kenegaraan - kontrak sosial

28
NAMA PENSYARAH DR ADNAN BIN JUSOH NAMA PELAJAR NURHAFIZAH BINTI AJLAN ( D 20102040807 ) 801204-14-5448 GROUP ELA 32 0 | Page HNS2013 / ULP1023 KENEGARAAN TUGASAN 2 ( 10 TAJUK ) (5) KONTRAK SOSIAL

Upload: paklong-cikgu

Post on 29-Jun-2015

1.667 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenegaraan - Kontrak Sosial

NAMA PENSYARAH

DR ADNAN BIN JUSOH

NAMA PELAJAR

NURHAFIZAH BINTI AJLAN ( D 20102040807 )

801204-14-5448

GROUP ELA 32

0 | P a g e

HNS2013 / ULP1023 KENEGARAAN

TUGASAN 2 ( 10 TAJUK )

(5) KONTRAK SOSIAL

Page 2: Kenegaraan - Kontrak Sosial

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..............................................................................................2

PRINSIP KONTRAK SOSIAL..........................................................................4

ELEMEN PENTING DALAM KONTRAK SOSIAL...............................................6

RAJA BERPERLEMBAGAAN...........................................................................8

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU...............................................................10

ISLAM AGAMA RASMI................................................................................13

BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN...................................................15

KESIMPULAN............................................................................................18

RUJUKAN...............................................................................................19

1 | P a g e

Page 3: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Pengenalan

Sebelum mencapai kemerdekaan negara kita sudah mempunyai ramai pekerja pekerja

kontrak yang dibawa dari China dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang milik

British. Kedatangan mereka untuk mencari rezeki bagi tujuan untuk menampung perbelanjaan

keluarga mereka di kampung. Pada mereka Tanah Melayu ketika itu hanyalah tempat untuk

mencari duit dan bukanlah untuk tinggal secara tetap. Kecintaan imigran-imigran ini terhadap

negara kita boleh dikatakan tiada kerana mereka dilahirkan di negara asal jesteru itu tidak

hairanlah kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap tanah air mereka amat menebal.Tujuan ke

Tanah Melayu hanyalah semata mata untuk mencarai nafkah.

Senario yang sama juga masih lagi berlaku pada hari ini. Memang sudah menjadi resam

orang Melayu yang tidak biasa untuk membuat kerja-kerja yang memerlukan tenaga tulang

empat kerat atau kerja-kerja yang bergaji rendah seperti pembantu rumah. Jadi berduyun

duyunlah orang dari tanah seberang datang bagi memenuh permintaan untuk mengisi

kekosongan yang ditinggalkan oleh orang kita baik datang secara halal ataupun haram. Bagi

yang datang secara sah mereka akan ditempatkan oleh agen mengikut sektor-sektor yang telah

ditetapkan seperti menjadi buruh atau pembantu rumah. Bagi yang sebaliknya pula mereka

sanggup berbuat apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup di negara orang. Untuk

menyalahkan meraka juga tidak boleh kerana pada hemat saya mereka hanya memenuhi

permintaan pasaran untuk mengisi “jawatan-jawatan” yang ditinggalkan oleh rakyat kita. Seperti

juga prinsip ekonomi yang selalu menyebut “when there is a demand, we supply”.

2 | P a g e

Page 4: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Berbalik kepada scenario sebelum merdeka, setelah berhempas pulas merayu untuk

merdeka British akhirnya bersetuju. Tetapi seperti biasa dasar penjajah mereka telah

meletakkkan syarat kepada Tanah Melayu sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Antara

syaratnya ialah supaya kita menerima orang yang mereka telah bawa ke Malaya sebagai

sebahagian daripada kita atau dalam erti kata mudah memberikan taraf kerakyatan sama seperti

penduduk asal Malaya. Tentulah syarat ini amat berat untuk diterima olah orang Melayu pada

waktu itu. Samalah juga beratnya sekiranya kita diminta menerima orang Indonesia, Bangladesh

atau Nepal sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk kita pada hari ini.

Mereka berhak merasa sedemikian kerana jika imigran ini diberikan taraf warganegara,

mereka khuatir imigarn ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang kita miliki sebagai

penduduk asal Malaya. Selain dari itu dasar pecah dan perintah inggeris yang mengasingkan

kaum pendatang dan penduduk asal dari segi tempat tinggal dan aktiviti ekonomi turut

menyebabkan kedua kelompok ini kurang berinteraksi dan melebarkan jurang perbezaan yang

memang telah sedia wujud baik dari segi agama, budaya dan norma. Dari sinilah titik tolak

bermulanya apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kontrak sosial.

3 | P a g e

Page 5: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Prinsip Kontrak Sosial

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas

Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian

bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu

yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu

institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut kamus dewan, kontrak boleh

didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.

Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang

undang-undang yang berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang

berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial

apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang

ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat

di sesebuah negara.

Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop

perlaksanaannya di Malaysia. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah

permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan

rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak

sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO,

MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi

dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan

yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

4 | P a g e

Page 6: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Menurut Azizan dan Chandra (seperti yang dipetik dari Jauhar Hassan,1996. hal 147)

kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial

yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi

juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu

dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.Pengajaran

utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969

kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia.

5 | P a g e

Page 7: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Elemen Penting Dalam Kontrak Sosial

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara

penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia

bukan sahaja dokumen perundangan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan

memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu yang lain. Ini seperti yang ditegaskan oleh

Tunku Abdul Rahman (yang dipetik dari Malaya Merdeka 1956):

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-

orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu

banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri

yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu.

Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian

persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa

yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi

sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan

keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”

6 | P a g e

Page 8: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen

penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal

mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam

menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang

kaum.Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat

perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh

Mohamed Suffian (1984) “Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi

kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai

peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain

yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia

dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian

komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar

ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang

dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan

sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi,

politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal

yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan

keistimewaan mereka

-Mohamed Suffian Hashim. (1984). Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7 | P a g e

Page 9: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Raja Berperlembagaan

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.

Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu

merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi

survival orang-orang Melayu.Bahkan semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap

sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu ( seperti hal-

hal berkaitan Agama Islam dan Adat Melayu ) bagi negeri masing-masing meskipun mereka

dipaksa menerima arahan daripada pihak British melalui penasihat yang dilantik British.

Salleh Abbas (1997) di dalam bukunya menerangkan, apabila akhirnya kemerdekaan

diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa

pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.

Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan

kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara,

Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk

dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya

menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa

memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut

nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga adalah

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama

daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

8 | P a g e

Page 10: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi

menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak

keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan

dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap

peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk

warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada

undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau

kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu mestilah orang Melayu dan oleh kerana itu

ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu)

yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim.

Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan

kekebalan (immunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak

boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan

kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan,

Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak di

mana negeri-negeri itu diperintah oleh Yang Di Pertua Negeri.

9 | P a g e

Page 11: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Hak Istimewa Orang Melayu

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153

bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-

peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan

negeri.

Menurut Nazaruddin Mohd Jalil (2001), di sisi undang-undang perlembagaan, erti

”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii)

secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan

hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di

sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga

bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat

membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di

Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang

menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa

(2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam

perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan

yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153

adalah seperti berikut;

10 | P a g e

Page 12: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Perkara 153 (I): Perezaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang

Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa

orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah

kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan

Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-

tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-

apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang

Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang

difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain

daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain

keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang

diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang

di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan,

dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan

Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90

yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada

yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu

(Salleh Abbas, 1997, hlm 54). Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar

11 | P a g e

Page 13: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara

8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan

kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu

pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain

khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam

bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah

dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan

kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan

Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan

mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling

penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang

Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

12 | P a g e

Page 14: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Islam Agama RasmiIslam Agama Rasmi

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya

berkait rapat dengan kepercayaan dan budaya majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan

aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Menurut Tun Salleh Abbas (1986), Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum

dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah

menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang

termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu

merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk

juga melindungi dan menjaga agama Islam.

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara

160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim

bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan

bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan

oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi.

Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang

membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama

13 | P a g e

Page 15: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada

kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal yang menyebut “tetapi agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap

kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut

undang-undang

Namun satu perkara yang menjadi tanda tanya sekarang ini,tidak sama sekali tertera

pernyataan mengenai hak agama-agama lain untuk MENYEBARKAN agama mereka.Namun

scenario itu telahpun berleluasa hari ini.

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan

Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau

menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau

mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk

mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan

negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang

untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan

oleh Perkara 12(2).

14 | P a g e

Page 16: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Salleh Abbas. (1986). Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Pustaka.

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.

Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan

disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan

bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan

perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan

permuafakatan antara kaum. Dalam perbahasan perundingan persekutuan yang diadakan pada

julai 1957 telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya

nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-

apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa

lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan

eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil

hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”

15 | P a g e

Page 17: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan

bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang

menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan

melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud

rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak

mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian

bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

-Fasal (1)(a) dan (b) Perkara 152 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Perkara 10(4) turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Tun Salleh Abbas (1986) hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum

ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu

yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Prof. Abdul Aziz Bari, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyatakan bahawa Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

16 | P a g e

Page 18: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Perkara seperti ini memang sepatutnya berlaku memandangkan perkara tersebut telahpun termaktub dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu Takrifan Orang Melayu adalah sebagai orang yang Menganut Islam,LAZIM BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU dan Mengamalkan adat istiadat Melayu (seperti yang tertera nyatakan dalam mukasurat 13)

Namun yang mendukacitakan,hal ini telahpun mula dipertikaikan sejak kebelakangan ini,kelemahan dalam pelaksanaan perkara 152 haruslah dielakkan memandangkan perkara ini telah disokong oleh Suruhanjaya Reid Sendiri.

-Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 

17 | P a g e

Page 19: Kenegaraan - Kontrak Sosial

Kesimpulan

Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta

sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada

empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem

pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.

Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam

perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita

negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.

Tindakan sesetengah pihak yang gemar mempertikaikan isu ini seharusnya diambil

perhatian serius untuk menghalang sebarang kemungkinan yang akan menjejaskan perpaduan

nasional ang kita miliki. Isu untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi yang digembar

gemburkan baru baru ini haruslah segera ditangani agar tidak mencabar kontrak social yang telah

dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. Pebuatan memanipulasikan isu ini demi kelangsungan

politik haruslah dielakkan. Corak politik perkauman yang sempit haruslah kita hindari walaupun

rata rata parti politik di Malaysia mempejuangkan kepentingan kaum masing masing. Tetapi kita

haruslah bijak dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya demi perpaduan dan keharmonian

Negara kita.

18 | P a g e

Page 20: Kenegaraan - Kontrak Sosial

RUJUKAN

Nazaruddin Mohd Jalil. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan.

Petaling Jaya : Prentice Hall.

Mohamed Jauhar Hassan. (1996). Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks

Masyarakat Yang Berubah dalam Keadilan Sosial. Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar.

Mohamed Suffian Hashim. (1984). Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff

dan Ridzuan Omar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salleh Abbas. (1997). Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Pustaka.

Salleh Abbas. (1986). Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-

1977. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

-Prof. Dr. Abdul Aziz Bari - Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 

http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/ilmu_pendidikan/perguruan_sebagai_satu_pr

ofesion.htm

19 | P a g e