modul pjj kenegaraan

179
Pengenalan Kepada Kenegaraan | 1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kuliah pelajar akan dapat mengetahui: 1. Mengaitkan konsep asas Kenegaraan dengan pembentukan negara. 2. Menghuraikan ciri-ciri sesebuah kerajaan dan negara. 3. Mentakrif maksud kerajaan dan negara. 4. Mengaitkan konsep tamadun, budaya, ras, etnik dan bangsa dengan Kenegaraan. PENGENALAN Sebelum kita mulakan kuliah pada hari ini, eloklah kita mengimbas kembali pengetahuan sedia ada terhadap beberapa persoalan yang akan kita pelajari dalam kursus ini. Sila lihat laman web berikut http//www.vietnam.un.org. Gambar 1.1: Peta Negara ASEAN (sumber: http//www.vietnam.un.org)

Upload: ishhhs1521

Post on 21-Oct-2015

318 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

PJJ

TRANSCRIPT

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 1

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kuliah pelajar akan dapat mengetahui:

1. Mengaitkan konsep asas Kenegaraan dengan pembentukan negara. 2. Menghuraikan ciri-ciri sesebuah kerajaan dan negara. 3. Mentakrif maksud kerajaan dan negara. 4. Mengaitkan konsep tamadun, budaya, ras, etnik dan bangsa dengan Kenegaraan.

PENGENALAN

Sebelum kita mulakan kuliah pada hari ini, eloklah kita mengimbas kembali pengetahuan sedia ada terhadap beberapa persoalan yang akan kita pelajari dalam kursus ini. Sila lihat laman web berikut http//www.vietnam.un.org.

Gambar 1.1: Peta Negara ASEAN

(sumber: http//www.vietnam.un.org)

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 2

a. Senaraikan nama negara yang tertera dalam peta tersebut? b. Adakah pulau Kalimantan itu merupakan sebuah negara? c. Bolehkah Pulau Pinang kita golongkan sebagai sebuah negara?

Berdasarkan soalan-soalan diatas, kita dapati bahawa sebuah negara itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

a- Sempadan yang tertentu, b- Penduduk, c- Sebuah kerajaan yang teratur dan dapat mengawal hal-ehwal

dalam negeri; dan d- Kedaulatan iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal

dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan sebuah negara?

Pada pendapat anda, pulau seperti Kalimantan itu bolehkah diiktiraf sebagai sebuah negara?

Idea utama pembentukan sebuah negara berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi dan sejarah negara berkenaan misalnya Malaysia. Istilah ”kenegaraan” secara umum adalah membincangkan berkaitan dengan hal-ehwal sesebuah negara. Oleh itu bolehlah kita katakan bahawa Kenegaraan Malaysia adalah satu usaha untuk

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 3

memberikan bukan sahaja kefahaman tentang latar belakang sejarah negara tetapi ia juga merangkumi:

pembinaan negara bangsa Malaysia itu sendiri penghayatan yang wajib ada dalam diri dan sanubari rakyat Malaysia yang akan

digunakan sebagai pedoman dan amalan hidup setiap warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, kursus ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah Malaysia, sistem pemerintahan Malaysia, pembangunan negara dan pembinaan negara bangsa. Ia merupakan satu kursus yang penting dan perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia.

ISI KANDUNGAN

1. Konsep-konsep Asas

Terdapat beberapa konsep penting yang perlu diberikan perhatian dalam kursus ini sebagaimana dibincangkan di bawah.

Konsep Huraian Contoh

Kenegaraan

Kenegaraan adalah mengambil konsep dari kata akar negara.

Konsep negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik atau negeri layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Sempadan yang tertentu,

b. Penduduk,

c. Sebuah kerajaan yang teratur

d. Kedaulatan

Malaysia dan Thailand daripada Perlis hingga Kelantan.

Jumlah penduduk 27 juta orang.

Dipilih melalui pilihanraya.

Diiktiraf oleh semua negara dunia dan menjadi ahli ASEAN

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 4

dan PBB.

Kerajaan

Konsep kerajaan dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah negara.

Pada peringkat Persekutuan terdapat 3 badan kerajaan, iaitu:

a- Badan Pemerintahan (Eksekutif)

b- Badan Perundangan (Legislatif)

c- Badan Kehakiman (Judisiari)

Kabinet yang terdiri daripada menteri-menteri yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret.

Sistem Kerajaan

Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sistem-sistem kerajaan yang terdapat di dunia pada hari ini boleh dibahagiakan berasaskan:

a.Pembahagian kuasa kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri atau tempatan; dan

b.Kewujudan atau ketidakwujudan raja.

Contoh-contoh institusi dan agensi ini ialah Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-raja, Mahkamah-mahkamah Atasan dan Rendah, Kementerian dan Jabatan.

Raja Berperlembagaan

Negara bangsa

Halangan yang paling besar dalam konteks Malaysia ialah membentuk perhubungan kaum tanpa mengira bangsa dan akhirnya kelahiran satu

Rusuhan kaum.

Dharurat 1948-1960.

Peristiwa 13 Mei 1969.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 5

bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Ras istilah ras adalah merujuk kepada keturunan atau fizikal seseorang. Jika seseorang itu Melayu maka dia akan mempunyai ciri-ciri kemelayuan dari segi ras nya seperti berkulit sawa matang, tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah, berambut hitam dan sebagainya.

Keadaan yang berbeza pula jika dia dari keturunan lain seperti Cina, India dan kadang-kadang kacukan antara ras tersebut.

Etnik Dapat dilihat daripada perbezaan budaya dan adat resam.

Menurut Ting Chew Peh, etnisiti atau rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu bermakna wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai sikap dan tingkah laku yang sama.

Budaya etnik Cina tidak sama dengan budaya etnik Tamil.

Masyarakat Masyarakat secara definisi nya adalah satu kelompok manusia yang berbeza dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama, dan mengamalkan budaya yang sama. Konsep masyarakat mempunyai ciri-ciri sebagaimana berikut:

• Tinggal di negeri atau wilayah tertentu.

• Berkongsi budaya.

Sebagai satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah negeri atau wilayah, dan mempunyai adat resam, undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama misalnya Malaysia.

Majmuk Masyarakat dikatakan majmuk apabila ia terdiri daripada pelbagai kelompok ras atau etnik yang berlainan daripada di bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri utama dalam masyarakat ini ialah konflik, percanggahan dan paksaan. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk

Menurut Van Den Berghe masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri berikut:

- Ketiadaan konsensus nilai.

- Kepelbagaian

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 6

terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.

Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental, utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

Kebudayaan. - Wujudnya konflik di

antara kelompok yang berlainan.

- Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem sosial.

- Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi sebagai dasar integrasi.

- Dominasi politik oleh satu golongan tertentu.

Kebudayaan

Definisi kebudayaan ialah keseluruhan yang kompleks yang terkandung di dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam, dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Ciri-ciri kebudayaan yang dapat dikenal pasti adalah:

- Diperturunkan dari generasi ke generasi.

- Dikongsi bersama (shared).

- Dipelajari (learned). - Menggambarkan nilai

dan identiti kelompok. - Menyediakan kerangka

rujukan bagi satu-satu masyarakat .

- Bersifat dinamis serta kreatif.

Ideologi Ideologi membawa maksud idea-idea yang disusun secara teratur untuk mewujudkan satu sistem kehidupan. Di Malaysia ideologi yang diamalkan adalah Rukun Negara yang dibentuk bagi melahirkan semangat perpaduan ke arah pembinaan negara bangsa.

Misalnya nasionalisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme dan fasisme.

Politik Politik memainkan peranan penting dan dalam konteks kenegaraan, politik adalah berhubung dengan pemerintahan, pentadbiran dan kuasa.

Pilihanraya adalah sebahagian daripada proses pemilihan yang akan menentukan pihak yang berkuasa dan membentuk kerajaan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 7

Jadual 1.1: Konsep-konsep Asas Kenegaraan

2. Konsep dan teori Peradaban.

Tamadun atau peradaban manusia itu merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi atau maju. Budaya mempunyai perhubungan yang rapat dengan tamadun kerana budaya yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Untuk melihat tahap pencapaian tersebut biasanya dilihat dari dua aspek, iaitu:

i. budaya kebendaan (materialism) ii. budaya bukan kebendaan (non-material)

Senaraikan tiga ciri budaya tinggi (kebendaan) dan tiga ciri budaya rendah (bukan kebendaan).

Budaya kebendaan

Merupakan peralatan yang dihasilkan oleh anggota masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh. Ia mencerminkan paras pencapaian peradaban atau tamadun bagi sesuatu masyarakat. Budaya kebendaan tersebut berasaskan:

i. kepada sumber-sumber yang boleh didapati daripada alam sekelilingnya, ii. peralatan yang dihasilkan itu bersesuaian dengan kehendak hidupnya, iii. menggambarkan tahap pencapaian teknologi, kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang merupakan usaha manusia bagi mengisi kehidupan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 8

Budaya bukan kebendaan (non-material)

Merupakan segala sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang tetapi dapat dilihat dan dirasa (Rohana Yusof, 1997:77). Bentuk atau elemen budaya jenis ini ialah seperti pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga, nilai, undang-undang, akhlak dan sebagainya.

Al-Marbawi mendefinisikan tamadun dengan kehalusan adat (Ahmad Zaki, 1995:5). Ini kerana tamadun berasal dari kata madana yang bererti berkelakuan seperti kelakuan orang pekan, halus perangai dan kelakuan (ibid:5). Tamadun yang dimaksudkan oleh beliau bercirikan

- Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah tentu mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun.

- Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima,

- manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama.

Perubahan adalah unsur penting dalam tamadun

Seperti yang kita sedia maklum, tidak akan ada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak berubah. Perubahan bukanlah hanya merujuk kepada kemajuan tetapi juga dari aspek kemunduran atau kemerosotan keseluruhan atau dalam bidang-bidang tertentu.

Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap budaya kebendaan dan bukan kebendaan boleh kita lihat hasil daripada peninggalan bangunan dan barangan tamadun silam. Sebagai contoh, masjid adalah gambaran tahap tamadun kebendaan yang tinggi dan pada masa yang sama ianya menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 9

Gambar 1.2: Masjid di Kampong Duyung, Melaka

Menara masjid pada gambar 1.2 di atas menggambarkan kemajuan teknologi dan seni bina hasil daripada interaksi pelbagai budaya. Jelaskan.

Bagaimanakah cara kita mengukur dan menilai perubahan yang berlaku? Bagi pihak yang berpegang kepada kebendaan maka ukuran perubahan itu dilihat daripada benda. Umpamanya, Kuala Lumpur yang pada suatu ketika dahulu dipenuhi hutan belantara berubah menjadi sebuah kota raya yang besar. Namun begitu dari perspektif agama Islam, perubahan-perubahan tidak meletakkan ukuran kepada benda, kehidupan duniawi atau akal manusia, tetapi pada nilai Rabbani, nilai yang ditentukan oleh Allah (Sidi Gazalba,1983:115).

Berdasarkan gambar 1.2 di atas, berikan bukti-bukti yang boleh dijadikan alat untuk mengukur tahap pencapaian tamadun?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 10

Selain itu ada 2 faktor penting yang menyebabkan berlaku perubahan (Sidi Gazalba, 1983:116-117);

a. Faktor dalaman: - kerana bertambahnya penduduk; - penemuan baru; - perselisihan dalam masyarakat; dan - terjadinya pemberontakan atau revolusi dalam masyarakat.

b. Faktor luaran: - kerana lingkungan alam fizik di sekitar manusia; - peperangan; - pengaruh daripada kebudayaan masyarakat lain; dan - perpindahan agama.

Pandangan Sarjana-sarjana Barat terhadap Islam-Timur

Kita sedia maklum, orang-orang Barat cenderung untuk memikirkan bahawa masyarakat Islam sebagai kumpulan manusia yang memandang ke belakang, ditindas oleh agama dan diperintah secara tidak berperikemanusiaan. Mereka beranggapan demikian dengan membandingkan tamadun Barat-Islam di mana sistem demokrasi-sekular menjadi landasan kemajuan tamadun Barat.

Seorang pemikir serta penulis terkenal Barat, David Ignatius menggambarkan bahawa:

‘It’s big, it’s scary, it’s anti-western, it feeds on poverty and discontent … Islam spreads across the globe that can be colored green on the television map in the same way that the communist countries used to be colored red’. (dalam PEMIKIR April-Jun 1998:82).

Manakala Peter Rodman, Pengarah Program Keselamatan Amerika Syarikat pula membuat tanggapan yang begitu negatif terhadap Islam, iaitu:

‘Islamist radicalism is profoundly anti-Western…It rejects not only the bad things about the West but the good things…’(Ibid:83).

Pandangan negatif ini pada anggapan pengkaji Barat adalah:

i. akibat daripada ideoligical vacuum yang ditinggalkan oleh kejatuhan ideologi Marxism dengan tamatnya Perang Dingin.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 11

ii. akibat social frustration yang berkait dengan kesempitan hidup dan kejatuhan ekonomi di kebanyakan dunia Islam.

Samuel Huntington berpendapat budaya Barat merupakan budaya dunia yang terjelma dalam dua bentuk (Pemikir, April-Jun, 1977):

a. Melalui tesis ‘coca-colonization, mendakwa bahawa budaya popular Barat, terutamanya budaya popular Amerika, sudah tersebar ke seluruh dunia: makanan, pakaian, muzik pop, wayang gambar, dan barangan konsumer Amerika semakin lama semakin diminati dengan penuh ghairah oleh penduduk setiap negeri.

b. Barat bukan sahaja telah memimpin dunia menjadi masyarakat moden,

malah apabila para anggota peradaban-peradaban lain itu dimodenkan maka mereka juga sekali gus telah dibaratkan, lalu meninggalkan nilai, institusi dan adat resam tradisional mereka dan menerapkan unsur-unsur yang terdapat di Barat.

TAMADUN ADA HAYATNYA

Sarjana-sarjana Islam dan Barat bersetuju bahawa sesebuah tamadun itu ada hayatnya. Samuel Huntington menyatakan sebanyak lebih 20 buah tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Namun hanya lapan buah sahaja yang masih tinggal pada masa kini. Oleh kerana itu beliau bersetuju dengan pendapat lain-lain sarjana bahawa tamadun juga boleh diibaratkan sebagai benda bernyawa, iaitu lahir, remaja, dewasa, tua dan mati.

Kemunculan sesebuah tamadun itu dirangsang oleh beberapa faktor antaranya:

1. Ibn Khaldun bermula dengan semangat assabiyah lalu berkembang sampai ke puncak. Pada tahap tersebut tamadun sedang mengalami kehidupan mewah, berseronok, rasuah dan meninggalkan ajaran agama. Itulah mulanya kemerosotan dan membawa kepada kehancuran tamadun.

2. Spencer pula menjelaskan kelahiran tamadun itu juga sama seperti kehidupan manusia yang berakhir dengan tua dan kematian.

3. Arnold Toynbee pula melihat faktor cabaran merupakan faktor penting yang membawa kepada pembinaan tamadun. Namun cabaran-cabaran yang melampau yang tidak dapat diatasi oleh manusia akan menghalang kewujudan tamadun, misalnya Kutub Utara dan Kutub Selatan yang terpaksa menghadapi tahap suhu beku yang tinggi. Beliau juga bersetuju tamadun akan melalui tahap-tahap yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dan Spencer.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 12

Pada masyarakat China, mereka mempercayai wujudnya konsep kitaran dinasti yang dapat menggambarkan tamadun lahir, puncak dan jatuh. Tetapi kejatuhannya itu diganti oleh dinasti yang baru dan meneruskan pembinaan tamadun sebelumnya.

Ibn Khaldun yang menulis Muqaddimah pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan.

Kemuncak

Tahap

Awal Kemerosotan

Rajah 1.3. Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun

Hubungan antara tamadun dan kenegaraan

Tahukah anda, sebelum sesebuah negara itu wujud, ia harus melalui beberapa proses utama iaitu:

1. Perubahan daripada nomad kepada menetap dan seterusnya kemunculan teknologi pertanian.

Pada awal abad pertama Masihi, Alam Melayu telah mulai mengalami pertembungan dengan tamadun India dan China. Namun begitu pengaruh tamadun India lebih tinggi dan menurut G.Coedess berlakulah ”pengindiaan” atau ”penghinduan”. Kewujudan negara-negara kota Melayu pada ketika itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iuaitu maritim dan agraria. Contoh negara kota maritim ialah Srivijaya dan Melaka. Manakala contoh negara kota agraria ialah Angkor dan Ayuthia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 13

Kemunculan tamadun India dan China lalu berinteraksi dengan Alam Melayu telah membawa perubahan di negara-negara kota dan maritim tersebut. Teknologi pelayaran yang canggih pada masa itu dikuasai oleh orang-orang China dan India mampu belayar lebih jauh dan membawa kargo dan tentera dalam jumlah yang besar. Laksamana Cheng He telah membawa armadanya ke Melaka, telah membantu kerajaan Melayu Melaka bebas daripada ancaman Siam.

Berdasarkan kajian oleh seorang sarjana Barat Gavin Menzies (2003) 1421 The Year China Discovered The World, terangkan kehebatan teknologi kapal-kapal pengangkut yang pernah dibina oleh China pada abad ke-15?

Agama Islam turut sampai ke Alam Melayu pada kira-kira abad ke-13 Masihi. Melaka menjadi pusat utama penyebaran agama Islam. Negara kota Melaka yang merupakan pelabuhan entreport utama di sebelah Timur. Para pedagang India, China, Jawa, Bugis dan para pedagang Islam yang menaungi pelabuhan Melaka. Portugis mencemburui kehebatan pelabuhan Melaka tambahan pula Melaka adalah negara Islam. Portugis menakluk Melaka pada 1511. Sejak itu Alam Melayu telah menjadi rebutan penjajah-penjajah Barat antaranya Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Lebih 400 tahun lamanya Alam Melayu dijajah oleh Barat dan Jepun. Tamadun Melayu turut mengalami perubahan.

Huraikan teori-teori kedatangan Islam di Alam Melayu.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 14

Penjajahan Barat bukan sahaja membantutkan pembinaan tamadun Melayu, malah telah menyekat penyebaran agama islam dan bahasa Melayu ke seluruh Alam Melayu. Beri pandangan anda.

2. Pertambahan penduduk menyebabkan manusia menjadi kreatif bagi memenuhi keperluan masing-masing. Teknologi yang simple seperti membajak menggunakan kerbau diganti oleh traktor. Ini berlaku melalui revolusi perindustrian yang bermula pada abad ke-18 di Eropah.

Kesan daripada revolusi perindustrian tersebut, maka negara-negara Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan terutamanya di Timur. Alam Melayu turut dijajah dan pada tahun 1824, melalui perjanjian Inggeris-Belanda, maka Alam Melayu dibahagi kepada kawasan masing-masing.

Huraikan kesan-kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ke atas Alam Melayu?

Inggeris terutamanya mengeksploitasi komoditi utama Malaysia iaitu bijih timah, kelapa dan kemudiannya getah. Oleh kerana mereka perlu mengeluarkan komoditi tersebut pada paras yang maksimum, lalu mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India. Maka bermulalah pembentukan masyarakat majmuk di Alam Melayu. Tamadun Melayu-Islam mulailah mengalami proses interaksi dengan lain-lain kaum yang berasal dari tamadun India, tamadun China dan tamadun Barat.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 15

Bagi mempercepatkan pengeluaran, pihak penjajah telah membawa masuk jentera dan teknologi pertanian dan perindustrian. Proses pemodenan dan pembandaran mulai berlaku di Alam Melayu. Bandar-bandar baru wujud dan diikuti oleh pembinaan jalan-jalan raya dan jalan keretapi bagi mempercepatkan penghantaran bahan komoditi tersebut keluar negara. Dari segi ekonomi diperkenalkan pula ekonomi laissez faire. Malaysia khususnya mewarisi kemajuan dan pembangunan yang ditinggalkan oleh Inggeris. Inggeris juga mewariskan sebuah masyarakat yang sangat kompleks iatu masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk yang ditinggalkan oleh Inggeris sebenarnya turut memperkayakan kepelbagaian budaya di Malaysia. Bincangkan.

3. Perubahan berikutnya ialah teknologi moden.

Melalui dasar-dasar pembangunan yang positif, Malaysia muncul sebagai sebuah negara industri dan diharapkan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Kemajuan yang cepat berlaku kerana Malaysia tidak menolak pembangunan, pembandaran dan pemodenan. Pembangunan dan teknologi yang dibawa dari negara-negara maju dapat gunapakai kerana melalui dasar pembangunan insaniahnya teknologi-teknologi yang dibawa masuk itu telah diadaptasi sesuai dengan keperluan Malaysia. Peluang pendidikan yang terbuka luas dan rakyat yang rajin berusaha, akan membolehkan Malaysia mencapai wawasan yang telah dirangka oleh para pemimpin kita.

Berdasarkan perbincangan tadi, unsur utama untuk membina sebuah tamadun dan juga negara bangsa adalah semangat assabiyah seperti yang diperkatakan oleh Ibn Khaldun. Semangat inilah yang telah menyatukan rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia membebaskan negara daripada penjajahan Inggeris. Beberapa usaha pembebasan tanah air daripada penjajah telah gagal kerana tidak adanya semangat assabiyah. Semangat yang ada sebelum kita merdeka adalah kedaerahan, kenegerian, perkauman dan diskriminasi. Sehubungan itu adaklah sukar untuk menyatukan semua rakyat menentang penjajah pada masa itu. Semangat nasionalisme dan keinginan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 16

untuk mencapai kemerdekaan telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik itu.

Ketika Malaysia diancam oleh Indonesia, rakyat Malaysia telah bersatu dan akhirnya kita berjaya menentang ancaman tersebut. Begitu juga apabila unsur perkauman menjadi mainan pembangkang hIngga tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, semangat assabiyahlah yang berjaya menyatukan rakyat untuk memulihkan negara daripada kemusnahan.

Justeru, isu-isu ketamadunan dan kenegaraan sebenarnya tidak banyak perbezaan. Malah kedua-dua aspek boleh dibincang sekaligus.

RUMUSAN

Bab ini merupakan bab yang penting dan telah memberikan gambaran khas tentang kursus yang akan dijalankan nanti. Bab ini memperkatakan konsep- konsep penting dalam melihat dan memahami kursus Kenegaran Malaysia seperti konsep kenegaraan, sistem kerajaan, negara bangsa, ras, etnik dan bangsa, masyarakat dan masyarakat majmuk, kebudayaan, ideologi dan politik. Bab inin juga cuba melihat dari perspektif ketamadunan dan melihat bagaimana proses pembangunan negara ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam pembinaan sebuah tamadun yang cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

KATA KUNCI

1. Kenegaraan 5. Etnik

2. Tamadun 6. Teori Kitaran

3. Budaya 7. Interaksi

4. Bangsa 8. Ras

LATIHAN

1. Bincangkan secara mendalam kebaikan dan kekurangan negara bangsa.

2. Dengan mengambil contoh Malaysia, huraikan ciri-ciri sesebuah negara yang anda faham.

3. Dengan memilih sebuah negara yang anda minat, buatkan perbandingannya dengannya dengan merujuk kepada ciri-ciri Kenegaraan tersebut.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 17

4. Kaitkan tamadun dan teori kitaran dalam pembinaan tamadun.

5. Bincangkan konsep pembinaan negara bangsa negara Malaysia.

6. Pada pandangan anda bagaimanakah negara Malaysia akan dapat diperkuatkan? Bincangkan.

7. Jika merujuk kepada teori kitaran, negara Malaysia berada pada tahap mana Tamadun? Pada penilaian anda apakah akan berlaku kepada Malaysia dalam 50 tahun lagi.

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. (2006). Negara-bangsa Proses dan Perbahasan. Edisi Kedua.

Bangi: Penerbit UKM.

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andy (1983). Sejarah Malaysia. Selangor:

Macmillan Pub (M) Sdn. Bhd.

Lotfi Ismail (1975). Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (editor). (2009). Modul Pengajian

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Samuel Huntington (terjemahan). (2007). Pertembungan Tamadun dan Order Baru.

Kuala Lumpur: ITNMB.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (1996). Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 18

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 19

UNIT 2

TAMADUN MELAYU HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami konsep Tamadun Melayu. 2. Menjelaskan asal usul Tamadun Melayu. 3. Melihat aspek kegemilangan dan kekuatan Tamadun Melayu. 4. Menganalisis sumbangan Tamadun Melayu kepada pembinaan negara Malaysia.

ASAL USUL TAMADUN MELAYU Kemunculan masyarakat Melayu yang kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud susunan masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, petani-petani dan hamba. Hasil daripada interaksi dengan pedagang-pedagang asing yang datang daripada tamadun China dan India khususnya, tamadun Melayu turut berkembang. Perkembangannya secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu yang berpusat di negara-negara kota menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan kebudayaan.

Senaraikan lima nama negara-negara kota di Alam Melayu, dan terangkan peranannya dalam aspek perdagangan, politik dan kebudayaan?

Asas Pembentukan Tamadun Melayu Perkembangan kebudayaan dan masyarakat Melayu, telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu (Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Akan tetapi, sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga Pulau Borneo. Tapak pra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kita mendapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu.

Perubahan cara hidup nomad kepada menetap, diikuti dengan susunan masyarakat yang kompleks hasil daripada penguasaan ke atas teknologi pertanian yang dapat menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun (Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad, 2009: 65). Hasil daripada interaksi dengan lain-lain tamadun, maka nilai-nilai baru, teknologi, kebudayaan, ekonomi dan politik baru

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 20

telah memantapkan lagi tamadun Melayu. Hasil daripada ”pengindiaan dan penghinduan”, istilah yang digunakan oleh Coedess, tamadun Melayu turut berkembang. Seni-seni bina seperti kraton dan kuil-kuil jelas menunjukkan proses perubahan itu telah berlaku. Bahasa Melayu turut mengalami proses transformasi apabila bahasa Sanskrit dan tulisan Pallava dari tamadun India disesuaikan dengan bahasa Melayu kuno.

Sila lihat dalam laman web rupa bentuk seni bina bangunan-bangunan yang dimaksudkan itu. Antaranya adalah Borobudur dan Lembah Bujang.

Pada pandangan anda, benarkah perubahan yang terjadi pada tamadun Melayu pada awal Masehi hingga 12 Masehi adalah faktor penjajahan Hindu-Buddha di Alam Melayu?

Penghasilan makanan yang berlebihan membolehkan sebahagian daripada masyarakat untuk bebas melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu dan mereka tidak perlu bercucuk tanam untuk memperoleh makanan. Melalui pertukaran barang mereka boleh mendapatkan makanan, selain itu pengkhususan kerja membolehkan mereka menjual perkhidmatan seperti menjadi tentera, guru, pelukis dan sebagainya. Peluang-peluang pekerjaan biasanya wujud di bandar-bandar atau di negara-negara kota seperti Srivijaya, Pasai, Majapahit dan Melaka. Pertambahan penduduk dan memiliki kebolehan serta keperluan yang berbeza menjadi faktor kepada migrasi penduduk desa ke negara-negara kota terdekat.

Lembah Bujang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

1. Kawasan pertanian Terletak dikawasan tanaman sawah padi yang luas. Majoriti orang Melayu di kawasan itu bekerja sebagai petani. Mereka membekalkan makanan kepada kawasan bandar dan pusat pemerintahan.

2. Kawasan bandar Menjadi bandar pelabuhan utama di kawasan utara Tanah Melayu. Kapal-kapal layar dari India berlabuh di Lembah Bujang bagi memunggah barang dagangan, mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan untuk meneruskan pelayaran ke selatan ataupun pulang ke India.

3. Istana raja dan kuil Hindu-Buddha Terletak di puncak bukit yang memandang ke arah kawasan pertanian dan laut Selat Melaka. Runtuhan kuil Hindu-Buddha di kawasan tersebut menggambarkan pengaruhi Hindu-Buddha amat kuat pada masa itu.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 21

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam. Antara contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala Selinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu ini memerlukan sokongan daripada sistem ekonomi yang kuat, khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan penduduk sesebuah negara kota. Pembinaan tamadun-tamadun di luar Asia Tenggara sememangnya berasaskan kepada aktiviti pertanian (atau agraria). Akan tetapi, sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasan Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti maritim. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut kebanyakannya terletak di pesisiran pantai di sepanjang Tanah Melayu dan Sumatera yang mengadap Selat Melaka. Kerajaan Melayu awal ini meninggalkan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Ini menunjukkan negara-negara kota tersebut perlu menyediakan rangkaian perhubungan yang besar dan memerlukan petempatan yang agak lama dan tetap. Berdasarkan teks-teks sejarah tempatan seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan.

Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masa dahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka (Bellwood 1997; Braddell 1935; Coedes 1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia memainkan peranan sebagai tempat berehat sebelum meneruskan perjalanan samada ke barat ataupun ke timur mengikut musim yang bersesuaian. Sehubungan itu, pelabuhan-pelabuhan negara-negara kota Melayu terus maju dan berkembang untuk membentuk tamadun (atau negara kota) Melayu yang awal.

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal Kita dapati bahawa tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk oleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980; Mohd Taib Osman dan Aziz Deraman (selenggara) 2000). Kebudayaan orang-orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal di rantau Nusantara atau juga dikenali sebagai Alam Melayu oleh kerana teknologi pengangkutan air orang Melayu pada waktu itu mampu untuk menguasai laluan-laluan perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan-kawasan perairan kerajaan-kerajaan Melayu awal.

Manakala masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, lebih tertumpu ke kawasan pendalaman Asia Tenggara. Tamadun-tamadun awal yang wujud pada ketika itu mengalami proses ”pengindiaan dan penghinduan”. Sami-sami Hindu-Buddha dibawa oleh pedagang-pedagang India telah diambil oleh raja-raja Melayu ketika itu bagi melakukan upacara-upacara keagamaan dan pertabalan. Pengesahan sami-sami Hindu-Buddha itu amat penting bagi mengesahkan kewibawaan raja yang dihubungkaitkan dengan konsep penjelmaan dewa. Bagi mengukuhkan kedudukan raja-raja Melayu ketika itu, cerita-cerita mitos dan legenda berunsur Hindu-Buddha diceritakan oleh sami-sami Hindu dan kemudiannya menjadi sebahagian cerita rakyat.

Perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah dengan terbinanya kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Sungguhpun terdapat banyak kerajaan Melayu awal, sebahagian besar

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 22

daripada kerajaan-kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati kesemua ciri-ciri tamadun. Kebanyakan bandar dan negara kota Melayu terletak di tepi-tepi laut dan kuala sungai. Pembangunan tamadun seperti yang berlaku di Lembah Sungai Nile, Hwang He dan Lembah Indus tidak berlaku sehebat mereka. Namun demikian, kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruhi Hindu-Buddha dengan jelas menunjukkan beberapa ciri tamadun yang asas telahpun wujud seperti yang dinyatakan (Ahmad Hakimi 1998, 2006; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Ini adalah kerana bandar-bandar atau petempatan-petempatan ataupun pusat-pusat keagamaan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini mempunyai pembinaan monumental (besar) yang menggunakan batu. Penggunaan batu untuk pembinaan memerlukan pakar-pakar dalam bidang pembinaan, pakar-pakar yang mengkhusus dalam pekerjaan mereka sepenuh masa. Contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah:

i) Angkor Wat di Kampuchea; ii) Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia; dan iii) Lembah Bujang, di Kedah, Malaysia.

Bandingkan ciri-ciri tamadun yang terdapat di negara-negara kota Melayu seperti di Kampuchea, Indonesia dan Tanah Melayu?

Empayar Melayu Awal Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asas perbandaran yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kita mengambil kira teori-teori barat tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat. Bagi mencari kehidupan yang lebih baik maka ramailah masyarakat Melayu daripada lain-lain tempat terutama di sepanjang pantai Selat Melaka pergi merantau ke negara-negara kota yang wujud. Penempatan-penempatan berunsur etnik Melayu wujud di bandar dan kota-kota tersebut. Misalnya terdapat nama kampong Jawa, Kampoung Bugis, Kampung banjar dan sebagainya. Untuk memakmurkan negara kota, mereka menggalakkan pula orang-orang Cina, India dan Arab mendirikan penempatan-penempatan di kawasan berhampiran. Maka muncullah kampung-kampung Cina, Kampung Keling dan sebagainya.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 23

\

Beberapa tokoh utama dari China telah datang ke Srivijaya bagi mendalami ajaran agama Buddha. Siapakah mereka dan jelaskan sumbangan mereka kepada tamadun Melayu pada era kerajaan Srivijaya?

Pedagang-pedagang dan nelayan-nelayan Cina dikatakan telah sampai ke Sabah dan Sarawak. Jelaskan trujuan kehadiran mereka dan sumbangan mereka kepada pembinaan tamadun Melayu pada masa itu?

Kerajaan Awal Alam Melayu (Islam) Saudagar dan pedagang-pedagang Arab telah sampai ke sebelah Timur dan khususnya ke Alam Melayu sewaktu dengan kewujudan Negara-negara kota Srivijaya, Langkasuka, Oc Eo dan sebagainya. Kelahiran Islam di Tanah Arab turut mengislamkan orang-orang Arab yang sering berulang-alik ke Timur dan Alam Melayu. Kehadiran mereka turut membawa bersama ajaran agama Islam yang kemudiannya menggantikan ajaran agama Hindu-Buddha.

Kerajaan-kerajaan awal Melayu yang memeluk agama Islam ada dinyatakan dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Sekiranya raja sebuah kerajaan itu memeluk agama Islam, maka rakyat jelata akan turut memeluk agama Islam. Manakala istana dan para pembesar turut memainkan peranan penting mempercepatkan penyebaran agama Islam. Melaka dan Aceh umpamanya menjadi pusat kebudayaan dan penyebaran agama Islam. Jajahan takluk Melaka umpamanya memeluk agama Islam secara sukarela kerana ini akan memudahkan urusan dengan Melaka. Perkahwinan antara anak-anak raja dan puteri-puteri raja mempercepartkan lagi penyebaran agama Islam. Bagi memudahkan kehadiran saudagar-saudagar berbilang bangsa itu kerajaan Melaka telah melantik beberapa orang syahbandar bagi menjaga kebajikan saudagar-saudagar berkenaan dan seterusnya mempermudahkan urusan perniagaan mereka.

Agama Islam telah membawa banyak perubahan, antaranya:

1. Tulisan Arab diadaptasi menjadi tulisan Jawi. 2. Ajaran agama Islam menjadi penapis kepada lain-lain budaya yang turut dating hasil daripada

interaksi melalui perdagangan, diplomatik dan lawatan social. 3. Bahasa Melayu menjadi semakin luas penggunaannya dan menjadi bahasa lingua franca dan

pentadbiran. Bahasa Melayu Kuno diganti oleh bahasa Melayu Klasik. 4. Islam telah mengubah cara berfikir dan juga corak kehidupan sebahagian besar umat Melayu-

Islam. 5. Hasil seni seperti muzik, seni bina, tenunan, fesyen dan sebagainya telah disesuaikan dengan

kehendak Islam. 6. Hasil sastera yang berasaskan ajaran agama Hindu-Buddha dan animisme mulai disesuaikan dan

diganti dengan cerita-cerita dan hasil sastera Islam. 7. Dari segi politik beberapa unsur Islam telah diguna pakai bagi menggantikan unsur Hindu-Buddha.

Antaranya ialah istilah raja diganti sultan, ritual agama Hindu-Buddha diganti dengan bacaan doa Islam, dan sebagainya.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 24

8. Dewa-dewi Hindu dan konsep penunggu dan roh dalam animisme diganti dengan nama-nama berunsur Islam seperti Allah, malaikat, jin, watak-watak nabi dan rasul dan sebagainya.

9. Undang-undang Islam diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang yang berasaskan ajaran Hindu-Buddha. Sebagai contoh Kanun Melayu Melaka.

Justeru, kita dapat melihat dengan jelas legasi peninggalan dalam proses pembentukan Tamadun Melayu yang telah bercampur dengan banyak tamadun-tamadun besar telah menjadi asas dalam pembinaan bangsa negara Malaysia kemudiannya yang akan dibincangkan dalam bab berikutnya. Aspek-aspek ini merangkumi sistem pemerintahan, peranan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan bahasa Melayu yang menjadi identiti jati diri kebangsaan di kalangan bangsa Melayu sendiri.

Buat kajian di tempat anda, sejauhmanakah pengaruh agama Islam mempengaruhi semua aspek kehidupan masyarakat Melayu tempatan?

Kegemilangan Tamadun Melayu

Politik dan Pentadbiran Pada zaman prasejarah masyarakat di Alam Melayu belum mempunyai sistem politik yang kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Pada peringkat awal susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti yang ada sekarang. Perpaduan dalam kalangan masyarakat Alam Melayu pada zaman lampau berdasarkan asas kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat politik masyarakat Alam Melayu bermula dari organisasi desa, kemudian suku-suku itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu gabungan kelompok-kelompok yang kecil. Kesimpulannya, struktur politik masyarakat Alam Melayu bermula daripada desa dan kampung kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar menjadi pemimpian pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri. Menurut Ralph Linton, organisasi politik masyarakat Alam Melayu sebelum kemasukan pengaruh luar merupakan unit-unit kecil pada peringkat desa yang diketuai oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu.Sekiranya terdapat sebarang masalah atau gangguan pentadbiran pada peringkat desa tersebut mereka akan membincangkan hal-hal tersebut melalui mesyuarat dalam kalangan anggotanya terutama ahli-ahli yang berpengalaman misalnya golongan tua dalam desa tersebut.

Pada zaman kemasukan pengaruh agama Hindu-Buddha organisasi politik masyarakat Alam Melayu pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan untuk satu kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu diserap oleh orang Melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan pelbagai penyesuaian. Ketua negara

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 25

yang memimpin kerajaan sesebuah daerah dinamakan raja iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa dari gunung yang tinggi. Konsep Dewaraja ialah kepercayaan dan salah silah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan yang menjelma tiga Tuhan dalam Kepercayaan agama Hindu-Buddha iaitu Tuhan Shiva, Vishnu, dan Brahma, lelembut, mamang atau makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia adalah asal usul dan tradisi nenek moyang mereka dan ini adalah warisan daripada tradisi Melayu-Hindu (Mohd Yusof Hashim, 1981: 141).

Keperluan dan kehendak rakyat dapat dipuaskan melalui wujudnya pemerintah iaitu konsep Raja. Peranan ini sukar dilakukan oleh individu, kewujudan pemerintah pemerintah adalah jalan terbaik untuk memenuhi kesempurnaan rakyat. Tugas ini memerlukan pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta memerlukan kebijaksanaan pemerintah sebagai pemegang tampuk pemerintahan yang tertinggi dalam struktur organisasi sosial negara. Tolong-menolong dan saling bekerjasama adalah unsur yang perlu dalam menjaga keharmonian masyarakat, pemerintah, dan negara. Kesemua unsur ini tidak dicapai tanpa melalui adanya pemerintah yang adil.

Berdasarkan ciri-ciri yang dijelaskan di atas berkaitan dengan pegangan prinsip Islam yang datang di Alam Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi menjaga kemaslahatan umatnya. Islam telah mengambil peranan yang utama dalam dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu dan sistem politik di rantau ini. Pengaruh politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil, mengenal hak, dan bertanggungjawab telah diserapkan ke dalam sistem politik Alam Melayu.

Islam berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang memerintah di kebanyakan negeri di rantau ini. Pemerintahan Islam di Alam Melayu menggembeling tenaga seluruh rakyat bagi memperjuang dan mempertahankan ajaran Islam, negara, dan umatnya. Ajaran Islam telah mendorong mereka supaya meminati ilmu dan mendekati para ulama. Ini berlaku kepada beberapa sultan yang memerintah seperti Sultan Malik Al-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan Mansor Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Shah (Acheh).

Fungsi sultan ialah sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak dianggap sebagai manusia paling suci seperti dalam kepercayaan agama Hindu-Buddha sebelumnya (Abd Rahman Abdullah, 1981: 252). Masyarakat menganggap sultan adalah manusia yang mulia, berdaulat (kekuasaan halus) yang hanya dimiliki oleh raja dan tidak boleh digugat. Konsep daulat berkembang apabila sultan dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal usul jurai keturunan dan salasilah serta kebolehan fizikal dan kerohanian yang luar biasa. Daulat juga berkait rapat dengan tuah yang dimiliki oleh sultan yang dilambangkan keadaan negeri yang aman dan makmur, perdagangan berkembang pesat, tanaman hidup subur, ternakan membiak, dan bilangan rakyat bertambah. Oleh itu, rakyat mestilah menjalankan titah perintah sultan dan sesiapa yang menentang dianggap menderhaka ( Abd Rahman Haji Abdullah,1981 ). Ini bermakna kedatangan Islam berjaya mengubah watak dan sifat raja atau sultan kepada sifat yang lebih positif.

Kesenian Hasil seni biasanya dihasilkan pada waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya. Seni juga menggambarkan bangsa yang maju dan sekaligus

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 26

menggambarkan tahap pencapaian tamadun yang tinggi. Daya usaha seorang seniman itu diberi ertii pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan agamanya. Sebab itulah kita dapati hasil seni Tamadun Melayu menggambarkan zaman dan sistem kepercayaan yang dianutinya. Pada ketika tiada beragama ataupun animisme, hasil seninya dapat dikesan melalui cerita-cerita rakyat seperti Sang Gedembai dan cerita asal-usul. Pengaruh Hindu pula dapat dikesan melalui cerita-cerita rakyat dan seni bina. Hikayat Seri Rama merupakan saduran daripada epik Ramayana Hindu. Manakala senibina berunsur Hindu-Buddha dapat dilihat di Lembah Bujang dan Bali.

Hasil seni Melayu turut mengalami perubahan setelah kedatangan agama Islam. Seni bina bangunan yang berunsur Hindu-Buddha sudah tidak dibina lagi dan diganti dengan seni bina berunsur Islam, terutamanya masjid. Unsur-unsur ukiran Hindu tidak sesuai dengan ajaran agama Islam lalu diganti dengan ukiran-ukiran berbentuk alam dan tulisan-tulisan khat. Di Melaka, hasil interaksi masyarakat Melayu dan Cina, maka seni bina masjid Melaka banyak dipengaruhi unsur seni bina Cina.

Ghouse Nasaruddin membahagikan muzik Melayu kepada empat jenis iaitu:

1. Muzik orang-orang asli atau peribumi seperti Senoi, Negrito, Dayak, Murut dan lain-lain. Muzik ini menjadi asas kepada muzik Melayu tradisional

2. Muzik desa iaitu muzik yang mengiringi teater tradisi seperti mak yong, wayang kulit dan lain-lain.

3. Muzik perantaraan atau transisi iaitu menggunakan alat-alat muzik Melayu asli dan Barat. 4. Muzik Melayu moden yang digubah dan disusun mengikut sistem muzik Barat misalnya muzik

pop.

Pelbagai jenis alat muzik telah dicipta untuk tujuan kehidupan. Kelahiran muzik ritual berdasarkan kepada kepercayaan orang Melayu bahawa semua alam semula jadi mempunyai semangat dan perlu diwujudkan keharmonian dan keseimbangan semangat di kalangan penduduk. Seni muzik ritual orang Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Sebagai contoh wayang kulit yang merujuk kepada kisah-kisah pengembaraan dan percintaan dewa-dewi Hindu. Alat-alat muzik seperti gendang dan serunai yang digunakan dalam wayang kulit itu alat adalat muzik dari India. Kedatangan Islam, turut membawa unsur muzik berasal dari Arab seperti gendang, rebana dan gambus.

Senaraikan lima jenis hasil seni tempatan, dan huraikan fungsi hasil seni tersebut dalam masyarakat tradisional?

Bahasa Hasil daripada tinggalan sejarah, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan. Beberapa buah batu bersurat atau prasasti ditemui di sekitar Palembang. Antaranya ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 Masehi, Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh 684 Masehi, Batu Bersurat Batu Kapur bertarikh 686 Masehi dan Batu Bersurat Karang Berahi bertarikh 692 Masehi. Kandungan inskripsi pada batu-batu bersurat ini membutikan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi, bahasa

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 27

pemerintahan dan bahasa lingua franca di Alam Melayu. Bahasa Melayu tersebut dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan menggunakan tulisan Pallava yang berasal dari India.

Bahasa Melayu turut berubah selepas kedatangan agama Islam. Batu Bersurat Terengganu bertairkh 702 hijrah bersamaan 1303 Masehi. Kandungan batu bersurat ini menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi dan pelaksanaan hokum Islam (syariah) dalam system pemerintahan dan pentadbiran. Bahasa Melayu ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Klasik.

Sistem tulisan dan pendidikan Pengaruh tulisan dari India iaitu pallava dapat dikesan pada batu-batu bersurat yang dinyatakan di atas. Bahas Melayu kuno itu bercampur-aduk dengan bahasa Sanskrit yang juga berasal dari India.

Kedatangan Islam telah membawa bersama-samanya kitab-kitab agama yang ditulis dalam tulisan Arab. Bahasa Arab mula diserap masuk ke dalam bahasa Melayu dan dikenali Bahasa Melayu Klasik. Oleh kerana terdapat sebutan-sebutan dalam bahasa Melayu yang tidak boleh ditulis dengan tulisan Arab, maka orang-orang Melayu mengubahsuai tulisan Arab dan dikenali Tulisan Jawi.

Masyarakat Melayu-Islam mendidik anak-anaknya secara formal dan tidak formal. Secara formal, institusi agama yang penting seperti masjid, surau dan madrasah merupakan tempat-tempat pengajian agama berlangsung. Di masjid-masjid dan surau-surau biasanya akan dijemput ulama-ulama atau ahli agama datang mengajar sesuatu tajuk. Masyarakat Melayu yang tinggal dalam kariah masjid tersebut adalah dijemput hadir. Biasanya kuliah-kuliah agama itu dilakukan pada waktu selepas sembahyang subuh ataupun selepas sembahyang maghrib dan isyak. Manakala madrasah pula merupakan sekolah-sekolah agama yang didirikan oleh individu-individu tertentu ataupun ditaja oleh kerajaan. Biasanya di madrasah terdapat guru-guru agama yang professional dan mendapat tauliah daripada kerajaan. Selain ada kurikulum khusus terdapat juga buku atau kitab-kitab yang ditulis tangan (kemudiannya dicetak) menjadi bahan rujukan. Di beberapa buah negeri Melayu utara, terdapat sekolah-sekolah pondok.

Bandingkan ciri-ciri tulisan Arab dengan tulisan Jawi?

Selain bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan dan komunikasi, ia juga digunakan untuk lain-lain tujuan. Jelaskan.

Pendidikan tidak formal pula berlaku di rumah atau di kawasan sekitar tempat tinggal. Biasanya ibu bapa atau keluarga yang tua bertanggungjawab mendidik anak-anak mengenai moral, ajaran-ajaran agama, dan yang penting persediaan untuk menjadi dewasa. Selain mengikut ibu bapa ke kebun, sawah atau ladang, anak-anak juga dibawa ke laut menangkap ikan atau berburu. Anak-anak perempuan diajar dan dilatih memasak, menjahit, mengemas rumah dan semua aktiviti-aktiviti yang perlu sebagai persediaan berumah tangga.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 28

Pada pendapat anda, mampukah sistem pendidikan tradisonal itu menyediakan pelajar-pelajarnya menghadapi masa depan dengan jayanya?

Sistem Perundangan Ketika orang-orang Melayu di bawah pengaruh Hindu-Buddha, sistem perundangan yang di gunapakai adalah berdasarkan ajaran Hindu-Buddha. Di Pulau Jawa dan Bali, penghakiman di laksanakan berdasarkan kepada Kod Undang-undang Dharmasastra atau agama. Kuntara Manawa Dharmasastra adalah buku kod undang-undang di Majapahit yang disesuaikan dengan undang-undang Manu. Seorang hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman mati berdasarkan peraturan dalam kod undang-undang Kuntara Munawa manakala denda yang dikenakan tidak melebihi 160,000 rupee.

Menurut undang-undang Hindu, hukuman yang dijatuhi berbeza mengikut kasta. Mereka yang tergolong dalam kasta yang rendah akan menerima hukuman lebih berat berbanding dengan golongan kasta yang lebih tinggi. Unsur-unsur undang-undang Hindu-Buddha boleh didapati dalam Hukum Kanun Melaka.

Dapatkan maklumat mengenai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Bandingkan isi kandungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dan sejauh manakah kedua-dua kitab

undang-undang itu dipengaruhi oleh ajaran agama Hindu-Buddha?

Pada awal abad ke-13, agama Islam mulai berkembang di Alam Melayu. Menjelang akhir abad ke-15, Melaka menjadi kuasa yang sangat penting di Asia Tenggara. Tome Pires mengatakan bahawa “Melaka sangat penting dan menguntungkan sehinggakan pada saya ia tiada tolok bandingnya di dunia ini – Melaka ialah bandar yang telah dibina untuk perdagangan dan tiada bandar yang lebih baik daripadanya di dunia; disinilah berakhirnya monsun dan bermulanya segala yang lain” (dalam Ahmad Ibrahim,1995:9).

Kebangkitan dan pengukuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam menandakan berakhirnya pengaruh Hindu-Buddha dalam tamadun Melayu. Undang-undang yang diikuti di Melaka ialah undang-undang Islam yang menyerap sebahagian tertentu undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan Islam yang dikenali sebagai adat Melayu (Ahmad Ibrahim, 1995:10). Secara umumnya, ada dua jenis adat Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Sehubungan itu undang-undang Islam yang dipakai bukanlah undang-undang Islam tulen, sebaliknya ialah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat Melayu.

Tome Pires memberitahu kita bahawa di zaman pertengahan Melaka, seseorang lelaki mungkin ditikam atau dibakar hidup-hidup atau dipukul dadanya sehingga mati berdasarkan kepada sifat jenayah yang dilakukannya. Pada tahun 1880, seorang remaja Pahang yang bersalah kerana menderhaka dijatuhi hukuman kulit kepalanya ditarik ke bawah menutupi matanya dan badannya diikat kepada sebatang tiang agar mati ditenggelami air pasang. Di Melaka pada abad ke-15, hukuman bunuh ialah hukuman seperti menyiat atau menggunting lidah bagi sesiapa yang mengkhianati perintah diraja (ibid:13).

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 29

RUMUSAN Sebelum kedatangan kuasa Barat, Alam Melayu telah mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran tersendiri. Hal ini terbukti wujudnya pelbagai jenis kerajaan yang kuat dan berkuasa pada ketika itu misalnya Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Palembang, Kerajaan Acheh dan sebagainya.Setiap kerajaan yang wujud pada zaman itu mempunyai hubungan interaksi sesama kerajaan dan dengan kerajaan luar seperti negara China, India, dan Arab.Hubungan yang terjalin antara sesama kerajaan sebenarnya untuk saling melengkapi daipada pelbagai aspek dan tujuan mengelakkan berlaku sebarang perselisihan faham yang boleh mencetuskan konflik yang tidak diingini.Selain dalam aspek politik dan pentadbiran Kerajaan Alam Melayu pada waktu itu juga maju dalam aspek-aspek lain seperti aspek ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan, pendidikan, dan perundangan.Kesemua aspek yang dimaksudkan tidak dipengaruhi mana-mana pengaruh luar malah ia merupakan acuan sendiri dan telah wujud lama di Alam Melayu.Setelah diteliti, sejarah Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa barat lebih berfokuskan agama.Keadaannya semakin semakin baik setelah kedatangan pengaruh Islam.Oleh itu, agama Islam merupakan pencetus evolusi kepada fenomena baru di Alam Melayu.

KATA KUNCI

5. Alam Melayu 5. Indianisasi 6. Kerajaan Melayu Kuno 6. Interaksi 7. Islamisasi 7. Hindunisasi 8. Brahmanization 8. Konsep Devaraja

LATIHAN

8. Jelaskan sumbangan tamadun Melayu dalam proses pembinaan negara Malaysia.

9. Apakah sumbangan tamadun Melayu kepada pembentukan masyarakat di Nusantara.

10. Setujukah anda bahawa tamadun Melayu semakin hilang jatidiri disebabkan oleh globalisasi. Bahaskan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 30

RUJUKAN

A.Aziz Deraman (penyelenggara). (2003). Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim. (1995). Mendekati Sejarah Undang-undang Di Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Amran Kasimin (terjemahan). (1993). Agama dan Perubahan Sosial Di Kalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji yahaya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. (1988). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusof Hashim. (1981). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samri Sainuddin. (2003). TITAS Tamadun Melayu.Tg. Malim: Quantum Books.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 31

UNIT 3

INTERAKSI DALAM PEMBINAAN

TAMADUN DAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kuliah pelajar akan dapat mengetahui:

5. Kandungan kuliah secara umum. 6. Konsep-konsep dan definisi penting yang ada dalam kursus ini. 7. Membincangkan beberapa konsep interaksi. 8. Memahami konsep kinteraksi dan kesan interaksi ke atas negara bangsa dan

Tamadun Melayu.

Konsep dan Kepentingan Interaksi

Pengenalan

Tamadun adalah diibaratkan sebagai organisme hidup yang turut melalui proses dilahirkan, remaja, dewasa, tua dan mati. Oleh kerana tamadun itu didirikan oleh manusia, maka tamaduan itu adalah dinamis, sentiasa berubah dan sentiasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain. Tidak ada tamadun yang tertutup walaupun ia terletak dihujung benua Asia atau di selatan benua Amerika. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya seterusnya mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan.

Manusia sentiasa mengembara, menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru. Hasil pertembungan dengan lain-lain tamadun itulah disebut sebagai interaksi antara tamadun. Interaksi adalah satu proses, melaluinya tindakbalas tiap-tiap pihak yang bertembung itu merangsang kepada tindakbalas. Interaksi adalah proses timbal-balik, melaluinya budaya yang dominan (great tradition) biasanya akan mempengaruhi budaya yang kurang dominan (little tradition).

Definisi.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 32

Interaksi adalah proses sosial hasil daripada situasi pertembungan antara budaya atau tamadun atau pendudukung-pendukung budaya dan tamadun itu sendiri. Walau bagaimanapun pertembungan budaya atau tamadun itu hanya berlaku melalui perantara atau alat-alat tertentu. Budaya atau tamadun bukanlah benda bernyawa namun ianya tetap wujud kerana ada pendukung-pendukungnya. Kesan-kesan interaksi itu dilihat pada tingkah laku pendukung atau manusia seperti bahasa, makanan, pakaian, seni suara, seni reka, arkitek, kesusasteraan dan sebagainya. Oleh itu apabila berlaku pertembungan aktif dan tindak balas antara dua atau beberapa pihak maka wujudlah interaksi dan kesan-kesan interaksi dapat dilihat pada pakaian, lagu, seni muzik, arkitek dan sebagainya. Cepat atau lambat kesan interaksi itu bergantung kepada kaedah interaksi itu terjadi. Misalnya perubahan sosio-budaya dan ekonomi dalam tamadun Melayu awal berjalan pada kadar yang perlahan. Hampir seribu tahun lamanya tamadun dari India berjaya mempengaruhi sebahagiandaripada budaya Melayu yang mencorakkan bentuk tamadun Melayu awal. Manakala interaksi dengan orang-orang Cina amat sedikit mempengaruhi budaya orang Melayu. Sebaliknya orang-rang Cina yang datang pada abad ke-15 di Melaka telah menyerap budaya Melayu dan dikenali sebagai baba-nyonya.

Gambar 1. Wanita berbaju kebaya pendek kesaninteraksi wanita Melayu dan Nyonya. Manakala pihak penjajah Barat memaksa tanah jajahannya memakai sistem ekonomi laissez fare. Wujud dualism dalam system ekonomi di tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sekiranya paksaan itu dibalas dengan tentangan, perubahan akan berlaku dengan lambat atau tiada perubahan langsung. Selain itu interaksi juga boleh berlaku walaupun tanpa kehadiran para pendudukngnya. Misalnya melalui pembacaan buku dan majalah, serta melalui media massa letronik dan teknologi maklumat.

Huraikan maksud interaksi dan kaitkannya dengan proses dan kesan ke atas

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 33

tamadun Melayu?

Interaksi antara tamadun

Selat Melaka merupakan laluan perkapalan antarabangsa yang terpenting sejak Alam Melayu mula diteroka oleh lain-lain tamadun yang pernah wujud. Pada awal abad pertama Masehi, Alam Melayu mengalami proses interaksi dengan dua tamadun besar iaitu China dan India. Hasil daripada interaksi tersebut, muncullah bandar-bandar dan negara-negara kota misalnya Srivijaya, Bruas, Lembah Bujang, Langkasuka dan sebagainya. Namun antara dua buah tamadun itu, tamadun India lebih dominan sehingga Coedess menggelar zaman tersebut sebagai zaman ”pengindiaan dan penghinduan” bukan sahaja di Alam Melayu tetapi juga keseluruh Asia Tenggara.

Menjelang abad ke-15, muncul pula negara kota yang baru dan penting pada ketika itu, iaitu negara kota Melaka. Oleh kerana kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan maritim (maritime state) yang berteraskan kepada perdagangan, ianya sentiasa bertembung dengan kumpulan-kumpulan etnik atau pedagang-pedagang dari sekitar Alam Melayu dan lain-lain bangsa. Terdapat beberapa cara bagaimana pertembungan-pertembungan tersebut berlaku, seperti yang akan kita bincangkan nanti.

Peta 1 Kawasan Masyarakat Melayu di Malaysia

Bekerjasama.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 34

Kedudukan negara-negara kota Melayu di pertengahan laluan perdagangan Timur-Barat menyebabkan negara-negara kota tersebut menjadi tumpuan para pedagang untuk singgah bagi mendapatkan bekalan dan juga jual-beli dagangan yang mereka bawa. Sehubungan itu raja-raja dan pemimpin-pemimpin masyarakat sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang asing tersebut. Hubungan antara pemimpin tempatan dan para pedagang adalah memberi keuntungan bagi kedua belah pihak. Raja-raja dan para pemimpin Melayu tempatan senantiasa memberi kerjasama dan membantu para pedagang dan menjamin keselamatan mereka semasa berada di negara-negara kota Melayu. Kerjasama, bantuan dan jaminan keselamatan itu telah menggalakkan lagi perkembangan perdagangan sehinggalah ianya dimusnahkan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Perlantikan Syahbandar

Pertumbuhan kegiatan perdagangan banyak bergantung kepada langkah-langkah pihak pemerintah di negara-negara kota. Syahbandar merupakan satu jawatan penting untuk menjamin kecekapan dan kelicinan urusan pentadbiran, kegiatan perkapalan dan amalan perniagaan di pelabuhan (Auni bin Hj Abdullah, 2001:27). Biasanya syahbandar dilantik dari kalangan saudagar dan pedagang Islam asing yang berwibawa. Menurut Auni (2001) lagi, kedudukan ini memudahkan urusan dan merupaan daya tarikan kepada pedagang asing untuk datang berniaga di Alam Melayu. Melaka telah melantik empat orang Syahbandar.

1. Seorang Syahbandar bagi pedagang Gujerat dan negara0negara atas angin (Barat),

2. Seorang Syahbandar bagi pedagang-pedagang yang datang kawasan pantai Koromandel,Benggala, Hilir Burma, Pasar dan Sumatera Utara.

3. Seorang Syahbandar bertanggungjawab ke atas kapal-kapal yang datang dari Palembang, Jawa, Kepulauan Maluku, Kepulauan Nusatenggara, Kalimantan dan Filipina.

4. Seorang Syahbandar bertanggungjawab ke atas pedagang-pedagang dari China dan Indochina.

Pedagang-pedagang Islam mendapat layanan istimewa daripada Syahbandar Melaka. Oleh kerana itu para pedagang yang datang dari Alam Melayu seperti Brunei, Ternate, Maluku dan Jawa telah terdorong untuk memeluk agama Islam.

Terangkan peranan syahbandar dan kaitkan penerangan anda itu dengan pembinaan tamadun Melayu-Islam di Alam Melayu?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 35

Perkahwinanan

Pedagang-pedagang asing yang datang berdagang di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu dan khususnya di melaka terpaksa berada di pelabuhan-pelabuhan tersebut selama beberapa bulan sementara menunggu perubahan angin. Dalam tempoh masa itu para oedagang tersebut berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Ajaran agama Islam melarang umatnya berkahwin dengan bukan Islam, oleh itu wanita-wanita tersebut diislamkan terlebuh dahulu. Adakalanya pedagang-pedagang islam yang kaya itu berjaya mengahwini anak-anak bangsawan ataupun puteri-puteri raja tempatan.

Naungan/Diplomasi.

Menurut catatan China dan Portugis, Melaka telah dibuka oleh seorang putera raja Sailendra Palembang bernama Parameswara. Baginda telah diserang oleh tentera Majapahit dan melarikan diri ke Temasik. Parameswara telah membunuh pemerintah pulau Singapura yang menjadi wakil raja Siam. Siam telah menyerang Parameswara di Temasek dan sekali lagi Parameswara melarikan diri dan sampai ke Melaka. Di situlah baginda membuka sebuah negeri dinamakan Melaka pada tahun 1400. Siam masih berdendam terhadap Parameswara dan mengancam untuk menyerang Melaka. Bagi menghadapi ancaman Siam, Melaka mendapatkan perlindungan daripada sebuah kuasa besar iaitu China. Pada tahun 1405, Laksamana Cheng He telah singgah di Melaka pada tahun 1409 membawa beberapa hadiah daripada kerajaan China dan memberi jaminan perlindungan China terhadap Melaka. Melaka ketika itu amat memerlukan perlindungan China untuk membolehkan ia membangun dan mengukuhkan kekuatannya untuk berdikari (Wan Abdul Rahman Latiff et.al.1996:124).

Gambar 2. Stem kenangan 600 tahun laksamana Cheng He di Melaka 1405.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 36

(sumber: http:retrievia.files.wordpress.com/2008/03/page.07.jpg)

Huraikan bentuk hubungan diplomatik antara Melaka dan China, dan sejauhmana-kah bentuk hubungan itu mampu membantu kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah empayar Melayu yang agung?

Penaklukan

Pembentukan negara bangsa di Eropah pada abad ke-14 telah menggalakkan negara-negara baru seperti Portugal dan Sepanyol berlumba-lumba mencari kekayaan di sebelah Timur. Selain itu matlamat mereka adalah untuk melemahkan negara-negara Islam yang menguasai sumber dagangan dari Timur dan sekaligus merupakan sambungan kepada Perang Salib yang baru tamat. Ada juga yang mengatakan tiga matlamat utama penjelajahan ke Timur, iaitu ”gold, gospel dan glory”. Orang-orang Portugis dan Sepanyol telahpun sampai ke Alam Melayu dan seterusnya berusaha untuk menguasai beberapa bandar dan negara kota yang menjadi pusat dagangangan rempah terbesar di sebelah Timur. Selain tujuan merebut kekayaan, mereka sememangnya berhasrat untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Negara-negara Barat yang lain turut mengikuti langkah Sepanyol dan Portugis. Belanda umpamanya telah merampas Melaka daripada Portugis. Kekayaan yang mereka perolehi di Timur menyebabkan mereka mampu membina negara mereka menjadi kuat dan maju. Kejayaan kuasa-kuasa Barat tersebut menyebabkan negara-negara lain turut berusaha meneroka kawasan-kawasan baru. Tetapi oleh kerana negara-negara tersebut bermusuhan sesama sendiri, maka berlakulah konflik sentiasa terjadi di antara kuasa-kuasa besar tersebut. Inggeris yang menguasai India mahu mendapatkan sebuah bandar pelabuhan di Selat Melaka.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 37

Gambar 3. Sebuah replika kapal layar Portugis di Melaka.

(sumber: http://www.globolosapiens.net/data/gallery/my/picture-468-malaysia-id-26117.jp)

Penjelajah-penjelajah Inggeris seperti Francis Light dan Stamford Raffles telah menggunakan tipu muslihat bagi mendapatkan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Melaka diserahkan sementara waktu oleh Belanda kerana mereka sedang menghadapi ancaman di Eropah. Inggeris mengambil peluang ini dan seterusnya menjalin hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Johor dan sebagainya. Negeri-negeri tersebut kaya dengan bijih timah yang sangat diperlukan oleh industri di England. Selepas membahagikan kawasan pengaruh masing-masing melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, bagi memastikan kestabilan poitik dan keselamatan perdagangan dan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu, Inggeris campur tangan dalam hal-ehwal politik di negeri-negeri Melayu. Konflik yang berlaku di Perak umpamanya telah mendorong Inggeris untuk campur tangan yang berakhir dengan Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian tersebut amat penting kerana bermulalah sistem Residen di Perak dan diikuti pula Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain kemudiannya turut menjadi negeri naungan Inggeris sehinggalah tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Terangkan faktor-faktor kedatangan penjajah Barat ke dunia sebelah Timur?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 38

Huraikan cara bagaimanakah interaksi boleh berlaku dan apakah kesan-kesannya ke atas negeri-negeri Melayu sebelum abad ke-20?

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU Bandar-bandar pelabuhan atau Negara-negara kota Melayu telah didatangi oleh orang-orang Melayu dari seluruh Alam Melayu, orang-orang Cina, India dan Arab. Proses penghijrahan kaum-kaum tersebut berlaku secara semula jadi tiada paksaan. Mereka melihat wujudnya peluang untuk mencari kekayaan dan pada masa sama sikap toleransi sultan dan pemimpin-pmimpin Melayu yang tinggi mendorong mereka untuk datang. Sebab itulah Melaka dikenali sebagai pusat pertemuan para pedagang seluruh dunia (“The Venice of the East).

Kesan-kesan interaksi dan penjajahan

Matlamat utama penjajah Barat adalah untuk mengaut kekayaan yang ada di Alam Melayu ini, dan seterusnya bagi memastikan kekayaan itu dikuasai oleh mereka sepoenuhnya, maka perjanjian-perjanjian yang berat sebelah di paksakan ke atas pemimpin-pemimpin tempatan. Sultan atau raja hanya berkuasa pada bidang agama dan adat istiadat sahaja. Tetapi dalam hal berkaitan ekonomi, politik dan dasar luar negeri adalah dibawah kuasa penjajah Inggeris.

Kemunculan Sistem Pentadbiran Sekular

Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874. Sistem pentadbiran sekular yang diperkenalkan selepas perjanjian ini menjadi asas kepada sistem pentadbiran sekular yang masih lagi digunakan pada hari ini.

Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa Sultan sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara tentang agama Islam dan adai istiadat kebudayaan Melayu. Tetapi dalam dalam perkara-perkara yang berlainan dengan hal-hal tersebut pihak sultan dikehendaki mendengar nasihat Residen.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 39

Antara 14 perkara-perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Pangkor, tiga perkara menjelaskan tentang perlantikan Residen dan bidang kuasanya. Mengikut perjanjian tersebut, Residen mesti dirujuk dalam semua perkara dan semua nasihat beliau dilaksanakan kecuali perkara-perkara tentang agama Islam dan kebudayaan Melayu. Nasihat Residen dimestikan dalam menentukan kuasa untuk memungut cukai dan kuasa pengagihan cukai serta pentadbiran am negeri.

Sistem Residen Inggeris di Tanah Melayu

Apabila orang-orang Inggeris telah menetap beberapa ketika di kawasan Malaysia, kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di kawasan ini menjadi besar dan penting. Mereka mendapati bahawa kepentingan-kepentingan ekonomi mereka berkait rapat dengan kestabilan politik di kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Malaysia pada waktu itu. Mereka mula campur tangan dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu apabila mereka membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan tersebut dan mewujudkan sistem Residen Inggeris untuk memudahkan pentadbiran.

Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem Residen Inggeris adalah seperti berikut:

1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak 1874- Perjanjian dengan negeri Selangor 1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan) 1888- Perjanjian dengan negeri Pahang 1896 – Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

Negeri- negeri Melayu Bersekutu

Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah membentuk negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah unit pentadbiran (atau persekutuan) yang diberi gelaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) pada 1 Julai 1896 (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Empat negeri-negeri Melayu yang menjadi ahli dalam Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dilaksanakan di bawah sistem pentadbiran persekutuan yang diketuai oleh seorang Residen-Jeneral. Penyatuan ini tidak mengubah kuasa-kuasa ataupun kedudukan Raja-Raja Melayu. Hanya kuasa-kuasa Residen-Residen British di peringkat negeri dikurangkan; mereka terpaksa mengikut arahan Residen-Jeneral. Residen-Jeneral menguasai sepenuhnya pengurusan kewangan setiap negeri.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 40

Kemunculan sistem pentadbiran persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini adalah satu lagi pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris yang sangat penting dalam pembentukan sistem kerajaan Malaysia yang terdapat pada hari ini. Ini adalah kerana jawatan Residen-Jeneral yang diwujudkan pada waktu itu boleh dikatakan menjadi templet atau asal-usul jawatan Perdana Menteri yang ada pada hari ini.

Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Pertama

Selain daripada perkembangan sistem pentadbiran, pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga melibatkan satu perkembangan penting dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu. Persidang Raja-Raja Melayu yang pertama dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, yang telah mengetemukan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia. Ianya adalah salah satu simbol yang menunjukkan kesinambungan dari kerajaan Melayu awal hinggalah ke kerajaan Malaysia pada hari ini.

Negeri- negeri Melayu Tak Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk kepada kerajaan-kerajaan (atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Andaya dan Andaya 2001; INTAN 1992; Jessy 1972; Tan 1976). Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor. Terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan-kerajaan ini tidak bergabung dengan Negeri-Negeri Melayu bersekutu. Salah satu sebabnya adalah kerana negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada mulanya di bawah naungan kerajaan Siam. Negeri-negeri ini hanya diserahkan kepada pihak British pada tahun 1909 apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani diantara pihak British dengan pihak Siam.

Perang Dunia Kedua: Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua telah membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Pemerintahan Jepun mengiktirafkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu. Pemerintah tentera Jepun yang cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan untuk menentang pihak British menyedarkan masyarakat Melayu tentang kemampuan mereka sendiri dan kelemahan pihak British yang dapat ditewaskan dalam masa yang begitu singkat.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 41

Kedatangan penjajah Barat sebelum abad ke-20 membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bahaskan penyataan tersebut?

Masyarakat Majmuk

Usaha Inggeris untuk eksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan mereka menggalakkan kemasukan pekerja-pekerja asing terutama yang datang dari China, India dan Indonesia. Pekerja-pekerja asing dari China dibawa masuk bagi membuka kawasan-kawasan perlombongan bijih timah seperti di Kuala Lumpur, Ampang, Seremban, Ipoh dan Taiping. Masyarakat tempatan tidak dipedulikan dan segala peluang ekonomi diberikan kepada mereka. Pembukaan bandar-bandar baru itu telah memberI peluang perniagaan dan perdagangan kepada masyarakat Cina.

Manakala orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di sektor-sektor perladangan dan bagi memenuhi keperluan buruh kasar di jabatan-jabatan kerajaan seperti Kereta Api Tanah Melayu, Telekom, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya. Orang-orang Selon yang pandai bertutur bahasa Inggeris diberi peluang bertugas sebagai kerani di jabatan-jabatan kerajaan dan cawangan-cawangan syarikat antarabangsa.

Sehubungan itu bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan sebagainya wujudlah penempatan-penempatan yang berasaskan kaum tertentu. Kampong-kampung berasaskan kaum mula didirikan dan disediakan dengan infrastruktur yang diperlukan.

Masyarakat Melayu dan lain-lain masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Mereka tersisih daripada arus pembangunan dan pemodenan. Peluang untuk mereka bekerja di bandar-bandar adalah sangat terhad. Mereka bergiat dalam sektor pertanian, ternakan dan nelayan. Hasil pertanian, ternakan dan tangkapan ikan dijual kepada orang-orang tengah dengan harga rendah. Mereka terus kekal hidup dalam kemiskinan.

Selain faktor ekonomi, kewujudan masyarakat majmuk seperti yang dinyatakan oleh Furnivall dapat dilihat dengan jelas di Malaysia. Pelbagai kaum yang tinggal sebelah-menyebelah tetapi tidak saling mengenali. Mereka berinteraksi di pasar dan dikedai-kedai yang menjual barangan keperluan seharian. Identiti masing-masing

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 42

dikekalkan dan proses asimilasi hampir tidak berlaku. Situasi beginilah yang diwariskan oleh Inggeris kepada Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia apabila merdeka nanti.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Parti Komunis China berjaya mempengaruhi Parti Komunis Malaya menentang kerajaan Inggeris dengan menggunakan senjata. Sebagai tindak balas kerajaan Inggeris mengisytiharkan dharurat dari tahun 1948 hinggalah ke tahun 1960. Konflik berasaskan kaum itu tidak berakhir di situ. Pada 13 Mei 1969, pergaduahn kaum berlaku. Konflik antara masyarakat Melayu dan Cina yang terpendam begitu lama itu tercetus juga.

Walaupun wujud perbezaan budaya, bahasa, kepercayaan dan sektor ekonomi, perjuangan menuntut kemerdekaan yang diterajui oleh UMNO telah mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan India. Apabila idea penubuhan Malaysia diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman, idea tersebut turut mendapat sokongan daripada masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan yang dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu itu kemudiannya dikongsi pula dengan Sabah dan Sarawak di bawah gagasan Malaysia.

Jelaskan maksud masyarakat Majmuk?

Kehadiran pendatang asing ke Alam Melayu dikatakan telah mempercepatkan pembangunan dan pemodenan, namun pihak lain pula menyatakan masyarakat Melayu dan bumiputera ditindas dan dinafikan peluang untuk maju ke hadapan. Beri pandangan anda.

Kemerdekaan dan tolak ansur.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 43

Selepas Perang Dunia Kedua, usaha-usaha telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Melayu untuk menghalang penjajahan British diteruskan. Penolakan Malayan Union oleh orang-orang Melayu telah mendorong pihak British untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India telah bersatu di bawah payung Parti Perikatan dan seterusnya mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, pihak kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk merangka satu perlembagaan yang berasaskan beberapa syarat, iaitu:

1. Kerajaan persekutuan yang kuat, 2. Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu, 3. Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah

berperlembagaan, 4. Melindungi kepentingan sah kaum bukan Melayu 5. Prinsip-prinsip demokrasi.

Memorandum tolak ansur antara kaum (1956-1957)

Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak, termasuk memorandum daripada Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Memorandum Parti Perikatan itu adalah penting kerana ia merupakan satu bentuk “pakatan murni” yang dihasilkan melalui perundingan, tolak ansur dan kerjasama antara Parti UMNO, Parti MCA dan Parti MIC. Ketiga-tiga parti tersebut mewakili tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.

Antara kandungan penting memorandum tersebut adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. 2. Mewujudkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalam Yang di-Pertuan

Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruh Jaya Tinggi. 3. Mengekalkan Majlis Raja-raja yang sedia ada. 4. Sebuah Parlimen yang mempunyai dua dewan. 5. Mewujudkan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. 6. Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Pakatan murni atau kontrak sosial itu meliputi dua perkara penting iaitu

i. Bukan Melayu hendaklah bersetuju mengekalkan empat unsur tradisi dalam Perlembagaan, iaitu bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai balasan,

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 44

ii. Hak untuk menjadi warga negara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus soli.

Hubungkaitkan konsep pakatan murni atau kontrak sosial dengan falsafah sarjana-sajana Barat seperti Hobbes, Jacques Rousseau dan Montesqeu?

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Meliputi empat ciri utama:

1. Struktur kerajaan: a. Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dalam kalangan

Sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan menjalankan tugas atas nasihat Kabinet dan Majlis raja-raja.

b. Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan terbanyak dalam Dewan Rakyat. Sebuah Kabinet atau Jemaah Menteri akan ditubuhkan oleh Perdana Menteri yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar kerajaan.

c. Parlimen terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh lima tahun. Manakala 16 orang ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan dua orang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri.

d. Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar Negeri merupakan ketua perlembagaan diperingkat negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang juga dipilih melalui pilihanraya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Negeri.

2. Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara berikut: a. Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari

merdeka. b. Semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau

sebelum hari merdeka. c. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dilahirkan di Persekutuan dan

telah bermastautin selama lima tahun. d. Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar

Persekutuan, tetapi telah bermastautin selama 8 tahun daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 45

e. Tidak dibenarkan memiliki dua kerakyatan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan Komanwel.

3. Peruntukan mengenai bahasa: a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, namun penggunaan dan

mempelajari bahasa asing tidak dilarang. b. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam urusan-urusan rasmi dalam

tempoh 10 tahun selepas merdeka. 4. Kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

a. Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi lain-lain agama boleh diamalkan dengan bebas.

b. Kedudukan istimewa orang Melayu terjamin oleh Perlembagaan, seperti kouta dalam perkhidmatan awam, pemberian tanah di kawasan simpanan, biasiswa, lesen perniagaan dan bantuan kerajaan.

Kesimpulan. Interaksi antara tamadun, budaya dan bangsa yang ada di dunia ini tidak dapat dielakkan. Interaksi terjadi akibat daripada sifat manusia yang sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan keinginannya. Interaksi terjadi melalui perdagangan, penyebaran agama, merantau, migrasi, pendidikan dan penjajahan. Hasil daripada interaksi dapat dilihat pada manusia itu sendiri atau hasil ciptaan manusia. Pada diri manusia dapat dilihat dari segi makanan, bahasa, kesuasteraan, kepercayaan dan sebagainya. Manakala hasil ciptaan manusia seperti reka bentuk bangunan, pakaian, teknologi dan sebagainya.

Walaupun ada masyarakat yang berpindah ke sesuatu tempat, namun mereka enggan untuk berinteraksi. Mereka mengasingkan diri, enggan menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup masyarakat di tempoat yang baru didiaminya. Ini menyebabkan konflik antara kaum mudah berlaku. Dalam sejaran dunia, banyak kita dapati konflik antara kaum sering terjadi kerana interaksi yang positif tidak cuba diamalkan. Sebaliknya semangat assabiyah yang lebih mementingkan kaum masing-masing menjadi amalan. Pembinaan sebuahnegara bangsa tidak dapat dilakukan sekiranya keharmonian dan keamanan tidak dapat diwujudkan, sebaliknya yang ditanam adalah kebencian dan dendam yang terus membara membawa kepada kehancuran negara.

Kata-kata kunci.

Interaksi assabiyah perkauman etnik

Akultrasi Assimilasi Bangsa Kaum

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 46

Negara bangsa Tamadun Keharmonian Keamanan

Perlembagaan jus soli Kontrak sosial Pakatan murni

Rujukan

A.Aziz Deraman (penyunting) 2003. Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka.

Amran Kasimin (terjemahan) 1993. Agama Dan Perubahan Sosial di Kalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Auni bin Haji Abdullah 2001 Islam dan Perdagangan Dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur. Darulfikir Sdn Bhd.

B.Simandjuntak 1985. Federalisme Tanah Melayu 1945-1963. Petaling Jaya. Penerbit fajar bakti. Sdn Bhd.

Gavin Menzies 2003. 1421 The Year China Discovered The World. London. Bantam Books.

Mohammad Redzuan Othman (et.al) 2006. Sejarah Pembinaan Negara-negara Bangsa. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 47

UNIT 4

PENJAJAHAN DAN PROSES MEMBINA NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

1. Mengetahui proses penjajahan yang telah berlaku di negara ini. 2. Membincangkan suasana selepas di Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang

Dunia Ke Dua. 3. Membincangkan kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat

tempatan tanpa mengira kaum. 4. Membincangkan proses-proses ke arah kemerdekaan yang telah berlaku.

PENGENALAN

Unit ini akan membincangkan proses-proses penjajahan yang dialami oleh negara ini sebelum terbentuknya Malaysia. Mengikut sejarah negara ini pernah menerima penjajah barat seperti Portugus, Belanda dan British serta juga penjajah Jepun. Selepas penjajahan Jepun semangat nasionalisme masyarakat menjadi tinggi tanpa mengira kaum. Sekembalinya British ke Tanah Melayu merek memperkenalkan Malayan Union bertujuan untuk menjajah negara ini secara sistematik yang membawa kepada penentangan Orang Melayu. Penentangan ini memberikan kesan yang positif kepada orang Melayu dimana membawa kepada kewujudan perpaduan Melayu yang akhirnya ia menjadi asas kepada pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu. Kegagalan Malayan Union dimanifestasikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

PENJAJAHAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA Sejak permulaan abad ke -16, Portugis dan bangsa Sepanyol telah mendapat jalan baru dalam mengharungi dunia. Bermula pada tahun 1509 kapal-kapal perniagaan Portugis dari Goa telah datang ke pantai Melaka untuk berniaga. Kedatangan Portugis ke Melaka walaupun pada asalnya adalah untuk berdagang tetapi matlamat di sebalik kedatangan mereka adalah untuk menakluki Melaka. Penaklukan mereka juga adalah berdasarkan ekonomi kerana tujuan mereka adalah untuk menggunakan pelabuhan itu sebagai pangkalan untuk mengawal kuasa perdagangan. Mereka telah menakluki Melaka dan mendudukinya selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 sehingga 1641. Ketika menjajah Melaka, terdapat

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 48

beberapa tentangan dari orang-orang melayu yang cuba mendapatkan kembali negeri Melaka dari jajahan Portugis, Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh orang Portugis selama 130 tahun hinggalah dijajah pula oleh Belanda.

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA

Proses penaklukan Belanda ke atas Melaka bermula apabila orang-orang Belanda telah datang ke Timur melalui Tanjung Harapan dan Selat Sunda. Tujuan utama mereka datang ke Timur adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang mereka tidak diperolehi semasa Raja Philip II dari Sepanyol yang telah menjajah mereka pada tahun 1594. Penjajahan Belanda di Timur bermula apabila mereka menguasai Betawi yang sekarang dikenali sebagai Jakarta. Selepas orang-orang Belanda menghalau kuasa Inggeris selepas pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623, kedudukan mereka bertambah kuat di Betawi. Setelah Belanda berjaya menghalau Portugis mereka telah membuat perancangan untuk menamatkan persaingan oleh orang-orang Portugis yang menguasai Melaka.

Perjanian Inggeris-Belanda 1824 Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris-Belanda di Timur saling bermusuhan antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagi kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris. Untuk memperbaik hubungan antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura.

Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda.

Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan Riau-Lingga terletak di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali sebagai Negeri Selat.

KEDATANGAN INGGERIS KE NEGERI-NEGERI MELAYU

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 49

Inggeris ialah satu-satunya bangsa Eropah yang paling lama menjajah di Alam Melayu yang tercatat dalam sejarah Malaysia. Bermula dari perjanjian pada tahun 1824 menjadikan Inggeris bertapak kukuh sebagai kuasa bangsa kolonial tunggal yang mewarisi hak perdagangan Belanda di semananjung selepas perjanjian Belanda dengan negeri-negeri Melayu sebelum itu. Negeri-negeri Melayu dianggap sebagai kawasan kepentingan ekonomi dan politik Inggeris yang berpangkalan di negeri-negeri Selat.

Inggeris memang diakui bertindak bijak kerana berfikiran jauh di dalam usahanya untuk memerintah dan menguasai politik Tanah Melayu tanpa segera mahu campur tangan dalam hal ehwal politik di negeri-negeri Melayu.Sebaliknya Inggeris ketika itu hanya berminat untuk melindungi jalan perdagangan ke China dan mendirikan pusat persinggahan di seluruh semananjung. Sikap tidak gelojoh Inggeris untuk menguasai pemerintahan negeri-negeri Melayu dilihat telah mencorakkan suatu bentuk evolusi entiti politik yang unik di Tanah Melayu.

Usaha yang teratur dan terancang oleh Inggeris telah membuatkan mereka berjaya melaksanakan dasar-dasar yang akhirnya menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkan senario politik baru Inggeris di semananjung. Selepas rancangan itu membuahkan kemenangan, Inggeris mula menggerakkan dasar campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

Hubungan Inggeris Dengan Negeri-negeri Melayu Dalam kepesatan Inggeris memperlihatkan kecemerlangannya telah membawa kepada hubungan Inggeris dengan negeri-negeri Melayu yang mempunyai objektif dan strategi yang berbeza di antara kerajaan British India dan kerajaan negeri-negeri selat. British India mempunyai objektif untuk menjayakan matlamat Imperialismenya yang luas dan meliputi semua bahagian dan tidak termasuk di negeri-negeri Melayu sahaja. Inggeris berminat untuk memasuki negeri-negeri Melayu di bawah pengaruh Siam seperti Kedah, Kelantan dan Terenganu dalam usaha untuk memperluaskan hubungan ekonomi dengan Siam. Gabenor Inggeris di Pulau Pinang, Robert Fullerton yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri-negeri Selat telah berusaha untuk membendung pengaruh Siam di semenanjung di samping bagi menegakkan semula kemerdekaan negeri Kedah yang pernah Siam takluki pada tahun 1821 dengan mengembalikan semula kedaulatan sultan Kedah kerana Inggeris juga bertujuan untuk memantapkan kedudukan Perak dan Selangor sebagai negeri yang benar-benar bebas daripada belenggu Siam. Inggeris juga mempunyai harapan yang besar untuk mensasarkan negeri-negeri tersebut yang turut mempunyai kepentingan baginya di semananjung.

Usaha-usaha giat dilakukan dengan berterusan untuk mengelak serangan dari Siam terus bertapak di utara semananjung. Pihak British memulakan siri-siri rundingan yang membawa kepada beberapa perjanjian dengan pihak kerajaan Siam. Siri yang pertama ialah Perjanjian Burney (1826), Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson yang dapat mengubah jaminan perseimbangan politik di Tanah Melayu sehingga campur tangan langsung Inggeris pada tahun 1874. Perjanjian Anderson telah berjaya megesahkan perjanjian. Perjanjian perdagangan di antara Perak dan Selangor pada tahun 1818 yang telah menetapkan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 50

Sungai Bernam sebagai sempadan di antara Perak dan Selangor.Berbalik pada Fullerton yang tidak berpuas hati dengan perjanjian Burney kerana negeri Kedah telah diakui sebagai tanah jaahan Siam dan Inggeris tidak boleh menyerang kedudukan Siam di Kedah. Bagaimanapun rasa tidak puas hati Fullerton itu tidaklah sampai menjejaskan pengaruh Inggeris di pantai barat Tanah Melayu untuk selama 50 tahun yang berikutnya.

Perjanjian Burney tidak menyelesaikan masalah kedudukan negeri Perak dan Selangor sepenuhnya. Siam tidak berhak menyerang Perak atau Selangor tetapi kedudukan politik kedua-dua negeri masih kabur oleh sebab Siam dibenarkan menghantar utusannya ke Perak, dan Perak pula boleh menghantar bunga mas ke Siam. Bagi memantapkan lagi kedudukan perak, Low yang bertindak melampaui arahan kerajaan India telah menandatangani satu perjanjian dengan Perak. Dalam perjanjian itu, Low memberi jaminan akan melindungi Perak daripada serangan Siam atau Selangor dan berusaha mengekalkan kemerdekaan Perak, manakala Sultan Perak pula berjanji tidak akan menghantar ufti kepada Siam. Low juga membantu Perak membentuk sebuah jentera pentadbiran yang bebas daripada pegawai-pegawai yang nampaknya setia kepada Siam. Sultan jug bersetuju bertindak membendung perlanunan dan menyerahkan Pulau Pangkor kepada British.

Merujuk kepada kes perjanjian Burney (1826) pula telah menunjukkan bahawa kedudukan dan peranan Siam berhubung dengan Kelantan dan Terenganu masih tidak jelas. Kepentingan ekonomi Inggeris terjamin, Siam tidak lagi mahu menghalang perkembangan ekonomi Inggeris di kedua-dua negeri tersebut dan kepertuanan Siam tidak lagi diakui.Walaupun begitu kerajaan India Inggeris tidak mengesahkan Perjanjian Low tetapi tidak juga bertindak untuk memansuhkan perjanjian tersebut atau menandatangani perjanjian baru yang lain. Lama-kelamaan Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson telah menjadi asas hubungan di antara kerajaan Inggeris India dan Perak. Siam juga berdiam diri dengan tidak memperluaskan pengaruh kuasa di negeri itu.

Perluasan Kuasa dan Dasar Pentadbiran British Di Perak Sebelum kedatangan J.W.W Birch dan pentadbiran British di negeri Perak, pembesar negeri dianugerahi Sultan kawasan untuk jagaan dan kawalan pembesar tempatan. Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Para pembesar boleh menjalankan segala urusan pentadbiran serta pungutan cukai. Hasil dari pungutan cukai ini menjadi punca pendapatan mereka yang utama.

Menteri berkuasa di Larut, Syahbandar tinggal di Kinta dan memungut cukai di Kuala Sungai Perak, Laksamana memungut cukai di atas nama Sultan, Sultan menerima cukai import dan eksport negeri yang dipungut oleh Syahbandar. Selain itu, Sultan boleh membeli bijih timah dengan harga yang murah di Kinta. Raja Muda mempunyai kuasa di Kampung Gajah dan Bandar Tua. Beliau juga berhak ke atas cukai pajak candu, arak dan judi di seluruh negeri Perak, Bendahara memungut cukai di pedalaman di

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 51

Kuala Kinta dan cukai ke atas bijih timah yang melalui Sungai Bidor di Kuala Chiku. Dato’ Mata-mata (pembantu Laksamana) memungut cukai sebanyak 50 sen ke atas tiap-tiap satu koyan dagangan di dalam perahu yang keluar masuk Sungai Perak dan juga Cukai ke atas ikan masin. Dato’ Maharaja Lela berkuasa di Sungai Dedap dan Pasir Salak. Manakala Dato’ Sagor pula, sebagai penyelia masakan dalam upacara negeri dan berkuasa ke atas kampung Tengah dan Kampung Gajah.

Sistem Residen

Sistem Residen yang berasaskan konsep pemerintahan secara tak langsung telah diucapkan dengan penuh semangat oleh Frank Swettenham pada tahun 1876 telah meninggalkan kesan-kesan kekal dalam sejarah di negeri-negeri Melayu. Permulaan kuasa British dalam hal ehwal di negeri-negeri Melayu secara rasmi bermula pada 20 Januari 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.

Syarat Perjanjian Pangkor ialah Perluasan kuasa ini telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Residen British yang dilantik dalam sesebuah negeri Melayu ditugaskan untuk menasihati Sultan berkenaan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Nasihat Residen mesti diikuti oleh Sultan kerana tugas seorang Residen hanyalah menasihati dan bukannya memerintah .

Semua pentadbiran negeri termasuklah pungutan dan kawalan cukai akan dijalankan atas nama sultan tetapi disusun dan diatur menurut nasihat Residen. Residen akan dibayar gaji dan elaun sara hidup oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Perluasan kuasa ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh Raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British. Seterusnya Sistem Residen telah dilaksanakan bermula dengan kerajaan Melayu Perak dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kerajaan Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan akhir sekali kerajaan Johor. Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain di sebelah utara seperti Perlis,dan Kedah serta kerajaan-kerajaan Melayu di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu telah tidak mendapat perhatian British malahan kerajaan-kerajaan Melayu berkenaan diberikan mandat oleh British kepada Siam untuk menguruskannya hingga termenterainya Perjanjian Bangkok 1909 di mana kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kedaulatannya kepada British.

Jelaskan perkaitan antara Revolusi Perindustrian pada abad ke-18 dan 19 dengan penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 52

Keperluan Jepun yang semakin mendesak dan situasi yang semakin bergolak di Asia merupakan peluang terbaik Jepun untuk menguasai negara-negara di Asia Tenggara di bawah perjanjian tiga paksi kuasa besar iaitu Jerman, Itali dan Jepun. Keperluan kepada bahan mentah seperti minyak, getah dan logam yang banyak di Asia Tenggara khasnya Malaysia adalah peluang yang terbaik. Justeru pada 15 Febuari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun. Pada awal kurun ke-20, pemimpin-pemimpin tentera menguasai politik negara Jepun. Cita-cita para pemimpin tentera Jepun untuk meluaskan kuasa merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada penaklukan Asia Tenggara. Penaklukan Jepun berasakan dua kempen iaitu “Asia Untuk Asia” dan “Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Laungan “Asia Untuk Asia” adalah janji Jepun untuk membebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahan Barat dan membantu mereka mencapai kemerdekaan. Akan tetapi, penjajahan Barat di Asia Tenggara digantikan oleh penguasaan Jepun. Ekonomi negara-negara Asia Tenggara merosot dan keadaan sosial penduduk bertambah buruk. Dengan “Kemakmuran Bersama Asia Raya”, Jepun merancang untuk menguasai sumber ekonomi Asia Tenggara untuk pembangunan industri di Jepun. Tambahan pula, negara-negara Asia Tenggara mampu menampung dan menyediakan tanah bagi penduduk Jepun yang semakin meningkat.

Kesan-kesan Semasa Pendudukan Jepun

1. Kesan Ekonomi

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu. Kegiatan ekonomi terputus akibat peperangan dan tindakan tentera British yang memusnahkan harta benda dan infrastrukur sebelum berundur. Jepun memberi penekanan kepada penanaman padi untuk memenuhi keperluan dalam negeri. Penanaman “Padi Taiwan” telah diperkenalkan untuk membolehkan penanaman dua kali setahun dijalankan. Jepun juga melakukan catuan ke atas pembelian beras. Perusahaan-perusahaan yang penting di Tanah Melayu diambil alih oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsubisi dan Mitsui. Perusahaan-perusahaan tersebut adalah seperti perusahaan getah, timah, perkapalan dan bank. Bank-bank Jepun juga telah mencetak mata wang sendiri. Semasa pemerintahan Jepun berlaku kesengsaraan hidup di kalangan penduduk tempatan.

2. Penderitaan Dan Kesengsaraan Hidup

Usaha pertanian secara persendirian gagal kerana keadaan tanah yang tidak sesuai dan paksaan berlebihan. Masalah kekurangan makanan di burukkan lagi dengan kapal-kapal kargo yang membawa barang keperluan pertanian banyak ditenggelamkan oleh pihak Berikat. Pemerintah Jepun mengadakan kawalan harga pada bulan Mei 1942 dengan mengeluarkan permit bagi semua jenis perdagangan dan pengangkutan. Pada bulan April 1943, catuan ke atas pembelian beras dikenakan. Setiap keluarga dibenarkan membeli dua gantang beras setahun. Kupon khas dikeluarkan oleh Syokurya Kanri Syo

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 53

(Pejabat Kawalan Makanan) di bandar. Orang ramai mula beralih kepada makanan lain iaitu ubi kayu dan keladi. Kenaikan harga yang melambung tinggi menimbulkan masalah inflasi. Pada Disember 1941 harga beras ialah enam sen sekati dan gula putih lapan sen sekati. Pada bulan Disember 1943, harga beras dan gula putih di pasar gelap meningkat menjadi $2.50 dan $3.80 sekati dan menjelang bulan Ogos 1945 menjadi $75.00 dan $120.00 sekati.

Pemerintah Jepun mencetak “wang pokok pisang” untuk mengatasi masalah kekurangan wang. Hal ini menjadikan nilai wang Jepun terlalu rendah di pasaran. Pemakanan yang tidak sempurna menyebabkan penyakit seperti beri-beri dan bengkak serta kematian penduduk bertambah secara mendadak. Pada tahun 1941, bilangan kematian adalah berjumlah 63 436 orang. Angka ini meningkat kepada 99 257 orang pada tahun 1942 dan 123 262 orang pada tahun 1943. Bekalan perubatan digunakan untuk keperluan tentera Jepun, manakala doktor dan jururawat di tempatkan di kem-kem tentera. Pada tahun 1940, bilangan penduduk meningkat kepada 100 000 orang, tetapi jatuh kepada 10 000 orang pada tahun 1945. Kelahiran bayi merosot daripada 111 627 orang pada tahun 1940 kepada 106 443 orang pada tahun yang sama.

3. Kawalan Pengedaran Mata Wang

Penggunaan mata wang Jepun berkuatkuasa pada 23 Febuari 1942 dengan nilai yang sama tara dengan mata wang dollar Negeri-negeri Selat. Sebanyak $285 juta wang kertas Jepun diedarkan di seluruh Tanah Melayu. Pada bulan April 1943, ia diperluaskan ke Sumatera, Sabah, Sarawak, Burma, Jawa dan negara China. Apabila terlalu banyak wang beredar di pasaran, nilai mata wang menjadi terlalu rendah. Beberapa langkah diambil untuk mengurangkan pengedaran wang di pasaran. Antaranya mulai bulan November 1943, pusat-pusat perjudian di buka semula di seluruh negara. Jepun turut menggalakkan simpanan tetap (fixed deposits). Bank perdagangan turut menawarkan skim simpanan tetap dengan menyediakan tawaran bonus. Sehingga bulan Mac 1942, jumlah simpanan tetap yang dapat dikumpulkan di seluruh negara adalah melebihi $486 juta.

Pada bulan Julai 1943, skim loteri (konan saiken) dijual dengan harga $1.00 tiap satu. Skim ini yang beropersi sehingga Ogos 1945 menawarkan hadiah pertama bernilai $50 000 dan 2507 hadiah lain bernilai $139 500. Penjualan loteri di peringkat negeri dikenali sebagai Shu Saikans dan dimulakan di Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Pemerintah Jepun turut mengenakan pelbagai jenis cukai antaranya cukai judi, taman hiburan, kedai-kedai, panggung wayang, rumah tumpangan, kedai makan, menangkap ikan, kedai ubat dan pergigian serta bayaran hospital. Setelah cukai dinaikkan, peniaga terpaksa menaikan harga barang dan pekhidmatan. Ini memaksa penggunaan wang yang lebih banyak dan menimbulkan masalah sosial. Masalah inflasi dan kegiatan pasar gelap terus berleluasa tanpa dapat dibendung.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 54

4. Kesan Sosial

Orang Melayu dan India diberi layanan yang agak baik oleh pihak Jepun. Dengan memberi layanan baik kepada orang India, Jepun berharap mereka memberi kerjasama apabila Jepun menakluki dan mengusir orang Inggeris dan India. Sebab utama Jepun berbaik-baik dengan orang Melayu pula adalah kerana ingin mendapatkan sokongan serta kerjasama daripada mereka. Cara-cara pihak Jepun melakukannya ialah dengan mengizinkan sultan-sultan mengekalkan takhta masing-masing, mengambil beberapa orang pegawai Melayu untuk memegang jawatan dalam pejabat-pejabat kerajaan Jepun, dan membebaskan pemimpin-pemimpin Melayu dari penjara. Orang Cina dianggap sebagai musuh ketat Jepun. Dengan itu, masyarakat Cina dituduh sebagai penentang Jepun. Semasa Perang China-Jepun (1937), masyarakat Cina di sini menyumbangkan bantuan kewangan dan peralatan perang kepada negara China.

Maka, selepas orang Jepun menawan Tanah Melayu dan Singapura, mereka membalas dendam dengan membunuh orang-orang Cina. Ramai orang juga dipaksa membina Jalan Kereta Api Maut dan kebanyakan daripada mereka terkorban semasa membina jalan kereta api ini. Pihak Jepun juga turut menghantar buruh-buruh India dan Melayu ke sempadan Thailand-Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai antara buruh tersebut yang terkorban kerana dipaksa bekerja keras. Ini menimbulkan perasaan benci terhadap pihak Jepun di kalangan orang India dan Melayu. Pihak Jepun ingin menghapuskan pengaruh Barat. Oleh itu, segala yang berkaitan dengan Barat diharamkan termasuklah hiburan dan media massa. Kerajaan Jepun berhasrat untuk “menjepunkan” penduduk Tanah Melayu. Untuk tujuan itu, bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa penghantar di sekolah dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain.

Murid-murid sekolah diajar bahasa Jepun iaitu Nippon-go. Selain daripada bahasa Jepun, nyanyian, muzik, latihan Jasmani dan pengetahuan berkebun dipentingkan. Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku ialah lagu kebangsaan dan lagu patriotik Jepun yang dinyanyikan di sekolah. Banyak buku dalam bahasa Jepun diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun juga menerbitkan pelajaran bahasa Jepun dalam terbitannya. Dasar pelajaran yang diperkenalkan menekankan ketaatan kepada Maharaja Jepun, kepatuhan kepada kerajaan Jepun dan kerelaan berkhidmat untuk negara Jepun. Sekolah-sekolah Inggeris ditukarkan kepada sekolah Jepun. Manakala sekolah Cina ditutup kerana Jepun dan China bermusuhan. Akan tetapi, dasar “penjepunan” kurang berjaya kerana kekurangan guru-guru yang fasih dalam bahasa Jepun dan kekurangan wang. Wabak penyakit seperti Malaria dan Beri-beri merebak kerana lumpuhnya perkhidmatan kesihatan.

Penerapan Budaya, Bahasa dan Pendidikan Jepun

Orang Jepun menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda hormat dan adat ini diperkenalkan kepada umum. Lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo diajar kepada semua penduduk. Setiap pagi murid-murid perlu menyanyi dan tunduk hormat kepada Maharaja Jepun sambil menghadap arah negara Jepun iaitu arah matahari naik. Ada juga sesetengah sekolah menaikkan bendera Jepun setiap hari dan murid-murid wajid menyanyi lagu bendera Jepun iaitu Umiyukaba. Jepun menghapuskan bentuk pendidikan Barat dengan mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 55

dan mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah. Pada bulan Ogos 1942, Jepun mengharamkan siaran radio gelombang pendek, pada bulan September 1943, Jepun melarang tayangan filem-filem dari Barat dan pada bulan Ogos 1944, penduduk tempatan dilarang mendengar muzik Barat.

Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab sosial, kilang-kilang, firma swasta dan pejabat-pejabat kerajaan. Persatuan melatih bertutur bahasa Jepun ditubuhkan dan ada yang berminat dilatih menjadi guru. Kebolehan bertutur dalam bahasa Jepun membolehkan seseorang menyandang jawatan yang baik dalam kerajaan, kenaikan pangkat, gaji dah kemudahan lain. Akhbar juga menyediakan ruangan khas bahasa Jepun. Minggu bahasa Jepun diadakan, perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Jepun serta urusan perkhidmatan pos dan telegraf menggunakan bahasa Jepun. Hari cuti dan kelepasan am juga berasakan negara Jepun. Hari bulan British ditukarkan kepada sistem tahun Jepun misalnya tahun 1942 kepada 2602. Nama juga diubah mengikut nama Jepun. Contohnya Ali San (En. Ali), ohaya (selamat pagi), arigato (terima kasih) dan sayonara (selamat tinggal).

Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru-guru Melayu dan golongan agama dalam meniup semangat anti-British sebelum Perang Dunia Kedua?

Kegiatan Politik dan Gerakan Penentangan

1. kegiatan Orang India

Jepun mengambil kesempatan mengeksploitasi semangat kebangsaan orang India untuk menolak kekuasaan British di India. Rash Behari Bose seorang pejuang kebangsaan India yang lama bermastautin di Jepun dibawa ke Tanah Melayu untuk membantu menubuhkan Indian Independence Leaguage (IIL) di negeri-negeri Melayu. Pada bulan Mei 1942, beliau mengadakan satu persidangan IIL di Bangkok yang diwakili oleh wakil-wakil IIL dari seluruh Asia. Mereka menubuhkan pasukan tentera pembebasan India yang dikenali sebagai Indian National Army (INA). Pusat-pusat latihan tentera didirikan dan latihan mengikut ketenteraan Jepun. Rekrut terdiri daripada bekas-bekas banduan berjumlah antara 4000 hingga 5000 orang yang dibebaskan untuk tujuan ini. Tindakan menangkap Ghandi dan Nehru, rusuahan, mogok lapar dan tujuk perasaan besar-besaran diberi perhatian khas media (akhbar dan radio). Rash Behari Bose kemudiannya digantikan oleh Subhas Chandra Bose, seorang pejuang politik India yang melarikan diri ke Jerman pada tahun 1938.

S. C. Bose berusaha mengukuhkan pasukan itu dengan menubuhkan cawangan wanita yang dinamakan Ranee of Jhansi Regiment yang diketui oleh Dr. S. Lakshmi. Anggotanya terdiri daripada Tanah Melayu, Burma, dan negara Thai. S. C. Bose menggunakan cogan kata Chalo Delhi (“Mara ke Delhi”). Kerajaan boneka India yang berpusat di Singapura ditubuhkan pada bulan Oktober 1943 yang dikenali

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 56

sebagai “Kerajaan Azad Hind”. Kerajaan boneka Jepun mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1943. Antara bulan Mac hingga Ogos 1944, sedikit demi sedikit tentera INA mara ke sempadan India, tetapi pada awal bulan September 1944 mereka berundur. Kejatuhan Rangoon pada bulan Mei 1944 dan pemindahan kerajaan Azad Hind ke Bangkok memperlihatkan bahawa Jepun dan INA mangalami kekalahan. Menjelang akhir tahun 1940-an, orang India mula memikirkan masa depan di Tanah Melayu dan terlibat secara aktif dalam pergolakan politik menentang Malayan Union.

2. Gerakan Penentangan Orang Cina Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan perasaan anti-Jepun dikalangan orang Cina melalui

penubuhan Malayan Peoples’ Anti Japenese Army (MPAJA). PKM dan MPAJA menarik keyakinan kaum-kaum lain dan beberapa orang Melayu dibawa masuk menganggotainya seperti Mokhtaruddin Lasso, Abdullah C. D. dan Rashid Mydin. MPAJA atau “Tentera Bintang Tiga” menggunakan simbol tiga bintang yang mewakili kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Jumlah kekuatan tentera MPAJA dianggarkan antara 3000 hingga 4000 orang pada tahun 1944 dan meningkat sekitar 6000 hingga 7000 orang pada menjelang tahun 1945. Pasukan MPAJA menggunakan taktik perang gerila kerana tidak mempunyai kekuatan tentera yang ramai. Terdapat sebilangan orang Cina di bandar-bandar menentang Jepun secara bersembunyi. Mereka melakukan kerja-kerja sabotaj, menganjurkan bantahan dan pembunuhan ke atas beberapa orang Jepun dan mereka yang bekerja dengan Jepun.

Kumpulan ini memberi bantuan dalam bentuk wang, ubat-ubatan, kain baju dan lain-lain keperluan kepada MPAJA. Pada tahun 1943, British mengadakan kerjasama dengan MPAJA. Mereka menyusun gerakan gerila, menjalankan kerja-kerja sabotaj, membekalkan senjata, peluru, bahan-bahan letupan dan kewangan untuk membiayai kegiatan MPAJA. Pada bulan Januari 1944, MPAJA membuat pakatan menentang Jepun dengan tentera Berikat melalui Force 136 yang berpusat di Ceylon. Antara kejayaan besar tentera Jepun memerangi PKM dan MPAJA ialah peristiwa serangan hendap di Batu Caves pada 1 September 1942. Peristiwa itu hampir melumpuhkan PKM dan MPAJA buat seketika. Jepun menggunakan anggota polis Melayu untuk menentang tentera MPAJA. Ini menyebabkan hubungan antara orang Melayu dengan Cina semakin tegang.

Parti komunis Malaya sebenarnya lebih berminat untuk merampas kuasa daripada Jepun dan kemudiannya daripada British. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh PKM bagi melaksanakan cita-cita mereka tersebut?

3. Kebangkitan Semangat Nasionalisme

Apabila pihak Jepun mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, mereka menghadapi menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk mengendalikan urusan kerajaan. Oleh itu, beberapa jawatan penting

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 57

diberikan kepada orang Melayu tempatan. Peluang tersebut telah memberikan keyakinan diri kepada masyarakat Melayu untuk menentukan nasib mereka dan tidak terlalu bergantung kepada pihak British. Dalam keadaan huru hara dan ketidakstabilan sosial serta ekonomi semasa pendudukan Jepun, unsur-unsur subversif dengan mudahnya menyusup di kalangan rakyat. “Semangat Asia Untuk Asia” yang dibawa oleh Jepun berjaya membina sifat percaya kepada diri sendiri secara beransur-ansur. Kepercayaan terhadap kuasa Barat semakin pudar dan semangat cintakan bangsa dan tanah air semakin tinggi.

Jepun membenarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diharamkan oleh Inggeris bergerak semula. Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah bekerjasama dengan Jepun dan pada masa yang sama bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Ketua Sukarela dan Dr. Burhanudin Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Pemberian jawatan-jawatan ini merupakan latihan kepada tokoh-tokoh tempatan untuk mengambil alih pentadbiran kelak. Mereka turut menggalakan penubuhan persatuan politik Melayu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Selain daripada itu, pihak Jepun menolong menubuhkan Angkatan Tentera Kebangsaan dan angkatan ini akan digunakan oleh pihak Jepun apabila melanggar India. Pihak Jepun telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu. Jepun cuba menggunakan seorang pemimpin Melayu yang radikal iaitu Ibrahim Yaacob untuk menyebarkan propaganda anti British.

Beliau pernah memberi bantuan kepada pihak Jepun melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM) ketika Jepun menawan Tanah Melayu. Dengan bantuan kewangan daripada pihak Jepun, Ibrahim Yaacob telah memberi akhbar Warta Malaya pada tahun 1941. Beliau telah menggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana-rencana yang membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu dan mengecam penjajahan British. Ibrahim Yaacob berharap akan mendapatkan kebebasan politik yang lebih sekiranya British ditewaskan dalam perang. Pihak Jepun telah membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan oleh British. Sebuah pertubuhan diasaskan oleh Jepun iaitu Pembela Tanah Air (PETA) atau Giyu Gan dalam bahasa Jepun. Anggota-anggota PETA terdiri daripada orang Melayu dan mereka diharapkan akan menentang dan menghalang pengambilan semula Tanah Melayu oleh tentera Berikat. Ibrahim Yaacob menjadi ketua PETA dan memegang pangkat Leftenan Kolonel.

Pada bulan Jun 1945, Ibrahim Yaacob meneubuhkan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) dengan bantuan pihak Jepun. Salah satu daripada matlamat KRIS ialah menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya. Dengan itu, Ibrahim Yaacob telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin nasionalis Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta. Mereka bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia pada 24 Ogos 1945. Akan tetapi, rancangan Indonesia Raya tidak berjaya dilaksanakan kerana tentera Jepun dikalahkan pada 15 Ogos 1945. Apabila British kembali ke Tanah Melayu dan mengisytiharkan Pentadbiran Tentera British, ramai pemimpin KMM, PETA dan KRIS ditangkap dan dipenjarakan. Ibrahim Yaacob terpaksa melarikan diri ke Indonesia. Kaum Cina merupakan kaum yang mengalami penderitaan paling teruk semasa pendudukan Jepun. Maka, tidaklah menghairankan jika kebanyakan gerakan anti-Jepun diketuai oleh orang Cina. Gerila-gerila Cina ini berfahaman Komunis. Sasaran mereka ialah askar-askar dan markas-markas tentera Jepun. Orang Melayu dan India menyertai gerakan menentang Jepun kerana pentadbiran Jepun turut membawa kesusahan kepada mereka.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 58

Kumpulan-kumpulan gerakan anti-Jepun utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA), Tentera Wataniah yang terdiri daripada orang Melayu Pahang dan Gerila Force 136 (Tentera pihak Bersekutu yang dipimpin oleh Kapten Spencer Chapman). MPAJA adalah gerakan bersenjata menentang Jepun yang terbesar dan terpenting sekali. Ahli-ahli MPAJA dikuasai dan dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kebanyakan daripada mereka adalah orang Cina. Ahli-ahli MPAJA mendirikan petempatan di dalam hutan. Mereka melakukan kerja-kerja sabotaj seperti meletupkan jambatan, jalan raya dan jalan kereta api untuk memutuskan hubungan pihak Jepun. Pihak Btitish telah membuat pakatan sementara dengan MPAJA untuk menentang Jepun. Antara syarat-syarat pakatan ini ialah British melatih pasukan MPAJA dalam taktik perang serta membekalkan senjata kepada mereka dan senjata-senjata tersebut hendaklah dikembalikan selepas perang dan ahli-ahli MPAJA akan pulang kepada kehidupan awam. MPAJA merupakan pertubuhan anti-Jepun yang paling giat serta penting. Keanggotaannya bertambah banyak kerana lebih ramai oang Cina menyertainya untuk menentang pihak Jepun.

Ahli-ahli MPAJA telah menerima senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan pengaruh Komunis bertambah kuat. Perang gerila berjaya mengganggu dan mencabar kedudukan Jepun di Tanah Melayu tetapi gagal menamatkan pendudukan Jepun. Angkatan Gerila Force 136 ditubuhkan semasa peperangan Dunia Kedua meletus. Ia adalah suatu gerakan sulit yang anti-Jepun. Markas pasukan ini terletak di Sri Lanka dan India. Angota-angota Force 136 seperti John Davis dan Richard Broome telah mendarat di Tanah Melayu melalui jalan laut dan udara. Tengku Mahmud Mahyidden adalah seorang angota pasukan ini yang bertanggungjwab mengetui kumpulan Melayu. Beliau dibantu oleh seorang sukarelawan bernama Haji Ibrahim Bima. Pejuangan pasukan ini dibantu oleh tentera Wataniah yang dianggotai oleh ahli-ahli Persatuan Melayu Pahang cawangan Raub. Tentera Wataniah ini dipimpin oleh Kolenal Pemerintah Kehormat Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang. Force 136 beroperasi dalam kumpulan kecil dalam hutan. Mereka keluar dari hutan apabial Jepun menyerah kalah. Apabila British berkuasa semula di Tanah Melayu, sebahagian besar daripada anggota pasukan ini bangun menentang pentadbiran British.

Berakhirnya Pendudukan Jepun Tindakan Pihak Berikat mengebom bandar-bandar dan tempat-tempat penting Jepun yang mengeluarkan peralatan perang hampir melumpuhkan kekuatan tentera Jepun. Kejayaan mengalahkan Jerman membolehkan Amerika Syarikat dan Britain menumpukan seluruh kekuatan mereka untuk menumpaskan Jepun di Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Pemerintah Tertinggi Tentera Amerika Syarikat di Lautan Pasifik, Jeneral Douglas Mac Arthur memimpin tenteranya bergerak secara perlahan-lahan memasuki Filipina. Pendaratan awal dilakukan di Pulau Leyte pada bulan Oktober 1944 dan Manila telah ditawan pada bulan Mac 1945. Akhirnya, tentera Amerika berjaya membebaskan seluruh wilayah Filipina daripada penguasaan Jepun.

Kapal terbang Amerika Syarikat melancarkan pengeboman secara besar-besaran dan hampir 60 buah bandar besar di Jepun dimusnahkan. Amerika Syarikat dan Britain berusaha untuk memaksa Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Serangan yang berterusan ini semakin menyulitkan pusat pemerintahan di

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 59

Tokyo menghubungi tanah jajahannya di Asia Tenggara. Pada pagi 6 Ogos 1945, sebuah kapal terbang Superfortress Amerika Syarikat menggugurkan bom atom yang pertama di Hiroshima dan diikuti oleh bom atom yang kedua di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Akhirnya, kerajaan Jepun terpaksa menyerah kalah. Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Maharaja Hirohito pada 15 Ogos 1945. Pengisytiharan menyerah kalah secara rasmi ditandatangani di hadapan Panglima Agung Kuasa Berikat, Jeneral Douglas Mac Arthur di atas sebuah kapal perang Amerika Syarikat bernama Missouri pada 2 September 1945.

Pada 20 Ogos 1945, Putera Kanin Haruhito dihantar ke Tanah Melayu sebagai utusan khas kerajaan Jepun untuk mengarahkan Pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu yang berpusat di Singapura menyerah diri secara rasmi kepada pihak Berikat. Beliau juga mengumumkan bahawa semua kegiatan tentera diberhentikan berkuatkusa pada 25 Ogos 1945. Setelah tentera Jepun menyerah kalah secara rasmi, kekosongan kuasa di Tanah Melayu akan diisi secara berperingkat-peringkat melalui pendaratan tentera British di Pulau Pinang, Singapura dan Morib. Upacara penyerahan diri tentera Jepun di Tanah Melayu diadakan secara rasmi pada 12 September 1945 di banguanan Perbandaran Singapura. Pihak Jepun diwakili oleh Komanden tentera Jepun di Tanah Melayu, Jeneral Itagaki, manakala tentera Berikat oleh Pemerintah Tertinggi Tentera Berikat di Asia Tenggara, Lord Louis Mountbatten.

SUASANA DI TANAH MELAYU SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA

Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga corak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis). Negeri-negeri Selat diperintah secara langsung oleh British melalui seorang Gabenor British dan tarafnya adalah sebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak di bawah seorang Pesuruhjaya British yang berpusat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri tersebut dilantik seorang Residen British. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, pihak British telah melantik seorang wakilnya yang dipanggil Penasihat British. Kekalahan British di Tanah Melayu di tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.

Akibatnya pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik di Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Kedatangan semula pihak British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua telah membawa satu corak pemerintahan baru yang bertujuan untuk menyatukan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura di bawah satu pemerintahan pusat yang diperintah terus oleh seorang Gabenor British.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 60

Gagasan Pentadbiran baru yang dirancang oleh pihak British itu dinamakan Malayan Union. Gagasan ini telah dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Bagi menjayakan gagasan tersebut sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Sir Edward Gent telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula ke Tanah Melayu. Jawatankuasa tersebut telah merangka satu dasar yang telah dipersetujui oleh kerajaan British untuk dilaksanakan iaitu sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union untuk keseluruhan Tanah Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang. Di dalam rancangan Malayan Union, Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Alasan pihak British untuk mengasingkan Singapura adalah disebabkan kedudukan Singapura sebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju, kedudukan ekonomi yang baik dan menguntungkan British.

Antara perkara-perkara utama yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu melalui rancangan Malayan Union ialah mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu serta penukaran taraf Negeri-negeri Melayu daripada taraf negeri-negeri naungan British kepada negeri-negeri jajahan British. Melalui rancangan ini semua anggota majlis yang ada dalam rancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setianya kepada Ratu Inggeris dan bukan lagi kepada raja-raja Melayu. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri. Melalui rancangan ini, gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadap sesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura.

Kuasa yang ada pada gabenor ini adalah lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayu itu sendiri. Mengenai kerakyatan, mereka yang berhak adalah terdiri daripada mereka yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengan syarat mereka telah menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun. Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union.

Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagai persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Melalui Setiausaha Tanah Jajahan, kerajaan British telah menghantar Sir Harold Mac Michael ke Tanah Melayu untuk melaksanakan tugas mendapatkan tandatangan tersebut. Dengan kepintaran melakukan tipu helah dan membuat ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya MacMichael telah berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945. Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapi mereka terpaksa menurut demi untuk menjaga kepentingan mereka. MacMichael telah mengugut akan menurunkan takhta Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjian tersebut dan menggantikan mereka dengan kerabat raja lain yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan perjanjian tersebut.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 61

Huraikan ciri-ciri kerajaan Malayan Union yang dicadangkan oleh kerajaan British?

Pada pandangan anda, adakah patut orang-orang Melayu menentang Malayan Union, sedangkan kerajaan British baru saja merampas Tanah Melayu, daripada penaklukan Jepun?

Perlembagaan Malayan Union

Perlembagaan Malayan Union mengandungi 2 fasal utama iaitu yang berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan.

1. Pentadbiran

a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai Malayan Union.

b. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

c. Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.

d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.

e. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.

g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah Borneo.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 62

2. Kerakyatan

Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:

a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura. b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum

15 Februari 1942. c. Mereka yang tidak layak Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya

warganegara d. Malayan Union mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di

Tanah Melayu selama 5 tahun.

Jelaskan tujuan utama kerajaan Inggeris memperkenalkan Malayan Union selepas tamat Perang Dunia Kedua?

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Inggeris itu telah mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu, huraikan .

Penentangan Orang Melayu

Pengenalan dan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan hebat dari orang Melayu. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan Malayan Union. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan Malayan Union. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Ugutan oleh Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union, sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Hal ini yang apabila Sultan Badlishah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union atau turun dari takhta. Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan sultan. Walaupun kedudukan sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan sultan dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran tetapi hanya tertumpu dalam hal ehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 63

sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu di Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

Selain itu, orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudah pun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union juga disebabkan mereka menyedari perlembagaan Malayan Union merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana Malayan Union merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union juga disebabkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pemerintahan British kerana orang Melayu tidak diberi peluang terlibat dalam merangka perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan itu dirancang oleh pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya. Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka perlembagaan baru yang sesuai

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 64

dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu iaitu Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu juga telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di seluruh negeri-negeri Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akhirnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan Malayan Union. Akibatnya, sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946. Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu juga mendapat simpati daripada orang asli. Dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung. Sebagai bantahan yang lebih keras ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.

Reaksi Orang Bukan Melayu

Perlaksaanaan Malayan Union mungkin berjaya sekiranya mendapatkan sokongan orang bukan melayu orang bukan melayu khususnya orang India dan Cina tidak menunjukkan sebarang reaksi pada mulanya. Kerana bagi orang Cina, British telah menjanjikan hak kerakyatan secara jus soli. Namun apabila kerajaan British mengambil keputusan untuk menangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan kerana desakan orang Melayu, orang Cina telah hilang kepercayaan dan merasakan pihak British telah mungkir janji. Dengan itu orang Cina mula menentang dengan pelbagai cara iaitu melalui kesatuan, penubuhan dan akhbar-akhbar.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 65

Terdapat beberapa golongan orang Cina yang mengemukakan tentangan terhadap Malayan Union melalui akhbar-akhbar Cina dan Kesatuan Demokratik Malaya iaitu pertubuhan berhaluan kiri yang ditubuhkan pada 12 Oktober 1942. Tentangan orang Cina berpusat pada pembentukan MPAJA yang ditubuhkan pada tahun 1946. Mereka memperjuangkan sebuah Tanah Melayu yang bersatu dengan Singapura dan menuntut hak kerakyatan yang sama rata. Melalui akhbat Sin Chew Jit Poh juga menentang Malayan Union dengan menyatakan Raja-raja Melayu tidak mempunyai hak untuk mewakili kaum Cina. Masyarakat Cina yang menjadi ahli Parti Kuomintang di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian dalam perkembangan. Mereka menganggap penerimaan Malayan Union akan membatalkan kebangsaan Cina secara automatik. Sebilangan kaun Cina tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air mereka. Matlamat mereka hanyalah mencari kekayaan untuk dibawa pulang negeri masing-masing. Dalam pada masa yang sama terdapat golongan Cina yang menjadi anggota parti Komunis Malaya dan MPAJA semata-mata untuk membentuk negara komunis Malaya. Terdapat juga masyarakat Cina yang bersikap berkecuali iaitu Chinese Centre dan mereka mengalu-alukan kertas putih Malayan Union.

Bagi kaum India pula pada mulanya tidak berminat langsung dengan keadaan politik tanah melayu. Sebahagia besar daripada mereka masih menumpukan perhatian ditanah air mereka sendiri iaitu perjuangan Parti Kongres India apabila UMNO dan orang Melayu menentang Malayan Union dan mendesak kerajaan British mengadakan pindaan terhadap Malayan Union dalam soal kerakyatan, sikap orang Cina dan India mula berubah. Mereka menuntut hak kerakyatan yang sama rata. Masyarakat Cina di bawah pinpinan Tan Cheng Lock mula menyuarakan perasaan mereka dan desakan yang dilakukan oleh UMNO dan orang Melayu telah menjejaskan kepentingan mereka. Oleh yang demikian kerajaan British digesa menerima cadangan UMNO supaya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara mengenai kerakyatan juga perlu dipinda. Segala langkah-langkah yang hendak dibuat mestilah terlebih dahulu dirancang dengan UMNO dan wakil-wakil raja demi kebaikan masa depan orang Melayu.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Ekoran tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang Melayu, kerajaan Brtish telah membatalkan cadangan menubuhkan Malayan Union. British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu rancangan mereka untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan negara tidak akan berjaya. Hasil sikap tolak ansur kerajaan British menubuhkan jawatankuasa kerja pada bulan Julai 1946. jawatakuasa tersebut terdiri daripada empat wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil UMNO dan enam pegawai British. Jawatankuasa tersebut mencadangkan supaya memulihan kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan sultan akan dikembalikan, penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri, syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat untuk kaum-kaum bukan Melayu serta pemberian hak istimewa kapada kaum Melayu akan dijamin Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah ditandatangani oleh sembilan orang Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British yang mewakili kerajaan British.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 66

Penubuhan Persekuuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 yang terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu iaitu Perils, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri-negeri Selat manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan British yang berasingan. Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif. Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan telah ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British. Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu atau Dubar yang berfungsi untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British. Penubuhan Majlis-majlis Mesyuarat Undangan negeri di peringkat negeri berfungsi seperti Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Jawatan menteri besar diwujubkan bagi menggantikan jawatan Residen British yang dimansuhkan. Kuasa kerajaan negeri diperluaskan untuk meliputi perkara-perkara yang berkait dengan kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan. Dalam syarat kerakyatan kepada orang-orang asing yang ingin bermastautin di negara ini. Semasa Perlembagaan 1948 dikuatkuasakan mereka yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah semua rakyat raja sebuah negeri Melayu. Semua warga British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka yang telah menetap selama 15 tahun berturut-turut di salah sebuah kawasan yang termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu. Semua rakyat British yang dilahirkan dikawasan yang termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu yang bapanya sendiri dilahirkan di kawasan yang berkenaan atau telah menetap di Tanah Melayu 15 tahun berturut-turut. Semua orang yang telah dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu yang biasanya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu menjadi bertambah baik. Raja-raja Melayu telah diberi semula hak utama dan kuasa untu menjadi raja-raja yang berdaulat di negeri masing-masing mereka juga diberi kuasa penuh dalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti kedudukan sebelum tahun 1941 di samping itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa matlamat akhir kerajaan British adalah memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa depan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan British di London.

PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK YANG BERASASKAN PERKAUMAN

United Malay National Organisation (UMNO)

UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Matlamat utama penubuhan UMNO ialah untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Cogan kata utama parti ini iaitu “Hidup Melayu” digunakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mempertahankan kedudukan serta hak keistimewaan mereka. Dato’ Onn Jaafar mempunyai pandangan ke hadapan melebihi kemahuan ahli-ahli UMNO. Beliau mula memperkatakan tentang kerjasama dengan kaum-kaum lain. Pada bulan Oktober 1949, Dato’ Onn mencadangkan satu rupa bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa. Kemudian beliau mencadangkan supaya pemberian kerakyatan lebih longgar. Cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli UMNO. Ekorannya Dato’ Onn meletakkan jawatan pada bulan Jun 1950. Tindakannya diikuti oleh Jawatankuasa UMNO

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 67

yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato’ Onn dipujuk semula memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada bulan Ogos 1950.

Satu perkembangan baru berlaku dalam dalam UMNO apabila slogan “Hidup Melayu “ diganti dengan “Merdeka”. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada 25-26 Mac 1951. Dato’ Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak wujud perpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan dengan Malaya. Dengan cara ini Dato’ Onn berharap pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain. Dalam persidangan UMNO yang berlangsung pada 25 dan 26 Ogos, cadangan Dato’ Onn ini dibantah dengan kerasnya oleh para perwakilan. Akhirnya pada 27 Ogos 1951, Dato’ Onn sekali lagi melepaskan jawatan Presiden UMNO setelah memimpin selama 5 tahun. Setelah jawatan Presiden UMNO dipertandingkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman berjaya mengalahkan dua pencabar lain. Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO sehingga tahun 1970.

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

Setelah meletakkan jawatan daripada UMNO, Dato’ Onn bersama rakan-rakan yang lain menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 16 September 1951 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh lebih 100 orang dari semua kaum. Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E. E. C. Thurisingam dan yang lainnya telah memberikan sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalam ucapannya pada hari perasmian IMP telah menyeru kepada semua kaum terutamanya MCA agar memberi kerjasama pada IMP dalam mencapai matlamatnya iaitu mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun. Mengadakan pilihanraya yang berasaskan prinsip demokrasi diperkenalkan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan kemudiannya ke peringkat perundangan pusat pada tahun 1955. Selain itu, juga ia bermatlamat ke arah memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu (Malayan Service) serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanak-kanak berumur di antara 6 sehingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan perkhidmatan kebajikan sosial terutama di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan harga barangan petani-petani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu.

Parti IMP tidak berjaya menarik sokongan lebih ramai orang Melayu UMNO kerana tidak yakin dengan konsep parti berbilang kaum. Populariti Dato’ Onn tidak dapat menjamin sokongan kepada parti IMP. Tunku Abdul Rahman dalam salah satu mesyuarat UMNO yang diadakan pada 29 hingga 30 mac 1952 telah mengecam sesiapa yang menyokong atau menunjukkan simpati terhadap IMP, maka ahli tersebut akan dibuang dari UMNO. Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA. Dato’ Onn berharap Tan Cheng Lock yang pada peringkat awal menyokongnya dapat menarik sokongan orang Cina kepada IMP tetapi gagal dan Dato’ E.E C Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan orang India. Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat dipulihkan. Ini telah mendorong Dato’ Onn menubuhkan pula Parti Negara.

Parti Negara

Parti ini ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari 1954 dan tokoh-tokoh Melayu daripada IMP selepas persidangan IMP adalah menteri-menteri besar. Pemimpin-pemimpin Parti Negara yang lain ialah Dato’ Hamzah Abdullah, E.E. C Thuraisingam, Heah Joo Seng dan W. Mac Leod. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan perpaduan nasional dan raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbuka

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 68

kepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Melayu. Sokongan yang diperoleh oleh Parti Negara lebih baik berbanding IMP terutama di negeri Terengganu, Kelantan, Johor, Kedah dan Selangor.

Dalam pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Negara gagal. Begitu juga dalam pilihan raya kebangsaan 1959, Parti Negara meletakkan 70 orang calon. Dato’ Onn memenangi kerusi Dewan Rakyat Terengganu Selatan manakala empat orang rakannya berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeeri Terengganu. Pada umunya Parti Negara kurang berjaya dan terus merosot selepas Dato’ Onn meninggal dunia pada 18 Januari 1962.

Malayan Chiness Association (MCA)

Kejayaan Parti Komunis menubuhkan kerajaan di negeri China mendorong ahli-ahli politik kanan kaum Cina di Tanah Melayu menubuhkan parti politik. Perkembangan PKM juga mendorong ke arah itu. Ketua-ketua masyarakat Cina mahu mengelakkan kecaman yang menganggap kaum Cina keseluruhannya menyokong perjuangan PKM. darurat menyebabkan pengaruh PKM tergencat dan kepimpinan politik Cina perlu diisi. Peluang ini digunakan oleh tokoh-tokoh Cina berpendidikan Inggeris dan ahli-ahli perniagaan menubuhkan sebuah parti. Usaha menubuhkan Pakatan Cina Tanah Melayu diusahakan oleh Tan Cheng Lock pada awal tahun 1948 tetapi gagal. Uasaha ini diteruskan oleh Leong Yew Koh. Pihak British juga mahu mewujudkan sebuah pertubuhan kebangsaan Cina yang pro-British. Pesuruhjaya Tinggi meminta H. S. lee yang menjadi pengerusi Dewan Perniagaan Cina Selangor mengambil daya usaha pembentukan sebuah pertubuhan politik Cina. Menjelang bulan Februari 1949, MCA berjaya ditubuhkan di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. Golongan pedagang Cina yang kaya turut menyokong penubuhannya bagi mengimbangi kegiatan politik yang hampir dimonopoli oleh UMNO. Terdapat tiga matlamat utama UMNO ditubuhkan:

i- Untuk menggalak dan mengekalkjan hubungan baik antara kaum di Tanah Melayu. ii- Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina dalam soal kemasyarakata, ekonomi dan politik

menurut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang. iii- Untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bagi mewujudkan Tanah Melayu yang lebih aman dan

terus maju.

Pada peringkat awal MCA lebih menumpukan minat pada kerja-kerja sosial seperti membantu penduduk-penduduk kampung baru. Tan Cheng Lock mahu MCA mengubah imej menjadi parti politik sepenuhnya tetapi ideanya ditentang oleh kumpulan yang mahu terus mengekalkan identiti pertubuhan kemasyarakatan. Tan Cheng Lock mengecam mahu meletakkan jawatan. Akhirnya pada pertengahan tahun 1952, MCA secara rasmi menjadi parti politik.

Malayan Indian Congress (MIC)

Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan dipimpin oleh John A. Thivy sebagai presiden yang pertama. Matlamat penubuhan MIC ialah untuk menga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu. Apabila India merdeka pada tahun 1947 maka matlamat kedua menjadi tumpuan mereka. Dua pertubuhan India yang lain di Tanah Melayu ketika itu ialah Malayan Indian Association dan Federation of Indian Organisation.

Pada peringkat awal pemimpin-pemimpin MIC terdiri daripada orang India Utara tetapi tahun-tahun 1950-an dimonopoli oleh orang India Selatan terutama orang Tamil. Pada peringkat awal pengaruh parti politik kurang jelas dikalangan penoreh dan buruh-buruh India. Semasa menentang Persekutuan, MIC turut menyokong AMCJA

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 69

terutama dalam soal kerakyatan. MIC pernah bergabung dengan parti-parti berhaluan kiri tetapi gagal. Selepas itu MIC menyokong IMP yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Bagaimanapun setelah meneliti perkembangan politik Tanah Melayu, MIC mengambil keputusan menyertai Perikatan pada tahun 1954 yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan MCA. MIC menjadi lebih bertenaga di bawah kepimpinan J. T Sambanthan.

Parti Islam Se-Melaya (PAS)

Penubuhan PAS ada hubung kait dengan UMNO dan Hizbul Muslimin. Bekas ahli Hizbul Muslimin memang berhasrat menubuhkan sebuah parti Islam tetapi tidak ada pemimpin. Kebanyakan pemimpinnya ditangkap pada masa darurat. Bagaimanapun bibit percambahan PAS datang daripada UMNO. UMNO sebagai parti politik Melayu memang berminat dengan Islam. UMNO mempunyai jabatan khas menguruskan hal-ehwal agama Islam. Ketua jabatan ini dipegang oleh Syeikh Abd. Alla Pahim (Mufti Pulau Pinang). Walaupun ada bahagian Islam tetapi sambutan alim ulama untuk menyertai UMNO masih terhad. Sebagai usaha menarik perhatian kumpulan ini, UMNO telah mengadakan perjumpaan kebangsaan di Muar pada 21-22 Februari 1950. Jumlah perwakilan yang hadir ialah 52 orang dan pemerhati seramai 300 orang. Dari sinilah timbul hasrat untuk menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya . Dalam persidangan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 ketetapan dibuat menubuhkan Persatuan Ulama dan ketua penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan.

Kongres Persatuan yang diadakan di Butterworth pada 24 November 1981 turut disertai oleh Persatuan al-Ihya ash-Syarif. Seorang peserta iaitu Muhammad Ma’sum dari Telaga Air, Butterworth mencadangkan nama persatuan ulama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). PAS kemudiannya muncul sebagai parti politik yang penting. Dalam pilihan raya 1955 Pas memenangi1 kerusi daripada 52 kerusi . Dalam pilihan raya 1959 PAS berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Kerajaan PAS di Terengganu bagaimanapun dikalahkan dalam undi tidak percaya oleh Perikatan di bawah Ibrahim Fikri dengan bantuan empat ahli Parti Negara.

KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Perikatan

Usaha-usaha awal untuk menggabungkan parti-parti yang berbilang kaum dalam satu pakatan bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama pada bulan Januari 1951 apabila British mahu mengadakan pilihan raya kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952. Cawangan UMNO dan MCA Kuala Lumpur bersetuju mewujudkan Perikatan. Dua tokoh penting dalam pakatan ini ialah Dato’ Yahya Abd. Razak dan Kolonel H.S Lee. Dalam pilihan raya trsebut parti Peikatan telah memenagi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya parti Perikatan memenangi pilihan raya Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka. Dalam pilihan raya bandaran di enam bandar utama, Perikatan menang 26 daripada 37 kerusi. Kejayaan pakatan ini mencerminkan bahawa usaha-usaha bersama antara kaum dapat menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama. Berlandaskan kejayaan ini, Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk Parti Perikatan pada peringkat kebangsaan pada tahun 1952. Pada tahun 1953, Perikatan menang 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Salah satu faktor kejayaan ialah meningkatnya kerjasama antara kedua-dua parti.

Antara isu penting kempen Perikatan ialah desakan supaya diadakan pilihan raya kebangsaan. Pada 2 Mei 1953, Tunku Abdul Rahman berjumpa pemimpin-pemimpin MCA bagi membincangkan soal pilihan raya. MCA-UMNO kemudiannya menganjurkan kongres kebangsaan pada bulan Ogos 1953 dan dihadiri oleh PAS, PMU

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 70

(Peninsular Malay Union) dan PMMK (Persatuan Persetiaan Malaya Kelantan). Kongres ini mendesak diadakan pilihan raya dengan segera.

Pada tahun 1954, Perikatan menghantar perwakilan ke London untuk menemui Setiausaha Negara Tanah Jajahan, Oliver Lytteton. Bagi mengukuhkan tuntutan, Perikatan akan menarik balik semua perwakilannya dalam Mesyuarat Persekutuan, negeri, tempatan, bandaran dan semua badan kerajaan. Ini melibatkan 600 ahli UMNO dan 400 ahli MCA. Ini menyebabkan kerajaan British bertolak ansur dan memenuhi tuntutan Perikatan walaupun pada peringkat awal British menganggapnya agak melampau. Gabungan Perikatan diperluaskan lagi pada tahun 1954 apabila MIC menganggotainya menjelang pilihan raya Persekutuan 1955. Pakatan ini telah menjadikan Perikatan sebagai wakil tiga kaum terbesar di Malaysia.

Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah Melayu, pendedahan telah dibuat ke arah itu. mulai April 1951 sistem “Ahli” diperkenalkan. Sistem “Ahli” merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun 1952 semua anggota “Ahli” dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka ada pengalaman eksekutif perundangan.

Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem “Ahli” termasuklah Dato’ Onn Jaafar, Tunku Yaakob ibn Sultan Abd. Hamid, E. E. C Thuraisingam, Dr. Lee Tiang Keng, Dato’ Mahmud Mat, Kolonel H. S Lee dan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan yang diberikan kepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan dalam negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan, tanah, perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam proses berkerajaan sendiri. Tetapi bagi pihak British berpendapat bahawa usaha ini ke arah melatih orang Tanah Melayu memerintah sendiri.

Ke Arah Pemerintahan Sendiri

Berdasarkan Perjanjian Persekutuan usaha-usaha dibuat ke arah pemerintahan sendiri antara langkah-langkah yang diambil termasuklah mengadakan Pilihan Raya Majlis Bandaran di Pulau Pinang (Disember 1951) dan Kuala Lumpur (Februari 1952). Dalam Pilihan Raya Bandaran Pulau Pinang, parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pula diadakan pada bulan Februari 1952.

Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah melayu pendedahan dibuat ke arah itu. Mulai april 1951 sistem ahli diperkenalkan. Sistem ahli merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan-jabatab dan kerajaan. Pada tahun 1952 smua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka pada pengalaman eksekutif perundangan.

Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem ahli termasuk Dato’ Onn, Tunku Yaakop bin Ibn Sultan Abd Hamid, E.E.C Thuraisinggam, Dr. Lee Tian Keng, Dato’ Mahmud Mat, Kolonel H.S. Leedan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan diberikan kepada mereka termasuklah hal ehwal negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan tanah, perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik oleh pesuruhjaya tinggi dan bukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam proses berkerajaan sendiri. Tetapi pihak British berpendapat usaha ini ke arah melatih orang Tanah Melayu memerintah sendiri.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 71

Pilihan Raya 1955

Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai 1955. Dalam pilihan raya itu, UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dalam Parti Perikatan bagi mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada mulanya pembahagian kerusi yang akan ditandingi antara UMNO dan MCA dalam perikatan ialah 40 UMNO dan 12 MCA. Tetapi dalam saat-saat akhir muncul satu perkembangan baru apabila MCA pula mahu bergabung dalam perikatan. Justeru itu, pembahagian kerusi menjadi 38 UMNO, 12 MCA dan 2 MIC. Ternyata sekali lagi UMNO kelihatan begitu bertolak ansur apabila ia sanggup mengorbankan 2 kerusinya dan tidak satupun dari MCA sedangkan bilangan pengundi melayu adalah lebih jauh besar daripada MCA yang memiliki hanya kira-kira 11% sahaja. Hanya seorang calon UMNO kalah kepada PAS di kawasan Kubang Krian. Ini membolehkan Tunku Abdul Rahman yang menjadi ketua Perikatan membentuk kabinet dan beliau sendiri menjadi Ketua Menteri. Antara tokoh yang turut menjadi anggota kabinet beliau ialah Dato’ Abd Razak Hussein, Dato’ Sulaiman Abd Rahman, Dr. Ismail, Kol. H.S Lee, Sardon Jubir, V. T Sambanthan, Leong Yew Koh, Ong Yoke Lin dan abd Aziz Ishak.

Antara perkara yang menjayakan kempen Perikatan ialah manifesto parti ini. Dalam manifesto pilihan raya tahun 1955 Perikatan UMNO-MCA-MIC antara lain:

i- Berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. ii- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu. iii- Penubuhan sekolah kebangsaan. iv- Melindungi kedudukan raja-raja sebagai ketua berpelembagaan. v- Menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. vi- Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun.

Parti-parti lain yang turut bertanding dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Negara, Parti Progresif rakyat dan parti Islam Se-Malaya (PAS).

Rundingan Kemerdekaan Parti-parti politik jelas memperjuangkan kemerdekaan. Parti perikatan misalnya dalam manifesto pilihan raya 1955 berjanji akan berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Manakala Parti Negara mahu merdeka dalam masa lima tahun. Apabila Perikatan membentuk kerajaan mereka telah memulakan rundingan kemerdekaan dengan British. Pada 18 Januari – 6 Februari 1956 rundingan kemerdekaan diadakan di London. Wakil-wakil Tanah Melayu terdiri daripada empat orang wakil Perikatan dan empat orang wakil sultan. Mereka ialah Tunku Abdul Rahman (ketua), Datuk Abdul Razak Husein, Kolonel H.S Lee dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Wakil-wakil raja Melayu ialah Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Abdul Aziz Majid dari Selangor, Datuk Nik Ahmad Kamil dari Kelantan dan Datuk Mohd Seth Mohd Said dari Johor telah sama-sama menyertai perbincangan merdeka. Semua wakil Tanah Melayu telah memberi kata sepakat untuk mencapai kemerdekaan sebelum ke London lagi dan ini telah memudahkan rundingan dengan pihak British.

Hasil daripada tuntutan British agar ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu bersatu dan bekerjasama terbukti dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. dalam pilihan raya tersebut, parti Perikatan telah

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 72

memenangi 51 daripada 52 kerusi yang telah dipertandingkan. Ini menunjukkan suara majoriti rakyat dan bekerjasama dan bersatu syarat yang ditetapkan sudah dipenuhi. Pihak Britis bersetuju untuk memberi kemerdekaan. Ada dua peringkat yang dipersetujui. Peringkat pertama sebagai tahap peralihan. ada peringkat ini Pesuruhjaya Tinggi mesti bertindak mengikut nasihat Majlis Kerja kecuali dalam hal luar dan pertahanan luar. Pada peringkat ini juga menteri-menteri Tanah Melayu akan mengambil Kementerian Pertahanan dan Industri. Kerajaan yang akan dibentuk berasaskan demokrasi berparlimen dan Tanah Melayu akan menganggotai Komanwel. Sebagai langkah awal kerajaan berperintahan sendiri akan dibentuk dalam jangka masa yang singkat. Kuasa dalam hal ehwal pemerintahan dan kewangan yang selama ini dipegang oleh orang British akan diserahkan kepada rakyat Tanah Melayu. pada peringkat kedua pihak British berjanji akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid Satu suruhanjaya berpelembagaan dibentuk untuk mengesyor dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Persekutuan. Suruhanjaya ini dibentuk pada Mac 1956. Anggotanya terdiri daripada :

a) Lord Reid (Hakim Inggeris)-Pengerusi b) Sir Ivor Jennings (England) c) Sir William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia) d) Tuan B. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) e) Tuan Abd. Hamid (Pakistan)

Garis panduan penting untuk suruhanjaya ini:

a) Pembentukan kerajaan pusat yang kuat; b) Kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu; c) Kedudukan istimewa raja-raja Melayu; d) Pelantikan seorang ketua negara berpelembagaan; e) Pengekalan hak istimewa orang Melayu tapi tidak menafikan hak kaum lain; dan f) Untuk mewujudkan satu rupa bangsa

Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuk daripada orang perseorangan, pertubuhan, parti siasah dan daripada raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan di anggap paling penting. Setelah mengadakan 81 kali perjumpaan laporan disiapkan pada akhir tahun 1956. Pada umumnya rang undang-undang ini diterima dengan sedikit pindaan dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Yang Merdeka

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 73

Perlembagaan ini lebih menyerupai perlembagaan British atau India. Perlembagaan ini bersifat parlimen. Antara ciri-ciri penting perlembagaan:

a) Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang di-Pertuan Agong; b) Badan Perundangan terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara; c) Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan-badan kehakiman yang bebas; d) Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain; dan e) Ditetapkan satu kerakyatan atas alasan kelahiran atau memenuhi keperluan-keperluan kediaman, bahasa

dan ikrar taat setia.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Penurunan bendera Union Jack pada 31 Ogos 1957 menandakan kemerdekaan Tanah Melayu. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang memegang tampuk pemerintahan ketika itu telah bersedia untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuat dan stabil. Penyatuan kaum cuba dirapatkan menerusi sistem pelajaran kebangsaan supaya pemupukan semangat kenegaraan dapat dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu satu jawatankuasa mengkaji hal-ehwal pelajaran dibentuk dan hasilnya Laporan Jawatan Kuasa Pelajaran 1956. Selepas itu terhasil pula Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961).

Dalam menggerakkan ekonomi, Rancangan Lima Tahun Pertama (1956-1960) dilancarkan. Tumpuan juga diberi untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dengan pembinaan infrastruktur, pembukaan tanah menurusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan kegiatan-kegiatan berhubung pertanian. Dalam usaha memastikan kejayaan ditubuhkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Parti Perikatan sekali lagi diberi mandat memerintah selepas memenangi pilihan raya tahun 1959.

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai selepas bekas Perdana Menteri yang ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengemukakannya pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur di hadapan 61 orang yang termasuk ahli perniagaan, pegawai dalam jabatan kerajaan dan ahli politik yang merupakan ahli dalam Malaysian Business Council (Saw Swee Hosk dan K. Kesayapany, 2006: 49). Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020,beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020,kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Abdul Rahman Embong dalam “Negara Bangsa: Proses Dan Perbahasan” mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa serta perasaan sebangsa.

Pembentukan negara bangsa di Malaysia dikaitkan bermula sejak era penjajahan British yang merupakan titik tolak kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia. Isu pembinaan negara bangsa adalah penting untuk mewujudkan perasaan identiti kebangsaan sebelum sesebuah negara itu stabil dari segi politik dan seterusnya mencapai kemajuan ekonomi

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 74

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Proses pembentukan negara bangsa dimantapkan dengan Pembentukan Malaysia 1963 dengan kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei dan wilayah Tanah Melayu (Nazaruddin Mohd. Jadi et. al, 1992: 76). Namun begitu, Rakyat Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak tidak semuanya menyokong gagasan pembentukan Malaysia.

1. Reaksi Awal Terhadap Gagasan Pembentukan Malaysia Lawatan Muhibah ke Sabah dan Sarawak pada tahun Jun 1961 oleh Tunku Abdul Rahman adalah bertujuan memastikan rakyat Sabah dan Sarawak memahami konsep dan tujuan pembentukan Malaysia. Hal ini disebabkan beberapa pemimpin Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa Tunku menggalakkan British menyerahkan wilayah-wilayah Borneo itu semata-mata untuk mengurangkan kekeliruan rakyat Sabah dan Sarawak. Konsep Malaysia mendapat reaksi yang negatif daripada rakyat Brunei berhaluan kiri dan ini mengakibatkan kunjungan Tunku ke Brunei pada Julai 1861 untuk memberikan penjelasan tetapi kurang mendapat sambutan. Sementara, Singapura pula menunjukkan reaksi menyokong melalui Parti Tindakan Rakyat (PAP) iaitu Lee Kuan Yew walaupun mendapat tentangan dari parti-parti politik seperti Parti Sosialis dan Parti Buruh di Singapura.

2. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPPM) dan Suruhanjaya Cobbold Tujuan JPPM untuk memberitahu orang ramai tentang gagasan pembentukan Malaysia yang

dipengerusikan oleh Donald Stephen dan setiap ketua kepada anggota lain. JPPM kemudiannya telah menghantar memorandum persetujuan yang telah ditandatangani oleh semua wakil kepada Suruhanjaya Cobbold kecuali Brunei pada 23 Februari 1962.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada tahun1961 bertujuan meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dengan Lord Cobbold sebagai pengerusi (Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2002: 105). Laporan Suruhanjaya ini telah dikemukakan pada Ogos 1962 (Ibid: 84). Antara usul-usul tersebut ialah penubuhan Malaysia yang akan dibentuk mestilah mempunyai satu Kerajaan Pusat yang kuat, perlembagaan Malaysia yang hendak ditubuhkan diasaskan pada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Nama Malaysia dijadikan sebagai bahasa kebangsaan serta golongan peribumi di Sabah dan Sarawak hendaklah diberi hak istimewa yang sama seperti orang Melayu di Tanah Melayu. Perwakilan Parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kawasan.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan Selepas laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan, British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Antara

Kerajaan untuk memperincikan butiran kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia yang diketuai oleh Lord Lansdowne iaitu Timbalan Menteri Kerajaan British (Mohamad Idris Saleh et. al., 1994: 114). Setelah pelbagai perkara dan isu dibahaskan dan dibincangkan hinggalah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 75

merupakan satu hasil tolak ansur dan persefahaman yang diterima. Akhirnya, Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 16 September 1963.

KEMERDEKAAN SINGAPURA DARI MALAYSIA

Minat Singapura untuk menyertai Malaysia bersama Malaysia tidak kekal lama. Pemimpin Parti Tindakan (PAP), Lee Kuan Yew mencetuskan isu perkauman yang serius melalui gagasan Malaysia Malaysia yang secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia yang dipersetujui sejak awal kemasukan ke Malaysia dulu. Beliau cuba mengambil alih MCA yang telah membentuk Parti Perikatan dengan UMNO & MIC sebagai menarik sokongan kaum Cina di Tanah Melayu bagi menyokong perjuangannya. Pemimpin PAP yang lantang memperjuangkan konsep negara Malaysian Malaysia dan seterusnya terus-terang mengkritik kedudukan orang-orang Melayu dan kuasa raja-raja Melayu. Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin MCA mula melahirkan rasa tidak senang dengan pendirian Singapura. Tan Siew Sin dan Senator T.H.Tan antara pemimpin MCA yang mula mencadangkan Singapura berpisah daripada Malaysia (Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2002: 89). Akhirnya, pada 7 Ogos 1965, Lee Kuan Yew dan Tunku menandatangani persetujuan berpisah tetapi meneruskan kerjasama perdagangan dan pertahanan.

PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia di mana rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan yang dikaitkan dengan ‘Pilihan Raya Umum 1969’ yang menyaksikan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) terus meniupkan sentimen perkauman yang menyambung perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua (Mohamad Idris Saleh et. al., 1994: 123).

Senario politik negara yang tidak menentu dan penuh dengan unsur perkauman seperti isu ketidakseimbangan ekonomi, isu keistimewaan orang Melayu, isu kerakyatan, isu pelajaran, isu agama dan kebudayaan. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 (Ibid.: 127). Dengan itu Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk. Kerajaan berparlimen dipulihkan semula pada tahun 23 Februari 1971 (Ibid: 127). Jelas bahawa isu pembinaan bangsa adalah begitu penting untuk mewujudkan perasaan identiti kebangsaan sebelum sesebuah itu stabil dari segi politik dan seterusnya mencapai kemajuan ekonomi. Dengan pembentukan Malaysia merupakan perkara yang penting terutamanya sekali untuk memudahkan proses integrasi nasional dan meneguhkan sesebuah negara bangsa.

RUMUSAN Rumusannya, kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 adalah suatu peristiwa yang amat bermakna kepada generasi dahulu dan sekarang. Dalam konteks masa kini, rasanya wajar dihuraikan kepada beberapa peristiwa penting dalam lembaran sejarah tanah air yang sepatutnya diketahui dan di fahami oleh seluruh warga Malaysia terutamanya generasi muda.

Keadaan ini kerana proses untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu sangat sukar dan terpaksa mengikut segala kehendak dan kemahuan pihak British bagi mencapai kemerdekaan. Semangat ingin

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 76

memerdekakan Tanah Melayu tercetus sejak pendudukan Jepun di Tanah Melayu serta pengenalan kepada Malayan Union oleh pihak British. Masa ini telah menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Banyak pihak telah menentang serta mewujudkan beberapa buah parti bagi memperjuangkan semangat Kemerdekaan tanah air seperti UMNO, MIC, MCA, PAS dan beberapa buah parti yang lain. Hasil daripada pakatan parti-parti telah mewujudkan parti perikatan yang mendapat sokongan daripada ketiga-tiga kaum yang utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Hal ini terbukti apabila parti perikatan ini memenangi pilihanraya bandaran dan seterusnya pilihanraya umum yang pertama iaitu pada tahun 1957 dengan memenagi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Jadi kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah sememangnya memerlukan pengorbanan semua pihak serta kerjasama yang utuh antara kaum. Hasil daripada gabungan parti-parti perikatan, usaha-usaha yang telah diambil oleh tokoh-tokoh terdahulu maka, kemerdekaan Tanah Melayu diberikan oleh pihak British. Seterusnya gagasan pembentukan Malaysia diutarakan oleh Tunku dengan menggabungkan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963. Walaupun Singapura keluar dari Malaysia pada 1965 ia tidak menjejaskan konsep gagasan Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 mematangkan lagi kaedah dan cara kerajaan memerintah untuk memerintah dan mentadbir negara ini.

KATA KUNCI

1. Penaklukan Portugis 7. Semangat nasionalisme 2. Penaklukan Belanda 8. Suruhanjaya Reid 3. Penaklukan British 9. Suruhanjaya Cobbold 4. Pendudukan Jepun 10. Kemerdekaan 5. Sistem Residen 11. Peristiwa 13 Mei 6. Kesatuan Malaya 12. Persekutuan Tanah Melayu

LATIHAN

1. Apakah faktor pendorong kepada Portugis dan Belanda untuk datang ke Nusantara? Bincangkan.

2. Bincangkan sebab-sebab penjajahan British di Negeri-negeri Melayu.

3. Kenapakah Malayan Union ditentang oleh Orang Melayu? Jelaskan.

4. Jepun dikatakan sebagai tentera yang zalim. Tetapi mengapakah masih terdapat rakyat tempatan yang menyokong Jepun? Jelaskan.

5. Bincangkan pengajaran yang boleh diambil daripada penjajahan Jepun.

6. Berikan alasan-alasan sebab Brunei tidak menyertai gagasan pembentukan Malaysia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 77

7. Bincangkan aspek-aspek positif Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam dalam sejarah hubungan kaum.

RUJUKAN

Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri. (1979). Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden. Kuala

Lumpur: Penerbi Abadi Snd. Bhd.

F.C. Jones. (1966). The Far East : A Concise History. Pergamon Press, London.

Jayalatchumy. S (1963). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamad Idris Saleh et. al. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distribution Sdn. Bhd.

Nazaruddin Mohd. Jadi et. al. (1992). Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan

Pembentukan Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

R.S.Milne. (1992). Sejarah Politik dan Kerajaan Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi. (2002). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu dan Perkembangan. Pahang: PTS Publication Sdb. Bhd.

Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Watson Andaya Barbara and Y. Andaya Leonard. (1982). A History of Malaysia. Macmillan Asian Histories Series.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 78

UNIT 5

MASYARAKAT MAJMUK DAN HUBUNGAN KAUM

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan tentang konsep Masyarakat Majmuk. 2. Menjelaskan pembentukan masyarakat Majmuk di Malaysia. 3. Mengetahui kesan kedatangan masyarakat Majmuk. 4. Melihat pola hubungan kaum dan usaha ke arah merapatkan

hubungan kaum di Malaysia.

PENGENALAN Bab ini akan mendekati konsep masyarakat majmuk di Malaysia kesan daripada dasar penjajah. Konsep masyarakat majmuk boleh ditelusuri dengan melihat kepada definisi yang diutarakan oleh F.S. Furnival. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yang baru di mana konsep ini sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiran pedagang-pedagang dari luar seperti Cina, India dan lain-lain telah berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan ada setengah dari mereka telah membina penempatan di Melaka dan ada sesetengahnya telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan juga ada yang memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan Melaka. Situasi pada masa ini adalah amat baik dan aman damai sebab tidak ada kepentingan untuk wujudnya konflik disebabkan kedatangan masyarakat luar adalah untuk berdagang dan kewujudannya adalah dalam bentuk minoriti dalam masyarakat Melaka. Namun begitu, selepas era penjajahan keadaan demografi masyarakat berubah dengan drastik dan kemasukan kaum Cina dan India di Malaysia telah merubah bukan sedikit struktur sosial masyarakat. Perubahan ini memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada ekonomi, politik dan sosial tetapi juga kepada perlembagaan dan sistem pendidikan kita.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 79

ISI KANDUNGAN

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Gambar 5.1: Masyarakat Majmuk di Malaysia

Apa yang anda dapat jelaskan melalui gambar ini? Inilah senario kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang dicirikan dengan perbezaan yang ketara antara ras dan budaya.

Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah:

i- Terdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain.

ii- Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan sosial yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama.

iii- Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan yang berasingan.

iv- Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan. v- Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku hanya terhad

dalam kegiatan ekonomi berjual beli.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri (1990) masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai ”stable tension”. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jika tidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidak baik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemai agar peristiwa itu tidak berulang.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 80

Kewujudan pemajmukan pada masa ini adalah disebabkan oleh perdagangan dan membawa kepada kemunculan petempatan-petempatan asing. Selain itu, ada juga pedagang-pedagang tadi yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan. Misalnya dengan kewujudan golongan Baba- Nyonya serta Chettiar. Kehadiran para penjajah ke Melaka seperti Portugis, Belanda dan British pula telah menggalakkan lagi proses pemajmukan ini berlaku terutama semasa penjajahan British di Tanah Melayu yang membawa kepada dimensi baru kepada proses pemajmukan masyarakat di Malaysia.

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia ditandai dengan tiga golongan etnik yang utama antaranya Melayu, Cina dan India. Kemajmukan ini pula diwarnai lagi oleh kaum-kaum yang lain seperti kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Kaum-kaum pribumi di Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Sulu, Iranum dan sebagainya. Masyarakat Pribumi di Sarawak pula seperti Iban, Dayak, Bidayuh, Penan, Kelabit, Melanau, Orang Ulu, Kedayan dan sebagainya. Selain itu, di Semenanjung Malaysia terdapat kaum-kaum seperti Orang Asli, Baba-Nyonya, Chettiar, Serani, Siam dan sebagainya. Mengikut Perlembagaan Malaysia terdapat lebih daripada 40 suku etnik dengan sekurang-kurangnya 20 suku etnik di Sabah dan 20 suku etnik di Sarawak.

Kewujudan masyarakat majmuk ini bukan sahaja pada bangsanya sahaja tetapi juga adalah berdasarkan agama dan cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan. Misalnya agama Islam merujuk kepada agama anutan sebahagian besar bangsa Melayu. Begitu juga agama-agama lain seperti Kristian (Cina dan India), Buddha (Cina), Hindu (India), Sikh (Punjab), Konfucious (Cina), Taois (Cina) dan Pagan (Orang Asli) mewakili kaum-kaum tertentu. Agama-agama tersebut menjadi agama yang penting di Malaysia sekarang ini. Namun begitu, jika merujuk kepada masyarakat majmuk kaum Cina dan India adalah merupakan masyarakat yang telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjajah atas dasar perekonomian. Perbincangan selepas ini akan membincangkan aspek kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.

Bagi memahami unit ini, sila cari dan fahami maksud istilah-istilah berikut:

1. Akultrasi 2. Asimilasi 3. Amalgamasi 4. Bangsa

5. Diskriminasi 6. Defusi 7. Etnik 8. Etnosentrik 9. Jarak sosial (social distance) 10. Kejiranan 11. Migrasi 12. Pemisahan (segregation) 13. Melting pot 14. Salad bowl

Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat

Tahukah anda sebelum terbentuknya masyarakat majmuk di Alam Melayu atau khasnya Negeri-negeri Melayu masyarakat di kawasan ini adalah hampir kesemuanya adalah daripada kaum Melayu? Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Masyarakat luar yang datang sebelum

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 81

kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahaja seperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang dan Kelantan. Kedatangan mereka tidak ada niat lain dan mereka datang dengan alasan perdagangan. Justeru kita tidak pernah mendengar konflik dan masalah perkauman wujud pada zaman ini. Peperangan yang berlaku adalah lebih menjurus kepada perang saudara seperti perebutan takhta dalam kerabat Raja-raja Melayu. Mereka datang secara sukarela dan mereka mudah mengadaptasi dan berasimilasi dengan masyarakat setempat khasnya dalam budaya Melayu.

Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga yang terdiri daripada anak dan isteri. Jika mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Asia Tenggara maka sudah tentu keputusan mereka itu merupakan keputusan yang berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing. Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para pendatang tersebut. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang telah sedia ada di dunia baru mereka. Manifestasi asimilasi yang harmoni ini terjelma di dalam kehidupan pluraliti masyarakat pada zaman tersebut. Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Di samping, mereka juga mengamalkan budaya kehidupan seharian orang-orang Melayu. Selain daripada itu, amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh pendatang ini juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur di dalam majlis perkahwinan adalah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.

Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat

Pembentukan masyarakat selepas zaman kedatangan orang-orang Barat berbeza dengan sebelum kedatangan mereka. Para pendatang asing dari China dan India terutamanya dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan ekonomi-politik Inggeris. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah. Hanya mereka dibawa masuk secara paksa ke sini tanpa turut disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak-anak. Akibatnya, hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing pada satu hari nanti tidak pernah padam di dalam sanubari mereka. Hasilnya, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia Tenggara. Oleh kerana hasrat untuk kembali ke tanah air tidak tercapai maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Keadaan ini selanjutnya mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat yang hidup di dalam dunia mereka sendiri dan terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat yang sama. Akibatnya, setiap kelompok gagal mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan oleh Furnivall.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 82

Walaupun sebelum kedatangan Inggeris ke Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol. Namun, kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza. Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah. Mereka meragut semua yang ada di dalam kehidupan masyarakat yang dijajah. Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Oleh itu, hasil-hasil bumi seperti bijih timah dan emas perlu diragut. Maka untuk itu buruh dari negara China perlu dibawa masuk untuk mengusahakan lombong-lombong tersebut. Manakala untuk mengusahakan ladang getah pula, mereka menggunakan khidmat tenaga-tenaga buruh dari negara India. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. Sistem sosial-politik-agama tempatan perlahan-lahan ditukar ganti dengan sistem sosial-politik-agama mereka. Hasilnya, mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat pribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit sahaja. Sebagaimana yang berlaku di India di mana hanya 120,000 orang Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India. Maka dikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluraliti dan masyarakat plural.

Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk

Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yang hebat. Bermula dengan zaman Parameswara yang menjadi pengasas pertama melaka. Kemudian diwarisi oleh sultan yang bewibawa seperti Sultan Muzaffar Syah (1446-1456), Sultan Mansur Syah (1456-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488), dan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Kepulauan Riau-Ringga. Kebangkitan Melaka juga dipengaruhi oleh hubungan luar contohnya dengan China. Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ming dan Cheng Ho untuk mengadakan hubungan persahabatan, diplomatik dan perniagaan dengan Melaka. Empayar melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang daripada pelosok dunia sehingga ianya digelar The Venice Of The East. Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka. Pemerintahan dijalankan dengan sikap yang penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri dari kalangan orang-orang melayu tempatan tetapi juga para bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan seterusnya menetap di Melaka.

Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan di dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China juga berlaku. Contohnya perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang didakwa sebagai puteri Raja China. Ringkasnya pemerintah pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian di antara kaum. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam meyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pemerintah Melaka amat menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan Islam. Peranan Islam

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 83

begitu penting ketika itu apabila ia dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi dalam hiraki pentadbiran di Melaka. Contohnya, pemimpin dikehendaki mengetahui dan memahami Hukum Kanun Melaka.

Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yang mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan.

Di dalam Hukum Kanun Melaka, undang-undang jenayah terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Qisas, Hudud, Ta’zir dan Diat. Undang-undang Jenayah Islam seperti hudud, qisas, dan diat dijalankan. Segala bentuk maksiat termasuk judi dilarang sama sekali.Sebelum era penjajahan bermula di Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat sudah hidup di bawah naungan undang-undang Islam terutamanya di Melaka. Di bawah pelaksanaan undang-undang ini, Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidup yang dianjurkan oleh Allah merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterima pakai sebelum kedatangan penjajah lagi. Kemajmukan masyarakat sama sekali tidak boleh dijadikan helah untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka kedua-duanya berteraskan ajaran Islam telah dilaksanakan di dalam pemerintakan Melaka telah membuktikan bahawa perlaksanaan Islam yang sebenar akan mendatangkan kemajuan dan kemakmuran di dalam kehidupan manusia. Tidak wujud sama sekali unsur-unsur terorisme di dalam pemerintahan kerajaan Melaka.

Perdagangan berjalan begitu rancak dan subur. Ini semua adalah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pelabuhan pula ditadbir dengan sangat cekap. Oleh kerana tidak ada hasil bumi yang dieksport (kecuali sedikit timah) serta keadaan tanah yang yang kurang sesuai untuk pertanian, Melaka dibangunkan sebagai pelabuhan transit di Selat Melaka. Keuntungan yang diperolehi bergantung kepada jumlah barang dagangan yang masuk dan keluar pelabuhan. Penguasaan Melaka terhadap k awasan-kawasan takluknya juga mempunyai kepentingan ekonomi dan perdagangan, kerana ia dapat mengawal pengeluaran barangannya untuk dibawa ke Melaka Bagi tujuan tukaran dengan para pedagang yang lain. Sejak perkembangan Islam, Melaka juga menjadi tumpuan para ulama dan pedagang Muslim dari kawasan nusantara dan juga dari India, Arab dan Parsi. Sebagai pelabuhan entrepot, Melaka menjadi orang tengah dalam proses pengumpulan dn penyebaran barang dagangan asing. Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan, ia menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksmana Melaka yang proaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 84

berteraskan ajaran Islam dilaksanakan. Maka tidak hairanlah ribuan kapal berulang-alik ke Melaka. Ini dimungkinkan oleh tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka. Kepulauan Melayu sangat terkenal dengan hasil rempah-ratus yang dianggap sebagai barang mewah pada ketika itu. Di atas faktor ini juga para pedagang dari seluruh pelusuk dunia datang ke Melaka untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Demikianlah dengan kehadiran para pedagang dari kawasan serantau dan dari kawasan lainnya meletakkan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Faktor ekonomi dan perdagangan maritim seperti ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem sosialnya, sehingga menjadikan Melaka sebagai kota kosmopolitan dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia.

Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukan zaman negara-bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh Inggeris yang seterusnya mewujudkan masyarakat plural. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Ini membolehkan para pedagang daripada Arab, India, Cina dan lain-lain datang berdagang secara suka rela. Mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik sekali. Asimilasi di antara pedagang dari Cina dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba, Mamak, dan Chitty.

Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan peranakan Cina Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal dari keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga peranakan Cina Baba berasal dari keturunan Kongfu, Kheh (Hakka) dan lain-lain.

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh di samakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain. Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 85

Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling' adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling. Mereka terus kekal tinggal dan menetap di Melaka. Jadi, pada zaman empayar Melaka komposisi penduduk telah memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, ramai juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini terutamanya Singapura. Baba Melaka yang terdapat pada hari ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan gaya bahasa Baba yang boleh dipanggil bahasa Melayu Baba. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.

Selain itu, makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar nyonya dan nasi lemak. Di samping itu, masyarakat Baba juga menghidangkan nasi kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. Generasi Nyonya (Baba Perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Sungguhpun demikian dalam aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama, mereka masih kekal dengan amalan dan kepercayaan warisan Cina. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional.

Manakala, masyarakat 'India Chitty' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turut disambut oleh semua masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chitty ia bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol).

Pada hari tersebut masyarakat Chitty akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka. Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 86

memasak kerana ianya menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dan sudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Masyarakat Chitty akan bersembahyang setiap hari sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi masyarakat Chitty kerana pada minggu terakhir mereka beramai-ramai akan pergi ke kubur nenek moyang masing-masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasan persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga.

Pada hari pertama bulan Thai (14 Januari) pula masyarakat Chitty akan menyambut perayaan 'Bitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai. Para tetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol, wajik, koya kacang, kanda kasturi, bahulu, kuih belanda, kuih bangkit, halwa dan sagun yang menjadi kegemaran masyarakat Chitty. Walaupun masyarakat Chitty adalah kaum minoriti perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Untuk menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (sarem) dan melukis kolem. Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman

Hasil daripada interaksi masyarakat tempatan dan pendatang di Tanah Melayu, dikatakan wujudnya masyarakat Baba-Nyonya dan Chettiar. Sejauhmanakah proses akultrasi dan asimilasi terjadi ke atas ketiga-tiga kaum tersebut?

Proses Kemasukan Kaum Imigran

British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India. Kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula dengan penjajahan Britisah di Tanah Melayu. Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pula menerima upah yang murah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesengsaraan hidup yang dialami oleh etnik-etnik Cina di negara mereka. Keadaan pertambahan penduduk yang mendadak sekitar abad ke-19 telah membataskan perkembangan ekonomi masyarakat Cina. Mengikut perangkaan pertambahan penduduk daripada 1741 hingga 1850 ialah sebanyak 287 juta orang. Jumlah pertambahan yang drastik ini menyebabkan kesukaran untuk mendapat pekerjaan dan lebih teruk lagi berlaku ketidakstabilan ekonomi dalam negara China sendiri. Alternatifnya

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 87

ramai di kalangan orang-orang Cina sendiri mengambil peluang untuk berhijrah ke tempat-tempat lain khasnya di Asia Tenggara dan salah satu tempat yang ditujui secara besar-besaran ialah di Tanah Melayu.

Tambahan pula pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu. Hutang tersebut akan dilasaikan setelah mereka bekerja di sini. Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri. Cuma mereka akan terikat dengan kontrak dengan majikan dan dengan itu sistem ini dikenali sebagai buruh kontrak. Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh-buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut. Cara ini dapat mengelakkan penindasan terhadap beruh-buruh yang dibawa daripada China dan menaikkan reputasi British.

Dengan demikian, perpindahan buruh-buruh dari China berlaku secara besar-besaran hingga menjadikan masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan perekonomian negara. Oleh itu, kaum Cina adalah penting untuk dibincangkan dalam kursus ini.

India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Situasi yang sama berlaku kepada masyarakat dari India yang datang ke Malaysia. Tekanan yang dihadapi oleh mereka di negara mereka disebabkan sistem kasta, bencana alam dan kawasan pertanian yang terhad, kadar kemiskinan dan kebuluran yang semakin ketara menyebabkan mereka mancari satu alternatif untuk mengubah kehidupan mereka. Sementara itu, perkembangan yang pesat dalam sektor perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, teh dan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di Tanah Melayu. Selain itu, mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan buruh tempatan. Oleh itu, India sebagai tanah jajahan British memberikan galakan kepada buruh-buruh India untuk bekerja di Tanah Melayu. Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan Tabung Imigran India. Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910. sistem ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu. Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini. Namun begitu, kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada 38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India menjelang tahun 1908.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 88

Kesan daripada kedatangan buruh-buruh dari China dan India telah mewarnai kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka hingga kini adalah membentuk kaum yang bersatupadu dan bekerjasama. Lebih jauh daripada itu adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan bangsa idaman iaitu bangsa Malaysia iaitu dengan memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Adalah penting walaupun kita berlainan budaya tetapi kita dapat berkongsi budaya antara etnik yang akan diwarisi oleh anak cucu nanti.

Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum

Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. Semasa penjajahan, orang Melayu banyak menumpukan perhatian di bidang pertanian dan mereka tidak digalakkan atau diberi kemudahan untuk menyertai sektor ekonomi yang baru itu. Kegiatan-kegiatan pertanian masih jelas kelihatan di kalangan orang Melayu selepas merdeka, misalnya pada tahun 1957 dari 1,023,000 orang Melayu yang bekerja seramai 749,000 (73.3 %) menceburi bidang pertanian. Hanya 58,000 (5.7%) dalam perkilangan dan perdagangan berbanding dengan peratus Cina sebanyak 40.2 peratus dan 29 peratus dalam bidang yang sama.

British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampung dan mejalankan ekonomi tradisi dan mereka juga berpendapat bahawa mengambil buruh orang Melayu sebagai buruh tidak begitu stabil kerana ikatan mereka terhadap keluarga dan kampung amat kuat. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal.

Sebaliknya Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombong-lombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia.

Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Keadaan tersebut dapat dilihat hingga ke hari ini dimana terdapatnya bangunan-bangunan rumah kedai yang diusahakan dan didiami oleh orang-orang Cina. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik. Senario ini menjadi duri dalam daging yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara ini supaya tidak berlaku keterciciran etnik-etnik tertentu dalam mengejar pembangunan tersebut.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 89

Gambar 5.2: Masyarakat Majmuk yang mempunyai budaya, agama dan bahasa yang berbeza

Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Apa yang jelas di sini ialah dimana ketidak seimbangan antara kaum dalam pelbagai peringkat pekerjaan dan sektor ekonomi akan dapat diatasi sebanyak mungkin.

RUMUSAN

Pembinaan bangsa Malaysia adalah berkait rapat dengan pembentukan pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu yang seterusnya berkembang dan menjadi teras pembentukan Malaysia. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia begitu dekat bila dibincangkan dalam konteks pensejarahan. Kesan daripada pembentukan masyarakat majmuk cukup besar dalam pembinaan bangsa Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan hingga konsep pluraliti itu adalah sesuai untuk merujuk kepada Malaysia. Namun begitu, disebaliknya pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah kekuatan Malaysia jika setiap individu dapat menolak perasaan fanatik kepada bangsa masing-masing. Dalam hal ini, kerajaan cuba untuk merungkaikan permasalahan ini supaya tidak akan berlaku rusuhan kaum kali kedua dan diperkenalkan pelbagai dasar dan prinsip seperti Dasar kebudayaan Kebangsaan dan Prinsip Rukunegara. Diharap masyarakat Malaysia dapat faham akan isu ini dan seterusnya memacu ekonomi negara untuk kepentingan bersama tanpa mengira kaum dan agama.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 90

KATA KUNCI

1. Hubungan Kaum 5. Masyarakat Majmuk 2. Kaum Melayu 6. Budaya 3. Kaum Cina 7. Pribumi Sabah 4. Kaum India 8. Pribumi Sarawak

LATIHAN

1. Bagaimanakah terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu? Jelaskan.

2. Jelaskan ciri-ciri yang berbeza antara kaum-kaum terbesar di Malaysia.

3. Bincangkan usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang terpisah oleh dasar penjajah.

4. Apakah faktor-faktor yang menyulitkan perpaduan yang hendak dicapai? Terangkan.

RUJUKAN

Abd Aziz Rahman. (1999). Kamus Masyarakat. Selangor: Federal Publication Sdn. Bhd.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mardiana & Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Musa Hitam. (1986). Nasionalisme: Krisis Dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publications(M) Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali (et al). (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya : Pearson Malaysa Sdn. Bhd.

Nor Ashikin Yusof. (1988). Sejarah Perkembangan Buruh Di Malaysia. Tesis Ijazah Pertama. Jabatan Sejarah: Universiti Malaya.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2004. Kenegaraan Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wang Gungwu. (1979). Latar belakang kebudayaan cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 91

Zaid Ahmad (et. al). 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (et. Al). 1992. MALAYSIA Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 92

UNIT 6

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

a. Membincangkan sejarah kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada kedudukan Perlembagaan Malaysia sekarang.

b. Merungkaikan aspek-aspek penting dalam perlembagaan. c. Memahami maksud unsur-unsur tradisi dan hak-hak istimewa kaum

bumiputra. d. Mengetahui peruntukan-peruntukan istimewa dalam Perlembagaan

Persekutuan.

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa setiap negara berdaulat di dunia memerlukan undang undang?

Undang-undang tertinggi inilah yang dikatakan Perlembagaan. Di Malaysia kita ada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang diPertuan Agung hinggalah rakyat biasa. Justeru Perlembagaan merupakan komponen penting dalam Kenegraan. Jadi, unit ini akan membincangkan secara asas mengenai konsep Ketertinggian Perlembagaan di samping proses penggubalan Perlembagaan dan kepentingannya dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan perkara-perkara penting Perlembagaan Persekutuan terutama bahagian unsur-unsur tradisi seperti kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa raja-raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi. Unsur-unsur tradisi ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini dan ia merupakan sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu semasa negara ini menuntut kemerdekaan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 93

Definisi Perlembagaan

Sesetengah individu dalam masyarakat tidak sedar bahawa keamanan dan ketenteraman dalam negara yang kita nikmati sekarang adalah disebabkan kejayaan kerajaan menguruskan negara melalui undang-undang negara. Undang-undang tertinggi negara inilah yang dikatakan perlembagaan. Secara terperinci perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak, peraturan terperinci, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan autoriti awam dengan rakyat. Jadi perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

Malaysia pula merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan keutuhan sempadannya, mempunyai sistem pemerintahan, ideologi kebangsaan, kedaulatan undang-undang, simbol negara, tradisi, adat resam, kesenian dan lain-lain lagi. Wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai kesan, pengaruh dan kepentingan terhadap pembentukan perlembagaan negara dan seluruh sistem kehidupan di Malaysia.

Penulisan ini membicarakan tentang konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi perlembagaan Malaysia. Ini kerana pelbagai aspek sistem kehidupan meliputi politik, perundangan, pemerintahan, pentadbiran, kebudayaan, kehakiman, ekonomi, pelajaran, bahasa dan lain-lain lagi bagi membina rekabentuk perlembagaan Malaysia sendiri.

Perlembagaan merupakan instrument penting dalam pentadbiran negara. Apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan sebelum wujud negara moden seperti sekarang ini?

Konsep Perlembagaan

Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu: prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain, badan perundangan iaitu parlimen, badan pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan yang lain seperti kewarganegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997) pula menyatakan perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud dari kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 94

dijalankan, atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Apa yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran ataupun syor, tetapi ia merupakan undang-undang agung negara.

Sila tuliskan di bawah apa yang anda faham mengenai perlembagaan?

Kenapakah Perlembagaan itu perlu bagi sesebuah negara berdaulat?

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Apakah yang anda faham tentang konsep Ketertinggian Perlembagaan? Malaysia mempunyai suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sudah ada atau yang bakal digubal. Ia juga menentukan berbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara. Jadi, Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang luhur. Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan juga dikonsepkan sebagai Keluhuran Perlembagaan.

Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain.

Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen, jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 95

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang luhur dan sesuai dengan sifatnya Perlembagaan Persekutuan dikenali dengan konsep Keluhuran Perlembagaan.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan Tertinggi dalam sistem undang-undang di Malaysia?

Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan Konsep federalisme secara umu adalahberkaitan dengan pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa di sini adalah berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ia juga boleh berlaku dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara-perkara berikut:

Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan). Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan). Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri). Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri). Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri). Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)

Jelaskan menurut kefahaman anda sendiri apa yang dimaksudkan dengan konsep federalisme dalam skop Perlembagaan Malaysia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 96

Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis: PERLEMBAGAAN BERTULIS BERTULIS TIDAK BERTULIS

Rajah 7.1 Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk mentafsir undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan Bertulis adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara tradisi diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan misalnya negara United Kingdom yang mempunyai Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan di United Kingdom tidak tersusun kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.

Huraikan ciri-ciri perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 97

Kepentingan Perlembagaan

Secara umum Perlembagaan Persekutuan mempunyai kepentingan sebagaimana berikut:

Rajah 7.2: Kepentingan-kepentingan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula tahu ke arah mana hendak dituju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan sistem kerajaan kita. Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang ini. Perlembagaan kita merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen.

Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan rakyat. Dalam perlembagaan juga dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.

Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara dan perlembagaan. Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya,

Menjamin kestabilan politik dan sisitem pentadbiran yang cekap dan berkesan,

menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip

umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat, menentukan hak

asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan agama dan pemilikan harta.

Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum, menjamin keadilan sosial antara kaum.

memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan

Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat , batasan atau

larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang

tidak boleh dipersoal bagi mengelak daripada berlaku salah faham dan konflik

Kepentingan Perlembagaan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 98

kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Atau lebih tepat lagi, jika kita katakan perlembagaan yang mencorakkan penubuhan kenegaraan Malaya dan Malaysia. Dengan ini perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah negara.

Perjanjian Persekutuan 1948 telah mencadangkan sebuah negara baru bernama Persekutuan Tanah Melayu yang ada pada masa ini adalah diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh suruhanjaya ini. Ia dimulakan pada bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudianya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama.

Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dan diadakan beberapa pindaan mengenai bab pemakaian bagi negeri tersebut. Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965, tanpa menjejaskan asas Perlembagaan Malaysia. Sehingga tahun 1985, beberapa pindaan telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, menyentuh perkara atau fasal tertentu selaras dengan perubahan kehendak, keperluan dan kepentingan kerajaan.

Peta 7.1: Negeri-negeri di Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Dari Aspek Sejarah

Tahukah anda bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan telah terbentuk? Perlembagaan yang ada sekarang adalah berasaskan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kemudiannya, Perlembagaan Persekutuan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 99

Tanah Melayu digubal oleh sebuah Suruhanjaya Perlembagaan yang ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang hakim dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini mengemukakan rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rangka perlembagaan itu seterusnya dikaji oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 orang ahli, iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara. Setelah melalui pelbagai proses perbincangan dan penelitian, rangka perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957. Akhirnya, Perlembagaan itu dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi disemak dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963. Perlembagaan Persekutuan yang ada juga disesuaikan dengan kehendak semasa. Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 22 kali.

Malayan Union 1946

(Perlembagaan I)

Pilihanraya Umum

Pertama 1955

Suruhanjaya Reid 1956

PTM diiktiraf secara rasmi sebagai Perlembagaan

Persekutuan pada 31 Ogos 1957

(Perlembagaan III)

Suruhanjaya Cobbold 1962

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

(Perlembagaan IV)

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 100

Rajah 7.3: Perjalanan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dari Malayan Union hingga Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan kini mengandungi 183 perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet dan badan kehakiman serta beberapa peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat dan pilihan raya.

Kandungan Perlembagaan Malaysia

Apabila memperkatakan tentang kandungan terdapat tiga aspek yang saling berkait iaitu kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan. Aspek kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya hidup, bukanlah ’kepingan-kepingan kertas’ yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks tetapi semestinya juga mempunyai ’jiwa’ idealismenya’. Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika ia semata-mata saranan undang-undang yang beku.

Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada lima prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmi prinsip-prinsip tersebut. Harus diingat bahawa Rukun Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis. Bukan sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan, selepas ’Peristiwa 13 Mei 1969’, Parlimen digantung dan pentadbiran negara dikendalikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah menurunkan ’RUKUN NEGARA’ selaku satu intisari Perlembagaan Malaysia.

Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke arah:-

I- Sebuah negara yang bersatu - mengatasi masalah Dualisme Ekonomi. II- Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang memilih ahli-ahli

parlimen dan kerajaan. III- Sebuah masyarakat adil - khusus untuk keadilan ekonomi. IV- Sesebuah masyarakat yang liberal - iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik yang

berpanjangan.

Lima Prinsip Rukun Negara:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

3. Keluhuran Perlembagaan.

4. Kedaulatan Undang-undang.

5. Kesopanan dan Kesusilaan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 101

V- Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sains dan teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.

Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri. Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akan menjadikan arah tuju pembinaan negara bangsa Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalam masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.

Isi Kandungan Perlembagaan

Untuk maklumat, Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan kepada 15 bahagian sebagaimana berikut:

Bil Tajuk Bahagian Perkara

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

Kebebasan Asasi

Kewarganegaraan

Persekutuan

Negeri-negeri

Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri

Peruntukan-peruntukan Kawangan

Pilihanraya

Kehakiman

Perkhidmatan Awam

Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat

Am dan pelbagai

Peruntukan sementara dan peralihan

Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb

Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja

1-4

5 -13

14-31

32-69

70-72

73-95E

96-112

113-120

121-131A

132-148

149-151

152-160

162-180

181

182-183

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 102

Rajah 7.4: Isi Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Peruntukkan Dalam Perlembagaan Persekutuan

Pada asasnya, Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemunya. Bentuknya disusun rapi di dalam 14 bahagian. Ada bahagian-bahagian yang dipecahkan pula ke dalam bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:-

Bahagian Tajuk Perkara

1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan

1-4

2. Kebebasan Asasi 5-13

3. Kewarganegaraan

Bab 1- Perolehan Kewarganegaraan

Bab 2- Penamatan Kewarganegaraan

Bab 3- Tambahan

14-31

14-22

23-28A

29-31

4. Persekutuan

Bab 1 - Kepala Utama Negara

Bab 2 - Majlis Raja-Raja

Bab 3 - Pemerintahan

Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan

Bab 5 - Acara Perundangan

Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan

Guaman

32-69

32-37

38

39-43

44-65

66-68

69

5. Negeri-negeri 70-72

6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri

Bab 1 - Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri

Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah

73-95

73-79

80-81

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 103

Bab 3 - Pembahagian beban kewangan

Bab 4 - Tanah

Bab 5 - Pembangunan Negara

Bab 6 - Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri.

Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo

82

83-91

92

93-95

95A

95B-95E

7. Peruntukan –peruntukan kewangan

Bab 1-Am

Bab 2- Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo

96-112E

(112A-112E)

8. Pilihan raya (113-120)

9. Penghakiman (121-131A)

10. Perkhidmatan Awam (132-148)

11. Kuasa – kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat.

( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada

31.12.78).

(149-151)

12. Am dan Pelbagai (152-160)

12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo

(161-161H)

13. Peruntukan sementara dan peralihan (162-180)

14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya.

(181)

Rajah 7.5: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 104

Pelaksanaan Perlembagaan

Kewibawaan Perlembagaan juga bergantung kepada keupayaan peruntukan ini dilaksanakan, iaitu dilaksanakan dalam konteks semangat dan kerohanian perlembagaan itu tadi. Satu persoalan perlaksanaannya adalah persoalan pindaan perlembagaan dalam menghadapi perubahan sosiopolitik atau ekologi sosial masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa peristiwa dan sejarah yang menunjukkan perlembagaan Malaysia pernah dipinda antaranya isu pemisahan Singapura, isu berkaitan jantina atau gender dan kekebalan Raja. Dalam isu pemisahan Singapura, pemisahan adalah dilarang sama sekali dan memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan telah dibuat dengan 2/3 dari ahli dewan rakyat menyokong pendaan ini. Oleh itu, Singapura telah keluar dari persekutian Malaysia. Isu jantina atau gender dalam Artikel 8 (2) telah dipinda untuk memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang yang mendiskriminasikan wanita dan tiada lagi diskriminasi jantina di Malaysia. Seterusnya, isu kekebalan Raja adalah menyentuh tentang immunity raja-raja dimana mereka tidak boleh dihadapkan di mana-mana mahkamah jika melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan telah dibuat kerana memikirkan isu immunity sudah tidak sesuai lagi mengikut peredaran zaman. Pindaan ini boleh dibuat dengan mendapat 2/3 majoriti dewan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Perlembagaan di Malaysia mempunyai ciri-ciri khusus yang telah membahagikan kuasa antara kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini kerana bagi memastikan pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan. Pembahagian kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan sebagaimana jadual 7.6 di bawah.

Bentuk-bentuk Senarai Perkara Terlibat

Senarai Persekutuan Hal ehwal luar, pertahana, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah, kewarganegaraan dan lain-lain.

Senarai Negeri Hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, jentera kerajaan negeri, hari kelepasa dan lain-lain. (meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri)

Senarai Bersama Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, perlindungan binatang liar, kesihatan awam dan lain-lain.

Jadual 7.6: Pembahagian Kuasa Antara Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 105

Peruntukkan-peruntukkan Yang Dianggap Istimewa Dalam Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang mewarnai perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayu, kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana ia tetap mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan kerjasama raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.

Terdapat empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah institusi beraja, agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang melayu.

Rajah 7.7 : Unsur-Unsur Tradisi Yang Diwarisi Dan Diserapkan Menjadi Sebahagian Daripada Kandungan Penting Perlembagaan Persekutuan

Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan

Agama Islam

Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong

Bahasa Melayu

Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 106

Kedudukan Raja-raja Melayu

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu telah lama mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri. Pada zaman pra penjajahan, dalam sistem feudalisme yang utuh (integrated) Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri-negeri Melayu. Orang Melayu menjadi rakyat negeri-negeri berkenaan dan bernaung di bawah raja-raja mereka. Konsep taat setia, daulat, ‘tulah’, pantang menderhaka adalah sebati dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mereka raja-raja Melayu menjadi lambang politik dan perpaduan orang Melayu turun temurun. Justeru, sistem ini terus dikekal dan dipertahankan yang dianggap sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk mempertahankan hak-hak mereka semasa penggubalan perlembagaan suatu masa dulu dengan persetujuan orang bukan Melayu.

Jelaskan perbezaan antara pemerintahan beraja mutlak berbanding dengan sistem raja berperlembagaan yang telah dilaksanakan di negara ini.

Kedudukan Agama Islam

Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak lebih 500 tahun lalu. Agama Islam pertama kali dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui India dan mendarat di pantai pada abad ke-15. Sejak itu ramai orang Melayu memeluk Islam. Walaupun Tanah Melayu dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang laintidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan istiadat Melayu. Semasa penjajahan juga, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan segala urusan diserahkan kepada raja-raja Melayu.

Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi Persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian

Walaupun agama Islam agama rasmi Malaysia tetapi diimbangi agama-agama lain juga bebas diamalkan di peringkat persekutuan. Perkara berkaitan telah disentuh dalam Perkara 11 iaitu bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 107

Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1 menjelaskan agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia. Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah. Manakala penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau kerajaan negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan majlis-majlis keagamaan. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum ini, peruntukan-peruntukan tertentu perlembagaan, khususnya yang membenarkan penggunaan wang awam untuk membiayai program Islam ada faedah dan kegunaannya. Inilah sebenarnya antara kegunaan perlembagaan yang ada sekarang buat umat Islam.

Agama Islam juga menjadi tonggak budaya dan identiti Melayu. Islam menjadi pentakrif konsep Melayu, dan orang Melayu sendiri menerajui kepimpinan negara. Agama Islam juga mempunyai kaitan rapat dengan kedudukan raja-raja Melayu (sebagai ketua agama), dan keadaan ini berlaku apabila pemisahan dibuat antara agama dan Negara (separation of religion from the state) pada masa penjajahan. Justeru itu, apabila kedudukan raja-raja Melayu dipertahankan, lslam juga turut dipertahankan.

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Alam Melayu sejak berabad-abad yang lalu. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu (khususnya ilmu agama) di zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-14 dan 15. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat-menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan di negeri-negeri Melayu, terutama Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Semasa penjajahan juga, bahasa Melayu terus digunakan dalam urusan rasmi. Pegawai Eropah yang memegang jawatan kumpulan 1 perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus bahasa Melayu barulah ditempatkan di Tanah Melayu ketika itu.

Keadaan ini mula berubah sedikit demi sedikit selepas perang, akibat penerimaan sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula diterima sebagai bahasa pentadbiran, walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan.

Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk Mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 108

Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan, kecuali catatan dalam bentuk penulisan mesti dibuat di dalam bahasa Inggeris.

Selepas merdeka, Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas merdeka. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan berdaulat mesti mempunyai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan tersendiri. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Perkara 152(1)-Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan yang mesti digunakan dalam semua urusan rasmi. Seterusnya, Perkara 152(1) juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperunkkan bahawa tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar apa-apa bahasa.

Bincangkan langkah-langkah kerajaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanananya?

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu yang mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi.

Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran, kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit.

Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal abad ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke Tanah Melayu untuk bekerja dilombong bijih timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 109

arus pembangunan ekonomi. Dalam Perlembagaan Malayan Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja.

Setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain di bawah perlembagaan itu. Namun selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 bermaksud :-

i) Yang di–Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidkan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan.

ii) Tanggungjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yamg dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa dianiyai atau diabaikan.

.

Dalam Perkara 153 ini menuntut Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti kepentingan sah kaum-kaum lain. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun (iaitu orang Melayu dan kaum bumiputera lain).

Hak istimewa yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bayaran pengorbanan mereka bersetuju dengan syarat kerakyatan longgar yang diberikan kepada orang bukan Melayu. Hak ini adalah sebagai jaminan kepada orang Melayu supaya mereka dapat memperolehi kekayaan ekonomi di bumi mereka sendiri yang sejak sekian lama menjadi monopoli orang bukan Melayu.

Terangkan bagaimanakah wujud kedudukan istimewa orang Melayu? Apakah yang telah berlaku sebenarnya?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 110

Hak-hak Asasi

Hak-hak asasi penduduk di Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana di negara barat khasnya Amerika Syarikat. Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan hak-hak asasi individu bagi memastikan hak asasi yang sah dari segi undang-undang. Sementara, perkara 5 hingga 13 dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan menerangkan akan maksud hak asasi dalam negara Malaysia. Justeru, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat jaminan perlindungan daripada kerajaan persekutuan.

Kewarganegaraan

Aspek kewarganegaraan merupakan perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah disentuh dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Terdapat empat syarat yang akan menentukan seseorang tersebut mendapat taraf kewarganegaraan iaitu kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah.

Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia mengambil kira beberapa perkara yang memperuntukkan hak dan perlindungan khas kepada Sabah dan Sarawak. Ia dilakukan atas cadangan Inter Govermental Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira perubahan Perlembagaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Akta Malaysia 1963. Perkara yang diberikan perhatian atas dasar pertimbangan politik antaranya adalah aspek kuasa parlimen, imigresen, hal ehwal tanah dan kewangan. Jadi Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

RUMUSAN Sebagai sebuah negara yang berdaulat Malaysia mempunyai Perlembagaannya sendiri. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah beberapa kali diubah. Perubahan ini bagi mengikut perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Antara faktor keharmonian dan keselamatan negara adalah setiap masyarakatnya mendokong Perlembagaan Persekutuan. Justeru Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijunjung oleh rakya warganegara Malaysia ke mana mereka pergi di peringkat persekutuan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 111

KATA KUNCI

1. Pemerintahan beraja 6. Suruhanjaya 2. Raja berperlembagaan 7. Kewarganegaraan 3. Undang-undang 8. Hak-hak Asasi 4. Bumiputra 9.Membuat kesimpulan 5. Persekutuan 10.Ketertinggian Perlembagaan

LATIHAN

1. Apakah yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

2. Bagaimanakah agama Islam itu menjadi tunggak budaya dan identiti Melayu?

3. Jelaskan mengapa konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diutarakan oleh Lee Kuan Yew ditentang keras oleh orang Melayu.

4. Apakah relevannya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi di negara ini?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Istimewa orang Melayu? Jelaskan.

6. Terangkan proses-proses dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

7. Bolehkah perlembagaan diubah? Terangkan prosedurnya.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan

Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti, Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Aris Hj. Osman (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma`rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid ( 2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd

Nazaruddin M. Jali dan Asnarulkhadi A. Samah (1993). Kenegaraan Malaysia 2 Institusi dan Pentadbiran-

Merujuk Sejarah dan Perlembagaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 112

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2004). Perlembagaan Persekutuan Beserta

Index, Semua Pindaan Sehingga Ogos, 2004. Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn. Bhd.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 113

UNIT 7

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami bagaimana sistem Pilihan Raya memainkan peranan penting dalam memupuk semangat demokrasi di Malaysia.

2. Menjelaskan badan-badan utama yang terlibat dalam sistem pentadbiran negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

3. Membincangkan peranan yang dimainkan oleh setiap jentera-jentera tersebut.

PENGENALAN

Rajah 7.1 Bangunan Parlimen

Sebagai seorang warganegara Malaysia, tahukah anda fungsi bangunan di atas?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 114

dakah anda sedar bahawa bangunan Parlimen merupakan bangunan terpenting negara? Untuk maklumat di sinilah pentadbiran negara ini dilaksanakan melalui dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Justeru unit ini akan membincang bagaimana negara ini ditadbir dan diperintah.

Melalui sistem pemerintahan demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara lazimnya terdiri daripada tiga badan pemerintah iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Setiap badan pemerintah ini memainkan peranan penting dan spesifik. Badan eksekutif ialah badan pelaksana, sementara badan perundangan bahagian penggubal undang-undang dan badan kehakiman ialah badan penegak, pengadil dan pentafsir undang-undang demi keadilan.

ISI KANDUNGAN

BADAN PENTADBIRAN NEGARA

Badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman saling mengimbangi antara satu sama lain. Berdasarkan teori pembahagian kuasa dan semak serta imbang, kewujudan ketiga-tiga badan ini, mengikut John Locke, (1996) adalah disengajakan untuk :-

i- Menghalang kuasa mutlak pemerintah berpusat hanya pada satu-satu badan. ii- Menjaga supaya kuasa tidak disalahguna oleh sesuatu badan bagi kepentingan yang sempit,

bagaimanapun darjah kedaulatan dan kebebasan badan-badan ini berbeza sedikit berdasarkan corak sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah negara.

Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan terdiri daripada tiga badan utama iaitu badan eksekutif (badan pemerintah), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judisiari). Dari segi teorinya, kuasa ketiga-tiga badan ini tidak bertindan dan masing-masing mempunyai peranannya yang tersendiri. Ini bermakna tidak ada campurtangan antara satu badan dengan badan yang lain. Ini adalah untuk memastikan keneutralan atau objektiviti setiap badan tersebut. Setiap badan tidak boleh mempengaruhi keputusan atau tindakan yang dibuat oleh badan-badan yang lain. Konsep ini dikenali sebagai pengkhususan kuasa atau pengasingan kuasa.

Namun di Malaysia, walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud tetapi pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dilaksanakan sepenuhnya memandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

A

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 115

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

1. Badan Pemerintah (Eksekutif)

Pembahagian kuasa eksekutif dibuat dengan berpandukan kaedah pembahagian kuasa perundangan. Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan hanya bertumpu kepada Senarai Persekutuan, manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Perkara 94, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara yang membolehkan kuasa eksekutif kerajaan Persekutuan diperluas meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu, iaitu:-

i- Mengumpulkan perangkaan. ii- Menjalankan kajian dan penyiasatan. iii- Menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat. iv- Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana jabatan negeri dengan tujuan untuk membuat

laporan kepada kerajaan persekutuan.

Badan pemerintah (eksekutif) sama ada diperingkat Persekutuan atau Negeri mempunyai bidang kuasa memerintah. Ia bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam urusan dan hal ehwal kehakiman atau perundangan. Badan ini mempunyai penjawat-penjawat yang tertentu di kedua-dua peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangn sama ada oleh Parlimen (di peringkat Persekutuan) atau Dewan Undangan negeri (di peringkat Negeri). Badan eksekutif diperingkat Persekutuan dikenali sebagai Jemaah Menteri (Kabinet) manakala di peringkat Negeri dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

2. Badan Perundangan (Legislatif) Pembahagian kuasa perundangan dibuat melalui peruntukan dalam perlembagaan. Perkara 73, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian, manakala bagi Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.

Badan Perundangan (Legislatif) pula berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Undang-undang atau peraturan-peraturan inilah yang dijadikan panduan bagi pihak eksekutif di peringkat Persekutuan dan peringkat negeri untuk mentadbir dan menguruskan pemerintahan negara. Oleh itu terdapat 2 tahap perundangan. Di peringkat Persekutuan, Badan perundangan terletak di Parlimen manakala di peringkat Negeri terletak di Dewan Undangan Negeri.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 116

Sungguhpun dari segi teori pengasingan kuasa tidak terdapat pertindihan kuasa atau kepentingan antara badan-badan utama ini, namun dalam kontek Malaysia terdapat sedikit kelainan. Kelainan ini termaktub dalam perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan badan pemerintah (Eksekutif) iaitu Jemaah Menteri/Kabinet bagi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang diatas nama Parlimen untuk dikuatkuasa oleh menteri atau pihak berkuasa yang lain (penjawat eksekutif).

Ini bermakna kuasa menggubal undang-undang menurut Perlembagaan telah diamanahkan dan diwakilkan kepada badan pemerintah (eksekutif). Amalan sedemikian dinamakan undang-undang perwakilan (delegated legislation). Keadaan yang sama juga berlaku pada peringkat negeri iaitu di bawah bidang kuasa yang diberikan, Dewan Undangan Negeri pula diberi kuasa menggubal undang-undang. Namun begitu, undang-undang yang siap digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dikuatkuasakan sehingga Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan dan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri bagi peringkat negeri bagi satu tempoh yang tertentu.

3. Badan Kehakiman (Judisiari)

Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan terpenting dalam struktur pemerintahan Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman. Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. Bagi menjamin pihak Eksekutif tidak menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati maka adalah menjadi tanggungjawab bagi badan Kehakiman mengawasi supaya undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan Peruntukan dalam Bahagian 6, Bab 1 Perlembagaan Persekutuan.

Dengan kata lain, badan kehakiman boleh memutuskan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan sekiranya ia melewati batasan-batasan kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Peranan utama badan kehakiman dalam hal ini ialah bertindak sebagai satu intitusi yang menjaga keluhuran Perlembagaan dan memelihara keseimbangan kuasa antara badan eksekutif dan badan perundangan demi mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap rakyat.

Peranan kedua terpenting badan ini ialah menjaga keadilan. Ia mengadili semua kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Menyelesaikan perselisihan antara kedua-dua pihak sama ada antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Negeri, antara orang awam dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri atau mahupun sesama orang awam sendiri. Dalam menjalankan tugas mendaulatkan undang-undang negara, Badan Kehakiman bertindak secara objektif. Pengadilan dan hukuman yang diputuskan oleh badan ini tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjat, bangsa, agama atau keturunan seseorang.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 117

Rajah 7.1: Doktrin pengasingan kuasa

Nyatakan bidang kuasa pentadbiran negara berikut:

a) Badan Pemerintah (Eksekutif) ________________________________________________________ ________________________________________________________

b) Badan Perundangan (Legislatif) ________________________________________________________ ________________________________________________________

c) Badan Kehakiman (Judisary) ________________________________________________________ ________________________________________________________

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

A. Yang di- Pertuan Agong

PARLIMEN(LAGISLATIF)

MAHKAMAH (JUDISIARI)

KABINET (EKSKUTIF)

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 118

Parlimen ialah badan perundangan bagi Malaysia, badan ini mengandungi tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong dan dua buah majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang telah diluluskan oleh badan perundangan diperingkat persekutuan mesti melalui ketiga-tiga komponen diatas. Jawatatan Yang di- Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Baginda merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Yang Di-Pertuan Aong adalah Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang telah diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan. Isteri Yang di-Pertuan Agong di gelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas yang di-Pertuan Agong. Dalam konteks badan pemerintah, Yang di-Pertuan Agong pada teorinya diberikan kuasa eksekutif oleh Perlembagaan Negara tetapi kuasa eksekutif sebenarnya di jalankan oleh Jemaah Menteri/Kabinet dan Kakitangan Perkhidmatan Awam.

Gambar 7.1 : Senarai Yang di-Pertuan Agung Yang Memerintah Malaysia dan yang terkini Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhun Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dari Terengganu yang mula memegang tapuk pemerintahan pada 2006

Sebagai ketua negara juga mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa atas apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai Ketua Eksekutif. Namun baginda hanya boleh didakwa di dalam Mahkamah Khas yang di peruntukan di bawah Bahagian XV. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan sesuatu kesalahan semasa menjalankan tugas rasmi pihak yang terkilan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Ini bermakna bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 119

imuniti (kekebalan) yang mutlak disisi undang-undang. Ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara adalah tertakluk kepada undang-undang.

Tahukah anda bagaimana pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?

Perkara 32, Fasal 1, Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara. Yang di-Pertuan Agong dipilih dikalangan 9 orang Raja Melayu oleh Majlis Raja-Raja mengikut giliran negeri masing-masing. berasaskan kepada aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Raja yang pertama dalam senarai pemilihan ialah Raja yang paling kanan selepas Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 5 orang raja.

Yang di-Pertuan Agong akan memegang kuasa tersebut selama 5 tahun kecuali sekiranya baginda meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan ataupun baginda dilucutkan daripada jawatan tersebut. Walau bagaimanapun Yang Dipertua Negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak berkelayakan untuk terlibat sewaktu proses membuat pemilihan dilakukan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda sebagai ketua badan eksekutif, dalam hal ini Yang di-Pertuan Agong memainkan 3 peranan utama iaitu:-

i- Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai kuasa eksekutif. ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.

ii- Perkara 40 (2) a, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaan peraturan demokrasi berparlimen. Peruntukan budi bicara tersebut merangkumi melantik Perdana Menteri, mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta diadakan satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

iii- Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri. Tugas Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini perlu mengikut susunan iaitu dimulakan dengan perlantikan Perdana Menteri diikuti oleh Jemaah Menteri samaada daripada anggota Dewan Negara atau daripada anggota Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri seperti yang di peruntukkan dalam Perkara 43 (2) b.

Kesimpulannya, Yang di-Pertuan Agong merupakan satu institusi yang terpelihara disisi Perlembagaan Persekutuan. Namun terdapat beberapa prosedur dan perkara yang perlu diikuti oleh baginda dalam melaksanakan tugas tugas eksekutif ini supaya tidak bertentangan dengan keentingan- kepentingan pentadbiran.demi menjamin keharmonian pejalanan sistem pemerintahan negara.

B. Kabinet / Jemaah Menteri

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 120

Selepas pilihanraya 1955, sebuah kerajaan baru dibentuk dimana Parti Perikatan yang telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerajaan Parti Perikatan telah melantik Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Ketua Menteri dan seiring dengan itu lahirlah sebuah Kabinet moden pra-merdeka. Sebelum dikenali sebagai Kabinet, badan ini di kenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan yang menjadi pesasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri yang pertama dan Kabinet yang dibentuk ialah kabinet yang pertama ditubuhkan. Sistem Kabinet ini berlanjutan sehinggalah ke hari ini.

Siapakah Anggota Kabinet dan bagaimanakah dia dilantik?

Perkara 43 Fasal 2 (a) menyebut sebelum dilantik anggota-anggota Kabinet, Perlembagaan menghendaki Yang Di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri mengetuai Kabinet berkenaan. Menurut Perkara 43 Fasal 1, dan perkara 43 Fasal 2 (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati baginda menjalankan tugasnya atas nama Perdana Menteri. Perkara 43 (a) menyebut saraan bagi Kabinet ditetapkan oleh Parlimen.

Kabinet di bentuk oleh parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri serta ahli-ahli lain yang yang terdiri daripada menteri. Kebanyakan ahli ahli nya yang terdiri daripada ahli Dewan Rakyat walaupun mungkin juga terdapat Ahli Dewan Negara yang dilantik. Mereka yang dilantik menjadi ahli Kabinet biasanya berlandaskan kepada status politik dan merupakan menteri-menteri yang memegang beberapa portfolio tertentu. Bilangannya tidak begitu besar untuk melancarkan perbincangan yang berkesan. Dalam konteks pemerintahan demokrasi, ahli-ahli Kabinet inilah yang membentuk kerajaan yang memerintah. Oleh itu Kabinet merupakan badan yang bertanggungjawab menjalankan kuasa eksekutif tertinggi yang di pegang oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan barisan kabinet negara, anda bolehlah melayari laman web http://www.kabinet.jpm.my/index.html bagi mengenali mereka.

C. Perdana Menteri Perkara 43 (3) perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihanraya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet. Perdana Menteri ini juga hendaklah di pilih berdasarkan daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan.

Menurut Perkara 43 (4), Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa seseorang Perdana Menteri boleh mengetuai Kabinet ini selagi ia mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli- ahli dewan Rakyat melainkan atas permintaan Yang Di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen. Sekiranya gagal mendapat sokongan ahli-ahli Kabinet Perdana Menteri terpaksa melepaskan jawatan.

Perkara 43 (7), pula memperuntukkan walaupun seorang warganegara yang mendapat taraf kewarganegaraan secara masukan ataupun secara pendaftaran di bawah Perkara 17, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh di lantik sebagai Perdana Menteri.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 121

Perdana Menteri juga bertindak sebagai pengerusi dalam mesyuarat Kabinet yang di adakan seminggu sekali iaitu pada setiap hari Rabu. Selain daripada itu Perdana Menteri bertindak sebagai Ketua Pentadbir (Kerajaan) Utama Negara. Perdana Menteri juga merupakan pegawai diplomatik utama negara. Ini dilakukan melalui hubungan persahabatan dan hubungan perdagangan dengan negara-negara luar.

D. Menteri Lazimnya semua menteri adalah ahli Kabinet walaupun perkara ini adalah tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 43 (2) b, Perlembagaan Persekutuan, anggota-anggota Kabinet merupakan menteri-menteri yang dilantik dikalangan anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Menurut Perkara 43 (5), tempoh memegang jawatan bagi anggota-angota Kabinet bergantung kepada selama mana ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu seseorang menteri itu boleh meletakkan jawatan secara sukarela atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Perkara 43 (6), Perlembagaan Persekutuan, pula menyataka seseorang anggota Kabinet hendaklah mengangkat sumpah jawatan iaitu sumpah taat setia dan sumpah rahsia sebelum dibenarkan menjalankan tugas-tugasnya. Peruntukan potfolio (kementerian) bagi menteri-menteri yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah atas dasar kesesuaian tertentu dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong . Timbalan Perdana Menteri juga di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu Perdana Menteri.

Seseorang anggota Kabinet biasanya akan mengetuai satu portfolio (kementerian), namun begitu ada juga menteri yang memegang lebih dari satu portfolio. Seseorang menteri yang dilantik memegang sesuatu portfolio bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang diberikan kepadanya mengikut Akta Tugas-Tugas Menteri. Selain portfolio yang khusus, terdapat juga anggota-anggota kabinet yang dilantik tanpa portfolio. Mereka dikenali sebagai Menteri Tidak Berportfolio yang tugas mereka membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Kini jawatan Menteri Tidak Berpotfolio tidak dipakai lagi kerana sebaliknya digantikan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

E. Peranan Kabinet

Peranan utama Kabinet termasuk Perdana Menteri adalah bagi memastikan dasar kerajaan dan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri selain bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini Kabinet merupakan satu badan dalam jentera pentadbiran yang dikenali sebagai badan pemerintah (eksekutif) yang berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas-tugas baginda dan menjalankan tugas-tugas sebenar bagi pihak baginda.

Bagi melaksanakan peranan ini, anggota-anggota Kabinet akan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk membuat sesuatu dasar, membincangkan hal-hal seperti perlaksanaan dasar yang telah diputuskan atau membincangkan masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh kerajaan. Mesyuarat Kabinet merupakan perbincangan yang penting dan tertutup. Urusan ini membolehkan setiap

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 122

menteri mengetahui perkembangan sesuatu dasar yang dilaksanakan supaya follow up dan follow throught boleh dipergiatkan lagi oleh menteri-menteri dan kementerian yang dipertanggungjawabkan.

Oleh itu, dalam mesyuarat ini seseorang menteri akan memberi taklimat kepada Kabinet tentang rancangan-rancangan dan laporan perlaksanaan sesuatu dasar didalam kementeriannya. Dalam mesyuarat ini juga, segala pandangan anggota anggota Kabinet yang lain akan dikemukakan. Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hendaklah disokong oleh semua Menteri. Jika rancangan yang dibincangkan dalam mesyuarat itu dipersetujui maka akan dibentangkan pula dalam Parlimen. Kabinet juga berhak menubuhkan Jawatan Kuasa Khas Kabinet jika perlu bagi mengkaji sesuatu dasar atau yang memerlukan kajian mendalam.

Oleh sebab Kabinet terdiri daripada Ahli Parlimen, maka Kabinet hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan tindakan yang diambil oleh kerajaan di Parlimen. Dalam konteks demokrasi berparlimen ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab diatas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet. Dalam perjalanan sistem kabinet, peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seseorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan. dalam hal ini seseorang menteri itu merujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat sebelum rang undang-undang itu diusulkan di Parlimen.

Sebagai satu mesyuarat yang penting perkara-perkara yang dibincangkan adalah rahsia dan perlu dicatatkan. Ini dilakukan oleh Setiausaha Kabinet iaitu Ketua Setiausaha Negara. Sebagai seorang kakitangan awam ia jiga merupakan penasihat utama kepada Kabinet mengenai perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan sahaja. Seterusnya bagi melaksanakan tugas-tugas Kabinet seorang Setiausaha Parlimen telah dilantik oleh Perdana Menteri sendiri melalui perkara 43 (b) 1, Perlembagaan Persekutuan. Tugas Setiausaha Parlimen ialah untuk membantu menteri dan timbalan menteri. bagi membantu Perdana Menteri menjalankan tugasnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 43 (membenarkan Perdana Menteri melantik seorang Setiausaha Politik) yang tidak semestinya daripada kalangan mana-mana ahli Parlimen.

F. Kementerian/Jabatan/ Perbadanan Awam Tugas-tugas menteri akan dikendalikan oleh sebuah badan yang akan dikenali sebagai kementerian. Kementerian merupakan jentera tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Selain daripada kementerian, Jabatan dan Perbadanan Awam memainkan peranan penting melaksanakan tugas-tugas pemerintahan awam.

G. Majlis Raja-Raja Majjlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948, Majlis Raja-Raja ini terdiri dari semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. Tugas-tugas Majlis Raja-Raja antaranya seperti berikut :-

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 123

i- memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong ii- Menimbangkan perkara-perkara berkaitan dengan dasar negara seperti perubahan-perubahan

tentang dasar-dasar Imegresen dan apa jua perkara yang difikirkan perlu. iii- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau agama meliputi

seluruh Persekutuan. iv- mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang atau perlantikan menurut

Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau perundingan dengannya.

Dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya raja-raja berhak mengundi. Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara berkaitan dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri manakala Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri di iringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Dalam konteks ini, Majlis Raja-Raja merupakan satu landasan tertinggi dimana kerumitan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat diputuskan dengan mesra.

H. Ketua Audit Negara

Ketua Audit dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis raja-Raja. Tugas utama Ketua Audit Negara ialah mengaudit dan membuat laporan mengenai Akaun Persekutuan, Akaun Negeri, Akaun Pihak Berkuasa Awam dan badan-badan lain yang mentadbir wang negara. Akaun-akaun berkenaan perlu diaudit untuk memastikan bahawa perbelanjaan awam dibuat adalah bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Parlimen dengan cara yang lengkap dan berkesan. Laporan Ketua Audit dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang ditubuhkan dibawah peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

I. Suruhanjaya

Perlembagaan Persekutuan juga mengadakan peruntukan bagi mewujudkan beberapa suruhanjaya. Secara keseluruhannya terdapat 2 suruhanjaya iaitu berbentuk tetap dan sementara. Perlembagaan memperuntukkan secara spesifik suruhanjaya pilihanraya dan beberapa Suruhanjaya Perkhidmatan. Kesemua suruhanjaya yang termaktub dalam Perlembagaan adalah berbentuk tetap. Terdapat juga Suruhanjaya-Suruhanjaya Khaas yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk mengkaji sesuatu masalah atau sesuatu perkara atau masalah. Suruhanjaya sebegini adalah bertaraf sementara sahaja. Biasanya ia tidak berfungsi lagi dan ianya dibubarkan setelah suruhanjaya tersebut selesai membuat perakuan-perakuan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dikaji olehnya. Tujuan suruhanjaya ditubuhkan sama-ada berbentuk tetap ataupun sementara adalah bertujuan untuk memastikan supaya sesuatu badan itu dapat bergerak dan bertindak secara bebas bagi menjalankan tugas-tugas mereka dengan objektif, adil dan saksama.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 124

Senaraikan beberapa fungsi kabinet dalam parlimen.

a. ____________________________________________________

b. ____________________________________________________

c. ____________________________________________________

BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Parlimen

Menurut, Perkara 44 Bahagian 4, Bab Perlembagaan Malaysia, kuasa perundangan di peringkat perundangan Negara Malaysia terletak pada Parlimen. D. Roberston (1993), secara amnya berpendapat bahawa Parlimen merupakan satu perundingan (sonsultative assembly) di mana kuasa Perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan untuk membuat undang-undang rasmi Negara. Struktur Parlimen pula terbahagi kepada sama ada berbentuk :-

i- Bikameral iaitu mempunyai dua buah House Of Common dan House Of Lord di England atau House Of Representative dan House Of Senate di Amerika dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia atau Syarikat.

ii- Unikameral iaitu mempunyai satu dewan sahaja.

Oleh itu di Malaysia, Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini bermakna Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang meliputi perkara-perkara seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan. Parlimen ini akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas pilihanraya umum melainkan dibubarkan awal daripada itu. Oleh itu, segala undang-undang yang dibuat melalui Parlimen perlukah diluluskan oleh ketiga-tiga komponen dalam Parlimen.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari di laman web di http://www.parlimen.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Parlimen di Malaysia.

Komponen-Komponen Parlimen

A. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 125

Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen dan baginda berada di kemuncak badan Perundangan. Sungguhpun Yang di-Pertuan Agong merupakan badan komponen Parlimen tetapi baginda tidak terlibat dalam menggubal undang-undang. Penggubalan undang-undang sebenarnya terletak ditangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebaliknya tugas-tugas baginda adalah seperti yang diperuntukkan dalamPerkara 55 iaitu hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa istemewa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen. Ringkasnya tugas baginda ialah:-

i- Memanggil mesyuarat Parlimen. ii- Menamatkan penggal Parlimen. iii- Membubarkan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong tidak perlu menghadiri persidangan Parlimen tetapi baginda boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen juga memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen atau dalam kedua-dua majlis Parlimen bersesama. Lazimnya, ini dilakukan pada awal tahun. Ini membawa makna Yang di-Pertuan Agong tidak mempengerusikan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi hanya menyampaikan titah sahaja.

B. Dewan Rakyat Dewan Rakyat merupakan satu majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal dan membahaskan undang-undang. Dewan Rakyat merupakan komponen yang penting dalam Parlimen kerana ia adalah dewan yang dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi dalam pilihanraya umum dan ini melambangkan demokrasi. Jumlah keanggotaan dalam Dewan Rakyat boleh diubah melalui pindaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Kini, Dewan Rakyat dianggotai oleh 219 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum setiap lima tahun. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Pemilihan ahli-ahli dilakukan setiap lima tahun sekali.

Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Menurut Perkara 55 Fasal 1, Dewan Rakyat hendaklah dipanggil bersidang dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong. Dewan Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan akhir pada penggal yang lalu hingga persidangan yang pertama padsa penggal yang baru. Perkara 63 menyebut perjalanan persidangan, isu-isu yang dibincangkan atau undi-undi dalam Dewan Rakyat tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah kecuali seseorang anggota Dewan Rakyat itu menganjurkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dihapuskan.

Perkara 47, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa syarat kelayakan untuk dilantik sebagai anggota Dewan Rakyat ialah:-

a. Warganegara Malaysia b. Bermastautin di Malaysia c. Berusia tidak kurang daripada 21 tahun.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 126

Anggota-anggota Dewan Rakyat juga boleh hilang kelayakan sebagai anggota dewan. Sebab-sebabnya adalah menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-

a. Tidak sempurna akal b. Muflis dan tidak dilepaskan oleh mahkamah c. Memegang apa-apa jawatan lain yang berpendapatan d. Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam masa yang telah ditetapkan apabila

dilantik sebagai ejen pilihanraya. e. Disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM 2000.00 f. Mendapat kewarganegaraan Negara lain. g. Menggunakan hak-hak kewarganegaraan lain h. Mengaku taat setia kepada Negara lain.

Walaubagaimanapun terdapat syarat tambahan yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu:-

- Perkara 48(6), menyebut bahawa juka seseorang anggota Dewan Rakyat meletak jawatan, dia hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat selam tempoh lima tahun bermula dri tempoh perletakan jawatannya.

- Perkara 49, memperuntukkan anggota dewan Rakyat tidak boleh menjadi anggota Dewan Negara dalam masa yang sama kerana Perlembagaan melarang dua keanggotaan.

- Perkara 51, pula membenarkan seseorang anggota Dewan Rakyat meletakkan jawatan dengan mengutus surat kepada Yang Dipertu Dewan Rakyat.

- Perkara 52(1), memperuntukkan juga bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat mesti hadir ke persidangan Dewan Rakyat. Jika dia tidak hadir pada setiap persidangan Dewan Rakyat sellam enam bulan dan tidak ada kebenaran, kerusi yang diwakilinya diistiharkan sebagai kosong.

- Perkara 59(1), seterusnya menyebut bahawa anggota dewan Rakyat dikehendaki mengangkat sumpat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, jika gagal berbuat demikian dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan yang pertama Dewan Rakyat selepas beliau dipilih maka kerusinya diistiharkan kosong.

Dewan Rakyat diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh dua Timbalan Yang Dipertua dan seorang setiausaha. Menurut perkara 57, Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua perlu dilantik dikalangan ahli-ahli anggota Dewan Rakyat. Namun Perkara 57 Fasal 1(a), memperuntukkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh juga dilantik bukan dari kalangan ahli dewan Rakyat dengan syarat dia hendaklah mengangkat sumpat dan mengaku taat setia seperti seorang

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 127

anggota Dewan Rakyat. Menurut Perkara 57 fasal 4, jika seorang anggota Dewan Undangan Negeri di lantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, dia hendaklah meletak jawatan daripada Dewan Undangan Negeri.

Menurut Perkara 56 Fasal 5, kelayakan memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh hilang apabila ia menjadi ahli lembaga pengarah atau ahli lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja atau terlibat dalam sesuatu urusan pertubuhan atau badan sama ada diperbadankan atau tidak dalam apa-pa-apa pengurusan pengusahaan perdagangan , perindustrian atau lain-lain pengusahaan sama ada mendapat pendapatan ataupun tidak mendapat pendapatan atau faedah daripadanya.

Menurut Perkara 57 Fasal 5, Yang Dipertua Dewan Rakyat dibenarkan melibatkan diri atau memegang jawatan dalam pertubuhan atau badan kebajikan atau sukarela yang memberi faedah kepada masyarakat dengan syarat tidak mendapat saraan, hadiah, keuntungan atau faedah daripada pertubuhan tersebut. Saraan untuk Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditentukan oleh Parlimen dan diambil daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan menurut Perkara 58.

C. Persidangan Parlimen Parlimen akan bersidang apabila di panggil oleh yang di-Pertuan Agong dan penangguhannya tidak boleh dibiarkab berlanjutan enam bulan berselang antara mesyuarat akhir bagi sesuatu penggal tertentu dengan mesyuarat yang pertama bagi penggal yang berikutnya. Parlimen akan kekal untuk selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama dan apabila genap lima tahun.

Selepas itu, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya melainkan jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum cukup tempoh. Setelah Parlimen dibubarkan maka pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi negeri Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Semua mesyuarat Parlimen disusun dalam satu kalender mesyuarat yang dipanggil Takwim Parlimen. Kalender ini akan dibahagikan kepada lima penggal mengambil masa selama hampir satu tahun. Parlimen tidak mengadakan mesyuarat disepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat antara tiga atau empat kali dalam satu-satu penggal yang tertentu. Biasanya tiap-tiap mesyuarat mengambil masa dua minggu bagi Dewan Rakyat dan satu minggu bagi Dewan Negara kecuali Mesyuarat Belanjawan yang mengambil masa lima atau enam minggu atau lebih.

Apabila Parlimen mengadakan mesyuarat maka mesyuarat itu dipanggil persidangan. Titah ucapan Yang di-Pertuan Agong akan dibuat semasa mesyuarat yang pertama Parlimen bagi setiap tahun. Titah ucapan di raja ini meliputi dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan dalam tahun berkenaan. Semua ahli Parlimen boleh membahaskan isi atau kandungan ucapan tersebut. Mesyuarat Belanjawan Negara pula mengambilmasa kira-kira enam minggu untuk berlansung dan diadakan pada akhir setiap tahu iaitu pada bulan Oktober.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 128

Dalam mesyuarat ini Menteri Kewangan akan membuat ucapan belanjawan yang antara lain akan merangkumi anggaran dan jangkaan perbelanjaan bagi tahun hadapan atau tahun baru. Semasa Mesyuarat Belanjawan, ahli-ahli Parlimen boleh mengemukakan soalan-soalan mengenai dasar-dasar kewangan. Ketika itu, Rang Undang-Undang Perbekalan Kerajaan bagi tahun baru adalah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut melalui satu usul. Setelah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong maka perbelanjaan tersebut menjadi sah di sisi undang-undang.

Tiap-tiap dewan mempunyai peraturan mesyuarat masing-masing yang mesti dipatuhi oleh ahli-ahli dewan. Persetujuan sebulat suara diambil menurut suara terbanyak ahli yang hadir untuk mengubdi. Ahli yang tidak hadir tidak boleh mengundi. Yang Dipertua Dewan biasanya tidak mengundi namun apabila berlaku bilangan yang menyokong dan tidak menyokong sama banyak maka Yang Dipertua Dewan bolehlah memberi undi pemutus. Jika Yang dipertua Dewan itu bukan daripada ahli dewan maka ia tidak boleh mengundi.

D. Proses Penggubalan Undang-Undang di Parlimen Bagi menjamin kelancaran perlaksanaan undang-undang di seluruh persekutuan, proses membuat undang-undang dibuat dengan teliti. Parlimen membuat undang-undang mengikut cara dan peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan, Perlembagaan Persekutuan.

Pada peringkat awalnya, menteri atau sesebuah kementerian perlu merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan sesuatu Rang Undang-Undang yang hendak dibentangkan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam membuat rangka dasar dan Rang Undang-Undang, menteri atau kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan atau kementerian-kementerian lain yang ada kaitan dengan Rang Undang-Undang tersebut.

Setelah mendapat persetujuan semua pihak yang berkaitan, draf Rang undang-Undang perlu disediakan. Biasanya draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Draf Rang Undang-Undang ini akan dikemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan badan tersebut. Setelah diluluskan oleh kabinet, notis pemberitahuan akan dihantar oleh menteri berkenaan kepada kedua-dua majlis Parlimen. Rang Undang-Undang ini kemudiannya akan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Seterusnya, pembentangan Rang Undang-Undang kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi mendapatkan kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Rang Undang-Undang itu akan dibaca mengikut peringkat seperti Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga sebelum diluluskan.

Bacaan Kali Pertama

Dalam Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat, menteri berkenaan akan mengemukakan Rang Undang-undang itu kepada semua ahli Dewan Rakyat. Setiausaha Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 129

Rang Undang-Undang berkenaan. Seterusnya menteri berkenaan akan memberitahu Dewan Rakyat masa untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan kali Ketiga. Pada kebiasaannya, bacaan-bacaan ini akan dibuat dalam mesyuarat yang sama.

Bacaan Kali Kedua

Bacaan Kali Kedua adalah peringkat yang sangat penting kerana diperingkat ini Rang Undang-Undang itu akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dengan menimbangkan semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengruhnya terhadap rakyat dan Negara. Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk memberi jawapan dan penjelasan kepada sebarang soalan dan kemuskilan yang dikemukakan oleh ahli-ahli dewan. Selepas itu, Rang Undang-Undang tersebut akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Peringkat Jawatankuasa

Di peringkat ini penelitian secara terperinci kearah semua fasal mengikut urutan akan dilakukan. Jawatankuasa ini berhak membuat pindaan kepada Rang Undang-undang tersebut juka perlu.

Bacaan Kali Ketiga

Dalam peringkat Bacaan Kali Ketiga, Rang Undang-Undang tersebut akan dikemukakan semula oleh menteri berkenaan di Dewan Rakyat unrtuk mendapatkan kelulusan. Setelah mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang itu akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.

Di Dewan Negara, Rang Undang-undang yang telah diluluskan di dewan Rakyat juga akan dibacakan untuk kali pertama, kedua dan ketiga dan kemudiannya diluluskan. Setelah mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen, rang Undang-Undang itu hendaklah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan baginda dan diperkenankan menjadi undang-undang. Biasanya undang-undang itu dikuatkuasakan apabila diwartakan, tetapi kadang kala penguatkuasaannya ditentukan dalam undang-undang itu sendiri.

Dari segi teknikalnya, proses ini menunjukkan bahawa undang-undang Negara Malaysia tidak digubal dengan sewenag-wenangnya oleh pembuat undang-undang iaitu Ahli-Ahli Majlis Parlimen. Sungguhpun kuasa menahan mana-mana Rang undang-Undang sudah dikurangkan melalui Pindaan Perlembagaan tetapi Yang di-Pertuan Agong masih lagi mempunyai kuasa menitahkah Parlimen menimbangkan semula mana-mana bahagian dalam rang Undang-Undang itu.

Baginda bertindak sebagai badan peringkat agar memastikan undang-undang yang bakal dikuatkuasakan itu tidak cacat dimana-mana bahagian. Ketelitian proses membuat undang-undang itu bertujuan memastikn supya penguatkuasaan undang-undang itu nanti oleh badan pelaksana tidak merugikan atau menekan mana-mana pihak tetapi sebaliknya menjaga kepentingan rakyat dan negara di bawah pemerintah bemokrasi berprlimen.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 130

Nyatakan 5 sebab anggota Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota dewan.

1. ___________________________________ 2. ___________________________________ 3. ___________________________________ 4. ___________________________________ 5. ___________________________________

BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI) Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan penting dalam struktur pemerintahan di Malaysia. Badan kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman. Badan kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa membicarakn, menyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak didalam kuasa badan kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Bagi membolehkan mahkamah berfungsi secara bebas, terdapat beberapa peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan mahkamah supaya tidak dikawal oleh badan perundangan atau eksekutif. Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua buah mahkamah tinggi dan beberapa mahkamah rendah. Kedua-dua mahkamah itu ialah Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai kedudukan yang setaraf.

Mahkamah mempunyai bidang kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan eksekutif iaitu :

i- Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang. ii- Kuasa mengistiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri

tidak sah dan batal iii- kuasa mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal disisi undang-

undang.

Menurut pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah. Sebaliknya, kuasa mahkamah tertakluk kepada peruntukan dalam undang-undang persekutuan. Kuasa untuk menempatkan atau mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes kini terletak kepada Peguam Negara. Sebelum pindaan ini, kuasa bagi memindahkan tempat bagi perbicaraan sesuatu kes berada pada pihak mahkamah sendiri. Walaubagaimanapun, kuasa mentafsir sesuatu undang-undang masih terletak pada pihak mahkamah.

Sepanjang menjalankan tugas mereka, para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim yang diperkenalkan pada tahun 1994. Perkara (3A), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 131

yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-Hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding dengan Perdana Menteri menetapkan bahawa :

i- Hakim-hakim dikehendaki mematuhi satu Kod Etika Hakim yang ditetapkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

ii- Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam mana-mana kod etika ini boleh menjadi alasan untuk seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya.

Antara perkara yang disebut dalam Kod Etika Hakim 1994 ialah seseorang hakim tidak boleh melakukan perkara-perkara berikut:-

i- Kurang cekap atau kurang berusaha serta membelakangi tugas-tugas bidang kehakiman. ii- Berkelakuan tidak jujur sehinggakan mencemar badan kehakiman. iii- Melengah-lengahkan kes tanpa alasan yang munasabah. iv- Tidak mematuhi apa-apa arahan statutori. v- Tidak hadir kemahkamah pada waktu pejabat tanpa apa-apa alasan atau kebenaran daripada

Ketua Hakim Negara atau presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar mengikut mana-mana yang berkenaan.

vi- Seseorang hakim perlu mengistiharkan secara bertulis segala harta miliknya kepada Ketua Hakim Negara.

Perlantikan Hakim

Ketua Hakim Negara merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi serta hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum memberi nasihat tentang perlantikan seseorang hakim, Perdana Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara. Begitu juga perlantikan seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri perlu berunding dengan Hakim-Hakim Besar yang sedia ada. Sekiranya perlantikan itu bagi Mahkamah Tinggi Borneo, Perdana Menteri perlu meminta pandangan daripada Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara juga melantik Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa atau sambilan yang mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi. Ini bertujuan untuk meringankan bebab kuasa Mahkamah Tinggi. Hakim-hakim akan memegang jawatannya sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun, tempoh ini boleh dilanjutkan tetapi tidak melebihi 6 bulan selepas seseorang hakim itu mencapai umur 65 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang hakim boleh meletakkan jawatannaya secara sukarela.

Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas Hakim Malaysia atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan atau membuat laporan serta saranan tentang perlucutan jawatan itu.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 132

Apakah perkara yang menyebabkan perlucutan jawatan seseorang hakim boleh dilakukan? Perlucutan seseorang hakim boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut:

i- Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya. ii- Atas alasan kelemahan tubuh badan atau otak. iii- Melanggar Kod Etika Hakim, 1994. iv- Apa-apa sebab lain yang menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas-tugas dengan

sempurna.

Prosedur ini memperihalkan bahawa perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan mudah. sebaliknya, sama ada tindakan itu boleh diambil atau tidak bergantung kepada laporan dan perakuan yang dibuat oleh sesebuah tribunal yang dianggotai oleh hakim-hakim atau bekas-bekas hakim.

Hieraki Mahkamah-Mahkamah

Badan Kehakiman memberi kuasa mahkamah kepada dua. Yang pertama ialah Mahkamah Atas dan yang kedua ialah Mahkamah Rendah. Mahkamah atas adalah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Menurut Pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1984, Mahkamah Persekutuan dijadikan sebagai Mahkamah Agung Malaysia. Ia merupakan badan perantara kehakiman terkemuncak atau yang terakhir dinegara ini apabila rujukan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Persekutuan kepada Privy Council tidak diuruskan lagi.

Dalam pada itu, perlu disebutkan bahawa Jawatankuasa Kehakiman adalah badan yang terakhir memberi pertimbangan atau nasihat segala rayuan yang ditujukan oleh mahkamah Agung daripada Yang di-Pertuan Agong. Jawatankuasa ini tidak membuat keputusan akan tetapi hanya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Seri Paduka mestilah melaksanakan nasihat Jawatankuasa Kehakiman itu.

Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Balai Penghulu, Mahkamah Juvanil, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Di Sabah dan Sarawak pula ada Mahkamah Majistret Satu dan Dua, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Bumiputera Residen. Pindaan Perlembagaan yang penting telah berlaku pada tahun 1963 terutamanya dari segi susunan struktur mahkamah-mahkamah tinggi. Susunan baru hieraki mahkamah-mahkamah di Malaysia selepas terbentuknya Persekutuan baru Malaysia itu dapat dikatakan hampir menyerupai susunan sistem mahkamah di India.

Sistem ini mewujudkan sebuah mahkamah bernama Mahkamah Persekutuan dan mempunyai bidang kuasa diseluruh Persekutuan Malaysia. Ada tiga Mahkamah Tinggi, iaitu sebuah di Semenanjung, sebuah di Borneo (Sabah dan Sarawak) dan sebuah lagi di Singapura. Mahkamah tinggi di Singapura hanya wujud sejak 16 September 1963 sehinggalah Singapura tersingkir daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 133

Berdasarkan huraian diatas, maka dapatlah dirumuskan bahawa yang berada dipuncak susunan hieraki mahkamah mahkamah di negara ini ialah Yang di-Pertuan Agong, yang merupakan Jawatan-kuasa Kehakiman Majlis Privy. Kemudian barulah muncul Mahkamah Agong yang menduduki tahap kedua yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara. Di bawahnya ada dua Mahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo yang masing-masing dipimpin oleh Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo.

Mahkamah Agong mahupun Mahkamah Tinggi masing-masing mempunyai hakim yang tersendiri yang dikenali sebagai Hakim Mahkamah Agung dan Hakim Mahkamah Tinggi. Kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja Raja Malaysia. Tangga teratas dalam hieraki mahkamah Rendah di Semenanjung ialah Mahkamah Seksyen.Mahkamah ini dipimpin oleh Yang di-Pertuan Kanan Mahkamah Sesyen atau ada juga Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Majistret wujud baik di Semenanjung mahupun di Sabah atau Sarawak yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah majestret Kelas 1 dan Mahkamah Majestret kelas II. Di Semenanjung pula ada Mahkamah atau Balai Penghulu, yang menduduki tempat terkebawah dalam susunan hieraki mahkamah-mahkamah di negara ini.

Jadual 7.2: Hieraki Mahkamah-Mahkamah Di Malaysia

AMALAN DEMOKRASI DAN PELAKSANAAN PILIHAN RAYA

Malaysia mula melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sistem pemerintahan ini memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan, iaitu corak kerajaan yang bergantung

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Tuntutan Kecil

Sabah dan Sarawak Semenanjung Malaysia Mahkamah

Atasan

Mahkamah Rendah

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 134

pada persetujuan ramai. Sehubungan dengan itu, slogan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ telah digunapakai dalam sistem pemerintahan Malaysia bagi menunjukkan bahawa suara rakyat adalah amat penting dalam sistem pentadbiran negara.

Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan ini adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Antara prinsip utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah raja berperlembagaan, ketua negeri, parlimen, pilihanraya dan corak pemerintahan. Selain itu, ciri-cirinya yang lain ialah keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan dan pindaan perlembagaan. Melalui ciri tersebut, ternyata bahawa perlembagaan adalah suatu yang penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran negara.

Pilihanraya Pentadbiran Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat akan menentukan ahli parti politik yang bakal membentuk kerajaan dan mentadbir negara melalui pilihan raya umum. Pilihan raya bermaksud proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Rakyat akan memilih wakil rakyat Parlimen untuk memerintah negara dan juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri untuk memerintah negeri. Proses pilihan raya ini dilakukan secara sulit dengan prosedur yang telus dan teratur. Pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara, menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi negara adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah menguruskan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar nama pemilih. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab untuk menentukan sempadan pilihan raya Parlimen dan Negeri iaitu kajian persempadanan dijalankan dalam tempoh tidak kurang 8 tahun selepas tarikh akhir persempadanan sebelumnya. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan menerima dan menyelidik rayuan tentang pilihan raya untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya juga merupakan salah satu tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini banyak membantu melancarkan perjalanan proses pilihan raya di mana pilihan raya merupakan sebuah proses yang rumit.

Pilihan raya bermula apabila parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas semua pendaftaran dan semakan nama pengundi dilakukan. Selepas itu, penetapan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Hari penamaan calon ditetapkan di mana bakal-bakal calon perlu mengisi borang-borang tertentu dan diserahkan kepada Pegawai Pengurus. Kempen pilihan raya akan bermula selepas penamaan calon. Ini adalah bertujuan untuk memancing undi dan calon-calon perlulah mematuhi etika pilihan raya agar suasana aman dan tenteram. Apabila tiba hari pengundian, rakyat yang telah berdaftar akan keluar mengundi. Setiap calon dibenarkan mendirikan pondok di luar sempadan bertujuan untuk membantu pemilih menyemak nombor siri dalam daftar pemilih. Seterusnya ialah proses pengiraan undi. Proses ini dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok di tempat yang telah ditetapkan oleh Pegawai Pengurus. Selepas pengiraan undi, penyata pengiraan undi dibawa kepada Pegawai Pengurus di tempat penjumlahan undi. Akhirnya, setelah menjumlahkan semua keputusan dari tempat mengundi, keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurusan mengikut kawasan pilihan raya. Pemenang akan dikenalpasti melalui undi yang terbanyak. Parti yang menang majoriti akan membentuk sebuah kerajaan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 135

Dalam masa 20 hari selepas pengumuman, keputusan pilihan raya boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi. Tetapi memerlukan alasan yang kukuh seperti berlaku kes penyogokan, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya dan calon atau ejen hilang kelayakan serta berlakunya penipuan ataupun ugutan sepanjang pilihan raya dijalankan. Jika hakim pilihan raya memutuskan pilihan raya tersebut tidak sah, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan sekali lagi pilihan raya baru bagi bahagian berkenaan.

Rajah 7.2 : Perjalanan Proses Pilihanraya

RUMUSAN Jelaslah bahawa perkongsian kuasa melalui konsep pengasingan kuasa yang terdiri dari tiga badan utama dalam kerajaan telah berjaya melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Tetap tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR

Penamaan calon

Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding

Pelancaran kempen pilihan raya

Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR

Pemberiaan kertas undi yang ada lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian

Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut dalam peti undi.

Pengiraan undi

Pengumuman keputusan oleh Pegawai pilihan raya

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 136

Walaupun ketiga-tiga badan ini mempunyai dan menjalankan kuasa yang berlainan namun prinsip hormat-menghormati dan masing-masing tidak campurtangan secara langsung dalam bidang kuasa pihak lain turut mengukuhkan pemerintahan negara.

Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik.

Ini berlaku kerana pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku monopoli kuasa. Sebaliknya perlaksanaannya dalam pelbagai peringkat sama ada politik ataupun pemerintahan mahupun jentera pentadbiran secara langsung memperkukuhkan lagi semangat perpaduan.

Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya aspek demokrasi dan pilihanraya tidak dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.

KATA KUNCI

1. Eksekutif 7. Dewan Negara 2. Kehakiman 8. Dewan Rakyat 3. Perundangan 9. Parlimen 4. Demokratik 10. Kerajaan Persekutuan 5. Mahkamah 11. Kerajaan Negeri 6. Kabinet 12.Demokrasi

LATIHAN

1. Jelaskan fungsi tiga badan utama iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman dalam pentadbiran negara.

2. Jelaskan konsep Doktorin Pengasingan Kuasa di Malaysia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 137

3. Bagaimanakah Mahkamah dapat memainkan peranan dalam bidang pentadbiran dan perundangan? Sila berikan contoh yang sesuai.

4. Apakah persamaan dan perbezaan antara ahli Dewan Rakyat dan ahlu Dewan Negara?

5. Bincangkan aspek kelayakan seseorang ahli dewan rakyat.

6. Terangkan proses-proses dalam perjalanan sesuatu Pilihanraya di Malaysia.

7. Bagaimanakah Pilihanraya kita boleh katakan sebagai satu bentuk demokrasi. Jelaskan.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari (2002) Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Abdullah Sanusi Ahmad (1987). Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kassim Tukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tengku Anuar Tengku (1997). Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: al-Azim Sdn. Bhd.

UNIT 8

DASAR PEMBANGUNAN DALAMAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 138

1. Pelajar mampu mendefinisikan konsep dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar-dasar negara.

2. Pelajar mampu menyatakan kandungan utama beberapa dasar seperti dibincangkan.

3. Pelajar mampu menghubung kaitkan dasar negara dengan proses pembangunan yang berlaku.

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Edisi Ke Empat pembangunan dapat didefinisikan sebagai perihal membangun, proses membangun iaitu proses mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya serta usaha atau kegiatan membangun iaitu memajukan dan mengembangkan. Sementara, dasar pula bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan seperti sikap, keputusan dan sebagainya. Jadi pembangunan ekonomi dan sosial adalah melibatkan dua aspek penting yang menjadi tonggak pembangunan sesebuah negara. Unit ini hanya membincangkan beberapa dasar yang terpilih dan dianggap penting untuk dibincangkan merangkumi dasar Ekonomi dan Sosial negara.

Konsep dan Definisi Dasar Negara

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memperkenalkan dasar-dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memajukan negara. Kesan daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut, Malaysia kini mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang. Secara umumnya dasar bermaksud perancangan kerajaan untuk mencapai sesuatu matlamat sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau sosial. Dasar juga boleh ditakrifkan sebagai, “apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan atau sebaliknya”. Setiap kerajaan mempunyai matlamatnya yang tersendiri berdasarkan masalah dan isu yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah atau sesuatu isu yang timbul, kerajaan perlu merancang strategi yang sesuai dengan sumber dan keupayaannya. Terdapat masalah yang dapat diselesaikan secara cepat namun banyak masalah memerlukan perancangan jangka panjang bagi penyelesaiannya. Pada awal era kemerdekaan, kerajaan menghadapi pelbagai masalah seperti perpaduan kaum, kemiskinan, jurang pendapatan antara kawasan bandar dengan luar bandar dan masalah ancaman komunis. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan dasar-dasar yang bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh, kerajaan memperkenalkan dasar pembangunan ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang menggariskan pelan pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosio-ekonomi. Termasuk dalam rancangan ini ialah Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970 bertujuan mengatasi masalah kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Rancangan pembangunan lima tahun ini merupakan antara dasar kerajaan yang begitu penting.

Secara khususnya definisi dasar negara atau dasar awam adalah seperti dinyatakan di bawah:

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 139

“Dasar Awam merupakan perancangan, panduan, peraturan yang digubal untuk menyatakan tujuan dan matlamat kerajaan” (INTAN: 1980).

“Dasar merupakan program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan” (Lasswell & Kaplan: 1970).

“Dasar awam ialah arahan kerajaan terhadap rakyatnya. Ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan yang spesifik. Dengan yang demikian, keperluan awam ini harus dianalisis sebelum apa-apa tindakan di ambil” (Helco: 1972)

Kesimpulannya, dasar (awam) boleh dirumuskan sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Contohnya Malaysia pernah membuat dasar tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Republik komunis Cina tetapi kemudiannya mengubah dasar tersebut apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan negara. Secara umumnya, setiap keputusan yang diambil mempunyai objektif dan tujuan-tujuan tertentu untuk dicapai dalam satu-satu jangkamasa.

Objektif Penggubalan Dasar Negara

Dasar-dasar yang mula diperkenalkan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bermatlamat memajukan negara dalam pelbagai bidang termasuk politik,ekonomi dan sosial. Objektif umum sesuatu dasar ialah untuk menjadikannya panduan dan rangka bertindak bagi memastikan kerajaan menggunakan pendekatan dan strategi yang tepat bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Dasar juga dapat memberi panduan kepada agensi pelaksana yang ditugaskan menjalankan program tertentu. Tanpa dasar yang jelas, kerajaan tidak akan dapat membuat peruntukan sumber manusia dan kewangan yang mencukupi bagi menjalankan sesuatu projek. Namun begitu terdapat objektif yang lebih khusus bagi sesuatu dasar yang diperkenalkan seperti berikut:

a. Dasar-dasar yang berkaitan dengan politik seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Integrasi Nasional dan Rukun Negara bermatlamat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Perpaduan masyarakat merupakan asas penting kepada kesetabilan politik yang dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi.

b. Objektif dasar ekonomi pula ialah memajukan sektor ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Rancangan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan memberi penekanan kepada soal meningkatkan pendapatan, memajukan kawasan luar bandar bagi mengurangkan kadar kemiskinan. DEB misalnya yang diperkenalkan pada 1970 bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Jenis-jenis Dasar

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 140

Menurut Chandler (1983) dan Sabitha (1997), dasar awam dapat dikelaskan kepada empat iaitu:

a. Dasar berbentuk peraturan Dasar ini merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang digubal bagi mengawal aktiviti-aktiviti masyarakat yang melibatkan organisasi awam,swasta serta orang perseorangan. Contohnya dalam aspek ekonomi, kerajaan memperkenalkan dasar percukaian yang dirancang bagi menambah hasil negara tanpa membebankan golongan pembayar cukai. Terdapat undang-undang atau akta yang dikuatkuasakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ini.

b. Dasar agihan Dasar agihan atau afirmatif merupakan perancangan kerajaan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada mana-mana golongan masyarakat yang ketinggalan bagi merapatkan jurang perbezaan sosio-ekonomi. Di Malaysia misalnya, wujud jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputeran akibat pelbagai faktor. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat membantu golongan bumiputera memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Melalui DEB, golongan bumiputera diberi pelbagai peluang dan keistimewaan menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

c. Dasar Agihan Semula Dasar ini bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia atau memindahkan sumber/faedah yang sedia ada dalam negara ataupun memindahkan punca-punca keluaran negara dari sesetengah kumpulan kepada kumpulan yang lain. Kerajaan misalnya memperkenalkan dasar cukai korporat sebagai mekanisme mengutip hasil dari golongan berada dan mengagihkannya semula kepada golongan kurang berada dalam bentuk subsisdi dan bantuan.

d. Dasar Keselamatan Dasar keselamatan bertujuan menjaga keamanan, ketenteraman serta keharmonian rakyat. Dasar ini melibatkan hubungan Malaysia pada peringkat antara bangsa dan dalam negeri seperti dasar luar.

e. Dasar khusus Sejak mencapai kemerdekaan, beberapa orang Perdana Menteri telah memperkenalkan dasar tertentu semasa pentadbiran masing-masing bagi mencapai sesuatu tujuan. Dr. Mahathir Mohamad misalnya memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020 yang dirancang bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dato’ Abdullah Badawi pula memperkenalkan dasar Islam Hadhari bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam sepanjang tempoh pentadbirannya.

Dasar-dasar kerajaan berhubung dengan pembangunan dikaitkan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Pada pendapat anda adakah kedua-dua perkara ini berkaitan?

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 141

Proses Pembentukan Dasar

Rajah 8.1: Proses penggubalan dasar

Dasar memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah-masalah negara di samping merancang matlamat dan perancangan kerajaan. Dalam setengah keadaan ada dasar yang tidak berkesan dalam menangani permasalah kerajaan. Jika keadaan ini berlaku sesuatu dasar tersebut akan mengalami penamatan. Selain itu, ada juga dasar yang mengalami pengulangan dalam usaha mencapai matlamat dasar.

Pembahagian dasar

Menurut Ambrin (1990,dalam Sabitha:1997) terdapat tiga kumpulan dasar di Malaysia yang digubal berasaskan kepada isu-isu dan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat. Tiga kumpulan dasar tersebut ialah seperti berikut:

Kenal pasti Masalah

Mengemukakan alternatif yang sesuai

Merancang tindakan dasar yang sesuai

Hasil Dasar

Penilaian hasil dasar: sejauh mana dapat menyelesaikan masalah

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 142

a. Dasar yang berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Perindustrian Negara (PIP), Dasar Pertanian, Dasar Pensyarikatan dan Dasar Penswastaan.

b. Dasar Sosial dan Etika Kerja seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran dan Dasar Wanita Negara.

c. Dasar Luar yang menentukan sikap dan pendirian Malaysia dalam isu-isu antara bangsa.

Kelompok-kelompok dasar berkenaan akan dibincangkan dalam bahagian berikutnya. Sementara dasar luar akan dibincangkan pada unit berikutnya.

DASAR EKONOMI Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Selepas mencapai kemerdekaan pada 1957, Tanah Melayu mengalami beberapa masalah seperti berikut:

i. Perpaduan kaum yang rapuh; ii. Kemiskinan; iii. Ekonomi bergantung kepada sektor pertanian dan eksport komoditi seperti bijih timah dan getah;

dan iv. Jurang sosio-ekonomi kawasan bandar dengan luar bandar dan antara kaum.

Masalah perpaduan kaum bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Ketiga-tiga kaum utama di

Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India tinggal di kawasan yang berasingan dan terlibat dalam aktiviti ekonomi yang berbeza. Orang Melayu tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani dan nelayan, orang India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh manakala orang Cina bekerja di lombong bijih timah. Perbezaan aktiviti ekonomi juga menyebabkan kurangnya peluang untuk ketiga-tiga kaum ini bercampur gaul bagi mewujudkan perpaduan. Mengikut Furnival, ketiga-tiga kaum mengamalkan budaya dan agama yang berbeza walaupun tinggal di sebuah negara. Disini juga wujud pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. Kelebihan masyarakat Cina ialah kerana mereka bekerja di lombong bijih yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan bandar seperti di Lembah Kelang atau di Lembah Kinta. Hasilnya kedudukan sosio-ekonomi masyarakat Cina lebih baik jika dibandingkan dengan orang Melayu atau India. Keadaan ini menyebabkan wujudnya jurang sosio-ekonomi antara kaum di Tanah Melayu.

Kemiskinan juga merupakan masalah utama di sini. Menurut banci 1970, 49.3% daripada isi rumah di Malaysia berada di bawah paras kemiskinan di mana 86% di kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu, sementara 14% di kawasan bandar. Mengikut kaum pula, orang Melayu paling tinggi kadar kemiskinannya iaitu (64.8%), Cina (26.0%), India (39.2%),(Young, Bussink dan Hasan,1980). Kemiskinan yang dialami berpunca daripada pelbagai sebab. Khusus bagi sektor luar bandar, antara puncanya ialah produktiviti yang rendah dalam bidang pertanian seperti tanaman padi, saiz tanah atau ladang yang tidak ekonomik, tidak memiliki tanah, harga komoditi seperti getah yang rendah selain sikap masyarakat yang negatif.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 143

Masalah seperti jurang pendapatan yang berbeza antara kaum dan kemiskinan telah memberi kesan buruk kepada perpaduan kaum di Malaysia. Menjelang pilihanraya umum pada 1969, isu-isu hubungan kaum dan ekonomi telah dimanipulasi oleh parti-parti politik khususnya pihak pembangkang menyebabkan hubungan kuam menjadi tegang. Akibatnya tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang merupakan pengalaman buruk bagi Malaysia. Kerajaan amat menyedari keadaan ini dan telah mengambil tindakan bagi memperbaiki keadaan,antaranya dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970. DEB yang diperkenalkan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kedua Tun Razak meletakkan dua matlamat utama untuk dicapai menjelang 1990 iaitu: I. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum II. Menyusun semula masyarakat supaya pekerjaan tidak lagi dikaitkan dengan identiti kaum.

Secara terpeincinya, Matlamat DEB adalah seperti berikut: (Dipetik dari RMK 3)

I. Kadar kemiskinan akan diturunkan daripada 49.3% (1970) kepada 16.7% (1990), di mana kadar kemiskinan luar bandar akan turun daripada 58.7% (1990) kepada 23% (1990) dan kemiskinan bandar pula dari 21.3% (1970) kepada 9.1% (1990).

II. Mencapai tahap gunatenaga penuh dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7.4% (1970) kepada tahap gunatenaga penuh 3.6% (1990).

III. Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad dirancang berubah daripada nisbah 2.4:34.3:63.3 (bumi-bukan-bumi-asing) pada tahun 1970 kepada 30:40:30 menjelang 1990.

IV. Dari segi penyusunan semula gunatanaga, DEB menjangka antara tahun 1970-1990, pembahagian gunatenaga kaum bumiputera dalam sektor utama akan turun daripada 67.6% kepada 61.4%, tetapi dalam sektor sekunder ia akan naik daripada 37.9% kepada 48.4%

Perlaksanaan DEB akan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:

a. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan semua rakyat tanpa mengira kaum.

b. Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan.

Perlaksanaan strategi ini menitik beratkan tiga perkara utama iaitu:

a. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian dengan menggunakan teknologi baru, alat-alat baru dan kemudahan yang lebih baik. Antara langkahnya ialah: 1) membina projek perumahan kos rendah; 2) menyediakan kemudahan pengangkutan-bayaran murah; 3) menyediakan kemudahan asas-bekalan air, elektrik dan kesihatan; dan 4) memperbanyakkan peluang pekerjaan

b. Mengadakan pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya untuk meninggikan taraf hidup golongan berpendapatan rendah. Antara langkahnya ialah: 1) penanaman padi dua kali setahun;

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 144

2) kemudahan parit dan tali air; 3) memperbaiki kemudahan pemasaran dan kredit; 4) mengadakan bantuan kewangan untuk peniaga kecil; dan 5) Penanaman padi luar musim.

c. Menambah peluang untuk menukar kegiatan dari sektor yang rendah produktivitinya kepada kegiatan ekonomi yang lebih menguntungkan melalui: 1) Rancangan pembangunan ‘in-situ’ dan kemajuan tanah seperti FELDA dan FELCRA; 2) Projek perikanan dan pertanian moden; 3) Bantuan kewangan dan teknikal; dan 4) Menyusun semula organisasi-organisasi-delivery system.

Realitinya DEB tidak mencapai kejayaan 100% sepertimana yang dihasratkan sepanjang tempoh

perlaksanaannya. Hasrat kerajaan yang menetapkan matlamat pencapaian 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi gagal dicapai sekadar mencapai 17.8 peratus. Namun begitu, beberapa kejayaan telah dicapai dalam aspek lain sepanjang perlaksanaannya. Kemajuan tanah baru secara besar-besaran meningkat kepada 775,138 hektar dan penempatan bagi kira-kira 92,000 keluarga bagi tempoh 1971-1987. Pembangunan ‘In-Situ’ melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu dan lain-lain telah meningkatkan daya pengeluaran sektor pertanian. Pengenalan konsep Halacara Baru (1984), melalui program bersepadu seperti pengelompokan kampung, penggalakan pembangunan industri kampung dan pertanian secara komersial telah berjaya memajukan sektor pertanian tradisional.

Sehingga RMK 6, kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 15.0% (1990). Kemiskinan

bandar menurun dari 21.3% (1970) kepada 7.3% (1990). Kawasan luar bandar semenanjung, kadar kemiskinan menurun daripada 58.7% kepada 19.3% dalam tempoh yang sama. Penduduk menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dengan penyediaan kemudahan asas yang semakin bertambah baik. Walaupun terdapat kemajuan dalam pembasmikan kemiskinan tetapi kemiskinan masih wujud terutamanya dalam sektor-sektor tradisional seperti perikanan, penanaman padi dan lain-lain. Memandangkan kaum Bumiputera merupakan golongan utama yang bekerja dalam sektor ini, kadar kemiskinan bagi bumiputera masih tinggi walaupun kadar kemiskinan secara keseluruhan menurun. DEB yang tamat pada 1990 digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional. DEB merupakan satu dasar yang unik dan sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak. Bincangkan.

Dasar Penswastaan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 145

Pada tahun 1983, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah melancarkan Dasar Penswastaan bertujuan meningkatkan keberkesanan, aktiviti dan fungsi-fungsi organisasi, pengurusan dan prestasi perbadanan awam. Pengswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses kerajaan mengambil alih asset dan kepentingan pihak swasta. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan tindakan kerajaan menyerahkan bahagian tertentu perkhidmatan kerajaan untuk diuruskan syarikat swasta. Organisasi awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom atau Jabatan Perkhidmatan Pos misalnya telah ditukar entitinya daripada organisasi kerajaan menjadi syarikat swasta. Dr. Mahathir mengambil tindakan drastik dengan memperkenalkan Dasar Penswastaan yang dikatakan dicontohi daripada model ekonomi Jepun bagi memacu pertumbuhan ekonomi walaupun terdapat pelbagai kritikan daripada golongan yang kurang bersetuju dengan dasar ini. Alasan kerajaan untuk memperkenalkan dasar ini ialah bagi mengurangkan saiz sektor awam yang telah berkembang dengan begitu pesat sekali sejak 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Selain itu kerajaan juga berhasrat mencapai objektif berikut dengan melaksanakan projek penswastaan iaitu :

a. Mengurangkan beban kewangan kerajaan; b. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja; c. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi; d. Mengagihkan sumber secara cekap; dan e. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.

Program penswastaan juga terbukti berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi melalui

peningkatan kecekapan projek-projek yang diswastakan, di samping memberi kesan gandaan kepada ekonomi.Pembinaan lebuhraya misalnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan yang berkaitan dengan industri pembinaan di samping menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kos kendalian kenderaan. Melalui program penswastaan juga, lebih banyak sumber dapat dibelanjakan oleh Kerajaan untuk sektor lain dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor tersebut.

Kerajaan telah menggubal satu garis panduan bagi memantau pelaksanaan program penswastaan

supaya ia berjaya mencapai objektifnya. Garis panduan ini menjelaskan mekanisme dan kaedah pelaksanaan program penswastaan dan merupakan usaha awal Kerajaan dalam menyelaras pelaksanaan dasar tersebut. Seterusnya tindakan yang lebih padu telah diambil apabila Pelan Induk Penswastaan (PIP) digubal pada tahun 1991 bagi meletakkan batu asas kepada pelaksanaan Dasar Penswastaan yang selaras, sistematik dan komprehensif. Ia merupakan dokumen penting yang menjelaskan rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan, prosedur pelaksanaan dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan.

Program penswastaan yang terkandung dalam PIP mempunyai lima matlamat utama iaitu

membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan; meningkatkan kecekapan dan produktiviti; mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 146

PIP mengenalpasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan aset, penjualan ekuiti, pajakan aset, pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO), bina-milik-kendali (BMK) dan bina-kendali-pindah (BKP). Dalam pelaksanaan program penswastaan, dua pendekatan telah diterima pakai iaitu berdasarkan projek yang dikenalpasti oleh kerajaan dan projek yang dicadangkan oleh pihak swasta. Projek yang dicadangkan oleh pihak swasta adalah bertujuan khususnya untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan ke atas daya usaha dan inovasi mereka.

Sehingga akhir 1999, sebanyak 202 projek dan entiti telah berjaya diswastakan terdiri daripada

104 projek baru dan 98 projek sedia ada. Daripada jumlah tersebut, 184 projek telah diswastakan manakala 18 entiti dikorporatkan. Projek dan entiti ini terdiri daripada syarikat-syarikat kerajaan, agensi-agensi kerajaan, pembangunan tanah, projek-projek baru seperti lebuhraya, pengeluar tenaga bebas, stesyen televisyen dan sebagainya. Sektor-sektor yang terlibat adalah terdiri daripada sektor pembinaan; elektrik dan gas; pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi/multimedia; bekalan air dan pembetungan; perkhidmatan Kerajaan; perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran, perkhidmatan kewangan, hartanah; pembuatan; pertanian dan perhutanan; dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Dari segi mengurangkan beban kewangan Kerajaan, penjimatan perbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program ini dilaksanakan pada tahun 1983 adalah kira-kira RM129 billion. Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama adalah berjumlah RM7.6 billion. Walaupun program ini bukan bertujuan untuk menjana hasil dan keuntungan kepada kerajaan, namun sejak program ini dilaksanakan ia telah memberi sumbangan hasil kepada Kerajaan sebanyak RM23.1 billion yang diperolehi daripada penjualan aset dan ekuiti.

Dari segi pengurangan anggota perkhidmatan awam, pelaksanaan program penswastaan

sehingga kini telah berjaya mengurangkan 107,503 penjawat awam dengan memindahkan kakitangan berkenaan kepada pihak swasta atau melalui persaraan berikutan penswastaan atau pengkorporatan agensi-agensi yang terlibat. Dalam masa yang sama, beban pentadbiran Kerajaan juga telah dapat dikurangkan, khususnya dari segi urusan pengambilan, kenaikan pangkat, dan latihan kakitangan. Penswastaan juga telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan sistem pengurusan yang lebih baik. Ini dapat dilihat melalui petunjuk yang digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan. Pencapaian keseluruhan entiti yang diswastakan telah bertambah baik hasil daripada penambahan keupayaan dan rangkaian perkhidmatan di samping perolehan dan penggunaan peralatan dan teknologi moden.Selain itu, perubahan sikap yang lebih positif serta pembaharuan minda dalam kalangan kakitangan entiti yang diswastakan telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti tersebut.

Dasar Penswastaan telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Beri pandangan anda.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 147

DASAR SOSIAL Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas mencapai kemerdekaan, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang mustahaknya digubal sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai

Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya.

“Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang

tugasnya ditetapkan. Ia mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga manusia negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Selain itu, ia juga berhasrat:

a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 148

d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang

menyeluruh, seimbang dan bersepadu; f. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; g. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan

secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

h. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

i. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

j. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

k. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; l. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib

diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

m. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Persoalan penting yang timbul daripada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ialah sama

ada sistem pendidikan negara mampu melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Hasilnya agak sukar ditentukan seperti diakui oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1974. Antara sebab-sebab yang dinyatakan ialah kurangnya kajian-kajian dibuat khusus untuk meneliti kedudukan dan keperluan tenaga rakyat negara ini. Keperluan tenaga manusia bergantung kepada perkembangan ekonomi negara dan agak sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah-ubah, namun begitu hasil dari pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini, tenaga manusia yang dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan guna tenaga negara kecuali dalam beberapa bidang tertentu. Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah dapat merapatkan jurang perbezaan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada dalam sektor awam atau pun swasta. Di samping itu ianya telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya bagi bumiputera yang berjaya memperbaiki taraf sosio-ekonomi mereka hasil daripada pendidikan yang diterima. Mengenai matlamat melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih, ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ia tercapai misalnya dengan menggunakan kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah sedikit sebanyak menimbulkan dan memupuk perasaan dan kesedaran kebangsaan Malaysia dalam kalangan mereka yang melalui sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, sukar dipastikan sama ada perasaan dan kesedaran itu telah membuahkan perpaduan, malahan walaupun perpaduan wujud , sukar hendak dikatakan bahawa ia adalah hasil daripada sistem pendidikan semata-mata kerana perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 149

Pendidikan dan Latihan di Bawah Rancangan Pembangunan 5 Tahun akan dimaju dan dipertingkatkan contohnya di bawah Rancangan Malaysia Ke Enam (91-95) matlamatnya ialah untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan terlatih. Setiap individu akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai, selain itu bagi melahirkan warganegara yang bertangungjawab serta mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang kukuh. Penyediaan lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah, bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan peluang mendapat pekerjaan dan selanjutnya menyumbang kepada peningkatan agihan pendapatan. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Kewujudan masyarakat majmuk menyukarkan pihak pentadbir untuk merumuskan dasar-dasar yang boleh diterima oleh semua pihak. Beri pandangann anda. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan berasal daripada perkataan budaya yang bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Budaya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan kerana ia melambangkan identiti negara. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal sebagai alat menyatupadukan masyarakar berbilang kaum. Dasar ini digubal dalam tahun 1971 berikutan dengan tiadanya dasar yang direncanakan bagi mencapai matlamat mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu bagi Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Dasar ini mempunyai objektif berikut:

1. Memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; 2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan; dan 3. Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian seimbang

dengan pembangunan sosio-ekonomi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal berteraskan perkara berikut iaitu:

1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu budaya Melayu;

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 150

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar juga diserapkan sebagai kebudayaan kebangsaan. Walau bagaimanapun Kesesuaian dan penyerapan kebudayaan asing ini bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

Bagi melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, beberapa strategi telah dikenalpasti untuk digunakan termasuklah:

1. Memaju dan mengembangkan budaya setiap kaum di Malaysia; 2. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan

kebangsaan melalui penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan perhubungan budaya; 3. Meningkat dan memperkukuh kepemimpinan budaya melaui usaha membimbing dan melatih

peminat, mendokong dan penggerak kebudayaan secara meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

4. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

5. Memenuhi keperluan sosio-budaya setiap anggota masyarakat; dan 6. Meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

Dasar ini akan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa selain menjadi garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di mata dunia. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan memakan masa kerana proses menerapkan kepentingan nasional melebihi kepentingan suku bangsa dalam masyarakat amat rumit. Hanya dengan kesedaran dan kefahaman yang mendalam dan luas dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini.

RUMUSAN

Kejayaan setiap dasar sama ada pembangunan ekonomi atau pun sosial yang direncanakan adalah bergantung kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan dan juga sokongan daripada semua peringkat termasuklah golongan sasar. Persekitaran politik dan ekonomi di dalam mahupun di luar negara merupakan faktor yang sangat penting yang dapat mempengaruhi setiap dasar pembangunan dalaman negara yang dilaksanakan. Justeru, semua pihak sama ada pegawai kerajaan mahupun rakyat Malaysia wajar bersama-sama menjayakan setiap dasar pembangunan ekonomi yang direncanakan oleh pihak kerajaan demi kejayaan negara Malaysia.

KATA KUNCI

1. Dasar 5. Pembangunan 2. Strategi 6. Stabil

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 151

3. Penswastaan 7. Perindustrian 4. Pensyarikatan 8. Cabaran

LATIHAN

1. Terangkan halangan-halangan dalam usaha mencapai matlamat DEB.

2. Pada pandangan anda adakah dasar penswastaan telah berjaya dalam mencapai matlamatnya. Bahaskan.

3. Bincangkan peranan pendidikan dalam usaha perpaduan di Malaysia.

4. Apakah relevannya diperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bincangkan. 5. Pembinaan negara bangsa memerlukan pengorbanan semua pihak yang berkepentingan.

Huraikan

RUJUKAN

Abd. Majid Salleh et. al. (1990). Setelah 1990:Ekonomi Dan Pembentukan Bangsa. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bahagian Majalah DBP dan Kumpulan Peneliti Sosial.

Ambrin Buang (ed). (1990). The Malaysian Economy in Transition. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN).

Chamhuri Siwar. (1988). Isu-Isu Ekonomi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hisashi Yokoyama dan Mokhtar Tamin. (eds). (1991). Malaysian Economy in Transition. Tokyo: Institute of Developing Economies.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1988). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN).

Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). (1992). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN).

Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN). (1994). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara(INTAN).

Jamal Ali. (2003). Ekonomi Malaysia (Satu Analisis Dasar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Azmi Ramli.(1993) Dasar Awam di Malaysia. Kuala Lumpur:Golden Books Centre.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 152

UNIT 8 DASAR LUAR NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan dasar luar negara semenjak merdeka hingga kini. 2. Mendedahkan isu-isu terkini berkaitan dengan dasar luar negara. 3. Menerangkan kepentingan dasar luar kepada Malaysia.

PENGENALAN Terdapat banyak definisi atau pendapat yang diutarakan berkenaan Dasar Luar Malaysia. Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral yang bermaksud hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral bermaksud hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan. Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang dikemukakan, dapatlah di rumuskan bahawa dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingan-kepentingan bersama.

FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR NEGARA

Faktor Dalaman Terdapat dua faktor yang mempengaruhi Dasar Luar Malaysia iaitu faktor dalaman dan faktor

luaran. Manakala faktor dalaman pula terbahagi kepada empat iaitu faktor pertama adalah kepentingan nasional, kepentingan nasional boleh dilihat dari aspek keselamatan. Aspek keselamatan adalah penting bagi Malaysia mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar. Dengan ini, Malaysia boleh mendapatkan bantuan ketenteraan dari negara luar apabila mendapat ancaman dari pihak musuh.

Faktor dalaman kedua yang mempengaruhi Dasar Luar Malaysia adalah faktor ekonomi. Daripada segi ekonomi, Malaysia masih bergantung kepada negara lain melalui perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport. ekonomi Malaysia berasaskan kepada bahan-bahan mentah seperti petroleum mentah, getah, kelapa sawit dan banyak lagi. Malaysia mengadakan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 153

hubungan baik dengan semua negara kecuali negara Israel bagi memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Kedudukan geostrategik merupakan faktor dalaman ketiga yang mempengaruhi Dasar Luar Malaysia. Malaysia merupakan negara yang terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami pelbagai masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia Kedua lagi. Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik yang telah menarik minat kuasa-kuasa besar luar untuk menegakkan pengaruh kuasa masing-masing di rantau Asia Tenggara. Ini beerti kedudukan Malaysia adalah penting dari sudut keselamatan dan kestabilan di kawasan Asia Pasifik. Maka, Malaysia perlu mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN agar tidak timbul sebarang ancaman daripada mana-mana negara lain.

Faktor dalaman terakhir yang mempengaruhi Dasar Luar Malaysia adalah saiz Malaysia yang kecil. Negara Malaysia merupakan negara yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia, oleh itu Malaysia hanya mempunyai kemampuan tentera yang terhad. Tambahan pula peralatan senjata yang digunakan dalam ketenteraan Malaysia tidak secanggih dengan peralatan senjata di negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Faktor Luaran Faktor luaran yang pertama ialah prinsip-prinsip PBB, Malaysia merupakan sebuah negara yang mendokong kuat Piagam PBB dan mematuhi keputusan PBB dalam hal-hal berkaitan dengan pelindung Negara-negara kecil, memelihara keamanan, melindungi hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial. Malaysia telah menyertai agensi-agensi dalam PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Dalam UNCTAD dan soal pembangunan, Malaysia juga telah memberi sokongan kepada usaha-usaha melaksanakan “New Idea of Economic” (NIEO) dan juga kegiatan negara-negara 77 untuk mencapai sistem perdagangan antarabangsa yang adil. Faktor luaran yang kedua ialah Dasar Berkecuali, melalui dasar ini Malaysia telah mengadakan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi mereka sama ada demokrasi ataupun komunis, Malaysia juga telah menjadi anggota dan menyokong segala usaha Pertubuhan Negara-negara Berkecuali. Salah satu unsur penting dasar berkecuali Malaysia ialah keengganan terlibat dalam sebarang pakatan tentera yang memihak kepada mana-mana kuasa Barat atau Timur, selain dari perjanjian pertahanan untuk kepentingan Negara. Dalam hal ini, Malaysia tidak menyertai pakatan SEATO (Southeast Asia Treaty Organization) dan ini semua selari dengan ASEAN yang tidak menjadi anggota pakatan tentera pro-Barat.

1. Faktor Sejarah Dan Budaya Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah, pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational). Prinsip ini terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 154

dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alligned Movment (NAM) pada tahun 1970.

Prinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan

sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana . Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.

Ketiga, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan

keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.

Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai

anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam apenglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.

Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan

hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya

2. Faktor Kepimpinan

Hubungan di antara sesebuah negara dalam konteks dunia hari ini amat penting dalam menjaga keselamatan dan kemakmuran negara berkenaan. Kebanyakan negara di Malaysia di dunia mengamalkan sikap saling bergantungan di antara satu sama lain dalam aspek seperti politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Oleh itu, dasar dilihat sebagai satu medium bagi sesebuah negara dalam mewujudkan satu hubungan dengan negara yang lain.

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan dasar yang bebas dan berkecuali di samping mementingkan dasar yang mengutamakan semangat setiakawan dan sentiasa berbaik-baik dengan semua negara di dunia dengan syarat bahawa negara-negara itu menghormati negara-negara lain dan mengamalkan dasar yang aman. sejak merdeka, dasar luar Malaysia telah melalui beberapa peringkat perkembangan pentadbiran.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 155

Dasar luar negara ini telah diamalkan di negara kita sejak era kepimipinan Tunku Abdul Rahman lagi. Bapa Kemerdekaan itu mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis selepas kemerdekaan Malaysia sehinngalah tahun 1970. Tunku Abdul Rahman mendapatkan bantuan daripada British untuk menyelesaikan konflik politik Malaysia. Perdana Menteri Malaysia yang ke dua iaitu Tun Abdul Razak Hussein hanya memerintah Malaysia dari tahun 1970 hingga 1976. Beliu telah mengamalkan dasar berkecuali selepas tahun 1970, iaitu sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada penguasaan Barat tanpa mengira ideologi. Beliau juga memelihara hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan negara-negara komunis. Pengganti Tunku Abdul Razak iaitu Tun Hussein Onn yang memimpin dari 1976-1981, tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik dalam dasar luar Malaysia. Tun Hussein lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya. Dalam era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri kita yang ke 4, iaitu dari 1981 hingga 2003, Dasar Luar Malaysia dilihat banyak mengalami perubahan. Tun Dr. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar iaitu tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi menggambarkan pendekatan proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam. Dasar luar Malaysia pada zaman Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dari tahun 2003 hingga 2009 pula disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya disamping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada. Beliau meneruskan agenda hubungan diplomatik dengan negara-negara luar seperti mengadakan hubungan ekonomi dengan Afrika Selatan tetapi beliau kurang menonjol dalam menjalinkan hubungan dengan dunia seperti PBB.

Teori Domino yang dikemukakan negara Barat dihubungkan dengan ancaman komunis yang sedang merebak di beberapa buah negara Asia Tenggara pada tahun 1960-an. Sejauhmanakah teori tersebut mempengaruhi Tunku Abdul Rahman dalam merangka dasar luar negara ketika itu?. Bincangkan. Dasar Pandang Ke Timur dan buy British last menggambarkan sikap Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu. Beri ulasan anda. PERSATUAN NEGARA–NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN) Hasrat Malaysia untuk berbaik–baik dan mengadakan kerjasama dengan negara–negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara–negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 156

Gambar 9.1: ASEAN

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo iaitu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara-negara ASEAN. Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamik manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.

Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand). Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara–negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

MALAYSIA DAN BADAN-BADAN ANTARABANGSA

KOMANWEL

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Negara-negara Komanwel atau lebih dikenali sebagai Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Komanwel ditubuhkan bagi mengeratkan perhubungan dan perpadua di kalangan Negara anggota, membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan Negara anggota, di samping menjaga kebajikan Negara-negara ahli untuk memajukan Negara anggota. Justeru penubuhan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan Negara anggota Komanwel di Britain. Pakar-pakar dalam bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran Negara anggota serta memberikan kemudahan pendidikan kepada Negara anggota melalui Rancangan Pelajar Komanwel.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 157

Malaysia berperanan dalam menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan, menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih. Malaysia turut menyeru Negara maju supaya member perhatian kepada Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi menusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka. Malahan, Malaysia telah memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain Negara untuk belajar di Negara kita.

Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga Negara iaitu Britain, Australia dan New Zealand membantu Malaysia dalam konfrantasi Indonesia. Malahan, Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatic akan membantu Malaysia jika diserang musuh. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Ke II Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946. PBB mempunyai beberapa Majlis sebagaimana berikut:

Majlis Perhimpunan Agung Majlis Keselamatan Majlis Amanah Majlis Ekonomi dan Sosial Mahkamah Pengadilan Antarabangsa Sekretariat (Jabatan Urus setia)

Pencapaian PBB

PBB bertindak untu menjaga keamana dunia menerusi cara pendamaian iaitu mengurnagkan perledakan peperangan. Cara-cara sekatan ekonomi dan rundingan diplomatik digunakan untuk menyelesaikan konflik sesama negara. PBB juga menghantar pasukan pengaman ke negara-negara berperang bagi menyelamat mangsa-mangsa peperangan. Contohnya Perang Teluk yang berlaku pada Ogos 1990 Majlis Keselamatan PBB telah meletakkan sekatan mandatori dan mengadakan langkah diplomatik untuk mengelakkan perang. Tentera multinasional telah melancarkan serangan udara diikuti dengan serangan darat pada 24 Februari

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 158

1991 memandangkan Iraq enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Operasi ini dipanggil Operation Desert Storm. Selain itu, krisis di Congo pada tahun 1960 di mana persengketaan meletus selepas kemerdekaan Congo. Ketua Congo telah meminta bantuan PBB dan dalam masa kurang 48 jam kontingen daripada 30 buah negara tiba bersama-sama dengan pakar PBB. Akhirnya tentera Belgium berundur daripada seluruh wilayah. Operasi PBB di Congo tamat pada Jun 1964 dan menjadi operasi terbesar dalam sejarah PBB. Peranan PBB adalah cukup luas untuk menjaga keselamatan negara-negara dunia merangkumi aspek kebajikan, persenjataan,perebutan pulau, pelarian dan hak-hak asasi. Namun begitu, kelemahan PBB yang paling ketara adalah kuasa Veto yang diberikan menyebabkan sikap talang dua muka Amerika sering berlaku apabila melibatkan negara Israel. Tindakan Amerika ini adalah berlandaskan Israel adalah sekutu rapatnya.

KERJASAMA SELATAN-SELATAN

Persidangan Asia-Afrika pada 1955 di Bandung telah membawa kepada lahirnya konsep Kerjasam Selatan-selatan. Ketika persidangan tersebut, wakil-wakil dari negara Asia Afrika telah bersepakat untuk memajukan kerjasama ekonomi dan budaya negara-negara Asia-Afrika seperti bantuan teknikal, pertukaran pakar-pakar dalam bidang pembangunan bagi menyuntik kepada pembangunan negara-negara terlibat, pertukaran pendapat mengenai teknologi serta mengurangkan kebergantungan pembangunan ekonomi dunia ketiga ke atas pihak utara. Malahan, konsep kerjasama Selatan-selatan telah dijadikan contoh oleh Persekutuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1978 menerusi Buenos Aires Plan of Action (BAPA).

Namun sehingga kini, hasil rundingan Selatan-Selatan hanya terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada negara-negara membangun dari Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) pelancaran Sistem Keistimewaan Pedagangan Global dan juga perwujudan ‘Bank Selatan’ yang masih dalam perancangan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kekangan seperti masalah ekonomi yang ditanggung oleh negara-negara Selatan seperti kadar syarat perdagangan yang tidak seimbang, kadar faedah yang tinggi di samping masalah hutang negara.

Rundingan yang diatur bersama negara-negara Utara untuk membentuk satu penyusunan baharu ekonomi antarabangsa juga tidak begitu merangsangkan. Kemampuan Malaysia diuji menerusi pakatan Selatan-Selatan tersebut.

KERJASAMA UTARA-SELATAN

Penubuhan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan 1964 telah membawa kepada dialog Utara-Selatan atas inisiatif negara dunia ketiga. Perundingan Utara-Selatan melibatkan perbincangan yang berterusan antara negara-negara dunia ketiga (selatan) dengan negara-negara perindustrian (utara) menyentuh hal perihal ekonomi antarabangsa. Objektifnya adalah untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa serta tumpuan terhadap masalah-masalah lain seperti imbangan pembayaran.

Menerusi Persidangan UNCTAD 1968, Sistem Keistimewaan Am diwujudkan. Rundingan Utara-Selatan ini juga berjaya membawa kepada beberapa perjanjian untuk menstabilkan harga komoditi dengan khusus kepada sektor pertanian bagi kedua-dua negara pnegeluar dan pembeli. Perjanjian-perjanjian

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 159

tersebut adalah Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa.

Pada 1970-an memperlihatkan negara-negara dunia ketiga membangkitkan tentang ‘Order Baru Ekonomi Dunia’ yang bertujuan untuk mengimbangi susunan ekonomi antarabangsa sedia ada serta menghapuskan jurang perbezaan antara negara-negara Selatan dengan negara-negara Utara. Manakala pada 1980-an, kedua-dua negara Utara-Selatan mengikat kata putus untuk mengadakan Tabung Bersama bagi menstabilkan harga komoditi utama dengan peruntukan AS$750 juta.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) merupakan sebuah gugusan organisasi yang disertai oleh 114 buah negara dari seluruh dunia yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa Perang Dingin. Pertubuhan ini telah ditubuhkan pada 1961 dengan atas cadangan Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito. Pada awal penubuhan NAM, hanya terdapat empat buah negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat Cina. Namun, NAM telah ditubuhkan secara rasminya sebaik sahaja 25 buah negara-negara berkecuali dengan 11 ahli datang dari Asia dan Afrika bersama 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama yang dikenali sebagai Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali di Belgrade, Yugoslavia bermula daripada 1 haribulan hingga 6 haribulan September tahun 1961. Pada persidangan pertama ini, misi pergerakan ini adalah untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

Penubuhan NAM yang diisyhtiharkan dalam Pengisyhtiharan Havana 1979 bertujuan untuk memastikan kemerdekaan, integriti, kedaulatan dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam menentang pemisahan bangsa, perkauman, pencerobohan oleh bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam merupakan satu organisasi antabangsa di kalangan negara-negara Islam sahaja telah ditubuhkan pada 25 September 11969 di Rabat, Maghribi. Pertubuhan ini dianggotai oleh 57 negara-negara Islam daripada seluruh dunia yang kebanyakannya terdiri dari kawasan Timur Tengah dan Utara Afrika. Selain itu, terdapat juga negara anggotanya dari Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 160

Pertubuhan Persidangan Islam

Logo 9.2: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Tertubuhnya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada 12 Rejab 1389 Hijrah ketika para pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan isu berkaitan pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September telah dihadiri 7 negara termasuk Malaysia sebulat suara mencadangkan kepada Ketua Negara dan kerajaan Islam supaya sidang kemuncak Islam diadakan di Rabat.

Matlamat utama OIC adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan negara anggotanya. Selain itu, OIC ditubuhkan bagi menyelaraskan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang penting buat zaman sekarang serta menyusun atur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan anatarabangsa. Malahan pertubuhan ini berusaha kearah menghapuskan segala jenis perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan serta OIC mengambil langkah yang perlu bagi menyokong usaha membina keamanan dan keselamatan berpaksikan keadilan. Seterusnya, pertubuhan ini menetapkan matlamat untuk meningkatkan perjuangan umat Islam suapaya memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka disamping mewujudkan suasana yang membangkitkan kerjasama di kalangan negara anggota dengan negara-negara lain.

Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi setiausaha agung pertama bagi Pertubuhan Persidangan Islam yang diwakili oleh mantan Perdana Menteri Malaysia pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

RUMUSAN

Usaha-usaha melaksanakan dasar luar Malaysia agak berjaya. Objektif daripada dasar luar kita adalah untuk mewujudkan satu sistem antarabangsa yang aman dan damai. Sejak tahun 1957, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara-negara lain kecuali Afrika Selatan dan Israel. Malaysia juga mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap idea-idea baru mengenai persahabatan di rantau

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 161

Asia Pasifik seperti Gagasan Perairan yang telah diketengahkan. Sebagai sebuah Negara yang berada di kawasan strategik, Malaysia tidak boleh mengelakkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilannya. Oleh kerana itu, Malaysia mempelopori konsep bebas, aman dan berkecuali. Malaysia akan terus melibatkan diri dalam usaha mewujudkan hubungan bilateral atau milateral dengan menggunakan forum-forum serantau dan antarabangsa. Malaysia sedang berusaha dengan gigih untuk menempatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam arena politik serantau dan juga antarabangsa. Segala usaha ini bergantung kepada keupayaan Malaysia sendiri dari segi keupayaan ekonomi, tenaga manusia yang terlatih dan juga kestabilan Negara. Persekitaran politik hendaklah sentiasa mempunyai kebolehan dan bersedia menghadapi cabaran Malaysia teruramanya menempuh abad yang akan datang.

KATA KUNCI

1. Hubungan 5. Pertubuhan 2. Kerjasama 6. Keamanan 3. Antarabangsa 7. Pencerobohan 4. Keselamatan 8. Kuasa Veto

LATIHAN

1. Apakah kepentingan Dasar Luar kepada sesebuah negara? Bincangkan.

2. Bincangkan kesan kuasa Veto kepada PBB.

3. Apakah pendirian Malaysia dalam pertubuhan NAM? Bincangkan penglibatan Malaysia dengan pertubuhan antarabangsa NAM?

4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia?

RUJUKAN

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Yusof Ismail (Penyunting) (2008). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Gombak, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 162

UNIT 10

ISU-ISU DAN CABARAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami usaha dan cabaran negara Malaysia dalam usaha mewujudkan integrasi nasional.

2. Menjelaskan konsep Satu Malaysia.

PENGENALAN Pembentukan negara bangsa Malaysia telah melalui zaman yang sukar dalam proses membina negara dan seterusnya bangsa yang mana secara realitinya Malaysia mampu membina negara tetapi kabur dalam konteks bangsanya. Tetapi inilah realiti apabila negara ini telah dibentuk dengan masyarakatnya yang majmuk. Malaysia mengalami kesukaran untuk mengikat bangsanya sama ada melalui agama, bahasa dan budaya. Kita hanya boleh mengikat bangsa kita melalui kekuatan ekonomi dan mempunyai kerajaan atau pemerintah yang kuat. Cabaran yang paling besar dalam kontekas pembinaan negara bangsa adalah cabaran membina dan memperkukuhkan perpaduan. Ini kerana jika perpaduan dapat dibina maka negara ini akan dapat dibangunkan dengan lebih mudah dan efisyen. Terdapat pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk perpaduan antaranya kewujudan Rukunegara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dan yang terbaru konsep Satu Malaysia. Justeru, bukan sahaja untuk mencapai matlamat perpaduan malahan juga negara ini akan terus dipacu hingga menjadi negara maju. Dalam konteks ini penekanan kerajaan adalah lebih kepada pembangunan modal insan, sains dan teknologi, menangani cabaran global dan usaha integrasi nasional.

ISI KANDUNGAN

Integrasi Nasional Sebagai Penyelesaian Masalah

Konsep Integrasi Nasional adalah luas. Ia merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Jika dihalusi pengertian ini, akan kelihatan satu unsur penting di dalamnya iaitu, anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Dengan demikian integrasi

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 163

yang sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil daripada ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan, dalam mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional, lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang bersebati dan berpanjangan.

Jadual 10.1: Teori Integrasi Jadual 10.1 adalah menerangkan tentang Teori Integrasi. Teori ini bermula dari tahap terendah

hingga tahap tertinggi dalam integrasi. Tahap Segregasi adalah proses pengasingan yang berlaku dalam masyarakat. Dalam kontekas kita masyarakat Malaysia boleh dirujuk semasa zaman penjajahan di mana penjajah telah memisahkan masyarakat berdasarkan kawasan dan pekerjaan. Misalnya orang Cina diletakkan di lombong-lombong, orang India diletakkan di ladang-ladang dan estet-estet sementara orang Melayu dikekalkan di kampung dan pedalaman. Ini menyebabkan setiap etnik tersebut tidak bercampur dan kesannya mewujudkan polarisasi kaum dalam masyarakat. Tahap Akomodasi pula adalah tahap ke dua iaitu keadaan di mana masyarakat mempertahankan budaya dan adat etnik sendiri dan menghormati budaya dan adat etnik lain. Senario ini wujud dalam masyarakat kita di Malaysia. Malahan kesanggupan kita untuk bersatu dalam konteks masyarakat majmuk dan menuntut kemerdekaan daripada British adalah merujuk kepada tahap ini. Tahap ke tiga pula adalah akulturasi. Tahap Akulturasi adalah merujuk kepada proses penerimaan budaya lain ke dalam budaya sendiri tetapi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima. Misalnya kita memakai tali leher dari barat, budaya pemberian angpau dari kaum cina, makanan dari kaum-kaum lain dan sebagainya. Tahap ke empat pula adalah tahap Asimilasi. Tahap Asimilasi adalah tahap di mana berlaku proses penyeseaian dan pencantuman antara etnik berlainan budaya. Dalam masyarakat kita keadaan ini boleh kita rujuk dalam masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya), Cina Kelantan dan Melayu Thailand. Tahap tertinggi dalam integrasi adalah tahap amalgamasi. Tahap Amalgamasi berlaku bila melibatkan pencantuman biologi bila budaya dan ras bercampur untuk membentuk budaya baru atau ras baru. Senario ini berlaku kepada individu yang berkahwin campur.

Integrasi juga adalah satu dasar yang berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Pelan Integrasi Nasional ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. Pelan diperkenalkan atas dasar yang bertujuan untuk memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus menjadi negara yang berintegriti. Pelan ini merupakan suatu gagasan yang telah dicetuskan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

Teori Integrasi

Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 164

Menurut Zubayry Abady Sofian, integriti membawa maksud kualiti atau keunggulan yang wujud secara keseluruhan dalam diri seseorang individu atau organisasi dan ia berkait rapat dengan etika yang merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Beliau juga mengatakan bahawa integrasi itu adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbagai-bagai masalah yang mendorong kepada kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Selain itu, negara itu tidak mempunyai keupayaan menghalang dan menapis anasir luar yang mendorong kepada nilai moral dan kerjasama antara masyarakat itu perlahan-lahan akan terhapus lalu menjadi sebuah negara yang tidak bertamadun. Ini dapat dirumuskan bahawa integrasi merupakan suatu konsep yang penting dan memerlukan semua pihak untuk berkerjsama bagi membentuk negara yang bersatupadu, gemilang, cemerlang dan terbilang.

Isu perpaduan rakyat amat penting dan amat wajar diberi perhatian dan dititikberatkan di dalam penyusunan pembangunan negara. Ini kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat. Sekiranya berlaku pertikaian dan rusuhan di kalangan rakyat, sudah tentu masalah ini akan mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara. Apabila dilihat pada skop yang luas, masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada suku kaum dan etnik seperti di Malaysia. Oleh itu, tindakan untuk mencapai perpaduan yang harmoni dan tahap kerjasama yang erat di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Persekutuan serta anggota masyarakat yang berbilang bangsa adalah amat penting.

Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan telah memperkenalkan dan sekaligus melaksanakan dasar yang dipanggil Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti. PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 165

Matlamat Integrasi Nasional Matlamat khusus Pelan Integrasi Nasional adalah memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Pelaksanaan konsep ini mempunyai matlamat yang tersendiri dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Antara matlamat yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

1. Peningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan

integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Galakan kerjasama dalam pelbagai sektor ini dapat mengukuhkan nilai bersatu padu dalam diri pekerja-pekarja dan pengusaha sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Misalnya, sektor awam bekerjasama dengan sektor separuh kerajaan dan swasta dalam menjalankan sebuah penyelidikan yang dapat membawa keuntungan negara. Selain itu, perkongsian kemahiran dalam pelbagai sektor dapat mengeratkan hubungan yang baik dan komitmen yang tinggi dalam sektor ekonomi yang ada di Malaysia.

2. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas dalam menegakkan integriti. Sekiranya setiap anggota masyarakat sedar akan tanggungjawab masing-masing, integriti masyarakat dapat ditegakkan. Ini akan menyumbangkan kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan juga peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. Misalnya, jika setiap anggota masyarakat sedar akan hakikat bahawa mereka hidup dalam negara yang yang mempunyai pelbagai kaum, mereka akan berusaha untuk hidup bersatupadu.

3. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-

21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan. Kerajaan inginkan masyarakatnya

Matlamat Umum Matlamat umum Pelan Integrasi Nasional ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Dengan adanya Pelan Integrasi Nasional ini, matlamat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang diimpikan akan beransur-ansur tercapai. Namun, cabaran-cabaran harus ditempuhi oleh kerajaan semasa merealisasikan pelan ini.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 166

yang mampu berdaya saing dan tahan dalam menghadapi cabaran dalam dunia tanpa sempadan ini. Masyarakat yang bersatupadu dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran menjadi impian murni kerajaan. Kerajaan tidak mahu mempunyai masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.

4. Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan patriotik serta berasa megah sebagai

rakyat Malaysia. Dalam hal ini sokongan yang padu daripada semua lapisan masyarakat terhadap dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan adalah penting bagi menyokong usaha ke arah mencapai perpaduan negara yang mantap. Kerelaan ini perlu disemai atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara dengan sendirinya akan wujud apabila setiap masyarakat mempunyai rasa tanggungjawab bersama ke arah kecemerlangan dan perpaduan Negara. Perasaan ini perlu dipupuk untuk melahirkan warganegara yang tulen dan berasa megah sebagai rakyat Malaysia.

5. Meningkatkan keharmonian antara kaum, kebudayaan dan agama semua lapisan masyarakat.

Semangat toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum sangat dituntut untuk menjamin kehidupan rakyat dalam keadaan harmoni. Dalam hal ini, rakyat perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum, budaya dan agama merupakan aset yang sangat penting dan perlu diperlihara sebagai satu kebanggan dan kekuatan negara. Kesefahaman dan keakraban antara kaum, agama dan budaya akan terus terbela apabila semangat toleransi dalam kalangan masyarakat teruus kukuh.

6. Meningkatkan integrasi antara semua negeri di Malaysia. Dalam hal ini, gerakan nasionalisme

perlu dimantapkan lagi bukan sahaja untuk menghadapi pembangunan kini, tetapi juga untuk menghadapi ”perpaduan kebangsaan” yang rumit. Masalah perpaduan kebangsaan masih berlaku disebabkan oleh dua perkara iaitu perbezaan kaum dan wilayah. Aspek wilayah yang paling penting ialah mengenai integrasi antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia, disamping hubungan antara negeri-negeri di Semenanjung sendiri.

Cabaran Integrasi Nasional Umumnya terdapat tiga faktor utama yang menghalang integrasi nasional dalam kalangan masyarakat. Ketiga-tiga faktor ini menyangkut soal nilai dan sikap masyarakat iaitu prasangka, perkauman dan etnosentrisme.

Prasangka merupakan sikap terhadap kumpulan-kumpulan lain yang berasaskan generalisasi-generalisasi umum (stereotaip), atau penjenisan, atas bukti-bukti yang tidak konkrit. Prasangka merupakan tindakan “menyangka dahulu” (prejudgement), dan yang menjadi masalah di Negara kita ialah prasangka itu biasanya berupa “sangkaan buruk” terhadap kaum lain. Masalah ini terus wujud kerana sekalipun ada maklumat-maklumat baru yang positif mengenai kumpulan-kumpulain lain, prasangka yang sedia ada sukar diubah.

Manakala Perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Dalam Negara kita, fenomena ini wujud dengan jelas dalam bidang ekonomi, politik, sosial atau kebudayaan dimana satu-satu kumpulan etnik mementingkan orang-orangnya sendiri. Sikap perkauman boleh mewujudkan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 167

hubungan yang tegang dan jarak sosial di antara individu-individu atau kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur-unsur budaya lain.

Prasangka, Perkauman dan Etnosentrisme merupakan “rasa di dalam” yang boleh dilahirkan dalam tindakan-tindakan berat sebelah atau tidak adil terhadap kumpulan-kumpulan lain. Tingkahlaku ini diistilahkan sebagai diskriminasi. Kewujudannya seperti di Malaysia, mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap oleh sesuatu kelompok sebagai wujud (perceived discrimination) keran merasakan mereka menjadi mangsa, disisih serta tidak dipedulikan. Keadaan yang berlaku di Malaysia adalah sangat berbeza dengan negara lain yang lebih tua seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan sebagainya. Di negara tersebut, ia terbentuk berasaskan persamaan sejarah, budaya, dan juga bahasa. Bagi Malaysia, ia masih dianggap baru kerana negara kita selain mempunyai tiga kelompok bangsa dan keturunan yang utama iaitu Cina, Melayu, dan India, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berketurunan Kadazan, Bajau, Murut, Iban, serta 50 suku bangsa yang lain.

Selain itu, beberapa faktor lain yang turut menghalang integrasi nasional dalam kalangan masyarakat. Antaranya termasuklah sejarah dan latar belakang penduduk Malaysia, integrasi antara semua negeri di Malaysia, Sistem Pendidikan, pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dan penubuhan parti-parti politik.

Dari aspek sejarah dan latar belakang penduduk Malaysia, sebagai sebuah Negara yang latar belakang penduduknya berbeza dari segi kaum, agama, budaya, lokasi wilayah, pekerjaan, kelas sosio-ekonomi dan sebagainya, ia boleh menggugat perpaduan dan integrasi. Secara sedar atau tidak, kesepaduan sosial (social cohesion) di Malaysia adalah belum mantap dan masyarakat masih mempunyai sikap prasangka atau prejudis masing-masing. Seharusnya kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia dilihat sebagai satu kekuatan dalam memacu pembangunan Negara dan bukan sebagai batu penghalang. Oleh itu, kesedaran perlu wujud dalam kalangan masyarakat demi memelihara persefahaman dan menanam perasaan saling hormat menghaormati antara satu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, proses integrasi nasional ini mengambil masa yang agak lama kerana adanya perbezaan geografi di antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak ini dipisahkan oleh Laut China Selatan. Dalam melaksanakan integrasi nasional ini, ia pasti menghadapi pelbagai-bagai masalah atas perbezaan dan rintangan tersebut. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi oleh Malaysia dalam proses pengintegrasian ini adalah dari segi ekonomi, politik dan pendidikan. Ketiga-tiga cabaran ini saling bertindih-tindih, kait- mengait dan bercampur-baur yang tidak mungkin diselesaikan satu, akan selesai semua atau diselesaikan secara berasingan kecuali mendapatkan pendekatan yang menyeluruh.

Cabaran seterusnya ialah integrasi antara semua negeri di Malaysia. Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963. Walau bagaimanapun kemantapan integrasi diantara kedua-dua iaitu negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dengan negeri-negeri Semenanjung masih tidak mencapai tahap yang membanggakan terutama apabila kiedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh faktor geografi. Perbezaan dari segi pembangunan termasuk sistem pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan perhubungan di Sabah dan Sarawak masih ketara jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Semananjung.

Isu pendidikan pendidikan sering menjadi topik hangat di Negara. Antara isu pendidikan yang pernah dibahaskan termasuklah Sekolah Wawasan, pengunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. Masyarakat cina sukar menerima pewujudan sekolah wawasan kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka. Selain itu, dasar meritokrasi yang

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 168

dilaksanakan oleh kerajaan sebagai usaha meningkatkan daya saing pelajar juga didapati tidak memberi kepuasan kerana dianggap menindas atau mendiskriminasi satu-satu pihak termasuk orang Melayu. Penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan menyukarkan lagi proses ini. Ibubapa masing-masing menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah mengikut kaum. Alasan yang sering diluahkan oleh ibubapa adalah bagi mengelakkan anak-anaknya bercampur dengan kaum lain dan melupakan amalan tradisi keluarga atau secara amnya tradisi kaum.

Keadaan ini menyebabkan anak-anak sebagai pelapis pemimpin negara tidak diajar untuk menghormati dan memahami kaum lain. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang perkauman ini juga mendapat tentangan daripada kaum-kaum masyarakat. Masalah ini kita boleh lihat dalam pelaksanaan sekolah integrasi. Masing-masing kaum mempertahankan hak kaumnya tanpa memikirkan kebaikan atau tujuan murni kerajaan dalam melaksanakan sekolah integrasi tersebut. Encik Yahya mengatakan bahawa golongan terutama yang membangkang rancangan sekolah integrasi adalah golongan Cina kerana mereka tidak faham sedalam-dalamnya sekolah Integrasi ini. Selain itu, mereka juga bimbang soal bahasa dan kebudayaan mereka akan terhapus sekiranya projek ini dijalankan.

Cabaran yang seterusnya ialah dari segi ekonomi iaitu ketidakseimbangan dalam pengagihan ekonomi di malaysia. Ketidakseimbangan ini berlaku disebabkan oleh dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris semasa menjajah Malaysia pada zaman dahulu. Semasa zaman penjajahan, pihak Inggeris telah meletakkan orang melayu sebagai golongan yang bercucuk tanam dan tinggal di kampung-kampung, orang Cina tinggal di bandar atau pekan sebagai peniaga, dan orang India diletakkan di ladang-ladang atau estet-estet untuk bekerja sebagai buruh. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan bebas daripada genggaman penjajah namun ia telah memberi kesan kepada pembahagian ekonomi di malaysia. Pembahagian ini kita boleh lihat sampai sekarang dimana pusat-pusat perniagaan dan perdagangan dimonopoli oleh orang-orang cina. Keadaan ini telah menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam mewujudkan perpaduan melalui Pelan Integrasi Nasional.

Selain cabaran dari segi ekonomi, Malaysia menghadapi cabaran dalam politik. Kepelbagaian kaum di malaysia menyebabkan masing-masing menubuhkan persatuan masing-masing bagi membela kaumnya. Keadaan ini kita boleh lihat dalam penubuhan parti dalam negara kita iaitu kaum Melayu dengan UMNOnya, kaum Cina dengan MCAnya, dan kaum India dengan MICnya. Alasan parti-parti politik ditubuhkan mengikut kaum ini adalah bagi mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertentangan pendapat dan sukar mencapai kata sepakat apabila adanya perbincangan yang melibatkan pelbagai kaum. Situasi sebenar ini kita boleh lihat dengan jelas apabila berlakunya pilihanraya. Masyarakat akan mengundi dan memilih calon yang sekaum dengannya tanpa melihat kepimpinan dan kewibawaan orang itu.

Pendekatan Ke Arah Integrasi Nasional Pendekatan Pelan Integrasi Nasional ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. Pelan ini memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. Selain itu, Pelan Integrasi Nasional memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 169

pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan matlamat Pelan Integrasi Nasional dan berdasarkan cabaran yang dihadapi ini, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi iaitu pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan dalam mencapai matlamat ini. Bagi menjayakan perpaduan melalui strategi ekonomi, kerajaan telah merangka perkembangan ekonominya dengan membolehkan semua kumpulan etnik di negara ini menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Misalnya, kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum di samping menyusun semula masyarakat yang termaktub dalam setiap rancangan lima tahun negara. Tujuan kerajaan melibatkan semua kumpulan etnik adalah bagi mengelakkan ada etnik yang terpinggir dan rasa dipulaukan.

Dasar DEB mempunyai dua matlamat iaitu pertama, dari segi pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan. Dalam pengambilan pekerja, kerajaan tidak memilih atau hanya mengutamakan satu-satu kaum sahaja. Matlamat yang kedua adalah hak milik harta-harta produktif terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya tiga puluh peratus daripada jumlah hak milik tersebut pada tahun 1990. Ini bertujuan untuk mengembalikan hak orang Melayu yang telah tertindas akibat daripada aturan yang telah ditentukan oleh penjajah Inggeris pada zaman dahulu.

Namun begitu, bagi melaksanakan kedua-dua matlamat ini penyusunan tenaga mengikut kaum di negara ini harus dilakukan dahulu. Ini sangat penting kerana susunan yang ada sekarang adalah kesan daripada penjajahan Inggeris dahulu. Kesan ini telah mengakibatkan wujudnya perbezaan yang ketara dari segi penyertaan kaum majoriti di dalam pelbagai sektor ekonomi di negara kita. Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi mengikut satu kaum sahaja di negara kita, perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi akan diwujudkan di samping meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya. Selain itu, semua kaum juga dapat menikmati hak masing-masing yang lebih adil dan tersusun.

Strategi pendekatan yang kedua adalah dari segi politik. Malaysia adalah antara satu negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan juga kepentingan-kepentingan yang lain. Keadaan ini menjadi satu cabaran terbesar bagi kerajaan untuk mewujudkan satu suasana politik yang stabil dan aman supaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat hidup dengan damai dan tenteram.

Salah satu kaedah utama yang boleh mewujudkan perpaduan politik negara ialah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi pilihan raya. Setiap pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali supaya rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin politik pilihan mereka. Pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah negara ini kemudiannya haruslah mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.

Bagi mengukuhkan lagi asas perpaduan politik negara ini, struktur perikatan parti diantara UMNO, MCA, dan MIC telah diperluaskan lagi dengan penubuhan Barisan Nasional. Parti politik yang pernah menjadi pembangkang pada suatu masa dahulu telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi melaksanakan projek pembangunan negara. Semua parti-parti dalam Barisan Nasional telah membuat persetujuan politik untuk menyelesaikan segala masalah

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 170

yang dihadapi dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Segala masalah yang timbul dibincangkan dan diselesaikan bersama di meja perundingan.

Selain menyatupadukan politik,kerajaan menubuhkan Dasar Kebudayaan Kerajaan iaitu bertujuan untuk melahirkan rupa bangsa yang mempunyai identiti Malaysia sesuai dengan kehidupan yang menyeluruh di Asia Tenggara. Dengan adanya kerjasama, persefahaman dan persetujuan di kalangan semua parti politik, dengan sendirinya kestabilan dan perpaduan politik dapat dicapai. Oleh itu, rakyat Malaysia harus menghayati dan memahami betapa pentingnya perpaduan politik. Kerana dengan adanya perpaduan dalam hal ini, sebarang asas pertikaian dan pertelingkahan dapat diatasi. Keadaan ini sekaligus menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Pendekatan yang ketiga adalah strategi pendekatan pendidikan. Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanamkan semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya kanak-kanak di bangku sekolah. Perpaduan melalui sekolah boleh dicapai menerusi sistem persekolahan iaitu kurikulum diseragamkan bagi semua sekolah tidak kira sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Selain itu, beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan antaranya menjadikan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar yang utama.

Tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama adalah bagi memastikan semua rakyat Malaysia fasih atau sekurang-kurangnya pandai menuturkan bahasa ibunda. Strategi kerajaan dalam pendekatan pendidikan adalah mengadakan kurikulum yang seragam dan berorientasikan malaysia bagi semua sekolah. Keseragaman ini penting supaya pelajar dapat pendidikan yang seimbang dan sama rata dalam semua bangsa dan kumpulan etnik.

Selain itu, strategi yang dilakukan oleh kerajaan adalah mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara seimbang dan adil serta memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Ini penting bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna sekaligus melahirkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan. Bukan itu sahaja, dasar pendidikan di peringkat maktab dan universiti digubal bagi mencapai tahap perpaduan yang lebih kukuh.

Beberapa strategi yang telah disenaraikan di atas menjadi sebahagian daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan pendidikan yang sempurna kepada warganegara malaysia. Melalui dasar ini juga, perpaduan pelajar-pelajar dapat diwujudkan dan menjadi daya pengerak untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berdisiplin.

Konsep Satu Malaysia Sebagai Etos Negara Bangsa Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Selaras dengan itu, pengenalan konsep 1 Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah amat bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat Malaysia.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 171

Pengenalan konsep satu Malaysia yang membawa inspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati sesama kaum. Dengan wujudnya perasaan ini, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa persengketaan dan perasaan tidak puas hati disamping saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum ini akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat bertepatan dengan slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi, sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah disamping komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab. Dalam pada itu, rakyat juga haruslah komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan Negara.

KONSEP SATU MALAYSIA Malaysia adalah satu bangsa yang bernaung di bawah satu bendera, berpegang pada satu prinsip rukun negara dan melaungkan satu bahasa yang sekata. Ia menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum.

Konsep satu malaysia menuntut seluruh masyarakat agar memainkan peranan masing-masing disamping dapat berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Masyarakat juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum serta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa sahaja. Disamping itu,mereka juga dituntut supaya tidak membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.

Visi Gagasan Satu Malaysia

Mewujudkan satu masyarakat yang bersatu-padu. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Misi Gagasan Satu Malaysia

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Visi ini menekankan kepentingan rakyat terlebih dahulu. Dengan meletakkan kepentingan rakyat dihadapan dapat mewujudkan perasaan percaya rakyat terhadap pentadbiran negara disamping dapat mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Selain itu,pencapaian juga diutamakan iaitu dengan mencapai sasaran dan impak yang cemerlang yang dapat memberi faedah kepada seluruh masyarakat tanpa ada yang tercicir dari arus pembangunan negara.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 172

Lapan Nilai 1 Malaysia

Rajah 1: Nilai-nilai Gagasan Satu Malaysia

Budaya Kecemerlangan

SATU MALAY

SIA

BUDAYA KECEMERL

ANGAN

KETABAHAN

RENDAH HATI

PENERIMAAN

KESETIAAN

MERITOKARASI

PENDIDIKAN

INTEGRITI

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 173

Budaya kecemerlangan merupakan nilai pertama yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Budaya kecemerlangan merupakan nilai yang melingkungi semua nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia dapat berubah lantas memastikan Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi. Budaya kecemerlangan merupakan satu budaya yang perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya dengan separuh jalan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukur tahap pencapaian kemajuan rakyat Malaysia. Antara elemen yang boleh menjadi pengukur tahap kecemerlangan adalah prinsip ketepatan misalnya ketepatan dalam pengukuran masa sangat penting dalam kemajuan dan penerimaan pihak atau individu lain terutamanya dengan pihak-pihak dari luar negara. Jika negara kita dikenali senagai sebuah negara yang menekankan kualiti, kecemerlangan dan ketepatan, maka setiap produk, barangan mahupun perkhidmatan dieksport ke luar pasti akan dilihat sebagai barang yang mempunyai kualiti dan nilai yang diingini oleh mereka. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipandang tinggi oleh negara luar, rakyat Malaysia seharusnya merubah diri berdasarkan budaya kecemerlangan yang turut menekankan ketepatan waktu.

Ketabahan Di dalam perjuangan mahupun perlaksanaan sesuatu kerja, setiap individu memerlukan ketabahan

dan ketekunan. Dalam perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan, negara memerlukan rakyat dan pemimpin yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Ini kerana kehidupan bukannya sesuatu yang mudah untuk dilalui. Ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat adalah bekerja keras, berdedikasi dan tabah menghadapi cabaran dalam diri individu. Rintangan akan berjaya dihadapi sekiranya seseorang individu itu percaya kepada kerja keras, dedikasi dan tabah menghadapi dugaan serta individu tersebut berupaya untuk meletakkan dirinya ke pangkal jalan. Begitu juga halnya yang terjadi kepada negara Malaysia. Negara kita telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan krisis hasil daripada tumpuan yang diberikan serta ketabahan yang ditunjukkan oleh rakyat yang telah membawa setiap individu untuk bekerja dengan lebih keras. Ketabahan dalam menghadapai sesuatu masalah mahupun perubahan dalam diri individu boleh dijadikan sesuatu bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan yang terdahulu.

Rendah Hati Rendah hati merupakan satu sifat yang penting yang harus dimiliki oleh setiap individu dan mereka yang mempunyai sifat sedemikian akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun sifat rendah hati ini tidak bermaksud individu tersebut tunduk atau mengalah terhadap orang lain. Ini bukannya tanda seseorang individu itu lemah. Hal ini bermaksud segala kelebihan yang dimiliki ataupun kemampuan yang dikuasai tidak ditunjukkan atau dibanggakan kepada orang yang tidak memilikinya. Sifat ini perlu bersesuaian dengan tempat dan waktu di mana individu tersebut berada. Sebagai contoh, sifat ini boleh digunakan ketika berurusan dengan pihak atau individu dari luar yang dapat membuktikan kepada mereka yang rakyat Malaysia punyai kemampuan dan keyakinan yang tersendiri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau merasakan bahawa sifat ini perlu ditunjukkan mengikut masa dan keadaan. Beliau mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ini adalah satu adat, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 174

dengan dunia luar, individu perlu menujukkan dan memperlihatkan kekuatan dan kejayaan bukan dengan cara penindasan. Beliau turut menyatakan bahawa setiap ahli individu contohnya ahli-ahli politik perlu memiliki sifat rendah diri kerana pada dasarnya ianya merupakan aset di dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri terutamanya masyarakat tradisional. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk menghargai mereka yang mnemperlihatkan ciri rendah hati. Dalam Islam turut menekankan hal yang sama iaitu konsep Tawaddu’.

Penerimaan Penerimaan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu individu akan menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa bagi sesuatu perkara. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima segala perkara baik yang berlaku dan mendapat persetujuan bersama. Jika setiap individu sanggup menerima sebarang perkara dan mengambilnya dengan penuh kerelaan, maka individu tersebut dapat melihat semua perkara secara lebih positif. Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Malaysia perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan ianya dilaksanakan mengikut cara yang mencerminkan komitmen kita. Beliau menberi contoh mengenai bantuan yang diberikan terhadap rakyat atau golongan yang miskin. Oleh sebab itu, semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin ini termasuklah semua lapisan etnik dan kaum sebagai salah satu daripada contoh polisi. Antara pertimbangan lain yang boleh dilakukan adalah pembangunan bakat di Malaysia. Perdana Menteri menyatakan bahawa setiap individu di Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina dan tanpa had. Had tidak ditentukan oleh kerana latar belakang etnik tetapi ianya ditentukan berdasarkan keupayaan peribadi setiap individu.

Kesetiaan Melihat kepada nilai kesetiaan, kesetiaan merupakan suatu yang amat penting dalam

perhubungan. Ini kerana tanpa kesetiaan, negara kita akan hancur musnah disebabkan oleh lahirnya ramai pembelot negara yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding kesejahteraan negara. Kesetiaan yang boleh diambil pedoman adalah kesetiaan yang digabungkan sekali dengan unsur-unsur lain seperti kritikan membina, melakukan kerja dengan ikhlas dan bersedia memberikan pertolongan dalam apa jua keadaan. Banyak cabang yang menunjukkan kesetiaan seperti kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi. Ini adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan sesuatu organisasi.

Dengan adanya pemikiran sedemikian rupa, modal insan di dalam sesuatu organisasi dapat menyumbang seberapa banyak jasa dalam menaikkan nama sesebuah organisasi terbabit selain menaikkan nama negara. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Selain menurut pandangan organisasi, daripada pandangan individu pula jika adanya kesetiaan maka akan terbinanya kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak. Perlakuan yang jujur dan ikhlas akan melahirkan semangat perhubungan yang kukuh sama ada hubungan dengan rakan, keluarga dan pemimpin organisasi. Daripada sudut ini, jika seseorang itu menunjukkan kesetiaannya, pasti dia tidak

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 175

kekok untuk menegur dengan teguran membina jika terdapat apa-apa yang dirasakan kurang dalam organisasinya.

Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Kritikan bukan sahaja terhad kepada pekerja bawahan, akan tetapi pihak atasan turut layak dikritik dengan cara yang baik dan pemimpin seharusnya menerima positif kritikan yang diluahkan dalam usaha menambah baikkan keadaan sesuatu organisasi. Gambaran di atas jelas menunjukkan jika kita mempunyai nilai kesetiaan, maka sesebuah negara akan menjadi harmoni dan saling memahami.

Meritokrasi Nilai seterusnya pula ialah meritokrasi. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan

dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Pemilihan berdasarkan meritokrasi akan member peluang kepada mana-mana pihak yang tertinggal di belakang dapat memajukan diri mereka setanding dengan mereka yang sudah berjaya. Ini kerana, dalam usaha memacu negara Malaysia ke arah yang lebih hebat, setiap yang dilakukan perlulah diketuai oleh yang hebat.

Bayangkan jika sesebuah pertubuhan itu di pacu oleh seseorang yang tidak terpelajar dan berpengalaman. Sudah tentulah organisasi terbabit tidak akan bertahan dengan lama dan akan mudah hancur. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Ini dapat ditafsirkan bahawa cara yang cuba disampaikan adalah adil dan sebagai contoh pelepasan tender untuk kontrak pembinaan adalah dibuat secara terbuka dan mana-mana pihak yang cuba menyahut tender tersebut perlulah bersaing dengan cemerlang antara satu sama lain untuk merebut tender tersebut.

Dalam meritokrasi mana-mana pihak yang memenuhi kretiria yang diperlukan maka dialah yang akan memegang tender tersebut. Pemilihan berdasarkan prestasi dan budaya cemerlang dapat memaksimumkan pembangunan Malaysia dalam semua bidang.

Pendidikan Pendidikan merupakan perkara yang terpenting kerana tanpa ilmu pengetahuan, sesebuah negara

itu tidak akan maju dan mundur ke belakang. Dalam mencapai kejayaan, pendidikan adalah syarat terpenting dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang mana golongan ini amat bagus dalam pemikiran dan melaksanakan tugas. Akan tetapi pendidikan tanpa praktikal adalah kosong. Praktikal merupakan pengalaman seseorang di dunia luar mengikut bidang yang diambil. Untuk meningkatkan taraf pendidikan dalam sesebuah negara, ini bermula dengan diri yang belajar dahulu. Penggunaan buku teks adalah tidak memadai kerana ilmu didalam buku itu terhad dan terbatas.

Oleh itu untuk meningkatkan dan menambah pengetahuan dalam pembelajaran, seseorang itu seharusnya mengambil jalan iaitu dengan merujuk buku rujukan, majalah dan internet sebagai ilmu tambahan. Pendidikan juga merupakan satu tempat untuk memupuk semangat perkauman. Dewasa ini,

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 176

banyak tajuk-tajuk akhbar memaparkan akan berita mengenai perpecahan kaum yang berlaku di Malaysia sebagai contoh kejadian pembakaran gereja pada 8 Januari 2010. Kejadian terbabit memberikan impak yang besar kepada keharmonian negara kerana Malaysia sudah terkenal dengan nama sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama. Pembentukan sahsiah yang terpuji bermula di sekolah dan guru merupakan permulaan kepada pembentukan sahsiah ini. Penggabungan aktiviti antara sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah India seharusnya kerap dijalankan agar interaksi antara satu dengan yang lain dapat diwujudkan lantas kesefahaman akan terbentuk untuk mencapai matlamat utama Gagasan Satu Malaysia ini.

Integriti Nilai yang terakhir adalah nilai integriti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, integriti bermaksud

kejujuran. Integriti juga bermaksud dihormati, berwibawa, jati diri, mengakui kesilapan, bercakap benar dan jujur dalam perlakuan. Nilai ini sukar untuk dilakukan kerana ini meliputi semua aspek moral yang terpuji. Berani mengaku kesalahan sekiranya terdapat kritikan mengenai prestasi kerja yang dilakukan lantas berani berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Ekoran itu, prestasi kerja akan dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan organisasi dan diri sendiri. Sikap ingin berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik ini memang patut dipuji kerana bukan semua orang boleh melakukannya. Usaha yang keras harus dilakukan oleh seorang pemimpin dalam memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan sejahtera. Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan, pemimpin terbabit haruslah berani menyuarakan penjelasan mengenai apa yang terjadi dalam ingin membaiki keadaan. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak amat menekankan aspek kejujuran dan menepati janji dalam perlakuan sebagai seorang pemimpin yang mana kata beliau sekiranya seseorang pemimpin itu jujur maka rakyat akan percaya dan yakin dengannya. Manakala sekiranya seseorang pemimpin itu tidak menepati janji, maka sikap ini akan digantikan dengan hilangnya kepercayaan dan kesetiaan rakyat kepada pemimpin itu tadi.

Penilaian Konsep 1Malaysia Dengan tercetusnya idea pengenalan konsep satu Malaysia diharap dapat membawa aspirasi untuk mendapatkan kepercayaan rakyat demi memperkukuhkan hubungan kaum dan memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Hal ini kerana konsep satu Malaysia adalah lebih terarah untuk mengharmonikan masyarakat Malaysia dari semua aspek berbanding dengan konsep Malaysian Malaysia.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,bangsa dan agama dengan fikiran menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Hal ini kerana konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan lebih menjaga kepentingan semua kaum disamping menghormati budaya etnik dan kaum yang ada di Malaysia serta menganggap kepelbagaian kaum ini sebagai satu aset kepada Negara. Melalui konsep satu Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 177

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat ,modal serta manusia tetapi juga system nilai ,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Justeru masyarakat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama gagasan 1Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

RUMUSAN Sama ada konsep Satu Malaysia atau Integrasi Nasional matlamat terakhirnya adalah perpaduan. Perpaduan kaum adalah perjuangan kita yang tidak pernah selesai dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menjayakan matlamat tersebut. Konsep yang wujud sama ada Satu Malaysia atau Integrasi Nasional adalah dalam bentuk panduan yang menyediakan kaedah dan nilai-nilai tertentu yang perlu ada dalam menjayakan matlamat perpaduan ini. Integrasi Nasional dilakukan semenjak peristiwa 13 Mei 1969 dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Negara hinggalah kepada penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Walau bagaimanapun usaha ini belum dapat mencapai matlamat seluruhnya.

Justeru kewujudan konsep Satu Malaysia adalah kesinambungan usaha perpaduan negara dan Integrasi Nasional yang telah diwujudkan diberikan nafas baru iaitu melalui gagasan Satu Malaysia. Konsep Satu Malaysia mengandungi lapan konsep penting yang terlibat dan perlu disemai oleh masyarakat di Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Ke lapan-lapan konsep ini memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan ekonomi negara. Namun begitu usaha ini memerlukan penggembelengan dan kesanggupan semua pihak untuk mengamalkan nilai-nilai yang ada. Jika pelaksanaan ini gagal maka tidak mustahil konsep Satu Malaysia juga akan menjadi projek yang gagal sebagaimana beberapa gagasan sebelum ini. Justeru marilah kita di Malaysia bekerjasama dan bersatu padu untuk menjayakan matlamat dan gagasan Satu malaysia ini.

KATA KUNCI

1. Integrasi Nasional 7. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 2. Gagasan Satu Malaysia 8. Dasar Pembangunan Negara 3. Rukunegara 9. Teori Integrasi 4. Dasar Ekonomi Baru 10. Dasar Pendidikan Kebangsaan

LATIHAN

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 178

1. Integrasi Nasional telah dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan usaha mewujudkan perpaduan di negara sukar.

2. Berdasarkan Teori Integrasi, jelaskan senario hubungan kaum dalam negara ini.

3. Bincangkan bagaimanakah gagasan Satu Malaysia boleh menyumbangkan kepada perpaduan negara.

4. Pada pandangan anda adakah matlamat bangsa Malaysia boleh menjadi realiti dalam negara ini? Bincangkan.

5. Bincangkan strategi-strategi untuk mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia.

6. Dengan mengambil kes-kes konflik hubungan kaum. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik tersebut.

7. Jika anda sebagai Perdana Menteri Malaysia, apakah strategi yang anda akan gunakan untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini.

RUJUKAN

Ahmad Fawzi Abdul Halim Ahmad. (1987). Isu-isu Perpaduan, Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Jitra Kedah Percetakan Season Sdn. Bhd.

Aznna Husin et. al. (2009) Pengumpulan Maklumat Integrasi Nasional Dalam Kalangan Belia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Institut Tadbiran Awam Negara. (1997). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Berhad.

Johan Jaafar. (30.11.2003). Pentingnya Integrasi Nasional bagi Negara. Berita Harian.

Malaysia Kita. (1991). INTAN: Kuala Lumpur.

Md Salleh Hassan et. al. (2009). Jurnal Perpaduan: Keberkesanan Media Massa Dalam Memupuk dan Memperkukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jilid 1. Penerbitan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Mohd Syariefudin Abdullah, et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mona Tqjb Bin Dora (2009). Keberkesanan Program Rukun Tetangga Dalam Memupuk Perpaduan Dan lntegrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan (2005). Reading On Ethhnics Relations In A Multicultural Society, Promoting National Unity & The Practice Of Noble Values. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

P e n g e n a l a n K e p a d a K e n e g a r a a n | 179

Yusof Ismail. (2008). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd

Zubayry Abady Sofian. (12.03.2006). Integriti Bahasa Membina Integriti Bangsa. Mingguan Malaysia.