definisi pentadbiran dan pengurusan sekolah 2dhc8gv

18
Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah- faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Upload: norhasimahmohdnordin

Post on 19-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mpa

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah

tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga

tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam

sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk

mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah

yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu

corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan

mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan

pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah

satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan

sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran

sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk

mencapai matlamat.

Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan

Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui

cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi

dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan

individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public

Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal

pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-

kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif

yang ditetapkan.

Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk

Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan

ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi

memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Definisi lain ialah:

- Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain.

- Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama

Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.

- Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia

dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan

dengan pentadbiran pendidikan.

Page 2: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk

meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan

pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang

lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan

ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar

ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu

institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih

memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju

pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan

ialah :

-Pengendalian

-Matlamat

-Kualiti/mutu

- Keberkesanan

- Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

Tugas Pentadbiran Sekolah Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi hanya tiga yang di ambil iaitu : 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) 2. Clark (1977) 3. Kimbraugh & Nunnery (1976) 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )

Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan

huruf-huruf pertama perkataan -perkataan : planning {P},organizing {O},staffing {S},directing

{D},coordinating {CO}, reporting {R},dan budgeting {B}.Penerangan lanjut adalah seperti berikut :

1.Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya. 2.Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang

Page 3: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.

3.Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai

yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.

4.Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan. 5.Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 6.Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 7.Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan. 2. Clark (1977)

Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat

keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :

1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi

2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan

cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.

3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan dalam matlamat dan polisi . 4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan juga di luar organisasi. 5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program. 6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain. 3

7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang. 8. Menilai prestasi.

9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan ,

komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas

pentadbiran ( lihat rajah di bawah).

Rajah 3.1 Proses Pentadbiran Sekolah

Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan

yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai

kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.

Page 4: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

3. Kimbrough dan Nunery (1976) 4 Merancang Membuat keputusan Komunikasi Mengawal Menilai

Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah. 2. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat bimbingan. 3. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan –cadangan alternatif. 4. Merancang dan melaksanakan perancangan. 5. Menilai kemakmuran.

Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan

tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan ,

mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh

mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian

antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

Tugas Pengurusan Sekolah 5

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran

yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling

melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan

yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan

aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja

dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara

langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran

pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.

Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan

diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat

dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah

yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat

dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu

memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang 6

Page 5: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan

jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang

berdaya tahan.

Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika

melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang

dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat

pendidikan tersebut.

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat

memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara

tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan

semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran

berkomunikasi.

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-

cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk

menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan

kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati

di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui

pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru

melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.

Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.

Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan

Page 6: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

serta bersistematik. 7 Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat

penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat

bekerjasama dalam satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai

kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang

rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej

kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek

motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di

pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan

juga aktiviti-aktiviti sosial.

Kurikulum Sekolah

Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid

secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya,

kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan

penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang

dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan

pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan

setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Page 7: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

8

Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran,

penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-

aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-

bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum

di peringkat sekolah.

Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat.

Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan

dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-

perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-

bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang

tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan

dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.

Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai

pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah

tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan

persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi

dan kepercayaan seseorang murid.

Panitia Mata Pelajaran

Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan

pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan

kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan

mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan

pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan

rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga

mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah

ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan

kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP

juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan

persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.

memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh

murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak

sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.

memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan 9

Page 8: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar.

menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap

peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-

langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.

merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan.

membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi.

merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa. Gerakerja Kokurikulum

Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada

perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan

rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan

juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga

bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana

masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu.

Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:

menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid.

memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid.

mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah.

membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.

membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan.

membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. 10 Kewangan Sekolah

Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar.

Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan

ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan

penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara

betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan

sekolah.

Page 9: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar

untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat

menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang

sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada

sekolah amnya.

Fizikal Sekolah

Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber sekolah

(PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan

rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah organisasi

pendidikan.

Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini

letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga

perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang

berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan

masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong

kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat

dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca

pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator

pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan

kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah

dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-

kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa,

bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan

pelbagai koleksi buku bacaan.

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani 11

sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan

individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif

umum pendidikan jasmani ialah:

memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi.

menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.

menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik.

mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam persekitaran.

Page 10: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.

merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di dalam dan di luar sekolah.

menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan

dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai

perserta atau penonton.

Peraturan Sekolah

Di antara ciri-ciri organisasi yang baik ialah mengadakan peraturan. Peraturan dalam

organisasi pendidikan ditujukan kepada semua ahli yang ada dalam sekolah iaitu guru

besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, kakitangan bukan guru dan juga kepada

murid-murid. Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan itu

menjadikan organisasi itu berdisiplin.

Disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan

mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan

sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu

dengan dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan

mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain,

kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat

tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha

yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .

Disiplin ke atas murid akan menjadikan murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin

diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah

mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat sekolah yang bertatasusila,

bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan

individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat

yang bergerak ke arah kemajuan.

12

Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak dapat

dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran

pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling

berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang pelaksanaan seluruh

potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan

maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid.

Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang

didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan

membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan sekolah

ialah:

Page 11: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.

Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan

masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan,

kebersihan dan keindahan.

Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah- sekolah,

Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar

tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada

guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing.

Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting

dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin

kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai

kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta

sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang

cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang

dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam

keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan

dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman

Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum

matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai

kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah

diutamakan.

Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga

diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru,

14 para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.

Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-buahan

seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-paya dan anak-

anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan keasliannya dengan pokok

rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain. Di samping itu boleh

dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran minda, rumah tradisional,

Page 12: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan

daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium.

Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat

bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick

Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific

Management(1911).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank

Gilberth.

Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada

tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat

profesionalisme dalam pengurusan.Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar

sbagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat

mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel

Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerj.

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan

demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk

mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil

selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah

bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu

mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat

dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak

tindakan yang perlu dilaksanakan.

15 RUJUKAN a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd b. Mohd Salleh Lebar (2000),Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di

Page 13: Definisi Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah 2dhc8gv

Malaysia,Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd.

c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

d. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.

e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd