pamplet persaraan gb ismail mac 2015

6
SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA

Upload: chegu-izatt

Post on 22-Dec-2015

159 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Contoh Pamplet Persaraan Guru Besar sekolah. Sesuai untuk majlis persaraan guru besar samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Ia hanya menggunakan ms office word sahaja.

TRANSCRIPT

Page 1: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA SK PAHANG TUA

27 MAC 20158.00 PAGI

Dewan Ilmu SKPT

Page 2: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

En Ismail bin Md Yasin sekeluargaAJK Kelab Guru Dan Kakitangan SKPT

Guru-Guru dan Kakitangan SKPTPersatuan Ibu Bapa & Guru SKPT

Semua Warga SKPT

Semua individu yang terlibat samada secara langsung atau pun tidak.

Biodata Encik Ismail bin Md Yasin dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1955 merupakan anak kelahiran Bentong, Pahang. Beliau merupakan anak ke-3 daripada lapan adik beradik. Beliau telah berkhidmat dalam pendidikan selama 37 tahun, bermula tahun 1979 – 2015. Beliau telah berkahwin dengan Puan Zaitun binti Awang pada 31 Julai 1978. Alhamdulillah daripada hasil perkahwinan, beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata. Beliau juga turut dikurniakan 3 orang cucu. Dalam kesibukan tugas-tugas harian yang ada, beliau masih melaksanakan hobi beliau iaitu menternak kambing, lembu dan ikan; serta memancing di tengah laut.

Sejarah Pendidikan

Encik Ismail bin Md Yasin mendapat pendidikan awal di SK Lelaki Tangkak, Muar, Johor bermula dari tahun 1962-1963. Kemudian beliau belajar di SK Bekoh, Muar, Johor untuk meneruskan persekolahan darjah 2 hingga darjah 4 pada tahun 1963-1965. Pada tahun 1965-1967, beliau bersekolah di SK Gemencih, Negeri Sembilan. Kemudian, beliau kembali bersekolah di Johor pada tahun yang sama di SK Parit Jawa.

Di peringkat menengah, beliau bersekolah di SMK Tengku Mahkota, Parit Raja, Johor dari tahun 1967 hingga 1972. Sekolah tersebut adalah sebuah sekolah beraliran Inggeris. Kemudian, beliau meneruskan persekolahan di SMK Raja Muda, Parit Jawa, Johor pada tahun 1972 hingga 1973. Sekolah menengah terakhir beliau adalah SMK Datok Amar Di-Raja, Muar, Johor pada tahun 1973. Semasa beliau bersekolah rendah dan menengah, beliau aktif menyertai sukan olahraga dalam acara balapan 4x100 meter dan 4x400 meter.

Pada tahun 1977 hingga 1978, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Teruntum , Kuantan. Semasa bergelar guru pelatih di maktab, beliau juga sangat aktif dalam pasukan bola sepak dan juga pasukan hoki.

Page 3: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

Biodata & Kenangan

KENANGANSemenjak di sekolah rendah, saya telah 4 kali bertukar sekolah kerana ayah adalah seorang anggota polis. Namun apabila dewasa , saya tidak mengikut jejak langkah ayah sebagai polis sebaliknya saya menjadi seorang guru.

Selama 37 tahun di dalam dunia pendidikan, menampakkan pelbagai perubahan ,cabaran juga peluang yang boleh diperolehi di dalam profesion ini. Persiapkanlah diri kita sebagai seorang guru untuk menghadapi perubahan , cabaran dan peluang itu.

Kepada guru-guru baru mahupun lama,Anda mesti suka dengan tugas sebagai seorang guru walaupun pada permulaannya, guru bukanlah pilihan utama kerjaya anda. MESTI SUKA DENGAN TUGAS ANDA. Jika tidak anda akan menyusahkan murid-murid, rakan-rakan guru, pentadbir sekolah, ibubapa dan juga diri anda sendiri.

KENANGAN MELUCUKAN dalam dunia pendidikan ialah ketika di SK Bukit Lada, Chenor. Pada ketikaitu, saya mengajar subjek Pendidikan Seni Tahun 5.Tajuk lukisan yang diberi kepada murid adalah “Kamu bermain di rumah”. Seorang murid bernama Nazri menyerahkan lukisan sebuah rumah dengan tingkap bertutup. Saya dengan perasaan pelik lalu bertanyakan di mana gambar permainan. Dia menjawab, “Saya bermain dalam rumah”.

Saya mahu berehat bersama keluarga. Keluarga terutama isteri, adalah orang yang paling gembira dengan persaraan saya ini. Namun hakikatnya, saya pasti merindui suasana dunia pendidikan yang sudah 37 tahun saya buat dan hadap pada setiap hari. Kenangan itu tetap akan tersemat kemas dalam ingatan saya selamanya.Aktiviti selepas bersara adalah meneruskan hobi saya iaitu menternak dan memancing.

Page 4: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

Sejarah Perkhidmatan

SK Bukit Lada, Chenor, 1 Januari 1978. SK Rantau Panjang, Mentakab, 1 Januari 1980.

SK Sungai Miang, Pekan, 1 Januari 1982. SK Seri Biram, Pekan, 1 Januari 1985.

SK Sungai Miang, Pekan, 1 Januari 1988, Guru Besar. SK Keratong 4, 1 Januari 1991, Penyelia Petang.

SK Mambang, Pekan, 1 Januari 1994, Guru Besar. SK Tanjung Agas, Pekan, 1 Januari 2000, Guru Besar.

SK Tanjung Medang, Pekan, 16 Februari 2006, Guru Besar.

SK Runchang, Pekan, 16 Mei 2008, Guru Besar.

SK Pahang Tua, Pekan, 25 Mac 2014-28 Mac 2015, Guru Besar.

AJK & Sejarah Perkhidmatan

Album

Page 5: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

SESI 2

SESI 2

PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM/ SELEPAS)En. Abd. Rahim b. Abd. ManafEn. Abdullah b. MamatEn. Mohd. Khairul Ariffin b. Ahmad

BUKU PROGRAMEn. Roshizat b. Ali

HIASAN PENTAS Cik Nadiah bt. Remeli

Pn. Norul Syuhada bt. Abd. HamidPn. Khairunnisah bt. Abd. Manan

BACAAN DOA Ustaz Bahauddin b. Abd. Ghani

PERSEMBAHAN MURIDPn. Hazaliza bt. ZakariaEn. Mohd. Khairul Ariffin b. Ahmad

P.A. SISTEM Ustaz Bahauddin b. Abd. Ghani

CENDERAHATI Pn. Noryanti bt. Mohd. Radzuan Pn. Wan Norhayati bt. Wan Abd. Hamid

PENGACARA Pn. Zubaidah bt. Abd. Hamid

9.50 pagi - Ucapan Yang Dirai:

En Ismail bin Md Yasin (Mantan GB SK Pahang Tua)

10.00 pagi - Tayangan Video

- Persembahan Murid

- Persembahan Skipping

10.30 pagi - Jamuan

11.00 pagi - Acara Potong Kek Dan Sesi Bergambar

11.30 pagi - Sesi Bersalaman Dan Bersurai

Ahli Jawatankuasa

Aturcara Majlis

KAWALAN MURIDEn. Abd. Rahim b. Abd. Manaf

Pn. Suzian bt. Ismail

JAMUANPn. Norfatihah bt. Ibrahim

Pn. Norzita bt. Awang KechikPn. Norlia bt. Daud

Pn. Roswanita bt. Abd. WahabPn. Maizliza bt. Abd. Rashid

JEMPUTANPn. Norshakinah bt. Shukri

KLIP VIDEOEn. Abdullah b. Mamat

7.15 pagi - Murid-murid Berkumpul Di Dewan Ilmu

7.30 pagi - Bacaan Yassin Dan Doa Selamat

8.30 pagi - Kehadiran Jemputan

8.45 pagi - Ketibaan dan Perarakan Masuk Yang Dirai.

8.55 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis

9.00 pagi - Bacaan Doa

- Persembahan Silat

8. 15 pagi - Ucapan Ketua Murid

8.20 pagi - Ucapan GPK Pentadbiran, Pn. Noryanti

- Ucapan Wakil MGB

GIMIKPn. Haslina bt. ZainalabidinPn. Noor Madihah bt. Dzafaruddin

JURUFOTOEn. Zafran b. Zainuddin

Page 6: Pamplet Persaraan GB Ismail Mac 2015

Album & Aturcara