dasar ekonomi baru

17

Upload: asyikin-hashim

Post on 22-Nov-2014

40.667 views

Category:

Travel


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar ekonomi baru
Page 2: Dasar ekonomi baru

DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiring dengan pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).

DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui:

I. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)II. Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)III. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)IV. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Page 3: Dasar ekonomi baru

Bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah.

Ketegangan kaum yang wujud pada tahun 1969 adalah manifestasi daripada ketidakseimbangan ini

Page 4: Dasar ekonomi baru

Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah:

I. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

II. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Page 5: Dasar ekonomi baru

MEMBASMI KEMISKINAN1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua

golongan rakyat yang menganggur.2. Menambahkan peluang untuk menukarkan

kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti: rancangan tanah FELDA, FELCRA; projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan

Page 6: Dasar ekonomi baru

3. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan taliair; kemudahan pasaran dan kredit.

4. Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah

Page 7: Dasar ekonomi baru

5. Menyediakan perkhidmatan sosial secara percuma atau subsidi yg lebih meluas termasuk: projek perumahan kos rendah; perkhidmatan asas seperti kesihatan, perumahan, air, elektrik, kemudahan pengangkutan yang dikenakan kadar bayaran yang murah; memperbaiki peluang-peluang pendidikan dan kemudahan-kemudahan kemasyarakatan dan rekreasi.

Page 8: Dasar ekonomi baru

MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT• Permodenkan kehidupan desa dengan

meninggikan daya pengeluaran.• Mempertingkatkan dan mengimbangkan

pertumbuhan kegiatan bandar supaya dapat menggambarkan penduduk yang berbilang kaum.

• Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dan harta syarikat.(Amanah Saham Rakyat)

• Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera.

Page 9: Dasar ekonomi baru

5. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera supaya dapat miliki 30% ekonomi dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA,BANK PEMBANGUNAN,UDA dan AMANAH SAHAM NASIONAL.

6. Memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui agensi-agensi wilayah seperti KEJORA, KESEDAR, KETENGAH dan KEDARA.

Page 10: Dasar ekonomi baru

MEMBASMI KEMISKINAN1. Pengangguran

Masalah pengangguran di Malaysia masih menjadi masalah utama dan sukar diatasi. Matlamat kadar pengangguran 3.6% menjelang tahun 1990 yang telah ditetapkan gagal dicapai.

2. PendapatanPendapatan purata bulanan isi rumah di Semenanjung telah meningkat daripada RM264 pada tahun 1970 kepada RM1 163 pada tahun 1990.

Page 11: Dasar ekonomi baru

Pendapatan purata bumiputera juga meningkat daripada RM172 kpd RM931 pada tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah ini masih jauh jika dibandingkan dengan pendapatan purata kaum-kaum lain. Pendapatan purata bulanan isi rumah luar bandar juga meningkat. Dari segi jurang, jika dibandingkan antara tahun 1970 dengan tahun 1987 jelas ia semakin mengecil nisbahnya.

Page 12: Dasar ekonomi baru

3. KemiskinanKadar kemiskinan Semenanjung Malaysia telahberkurang daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada15% pada tahun 1990. Kadar ini telah mengatasi matlamat yang telah ditetapkan pada tahun 1990 iaitu16.7%. Begitu juga kemiskinan luar bandar telah dapatdikurangkan daripada 58.7% kepada 19.3% pada tempoh tersebut. Kadar ini juga telah mengatasi matlamat 23% yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya kadar kemiskinan di seluruh Malaysia telah berjaya dikurangkan. Begitu juga kemiskinan mengikut kaum.

Page 13: Dasar ekonomi baru

4. Pembangunan WilayahPendapatan purata bulanan isi rumah di wilayah yang mundur seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah telah meningkat, walaupun peningkatan masih belum mencapai tingkat memuaskan. Pendapatan di Kelantan meningkat daripada RM269 pada tahun 1976 kepada RM726 pada tahun 1990. terengganu pula meningkat sebanyak RM566 pada tempoh yang sama. Taraf KDNK per kapita Malaysia keseluruhannya juga semakin bertambah baik.

Page 14: Dasar ekonomi baru

5. Bekalan Kemudahan AsasBekalan kemudahan asas seperti elektrik, air, kesihatan dan pengangkutan dan perhubungan ternyata bertambah baik. Dari segi kemudahan elektrik, 80% daripada penduduk luar bandar di Malaysia telah menikmati bekalan elektrik pada tahun 1990. Dari segi kemudahan bekalan air bersih (paip), bagi tempoh 1970-1980 bilangan yang mendapat bekalan air telah bertambah. Memandangkan kepesatan permintaan kemudahan ini, maka hampir di setiap negeri terdapat projek besar pembekalan air. Jumlah keupayaan pengeluaran loji pembersihan telah dipertingkatkan dan perbekalan air ke rancangan FELDA juga diperluas.

Page 15: Dasar ekonomi baru

Dari segi kemudahan pengangkutan dan perhubungan luar bandar, selaras dengan pendekatan pembangunan seimbang, penekanan terus diberi kepada pembangunan luar bandar untuk menggalakkan kegiatan ekonomi serta memudahkan pelaksanaan program pembangunan. Antara jalan-jalan luar bandar yang diberikan tumpuan ialah jalan-jalan luar bandar yang menghubungkan bandar-bandar kecil, jalan keselamatan dan jalan kampung.

Page 16: Dasar ekonomi baru

MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT1. Kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah

Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama.

2. Dari segi guna tenaga, didapati kaum melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah berkembang dengan cepat.

Page 17: Dasar ekonomi baru

3. Masalah pemilikan harta (saham) untuk anak negeri supaya memiliki 70% daripada saham syarikat secara amnya telah tercapai. Begitu juga matlamat untuk mempertingkatkan milikan saham bukan bumiputera dalam syarikat telah berjaya dicapai.

4. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usahasama dengan bumiputera.