bil 3 2006 pengurusan dan pentadbiran tabika perpaduan

33
1 KERAJAAN MALAYSIA ________________________________________________ SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BILANGAN 3 TAHUN 2006 ________________________________________________ PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA

Upload: aan-jarhed

Post on 30-Jun-2015

655 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

1

KERAJAAN MALAYSIA

________________________________________________

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BILANGAN 3 TAHUN 2006

________________________________________________

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

MALAYSIA

Page 2: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

2

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BILANGAN 3 TAHUN 2006

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini diedarkan untuk menjelaskan peraturan dan prosedur

dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan.

2. LATAR BELAKANG

Surat Pekeliling ini merangkumi peraturan­peraturan dan prosedur­prosedur

penting dalam aspek pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan. Ia akan

menjadi rujukan utama kepada semua pengawai Jabatan yang mengawasi

Tabika Perpaduan. Semoga usaha ini akan menyumbangkan kepada

peningkatan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan dan

pentadbiran Tabika Perpaduan.

3. PEMAKAIAN

Pekeliling ini hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua Pegawai

Jabatan, Guru, Penolong Guru, Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Ahli

Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP).

4. PEMBATALAN

4.1. Dengan kuatkuasa Pekeliling ini, semua Surat Pekeliling yang

disenaraikan di bawah adalah dibatalkan:­

(i) Pekeliling Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil. 3 Tahun 2001

bertarikh 15 Januari 2001; dan

(ii) Panduan Pengurusan Kualiti Tabika Perpaduan dalam

“Tatacara Pengurusan Kelas” bertarikh 27 Oktober 1995.

Page 3: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

3

5. TARIKH KUATKUASA

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ AZMAN @ AZMAN AMIN BIN HASSAN) Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri

8 Ogos 2006

Dikelilingkan kepada:

Semua Pengarah JPNIN Peringkat Negeri Semua Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian / Pen. PPM / Pem. PP Semua Guru dan Penolong Guru Tabika

Page 4: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

4

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Tujuan 5

2. Latar Belakang 5

3. Peraturan Pengurusan Dan Pentadbiran Kelas 5 – 10

4. Tugas dan Tanggungjawab Guru dan Penolong Guru 10

5. Tatacara Pengurusan Kelas 11 – 18

6. Perjumpaan Dengan Ibu Bapa 18

7. Peraturan­Peraturan Am Kewangan Tabika 18

8. Pengurusan Kelas 18 – 19

9. Pakaian Seragam Kanak­Kanak Tabika Perpaduan 19

10. Lampiran :

A ­ Permohonan Kemasukan Tabika Perpaduan 20 – 21

B ­ Kelayakan Kemasukan Kanak­Kanak Ke Kelas Tabika Perpaduan

22

C ­ Proses Kerja Pengambilan Kanak­Kanak Tabika Perpaduan

23 – 24

D ­ Senarai Semak Tindakan Pengambilan Kanak­ Kanak Tabika Perpaduan

25

E ­ Senarai Tugas Guru Tabika 26 – 27

F ­ Senarai Tugas Penolong Guru 28 – 29

G ­ Senarai Semak Tugas dan Tindakan Guru dan Penolong Guru

30 – 33

Page 5: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

5

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

1. TUJUAN

Memberi penjelasan mengenai peraturan dan prosedur dalam pengurusan

dan pentadbiran Tabika Perpaduan.

2. LATAR BELAKANG

Peraturan­peraturan dan prosedur­prosedur penting dalam aspek pengurusan

dan pentadbiran Tabika Perpaduan telah digariskan dalam Pekeliling

Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil. 3 Tahun 2001. Walau bagaimanapun,

bagi menambahbaik dan memantapkan pengurusan dan pentadbiran Tabika

Perpaduan, pindaan yang terkini diharapkan dapat membantu meningkatkan

lagi kualiti pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan.

3. PERATURAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS

Pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan hendaklah mematuhi

peraturan dan prosedur yang ditetapkan:­

3.1. Kelayakan Masuk

Hanya kanak­kanak Warganegara Malaysia/penduduk tetap sahaja

layak memasuki Tabika Perpaduan.

3.2. Bilangan Dalam Sesebuah Kelas

Kanak­kanak dalam sesebuah kelas mestilah:

(i) tidak kurang daripada 20 orang dan tidak melebihi 35 orang

(seboleh­bolehnya berbilang keturunan). Bilangan sebenar

hendaklah ditentukan mengikut kesesuaian ruang kelas; dan

Page 6: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

6

(ii) Kelas­kelas yang mempunyai kanak­kanak kurang daripada 15 orang dua tahun berturut­turut mesti dipindahkan ke tempat baru.

3.3. Yuran Pendaftaran dan Bulanan

3.3.1. Yuran Pendaftaran sebanyak RM 10.00 dikenakan bagi

setiap orang kanak­kanak pada awal tahun.

3.3.2. Yuran bulanan minima yang boleh dikenakan bagi setiap

orang kanak­kanak ialah RM 10.00 sebulan. Penentuan

kadar yuran ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras

Tabika Perpaduan (JPTP) dengan mengambilkira

pendapatan/ taraf hidup masyarakat setempat.

3.4. Pengambilan

3.4.1. Urusan pengambilan kanak­kanak hendaklah dijalankan oleh

Guru dan dibantu oleh Penolong Guru dengan:

(i) membuat publisiti tentang pendaftaran kanak­kanak;

(ii) menyedia, mengedar dan menerima borang masuk

seperti di Lampiran A dalam masa yang ditetapkan;

(iii) hanya menerima kanak­kanak yang berkelayakan

seperti di Lampiran B; dan

(iv) hanya Guru dan Penolong Guru yang diiktiraf

mempunyai latihan, pengetahuan dan kemahiran

khas dalam menangani kanak­kanak (istimewa)

dengan keperluan khas sahaja dibenarkan

menerima pendaftaran kanak­kanak berkenaan.

Page 7: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

7

3.4.2. Guru Tabika perlu merujuk kepada Pejabat Perpaduan

Negeri/Bahagian/Daerah hanya apabila menghadapi

masalah­masalah berikut:

(i) bilangan kanak­kanak melebihi 35 orang; dan

(ii) menerima tekanan daripada ibu bapa/penjaga atau

mana­mana pihak terhadap Guru / Penolong Guru

supaya mengambil kanak­kanak walaupun tidak

berkelayakan atau selepas tarikh pendaftaran

berakhir.

3.4.3. Apabila Guru melaporkan bahawa bilangan kanak­kanak

yang layak masuk Tabika melebihi 35 orang maka satu Jawatankuasa Pemilihan Kanak­kanak hendaklah

ditubuhkan di peringkat Pejabat Perpaduan Negeri

(Labuan/Perlis)/Bahagian/Daerah. Jawatankuasa ini akan

terdiri daripada Pegawai Perpaduan

Bahagian/Daerah/Pembantu Pegawai Perpaduan/Penolong

Pegawai Pembangunan Masyarakat (Labuan/Perlis) sebagai

Pengerusi. Guru dan Penolong Guru kelas terlibat sebagai

ahli Jawatankuasa.

3.4.4. Keutamaan pemilihan oleh Jawatankuasa ini ialah kanak­

kanak :

(a) warganegara Malaysia/ penduduk tetap sahaja;

(b) umur kanak­kanak mengikut definisi dan ketetapan

dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

(keutamaan kanak­kanak berumur 6 tahun);

(c) keutamaan akan diberi kepada ibu/bapa yang

berpendapatan rendah seperti ditentukan

Jawatankuasa pemilihan; dan

Page 8: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

8

(d) keutamaan kepada kanak­kanak yang tinggal

berhampiran dengan kelas Tabika Perpaduan.

3.4.5. Keputusan tawaran kemasukan dan pemilihan samada

diterima atau ditolak permohonan hendaklah dimaklumkan

kepada ibu bapa sebelum 30 November setiap tahun.

3.4.6. Pengambilan kanak­kanak oleh Jawatankuasa ini hendaklah

mengikut proses kerja dan senarai semak dalam prosedur

ISO 9001:2000 JPNIN TP/02 – Pengambilan Kanak­Kanak

seperti di Lampiran C dan D.

3.5. Kurikulum

Kurikulum Tabika Perpaduan adalah mengikut Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(Kementerian Pelajaran Malaysia).

3.6. Bahasa Pengantar

3.6.1. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa

pengantar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.6.2. Bahasa Inggeris hendaklah diajar di dalam kelas selama

sekurang­sekurangnya dua jam seminggu.

3.6.3. Bahasa Ibunda seperti Bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan,

Iban, Thai dan sebagainya boleh diajar dengan syarat ia

dilaksanakan di luar jadual waktu dan jika terdapat Guru dan

Penolong Guru yang sanggup menguruskannya.

Page 9: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

9

3.7. Komponen Pendidikan

3.7.1. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut 6

komponen pendidikan yang termaktub dalam Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan seperti berikut :­

(i) Bahasa dan Komunikasi;

(ii) Perkembangan Kognitif;

(iii) Pendidikan Kerohanian dan Moral;

(iv) Perkembangan Sosio Emosi;

(v) Perkembangan Fizikal; dan

(vi) Kreativiti dan Estetika.

3.8. Penggal dan Cuti Persekolahan

3.8.1. Penggal persekolahan dan cuti adalah mengikut cuti penggal

yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.8.2. Hari dan waktu persekolahan ialah :

(i) lima hari seminggu – samada dari Ahad hingga

Khamis atau Isnin hingga Jumaat mengikut mana

yang berkenaan; dan

(ii) tiga jam sehari bagi satu sesi persekolahan (sama

ada pagi atau petang) dan jumlah jam seminggu

adalah 15 jam.

3.8.3. Cuti tambahan 7 (tujuh) hari setahun dibenarkan seperti

berikut :

(i) sebagai tambahan cuti kepada Hari Raya Puasa, Hari

Raya Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai

dan Hari Kaamatan;

Page 10: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

10

(ii) sebagai hari kelepasan (rehat) selepas mengadakan

aktiviti Tabika Perpaduan yang diadakan seperti

Sukan, Tabikarama, Hari Graduan dan sebagainya

sama ada di peringkat kelas, daerah atau negeri;

(iii) ‘Cuti tambahan’ ini boleh diambil sama ada sebelum

atau selepas sesuatu perayaan atau aktiviti tersebut

di atas tetapi tidak melebihi dua hari pada satu­satu

masa;

(iv) Semua ‘cuti tambahan’ perlu mendapat kelulusan

terlebih dahulu daripada Pegawai Perpaduan

Bahagian/Daerah/Pembantu Pegawai Perpaduan /

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

(Labuan/Perlis); dan

(v) ‘Cuti tambahan’ yang tidak dapat dihabiskan dalam

satu­satu tahun tidak boleh dibawa ke tahun

berikutnya.

4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DAN PENOLONG GURU

Guru dan Penolong Guru hendaklah memastikan bahawa mereka:

4.1. Tugas Guru dan Penolong Guru adalah 5 jam sehari.

4.2. Guru dan Penolong Guru hendaklah memastikan bahawa mereka:

4.2.1. mengikuti senarai tugas masing­masing seperti di Lampiran E dan F; dan

4.2.2. mengikuti senarai semak tugas dan tindakan Guru dan Penolong

Guru seperti di Lampiran G.

Page 11: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

11

5. TATACARA PENGURUSAN KELAS

5.1. Pakaian Dan Tanda Nama

Semua Guru dan Penolong Guru dikehendaki berpakaian sesuai dan

memakai tanda nama semasa bertugas. Baju kemeja ‘T’, seluar jeans

dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan.

5.2. Rekod Dan Dokumen

5.2.1. Buku Kedatangan Guru

­ Semua Guru dan Penolong Guru mesti mematuhi waktu

bertugas seperti yang ditetapkan bagi tabika masing­

masing. Waktu masuk dan keluar Guru dan Penolong Guru

hendaklah direkodkan.

5.2.2. Buku Persediaan Mengajar

­ Buku Persediaan Mengajar dicetak oleh Jabatan dan

diedarkan kepada semua kelas. Guru hendaklah

merekodkan segala perancangan dan jadual pengajaran

dan pembelajaran yang akan dilaksanakan iaitu :­

i) Pada setiap hari – perancangan harian

ii) Pada setiap minggu – perancangan mingguan

5.2.3. Buku Rekod Kedatangan Kanak­Kanak

­ Buku rekod kedatangan kanak­kanak dicetak oleh Jabatan

dan diedarkan kepada semua kelas. Guru hendaklah

merekodkan kedatangan harian kanak­kanak pada tiap­tiap

hari. Rekod­rekod lain seperti penyata bulanan, analisis

kedatangan, bayaran khas, butir­butir kanak­kanak dan ibu

bapa hendaklah juga dikemaskini pada setiap masa.

Page 12: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

12

5.2.4. Buku Pelawat

i) Pegawai, Jabatan dan Agensi; dan

ii)Tetamu/ (VIP).

­ Guru hendaklah menyediakan Buku Pelawat dan

memastikan semua pelawat ke kelas merekodkan butir­butir

mereka dalam buku itu. Butir­butir yang dimaksudkan

adalah seperti berikut :­

i) Tarikh lawatan;

ii) Waktu masuk;

iii) Waktu keluar;

iv) Nama/Jawatan/Agensi;

v) Tandatangan;

vi) Catatan;

vii) Tujuan Lawatan; dan

viii) Tindakan yang perlu diambil oleh Guru/Penolong Guru

5.2.5. Borang Permohonan Masuk Ke Kelas Tabika Perpaduan

­ Guru hendaklah sentiasa menyimpan borang dan

mengedarkannya mengikut Prosedur MS ISO 9001:2000.

5.2.6. Sijil Kehadiran

­ Sijil Kehadiran bagi Hari Graduan Tabika

Perpaduan pada hujung tahun akan

disediakan dan dibekalkan oleh Ibu Pejabat

kepada semua negeri. Pejabat Perpaduan

Negeri hendaklah mengagihkan sijil­sijil itu

kepada Daerah/Bahagian berkenaan.

Page 13: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

13

5.2.7. Fail­Fail JPTP

­ Guru selaku Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika

Perpaduan hendaklah mentadbir fail­fail berkaitan dengan

aktiviti Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan. Surat­

mesyuarat, minit mesyuarat dan dokumen­dokumen lain

berkaitan dengan Jawatankuasa Penyelaras Tabika

Perpaduan hendaklah difailkan dan Guru adalah

bertanggungjawab terhadap keselamatan fail­fail lain.

5.2.8. Pekeliling­Pekeliling Jabatan/Garis Panduan dan Surat­Surat

Arahan yang dikeluarkan

­ Pekeliling­Pekeliling Jabatan yang diedarkan dari semasa ke

semasa.

5.2.9. Prosedur MS ISO 9001:2000 :­

i) JPNIN/TP/01

­ Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan

ii) JPNIN/TP/02

­ Pengambilan Kanak­Kanak Tabika Perpaduan

iii) JPNIN/TP/03

­ Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan

iv) JPNIN/TP/04

­ Perolehan Perabut dan Peralatan Tabika Perpaduan

iv) JPNIN/TP/05

­ Pelantikan Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan

v) JPNIN/TP/06

­ Pemindahan Kelas Tabika Perpaduan

vi) JPNIN/TP/07

­ Pengagihan Peruntukan Makan Minum Tabika Perpaduan

vii) JPNIN/TP/08

­ Pengumpulan Maklumat Tabika Perpaduan

Page 14: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

14

5.2.10. Buku Akaun Tunai

­ Diselenggarakan dengan baik.

5.2.11. Buku Rekod Inventori

­ Diselenggarakan dengan baik.

5.2.12. Baucer­Baucer Bayaran/ Resit­Resit

­ Diselenggarakan dengan baik.

5.2.13. Buku Stok Bekalan

­ Diselenggarakan dengan baik.

5.2.14. Buku Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

­ Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian.

5.2.15. Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

­ Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian.

5.2.16. Rekod Ujian Mata (Penglihatan)

­ Disediakan dan dilaksanakan.

5.2.17. Rekod Kemajuan Kanak­Kanak

­ Diisi dengan lengkap dan dikemukakan/diserah kepada

ibu bapa/penjaga.

Page 15: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

15

5.2.18. Profil Kanak­Kanak

­ Diisi dengan lengkap.

5.2.19. Rekod Harta Modal

­ Diisi dan dikemaskinikan.

5.3. Amalan Makanan Dan Pemakanan

Penyediaan makanan kepada kanak­kanak Tabika Perpaduan perlulah

menggunakan Garis Panduan Penyediaan Makanan Kanak­Kanak

Tabika Perpaduan.

5.4. Premis Tabika

5.4.1. Kesesuaian Premis

Premis hendaklah yang sesuai dan selesa dengan

kemudahan­kemudahan fizikal seperti pengudaraan yang

baik, air, elektrik serta aspek keselamatan menjadi

keutamaan. Suasana persekitaran juga perlu diambilkira

misalnya dapat menimbulkan suasana baik dalam

pengajaran dan pembelajaran. Lokasinya jauh dari kesibukan

jalanraya, kawasan tanah paya dan seumpamanya.

Jenis­jenis premis yang sesuai digunakan sebagai kelas

Tabika Perpaduan adalah seperti berikut :­

1. Pusat Aktiviti Perpaduan (PAP);

2. Pusat Rukun Tetangga (PRT);

3. Bangunan Tabika Perpaduan;

4. Bangunan Gunasama (Balairaya, Dewan Orang

Ramai, Bangunan­Bangunan Kerajaan); dan

5. Bangunan Sewa.

Page 16: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

16

5.4.2. Dalam Premis

Contoh ruang lantai dan kelengkapan dalam premis yang

diperlukan untuk Tabika hendaklah seperti berikut:­

6’ hingga 8’ 6’ hingga 8’ 14’ hingga 16’

STOR

BILIK MANDI/ BILIK MANDI/

TANDAS TANDAS

PEREMPUAN LELAKI DAPUR

10’

BILIK SUMBER/

BILIK PELBAGAI (i.e. Sudut bacaan,

sudut main pondok,

‘sick bay’ dll.)

SEKATAN

BILIK AKTIVITI/DARJAH

600 HINGGA 875 K.P.S

(Saiz minimum bagi 30 orang kanak­kanak)

12’ hingga 14’ 28’ hingga 35’

CONTOH RUANG LANTAI

a) Bilik Darjah

­ luas bilik ini mengikut Piawaian Ordinan Sekolah 1950 yang

menetapkan bahawa seorang pelajar tabika memerlukan ruang kelas

seluas 15 kaki persegi tidak termasuk jalan lalu.

10’

20’ hingga 25’

Page 17: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

17

b) Dapur

­ terpisah daripada Bilik Darjah dan Kawasan Aktiviti Kanak­ kanak; dan

­ sinki mencuci tangan hendaklah sesuai dengan kanak­kanak.

c) Bilik Sumber/Bilik Pelbagai Guna

­ sudut bacaan;

­ untuk menyimpan segala panduan mengajar guru;

­ untuk menyimpan alat bantu mengajar;

­ bilik rehat/’Sick Bay’; dan

­ sudut main pondok;

(menyerupai keadaan di rumah seperti model dapur, bilik tidur,

bilik air, bilik tamu bagi anak­anak untuk main peranan seperti

mak, ayah dan anggota­anggota lain dalam keluarga)

d) Tandas Lelaki dan Perempuan

­ lantai tandas tidak licin dan tidak bertakung air;

­ mangkuk tandas mengikut kesesuaian kanak­kanak; dan

­sinki mencuci tangan hendaklah mengikut kesesuaian kanak­kanak.

e) Stor

­ tempat penyimpanan barang­barang/kelengkapan kelas;

­ kemas dan disusun rapi.

5.4.3. Luar Premis

Kawasan permainan di luar premis hendaklah bersesuaian bagi

aktiviti permainan luar dan bagi menempatkan alat­alat permainan

kanak­kanak seperti buaian, gelungsur, jongkang­jongkit, terowong

dan seumpamanya.

Page 18: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

18

6. PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA

6.1. Satu perjumpaan dengan ibu bapa hendaklah diadakan dalam tempoh

2 bulan pertama kelas bermula untuk menerangkan mengenai

perjalanan Tabika Perpaduan.

6.2. Perjumpaan untuk memaklumkan kemajuan kanak­kanak mesti

diadakan sehari pada minggu terakhir persekolahan bagi semester

kedua dan sehari pada bulan terakhir bagi semester terakhir

persekolahan.

6.3. Lawatan ke rumah kanak­kanak oleh Guru dan Penolong Guru perlu

dibuat dalam keadaan­keadaan tertentu seperti dalam soal

kecemasan, kebajikan dan masalah kanak­kanak dan lain­lain.

7. PERATURAN­PERATURAN AM KEWANGAN TABIKA

7.1. Tatacara dan pengurusan kewangan Tabika Perpaduan hendaklah

mengikut ‘Garis Panduan Pengendalian Akaun Tabika Perpaduan”.

8. PENGURUSAN KELAS

Mesyuarat Guru dan Penolong Guru:­

8.1. Pegawai­Pegawai Perpaduan diperingkat Daerah/Bahagian/ Penolong

Pegawai Pembangunan Masyarakat (Labuan/Perlis) perlu

mengadakan mesyuarat dengan Guru dan Penolong Guru 2 bulan

sekali. Antara agenda yang boleh dibincang dan dilaporkan termasuk

perkara­perkara berikut:

(i) pengurusan kelas serta makluman terkini bilangan kanak­kanak

yang berdaftar;

(ii) masalah­masalah yang dihadapi oleh Guru dan Penolong Guru

dalam menjalankan tugas harian yang berkaitan dengan kelas;

Page 19: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

19

(iii) aktiviti­aktiviti yang telah dijalankan dan jadual perancangan

aktiviti selanjutnya; dan

(iv) laporan akaun Tabika Perpaduan.

8.2. Minit Mesyuarat Guru/Penolong Guru dengan pegawai­pegawai

diperingkat daerah/bahagian hendaklah dihantar kepada Pengarah di

negeri masing­masing.

9. PAKAIAN SERAGAM KANAK­KANAK TABIKA PERPADUAN

Kanak­kanak Tabika Perpaduan hendaklah memakai pakaian seragam yang

ditetapkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

Page 20: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

20

LAMPIRAN A

PERMOHONAN KEMASUKAN TABIKA PERPADUAN

Kelas : ____________________________________ (Nama Tabika siap ditulis oleh guru)

1. Butir­butir Kanak­kanak

1.1. Nama Penuh : ____________________________________

1.2. Tarikh Lahir : __________ 1.3. Jantina : Lelaki Perempuan

1.4. No. Sijil Beranak : __________ 1.5. Agama : ______________ (Sertakan salinan sijil beranak)

1.6. Alamat Rumah Ibu Bapa/Penjaga :

Poskod : _____________

1.7. No. Tel. Rumah : _____________ H/P : _______________

No. Tel. Pejabat : Bapa : ________________

Ibu : ________________

2. Butir­butir Peribadi Ibu Bapa/Penjaga :

2.1. Bapa/Penjaga 2.2. Ibu

(i) Nama : ______________________ (ii) No. K/P : ______________________ (iii) Alamat Tempat Kerja :

______________________________ ______________________________

(iv) Tel : ______________ (P) ______________ (R)

(v) Kerakyatan :

Warganegara Malaysia

Pemastautin Tetap

(iv) Jumlah Pendapatan Bulanan : RM _____ Sertakan sesalinan Penyata Gaji jika ada.

(i) Nama : ______________________ (ii) No. K/P : ______________________ (iii) Alamat Tempat Kerja :

______________________________ ______________________________

(iv) Tel : ______________ (P) ______________ (R)

(v) Kerakyatan :

Warganegara Malaysia

Pemastatutin Tetap

(iv) Jumlah Pendapatan Bulanan : RM ______ Sertakan sesalinan Penyata Gaji jika ada.

Sila Tandakan √ dalam petak yang berkenaan

Page 21: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

21

3. Lain­lain pendapatan : RM _______________ (Jika ada)

4. Bilangan anak : __________________ orang

5. Bilangan anak yang bersekolah : _________________ orang

6. Nyatakan perhubungan di antara pemohon dengan kanak­kanak : ______________________________

7. Saya bersetuju/tidak bersetuju menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.

8. Pengesahan Oleh Ibu/Bapa/Penjaga :

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang saya beri dalam borang ini adalah benar dan sedia patuh kepada segala peraturan Tabika Perpaduan yang telah ditentukan.

Sekian.

.............................................. Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tarikh : ___________________

(UNTUK KEGUNAAN PEJABAT)

(i) Tarikh permohonan diterima : ___________________________

(ii) Keputusan Jawatankuasa : ___________________________

(iii) Sebab­sebab jika tidak dipilih : ___________________________

____________________________________ Tandatangan PPD/PPP/Pen. PPM/Pemb.PP

Page 22: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

22

LAMPIRAN B

KELAYAKAN KEMASUKAN KANAK­KANAK KE KELAS TABIKA PERPADUAN

1. Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap sahaja.

2. Umur kanak­kanak 5 hingga 6 tahun (keutamaan kanak­kanak berumur 6

tahun).

3. Keutamaan akan diberi kepada ibu/bapa/penjaga yang berpendapatan

rendah seperti ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

4. Keutamaan kepada kanak­kanak yang tinggal berhampiran dengan kelas

Tabika Perpaduan/dalam Kawasan Rukun Tetangga.

Page 23: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

23

LAMPIRAN C

PROSES KERJA PENGAMBILAN KANAK­KANAK TABIKA PERPADUAN

BIL. PROSES KERJA TINDAKAN OLEH

TARIKH AKHIR/TEMPOH

TINDAKAN

1. Membuat publisiti pengambilan kanak­kanak Tabika Perpaduan melalui :

(i) surat pemberitahuan/’hand bill’; (ii) poster; (iii) sepanduk; (iv) radio wilayah; dan (v) lain­lain

Guru/ Pen. Guru Mulai 1Jun hingga 30 Oktober

2. Mengedarkan Borang Permohonan Masuk ke kelas Tabika Perpaduan seperti di Lampiran A melalui :

(i) Guru dan Penolong Guru; (ii) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika

Perpaduan; (iii) Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga;

dan (iv) Pertubuhan­pertubuhan tempatan.

Guru/ Pen. Guru

3. Menerima, merekod dan memproses borang permohonan serta menghantar senarai daftar kanak­kanak kepada PPD/PPB/Pen. PP.

Guru/ Pen. Guru

4. Menapis borang mengikut syarat kelayakan masuk yang telah ditetapkan seperti di Lampiran B. Mengadakan Mesyuarat Pemilihan peringkat Daerah sekiranya bilangan kanak­kanak melebihi 35 orang.

PPD/PPB/ Pen. PPM/Pen.PP/ Pemb.PP/Guru/

Pen. Guru

5. Senarai kanak­kanak yang dipilih dan tidak terpilih dikeluarkan kepada Guru/Penolong Guru.

PPD/PPB/ Pen. PPM/Pen.PP/ Pemb.PP

6. Mengeluarkan surat tawaran atau penolakan kepada pelanggan sebelum atau pada 30 November tahun berkenaan.

PPB/PPD/ Pen.PP

Page 24: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

24

7. Membuat pendaftaran kanak­kanak seminggu sebelum pembukaan kelas.

Guru/ Pen. Guru

8. Memaklumkan bilangan kanak­kanak yang telah didaftarkan kepada PPD/PPB/Pen.PPM/ Pen.PP/Pemb.PP

Guru/ Pen. Guru

9. PPD/PPB memaklumkan bilangan kanak­ kanak yang telah didaftarkan kepada PPN

PPD/PPB/Pen .PPM/Pen.PP/ Pemb.PP

10. PPN memaklumkan bilangan kanak­kanak yang telah didaftarkan kepada Ibu Pejabat.

PPN

Page 25: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

25

LAMPIRAN D

SENARAI SEMAK TINDAKAN PENGAMBILAN KANAK­KANAK TABIKA PERPADUAN

SEMAKAN OLEH PPD/PPB/PEN.PP/PEN.PPM/PEMB.PP

1. Menapis borang permohonan mengikut kelayakan dan mengadakan Mesyuarat Pemilihan Peringkat Daerah (jika perlu).

2. Mengeluarkan senarai kanak­kanak kepada Guru/Pen. Guru. (jika perlu)

3. Mengeluarkan surat tawaran/penolakan kepada pelanggan sebelum atau pada 30 November.

4. Memaklumkan bilangan kanak­kanak yang telah didaftarkan Kepada PPN.

SEMAKAN OLEH GURU/PENOLONG GURU

1. Membuat publisiti tentang pengambilan kanak­kanak tabika.

2. Mengedarkan Borang Permohonan Masuk.

3. Menerima, merekod dan memproses borang dan dikemukakan kepada PPD/PPB/Pen.PP/Pen.PPM/Pemb.PP

4. Menapis borang masuk mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

5. Memaklumkan dan memberitahu keputusan kepada pelanggan.

6. Membuat pendaftaran kanak­kanak seminggu sebelum pembukaan Kelas.

Page 26: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

26

LAMPIRAN E

SENARAI TUGAS GURU TABIKA

1. Menguruskan pendaftaran kanak­kanak untuk masuk ke Tabika.

2. Menandakan jadual kedatangan kanak­kanak pada sejam pertama sesi

pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan.

3. Merancang aktiviti pengajaran tahunan, mingguan dan harian.

4. Menyusun/ menyediakan sudut atau ruang aktiviti untuk kanak­kanak.

5. Menyediakan alat bantu mengajar bersesuaian dengan pelajaran harian.

6. Membantu Penolong Guru menyimpan Akaun Tabika mengikut panduan yang

dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.

7. Mengendalikan Buku Inventori, Daftar Harta Modal dan Buku Stok mengikut

panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.

8. Menjalankan tugas Penolong Guru semasa ketiadaannya.

9. Menyediakan laporan bulanan kelas pada tiap­tiap bulan.

10.Merekodkan lawatan­lawatan pegawai dan lawatan­lawatan rasmi pihak tertentu

ke tabika.

11.Menjaga dan memastikan alat dan kemudahan kelas sentiasa berada dalam

keadaan selamat untuk digunakan seperti alat permainan, kerusi dan meja,

bekalan elektrik dan seumpamanya.

12.Memastikan peralatan kelas dan bangunan yang digunakan sentiasa selamat

kepada kanak­kanak.

Page 27: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

27

13.Menghadiri bengkel/ latihan/ kursus/seminar/persidangan yang diarahkan oleh

Jabatan.

14.Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak­kanak dalam

domain kognitif, efektif dan psikomotor.

15.Merekod tentang perkembangan kanak­kanak dalam :­

i) Portfolio kanak­kanak;

ii) Rekod peribadi;

iii) Rekod Kemajuan kanak­kanak; dan

iv) Rekod ujian mata.

16.Selaku Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) yang

membantu dalam pengelolaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Tabika

Perpaduan.

17.Menjalankan kerja­kerja lain yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke

semasa.

Page 28: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

28

LAMPIRAN F

SENARAI TUGAS PENOLONG GURU

1. Menyediakan dan mengemaskinikan bilik darjah sebelum kelas dan selepas

kelas iaitu menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan dalam dan luar

bilik darjah dan ruang­ruang lain.

2. Mengatur kerusi dan meja, membantu guru melekat atau menggantung gambar,

lukisan dan carta­carta di bilik darjah.

3. Membantu guru menyediakan atau mengatur alat permainan atau kemudahan

aktiviti pendidikan.

4. Menolong kanak­kanak ke tandas jika perlu dan memastikan kanak­kanak

sentiasa berkeadaan bersih.

5. Menyediakan makanan dan minuman yang bersih, berzat serta seimbang bagi

kanak­kanak.

6. Menjaga keselamatan dan kebersihan tempat dan peralatan di dapur.

7. Menolong guru menjaga keselamatan peralatan kelas dan kemudahan

pendidikan serta memastikan bangunan sentiasa berada dalam keadaan

selamat.

8. Menjaga keselamatan kanak­kanak tabika sepanjang masa sesi persekolahan

sehingga balik.

9. Membantu Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) dan guru dalam

pengelolaan segala aktiviti yang disertai oleh kanak­kanak.

10.Menjalankan tugas guru semasa ketiadaannya.

Page 29: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

29

11.Selaku Bendahari Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan yang

bertanggungjawab mengendalikan Akaun Tabika dan mengawal perbelanjaan

kelas.

12.Menjalankan kerja­kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

Page 30: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

30

LAMPIRAN G

SENARAI SEMAK TUGAS DAN TINDAKAN GURU DAN PENOLONG GURU

(ARAHAN : sila tandakan (√) dimana bersesuaian

BIL. SENARAI SEMAKAN ADA/ YA

TIADA/ TIDAK

CATATAN

Semakan Dokumen 1. Warta Kerajaan – Akta Pelajaran 1961 P.U (A) 276. 2. Dokumen/Fail prosedur MS ISO 9001 : 2000

berkaitan Tabika Perpaduan : ­ JPNIN/TP/01 ­ JPNIN/TP/02 ­ JPNIN/TP/03 ­ JPNIN/TP/04 ­ JPNIN/TP/05 ­ JPNIN/TP/06 ­ JPNIN/TP/07 ­ JPNIN/TP/08

3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 4. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 5. Buku Rekod Kedatangan Kanak­Kanak 6. Buku Persediaan Mengajar 7. Buku Kedatangan Guru 8. Buku Rekod Kemajuan Kanak­Kanak 9. Profil Kanak­Kanak 10. Buku Akaun Tunai 11. Buku Rekod Inventori 12. Buku Stok Bekalan 13. Rekod Harta Modal 14. Baucer­Baucer Bayaran/Resit­Resit 15. Buku Pelawat 16. Borang Pendaftaran Kanak­Kanak 17. Sijil Kehadiran 18. Fail­Fail JPTP 19. Pekeliling­Pekeliling/Surat Arahan/Garis Panduan 20. Rekod Ujian Mata

Kewangan 21. Kutipan yuran mematuhi ketetapan pendaftaran

Kemudahan Asas 22. Bilik darjah mempunyai keluasan yang sesuai 23. Bilik darjah bersih 24. Bilik darjah kemas 25. Pengudaraan dan pencahayaan diberi perhatian 26. Bekalan air 27. Bekalan elektrik 28. Ruang dapur yang sesuai 29. Peralatan dapur mencukupi 30. Telefon 31. Tempat makan selesa

Page 31: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

31

BIL. SENARAI SEMAKAN ADA/ YA

TIADA/ TIDAK

CATATAN

32. Tempat memberus gigi sesuai 33. Tandas murid sesuai 34. Sinki mencukupi 35. Sudut­sudut pembelajaran:

i) Bahasa dan Komunikasi ii) Perkembangan Kognitif iii) Pendidikan Kerohanian dan Moral iv) Perkembangan Sosio Emosi v) Perkembangan Fizikal vi) Kreativiti dan Estetika

36. ‘Sick Bay’ 37. Stor 38. Bilik Sumber

Kemudahan Dalam Bilik Darjah 39. Meja guru 40. Kerusi guru 41. Meja murid 42. Kerusi murid 43. Rak buku 44. Almari 45. Lampu 46. Kipas 47. Alat Pendingin Hawa

Bahan/Alat Bantu Mengajar

48. Alat Bantu Mengajar dalam bilik darjah i) Buaian ii)Gelungsur iii)Jongkang­jongkit 49. Permainan luar

darjah iv)Lain­lain nyatakan

50. Alat­alat genderang

51. Scanner

52. Esel

53. Radio

54. Televisyen

55. Pemainan audio­video

56. Komputer

57. Printer

Page 32: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

32

BIL. SENARAI SEMAKAN ADA/ YA

TIADA/ TIDAK

CATATAN

KEBAJIKAN MURID

Keselamatan

58. Kawasan berpagar

59. Alat pemadam api disediakan dan berfungsi

60. Latihan kebakaran dijalankan

61. Peti pertolongan cemas

62. Prosedur keselamatan murid diberi perhatian

63. Rekod keluar murid semasa sesi persekolahan

64. Peralatan dan perabot dalam bilik darjah selamat digunakan

65. Peralatan dan persekitaran luar bilik darjah selamat digunakan

66. ‘Grill’

Kebersihan

67. Pengurusan diri murid diberi perhatian

68. Tabiat penggunaan tandas yang betul diberi perhatian

69. Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan diberi perhatian

70. Memberus gigi diamalkan

71. Alatan dalam bilik darjah bersih

72. Kawasan persekitaran bersih

Makan dan Pemakanan

73. Menu disedia dan dipamerkan

74. Penyediaan makanan bersih

75. Penyediaan makanan seimbang

Page 33: Bil 3 2006 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN

33

BIL. SENARAI SEMAKAN ADA/ YA

TIADA/ TIDAK

CATATAN

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

76. Matlamat/objektif prasekolah disampaikan kepada ibu bapa/komuniti

77. Perkembangan murid dimaklumkan kepada ibu bapa