dasar ekonomi baru

4
SOALAN : Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan menerusi strategi serampang 2 mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Huraikan langkah-langkah yang dianbil kerajaan untuk melaksanakan strategi tersebut. DASAR EKOMONI BARU (STRATEGI SERAMPANG 2 MATA) 1.0 PENGENALAN Merupakan satu program sosioekonomj di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussien. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara dan integriti nasional. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris mengarahkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan system pembelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melaui dasar ini mejoriti orang Melayu menetap di kawasan luar Bandar (kampung) yang bekerja sebagai nelayan dan petani. Orang Cina pula menetap di kawasan Bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India pula tinggal di kawasan lading-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan 3 etnik yang terbesar di Malaysia. DEB juga dibentuk menerusi Majlis Perundangan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. 2.0 OBJEKTIF Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru

Upload: are-dyb-are-fyqa

Post on 03-Oct-2015

293 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

DEB

TRANSCRIPT

SOALAN : Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan menerusi strategi serampang 2 mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Huraikan langkah-langkah yang dianbil kerajaan untuk melaksanakan strategi tersebut.

DASAR EKOMONI BARU (STRATEGI SERAMPANG 2 MATA)

1.0 PENGENALAN Merupakan satu program sosioekonomj di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussien. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara dan integriti nasional. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris mengarahkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan system pembelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melaui dasar ini mejoriti orang Melayu menetap di kawasan luar Bandar (kampung) yang bekerja sebagai nelayan dan petani. Orang Cina pula menetap di kawasan Bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India pula tinggal di kawasan lading-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan 3 etnik yang terbesar di Malaysia. DEB juga dibentuk menerusi Majlis Perundangan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

2.0 OBJEKTIFMenyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

3.0 MATLAMAT Mencapai perpaduan Negara. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

4.0 STRATEGI Pembasmian kemiskinani. Menjalankan kajian tentang peratusan kadar kemiskinan Negara oleh Unit Perancang Ekonomi.ii. Untuk merapatkan jurang ekonomi antara entik.iii. Negeri yang terjejas teruk ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Pewujudan pekerjaan dan penstrukturan semulai. Kerajaan menekankan aspek pentauliahan lebih banyak tanah pertanian digiatkan di kawasan luar Bandar.ii. Tubuhkan FELDA, FELCRA dan RISDA. Penyusunan semula tenagai. 1970-an dan 1980-an kebanyakan kaum bumiputra berpindah ke sector moden dan bergaji tinggi.ii. Penyertaan bumiputra dalam sector swasta (pembuatan). Keusahawanani. Wujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra (BCIC).ii. Beri bantuan peruntukan kontrak-kontrak yang memihak kepada kaum bumiputra. Pemilikani. Menumpukan pemilikan ekuiti pelbagai perusahaan kepada bumiputra.ii. Menetapkan penyertaan kaum lain dan juga permastautin asing menyertai pemilikan tersebut supaya sekurang-kurangnya 30% bumiputra, 40% kaum lain dan 30% pelabur asing.iii. Kerajaan memfokuskan pemilikan asset fizikal iaitu tanah, rumah, bangunan dan asset-aset kewangan kepada bumiputra.

5.0 PERLAKSANAAN STRATEGI DEB Membasmi kemiskinani. Meningkatkan atau mengembangkan ekonomi.ii. Pegangan ekuiti boleh menaambah pemilikan Melayu dalam ekonomi, skim khas memperuntukan dan saham kepada bumiputra diperkenalkan.iii. Penubuhan agensi saham amanah untuk orang melayu melabur secara kecil-kecilan juga dirancang.iv. Penubuhan institusi untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Contoh : Bank Pembangunan Pertanian, Pertubuhan Peladang, UDA, Perbadanan Kemajuan Ekomoni Negeri dalam sector moden.v. Menyediakan infrastruktur dalam kegiatan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran.vi. Mewujudkan Felda, Felcra, Risda, Mara, Fama, MIDF dan Mardi.vii. Menggunakan autoriti pelecenan, struktur cukai dan belanjawan, insentif kewangan, peraturan-peraturan khusus dan system-sistem lain untuk memastikan pertambahan sector swasta.

Menyusun semula struktur masyarakati. Bidang pendidikan digunakan sepenuhnya untuk melatih orang Melayu mendapat ekses pengajian peringkat tinggi.ii. Kuasai subjek sains dan matematik.iii. Penyusunan semula pemilikan saham bagibumipytra dan bukan bumiputra.iv. Bilangan professional Melayu dalam pelbagai bidang pekerjaan ingin ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 30%.v. Dalam negeri, bilangan university awam ditambah.vi. Sistem kuota diperkenalkan untuk membetulkan ketidak seimbangan siswa melayu dan bukan melayu.

6.0 PENCAPAIAN DEB Kadar kemiskinan mutlak di Mlaysia turun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Bilangan isi rumah miskin di Malaysia telah berkurang dengan banyak daripada kira-kira 1,100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 619,400 isi rumah pada tahun 1990. Pemilikan modal saham bumiputra dalam syarikat-syarikat turut bertambah daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.4% pada tahun 1988 dan seterusnya 20.3% pada tahun 1990. Namun angka ini masih rendah berbanding dengan sasaran 30% yang ingin dicapai. Peratusan penyertaan bumiputra dalam lapangan professional seperti akauntan, doctor, peguam dan arkitek dan sebagainya masih rendah iaitu 29% dan didapati kebanyakan daripada mereka bergangtung kepada pekerjaan dalam sector pekerjaan dan menguasai sector berkenaan iaitu sebanyak 68.2%. Pendaftaran perniagaan baru milik tunggal kaum bumiputra telah meningkat daripada 889 buah pada tahun 1990 kepada 1119 buah pada tahun 1993. Dalam tempoh yang sama, perniagaan milikan tunggal kaum cina meningkat daripada 2661 buah kepada 3264 buah.

7.0 KESIMPULAN Perlaksanaan DEB bukan semua berjaya berkaitan matlamat penyusunan semula :i. Tempoh masa yang lama.ii. Ekonomi tidak stabil.iii. Perkauman masih berlaku dalam kalangan rakyat. Berjaya sekiranya masyarakat mempunyai minda kelas pertama :i. Berkaitan dengan ilmu pengetahuan minda dan berkemahiran harus dimiliki dan lain-lain.