edu 3101 falsafah & pendidikan di...

Download EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIAamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-9-perjuangan... · Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari ... pemikiran pendidikan

If you can't read please download the document

Upload: vuongkhuong

Post on 05-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  • TAJUK 9

    Nordin Tahir, JIP

  • Plato

    Rosseau

    Confucius

    Lao Tze

    Al-Ghazali

    Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-ahli falsafah tersebut dan bincangkanperanan /sumbangan mereka dalampembinaan modal insan

    Perjuangan Insan Pendidik(Ahli-ahli Falsafah)

    Nordin Tahir, JIP

  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura

    Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -

    Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZABA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh

    Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)

    Rujuk dan

    kumpulkan

    maklumat tentang

    tokoh-tokoh

    pendidik tersebut

    dan bincangkan

    sumbangan/peranan

    mereka

    dalam pembinaan

    modal insan

    Nordin Tahir, JIP

  • Socrates(469 -399 SM)

    Seorang yg cenderung kpd penaakulankritikal dan komitmen terhadap ketelusan

    Pernah menjadi askar kemudian sbgpengukir batu

    Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politikdsb bersama golongan muda

    Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasanberkongsi ilmu tanpa balasan material.

    Ahli Falsafah Pendidikan

    Nordin Tahir, JIP

  • Plato (427 347 SM)

    Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle

    Karya (Dialoge dan Republic)berkaitan disiplin iaituetika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi danmetafizik

    Tubuh sek sendiri di Athens sbg academi dan digelaruniversiti pertama di Eropah

    Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi, matematik, teori politik dan falsafah

    Berkhidmat di sek tersebut sehingga meninggal dunia

    Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mestiperihatin dan menjaga kebajikan murid, pendidikan sbgsatu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu. Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu ygberasaskan kebenaran dan nilai.

    Ahli Falsafah Pendidikan

    Nordin Tahir, JIP

  • Aristotle (384 322 SM)

    Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain

    Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik, metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologidan zoologi.

    Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p retorik(teknik memujuk)

    Mendirikan sek sendiri bertempat di Lyceum

    Amat komited dan tekun mengajar serta mengarangrisalah yg megandungi idea-idea berfalsafah.

    Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperincisebelah pagi utk kump. murid di peringkat lanjutandan perbincangan umum sebelah ptg utk kumpawam

    Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, jugamenjalankan kajian terhadap pelbg m/p sterusberjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utkmenyimpan bahan purbakala.

    Nordin Tahir, JIP

  • Al-Ghazali

    Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam:

    DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan

    perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat

    gelaran Hujjatul Islam adalah ilmuwan ulung yang sangat

    berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama

    lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin

    Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus,

    Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli

    sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual

    benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut

    mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.Nordin Tahir, JIP

  • Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya

    sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu

    ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama

    terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan

    Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali

    diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong

    kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang

    Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan

    Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang

    cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari

    sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan

    menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh

    pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang

    mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

    Nordin Tahir, JIP

  • Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan

    keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku

    sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri.

    Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri

    para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan

    ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan

    mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi,

    al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak

    kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah

    Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk

    mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka

    sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai

    dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.

    Nordin Tahir, JIP

  • Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali:

    Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada

    enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan),

    politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak

    melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia

    tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam

    karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan

    metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa

    kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori

    falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai

    keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat

    bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah

    Islam.

    Nordin Tahir, JIP

  • Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para

    filosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang

    berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:

    a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan.

    Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada

    melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian

    pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.

    b. Golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasan

    pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang

    mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha

    Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali

    lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan

    neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.

    c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golongan

    yang telah dinyatakan.

    Nordin Tahir, JIP

  • Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandangan

    para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu

    dan pemikiran mereka wajib ditolak.

    Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah

    yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam

    (meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini.

    Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitab

    tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islam

    iaitu:

    1. Filsuf menganggap qadimnya alam .

    2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di

    bumi .

    3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.

    Nordin Tahir, JIP

  • Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali,

    orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah dan

    Maqasid al-Falasifah.

    Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islam

    sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat

    tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan

    beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada

    filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai

    seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah

    buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap

    dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau

    bagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para

    ilmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan

    pendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlaku

    terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh

    muridnya, Aristotles.

    Nordin Tahir, JIP

  • Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat juga

    sering menulis tentang al-Ghazali.

    Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran

    kekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali.

    Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al-

    Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang

    berbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazali

    sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana

    Augustinus dalam dunia Kristian.

    Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada

    pendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.

    Nordin Tahir, JIP

  • Karya Al-Ghazali:

    Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang

    sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga

    kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif oleh

    para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang

    telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan

    makhtutah negara-negara Arab.

    Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada

    tiga kategori.

    1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazali

    berjumlah 72 kitab.

    2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.

    3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab.

    Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti

    ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq,

    falsafah, kebatinan dan lain-lain.Nordin Tahir, JIP

  • Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah:

    1. Tahafut al-Falasifah

    2. Ihya Ulumiddin

    3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal

    4. Miskat al-Anwar

    5. Maqasid al-Falasifah

    6. Majalis Al-Ghazali

    7. Al-Mustazhari

    Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah

    ialah Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan

    pendirian beliau.

    Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang

    bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli

    falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan

    kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang

    bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai

    dzuq seorang Muslim sejati.

    Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55

    tahun.Nordin Tahir, JIP

  • Jean Jacques Rousseau(1712-1778)

    Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva. Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and

    Sciences (1754) dan Social Contract (1762). Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan

    pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliaumanusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadimasing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body)yang menentukan bentuk undang-undang yang akanmelindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyaihak asasi yang sama.

    Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umumyang telah dipersetujui secara kolektif.

    Nordin Tahir, JIP

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020sNC8hKNS8B2_2JzbkF;_ylu=X3oDMTBpdnJhMHUzBHBvcwMxBHNlYwNzcgR2dGlkAw--/SIG=1jfatemep/EXP=1254710413/**http%3A//images.search.yahoo.com/images/view%3Fback=http%253A%252F%252Fimages.search.yahoo.com%252Fsearch%252Fimages%253Fp%253DRousseau%2526ei%253Dutf-8%2526y%253DSearch%2526fr%253Dyfp-t-701-s%26w=1003%26h=1258%26imgurl=nibiryukov.narod.ru%252Fnb_pinacoteca%252Fnb_pinacoteca_painting%252Fnb_pinacoteca_la-tour_maurice-quentin_jean-jacques_rousseau.jpg%26rurl=http%253A%252F%252Fnibiryukov.narod.ru%252Fnb_pinacoteca%252Fnbe_pinacoteca_artists_l.htm%26size=121k%26name=nb%2Bpinacoteca%2Bla...%26p=Rousseau%26oid=ee27cfe678be1104%26fr2=%26no=1%26tt=203646%26sigr=125j7q5er%26sigi=13o9fr0fh%26sigb=12o4qs9e7

  • Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalampemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat

    i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagaisatu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmupegetahuan yang baru.

    ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyaitanggungjawab penting untuk membantu dalam usahamembina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektualawam (public intellectuals).

    iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnyadiwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaranilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidangdalam disiplin sains sosial.

    Nordin Tahir, JIP

  • Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuatbeberapa sumbangan penting kepada pertumbuhanpendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:-

    1. Mereka telah membuat penelitian intensif danekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat,sifat manusia dan ciri alam semula jadi.2. Mereka berjaya mengembangkan sistempendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmusekular.3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuanilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

    Nordin Tahir, JIP

  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura

    Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -

    Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZABA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh

    Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)

    Rujuk dan

    kumpulkan

    maklumat tentang

    tokoh-tokoh

    pendidik tersebut

    dan bincangkan

    sumbangan/peranan

    mereka

    dalam pembinaan

    modal insan

    Nordin Tahir, JIP

  • Prof. HAMKA

    Nordin Tahir, JIP