dondang syg -teks ucapan gb

5
TEKS UCAPAN GB ACARA : PERTANDINGAN DONDANG SAYANG SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2014 ------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------- ASSALAMUALAIKUM WM WB , SALAM SEJAHTERA , SALAM SATU MALAYSIA , SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG.. MELAKA MAJU FASA KE -2 ,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU , MELAKA 752 TAHUN Pantun : Buah langsat kuning mencelah Di jual orang di pecan segamat Mulakan kata dengan bismillah Minta berkat minta selamat. 1. YG BERBAHAGIA EN AZIZ B NAHAR , ketua sector pembangunan dan kemanusiaan jabatan pendidikan negeri Melaka 2. YG BERUSAHA …………………………………… (MPHTJ) 3. YG DIHORMATI 4. YG DIHORMATI

Upload: rinteez

Post on 26-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

untuk semua.

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN GBACARA : PERTANDINGAN DONDANG SAYANG SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2014-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------ASSALAMUALAIKUM WM WB , SALAM SEJAHTERA , SALAM SATU MALAYSIA , SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG.. MELAKA MAJU FASA KE -2 ,NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU , MELAKA 752 TAHUN Pantun : Buah langsat kuning mencelahDi jual orang di pecan segamatMulakan kata dengan bismillahMinta berkat minta selamat.

1. YG BERBAHAGIA EN AZIZ B NAHAR , ketua sector pembangunan dan kemanusiaan jabatan pendidikan negeri Melaka2. YG BERUSAHA (MPHTJ)3. YG DIHORMATI4. YG DIHORMATI5. YG DIKASIHI ANAK2 DIDIK PARA PESERTA PERTANDINGAN DONDANG SAYANG SEKALIAN.

Syukur alhamdulillah dengan limpah serta izinya , kita dapat bertemu dalam majlis pada hari ni dalam keadaan sihat walafiant aman dan tenteram.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Ketau Sektor , kerana sudi hadir pada majlis kita pada hari ni. Juga terima kasih kepada rakan-rakan guru besar yang sudi hadir. Kehadiran tuan-puan menambahkan lagi semangat kami menganjurkan majlis ini.

Sebagaiman yang kita sedia maklum, dondang sayang adalah merupakan jati diri rakyat Melaka. Jadi, adalah diharapkan dengan penganjuran yang sedemikian bukan sahaja dapat memberi ruang dan peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat serta kebolehan mereka malahan menyelami akar budaya itu sendiri. Merapatkan silaturahim, berkenal-kenalan, bersangka baik , menjalinkan hubungan persahabatan supaya hidup indah, ceria dan harmoni berpanjangan tanpa batasan agama , kepercayaan , warna kulit , kaum dan budaya.

Tahun ini sekali lagi SKDDH telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka untuk menglolakan Pertandingan Dondang Sayang peringkat negeri bagi murid-murid sekolah rendah, dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama guru-guru serta kakitangan SKDDH. Terima kasih cikgu-cikgu.

Untuk makluman tuan , tahun ini merupakan tahun ke-2 SKDDH diamanahkan sebagai pengelola pertandingan. Kalau pada tahun lepas kami memilih lokasi pertandingan di Mydin Hyper Market di MITC, pada tahun ini pula kami memilih Melaka Mall sebagi lokasi pertandingan. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. ( MPHTJ ) kerana memberikan kebenaran menggunakan premis mereka.

Untuk makluman , pada tahun ini sebanyak 11 buah sekolah akan menyertai pertandingan, dimana kita akan dapat saksikan 14 pasangan peserta akan menyayikan lagu dondang sayang. Pasangan-pasangan ini mungkin terdiri daripada lelaki dan perempuan, lelaki lelaki atau perempuan-perempuan, dimana dua kategori pertandingan akan di adili oleh hakim iaitu ; pasangan terbaik dan juga solo terbaik keseluruhan .

Kepada anak-anak yang telah Berjaya membuat persembahan sebentar tadi, tahniah cikgu ucapkan. Jadikan pertemuan dan persembahan kali ini sebagai kenangan manis untuk dibawa pulang kesekolah masing-masing. Kalah menang adalah adat pertandingan . Apa yang penting nilai-nilai positif sepanjang pertandingan ini. Pertandingan ini banyak mengajar kita erti kesabaran , tidak berputus asa, hormat-menghormati, bertolak ansur dan banyak lagi.

Akhir sekali, sekali lagi saya selaku tuan rumah yang mengelolakna pertandingan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepad Tuan Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan, En Aziz B Nahar kerana sudi hadir . Kehadiran tuan telah menambah ceria majlis pada hari ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ( MPHTJ ) EN Zali B.. . yang banyak membantu, memberikan tempat secara percuma untuk digunakan . Dan terima kasih kepada semu guru-guru besar, GPK , guru-guru pengiring serta anak anak didik kita. Sekian . Assalamualaikum wm wb.