kenegaraan nota 1

23
UNIT 1

Upload: yen-way-way

Post on 12-Nov-2014

742 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PPG USM SEM1 Kenegaraan Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Kenegaraan nota 1

UNIT 1

Page 2: Kenegaraan nota 1
Page 3: Kenegaraan nota 1
Page 4: Kenegaraan nota 1
Page 5: Kenegaraan nota 1
Page 6: Kenegaraan nota 1

UNIT 3

Page 7: Kenegaraan nota 1
Page 8: Kenegaraan nota 1
Page 9: Kenegaraan nota 1
Page 10: Kenegaraan nota 1
Page 11: Kenegaraan nota 1
Page 12: Kenegaraan nota 1

Unit 5: Masyarakat Makmur dan Hubungan Kaum

Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah:i- Terdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain.ii- Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan social yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama.iii- Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan yang berasingan.iv- Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan.v- Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku hanya terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai”stable tension”. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jikatidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidakbaik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemaiagar peristiwa itu tidak berulang.

Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat

Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi.

Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahaja seperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang dan Kelantan.

Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencarikehidupan dan kekayaan.

Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat

Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan ekonomi-politik British. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah.

Mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat

Page 13: Kenegaraan nota 1

berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Akibatnya, setiapkelompok gagal mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan oleh Furnivall.

Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. Maka dikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural.

Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk

Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yang hebat. Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Kepulauan Riau-Ringga.

Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.

Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yang mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan.

Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan, ia menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya.

Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksamana Melaka yang proaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam dilaksanakan.

Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia.

Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak.

Page 14: Kenegaraan nota 1

Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan".

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.

Proses Kemasukan Kaum Imigran

British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India.

Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pula menerima upah yang murah.

pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu.

Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri.

Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh-buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut.

Masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan perekonomian negara.

India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Perkembangan yang pesat dalam sector perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian

dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, the dan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai. Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di Tanah Melayu.

Mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan buruh tempatan.

Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan Tabung Imigran India.

Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910.

Page 15: Kenegaraan nota 1

Sistem Kangani diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.

Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini.

Kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada 38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India menjelang tahun 1908.

Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum

Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia.

British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampong dan menjalankan ekonomi tradisi. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal.

Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombonglombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sector perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia.

Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar.

Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik.

Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

UNIT 6: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Definisi Perlembagaan

Page 16: Kenegaraan nota 1

perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

KONSEP PERLEMBAGAAN Malaysia mempunyai suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang

merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara. perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang

tertinggi bagi memerintah negara. Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan juga dikonsepkan sebagai Keluhuran

Perlembagaan.

Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam

perkara-perkara berikut: Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan). Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan). Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang

negeri). Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri). Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri). Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa

perundangan)

Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan TIDAK BERTULIS- Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu

surat BERTULIS-Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu

surat

Kepentingan Perlembagaan Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Page 17: Kenegaraan nota 1

Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA Dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada

dua dokumen sebelumnya iaitu 1) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 2) Perlembagaan Persekutuan 1957

Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat, Am dan pelbagai, peruntukan sementara dan peralihan, perkecualian bagi kedaulatan raja-raja, prosiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja

Perlembagaan telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.

Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31-8-1957 Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun

1963. Singapura keluar dari persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK SEJARAH Suruhanjaya Perlembagaan ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh 4 orang hakim dari

Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bualan Februari 1957.

Rangka Perlembagaan dikaji oleh Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 Orang ahli, iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam negara.

Rangka Perlembagaan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957.

Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 22 kali.

Kandungan Perlembagaan Malaysia Terdapat 3 aspek yang saling berkait iaitu: kerohanian perlembagaan, peruntukan

perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan.

Page 18: Kenegaraan nota 1

Isi kandungan Perlembagaan MalaysiaNegeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi PersekutuanKebebasan AsasiKewarganegaraanPersekutuanNegeri-NegeriPerhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri.Peruntukan KewanganPilihan RayaKehakimanPerkhidmatan-Perkhidmatan AwamKuasa-kuasa Khas Menentang kegiatan Subversif dan Darurat.Am Dan Pelbagai peruntukan sementara dab peralihanPerkecualian bagi kedaulatan raja-rajaProsiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja

Page 19: Kenegaraan nota 1

KANDUNGAN PERLEMBANGAN

MALAYSIA

Kerohanian perlembagaan

Pelaksanaan perlembangan

Peruntukan perlembagaan

181 Artikel 14 bahagian

Sejarah pindaan

Isu pemisahan Singapura

Isu berkaitan jantina

kekebalan raja

Pembahagian kuasa

Senarai persekutuan Senarai negeri Senarai bersama

Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan

Pemerintahan beraja Kedudukan istimewa orang Melayu Agama Islam Bahasa Melayu