sejarah bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan melayu

67
BML 3103 BML 3103 SEJARAH BAHASA, SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN & KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU KEBUDAYAAN MELAYU

Upload: haniza-abdul-rahim

Post on 11-Jun-2015

7.602 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

BML 3103BML 3103SEJARAH BAHASA, SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN & KESUSASTERAAN &

KEBUDAYAAN MELAYUKEBUDAYAAN MELAYU

Page 2: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Page 3: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Page 4: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

TEORI ASAL USUL BANGSATEORI ASAL USUL BANGSA

Page 5: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Page 6: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Nik Safiah Karim ~bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China.

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

SUSUR GALUR B. MELAYUSUSUR GALUR B. MELAYU

Page 7: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

AustronesiaAustronesiaTibet-ChinaAstroasia

Austrik/Austris

NusantaraNusantaraMelanesia Mikronesia Polinesia

SumateraSumatera

Filipina

Jawa

Kalimantan

Bali-sasak

Acheh

Batak

MelayuMelayu

Minangkabau

Lampung

Nias

Page 8: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PERKEMBANGAN B.MELAYUPERKEMBANGAN B.MELAYU

Page 9: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu PurbaHarry Judge (1991),bahasa Melayu

purba ialah bahasa yang wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu.

◦Namun terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam (Amat Jauhari Moain, 1998:93).

Page 10: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu purba ~ BM terawal utk berkomunikasi bg Melayu Deutro(Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004:9).

Tulisan asal ~ aksara Rencong (lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi), yg banyak ditulis pada daun dan kulit kayu.

Page 11: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara pada abad ke-7M hingga abad ke-13M.

Kuasa kerajaan yang paling berpengaruh pada masa tersebut adalah kerajaan Sriwijaya dan bahasa Melayu dipercayai telah menjadi bahasa pengantar kerajaan tersebut.

Page 12: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Dua bahasa utama di kepulauan Melayu, bahasa Jawa kuno dan bahasa Melayu kuno. ◦ Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah

menerima bahasa Sanskrit telah menyaingi bahasa Jawa yang pada peringkat awalnya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu. Sifat bahasa Jawa pula begitu kompleks dan bertata tingkat menyebabkan lama-kelamaan bahasa Jawa semakin tersisih.

Perkataan ”Sanskrit” berasal dari perkataan 'Samskrtabhasa' yang bermaksud 'bahasa yang sempurna'.

Page 13: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bukti bertulis yang tertua terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat), iaitu:

(a)Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka (683M).

(b)Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka (684 M).

(c)Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka (686 M).

(d)Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka (692 M).

Bukti Bertulis BM KunoBukti Bertulis BM Kuno

Page 14: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Page 15: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Svasti sri sakavarsatita 605 ekadasi

suklapaksa vulan vaisakha daputahyang nayik di samvau mangalap

siddhayartadi saptami suklapaksa vulan jyestha dapunta

hyang marlapas dari minana Tamvarmamava yang vala dua laksa ko dua ratus

cara di samvaudangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua

vanakna datang matada (nau) sukhacitta

di pancami suklapaksa vulan asada laghu mudita datang

marvuat vanua…srivijayajaya siddhayatra subhika…

Page 16: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Terjemahan dlm. BM:

Selamat dan bahagia, pada tahun saka 605hari kesebelas bulan terang bulan waisaka,baginda naik perahu mencari kuasa sakti.

Pada hari ketujuh bulan terang bulan jyestabaginda berlepas dari muara tamwan

membawa askar dualaksa banyaknya ( duapuluh ribu) dua ratus menaiki perahu danseribu tiga ratus dua belas bulan terang,

bulan asada dengan lega datang, membuatnegeri …Srivijaya, yang bahagia, yang

berjaya, yang makmur(Noriah Mohamed, 1999:50).

Page 17: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

CIRI-CIRI BM KUNOCIRI-CIRI BM KUNO

(a) Terdapat kata-kata Melayu asli seperti:pinam = pinang haur = aurvuluh = buluh niyur = nyiurhuma = huma jahat = jahatini = ini di sini = di sinidi sana = di sana

(b Kata-kata daripada bahasa Sanskrit seperti:Sakawarsa Siddha drohakaBhakti mantra prayoga

(c) Terdapat awalan-awalan seperti:mar- = ber- mam- = memni- = di- nipar- = diperka- = ke- sa- = se-

Page 18: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

(d) Terdapat akhiran-akhiran seperti:- i = - i- an = an- na = -nya

(e) Terdapat imbuhan apitan seperti:marjjahati = mar- jahat- i manujari = maN- ujar- Iniujari = ni- ujar- i kadatuan = ka- datu- an

Page 19: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

(f) Terdapat awalan yang tidak dipakai lagi pada masa kini seperti:Maka + gila = makagilaMaka + lanit = makalanit

(g) Terdapat fonem-fonem Melayu seperti s, d, t, a, r, k, y, e, p, l, j, m, n, h, g, l, o, u, w

(h) Terdapat fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti dh, th, v.

(i) Bunyi dan tulisan “b” diganti dengan bunyi dan tulisan “w”. Misalnya “wulan” (bulan), dan “wanyak” (banyak).

Page 20: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

(j) Tidak terdapat bunyi “e pepet”. Bunyi ini dihilangkan atau diganti dengan vokal “a”. Misalnya “dgan” atau “dangan” bagi perkataan “dengan”.

(k) Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Page 21: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

BM KUNO BM MODEN

Huruf w menjadi b wuatwunuhwanumwatu

buatbunuhbangun

Batu

Tiada vokal e, diganti dengan a

dangantathapi

marwangunlapas

dengantetapi

mambangunlepas

Awalan mar- menjadi ber-

marpalasmarwuat

berlepasberbuat

Gugus konsonan bh, ph, kh dan th

bhumidhuka

sukhacitta

bumiTua

sukacita

-na menjadi -nya Wuatnavanakna

Buatnyabanyaknya

Kosa Kata Bm KunoKosa Kata Bm Kuno

Page 22: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu Pra-klasikBahasa Melayu Pra-klasik

Zaman praklasik dianggarkan bermula pada kurun ke-13 & ke-14, iaitu zaman peralihan pengaruh Hindu-Arab.

Asmah Hj Omar (1988:392):...zaman masyarakat Melayu yang sudah mengenal huruf ... Kegiatan penulisan/perakaman dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan bahasa dan sebutan ini menjadi tolok (model) bagi masyarakat penutur pada amnya.

Page 23: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bukti Bertulis BM Pra-klasikBukti Bertulis BM Pra-klasik

Batu bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M)

Batu nisan Minye Tujuh, Aceh (1350M)

Batu nisan Malik al-Saleh (1297M)

Batu Bersurat Kuala Berang Terengganu (1303-1397M))

Page 24: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Batu Bersurat Kuala BerangBatu Bersurat Kuala Berang

Page 25: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu yang telah mantap dari segi aksara (ejaan) kerana ◦orang Melayu pada waktu itu dipercayai telah

mempunyai tradisi budaya keilmuan yang tinggi.

◦Kadar celik huruf pada waktu itu agak tinggi dan

◦mereka telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik

Page 26: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu klasik telah tersebar dengan meluas pada zaman kegemilangan Melaka:◦B.Melayu menjadi Lingua Franca, ◦bahasa Melayu klasik juga juga menjadi bahasa ilmu. untuk menyampaikan ajaran Islam, sama ada

menerusi lisan mahupun tulisan.

Istana menjadi institusi penting ~ tempat berkumpul para cendekiawan serta pujangga.

buku2 tentang kesusasteraan, keagamaan di samping menjadi juru bicara dan juru tulis rasmi pihak istana.

Page 27: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Zaman Kesultanan Melayu Melaka: ◦Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dihasilkan pd

pemerintahan sultan Mahmud Shah (1488-1511M);

◦Teks Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut.

Karya kesusasteraan paling awal, manuskrip BM tertua dlm bentuk buku~ Aqaid al Nasafi (1509M)

Page 28: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

CIRI-CIRI BM KLASIKCIRI-CIRI BM KLASIK

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit~ bahasa yang digunakan meleret-leret.

Misalnya,”Adalah seorang saudagar di negeri istanbul: maka ia pergi belayar. Hatta, beberapa lamanya sudah ia pergi itu, maka peninggalannya isteri saudagar pun bermukahlah dengan kalandar. Sebermula, adapun akan saudagar itu ada ia menaruh seekor burung bayan.” (Hikayat Bayan Budiman)

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang. Struktur ayat pasif ini terdiri daripada awalan di atauter-. Contoh “Syahadan dengan berkat Bismillah, ditikam raja akan Ferhad seperti menikam air juga adanya, suatu pun tiadakan akan kenakan dirinya. Maka raja pun terlalu akan hairannya dengan dukacita, maka disuruh oleh raja masuk penjara…(Hikayat Khoja Maimun)

Page 29: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun, arakian setelah sudah

dan sebagainya. Contoh "Hatta beberapa lama Sultan Malikul Tahir dalam negeri Pasai itu, maka dianugerahkan Allah taala akan baginda anak dua orang lakilaki, yang tua bernama Sultan Malikul Mahmud dan yang muda bernama Sultan Malikul Mansur.”(Russell Jones, 1997: 20).

Page 30: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Banyak menggunakan partikel pun dan lah. Misalnya: " Adapun akan Tun Manda, telah besarlah,

berumah sendirinya. Maka oleh Pateh Adam diemasinya segala penunggu pintu Seri Nara Diraja,katanya pada penunggu pintu itu, 'Berilah aku masuk dengan empat puluh orang perai ini juga.'(Sejarah Melayu,1975:205)

Terdapat bentuk perulangan kata tunjuk (itu, sana), kata penegas (-lah,-nya) dan kata hubung (dan, yang, atau) yang ketara. Ini disebabkan laras lisan digunakan oleh penulisnya.

Menggunakan aksara Jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah

ditambah dengan beberapa huruf tambahan seperti merupakan ciptaan orang Melayu yang hanya didapati dalam bahasa Melayu dan tidak dijumpai di huruf Arab yang sejatinya.

Page 31: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

pinjaman pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa ◦seperti dalam bidang ilmu keagamaan, undang-

undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh bahasa Arab◦ terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti

frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL) maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du) Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam ◦wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam

bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain.

Page 32: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Pengekalan Warisan Melalui Pengekalan Warisan Melalui Bahasa MelayuBahasa Melayu

ZAMAN KEDATANGAN ORANG EROPAH◦zaman pramoden atau zaman peralihan; abad

19-20

Matlamat kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara sama ada orang Sepanyol, Portugis, Belanda mahupun Inggeris dipengaruhi oleh faktor memburu kekayaan, kekuasaan dan penyebaran agama Kristian.

Page 33: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Pengekalan Warisan Melalui Pengekalan Warisan Melalui Bahasa MelayuBahasa Melayu

Pigafeta, de Houtman, CH Thomsen & William Marsden hasilkan daftar kata dan kamus dari orang Eropah - menyumbang perkembangan bahasa Melayu

surat surat dagang dan pentadbiran dari raja melayu dan orang eropah sebagai bukti bahasa melayu bahasa rasmi ketika itu

Page 34: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

ZAMAN INGGERIS DI TANAH ZAMAN INGGERIS DI TANAH MELAYUMELAYU

Bahasa Melayu utk urusan rasmi di NNMB dan NNMTB.

Pegawai-pegawai Inggeris (sblm Perang Dunia ke-2) dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dlm. peperiksaan BM sebelum disahkan dalam jawatan.

Page 35: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Sumbangan pegawai InggerisSumbangan pegawai Inggeris

Perkamusan & Tatabahasa◦ Augustine Spalding (1624)~ kamus Melayu-Inggeris. ◦ Thomas Bowrey (1701)~ Kamus Malayo-English &

English-Malayo. ◦ John Crawford (1852)~ A Grammar and Dictionary of

Malay Language ◦ Pierre Favre (1875) ~ Kamus Melayu-Perancis (Malay-

French Dictionary); 1876, Tatabahasa Melayu (Malay Grammar) & 1880 Kamus Perancis-Melayu (French-Malay Dictionary).

◦ 1895, R.J. Wilkinson ~ kamus Inggeris-Melayu; 1902, A Malay-English Dictionary bhg. I, II & III

◦ R.O Winstedt ~ kamus An English-Malay Dictionary (Rumi)(1922); Dictionary of Colloquial Malay(1939); An Unabriged English-Malay Dictionary (1958); & kemuncak sumbangannya adalah Kamus bahasa Melayu (1960).

Page 36: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Sumbangan Tokoh AchehSumbangan Tokoh Acheh

Sheikh Nuruddin Al-Raniri ~ Sirat Al-Mustaqim (kitab fiqah Melayu terawal); Bustan Al-Salatin; dll.

Shamsuddin Al-Sumaterani~ Syarah Ruba’I Hamzah Fansuri, Tanbihut- Tidlah & Anwarud-Daqiq.

Abdul Rauf Singkel ~ terjemahan kitab Tafsir Al- Quran Al- Baidawi, Kifayatul- Muhtajin, Mir’at Al- Tullab, Hujjatul Balighah, Syamsul- Ma’rifah, Umdat Al- Muhtajin, Mamu’ul Masail dan lain-lain.

Hamzah Fansuri terkenal dengan “Gurindam dua belas” dan syair sufi seperti “Syair Perahu”.

Page 37: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Sumbangan Johor -RiauSumbangan Johor -Riau

Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); Hukum Kanun Johor (66 fasal); Teks Prosa ~ Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, & Salasilah Melayu dan Bugis; Puisi ~ Syair Perang Johor

Pegawai-pegawai pentadbir Johor; (1888) Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak ~ Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru

Page 38: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Abdullah bin Abdul Kadir MunsyiAbdullah bin Abdul Kadir Munsyi(Abdullah Munsyi)(Abdullah Munsyi)

Syair Singapura Terbakar (1830).

Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

Hikayat Abdullah (1849).Kisah Pelayaran Abdullah

Ke Jeddah (1854).Dewa ul-Khulub (1883).Majalah Bustan Arifin

Page 39: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad (Ahmad (Raja Ali Haji)Raja Ali Haji)

• Bustanul-Katibin Lissubyanil-Muta’alimi~ terjemahan BM: Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia (1857).

• Kitab Pengetahuan Bahasa (1858.• Kitab Silasilah Melayu dan Bugis

dan sekalian Raja-Rajanya.• Taufatul Nafis terjemahan BM ~

Hadiah yang Bernilai.• Syair dan Pantun : Syair Jatuhnya

Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman

Page 40: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Page 41: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

ZAMAN SEBELUM/SELEPAS ZAMAN SEBELUM/SELEPAS MERDEKAMERDEKA

Page 42: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Zaman SITC/MPSI dan Pejabat Zaman SITC/MPSI dan Pejabat Karang MengarangKarang Mengarang

(a) Pelita Bahasa Melayu ( 3 Jilid:tatabahasa)(b) Ilmu Mengarang Melayu (penulisan)(c) Ilmu Hayat (tentang Biologi)(d) Kitab Hisab (Matematik)(e) Kitab Latihan Tubuh (Pendidikan Jasmani)(f) Sejarah Alam Melayu (5 penggal: Sejarah

Alam Melayu)(g) Ilmu Alam (Geografi)(h) Pekerjaan Tangan (Pertukangan)

Page 43: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Zaman Pendudukan Jepun Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)(1942-1945)

Bahasa Jepun ~bahasa rasmi gantikan bahasaInggeris.

◦ bahasa Melayu masih digunakan di Sekolah-sekolah Melayu tetapi bahasa Jepun mesti dipelajari.

Akhbar dan majalah ada yang diterbitkan sebelum ini banyak yang ditutup kecuali Penang Shimbun, Matahari Memancar, Berita Malai, Fajar Asia, dan Semangat Asia.

Sistem ejaan rumi baharu ~ Sistem Ejaan Fajar Asia (digunapakai oleh akhbar Fajar Asia).

Page 44: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Zaman sebelum merdeka Zaman sebelum merdeka (1945-1956)(1945-1956)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu: kedudukan BM◦ (a) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa rasmi dan

bahasa kebangsaan yang tunggal bagi Malaya merdeka.

◦ (b) Penubuhan maktab perguruan untuk pengajaran bahasa Melayu bagi murid-murid bukan Melayu.

◦ (c) Balai Pustaka di Kementerian Pendidikan hendaklah dinaikkan taraf ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

◦ (d) Bahasa Melayu hendaklah diberikan nilai ekonomi, dan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peperiksaan awam.

◦ (e) Pembukaan sekolah-sekolah menengah Melayu dan penubuhan universiti-universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Page 45: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

1956, Laporan Razak:  

◦(a) Semua institusi pendidikan hendaklah diletakkan di bawah dasar pelajaran kebangsaan.

◦(b) Di peringkat sekolah rendah, sekolah-sekolah hendaklah dibahagi kepada empat aliran, iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

◦(c) Di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi hanya ada dua aliran sahaja, iaitu Inggeris dan Melayu.

Page 46: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Zaman Merdeka Zaman Merdeka (1957 hingga kini)(1957 hingga kini)

1960, Penyata Pelajaran Rahman Talib:◦sekolah rendah dikurangkan menjadi tiga aliran

sahaja, iaitu dengan menghapuskan aliran Inggeris.

◦aliran kebangsaan bagi sekolah menengah dan pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja.

◦aliran Inggeris ditiadakan tetapi bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dikekalkan dan dijadikan bahasa kedua terpenting di semua peringkat pengajian.

Page 47: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

1970, Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena): ◦Matlamat untuk terus memperjuang dan

memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dengan menyatupadukan semua penulis yang menggunakan bahasa kebangsaan & membuka luas ruang untuk para penulis muda bagi meningkatkan bakat-bakat mereka.

◦Hari Sastera, Hari Puisi Nasional, Simposium Dunia Melayu, Seminar Dunia Melayu, Kongres Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu-Indonesia, Kongres Cendekiawan Melayu dsb.

◦Kerjasama kebahasaan dalam Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan kemudian kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Page 48: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

a. Tahap pertama: Proses Pemupukan Bahasa◦Tahap ini bermula pada tahun 50-an iaitu tahap

memperkenalkan bahasa Melayu kepada semua golongan masyarakat.

◦Kegiatan utama kebahasaan yang dilakukan pada masa itu adalah dalam bentuk kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Mereka menggunakan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” untuk membakar semangat kecintaan tehadap bahasa Melayu oleh semua kaum, baik bumiputera mahu pun bukan bumiputera.

Bahasa Melayu ModenBahasa Melayu Moden

Page 49: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

b. Tahap kedua: Pembinaan Bahasa◦Tahap ini bermula pada tahun-tahun 1970-an.

◦Fokus utama pembinaan bahasa Melayu pada tahap ini melibatkan beberapa aspek iaitu ejaan, tatabahasa, peristilahan dan perkamusan.

◦Dari segi ejaan pula, sistem ejaan yang sedia ada diseragamkan dengan negara Indonesia untuk mempermudah jalinan kerjasama yang erat antara penutur kedua-dua negara yang mempunyai induk bahasa yang sama.

Page 50: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

c. Tahap ketiga: Pemantapan Bahasa◦Bahasa Melayu bukan sahaja dipastikan betul

dari segi penggunaannya tetapi juga mestilah cekap, berkesan dan indah.

◦Untuk mencapai hakikat ini dua aspek yang dipentingkan ialah kecendekiaan dan kesempurnaan bahasa. Kecendekiaan bahasa ~keupayaan bahasa itu

menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Penggunaan gaya dan laras.

Kesempurnaan bahasa pula bermaksud ciri bahasa yang tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan konteks penggunaannya. Kesempurnaan bahasa dapat dilihat daripada kestabilan, kelenturan, kepelbagaian keberkesanan, dan keindahan bahasa.

Page 51: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PERKEMBANGAN TULISAN DALAM PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU

Page 52: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PENGEKALAN WARISAN BAHASA PENGEKALAN WARISAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEM MELAYU MELALUI SISTEM

PENDIDIKAN.PENDIDIKAN.

Page 53: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PERKEMBANGAN BAHASA & PERKEMBANGAN BAHASA & PERSURATAN MELAYUPERSURATAN MELAYU

bahasa melayu - bahasa mudah merima dan suaikan sifat dan bentuknya dalam pelbagai aspek

tulisan rencong - oleh orang melayu berpandukan alama sekitar spt ranting kayu, akar, rotan dan sungai

sifat - sedarhana, mudah menerima bahasa sanskrit, menyaingi bahasa jawa

bahasa melayu moden pada abad ke 19, masih ada tulisan jawi

Page 54: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

abad ke 20, tulisan rumi take overciri ciri - merangkumi aspek kosa kata,

tulisan, ayat dan gaya bahasapelbagai laras bahasa wujud - laras

undang undang, ekonomi, teknologi maklumat, sains DLL

pemupukan bahasa dilakukan untuk memodenkan bahasa

Page 55: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PERTUBUHAN BAHASA & PERTUBUHAN BAHASA & PERSURATAN MELAYUPERSURATAN MELAYU

Maktab Pergurusan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim adalah pejabat karang mengarang - menerbitkan sebanyak mungkin buku buku bacaan umum

PKM - penerbitan Malay Home Library Series, sumbangan perkembangan kesusasteraan melayu

Page 56: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato Muhammad Ibrahim Munsyi, 1988 mengendalikan perbincangan tentang bahasa melayu wujudkan sebuah kutub khanah sbg pusat sumber

pengenai persoalan bahasa melayu dan bahasa inggeris

ASAS 50 -  memperluaskan dan mempertinggikan mutu

kesusasteraan melindungi hak hak ahli dan juga pengarang mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak

membunuh karya sastera lama.  

Page 57: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 23.10.1970 menyatukan semua persatuan penulis mempertahankan dan memperjuangkan hak penulis memberikan sumbangan moral dan material kepada

penulis menyatupadukan semua rakyat menerusi bahasa

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu - perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya seluruh negara. 7  kali kongres telah dibuat  mengupas setiap isu mengemukakan resolusi untuk pertimbangan dan

tindakan pihak berkuasa terhadap bahasa

Page 58: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

DBP 1956 -  membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam

semua bidang memperkembangkan bakat sastera menerbitkan pelbagai bahan membakukan ejaan dan sebutan dalam membentuk

istilah menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang

betul memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

MABBIM dan MABM membina dan mengembangkan bahasa melayu dan

kesusasteraan peringkat serantau dan antarabangsa

Page 59: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

TOKOH BAHASA & PERSURATAN TOKOH BAHASA & PERSURATAN MELAYUMELAYU

Sheikh Daud Abdullah - hasilkan buku Fur u'al - m asa'il tahun 1838M. terjemahan dari arab.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854M) / Abdullah Munsyi asal Melaka lama di Singapura - mengajar orang Inggeris bahasa melayu seperti Sir Stamford Raffles, Paderi Thomsen, Paderi Milne, Paderi Keasberry, Crawford DLL. Banyak karya telah dihasilkan spt : syair singapura terbakar kisah pelayaran abdullah hikayat abdullah kisah pelayaran abdullah ke jeddah dewa ul-khulub majalah bustan arifin

Page 60: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Raja Ali (1809-1870) - seorang ulama dan sasterawan melayu. Mempunyai latar belakang pendidikan arab, masih kekalkan unsur bahasa melayu klasik dipengaruhi perkataan arab dan strukturnya.  Antara karya : bustanul-katibin lissubyanil-muta'alimi / Kitab Perkebunan

Jurutulis Bagi Kanak ang Hendak Menuntuk Belajar Akan Dia Kitab Pengetahuan Bahasa kitab silasilah melayu dan bugis dan sekalian raja-rajanya taufatul nafis / hadiah yang bernilai syair dan pantun

▪ syair jatuhnya negeri johor▪ syair gurindam 12▪ syair taman pertama▪ syair abdul muluk▪ syair hukum nikah

karya undang undang▪ tamaral al muhamed ahlil mahkamah

Page 61: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

persuratan melayu tersebar - tahap awal / klasik dan taham perkembangan kesusasteraan moden

Abdullah munsyi - perkenal bidang percetakan dan penerbitan buku

bahasa melayu bahasa utama atau pengantar untuk semua urusan di melaka spt berdagang dan pentadbiran

penjajah barat juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan pemerintahan atau bahasa politik

bahasa melayu digunakan menjadi bahasa lingua franca dan penyebaran ilmu

tokoh bahasa - zaba, asmah hj. omar, nik nafiah karim

Page 62: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Asas Kebudayaan KebangsaanAsas Kebudayaan Kebangsaan

asas kebudayaan melayu - melalui kewujudan masyarakat pribumi di sekitar Selat Melaka dan alam nusantara.

wujud unsur unsur luar dalam melayu - setelah asas budaya dibina oleh peradaban dan agama islam

budaya luar bertembung dengan budaya melayu seperti hindu, jawa dan pengaruh barat

ADAT - peraturan dan cara hidup. gambaran perbuatan yang dilakukan setiap hari

sebagai anggota dalam masyarakat - harus dipengaruhi nilai nilai sosial, pemupukan nilai untuk hidup dalam bermasyarakat.

tanggapan orang luar - kesan cara hidup dan berfikir kelompok secara kebetulan ditandai oleh sempadan geografi

dasar kebudayaan kebangsaan -  asas perpaduan pembentukan jati diri dan masyarakat malaysia berlandaskan unsur unsur dan 3 prinsip oleh kerajaan iaitu

▪ berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau▪ unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai▪ Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

Page 63: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Konsep & teori KebudayaanKonsep & teori Kebudayaan

konsep budaya - cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat

asas kebudayaan melayu - unsur budaya bergerak, tersebar dari satu budaya ke satu budaya lain dengan berbagai cara dan jalinan . saling berkait dengan unsur budaya lain sebagai satu budaya yang kompleks

kebudayaan dan adat ahli masyarakat malaysia berbeza tetapi mempunyai asas yang sama - membentuk jati diri individu ke arah yang lebih baik.

Page 64: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Warisan melayyuWarisan melayyu

2 bahagian -  warisan persuratan melayu▪ meliputi sejarah dan perkembangan puisi dan prosa

melayu dari zaman klasik hingga persuratan moden dan baru▪ peribahasa, pantun, mantera, teromba, gurindam, seloka,

teka-teki, lagu rakyat, karya agung melayu warisan kesenian dan kebudayaan melayu -

muzik melayu - dikir barat, ronggeng, dondang sayang, menora, kuda kepang, zapin, boria dan ghazal, rodat, jikey, hadrah, keroncong, gamelan, dabus, randai, mak yong

Page 65: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

adat istiadat perkahwinan melayu  permainan tradisional busana melayu perubatan tradisional melayu berkhatan sains dan teknologi melayu - penciptaan

pelbagai barangan untuk kegunaan harian seperti teknologi dapur perkapalan alatan pertanian seni bina rumah

Page 66: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

ISU BAHASA, KESUSASTERAAN & ISU BAHASA, KESUSASTERAAN & KEBUDAYAANKEBUDAYAAN

isu penyatuan bangsa malaysia - dasar kebudayaan kebangsaan

isu identiti bangsa dan negara - bahasa jiwa bangsa

isu dasar bahasa kebangsaan - perlembagaan malaysia dan akta bahasa kebangsaan

isu fungsi dan peranan bahasa melayu - bahasa kebangsaan bahasa rasmi

isu mengembalikan martabat, kewibawaan dan keyakinan terhadap kemampuan bahasa melayu - PPSMI dimansuhkan

Page 67: Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

isu penggunaan bahasa melayu dalam pentadbiran - pemantauan oleh JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

bahasa melayu dan teknologi maklumat - perbanyakan aplikasi versi melayu

kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan isu budaya popular - dari barat harus dibendung isu budi bahasa semakin luntur - kurang nilai

nilai murni