edu-2.3 teori thorndike

2
2.3 Teori Thorndike 2.3.1 Guru menulis 5 soalan Matematik di papan hitam, murid-murid yang ingin menjawab soalan mengangkat tangan. Guru memilih seorang murid untuk menyelesaikan soalan dipapan hitam. Apabila murid dapat menjawab soalan dengan betul, guru memberikan pujian ’bagus’ dan murid lain bertepuk tangan. Ini akan memberi motivasi kepada murid tersebut dan murid-murid lain untuk menjawab soalan pada sesi pengajaran akan datang. 2.3.2 Apabila seorang murid memberi mengucapkan ’Selamat Pagi’ kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalaman yang dialami murid itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut akan diulang. Sebaliknya, jika guru tidak mengendahkan amalan bersopan itu, murid berkenaan tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru. 2.3.3 Apabila guru masuk ke dalam kelas, didapati beberapa orang murid masih berada dalam keadaan belum bersedia sedangkan murid-murid lain sudah berdiri tegak untuk memberi salam. Guru menasihatkan murid-murid tersebut supaya menjaga adab belajar di dalam kelas. Akhirnya, semua murid telah bersedia berdiri tegak kerana tahu tindakan itu salah setelah ditegur oleh guru. Guru memuji murid kerana berkelakuan baik dan menyatakan kepada murid bahawa tindakan ini perlu dikekalkan pada masa akan datang. Sebaliknya, jika murid didenda atau dipukul kemungkinan besar perlakuan tidak bersopan itu akan diulang. 2.3.4 Setiap kali waktu mata pelajaran matematik, Cikgu Ahmad akan memberi beberapa soalan latih tubi kepada murid-muridnya. Ini bertujuan supaya murid- murid biasa dan mahir menjawab soalan-soalan tersebut dengan harapan murid-murid dapat menjawab

Upload: eja-hodejah-mt

Post on 03-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

2

2.3 Teori Thorndike

2.3.1 Guru menulis 5 soalan Matematik di papan hitam, murid-murid yang ingin menjawab soalan mengangkat tangan. Guru memilih seorang murid untuk menyelesaikan soalan dipapan hitam. Apabila murid dapat menjawab soalan dengan betul, guru memberikan pujian bagus dan murid lain bertepuk tangan. Ini akan memberi motivasi kepada murid tersebut dan murid-murid lain untuk menjawab soalan pada sesi pengajaran akan datang.2.3.2 Apabila seorang murid memberi mengucapkan Selamat Pagi kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalaman yang dialami murid itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut akan diulang. Sebaliknya, jika guru tidak mengendahkan amalan bersopan itu, murid berkenaan tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru.2.3.3 Apabila guru masuk ke dalam kelas, didapati beberapa orang murid masih berada dalam keadaan belum bersedia sedangkan murid-murid lain sudah berdiri tegak untuk memberi salam. Guru menasihatkan murid-murid tersebut supaya menjaga adab belajar di dalam kelas. Akhirnya, semua murid telah bersedia berdiri tegak kerana tahu tindakan itu salah setelah ditegur oleh guru. Guru memuji murid kerana berkelakuan baik dan menyatakan kepada murid bahawa tindakan ini perlu dikekalkan pada masa akan datang. Sebaliknya, jika murid didenda atau dipukul kemungkinan besar perlakuan tidak bersopan itu akan diulang.2.3.4 Setiap kali waktu mata pelajaran matematik, Cikgu Ahmad akan memberi beberapa soalan latih tubi kepada murid-muridnya. Ini bertujuan supaya murid-murid biasa dan mahir menjawab soalan-soalan tersebut dengan harapan murid-murid dapat menjawab soalan dengan mudah pada masa akan datang atau semasa ujian bulanan. 2.3.5 Seseorang murid dapat menyelesaikan satu masalah Matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. Bagi menjimatkan masa, guru boleh memberi bimbingan yang sewajarnya kepada murid.