISLAM : GAGASAN HIDUP TERBAIK1Gagasan hidup terbaik dalam Islam dinyatakan dalam Al-Quran ialah:Umat Pertengahan 2 Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia; kamu menyeru kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar dan beriman kepada Allah. (Al-Quran)

KESANNILAI NILAI DALAM AGAMA ISLAMNilai bersandarkan kepada :

QURAN & AKHLAK

Intipati al-quran itu sendiri adalah melambangkan pembentukan akhlak yang mulia kepada diri manusia. Maksudnya, kita perlu mengkaji ayat-ayat al-Quran bagaimana ia dapat membentuk akhlak manusia iaitu melalui sifat-sifatnya.

Al-Khayr Al-khayr atau kebaikan adalah nilai kepada setiap amalan sama ada amalan zahir ataupun batin. Nilai atau alQimah itulah yang menilai kepada setiap amalan samaada amalan itu amalan akhlak yang baik dan mulia ataupun amalan akhlak yang akhlak yang buruk dan hina. Wang-dibelanjakan kpd yang memerlukan.

Seruan quran

Kebaikan itu adalah nilai kepada semua amal perlakuan manusia. Oleh kerana itu, ia sepatutnya menjadi cita-cita dan tujuan manusia dalam setiap pernuatan mereka. Ini supaya mereka sentiasa mengutamakan kebaikan dan berlumba-lumba bagi mencapainya.Quran menyeru manusia berbuat kebaikan dan berlumba-lumba melakukannnya.

Artinya :Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

( Q.S Al-Baqarah : 148)

Neraca penimbang

Allah SWT memberikan neraca penimbang diantara keindahan manusia dunia dan kepesonaannya dengan kemuliaan sifat dan ketinggian budi. Allah SWT menegaskan kemuliaan itu adalah yang lebih kekal dan abadi, lebih besar nilai simpanannya. Allah SWT menjelaskan di dalam Quran surah al-Kahfi, ayat 46. Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; danamal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmusebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Hadis dan sunnahSIFAT2 RASULULLAHRasulullah Sebaik-baik Akhlak

IKHLAS

Ikhlas bererti kita mengasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita ini kerena Allah SWT dan mengharapkan keredhaannya tanpa mengharapkan faedah, nama dan gelaran, pangkat dan kedudukan, sanjungan dan penghormatan serta ketinggian dan kemuliaan zahir.

Bilakah suatu amal itu bernilai baik?

setiap amal yang pada zahirnya tidak dilarang oleh Allah SWT tidak menjadi baik ataupun mempunyai nilai kebaikan melainkan apabila amal itu timbul daripada niat yang baik, bersih, suci kerana Allah SWT.

Bukhari dan Muslim dan Omar menceritakan, nabi berkata, Sesungguhnya segala amalan itu tergantung dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan, maka sesiapa yang hijrahnya adalah untuk Allah dan rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah itu kerana dunia yang hendak didapatkannyaataupun kerana perempuan yang hendak dikahwininya maka hijrahnya itu adalah sepertimana yang hijrah yang ia berhijrah kepadanya.

Keikhlasan dan niat yang baik mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan meletakkan seseorang kepada taraf orang yang mulia.

Beramal dengan sifat ikhlas menghasilkan kemenangan dan kejayaan.

Sifat ihklas inilah yang menyebabkan jiwa dan hati para sahabat bersih dan suci daripada sifat riak, munafik, dusta bagi mencapai matlamatnya yang lebih agung. (mengekalkan kebenaran dan keadilan serta meninggikan kalimah Allah SWT kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Sebagaimana ikhlas dan niat yang baik itu meningkatkan darjat ketinggian mereka, demikian juga riak dan niat buruknya menjatuhkannya.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah al-quran ayat 284: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

TOLERANSI

tasamuhyang bermaksud menghormati pegangan dan pendapat orang lain.Allah SWT mengajar rasul-Nya dan umat Islam supaya sentiasa bersikap toleransi sama ada ketika bersama kawan mahupun lawan.Peringkat toleransi yang paling tinggi ialah tidak melarang orang yang berlainan agama daripada melakukan sesuatu yang mereka percaya halal pada sisi agama dan mazhab mereka, biarpun dipercayai bahawa perkara itu adalah haram menurut pandangan agama sesetengah orang lain.

Umat Islam disarankan supaya tetap berbuat baik kepada ibu bapa walaupun mereka mengajak kepada kekufuran.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 15 yang bermaksud:... dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

Nilai Amanah

Sifat yang mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup bagi mencapai matlamat dan cita-cita yang diharapkan dan diidamkan.

DUA JENIS MANUSIA AMANAH / AL-AMIN KHIANAT / AL-KHAIN Mendapat kepercayaan dan penghormatan Menjadi tumpuan kemarahan dan kegagalan

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

kesempurnaan peribadi

RASULULLAH SAW bersabda, Jaminlah untukku enam perkara daripadamu, aku jaminkan syurga untukmu.

Enam perkara itu ialah benar dalam berbicara, tepat janji kepada Allah dan manusia, tunaikan amanah, tutup aurat dan jaga kemaluanmu, tahan matamu daripada yang haram dan memelihara tangan.Hadis

KESIMPULAN

Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Islam telah menetapkan nilai-nilai sosial yang perlu diikuti dan dipatuhi.Nilai-nilai Islam itu telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith, yang tidak lagi merupakan masalah dan persoalan.Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat.nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama