edu 3093

19
KERJA KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3093) NAMA : MUHAMMAD IQBAL B KAMARUDIN NO KAD PENGENALAN : 911008-04-5527 PROGRAM : PENGAJIAN AGAMA (PA) AMBILAN : JANUARI 2011 KUMPULAN/UNIT : PISMP 8.02 NAMA PENSYARAH KURSUS : PN. ZAHARA BT ZULKIFLY TARIKH HANTAR : 8 SEPTEMBER 2014 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

Upload: iqbal-dbk

Post on 15-Jan-2016

92 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3093

KERJA KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3093)

NAMA : MUHAMMAD IQBAL B KAMARUDIN

NO KAD PENGENALAN : 911008-04-5527

PROGRAM : PENGAJIAN AGAMA (PA)

AMBILAN : JANUARI 2011

KUMPULAN/UNIT : PISMP 8.02

NAMA PENSYARAH KURSUS : PN. ZAHARA BT ZULKIFLY

TARIKH HANTAR : 8 SEPTEMBER 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: Edu 3093

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 MODUL PEMBELAJARAN (RUKUN SOLAT)

3.0 PENUTUP

BIBILIOGRAFI

REFLEKSI

PENGHARGAAN

Page 3: Edu 3093

Assalamualaikumm w.b.t.

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi

Allah s.w.t. yang mencipta dan mentadbir alam ini dengan penuh bijaksana dan penuh

hikmah.Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda,

para sahabat ,para tabi’ dan tabiien dan sekalian umat islam.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat

illahi kerana dengan berkat rahmat dan hidayah-NYA dapat lah saya dan rakan-rakan

seperjuangan menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami ini pada waktunya tanpa

mengalami apa masalah.Alhamdulillah.

Sekalung penghargaan kami hadiahkan kepada Puan Zahara Bt Zulkifly yang

merupakan pensyarah pembimbing kami bagi subjek Guru Dan Cabaran Semasa

(EDU3093).Tanpa beliau kami tidak mungkin dapat mempelajari ilmu guru dan cabaran semasa

yang merupakan satu ilmu yang bermanfaat kepada kami sebagai bakal guru untuk kami kami

aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila berasa di sekolah kelak.Segala

tunjuk ajar dan bimbingan beliau amatlah kami hargai dan mengharapkan keberkatan

ilmu.Insya-Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada kedua ibubapa kami yang banyak

berkorban dan memberikan kami semua yang terbaik.Terima kasih kami ucapkan kepada

kedua ibubapa kami kerana dengan berkat dan sokongan serta iringan doa segala urusan kami

dipermudahkan dalam usaha kami menuntut ilmu ketika berada di Institut Perguruan Islam ini.

Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak

membantu kami ketika kami memerlukan bantuan,nasihat,perkongsian pendapat,berkongsi

maklumat dan sebagainya.Segala bentuk bantuan daripada kalian semua amatlah kami hargai.

Akhir kata daripada kami, kami bersyukur dan berasa senang hati dengan pemerolehan

ilmu ini yang banyak memberikan kami ilmu-ilmu baru.Kami juga mengharapkan melalui

tugasan ini memberikan kami manfaat.

Page 4: Edu 3093

1.0 PENGENALAN

Dengan memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah

antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara

ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak

utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan

antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan,

globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara

cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil

mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan,

kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui

pengajaran dan pembelajaran PdP di sekolah.

Sebagai guru, pemahaman terhadap hasrat dan tujuan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem

pendidikan negara. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan

kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan

persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa

sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk

melihat impak transformasi yang dilaksanakan.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan

PdP guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan

berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam

peperiksaan dengan cemerlang. Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem

pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah

difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi

memperkasa generasi muda pada masa depan.

Page 5: Edu 3093

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan

peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan

melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin

negara pada masa akan datang. Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang

paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata

untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam

kehidupan.

Page 6: Edu 3093

2.0 MODUL PEMBELAJARAN

RUKUN SOLAT

Cadangan Masa 30 minit

Tunjang Utama Pendidikan Islam (Ibadah)

Standard Kandungan 4.3 Memahami dan mengamalkan konsep asas rukun solat

dengan sempurna.

Standard Pembelajaran 4.3.1 Menyatakan erti rukun solat.

4.3.2 Memperincikan rukun solat

4.3.4 Melakukan amali rukun solat dengan sempurna.

Objektif Selepas pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Menyebut sekurang-kurangnya 7 daripada 13 rukun solat

dengan betul selepas mendengar penerangan daripada

guru.

2. Menyusun rukun solat mengikut urutan dengan betul

selepas melakukan aktiviti latih tubi.

3. Melakukan sekurang-kurangnya 6 daripada 13 amali rukun

solat dengan sempurna selepas melakukan aktiviti

simulasi.

Konsep utama Mengingati perlakuan solat mengikut urutan yang betul.

Page 7: Edu 3093

Rentas

Pendidikan Jasmani.

Nilai Solat itu tiang agama, melaksanakan perintah Allah, mendapat

ganjaran pahala.

Bahan Bantu Mengajar Lembaran kerja, sejadah, songkok, poster gambar, kertas lukisan,

gambar.

LANGKAH PENGAJARAN

Pendahuluan

1. Guru menunjukkan songkok dan sejadah.

2. Guru menyoal murid kegunaan barang tersebut.

3. Guru menyoal murid mengenai solat.

4. Guru mengaitkannya dengan tajuk pembelajaran.

5. Guru menerangkan erti rukun solat

Perkembangan

Fasa 1

Menyusun rukun solat dengan betul.

1. Guru akan memaparkan gambar simulasi perbuatan rukun solat kepada murid.

Page 8: Edu 3093

2. Guru akan menerangkan kepada murid mengenai perlakuan perbuatan dalam rukun solat

satu persatu.

3. Guru akan menunjukkan gambar simulasi perlakuan dalam rukun solat di hadapan kelas.

4. Guru akan meminta murid untuk menyebutkan simulasi perbuatan dalam rukun solat yang

dipaparkan secara kelas, kumpulan dan individu.

5. Guru akan mengedarkan gambar kepada murid secara rawak.

6. Guru akan meminta murid untuk menyusun rukun solat di hadapan kelas mengikut urutan

yang betul.

7. Guru akan menyemak susunan murid.

8. Guru akan memperbetulkan kesalahan murid.

Fasa 2

Fasa 2 dijalankan setelah murid menguasai Fasa 1.

1. Murid akan dipilih secara undi untuk ke hadapan kelas.

2. Murid akan diminta untuk melakukan simulasi mengenai rukun solat solat mengikut

urutan yang betul.

3. Murid akan diperbetulkan kesalahan oleh guru.

4. Murid akan diberikan ganjaran apabila melakukan rukun solat mengikut urutan

yang betul.

Page 9: Edu 3093

Penutup

Murid akan diberikan lembaran kerja setiap seorang mengenai susun atur rukun solat dan

diminta untuk melengkapkannya dengan menyusun perlakuan solat mengikut urutan yang betul.

Pentaksiran

Murid dapat melakukan rukun solat mengikut urutan yang betul.

Page 10: Edu 3093

3.0 PENUTUP

Apa yang dapat disimpulkan adalah seorang guru perlulah memainkan peranan yang penting

dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak seharusnya mengajar sambil

lewa dan tidak menggunakan bahan yang sudah lapuk dan tidak menarik perhatian murid.

Bahan tersebut tidak dapat memajukan murid tetapi hanya akan melahirkan golongan yang

buta huruf, buta budaya dan buta ilmu.

Para guru diingatkan bahawa mereka memikul tugas dan tanggungjawab besar kepada

masyarakat dengan peranan di sebuah institusi yang melahirkan generasi pemimpin yang bakal

menentukan masa depan negara. Tugas itu bukan sahaja menuntut kepada komitmen yang

tinggi tetapi juga pengorbanan yang berterusan termasuk semangat untuk berhadapan dengan

pelbagai cabaran mendidik generasi pelajar.

Oleh itu, pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang

berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang

progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk

membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang

tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan

profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21

tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah

bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan

masyarakat dan negara.

Page 11: Edu 3093

REFLEKSI

NAMA: MUHAMMAD IQBAL BIN KAMARUDIN

NO. IC: 91008045527

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya

menyiapkan tugasan kerja kursus EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini dengan sebaiknya.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Zahara yang telah banyak

membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini serta semua yang telah memberi bantuan

sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Tidak dilupakan juga, ingin saya

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan kumpulan saya yang bersama-sama

berganding bahu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Turut mewarnai

penghargaan saya ialah rakan-rakan khususnya rakan-rakan kuliah PISMP 8.02 yang telah

banyak membantu dengan berkongsi idea-idea yang bernas sehingga saya berjaya

menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini dimulakan dengan menyediakan sebuah buku skrap yang berkaitan dengan

tugasan sewaktu tutorial dikelas. Buku skrap ini adalah berkaitan dengan video yang telah

dipertontonkan kepada saya iaitu video Beyond The Blackboard. Bukan saya sahaja yang

menontonnya tetapi semua rakan-rakan saya juga telah menonton video ini. Ini adalah semasa

kami menghadiri kuliah dan buku skrap ini perlulah dilakukan secara berkumpulan. Bukan itu

sahaja tugasan yang diberikan malahan bagi tugasan individu pula, saya dikehendaki untuk

menyediakan satu modul pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang relevan dna mengambilkira

enam ciri-ciri utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Setiap manusia akan mempunyai masalah apabila melakukan sesuatu perkara. Begitu

juga yang berlaku kepada saya apabila terdapat beberapa masalah yang saya alami untuk

melaksanakan tugasan ini. Pada peringkat awal, masalah yang saya hadapi adalah saya masih

tidak memahamicara untuk membuat modul yang telah diminta didalam soalan. Saya tidak tahu

komponen yang perlu ada yang perlu saya masukkan di dalam modul tersebut. Saya teragak-

agak untuk memulakan pembuatan modul ini kerana saya tidak mempunyai sebarang

pengalaman mengenai pembuatan modul. Akan tetapi setiap masalah akan ada jalan

penyelesaiannya. Masalah yang saya hadapi ini juga telah dapat ditangani apabila saya

mendapat bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Saya telah dapat contoh

modul yang lengkap dan alhamdulillah saya telah dapat memahami cara pembuatan modul

Page 12: Edu 3093

tersebut. Contoh modul yang diberikan sangat lengkap dan mudha difahami oleh saya

seterusnya memudahkan saya untuk memulakan pembuatan modul berdasarkan kehendak

soalan. Saya telah dapat membuat modul dengan sistematik mengikut apa yang telah diberikan

dan dapat menghantar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Pelbagai faedah yang telah saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini dimana

sewaktu menjalankan kerja berkumpulan saya telah berjaya bekerjasama dengan baik

bersama-sama rakan kumpulan saya. Ukhuwah yang erat juga terjalin antara kami. Apabila

sesuatu kerja itu dijalankan secara bersama maka akan mudahlah perjalanan tugasan yang

diberikan dan akan mendatangkan hasil yang berkesan. Buku skrap yang telah disiapkan

amatlah bagus dan saya amat berpuas hati dengan hasil kerja secara berkumpulan ini.

Pelbagai idea yang bernas dan menarik terhasil sepanjang pembuatan buku skrap ini.

Penterjemahan buku skrap ini adalah berdasarkan filem ‘Beyond The Blackboard’ dan perlulah

dibuat menggunakan peta i-Think yang telah saya pelajari dan bersesuaian dengan soalan

yang diberikan.

Melalui penggunaan peta i-Think ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya

berkenaan apa itu peta i-Think. Saya dapat mengaplikasikannya dengan menjawab soalan

daripada tayangan filem “Beyond The Blackboard” tersebut. i-Think bermaksud innovative

thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan

kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan

inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum

diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dengan adanya asas pengetahuan serta kemahiran

daripada tugasan ini, saya yakin saya mampu membawanya untuk diamalkan di sekolah kelak.

Saya bercita-cita untuk membudayakan penggunaan peta i-Think ini dalam pembelajaran dan

pengajaran saya kelak.

Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang tontonan filem ‘Beyond The

Blackboard’. Sebagai seorang guru, saya telah sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab

yang berat untuk mendidik anak murid. Filem tersebut yang menceritakan mengenai kisah

Cikgu Stacy yang begitu gigih dan banyak berkorban untuk anak muridnya dengan menarik

minat mereka disamping membantu murid-muridnya untuk turut serta dalam pengajarannya.

Timbul dalam hati saya menerusi tontonan filem ini untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang dalam semua aspek dan sentiasa menjaga etika guru dengan mengelakkan diri

Page 13: Edu 3093

daripada isu-isu etika ini. Saya perlulah mempunyai sikap professional sebagaimana yang

ditunjukkan oleh Cikgu Stacy.

Tugasan individu pula memerlukan saya untuk membuat satu modul pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang telah saya fahami dengan jelas apabila mendapat contoh modul pada

peringkat awal. Modul ini memerlukan saya mengambil kira enam ciri-ciri utama dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). PPPM merupakan manifestasi transformasi

kerajaan yang paling menyeluruh dan besar, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal

insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Ia memberi tumpuan kepada

keberhasilan murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat

prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk

membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Enam sifat itu adalah enam ciri-ciri utama

dalam PPPM iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. Berdasarkan ciri-ciri tersebut,

saya perlulah menggunakannya dalam pembuatan modul saya. Saya sebagai guru Pendidikan

Islam telah membuat satu modul yang berkaitan dengan tajuk Rukun Solat.

Berdasarkan modul yang saya telah laksanakan ini adalah untuk memberikan

kefahaman daan pengetahuan tentang cara mendirikan solat dengan sempurna. Oleh itu saya

telah menerangkan kepada murid mengenai rukun-rukun solat terlebih dahulu kemudian

melakukan simulasi rukun solat. Bagi kemahiran berfikir pula, saya telah membuat perkaitan

denagna menggunakan bahan-bahan maujud yang digunakan sewaktu melakukan solat supaya

murid dapat berfikir dengan baik untuk dikaitkan dengan tajuk rukun solat yang saya

laksanakan dalam modul ini.

Modul ini juga diterapkan dengan aspek kemahiran memimpin. Komunikasi murid

dengan rakan-rakan dapat dilihat sewaktu saya menjalankan aktiviti simulasi dimana mereka

akan bekerjasama untuk mendapatkan maklumat sebelum melakukan simulasi di hadapan

kelas. Secara tidak langsung, murid-murid dapat bergaul bersama-sama rakan mereka yang

lain. Aspek kemahiran dwibahasa pula dapat diterapkan melalui modul ini apabila murid-murid

diperkenalkan dengan perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab yang biasanya digunakan.

Secara tidak langsung, murid-murid dapat menambah ilmu mereka dengan lebih baik.

Page 14: Edu 3093

Selain itu, murid-murid akan dapat diterapkan dengan etika yang baik. Hal ini

disebabkan oleh pembelajaran mengenai solat ini sangatlah perlu kerana solat ini adlaah wajib

dan melalui solat juga etika murid itu akan dapat dibentuk dengan baik. Sikap berani murid-

murid juga akan dipupuk ke dalam diri mereka apabila hendak melakukan simulasi di hadapan

kelas. Sikap hormat-menghormati juga dapat dipupuk semasa proses pembelajaran dan

pengajaran antara murid dengan guru. Identiti nasional juga dapat diterapkan dalam diri murid-

murid apabila mereka datang daripada latar belakang dan asal usul yang berbeza.

Pembentukan murid yang berdaya saing pada peringkat global bersesuaian dengan

zaman masa kini yang kian canggih menyebabkan saya membuat modul ini. Saya telah

mengambil kesemua ciri-ciri yang telah disarankan dalam PPPM. Globalisasi meluaskan

konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan

pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan

penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan

dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Tuntasnya, sebagai seorang guru kita seharusnya memainkan peranan yang penting

dalam pembentukan murid. Guru perlulah mengikut apa yang telah disarankan dan berusaha

untuk mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik. Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan

hasil usaha saya sendiri. Saya berharap saya dapat melaksanakan tugasan seperti ini lagi

dengan lebih cemerlang. Semoga apa yang saya perolehi saya tidak akan lupa dan dapat

mengaplikasikannya dalam dunia realiti saya sebagai seorang guru kelak.

Page 15: Edu 3093

RUJUKAN

BUKU

1. (Syed Ismail Syed Mustapa, 2013). Guru dan Cabaran Semasa, Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd: Selangor.

INTERNET

1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_

%26_Sarawak&pg=wb_02.htm#ixzz3CimTQmxX  

Dilayari pada 5 September 2014

2.   http://www.cikguhailmi.com/2013/09/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia.html

Dilayari pada 5 September 2014

3. http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-

20132025ringkasan

4. Dilayari pada 6 September 2014

5. http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_ii/

mata_pelajaran_teras/pendidikan_islam/dokumen_standard_pendidikan_islam

Dilayari pada 6 September 2014

Page 16: Edu 3093