definisi kesusasteraan melayu

10
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

Upload: amd8

Post on 24-Jul-2015

334 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kesusasteraan Melayu

SEJARAH KESUSASTERAAN

MELAYU

Page 2: Definisi Kesusasteraan Melayu

Apakah Sastera??

Persoalan yang sukar di jawab. Pelbagai definisi dan pendapat

Mudah jika ditanya adakah anda pernah membaca karya sastera : Jawapan “ ya,pernah atau belum”

Juga bila ditanya adakah anda meminati karya sastera : Jawapan “ya atau tidak”

Page 3: Definisi Kesusasteraan Melayu

Maksud Kesusasteraan..…“ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia

mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan” - HASHIM AWANG (1987)

…"sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.” – ALI AHMAD (1994)

Page 4: Definisi Kesusasteraan Melayu

Bagi mengelakkan kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi.

Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit.

Kemudian diberi apitan ‘ke...an’ untuk membentuk kata nama.

i.  Su - Baik, Indah, Cantik, Seni dan Bergunaii. Sastra - Karya (lisan/bertulis) atau bukuiii. Susastra - Karya yang indah dan bergunaiv. Kesusasteraan - Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Maksud Kesusasteraan..

SUSASTR

ASUSASTR

AKESUSASTERA

AN

‘ke...an’

Page 5: Definisi Kesusasteraan Melayu

Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.

“keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.” – ALI AHMAD (1994)

Definisi Kesusasteraan (Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan)

(Dewan Bahasa & Pustaka)

Page 6: Definisi Kesusasteraan Melayu

Konsep Kesusasteraan(Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu 1)Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni

yang disampaikan melalui bahasa.Perkataan Sanskrit Susastera yang

bermaksud huruf atau buku indah.Sastera dari segi makna umum bermaksud

bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. (bukan bahasa basahan.

Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.

Page 7: Definisi Kesusasteraan Melayu

Samb.Seni kesusasteraan ialah seni karang-

mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Kesusasteraan sama pengertiannya dengan Literature dalam bahasa inggeris.

Litera yang bermaksud huruf atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan dalam tatabahasa atau puisi.

Sastra? Kesusasteraan? Kata dasar -sas bermaksud

mengarahkan,mengajar atau memberikan petunjuk.

Page 8: Definisi Kesusasteraan Melayu

Kata dasar –tra merujuk kepada alat. Jadi sastra bererti alat untuk mengajar.

Awalan –su bererti baik atau indah. Imbuhan –ke dan –an membawa maksud yang menyeluruh

iaitu segala yang tertulis , yang bernilai seni dan estetik dengan maksud memberikan panduan,petunjuk dan pengajaran.

Seni bahasa yang terhasil dari ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam.

Ekspresi fikiran melalui medium bahasa.

Page 9: Definisi Kesusasteraan Melayu

Unsur-unsur sasteraIsi kandungan - fikiran,perasaan, pengalaman,

idea,semangat, keyakinan,kepercayaan dsb.Ekspresi dan ungkapan – keupayaan mengeluarkan

sesuatu dari dalam diri seseorang manusia.Bentuk – unsur isi dan diri manusia dizahirkan

dalam pelbagai bentuk. Dalam sastera bentuk ungkapan boleh dalam pelbagai ragam,contohnya ungkapan dalam bentuk suara yang disertai bunyi-bunyian.

Bahasa – medium utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

Page 10: Definisi Kesusasteraan Melayu

Sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam suatu bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa.

Apa dijual apa dibeli,Mari sukat gantang Ali,

Bahasa tak boleh dijual beli,Dari hidup sampai mati.

Apa guna asam paya,Kalau tidak menggulai ikan,Apa guna lagak dan gaya,

Kalau bahasa tidak dihiraukan.

(Kurik Kundi Merah Saga, edisi kedua,2005)