definisi dan takrif semantik

Upload: sue-ahmad

Post on 03-Jun-2018

274 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    1/20

    Definisi Dan Takrif Semantik

    Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan

    Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala

    atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataansema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang

    diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada

    bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada

    makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

    Selain itu, perkataan semantik yang digunakan pada hari ini berasal daripada

    bahasa Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal

    sejak abad ke-19 lagi. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis

    kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi

    sesuatu sistem tanda. Hal ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada

    bentuk dan bukan makna. Disebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan

    bidang pragmatik.

    Bidang pragmatik bermaksud mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks

    oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga bermaksud satu kajian yang

    teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem tanda. Secara umumnya, semantik

    mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, Pensyarah Bahasa Melayu saya

    Encik Rani. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan yang

    boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam dunia

    sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tandatanda itu

    dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep.

    Selanjutnya, menurut Akmajian et al. (1995: 222), menyatakan bahawa dalambidang linguistik, semantik bermaksud kajian tentang makna dan bahasa. Semantik

    berkaitan dengan kajian berkaitan unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam

    bidang logik, semantik dilihat atau ditafsirkan sebagai kajian tentang rujukan

    linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dibuat dari

    aras kata atau pada aras yang paling tinggi , iaitu kalimat yang terhasil daripada

    frasa dan ayat. Fakta semantik merupakan maklumat atau bahagian penting dalam

    tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    2/20

    Seterusnya, menurut Stalnaker (1972: 383), menyatakan bahawa sintaksis

    mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini telah menjelaskan

    bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa

    dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam semua perkara, peraturan tersebut

    sememangnya tidak mendapat penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi.

    Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat

    tersebut digunakan.

    Tambahan lagi, semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan

    pada spek makna ayat dari segi bentuk logiknya. Menurut Sperber dan Wilson

    (1980), yang memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada situasi

    yang sebenar bahawa konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar

    sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya,

    perkara yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada

    nahu sesuatu bahasa. Hal ini menerangkan bahawa semantik mengkaji makna dari

    segi permaknaan pada peringkat linguistik tulen. Dengan erti kata lain, kajian

    semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik sahaja.

    Konsep Semantik

    Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang

    bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang

    diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik

    menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan

    penambahan makna sesuatu kata.

    Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan

    untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud

    makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat

    digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga

    kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893)

    Makna boleh diberi\kan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain.

    Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah

    sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan

    bahawa makna mempunyai makna yang ruwet.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    3/20

    Tuntasnya,semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji

    bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

    mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian

    mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,

    makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna

    dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

    Kata-kata dalam bahasa Melayu ini juga yang mempunyai pelbagai jenis makna

    dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

    mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi

    makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan),

    hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),

    homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi

    maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),

    dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

    Golongan jenis makna semantik yang di atas boleh dilihat melalui contoh yang

    berikut:i. Sinonim (perkataan cantik dan indah),

    - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.

    - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.

    ii. Antonim (perkataan gemuk dan kurus)

    iii. Hiponim (perkataan ayam, itik dan lembu berhiponim dengan perkataan

    haiwan)

    iv. Homonim (perkataan kali bermaksud darab dan sungai)

    v. Polisemi (perkataan berat bermaksud tekanan benda, sukar, berkenaan

    sikap, berkenaan makanan dan lain-lain)

    vi.. Peribahasa ( Peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi bermaksud

    orang yang tidak amanah)

    Pertaliannya dengan disiplin ilmu pula menjadikan setiap bidang disiplin ilmu

    mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu

    mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu

    perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    4/20

    1. Hubungan Semantik dengan Falsafah

    Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah

    adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan

    biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah

    berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah

    memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu

    falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti.

    Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain

    mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah

    diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia

    bermakna apabila diujarkan.

    2. Hubungan Semantik dengan Psikologi

    Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini

    bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan

    adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya

    perkataan Makan! berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan

    huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbezaoleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut

    melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan

    pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan

    rangsangan atau tindak balas.

    3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

    Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu

    yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang

    ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan

    ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang

    semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat

    semakin berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya

    telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman

    rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    5/20

    Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa

    pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).

    4. Hubungan Semantik dengan Susastera

    Bahasa dalam karya susastera berbeza degan bahasa yang terdapat dalam

    karya ilmiah. Bahasa dalam karya susastera sama ada tulisan ataupun pertuturan

    tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam

    susastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat

    (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat

    difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh

    pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh

    ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna

    konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di

    mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

    5. Hubungan Semantik dengan Sejarah

    Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan

    sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin

    berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang

    bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan

    maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan

    pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan

    maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan

    dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap

    hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

    6. Hubungan Semantik dengan Komputer

    Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan

    melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat.

    Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan

    secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah.

    Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih

    makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputertelah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    6/20

    yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi

    sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu

    pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan

    bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

    7. Hubungan Semantik dengan Linguistik

    Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas

    mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses

    akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata

    kebun berbeza daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan.

    Kata kebun bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun

    bermaksud orang yang mengurus kebun sementara kata pengebun bermaksud

    orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses

    penggandaan, kata langit juga berbeza dengan lelangit yang bermaksud keadaan

    bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata buah

    dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk buah

    hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ

    menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.

    Bidang Makna

    Dalam bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian

    daripada ilmu linguistic kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur

    makna. Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian

    makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu

    ada lagi tokoh-tokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula

    menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa.

    Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas, makna merupakan

    perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis

    ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurnalah. Seharusnya

    kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita tulis. Dalam bidang

    linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa

    (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang

    sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    7/20

    bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.

    Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna

    afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna

    tematik dan banyak lagi.

    2.0 Jenis-Jenis Makna

    Makna Konseptual

    Melihat pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu

    adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan

    makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat

    memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran, ataupun membuatintterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Ini bermakna, sekiranya

    makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis

    makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan.

    Oleh hal demikian pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini

    mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya

    (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di dalam makna konseptual,

    konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang

    asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan

    bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan benda melalui

    perantaraan konsep pemikiran.

    Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang

    berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu

    Segitiga Semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu

    perkataan. Oleh sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu

    pada tahap yang paling atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit.

    (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh perkataan iaitu wanita dan juga

    perempuan. Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut

    mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus

    Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua

    prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya,

    konotasi antara wanita dan juga perempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    8/20

    dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi

    apabila kita tukar kata wanita itu kepada perempuan ianya akan menjadi perempuan

    dewasa, perempuan solehah, perempuan bekerjaya. Dapat dilihat apabila kata

    wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan menjadi kurang sesuai

    untuk mengucapkannya.

    Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah

    melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan

    pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami

    dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap iaitu Fonologi, Sintaksis, dan

    Semantik. Bagi penutur, tindakan yang pertama ialah mengenkod makna apa yang

    hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi

    seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan

    melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu

    lakukan ialah menetapkan reprentasi Fonologi dan juga reprentasi Sintaksis dan

    juga reprentasi Semantik.

    Reprentasi yang sering diperkatakan ini bermaksud sesuatu yang

    melambangkan, menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain,

    perlambangan, gambaran, atau penyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep

    memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami,

    memutuskan buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan

    makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering

    bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna

    konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal

    (Kushartanti et. al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal.

    Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan

    referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagi akibat

    berlakunya proses gramatikal. Contohnya seperti pengimbuhan, penggandaan, dan

    pemajmukan. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan

    dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya

    makna gramatikal. (Kushartanti et. al., 2005).

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    9/20

    2.2 Makna Konotatif

    Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan

    dengan nilai rasa. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun

    negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat

    perkataan itu nanti mungkin tidak akan memihak mana-mana. Walaupun perkataan

    perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua

    perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa

    yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

    Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga lelaki. Jantan

    mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa yang tinggi.

    Bagi masyarakat yang beragama islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan

    interprentasi masyarakat yang bukan beragama islam.

    Bagi umat islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif.

    Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang

    paling sedap. Selain itu, makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh

    berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat.

    Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, dudukbersendirian mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenagkan fikiran,

    bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan tersebut

    telah mengalaami perubahan makna yang membawa maksud pengaingan diri

    berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan juga

    perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap

    sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004).

    Makna konotatif ini tidak begitu spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi

    bersama system konunikatif seperti seni visual dan juga muzik. Contohnya barangan

    atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang

    diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak

    stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang

    yangv terpelajar atau orang yang meninba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya

    berbeza pendapat yang timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan

    pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer danketerbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar, tepat dan sesuai pada

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    10/20

    masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Sebagai

    contohnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan

    pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. Makna denotatif

    ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif.

    Secara kesimpulanya, konsep memainkan peranna penting kepada manusia

    untuk mentakrif, memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Sekiranya konsep

    tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. Tanpa konsep juga tidak akan wujud

    makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. Harus diingat juga

    bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna

    afektif. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa

    cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam

    sesuatu bahasa. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir, mentakrif,

    membuat ujaran dan sebagainya. Tanpa makna, ia tidak lengkap. Tidak cukup

    sekiranya kita hanya tahu menulis, membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui

    apa makna disebalik apa yang kita tulis dan juga apa yang kita baca.

    Peristilahan

    Peristilahan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembinaan BahasaMelayu. Istilah serta perkataan baharu dicipta demi memperkayakan lagi kosa kata

    Bahasa Melayu. Kekurangan istilah telah menjadi masalah dalam pelaksanaan

    Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awalnya. Namun, ia berubah apabila

    timbul kesedaran akan keperluan dan kepentingan peristilahan. Maka, Dewan

    Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menggubal sebanyak mungkin istilah-istilah dalam

    pelbagai bidang dalam memenuhi keperluan penggunaannya pada bidang-bidang

    berkaitan.

    Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah

    dengan ahlinya adalah dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan

    Tinggi dan Pusat Pendidikan dengan pelbagai latar belakang pendidikan. Secara

    amnya, peristilahan berkembang seiring bersama-sama perkembangan ilmu dan

    teknologi, namun peristilahan Bahasa Melayu terkebelakang daripada

    perkembangan ilmu dan teknologi tersebut. Situasi ini adalah disebabkan oleh

    penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilahsekunder. Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    11/20

    pelbagai bidang ilmu menjadi simbol telah berlakunya proses intelektualisasi dalam

    Bahasa Melayu. Istilah merupakan lambang linguistik berupa huruf, bentuk bebas

    atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik serta

    mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.

    Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan

    Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1956. Pada awalnya, tidak ada satu pun sistem

    organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan.

    Penubuhan jawatankuasa istilah adalah berdasarkan permintaan individu yang

    berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Pertumbuhan

    konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah menimbulkan

    masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang jumlahnya tidak terkira

    banyaknya menyebabkan komunikasi yang taksa, sekaligus memberikan kesan

    yang maksimum terhadap komunikasi antara orang dengan mesin, mesin dengan

    mesin atau pun individu dengan individu.

    Namun begitu, walaupun istilah lazimnya dapat dikaitkan dengan kata tetapi kata

    itu sendiri tidak sentiasa dapat dikaitkan dengan istilah disebabkan oleh tidak semua

    kata itu adalah istilah. Perbezaan antara kata dan istilah diperlihatkan melalui

    huraian tentang kata dan istilah daripada beberapa sumber. Perbezaan antara istilah

    dan kata adalah melalui kekhususan sesuatu makna kerana kata mempunyai

    pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya manakala istilah pula

    mempunyai makna khusus yang tidak akan berubah walau dalam konteks yang

    berlainan. Setiap konsep baru perlu dilambangi dengan kata-kata yang dapat

    diperoleh menggunakan kaedah tertentu seperti, pembentukan kata dengan

    mengubah bunyi kata yang sedia ada. Contohnya, perkataan Lejas daripada Jelas,

    Legap daripada Gelap dan Jerap daripada Serap.

    Pembentukan perkataan baru dengan menggabungkan bahagian kata.

    Contohnya, Asbut daripada asap dank abut, Puyam daripada puyuh dan ayam,

    Selembu daripada Seladang dan Lembu. Peminjaman perkataan asing, contohnya,

    proses, material dan hos. Oleh itu, konsep merupakan asas dalam pembentukan

    kata dan istilah serta merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan

    sesuatu konsep.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    12/20

    Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi pun yang memberi

    panduan serta mengawal kerja-kerja peristilahan. Dewan Bahasa dan Pustaka

    merupakan pengerak kepada pembinaan istilah Bahasa Melayu pada tahun 1957.

    Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatannya telah ditubuhkan untuk mencipta

    nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu.

    Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerjanya yang pertama bermula pada 15

    Januari 1957. Jawatankuasa istilah terawal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah

    Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Malah beliau

    merupakan Pengerusi dan Pengarah pertama DBP selain pejuang bahasa.Hasil

    buku jawatankuasa ini ialah Istilah Jawatan dan Jabatan diterbitkan pada tahun 1960

    dengan terciptanya 2 514 istilah baru. Kerja-kerja peristilahan secara terancang atau

    sistematik bermula pada tahun 1975.

    Buku berjudul Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM)

    merupakan hasil kerjasama berkaitan bahasa diantara Malaysia, Brunei dan

    Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia, Brunei dan Malaysia (MABBIM).

    Bahagian peristilahan terus diberi mandat dalam mengumpul, membentuk,

    menggubal, memperbanyakkan istilah seterusnya menerbitkan istilah Bahasa

    Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Pelaksanaan mandat ini adalah menerusipelantikan ratusan profesional ilmuan yang rata-rata mempunyai pengalaman dan

    kepakaran. Malah mereka yang dilantik itu dianggap sebagai pakar bidang yang

    mewakili Institusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Sektor Awam dan Sektor

    Pendidikan negara. Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah berjaya menerbitkan

    sebanyak 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1 002 438 istilah yang dibentuk

    dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM pada peringkat serantau juga diberi

    mandat dalam menyelaraskan sejumlah 123 885 istilah ilmu pengajian tinggi dan

    profesional untuk penggunaan bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

    Pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan

    Pustaka (DBP) melalui bahagian-bahagian di dalam operasinya adalah bersifat

    revolusi tetapi teratur dan sitematik. Antara peranan-peranan penting DBP ialah

    membina korpus dan menyebarkannya melalui buku istilah, tatabahasa dan

    perkamusan. Melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa pula

    tugasnya ialah memnina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikandan menyebarkan hasil pemerolehan mereka selain mengawal penggunaan bahasa

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    13/20

    dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan swasta

    disamping menyediakan khidmat nasihat. Pada tahun 1980, satu lagi unit telah

    ditubuhkan iaitu Unit Pelaksanaan Bahasa yang bertanggungjawab menggalakkan

    penggunaan Bahasa Melayu dengan mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus,

    rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,

    mengadakan kempen Cintai Bahasa Kita serta mengawasi penggunaan Bahasa

    Melayu di sektor awam mahupun swasta.

    D isamping itu, antara peranan-peranan utama DBP dalam Peristilahan ini ialah,

    mengumpul, membentuk, memperbanyak dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu

    dalam pelbagai bidang ilmu. DBP turut mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan

    yang bersistem serta sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan

    istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah Bahasa Melayu selain

    mengadakan kerjasama dengan Indonesi dan Brunei Darussalam melalui MABBIM.

    Manakala peranan MABBIM pula ialah membina dan mengembangkan bahasa

    rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan.

    MABBIM juga bertanggungjawab dalam mendaulat, menyebar dan mengangkat

    martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradaban yang tinggi bukan sahaja di

    rantau ini malah di persada dunia. Usaha MABBIM adalah meliputi semua bidangkeilmuan seperti Sains, Teknologi, Komunikasi Maklumat, Perubatan, Perundangan,

    Perekonomian, Kesusasteraan dan sebagainya.

    PRINSIP-PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH

    Selepas 1975, usaha-usaha dalam memajukan istilah melayu telah menjadi lebih

    proaktif. Penubuhan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentukan Istilah oleh

    kerjasama antara DBP dan MABBIM bertanggungjawab dalam menghasilkan istilah

    yang seragam antara Malaysia dan Indonesia selain memperkembangkan istilah

    melayu yang lebih khusus, abstrak, dan tepat serta bersesuaian dengan bidang ilmu

    di Malaysia. Keutamaan terhadap asas bahasa melayu dan bahasa-bahasa

    serumpun menjadi keutamaan kepada jawatankuasa ini. Diantara prinsip-prinsip

    dalam pembentukan istilah itu ialah:

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    14/20

    3.1 Istilah Kata Tunggal

    Istilah kata ini merupakan kata tanpa imbuhan iaitu hanya kata dasar. Ia dipilih

    antara golongan kata utama, seperti Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.

    Contohnya,

    Kata Kerja: pecut accelerate

    Imbas scan reka invent

    Kata Adjektif: kenyal elastic rawak random cemas anxious

    Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), Akronim juga tergolong sebagai

    Kata Tunggal Tanpa Imbuhan kerana ianya ditulis dan dilafazkan sebagai kata.

    Contohnya: cereka, cerpen, tabika, tadika, pawagam, kugiran, MARA, ADUN,

    BERNAMA, PLUS, KOBENA, BERNAS.

    3.2 Istilah Kata Terbitan

    Kata yang terbina daripada Kata Dasar dengan Imbuhan Awalan, Akhiran, Sisipan

    atau Apitan. Istilah ini malahan termasuk sebagai Kata Dasar yang menerima

    Imbuhan Bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.Paradigma kata dengan imbuhan ber-

    contohnya: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani patani

    pertanian.

    Paradigma dengan penambahan me(N)- contohnya: menulis penulis penulisan

    tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan

    amalan membesar pembesar pembesaran mengubah pengubah pengubahan

    mengairi pengairan

    Paradigma dengan me(N)-, ber- contohnya: memberhentikan pemberhentian

    perhentian perkecualian pembelajaran pelajaran.Paradigma kata dengan me(N)-,

    per- contohnya: mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan memperoleh

    pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar pelajaran.Paradigma kata

    dengan kean contohnya: saksi kesaksian bermakna kebermaknaan terbuka

    keterbukaan penduduk kependudukan sesuai kesesuaian

    Paradigma kata dengan sisipanen-, -er-, -el-, -em-, -in- contohnya: gigi gerigi

    susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung

    3.3 Istilah Kata Ganda

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    15/20

    Istilah yang terdiri daripada Kata Ganda boleh juga merupakan gandaan kepada

    Kata dasar sepenuhnya atau sebahagian sahaja dengan atau tanpa imbuhan

    ataupun perubahan bunyi.

    Kata ganda Penuh, contohnya: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-

    buku guru-guru.Kata ganda suku kata awal, contohnya: tetikus rerongga cecair

    rerambut gegua jejari.Kata ganda suku kata awal dengan Imbuhan, contohnya:

    dedaunan pepohonan jejarian, dan kata Ganda Berentak, contohnya: warna-warni

    batu-batan serta-merta bengkang-bengkok bolak-balik hingar-bingar dolak-dalih

    mundar-mandir pupu-poyang rempah-ratus.

    3.4 Istilah Bentuk Gabungan (Majmuk)

    Istilah boleh dibentuk hanya dengan membuat penggabungan dua kata atau lebih.

    Semua unsur yang terdapat dalam gabungan ini adalah terdiri daripada yang

    berbentuk bebas tanpa mengira samaada sudah ataupun belum ditambah dengan

    imbuhan.

    Tanpa Imbuhan, contohnya: garis lintang ata,s aras laut, daftar masuk ,mesin atur

    huruf, mesin kira ,tangan ,segi empat tepat, ganda tiga, kamera ,dan laut dalam.

    Dengan Imbuhan pada salah satu unsurnya, contohnya: saksi pendakwa pelarasan

    gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji

    gelombang melintang

    Dengan Imbuhan pada kedua-dua unsur, contohnya: jagaan perlindungan

    kedudukan anggaran perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

    FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH

    Secara amnya, proses pembentukan istilah itu dapat ditentukan melalui beberapa

    faktor. Mari kita lihat beberapa faktor dalam pembentukan istilah ini. Antaranya ialah,

    Pemilihan kata daripada Bahasa Melayu. Pembentukan Istilah merupakan proses

    mengambil kata daripada perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu termasuklahkata dari dialek-dialek ataupun bahasa-bahasa lama. Walaubagaimanapun, terdapat

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    16/20

    beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum pemilihan sesuatu kata itu dibuat. Antara

    syarat-syarat tersebut ialah, kata yang akan diambil perlu tepat dalam memberi

    makna, konsep, proses, keadaan atau ciri-ciri yang dimaksudkan, kata yang dipilih

    pula perlu atau merupakan kata yang paling singkat seandainya wujud sekelompok

    sinonim. Contohnya: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital.

    Fisiologi dan Kaji Tugas Organ, dipilih Fisiologi. Selain itu, kata tersebut juga perlu

    tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan yang sumbang. Faktor seterusnya

    ialah Pemilihan Kata daripada Rumpun Melayu. Pembentukan Istilah sebenarnya

    boleh dibentuk daripada Perbendaharaan Kata bahasa serumpun dengan Bahasa

    Melayu seandainya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada Bahasa Melayu.

    Contoh-contohnya ialah gambut (daripada bahasa Banjar)peat, nyeri (daripada

    bahasa Sunda)pain dan engkabang (daripada bahasa Iban)ellipenut.

    Faktor yang seterusnya ialah, Perbendaharaan Kata Bahasa Asal. Kata-kata

    daripada bahasa asal atau bahasa asing adalah dibenarkan pengambilannya

    sekiranya istilah yang diperlukan itu tidak diperoleh daripada Bahasa Melayu dan

    bahasa serumpun dengan Bahasa Melayu. Keutamaan terhadap ejaannya dalam

    bahasa sumber adalah penting dan perlu disesuaikan dalam penulisan istilah

    tersebut, namun penyebutannya pula perlu mengikut sistem bunyi Bahasa Melayu.

    Manakala Bahasa Inggeris pula dianggap paling internasional bagi tujuan

    penyeragaman untuk tujuan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang

    berkenaan tidak wujud istilahnya dalam Bahasa Inggeris. Contoh-contohnya ialah

    television dalam Bahasa Asal manakala televisyen dalam Bahasa Melayu, Structure

    dalam Bahasa Asal manakala struktur dalam Bahasa Melayu.

    Seterusnya pula ialah Penyerapan Istilah Asing. Peminjaman terhadap istilah asing

    ini dibuat apabila sesuai penggunaanya dari segi makna kata itu, singkat dari segi

    terjemahan bahasa melayunya dan mempermudahkan penyelarasan bagi istilah

    asing yang diserap itu sekiranya istilah bahasa melayunya mempunyai banyak

    sinonim. Bentuk-bentuk Serapan. Pengambilan kata daripada Bahasa Asing itu

    hanya terdiri daripada bentuk akarnya atau terbitannya. Namun, ia bergantung pada

    konteks situasi dan penggunaanya dalam ayat, kemudahan untuk belajar bahasa

    dan dari segi kepraktisannya. Oleh itu, bentuk tunggal adalah digunakan. Contohnya

    spectrum kecuali jika bentuk jamaknya merupakan lebih biasa dipakai.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    17/20

    Di samping itu, Istilah Asing yang sudah lazim juga adalah antara faktor-faktor

    dalam Pembentukan Istilah. Penggunaannya boleh terus digunapakai walaupun

    penggunaanya kadangkala tidak sesuai dengan peraturan. Walaubagaimanapun, ia

    dilakukan hanya untuk mengelakan daripada berlakunya kekeliruan. Contohnya,

    campaign (Istilah Asing) dan kempen (Istilah Bahasa Melayu). Pension (Istilah

    Asing) dan Pencen (Istilah Bahasa Melayu). Faktor seterusnya ialah, Ejaan Istilah

    (Ungkapan) Asing yang tetap. Penggunaan Istilah Asing atau ungkapan-ungkapan

    tertentu yang mana sebutan dan ejaannya adalah dikekalkan dalam semua bahasa

    malah turut digunapakai dalam Bahasa Melayu dengan syarat diletakkan dengan

    garisan bawah ataupun dicetak miring (italic). Contohnya 9.2.2 bona fide dan 9.2.5

    weltanschauung.

    PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG

    Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

    bahasa yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam

    pelbagai bidang kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah

    baru akan menjadikan sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang

    Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk dalam pelbagai

    bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam menggubal dan membentuk istilah

    dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan membantu seseorang dalam

    proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain menjadi rujukan

    dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut bidang-

    bidang tertentu.

    Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam bidang ini, bukan hanya

    pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa diwujudkan

    istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu.

    Contohnya audioconferencing (Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa

    Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian

    berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris)manakala pengarau data (Bahasa Melayu).

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    18/20

    Istilah Undang-undang. Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk

    mereka memberi penerangan tentang sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka.

    Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa yang dinyatakan

    oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-undang tidak kira samaada

    di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order

    (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender

    (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT

    atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris

    yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa

    Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam

    ICT dan komputer pada era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah

    Komputer ialah, access (Bahasa Inggeris) manakala capaian (Bahasa Melayu),

    Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa Melayu), integrated circuit

    (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).

    Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan merupakan istilah-istilah yang

    dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan mahupun bidang Pentadbiran

    Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan orang ramai

    dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan denganekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa

    Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris)

    manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris)

    manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak

    ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-

    istilah yang biasanya digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP

    yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah

    Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris) manakala dewan besar

    (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa

    Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).

    Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim

    dikalangan jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah

    bagi jurukamera untuk melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah

    bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak(Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    19/20

    Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa

    Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang

    terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar

    terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah

    dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin

    (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan

    aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa

    Melayu).

    Tataistilah dan Tatanama

    Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah, temasuk kumpulan

    istilah yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan

    nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

    Tataistilah

    Tata istilah (terminologi) adalah peringkat asas dan ketentuan pembentukan istilah

    serta kumpulan istilah yang dihasilkannya. Ringkasnya tataistilah merupakan

    kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-

    peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah

    matematik yang ada telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu contohnya darab,

    pengamiran, janjang, min, mod, graf dan sebagainya.Contoh lain: Metabolisme,

    demokrasi, saham, persamaan.

    Tatanama

    Tatanama (nomenklatur) adalah alat peraturan penamaan dalam bidang ilmu

    tertentu, seperti kimia dan biologi, beserta kumpulan nama yang dihasilkannya.

    Ringkasnya, tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian

    nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu

    seperti tatanama kimia, biologi, fizik dan sebagainya. Misalnya: Natrium klorida,

    nukleus, ribosom, karbon dioksida.

  • 8/12/2019 Definisi Dan Takrif Semantik

    20/20

    PENUTUP

    Pembentukan serta pembinaan istilah-istilah baru dalam Bahasa Melayu telah

    berlangsung sejak awal 1960-an lagi. Ia mencerminkan keupayaan Bahasa Melayu

    itu dalam mencorak budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Tugas dan

    tanggungjawab yang digalas oleh jawatankuasa istilah adalah sesuatu yang sangat

    mencabar. Pelbagai kritikan terutamanya dari kalangan mereka yang kurang arif

    mengenai perkara ini menjadi inti dalam tugasan mereka. Pembentukan Peristilahan

    merupakan perkara yang berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa malah

    penting dalam pembinaan budaya ilmu. Oleh kerana kepentingan itulah, maka

    diwujudkan jawatankuasa istilah serta kerjasama serumpun antara Malaysia,

    Indonesia dan Brunei Darussalam atau gabungan yang dikenali sebagai MABBIM

    bagi merealisasikan kerja-kerja pembentukan istilah. Melalui kerjasama ini dapat kita

    ketahui secara tersirat bahawa bidang Pembentukan Istilah merupakan suatu

    perkara yang serius kerana ia merupakan antara usaha-usaha dalam

    memartabatkan penggunaan serta pentingnya Bahasa Melayu. Dalam memajukan

    bidang peristilahan di Malaysia, usaha pembangunannya adalah berterusan di

    bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta seiring dengan kemajuan teknologi

    masakini. Bak kata pepatah, ibarat dayung sudah di tangan dan perahu sudah di air,segala usaha dan prasarana telah disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh

    pengguna bahasa dalam membantu usaha DBP dan MABBIM dalam pembentukan

    istilah.