guru baharu (ppbg) feb 2013 b tg jawab gb

25
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGM) Peranan dan Tanggungjawab Guru Baharu (GB) Bahagian Pendidikan Guru

Upload: khairil-azhan-abd-manap

Post on 15-Apr-2017

128 views

Category:

Career


1 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGM)

Peranan dan Tanggungjawab Guru Baharu (GB)

Bahagian Pendidikan Guru

SIAPA GURU BAHARU?

• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tetap• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sementara

(Interim)• Guru Sandaran Terlatih (GST)

“Guru Baharu ialah guru yang pertama kali berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia”

PENGALAMAN MENJADI GURU BAHARU

Nostalgia Guru Baharu

ISTILAH GURU BAHARU

•Guru Permulaan•Guru Novice•Guru Baharu

DILEMA GURU BAHARU

“Seorang Guru Baharu (GB) mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Januari 2010 di Sarawak. Memiliki

Ijazah Sarjana Muda Seni Grafik USM dan Diploma Pendidikan (KPLI). Beliau mula bertugas pada 4

Januari 2010 sehingga 16 Januari 2010, tetapi pada 17 Januari 2010 beliau telah meninggalkan sekolah

tempat beliau ditugaskan dan balik ke kampungnya di Semenjung Malaysia”

Sumber : Azni Jaafar et. al. (2010). Kajian Dilema Guru Permulaan, Prosiding Seminar Serantau Guru Permulaan, IPG KPM Melaka.

MASALAH GURU BAHARU

“ Masalah utama Guru Baharu yang ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar”

BAGAIMANA KITA BANTU GURU BAHARU?

Biarkan mereka mencari pengalaman sendiri?

Biarkan mereka mencari tempat tinggal sendiri?

Biarkan mereka dengan anak murid mereka sendiri?

APA PERLU KITA BUAT?

Apa perlu kita buat?

APAKAH TINDAKAN KITA?

“Guru Baharu perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang”

(Bartell,2005)

LATIHAN KEGURUAN?

Adakah latihan keguruan oleh IPG atau universiti mencukupi?

APAKAH YANG ADA PADA GURU BAHARU?

• Menurut Laura 2006 ;

“Kursus pra perkhidmatan yang dilalui oleh Guru Baharu hanya asas untuk guru memahami konsep PdP dan tidak menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar bilik darjah”

ASAS KEPERLUAN

• Hasil kajian membuktikan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

(Humphrey 2007)

DASAR GURU BAHARU

• Visi dan Misi KPM & BPG untuk membangunkan modal insan menerusi pendidikan dan guru berkualiti.

• Standard Guru Malaysia (SGM) telah dibangunkan oleh BPG bertujuan untuk melahirkan Guru Baharu yang berkualiti dan mempunyai tahap amalan profesionalisme keguruan tinggi

Guru Baharu sebagai mentee

• Guru Baharu juga merupakan mentee kepada mentor di sekolah

PEMENTORAN

“Program pementoran didapati mampu memberi kesan positif terhadap GB yang kurang pengalaman. GB yang

didedahkan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran

murid dan hubungan kolaboratif antara GB dengan semua pihak di sekolah”

APAKAH MAKSUD MENTEE?

GB bermaksud individu yang dipandu dan yang

dipimpin

APAKAH TUGAS GURU BAHARU?

• masuk kelas tepat pada waktu

• menyiapkan buku rekod pengajaran

• mengurus kelas• memastikan kehadiran

murid• menyimpan data murid• pengurusan fail sistematik

• memberi kerjasama dengan pentadbir

• prihatin dengan murid• peka terhadap

persekitaran sekolah• meneroka pelbagai

pendekatan PdP• membina jaringan murid,

rakan, ibu bapa & komuniti sekolah

• pembentukan sahsiah

OBJEKTIF PPGB

• membantu GB menyesuaikan diri (budaya, persekitaran & komuniti)

• menyediakan bimbingan berkesan mentor

• meningkatkan pengetahuan GB

• meningkatkan kualiti pengajaran GB

• bimbingan berkesan kepada GB aktiviti Kokurikulum

• meningkatkan pengetahuan GB organisasi HEM

• meningkatkan amalan profesionalisme

• membangunkan kerjasama kolaboratif antara GB dan semua pihak

PERANAN GURU BAHARU

Melaksanakan tugas sebagai guru: Memasuki kelas tepat pada waktu Menyiapkan buku rekod

pengajaran Mengurus kelas Memeriksa tugasan murid Memastikan kehadiran murid Menyimpan data sistem maklumat

murid Melaksanakan pengurusan fail

dengan sistematik Hal-hal lain berkaitan

Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan secara formal daan informal; dan

Mematuhi etika profesion keguruan

“Tugas guru baharu…..

TUGAS

TANGGUNGJAWAB GURU BAHARUBekerjasama dengan

pentadbir dan rakan sekerja

Prihatin keperluan pembelajaran

Aktif dengan pembangunan masyarakat

Peka terhadap persekitaran sekolah

Meneroka dan melaksanakan pelbagai pendekatan PdP

Membina hubungan rakan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah

Mengurus Hal Ehwal Peribadi GB

Role ModelMenjaga kebajikan dan

keselamatan murid

PELAPORAN

“Pelaporan dibuat oleh semua pihak terlibat dan folio

dijadikan sebagai dokumen rujukan untuk cadangan

perakuan pengesahan dalam perkhidmatan GB”

GURU BERKESAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

•Pengurusan Kelas• Iklim Bilik Darjah

Guru ceria...... Murid gembira

FOKUS UTAMA DALAM PdP

PELAKSANAAN PdP

KESIMPULAN

• Guru Baharu ialah guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah selepas menjalani latihan perguruan dalam satu jangkamasa yang ditetapkan oleh IPG/IPTA. Guru ini merupakan guru serba baru dalam profesion keguruan. Mereka bukan sahaja baharu dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, kerenah murid dan sebagainya.

• Oleh itu, bimbinglah mereka…..