powerpoint kenegaraan

9
KENEGARAAN HNS2013 TAJUK : PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK & GAGASAN 1 MALAYSIA

Upload: mohd-faizal-abdul-rani

Post on 04-Aug-2015

1.068 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

KENEGARAANHNS2013

KENEGARAANHNS2013

TAJUK :

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK & GAGASAN 1 MALAYSIA

TAJUK :

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK & GAGASAN 1 MALAYSIA

DEFINISI / PENGERTIAN MASYARAKAT DEFINISI / PENGERTIAN MASYARAKAT MAJMUKMAJMUKDEFINISI / PENGERTIAN MASYARAKAT DEFINISI / PENGERTIAN MASYARAKAT MAJMUKMAJMUK Menurut Kamus DewanMenurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan

manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Menurut M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

FAKTOR YANG MEWUJUDKAN FAKTOR YANG MEWUJUDKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIAMASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Kawasan petempatan antara kaum yang berbezaCth : - Imigran Cina tinggal di

kawasan lombong yang berkembang menjadi

pekan- Imigran India tinggal di ladang-ladang getah- Orang Melayu kekal

tinggal di kampung luar bandar

Amalan agama / fahaman yang yang diamalkan dari tanah asal mereka- Setiap kaum mengamalkan cara hidup , budaya , bahasa dan adat masing-masing

Sistem pendidikan yang berbeza- Pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak ketika itu telah

dibawa dari negara asal mereka termasuklah buku-buku dan guru

Sosio budaya yang diamalkan oleh sesebuah kaumCth : - Cara berpakaian , pertuturan

dan adat resam

Kedatangan pelbagai kuasa penjajah ke Semenanjung Emas ( Tanah Melayu ) untuk menguasai kekayaan sumber ekonomiCth : Portugis , Belanda , British ,

Jepun

Kemasukan imigran asing ( penghijrahan ) untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladanganCth : - Orang dari China – bekerja di

lombong bijih timah- Orang dari India – bekerja

di ladang getah

Penghijrahan atas faktor penolakan di negara asal imigran asingCth : - Kejadian bencana alam

- Keadaan politik tidak stabil- Kurang ransangan ekonomi- Kurang makanan sebab penduduk yang terlalu

ramai- kurang peluang pekerjaan- Sistem kasta yang hadkan mobiliti ekonomi & sosial

GAGASAN 1 MALAYSIAGAGASAN 1 MALAYSIAGAGASAN 1 MALAYSIAGAGASAN 1 MALAYSIAINFO RINGKASINFO RINGKAS Ia adalah inspirasi dan cetusan idea YAB Dato Seri

Mohd Najib Tun Abdul Razak digagaskan sebagai satu formula yang akan

membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai

membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.

menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuandan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

ASPEK UTAMA GAGASAN 1 MALAYSIAASPEK UTAMA GAGASAN 1 MALAYSIA

Penerapan Teras Perpaduan

Penerapan Nilai Aspirasi

1. Penerimaan

- sesuatu kaum menerima keunikan

kaum yang lain

2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:a. Perlembagaan Persekutuanb. Rukun Negara

3. Keadilan Sosial

- Semua rakyat Malaysia akan terbela

dan tiada mana-mana pihak akan

dipinggirkan

1. Hormat-menghormatiHormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain.

2. Rendah hati (Tawadhuk)Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama

3. KesederhanaanIalah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit terutamanya dari aspek tindakan atau tutur kata.

4. Berbudi-bahasaBudi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

NILAI-NILAI ASPIRASI 1MALAYSIA

Budaya Berprestasi Tinggi

Budaya Inovasi

Kebijaksanaan

KesetiaanKetabahanIntergriti

Budaya Ilmu

Budaya Ketepatan

Meritokrasi Rasa Rendah Hati

HURAIAN ASPIRASI NEGARA1. Budaya Berprestasi Tinggi

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

2. Budaya Ketepatan

Perkara ini harus dijadikan amalan kekal atau dibudayakan oleh semua rakyat bagi mencapai matlamat negara berdaya maju . Aspek ketepatan merangkumi aspek bidang pengurusan pekerjaan , menepati waktu dan kualiti hasil kerja . Perkara ini menjadi penilaian utama dalam menentukan kecemerlangan sesuatu tindakan .

3. Budaya Ilmu

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan .

4. Intergriti

Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

* Jujur / Amanah * Bercakap benar

* Berusaha perbaiki kesilapan * Tepati janji dan waktu

* Menerima kritikan/teguran * Telus dalam tindakan

5. Ketabahan Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

6. Kesetiaan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7. Kebijaksanaan

Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.

8. Budaya Inovasi Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis.

9. Rasa Rendah Hati

Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Sifat merendah diri amat digalakkan terutamanya dalam ajaran Islam .Begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

10. Meritokrasi

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Ia merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.