cmp 2011-t5 pentadbiran dan pengurusan kelab & mesyuarat.ppt

55

Upload: nur-amirul-haniza

Post on 01-Oct-2015

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pentadbiran dan pengurusan persatuan/kelab dan PPS bermaksud kerja-kerja yang berkait dengan fungsi dan kelangsungan mana-mana persatuan/kelab/PPS yang telah ditubuhkan sebagai entiti kependidikan dalam bidang kokurikulum di sekolah

    Mentadbir Mengurus Mengelola Menyelia Mengendali Menerajui operasi

  • KESETIAUSAHAANMerujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan tugas atau profesion setiausaha.

    Bidang tugas Setiausaha:

    Surat-menyuratPengoperasian dan pengendalian fail dan rekodPengurusetiaan mesyuaratPendokumentasian data dan maklumatPenerbitanPenghasilan ucapan dan kata-kata aluanPenyediaan laporanPerkhidmatan kaunterPerhubungan luar

  • Surat-menyuratMerupakan suatu urusan pentadbiran yang penting dan perlu diuruskan dan dikelolakan dengan cermat, cekap, cepat dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.Dalam konteks kesetiausahaan merupakan urusan rasmi/formal.Dokumen rasmi

  • Jenis-jenis suratPemberitahuan/maklumanPermohonanJemputanPenghargaanRayuanSokonganUcap selamatUcapan taniah/takziahPerlantikanPenurunan kuasaAduanIringanPerkelilingSiaranAkuan

  • Elemen SuratIdentiti/logo, alamat dan nombor telefon, faksimili dan e-mel persatuan/kelab/PPSNombor rujukan dan tarikh suratIdentiti dan alamat pihak yang ditujukanPanggilan hormat permulaan suratTajuk suratKandungan suratKata-kata penutup suratCogan kataKata perakuan diriTandatanganNama dan pengenalan diriSalinan kepada (s.k)Penanda surat

  • Mengarang SuratStruktur atau format suratPenanda-penanda maksudFrasa-frasa berhemahRagam bahasa yang santun dan sopanProtokol KISS

  • Tindakan Susulan Senarai semak sebelum menghantar suratAda elemen-elemen yang perlu Maklumat tepat dan jelasTypo Protokol dipatuhiSalinan yang secukupnyaSalinan untuk fail dan direkod

  • Penerimaan Surat Tindakan segeraTujuan suratMakluman balas Awal Susulan Memfail dan merekod

  • Memfailkan suratMemfailkan surat adalah suatu fungsi penting dalam organisasi.Surat keluar/terima masuk tersimpan kemas dalam susunan teratur dan mudah diakses bila perlu.Tindakan susulan yang sesuai ke atas surat boleh dirancang dan laksanakan dengan segera.Mengetahui tindakan yang telah diambil

  • Kaedah memfailkan suratSurat yang diterima masuk dicop atau tulis tarikh terima terlebih dahulu.Masukkan dalam fail yang berkaitan dan rekodkan dalam kertas minit fail dengan dakwat merah.Sesalinan setiap surat keluar hendaklah difailkan dan direkodkan dalam kertas minit fail dengan dakwat biru.

  • Fail dan RekodFail merujuk kepada lembaran kertas yang berlipat atau kad yang berlipat digunakan untuk menyimpan rekod secara tersusun, sistematik, selamat dan mudah diakses.Penyimpanan dokumenSistem fail sebagai sistem pentadbiran,maklumat/data yang efisien dan efektif

  • Sistem Pengoperasian FailMemberi tajuk failPentadbiran, kewangan dan akaunMemberi nombor kepada fail yang telah diberi tajuk01 (Ikut abjad pertama tajuk fail)Memberi tajuk-tajuk kecil dan nombor kecil01/1Pendaftaran failRekod nombor dan abjadTahun buka dan tutup failPenyelenggaraan failPenyelenggaran kertas minit: rekod surat keluar-masuk Membuka fail sambungan Pemeringkatan tindakan fail

  • Pengelasan keselamatan failTerbukaTerhadSulitPengedaran FailPengedaran fail Merekodkan pengedaran failMemulangkan fail ke pendaftaranPengedaran fail mengikut pengelasan keselamatan.Fail SDP (Sedang Dalam Perhatian)Memelihara dan menjaga keselamatan failMemelihara dari keciciranMemelihara keselamatan kandungan fail

  • Pengurusetiaan MesyuaratTanggungjawabSebelum Semasa mesyuaratSelepas mesyuaratPengurusan mesyuarat.ppt

  • Intro

  • *Dua tajuk dalam sukatan pelajaran digabungkan.KandunganJenis-jenis MesyuaratPeranan dan Tanggungjawab AJKAgenda MesyuaratSenarai Semak Tatacara dan Pengendalian*Minit MesyuaratBonus: Tindakan Susulan

  • Mesyuarat JawatankuasaMesyuarat Agung TahunanMesyuarat Agung KhasMesyuarat Agung Tergempar1 Jenis

  • MESYUARAT JAWATANKUASAAhli dipilih dalam mesyuarat agung. Subjenisnya: mesyuarat jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja.Kekerapan: bergantung pada kehendak perlembagaan, peraturan tetap, keperluan organisasi itu. Notis sekurang-kurangnya 48 jamKuorum: lazimnya dua pertiga.

  • MESYUARAT AGUNGLazimnya sekali setahun, setelah berakhirnya tahun keawangan. Notis tidak kurang daripda 14 hari.Tujuan (bergantung pada perlembagaan): membentangkan laporan tahunan meluluskan penyata kira-kira merancang aktiviti tahun berikutnya memilih ahli-ahli jawatankuasa baharu meluluskan sesuatu usulKorum: 2/3 jumlah ahli berdaftar. Jika kuorum tidak cukup selepas 30 minit, mesyuarat hendaklahlah ditangguhkan ke tarikh lain (tidak lebih 30 hari)

  • MESYUARAT AGUNG KHASJarang berlaku dan dinamakan juga mesyuarat agung luar biasa. Diarah oleh AJK atau diminta 1/3 ahli berdaftar dengan tujuanmembubarkan ajk yang ada dan memilih ajk baharu mengubah perlembagaan atas keperluan yang mendesakmenyelesaikan masalah kewangan yang kritikal

  • Diadakan dalam tempoh 5 hari dari tarikh permintaan.Paparan notis mesyuarat dan agenda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat.Kuorum mesyuarat agung diterima pakai.Jika kuorum tidak mencukupi, mesyuarat hendaklah dibatalkan dan mesyuarat untuk tujuan yang sama tidak boleh diadakan dalam tempoh enam bulan.MESYUARAT AGUNG KHAS

  • MESYUARAT KHASKekerapan: berdasarkan keperluan.Tujuan: membincangkan satu isu penting sahaja.Minit khas: disediakan dan diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang berikutnya.

  • MESYUARAT TERGEMPARSubjenis mesyuarat jawatankuasa; lebih kurang mesyuarat khas.Tujuan: membincangkan isu yang memerlukan kata putus segera. Contoh: hendak memecat ahli yang melanggar disiplin.

  • Tercatat dalam perlembagaanPeranan utama dimainkan oleh pengerusiPeranan urus setia/setiausaha terdapat dalam senarai semak dan pengurusan minitAkses kendiri & e-pembelajaran: rujuk contoh perlembagaan di http://www.geocities.com/jpmmpks/2 Peranan

  • tenang, peramah, mesraboleh berfikir secara objektif dan jelasberpengetahuan cukup tentang tatacara mesyuaratberkeupayaan mengawal diri dan sentiasa berhubung rapat dan bekerjasama dengan setiausaha.Pengerusi perlu memiliki kualiti peribadi yangKUALITI PENGERUSI

  • Kuasanya mengatasi semua yang hadir dalam mesyuarat.Keputusannya tentang tatacara mesyuarat muktamad.Dia mempunyai undi pemutus; digunakan apabila berlaku persamaan undi antara pencadang dengan pembangkang.Dia sahaja yang boleh memula dan menangguhkan mesyuarat ... mesti dilakukan tepat pada waktunya.KUASA PENGERUSI

  • Pengerusi Duduk Ketika ahli mesyuarat sedang berucap, pengerusi perlu duduk kerana tiada sesiapa pun dibenarkan bercakap ketika pengerusi sedang berdiri. Pengerusi Berdiri Ketika berucap pengerusi perlu berdiri kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.Ahli Berdiri Ahli juga hendaklah berdiri semasa berucap kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.PERLAKUAN PENGERUSI

  • Sasaran pembicaraan ialah pengerusi. Soalan, komen atau pandangan mestilah ditujukan kepadanya pengerusi, bukan kepada orang tertentu dalam mesyuarat.Gunakan pembuka bicara yang sopan apabila memulakan ucapan seperti Tuan Pengerusi, izinkan saya mengemukakan pertanyaan kepada . dan Tuan Pengerusi, bolehkah pembicara menyatakan kepada kami ."SASARAN PEMBICARAAN

  • Jika pengerusi bertanding untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi, dia tidak boleh mempengerusikan mesyuarat itu semasa pengundian dijalankan. Naib pengerusi atau seorang pengerusi sementara mesti mengambil alih tempatnya. Sekiranya dia dilantik semula, dia bolehlah mempengerusikan mesyuarat seterusnya jika dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat. JIKA PENGERUSI BERTANDING

  • Pengerusi boleh disingkirkan. Seorang ahli mengemukakan usul undi tidak percaya kepada pengerusi. Usul itu perlu disokong dan dikemukakan kepada mesyuarat oleh setiausaha. Jika usul itu mendapat sokongan ramai, pengerusi mesti mengosongkan kerusinya. Seterusnya, mesyuarat perlu memutuskan sama ada ditangguhkan atau dilantik pengerusi baharu.Undi tidak percaya seperti ini hanya berkuat kuasa untuk satu-satu mesyuarat. Jika hal ini berlaku, lazimnya pengerusi akan meletakkan jawatan.PENYINGKIRAN PENGERUSI

  • Maksud: kertas yang menyenaraikan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat. Panduan 1: pengerusi berbincang dengan setiausaha tentang isi kandungan agenda.Panduan 2: Tidak perlu dijadikan agenda jika perkara itu boleh diputuskan oleh pihak pengurusan; dapat dilaksanakan secara bersurat atau melalui telefon.3 Agenda

  • Rangka Tajuk sahaja; paling lazim. Lengkap Tujuan setiap agenda dan rangka ketetapan yang perlu diputuskan dicatatkan.Salinan Pengerusi Lengkap dan ada ruangan kosong di bahagian tepi kertas agenda untuk catatannya.Salinan Setiausaha Sama dengan yang dimiliki oleh pengerusi atau lebih lengkap demi memudahkannya mencatat minit mesyuarat.BENTUK AGENDA

  • Pendapat yang mengatakan agenda boleh dipinda atau ditambah sebelum mesyuarat adalah karut. Perlakuan ini menyusahkan orang yang serius melakukan persediaan sebelum mesyuarat. (Pegawai INTAN Kawasan Utara, 22 November 2000.)PENDAPAT KARUT

  • Contoh yang disediakan berasaskan PKPA 2/1991, standard kualiti yang pernah diamalkan dan pengalaman personal.Penting diikuti demi kelancaran mesyuarat.Perlu disesuaikan dengan keperluan sebenar dan perkembangan semasa.Dapat disusun semula berdasarkan tanggungjawab individu dalam urus setia.4 Semak(Tatacara dan Pengendalian Mesyuarat)

  • TINDAKAN PRAMESYUARAT

    Bil.Butiran1.Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama pengerusi.2.Merancang peruntukan masa setiap agenda.3.Menempah bilik mesyuarat.4.Menempah minuman.5.Menyediakan fail.6.Mencetak bahan (sekurang-kurangnya agenda dan minit) dan memasukkannya ke dalam fail.7.Menyediakan kemudahan peralatan seperti LCD.

  • TINDAKAN PRAMESYUARAT

    Bil.Butiran8.Memberitahu pihak yang akan menyediakan kertas kerja (jika ada). 9.Menentukan kertas kerja diterima dalam tempoh 1 hari sebelum mesyuarat.10.Menyediakan salinan kertas kerja.11.Menyediakan ringkasan eksekutif jika kertas kerja melebih 15 muka surat (tidak termasuk lampiran).12.Menyusun agenda mesyuarat: perutusan pengerusi, mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, perkara berbangkit, pembentangan kertas kerja, hal-hal lain, dan penutup.

  • TINDAKAN PRAMESYUARAT *Sejam sebelum mesyuarat.

    Bil.Butiran13.Menyediakan surat jemputan yang mengandungi maklumat asas seperti nama jawatankuasa, tarikh dan tempat mesyuarat, masa mula dan masa dijangka tamat, agenda mesyuarat, nama pengerusi, jenis pakaian.14.Menyatakan sama ada ahli-ahli yang dijemput dibenarkan menghantar wakil. Sekiranya dibenarkan, jawatan wakil hendaklah dinyatakan.15.Menghantar surat jemputan mesyuarat dan dokumen berkaitan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat.16.Menentukan bilik mesyuarat dalam keadaan bersih dan kemas.*

  • TINDAKAN PRAMESYUARAT *Sejam sebelum mesyuarat.

    Bil.Butiran17.Menentukan tempat duduk yang mencukupi disediakan dan jika perlu.* 18.Menyediakan dan menyusun tanda nama ahli-ahli mesyuarat yang akan hadir mengikut kekananan. * 19.Memastikan alat pembesar suara disediakan dan berfungsi. * 20.Memastikan alat-alat tulis disediakan di atas meja, jika perlu. * 21.Memastikan overhead projector dan peralatannya disediakan, jika perlu. * 22.Memastikan semula tempahan minuman ringan telah dibuat. *

  • TINDAKAN PRAMESYUARAT

    Bil.Butiran23.Berhubung dengan ahli-ahli mesyuarat untuk menentukan senarai ahli-ahli yang akan hadir. 24.Menyediakan senarai ahli yang akan hadir dua hari sebelum mesyuarat diadakan. 25.Meneliti maklum balas dan mengenal pasti tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul, dua hari sebelum mesyuarat. 26.Menerangkan kepada ahli mesyuarat tentang cara memberi penghormatan (address) kepada pengerusi dalam mesyuarat, jika pengerusi baharu. 27.Mengingatkan ahli mesyuarat agar memberitahu pengerusi atau setiausaha sekiranya berhajat meninggalkan mesyuarat.

  • TINDAKAN SEMASA MESYUARAT

    Bil.Butiran1.Mengedarkan buku kehadiran. 2.Menyimpan buku kehadiran. 3.Mencatat minit mesyuarat.4.Mengedarkan bahan-bahan yang baharu diterima.5.Memastikan minuman diterima pada masanya. 6.Mengedarkan minuman kepada pengerusi dan ahli terpilih, jika perlu. 7.Melaksanakan tugas khas yang diarahkan oleh pengerusi semasa mesyuarat seperti mengambil sesuatu di pejabat.

  • TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT

    Bil.Butiran1.Memastikan peralatan dan sisa minuman dikemaskan. 2.Menentukan bilik mesyuarat kemas selepas mesyuarat.3.Mendraf minit, sehari selepas mesyuarat. 4.Menaip draf minit.5.Menyemak draf minit kali pertama, dua hari selepas mesyuarat. 6.Menyemak draf minit kali kedua, dua hari selepas mesyuarat.

  • TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT

    Bil.Butiran7.Meyemak draf minit bersama pengerusi untuk mendapat persetujuan tidak lewat daripada tiga hari selepas tarikh mesyuarat.8.Mencetak minit yang sudah dipersetujui oleh pengerusi.9.Menyediakan kertas lampiran untuk edaran minit.10.Mengedarkan minit yang telah diluluskan dalam tempoh seminggu selepas tarikh mesyuarat.11.Menyediakan kertas lampiran untuk edaran borang tindakan susulan dengan menyatakan tempoh yang diberi untuk menyempurnakan borang itu ialah dua minggu.

  • TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT

    Bil.Butiran12.Mengedarkan borang tindakan susulan kepada mereka yang berkaitan sahaja sehari selepas minit mesyuarat diedarkan.13.Mengutip semula borang tindakan susulan.14.Merumus tindakan susulan (menganalisis dan membuat ringkasan).15.Menyemak tindakan susulan. 16.Membincangkan tindakan susulan dengan pengerusi.17.Mengedarkan rumusan tindakan susulan kepada semua ahli mesyuarat.

  • 10 fakta berasaskan PKPA 2/1991, standard kualiti yang pernah diamalkan dan pengalaman personal perlu dijadikan panduan.5 Minit

  • Format PKPA 2/1991 Format minit mesyuarat yang diperakukan oleh Kerajaan Malaysia terdapat dalam Lampiran A Pekeliling Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991).Sediakan Secepat Mungkin Draf minit untuk kelulusan pengerusi hendaklah dikemukakan kepada pengerusi untuk mendapat persetujuan tidak lewat daripada tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.

  • Pengedaran Minit Minit mesyuarat yang telah disemak oleh Pengerusi hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat daripada satu minggu selepas mesyuarat diadakan itu. Edarkan minit sekali lagi sejurus sebelum mesyuarat berikutnya bermula*.Minit Padat Minit direkodkan secara padat, tepat dan jelas. Catatan setiap perkara yang dibincangkan hendaklah diikuti dengan nota yang menunjukkan sama ada tindakan lanjut diperlukan atau untuk makluman sahaja. PKPA 2/1991, Peraturan 5 (c) (iv).* Ada kontroversi.

  • Tiada Kolum PKPA 2/1991 tidak mencatatkan keperluan kolum untuk minit. INTAN dan agensi kerajaan yang utama mematuhi pekeliling itu. "Kami mematuhi PKPA dan Manual Latihan Pengurusan Mesyuarat dan Jawatankuasa Kerajaan yang dikeluarkan oleh MAMPU, " kata Encik Shahril Annuar Ahmad, Pegawai INTAN Kawasan Utara.Tindakan Perkataan "Tindakan" dihitamtebalkan dan dikanankan.

  • Jangan Ada-adakan yang Tak Perlu Tidak perlu nama dan tandatangan setiausaha di akhir minit. Kenyataan disemak oleh pengerusi, ruangan tandatangan dan namanya juga tidak perlu. Rasional: nama setiausaha sudah ada dalam senarai; minit disahkan dalam mesyuarat bukan oleh pengerusi. Tidak perlu dicatat "disemak oleh pengerusi" kerana itu tugas rutinnya.Penomboran Baik ikut sistem perpuluhan atau gabungan perpuluhan, huruf kecil dalam kurungan dan angka Roman kecil dalam kurungan.

  • Ada Sistem Pengesanan Urus setia bertanggungjawab mengesan pelaksanaan keputusan mesyuarat dengan menggunakan borang khas (Lampiran B). PKPA 2/1991, Peraturan 5 (c) (vi).Penutup Tidak perlu ditulis tajuk bagi bahagian penutup.

  • Gunakan borang yang sesuai untuk mendapat maklum balas.Dapat memendekkan masa perkara berbangkit.Catatkan petikan minit dan hantar kepada semua ahli dua minggu sebelum mesyuarat yang berikutnya.Dapatkan respons melalui telefon atau secara bersemuka.6 Susulan

  • TINDAKAN SUSULAN JAWATANKUASA INDUK KEUTUHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 4/200X

    Bil.ParaPerkaraTindakanMaklum Balas3.20Agihan Peruntukan RMT di Negeri Sabah Tidak Mengikut Bilangan Murid yang DiluluskanMesyuarat maklum, mengikut Surat Pekeliling Kewangan 7/2002, bilangan murid yang layak menerima RMT pada tahun 2003 ialah 37,800 orang. Bilangan ini sama dengan tahun 2000-2004. Semakan audit mendapati pertambahan murid yang layak sehingga tahun 2004 ialah 78, 291 orang. Bagi menentukan RMT dapat dimanfaatkan kepada semua murid yang layak. JPN telah mengurangkan bilangan hari RMT dari 190 hari kepada 92 hari sahaja.JPN Sabah3.21.

  • TINDAKAN SUSULAN MINIT MESYUARAT JK. KURIKULUM NEGERI 2/200X

    AgendaPerkaraTindakan11.2.1 Kurikulum merupakan aspek utama di sekolah. Pemberatan bagi kurikulum ialah sebanyak 75% berbanding 25% pengurusan kokurikulum dan bidang-bidang lain. Telah dimaklumkan kepada staf akademik melalui memo dalaman. 44.1.3 iii. Penguasaan 3M dalam kalangan pelajar lemah. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu turun padang untuk menangani masalah ini bermula pada hari pertama persekolahan. Isu ini diberi perhatian dalam Projek Pensiangan-Salinatan dan Teaching School. 55.2.3 Pemuafakatan antara pihak maktab, PPG, PPD dan juga pihak jabatan pendidikan negeri perlu diperkemas agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pemuafakatan maktab dengan PPG dan PPD amat baik. Semua program/projek KPKM, Teaching School, Pensiangan-Salinatan, dll. tidak menghadapi masalah.

  • TK

    ***************