takrif tamadun dan ciri

35
ISI KANDUNGAN 3-4 PENGHARGAAN PENGENALAN 5-6 OBJEKTIF 7-9 IBNU BATTUTA IBNU KHALDUN 10- 11 IBNU SINA AL-FARABI 12- 13 IMAM AL-GHAZALI AL-KHWARIZMI 14 IBNU RUSYD JABIR IBNU HAIYAN 15 IBNU HAITHAM IBNU MASKAWIH REFLEKSI

Upload: azzrien-takayuki

Post on 06-Feb-2016

271 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nope

TRANSCRIPT

Page 1: Takrif Tamadun Dan Ciri

ISI KANDUNGAN

3-4

PENGHARGAAN

PENGENALAN

5-6

OBJEKTIF

7-9

IBNU BATTUTAIBNU KHALDUN

10-

11

IBNU SINAAL-FARABI

12-

13

IMAM AL-GHAZALIAL-KHWARIZMI

14IBNU RUSYDJABIR IBNU HAIYAN

15IBNU HAITHAMIBNU MASKAWIH

REFLEKSI

Page 2: Takrif Tamadun Dan Ciri

PENGHARGAAN

Alhamdulillaahirabbil ‘Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan hidayahNya jualah kami dapat menyelesaikan tugasan ini. Selawat dan salam juga kepada nabi Muhammad SAW. Kami mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang ikhlas kepada pensyarah kami bernama Ustazah Rina Binti Bakri atas bimbingan, tunjuk ajar, kritikan dan kesabaran serta pengertian beliau dalam menggalakkan kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga dititipkan kepada keluarga kami yang telah memberikan semangat yang utuh serta dengan penuh kesabaran dalam membantu dan memberi sokongan kepada kami. Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang lain atas dorongan dan sokongan serta bantuan yang dihulurkan selama ini. Kami juga mengharapkan semoga Allah SWT membalas kebaikan kepada semua pihak yang memberikan bantuan dalam menjayakan tugasan ini. Amin

Page 3: Takrif Tamadun Dan Ciri

PENGENALAN

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.

Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan. Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa asing

Page 4: Takrif Tamadun Dan Ciri

TAK RIF TAMADUN DAN CIRI-CIRI PENTINGNYA

Perkataan 'tamadun' sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan 'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA

kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.

Hubungan Tamadun dengan BudayaTamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- cin kehidupan bertamadun.

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan tain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.

Page 5: Takrif Tamadun Dan Ciri

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia

Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama ini diamalkan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan IbnRushd

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.

Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.

Page 6: Takrif Tamadun Dan Ciri

Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.

Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.

Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelarddan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh - tumbuhan.

Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.

Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.

Page 7: Takrif Tamadun Dan Ciri

Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

Page 8: Takrif Tamadun Dan Ciri

IBNU BATTUTA

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji

Gelaran : Ibnu Battuta atau As-Sham Ad-Din

Tarikh Lahir : 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah

Tempat lahir : Bandar Tanjah, Morocco

Meninggal Dunia : Tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi

Sumbangan : Pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai benua Asia dan Afrika berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri

Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu semata-mata, malah seorang pengembara dari Arab, Ibnu Battuta. Didalam kitabnya,Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Page 9: Takrif Tamadun Dan Ciri

Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.

Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.

Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

Page 10: Takrif Tamadun Dan Ciri

IBNU KHALDUN

Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar kepada Khaldun. Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.

Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab. Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama.

Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia. Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin. Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir. Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee. Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas. Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.

SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUN

1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus. Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah). Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.

Page 11: Takrif Tamadun Dan Ciri

2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan. Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

3. Karya Agung Ibnu Khaldun Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah. Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah: Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah Bab empat - tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn kota Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat Bab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi: Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.

4. Pengasas falsafah sejarah Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain. Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan

Page 12: Takrif Tamadun Dan Ciri

manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya. Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat. Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah. Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah: Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

5. Sebagai Budayawan Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair. Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan tentang syair Arab.

6. Bapa Ekonomi Islam Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat. Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal tahap produktiviti.

KESIMPULAN

Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkemuka dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh sarjana Islam dan Barat. Buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah dianggap sebagai pengasas ilmu kepada masyakarat atau ketamadunan. Selain itu pandangan dan teori-teori yang dikemukakan oleh beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini.

Page 13: Takrif Tamadun Dan Ciri

Ibnu Sina

Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.

Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.

Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.

Beliau berasal daripada keturunan Turki.

Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.

Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.

Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

Ibnu Sina seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.

Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.

Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu

-Ibnu Sina-

Page 14: Takrif Tamadun Dan Ciri

PENDIDIKAN IBNU SINA

Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.

Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.

Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.

Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.

Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.

Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.

Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.

Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan

-Penemuan penyakit baru serta puncanya.

-Pengaruh kuman dalam penyakit.

-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.

-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya

-Penemuan dalam bidang farmasi

-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.

Page 15: Takrif Tamadun Dan Ciri

-Ubat bius

-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

-Mencipta picagari dan lain-lain

KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN

Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.

Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.

Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.

Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.

Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.

Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.

Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagaiMuallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)

Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

Begitulah Ibnu Sina dikenali di Russia

Page 16: Takrif Tamadun Dan Ciri

Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan method pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.

Page 17: Takrif Tamadun Dan Ciri

AL-FARABI

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi

Page 18: Takrif Tamadun Dan Ciri

manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

IMAM AL-GHAZALI

Page 19: Takrif Tamadun Dan Ciri

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali (nama sebenar Beliau) tokoh yang dilahirkan di Tus, ParsI pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad. Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam.

Page 20: Takrif Tamadun Dan Ciri

Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata.

Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Al-Khwarizmi

Page 21: Takrif Tamadun Dan Ciri

Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebradan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilahAlgebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).

Matematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik. Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas

Page 22: Takrif Tamadun Dan Ciri

tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.

Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ‘0’ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ‘0’. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi

Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.

Geografi

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.

Rumusan

Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Ibnu Rusyd

Page 23: Takrif Tamadun Dan Ciri

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Kardova. Kehadirannya di Kardova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain.

Page 24: Takrif Tamadun Dan Ciri

Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Page 25: Takrif Tamadun Dan Ciri

Jabir Ibn Haiyan

Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.

Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden.Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia.Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap.

Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada duanya didunia.Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas,

Page 26: Takrif Tamadun Dan Ciri

penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan kulit.

Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:

1. Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.

2. Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.

3. Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.

Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy. Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury.

Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah. Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh Jabir. Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab.

Page 27: Takrif Tamadun Dan Ciri

Ibn Haitham

Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang rnundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.

Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan se umpamanya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.

Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar. Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata.

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.

Page 28: Takrif Tamadun Dan Ciri

Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia. Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini. Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.

Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti. Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan. Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku karyanya termasuk:

1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;

2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;

5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan

Page 29: Takrif Tamadun Dan Ciri

6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Ibn Maskawaih

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya.

Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat. Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku Origin of Species mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahawa manusia berkembang secara evolusi daripada spesies hidupan yang paling ringkas kepada yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.

Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies hidupan dan fosil di beberapa buah benua, beliau akhirnya membuat keputusan bahawa manusia sebenarnya berasal daripada beruk melalui proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi

Page 30: Takrif Tamadun Dan Ciri

dan mendapat tentangan daripada pihak gereja kerana dia menafikan peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini. Namun begitu, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh para sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat. Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam kajiannya mengenai perabadan manusia. Menurutnya, kecerdikan manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi manusia menjadi lebih cerdik kerana pengalaman yang mereka peroleh dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekiranya setiap anggota masyarakat melaksanakan peranan dan fungsinya maka masyarakat itu akan berada dalam keadaan yang stabil dan bersatu padu serta membolehkannya berkembang dengan teratur. Manakala sebarang gangguan terhadap fungsi itu akan mengakibatkan berlakunya konflik dan pergolakan dalam masyarakat. Secara tidak langsung akan membawa keruntuhan kepada masyarakat tersebut. Jadi, tidak keterlaluan kalau di katakan bahawa Ibn Maskawaih juga merupakan pengasas kepada Teori Fungsi yang digunakan oleh para penganalisis sosial yang menjalankan kajian tentang masyarakat kuno dan moden. Walaupun beliau terdidik dalam bidang perubatan, tetapi minatnya yang mendalam terhadap ilmu, telah mendorongnya mempelajari kesusasteraan, falsafah, kimia, bahasa, dan ilmu klasik yang lain.

Beliau menguasai dan mempunyai kepakaran setiap bidang yang dipelajarinya. Ibnu Maskawaih juga ahli sejarah dan ilmuwan akhlak yang handal. Semua ilmu pengetahuan itu tidak dipelajari sekali gus seperti yang sering dilakukan oleh sarjana Islam yang lain. Beliau mempelajarinya secara berperingkat-peringkat dan akhirnya mendapati bidang falsafah sesuai dengan dirinya sebagai seorang pemikir. Memulakan kerjayanya sebagai doktor sebelum dilantik menjadi setiausaha kepada beberapa orang menteri seperti Mueiz al Daulah. Pengalaman tersebut memberikan beliau peluang yang luas untuk mendampingi masyarakat dan orang ramai.

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya, Ibn Muskawaih telah berjaya membina ketokohannya sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.

Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada bidang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai-bagai kitab yang membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya Kitab al-Fauz al-Saghir yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizik iaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa.

Beliau juga telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya yang berjudul kitab Tahzib al-Akhlaq. Dalam kitab itu, beliau menyebut kemuncak akhlak ialah apabila lahirnya perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan secara teratur. Oleh itu, akhlak yang baik hanya akan lahir daripada jiwa yang bersih dan begitu juga sebaliknya. Untuk mendapat jiwa yang bersih

Page 31: Takrif Tamadun Dan Ciri

maka anak-anak sejak kecil lagi harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai buruk pula hanya akan mengganggu proses tumbesaran dan menyebabkan mereka membesar tanpa menghiraukan tatasusila. Anak-anak perlu dilatih pada peringkat awal tumbesaran supaya bersikap dan bertindak mengikut nilai-nilai ini agar sebati dengan diri serta sanubari mereka. Ibn Maskawaih turut menulis beberapa buah kitab yang lain seperti al'Adwiah al-Mufra-dah tentang ubat-ubatan, Uns al'Farid sebuah antologi cerpen, Tajarub al'Umarn sebuah catatan mengenai sejarah, al-Tabikh mengenai kaedah memasak, al'Asyribah yang membicarakan tentang minuman, al'Fauz al-Kabir, dan Tajrib al'Um.

Berdasarkan banyak kitab yang ditulisnya maka ketokohannya sebagai ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan. Idea dan pandangannya jelas mendahului zaman menjadikannya sebagai salah seorang ilmuwan serta sarjana Islam yang tiada tolok bandingan pada zamannya. Sesungguhnya Ibn Maskawaih yang dilahirkan pada 330H (941M) di Kota Rhages itu akan terus dikenang sebagai seorang ahli falsafah yang kaya dengan teori-teorinya.

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Rujukan: A History Of Mathematics: An Introduction, Victor J.Katz, The Algebra of Mohammed Ben Musa (english translation).

Page 32: Takrif Tamadun Dan Ciri

REFLLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Sumbangan Tokoh Terhadap Tamadun Islam. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya mudah untuk didapatkan. Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Page 33: Takrif Tamadun Dan Ciri

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Page 34: Takrif Tamadun Dan Ciri