assignment kenegaraan an

Upload: amier-adha

Post on 19-Jul-2015

1.428 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1

KandunganMuka surat

Pengenalan BAHAGIAN I: Susur galur Perlembagaan Malaysia BAHAGIAN II : Prinsip prinsip Perlembagaan di Malaysia BAHAGIAN III : Hubungan antara kepentingan Perlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia 25-32 19-24 3-18

Kesimpulan

33

Bibliografi

34

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2

PendahuluanSeseorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai perlembagaan negaranya. Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan Negara.1 Dari sudut istilah pula, ia membawa maksud satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.

Perlembagaan juga dikenali sebagai satu set hak, kuasa, dan prosedur yang mengawal perhubungan antara autoriti awam dengan rakyat. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary menerangkan maksud perlembagaan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. Menurut Profeor Dicey2,perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang dan pengertian ini tidak dapat digunakan untuk mengambarkan perlembagaan di Malaysia kerana prinsip-prinsip yang dinyatakan tersebut hanya sebahagian daripada bermacam-macam perkara yang terkandung perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, tugasan kami ini pada kali ini akan menerangkan tentang susur galur Perlembagaan dan prinsip-prinsipnya serta perkaitan antara kepentingan

1 2

Kamus Dewan edisi Keempat. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, hlmn 788. th A. V. Dicey. The Law of the Constitution. (1959). 10 Ed. MacMillan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

3

perlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia. Hanya sebahagian kecil daripada tajuk besar perlembagaan yang dapat dihuraikan oleh kami dalam tugasan ini. Diharap penulisan ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami serba sedikit berkenaan perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANPerlembagaan Persekutuan mengalami beberapa rentetan sejarah yang mana menyaksikan semangat rakyat yang berkobar-kobar. Sejarah yang bermula sebelum perlembagaan ini wujud memaparkan rakyatnya lebih matang setelah dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama lebih 400 tahun. Kekuatan semangat diperlihatkan melalui beberapa penentangan penting yang akhirnya berjaya membebaskan negara setelah 446 dikuasai.Antara pernentangan tersebut ialah: Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan British. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

4

Kemunculan perlembagaan di Malaysia(Tanah Melayu) bermula selepas tersebarnya Islam ke serata dunia terutamanya di Gugusan Kepulauan Melayu. Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama yang khusus untuk pembangunan negara negara telahpun mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Hal ini berikutan kecekapan pentadbiran oleh manusia yang paling berpengaruh di dunia, Nabi Muhammad SAW. Dari sini wujudlah pula perlembagaan-perlembagaan lain antaranya Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka yang telah diserasikan antara undang-undang Islam dan undang-undang adat. Undang-undang adat turut digunakan sebelum ini. Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan Perlembagaan British melalui tiga peringkat penguasaan; Pembentukan Negeri-Negeri Selat 1826 Crown Colony)-pemerintahan langsung Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-pemerintahan secara tidak langsung

PERLEMBAGAAN MALAYSIA Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 19093 Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura diketuai oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negerintersebut digabungkan membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang tertakluk kepada Gabenor Jeneral British di India dan dibantu oleh Residen Konsular. Gabenor Jeneral British di India menggubal semua dasar dan sistem perundangan. Ibu negeri pertama ialah Pulau Pinang dan digantikan dengan Singapura pada tahun 1832. Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British. Pentadbirannya dipindahkan dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London dilakukan kerana: a) Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-negeri Selat setelah kehilangan monopoli perdagangan teh dengan China. b) Desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasae Pejabat Tanah Jajahan British di India. c) Adangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan. d) Kemasukan imigran China secara tidak terkawal menyebabkan berlakunya keadaan huru-hara akibat penubuhan kongsi gelap. e) Penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuagan banduan. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Pada tahun 1892,Frank Swettenham telah mencadangkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan3

5

sumber Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar. 2008.Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunamanusia UTM Skudai,Johor, hlm. 38 Negeri-negeri Selat

PERLEMBAGAAN MALAYSIApenubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan

6

menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan social selepas British Berjaya mendapatkan Negeri-Negeri Melayu Utara daripada Siam melalui Perjanjian Bangkok.

Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Faktor-faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu: a) Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran b) Menghadkan kuasa Residen c) Masalah kewangan Pahang d) Keselamatan e) Dasar British Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada lima buah negeri, iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Pada tahun 1885, Johor telah menandatangani Perjanjian Perlindungan dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Siam telah memindahkan hakhak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pengawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat". Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15

PERLEMBAGAAN MALAYSIAogos 1945. Kezaliman sewaktu penjajahan Jepun adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dengan mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan slogannya "Asia untuk Orang Asia". Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk. Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji. Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan Jerman apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang Pasifik.

7

Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan manakluki Singapura pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17 Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah. Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Kereta api Maut di sempadan Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolahsekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo

PERLEMBAGAAN MALAYSIAiaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit. Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali sebagai Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan di bawah satu pentadbiran. Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau Syonan. Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah diperintah oleh seorang Gabenor Jepun. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun 1943 sebagai tanda penghargaan Jepun kepada kerajaan Thailand. Gabenor Jepun di peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah Melayu. Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan mengiktiraf taraf raja-raja Melayu sebagai Sultan. Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya terhadap raja-raja Melayu. Ini kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang Melayu tidak akan menentang mereka sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik. Maka, raja-raja Melayu dibenarkan menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh adat resam Melayu dan agama Islam. Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung kepada kerjasama yang diberikan kepada pihak Jepun. Jepun tidak mempunyai

8

ramai pegawai untuk mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayu diambil untuk menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya dikhaskan untuk orang British.

PERLEMBAGAAN MALAYSIAMeskipun pada awalnya, kedatangan British ke negara kita zahirnya atas alasan perdagangan. Namun setelah menguasai sesuatu kawasan, mereka akan mengambil piagam dari kerajaan British di London untuk menjadikannya sebagai koloni. Seterusnya mereka mula mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu. Secara berperingkat, mereka membayangi kerajaan Melayu supaya tidak nampak seperti penjajah.

9

Selepas Perang Dunia Kedua, dimana penjajahan Jepun bermula, mereka juga mewujudkan perlembagaan mereka tersendiri yang mana mengandungi perkaraperkara berikut: Menjadikan Tanah Melayu tanah jajahan yang berkekalan. Menghormati raja-raja Melayu. Menzalimi orang Cina. Menjepunkan Tanah Melayu khususnya dalam budaya, bahasa dan pendidikan. Menyokong perjuangan kemerdekaan orang Melayu dan India. Perlaksanaan perlembagaan ini dilakukan melalui kekerasan dan kekejaman. Jika kemasukan mereka ke Tanah Melayu sebelum ini begitu dialukan namun kemudiannya barulah wujudnya penentangan terhadap mereka. Parti Komunis Malaya antara yang berjuang menentang Jepun juga British. Di bawah perlembagaan ini, semua rakyat hidup menderita lebih-lebih lagi orang-orang Cina. Setelah Jepun menyerah kalah, mulalah penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu selama 13 hari. Banyak kekejaman yang dilakukan dalam tempoh tersebut sehinggalah British datang kembali dengan memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) sebagai perantara sebelum memperkenalkan pula Malayan Union 1946. Perlembagaan Malayan Union merupakan satu sistem pentadbiran yang menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu. Pentadbirannya tidak lagi

PERLEMBAGAAN MALAYSIAtertakluk kepada Singapura tetapi terus kepada Parlimen London. 4Tujuan Malayan Union ini adalah untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka. Antara lain adalah agar pendatang akan melupakan

10

negara asal dan setia kepada Malayan Union dengan ini mereka dapatmengurangkan kuasa politik orang melayu, menjamin penguasaan berterusan melalui orang Melayu sendiri, mereka membawa pengaruh mereka ke Tanah Melayu. Dengan slogan Asia Untuk Orang Asia dan Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya . Bintang Tiga mendapat nama tersebut berdasarkan tiga kaum utama yang menganggotainya. Paling ramai ialah dari kaum Cina. Mereka membawa fahaman komunisme yang pengaruhnya telah dibawa oleh Karl Mark terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu serta menjimatkan kos kerana pentadbiran berasingan adalah sukar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah: i. Negeri-negeri Melayu serta Pulau Pinang digabungkan di bawah pemerintahan pusat yang diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan; ii. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan; iii. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja; iv. Hak kerakyatan jus soli. Orang Melayu telah menentang perlembagaan ini atas sebab-sebab berikut: i. Sir Harold Mac Micheal mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta sekiranya enggan terima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah. ii. Sultan tidak diber masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.4

Zulhilmi Paidi, et al,Malaysia Pembinaan Negara Bangsa, Pearson Malaysia Sdn. Bhd, Selangor, 2011, hal.209

PERLEMBAGAAN MALAYSIAiii. Sultan tandatangani atas dasar setia kawan seperti di Sultan Selangor danJohor. iv. Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu. v. Raja hanya jadi ahli Majlis Raja-Raja tanpa sebarang kuasa. Mereka hilang takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. vi. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.(agama Islam tercabar) vii. Kewarganegaraan longgar. viii.Bimbang hilang warisan tamadun kerajaan Melayu. Penentangan hebat telah dipimpin oleh orang Melayu di beberapa buah negeri5

11

Antaranya:

1. Lebih 5000 orang berdemonstrasi di Alor Setar.(Januari 1946) 2. Lebih 10 000 orang demonstrasi di Kelantan 3. Lebih 15 000 orang demonstrasi di Johor.(10 Februari 1946) Namun begitu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent menjadi gabenor pertama. Majlis ini telah dipulaukan oleh orang dengan taat setia mereka terhadap Malayan Union, maka peristiwa seperti jatuhnya Tanah Melayu ke tangan Jepun tidak akan berulang dan Tanah Melayu akan kekal dikuasai mereka serta hasilnya dapat dieksploitasikan secara keseluruhan.

Malayan Union menghapus sejarah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan tersebut. RajaRaja Melayu tidak hadir ke majlis pengisytiharan Malayan Union dan orang Melayu melilitkan kain putih pada songkok dan lengan merekasebagai tanda bantahan.Melayu. Akhirnya, British menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan TanahMelayu.

Sikap orang Melayu dan bukan Melayu nyata berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui

5

Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5 KBSM (Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi

PERLEMBAGAAN MALAYSIAperistiwa Malayan Union ini apabila majoriti orang Melayu menentang di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar dan bukan Melayu serta Melayu radikal menyokong dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Namun begitu terdapat juga orang bukan Melayu menentang Malayan Union. Dalam masa orang Melayu sibuk menentang Malayan Union, Pusat Tenaga Rakyat

12

(PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dibawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock menjalankan usaha menggubal perlembagaan negara. Ia merupakan perlembagaan alternatif bagi menggantikan Malayan Union.6

Di dalamnya terkandung 10 isi utama:

I. Malaya bersatu termasuk Malaysia II. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya yang ahlinya dipilih oleh orang ramai sepenuhnya. III. Hak politik yang sama kepada mereka yang menganggap Malaya ini tanah air mereka. IV. Sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja berdaulat penuh dan menerima pandangan rakyat melalui institusi demokratik V. Agama Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan dalam penguasaan orang Melayu. VI. Perhatian khas kepada kemajuan orang Melayu. VII.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggalbagi Malaya. VIII.Pertahanan dan hal ehwal luar negeri jadi tanggungjawab bersama.(Malaya dan British) IX. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu. X. Merah dan putih dimasukkan dalam latar belakang bendera kebangsaan

6

Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

PERLEMBAGAAN MALAYSIAMalaya.7

13

Disebabkan cadangan ini dari politik kiri, ia telah ditolak mentah-mentah oleh

kerajaan British. Namun, ia memaparkan bahawa semua kaum di Malaya boleh bertolak ansur untuk mencapai sesuatu.

Mereka tidak mahukan pengaruh penasihat-penasihat British untuk menasihati Raja Melayu kerana British akn menggunakannya untuk kepentingan mereka sendiri. Sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, diperkenalkan Jawatankuasa kerja pada Julai 1946. Ia telah dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British bagi sebuah perlembagaan baru bagi merangka perlembagaan baru yang dipersetujui orang Melayu. Kemudian, Jawatankuasa Perunding yang terdiri daripada lima orang Eropah, dua oran Cina dan dua orang India pergi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaanyang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Perlembagaan Malayan Union dimansurkan pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa fasal dari Perlembagaan Malayan Union ditukar dan dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini telah menjadi asas pemerintahan sehingga kemerdekaan 1957.7

Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Subang Jaya, Selangor. hlm. 67; Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.

PERLEMBAGAAN MALAYSIAPerlembagaan Persekutuan Tanah 1948 dirangka kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap Malayan Union. Ia dirangka oleh Jawatankuasa Kerja yang dianggotai oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British. Kuasa raja dipulihkan di mana raja boleh memerintah negeri dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri. Negeri mempunyai kuasa terhadap kerajaan tempatan, agama, pertanian dan tanah. Rang undang-undang yang dari kedua-dua dewan ini mestilah diluluskan oleh raja. Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dijalankan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar, peraturan awam, hal-hal kehakiman,perdagangan,perhubungan dan kewangan. Taraf kewarganegaraan telah diperketatkan di mana yang akan mendapat kewarganegaraan secara terus atau perjanjian adalah seperti berikut:8

14

rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu

rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka yang telah bermastautin selama 15 tahun di mana-mana bahagian Persekutuan 13 Wakil Raja-raja Melayu-Dato Hamzah bi Abdullah(Selangor), Mohamad Sherif bin Osman(Kedah), Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur(Perak), Dato Nik Ahmad Kamil bin Haji Nik Mahmud(Kelantan);Wakil UMNO-Dato Onn bin Jaafar(Johor),Dato Abdul Rahman bin Mohd Yassin(Johor);Penasihat British-Alexander t. Newboult, K.K. OConnor, W.D. Godsall, Dr. H. William Linehan, A. Williams, D.C. Watherston(Setiausaha); turut sertaSir Ralph H. Hone(bagi pihak Malcolm MacDonald), Sir Theodore S. Adams(bagi pihak Raja-raja Melayu), Sir Ronald Braddell(bagi pihak UMNO)

8

Lihat Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. hlm. 49.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

15

Selepas 9Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, telah ditubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Community-CLC). Ia merupakan satu organisasi tidak rasmi yang Berjaya membawa semua kaum bersemuka dan duduk semeja berbincang bersama-sama. Antara tokoh yang menganggotainya ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Melihatkan hubungan baik ini, British telah melakukan perubahan dasar kepada berkerajaan sendiri. Dengan ini Sistem Ahli diperkenalkan. Melalui sistem ini, British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu Menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Hal ini untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undangundang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut: Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan keduaduanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian

9

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.

PERLEMBAGAAN MALAYSIAkuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. JADUAL 3: Ahli Mesyuarat Kerja Persekutuan. NAMA JAWATAN Dato Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri E.E.C. Thuraisingham Pelajaran Tunku Yaakob Pertanian dan Perhutanan Lee Ting Keng Kesihatan Dato Mahmud Mat Tanah, Perhubungan dan Perlombongan J.D. Mead Kerja Raya dan Perumahan J.D. Hodgkinson Perindustrian dan Perhubungan Sosial O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

16

Untuk memastikan sistem demokrasi Berjaya maka pilihanraya diadakan. Pilihanraya yang awal dan menarik ialah Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur yang menyaksikan pertembungan gabungan tidak rasmi UMNO-MCA menentang Independence of Malayan Party

PERLEMBAGAAN MALAYSIA(IMP) di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar. Dalam pilihanraya ini UMNO-MCA menang 9 daripada 12 kerusi dipertandingkan. Kemudiannya idea penubuhan diutarakan dan dipersetujui dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC . Gabungan ini menggunakan nama Parti Perikatan

17

Ditubuhkan oleh Dato Onn setelah cadangannya kepada ahli UMNO untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditolak. Dato Onn keluar daripada UMNO untuk menubuhkan parti yang bersifat universal. Malayan Chinese Association,Malayan Indian Congress

Pilihanraya ini dibuat hasil desakan Parti Perikatan pada tahun 1953. Perjanjian London kemudiannya dipersetujui dan ditandatangani yang antara lain isinya ialah: i. British member kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. ii.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan pemerintahan demokrasi. iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui Anglo-Malayan Defence Treaty 1956. iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.

Perlembagaan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid pada 1956. Ia mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu iii. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang melayu serta hak-hak sah kaum-kaum lain

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

18

v. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu

Perlembagaan menjadi kukuh disebabkan Suruhanjaya Reid mendapatkan pandangan dari orang ramai tidak kira parti politik, organisasi malah individu serta Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Hal ini menunjukkan betapa perlembagaan ini mendapat persetujuan ramai. Akhirnya draf perlembagaan telah diterima dan dinamakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan ini sekali lagi diperbaharui apabila Sabah, Sarawak dan Singapura memasuki bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Perlembagaan ini kemudiannya dinamakan Perlembagaan Persekutuan. Singapura kemudiannya keluar daripada gagasan Malaysia.Wakil Raja-Raja Melayu-Datuk Panglima Bukit Gantang(Menteri Besar Perakketua),En Abdul Aziz Hj Abdul Majid(Menteri Besar Selangor),Datuk Mohammad Seth Mohammad Said(Menteri Besar Johor),Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmud(bekas Menteri Besar Kelantan), En Abdul Kadir Shamsuddin(setiausaha);Wakil PerikatanTunku Abdul Rahman Putra,Datuk Abdul Razak Hussein, Kol H.S.Lee,Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, T.H.Tan 23Lord Reid(Britain), Sir Ivor Jennings(Britain), Sir William McKell(Australia),B. Malik(India) dan Hakim Abdul Hamid(Pakistan)

PERLEMBAGAAN MALAYSIAPRINSIP-PRINSIP PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

19

Perlembagaan adalah sebahagian undang-undang tertinggi yang mengandungi prinsip-prinsip tentang bentuk atau rangka dan tugas badan-badan pemerintah seperti Parlimen,Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain dan juga prinsip-prinsip yang lain seperti kewarganegaraan, hak asasi, agama rasmi, bahasa dan lain-lainnya.10

Perlembagaaan terbahagi kepada dua iaitu: (a ) Perlembagaan bertulis (b) Perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan Bertulis Perlembagaan bertulis11 Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan.

Contoh-contoh perlembagaan bertulis :

(a) Perlembagaan Persekutuan (b) Perlembagaan Negeri (c) Akta (d) Enakmen (e) Ordinan (f) Perundangan subsidiari (g) Undang-undang Islam

10

Ruslan Zainuddin, et al, Kenegaraan Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor, 2004, hal.194. 11 Mohd Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hal.2 dan 3.

PERLEMBAGAAN MALAYSIAPerlembagaan Tidak Bertulis Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. (a)Undang-undang lazim(common law) (b)keputusan-keputusan mahkamah (c)undang-undang Hindu (d)undang-undang adat

20

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara12 seperti yang diberikan dalam jadual berikut:

Senarai Persekutuan - Pertahanan - Hal-hal luar negeri - Keselamatan dalam negeri - Undang-undang jenayah dan sivil - Kewarganegaraan - Pilihanraya Persekutuan

Senarai Negeri - Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu - Pertanian dan Perhutanan - Tanah - Perkhidmatan tempatan - Kerajaan Tempatan

Senarai Bersama - Kebajikan Sosial - Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan - Biasiswa - Pengembaraan - Perusahaan Ternakan - Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP) - Pengaliran dan pengairan - Kesihatan Awam, peraturan kesihatan - Pemulihan tanah perlombongan

- Perdagangan, Perniagaan dan - Jentera Kerajaan Negeri Industri - Kewangan - Pengangkutan - Perkapalan - Ukur12

- Hari kelepasan Negeri - Kerjaraya Negeri dan Air - Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Ruslan Zainuddin, et al,hal.221.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga - Kesihatan dan Ubat - Pelajaran - Kebajikan Orang Asli - Buruh dan Kebajikan Sosial - Pekerjaan Ikhtisas - Persatuan yang tidak ditubuhkan - Kawalan pes pertanian - Hari kelepasan am Persekutuan - Penapisan - Penerbitan - Perumahan Persekutuan - Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen) - Syarikat kerjasama

21

TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama -Agama Islam sebagai agama rasmi13, tetapi agama lain bebas diamalkan.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut digalakkan. Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang sewajarnya.13

Ibid., hal. 197.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA2. Sebagai sumber rujukan

22

-Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN. Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa membuat akta dan enakmen. Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah tugas Parlimen, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.14

3. Mewujudkan kestabilan Negara -Perlembagaan boleh dipinda tetapi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Sekiranya pindaan boleh dilakukan dengan mudah oleh pemimpin Negara maka keadaan kucar-kacir akan berlaku dalam Negara15.

4. Mengawal perjalanan kerajaan -Segala tindak tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan dan tidak bertindak sesuka hati. Oleh itu, perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang dan menyalahgunakan kuasa16.

5. Menjamin keutuhan dan kedaulatan Negara. -Tanpa perlembagaan rakyat tidak mampu mewujudkan rasa semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mereka. Hal ini kerana perlembagaan merupakan syarat untuk mereka menyumbangkan tenaga mereka kepada negara17.

14 15

Ibid., hal.196.

Zulhilmi Paidi, et al,Malaysia Pembinaan Negara Bangsa, Pearson Malaysia Sdn. Bhd, Selangor, 2011, hal.20916 17

Ibid., hal 209. Ibid., hal 208.

PERLEMBAGAAN MALAYSIAUNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

23

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah kedudukan istimewa Rajaraja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Agama dan Bahasa. Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu. 1. Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja18. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

18

Ruslan Zainuddin, et al,hal.197.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA2. Agama Islam.

24

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Peruntukan undangundang19 seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaumkaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakatan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. 3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 15320. Hak Istimewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi bidang Perkhidmatan Awam , bidang Ekonomi dan bidang Pelajaran. Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain. 4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan21 menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi19 20

Ruslan Zainuddin, et al,hal.197. Ruslan Zainuddin, et al,hal.198. 21 Ruslan Zainuddin, et al,hal.198.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

25

tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

HUBUNGAN ANTARA KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA.

[1] Menjadi kuasa terpenting dalam pengubalan undang-undang. Di Malaysia hanya Perlembagaan sahaja yang mempunyai kuasa tertinggi. Bukti yang menunjukkan ketertinggian kuasa Perlembagaan adalah melihat kepada sekatan yang boleh dilakukan oleh Perlembagaan itu sendiri terhadap kuasa perundangan. Kuasa perundangan bagi berbagai badan perundangan di dalam Negara hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatansekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman bagi mahkamah bagi Mahkamah hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa Seri Paduka Baginda sebagai ketua bagi ketiga tiga cabang Kerajaan (perundangan, kehakiman, dan pemerintahan)hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.22 Dalam sistem perundangan, menurut Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama (tertinggi) persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan dengan Perlembagaan adalah, setakat yang berlawanan itu, terbatal.23 Walaupun Parlimen adalah tampuk pimpinan Malaysia tetapi sebenarnya kuasa Parlimen diperolehi dari perlembagaan yang membahagikan kuasa perundangan kepada persekutuan, kerajaan Negeri dan bersama.

22

Tun Mohd Suffian Bin Hashim. Mengenal perlembagaan Malaysia (1984). Percetakan Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur 23 Kandungan dalam jadual perkara perlembagaan persekutuan. per.4(1)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

26

Undang undang dalam perlembagaan adalah merupakan undang-undang dasar (fundamental law) kerana sebelum adanya undang-undang lain, undang-undang perlembagaan digubal terlebih dahulu. Dengan terkanunnya undang-undang perlembagaan ini barulah bentuk dan corak politik Negara terjamin dalam mentadbir Negara ini.24 Jadi,kelahiran sebuah kerajaan adalah hasil ketertinggian perlembagaan iaitu parlimen yang tertakhluk kepada ketertinggian perlembagaan. Ia juga menjadi garis panduan bagi pembentukan undang-undang samada berkaitan dengan kerajaan atau rakyat. Ini menunjukkan semua bentuk perundangan adalah di bawah perlembagaan yang menjadi sumber kepada yang lain. Oleh itu, perlembagaan terdiri daripada jenis iaitu perlembagaan bertulis25 dan perlembagaan tidak bertulis yang merupakan semua prinsip perlembagaan yang tidak di kumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan- keputusan Mahkamah. Di dalam perlembagaan tersebut mengandungi undang-undang yang di bentuk selaras dengan dengan kehendak semasa dan memenuhi kemahuan rakyat seperti undang-undang yang menyentuh berkenaan kewarganegaraan, bahasa, agama, dan selain itu yang mempunyai kaitan dengan sensitiviti rakyat di Negara ini. Dengan ini,terbuktilah bahawasanya perlembagaanlah yang tertinggi.

[2] Penetapan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia. Tujuan utama perlembagaan ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik Negara.26oleh itu adalah baik sekiranya rakyat Malaysia mendalami lagi tentang perlembagaan ini terutamanya tentang hak asasi (fundamental liberties) yang melibatkan diri rakyat itu sendiri. Terdapat Sembilan fasal yang berkaitan dengan hak asasi iaitu Fasal 5

24

Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. (1987). Ed. 2. Percetakan Dewan Bahasa Pustaka. Selangor 25 Satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan di susun dalam satu dokumen. 26 Napisah Karimah bt Hj Ismail. Et.al. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Pengajian Umum,Universiti Utara Malaysia. Kedah

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

27

hingga 13. Tujuan pengubalan hak asasi dalam perlembagaan ini adalah untuk memberi jaminan kepada penduduk dalam Negara ini.27 Antara hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: I. II. III. IV. Kebebasan untuk hidup, Kedudukan yang sama bagi semua manusia di sisi undang-undang, Kebebasan untuk bergerak ke mana-mana di dalam Negara, Kebebasan berucap mengeluarkan pendapat atau kebebasan berkumpul untuk berunding, berdebat atau untuk apa-apa keramaian dan keraian, dan V. kemerdekaan menubuhkan sesuatau pertubuhan

Penggubalan hak asasi manusia ini dalam perlembagaan pada mulanya menghadapi banyak kesulitan terutamanya kepada penggubal undang-undang. Walaubagaimanapun, terdapat perlembagaan yang mengandungi undang-undang hak asasi manusia tetapi tidak sepenuhnya menjamin hak itu untuk rakyat. Selain itu,terdapat juga Fasal perlembagaan yang menyebut berkenaan dengan kedudukan yang sama bagi rakyat di sisi undang-undang iaitu Fasal 8 yang berbunyi seperti berikut : semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang.28 Persamaan kedudukan manusia yang disebut ini menjadikan tiada dikriminasi antara kaum atau darjat berlaku dan ini akan memberi keadilan kepada semua orang. Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita agar memahami dan mendalami perkara-perkara dalam perlembagaan ini agar matlamat dalam penggubalan perlembagaan ini dapat dicapai iaitu untuk melaksana dan memenuhi kehendak rakyat. Maka kestabilan dan keharmonian Negara dapat dicapai sekiranya semua rakyat berpuas hati dengan perlembagaan tersebut.

27 28

Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka . Selangor Fasal 8 dalam dokumen perlembagaan Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

28

Sebagaimana rakyat patuh kepada undang-undang biasa begitulah juga sepatutnya mereka patuh kepada perlembagaan bahkan lebih lagi. Ini kerana undang-undang perlembagaan adalah dasar undang-undang dan mempunyai kuasa tertinggi. Maka patuh kepada ketertinggian undang-undang perlembagaan juga merupakan satu tanggungjawab rakyat Malaysia.29

29

Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. (1987). Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor

PERLEMBAGAAN MALAYSIA[3] Menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan.

29

Dalam konteks ini, Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan Perlembagaan Malaysia. Selain itu, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan menerusi perlembagaan ini.30 Segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan dan bukan bertindak mengikut sesuka hati. Justeru itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan perbuatan yang bercanggah daripada perlembagaan. Pada masa yang sama, Perlembagaan Malaysia dapat pihak pemerintah daripada menyalahgunakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Hal ini jelas menunjukkan Perlembagaan Malaysia menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Di samping itu, perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

30

Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-raja, kedudukan dan peranannya dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

30

[4] Mengikat rakyat dan kerajaan untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan serta rakyat hidup aman dan damai.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyat Malaysia memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Kesejahteraan yang terbina menerusi perlembagaan ini telah dapat menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Di samping itu, rakyat juga mendapat jaminan undang-undang bahawa tiada unsur diskriminasi dalam kalangan rakyat. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan di antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Setiap individu mempunyai hak yang saksama dan tiada keistimewaan yang melampau terhadap sesetengah individu. Perlembagaan melangkaui umur, bangsa, agama dan status. Setiap pihak wajib mematuhi dan menghormati perlembagaan negara. Sikap ini secara tidak langsung membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat sebagai syarat untuk hidup aman dan damai.31 Perlembagaan telah memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan Malaysia melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

31

Zainal Abidin Ahmad, 2003

PERLEMBAGAAN MALAYSIA[5]Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran

31

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran ini, perlembagaan telah dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.32

Ketegangan yang timbul

akibat rasa tidak puas hati dapat dielakkan sekiranya rakyat diwajibkan untuk mematuhi dan meghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan. Masalah sebegini dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan undang-undang yang sedia ada dalam perlembagaan. Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam manamana negara mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Sekiranya pindaan boleh dilakukan dengan mudah oleh pemmpin negara, maka huru-hara akan berlaku dalam negara tersebut. Justeru itu, perlembagaan sangat penting dalam mengekalkan kestabilan dari aspek pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

32

Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA [6] Menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia.

32

sesebuah kerajaan mesti sentiasa waspada dan menyedari betapa pentingnya mengukuhkan tali perpaduan rakyat dengan menghasilkan keputusan yang saksama dari tuntutan yang di buat oleh rakyat. Sebagai menjaga hak dan kepentingan rakyat,tuntutan tersebut akan diterima, diselidik, ditimbang, dipinda, ditambah ataupun diganti dengan yang lain. Kemudian keputusan akan dibuat. Walaupun tidak semua akan bersetuju menerima keputusan tersebut, kerajaan kebiasaannya telah menimbang baik buruk keputusan yang telah dibuat samaada untuk jangka masa sekarang atau mempengaruhi keadaan pada masa hadapan. Bagaimanapun, tidak bermakna kerajaan mesti menghasilkan sesuatu keputusan pada tiap-tiap tuntutan yang di kemukakan oleh rakyat. Kerajaan akan menimbang apa tuntutan yang patut diberi keutamaan. Seperti yang dinyatakan David Easton33, setidak-tidaknya tuntutan dari pihak rakyat yang berpengaruh hendaklah diberi keutamaan. Jika tidak, sudah tentu pihak yang menuntut akan mengambil jalan yang haram untuk mendapatkan hasil dari tuntutan mereka. Lagi pula, rakyat yang mempunyai pengaruh ini merupakan wakil daripada rakyat itu sendiri untuk mendapat hak dan kepentingan yang sepatutnya menjadi milik mereka.

33

David Easton. (April 1957). An Approach to the analysis of politic system. World Politics

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

33

Kesimpulan

Kesimpulannya, Perlembagaan pada asalnya dicipta atas nama rakyat oleh pemimpin yang telah diberi kuasa oleh rakyat. Seperti apabila Malaysia ditubuhkan, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda oleh Parlimen pada masa itu. Dalam erti kata lain, Parlimen telah diberi kuasa membuat undang-undang dan ahli parlimen adalah wakil rakyat. Wakil rakyat pula dipilih oleh rakyat sendiri untuk menjadi wakil mereka bersuara dalam parlimen. Oleh itu, tepat jika dikatakan bahawa kuatkuasa yang ada pada perlembagaan adalah datangnya dari rakyat.

Perlembagaan merupakan satu set dokumen yang telah digubal untuk kefahaman setiap warganegara dalam usaha membina semangat kenegaraan. Perlembagaan ini dirangka hasil pemuafakatan dan bantuan daripada semua lapisan masyarakat. Kita, sebagai generasi penyambung masa hadapan seharusnya mencontohi dan menghargai pengorbanan pemimpinpemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek antaranya ialah dalam usaha mereka untuk membentuk perlembagaan Negara Malaysia ini.

Kita seharusnya mengambil tahu tentang proses penggubalan perkara-perkara dalam perlembagaan dan undang-undang yang terkandung di dalamnya. Hal ini kerana semasa penggubalan perlembagaan ini dilakukan ia menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Negara ini sendiri menjadikan perlembagaan Malaysia bersifat dinamik dan akan dipinda mengikut keadaan semasa demi mencapai kesejahteraan rakyat di Negara ini.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

34

BibliografiTun Mohd Suffian Bin Hashim. (1984). Mengenal perlembagaan Malaysia. Percetakan Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur Abdullah Sanusi Ahmad. (1987). Kerajaan pentadbiran dan rakyat. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka . Selangor Napisah Karimah bt Hj Ismail. Et.al. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Pengajian Umum,Universiti Utara Malaysia. Kedah Kamus Dewan edisi Keempat. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, hlmn 788.

A.V. Dicey.(1959). The Law of the Constitution. 10th Ed. MacMillan Ruslan Zainuddin, et al. (2004). Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor, hal.194. Mohd Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal.2 dan 3 Zulhilmi Paidi, et al.(2011). Malaysia Pembinaan Negara Bangsa. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor, hal.209 Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-raja, kedudukan dan peranannya dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David Easton. (April 1957). An approach to the analysis of political system. World Politics