dakwah m5

22
SUBJEK DAKWAH -NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI-

Upload: nfaf82

Post on 17-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dakwah minggu 5

TRANSCRIPT

Page 1: DAKWAH M5

SUBJEK DAKWAH

-NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI-

Page 2: DAKWAH M5

PENDAHULUAN

- Dakwah merupakan kegiatan yang sangat penting dalam pembangunan umat Islam

- Skopnya merangkumi pelbagai aspek diantaranya ialah akidah,syariah dan ibadah

- Menyampaikan ilmu dan dakwah kepada mad’u memerlukan ilmu yang luas dan kreatif menyampaikan dakwah

Page 3: DAKWAH M5

SKOP DAKWAH AKIDAH berasal dari kata (  عقد) yang berarti

ikatan. Secara istilah adalah keyakinan hati atas sesuatu. Kata ‘aqidah’ tersebut dapat digunakan untuk ajaran yang terdapat dalam Islam, dan dapat pula digunakan untuk ajaran lain di luar Islam. Sehingga ada istilah aqidah Islam, aqidah nasrani; ada aqidah yang benar atau lurus dan ada aqidah yang sesat atau menyimpang.

Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah) merupakan keyakinan atas sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun iman, yaitu keyakinan kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, serta taqdir baik dan buruk.

Page 4: DAKWAH M5

Akidah dari sudut istilah ialah :-

• Merupakan sesuatu yang diyakini serta dianuti

• Imam al-Ghazali: Berpegang dan membenarkan di dalam hati dan meyakini dengan pasti tanpa bercampur dengan sebarang keraguan, syak dan kegundahan jiwa. Justeru, akidah berasaskan keyakinan dan membenarkannya tanpa soal.

• Ibnu Taimiyyah: Perkara yang dibenarkan oleh hati, jiwa menjadi tenang kepadanya sehingga beroleh keyakinan yang jitu serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan syak

Page 5: DAKWAH M5

ILAHIYYAT• Skop ini membincangkan tentang hal-hal yang

berkaitan dengan ketuhanan iaitu Zat, Sifat, Nama dan Perbuatan Allah s.w.t

• Zat Allah s.w.t bercanggah dgn sifat makhluk. Firman Allah :-

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1) Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2) Ia tiada beranak,dan Ia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya (4)

(Surah al-’Ikhlas 1-4)

Page 6: DAKWAH M5

Sifat Allah s.w.t • Allah memiliki sifat sempurna yang

tidak terhingga banyaknya. Berasaskan nama-nama Allah yang telah disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, ulama’ telah membahagikannya kepada 3 kategori utama iaitu:

• i. Sifat Wajib bagi Allah.• ii. Sifat Mustahil bagi Allah.• iii. Sifat Harus bagi Allah.

Page 7: DAKWAH M5

NUBUWWAT • Nubuwwat ialah perkara yang

membincangkan tentang hal-hal kenabian dan kerasulan yang wajib dipercayai. Ini kerana perutusan nabi dan rasul adalah daripada Allah s.w.t. mereka dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh makhluk di muka bumi.

Page 8: DAKWAH M5

GHAYBIYYAT• Sesuatu yang tidak dapat diketahui sama ada

dengan pancaindera ataupun akal fikiran. Ia hanya dapat diketahui dan difahami melalui perkhabaran yang benar daripada Allah menerusi utusanNya. Antara perkara-perkara ghaybiyyat ialah malaikat, jin, syaitan, barzakh dan ruh.

• Juga membincangkan berkaitan alam akhirat serta proses sebelum hari akhirat seperti alamat kecil dan besar hari kebangkitan, mahsyar, mizan, titian sirat, ‘arasy dan sebagainya. Diterangkan juga sifat syurga dan neraka seperti yang digambarkan di dalam al-Quran dan hadis.

Page 9: DAKWAH M5

“Apabila berlaku hari kiamat itu (1)Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadianmu (2) kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat) (3) Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan”

Page 10: DAKWAH M5

PEMBINAAN AKIDAH Memahami konsep Islam yang sebenarnya

dan memahami konsep akidah secara khusus Membersihkan hati dengan cara

meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah

Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam

Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik

Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah Bertawakal kepada Allah

Page 11: DAKWAH M5

Bahasa : “Syariah” bermaksud aliran dan jalan yang lurus. Manakala kalimah “ َع� َر� ”َش�bermaksud mencipta, menjelas dan menerangkan jalan-jalan (Mohd Saleh 2011: 1). Istilah : Syariah Islamiah ialah hukum-hukum yang disyarakkan oleh Allah s.w.t untuk hambaNya sama ada yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak, muamalat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat

Page 12: DAKWAH M5

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAMIAH

• Rabbaniyyah atau Syariah itu dari Allah s.w.t.

• Balasan Duniawi dan Ukhrawi• Kekal• Syumul

Page 13: DAKWAH M5

MAKSUD AKHLAK

• Akhlak diambil dari perkataan Arab iaitu kata jamak dari perkataan khuluq yang bermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.

• Maksud ini terkandung dalam kata-kata Saidatina Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW:

القرآن ” خلقه “كانTerjemahan:

“ Akhlaknya (iaitu Rasulullah SAW adalah al-Quran”.

Page 14: DAKWAH M5

• ISTILAH: segala laku perbuatan yang telah , menjadi adat kebiasaan apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang.

• Imam Ghazali mentakrifkan akhlak sebagai sifat jiwa yang tertanam di dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya.

• Dengan perkataan lain, akhlak adalah perbuatan atau tingkah laku manusia sama ada baik atau buruk yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikir natijah dari sifat yang ada dalam jiwa dan sanubarinya.

• Menurut Kamus Dewan, akhlak didefinasikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.

Page 15: DAKWAH M5
Page 16: DAKWAH M5

SKOP AKHLAK

• Akhlak manusia terhadap Allah

• Akhlak manusia sesama manusia

• Akhlak manusia terhadap makhluk-makhluk lain

Page 17: DAKWAH M5

CONTOH AKHLAK DARI AL-QURAN

• Memenuhi janji (surah al-Isra, 17:34)• Larangan berlaku Sombong dan Takbur

(Surah al-Isra: 17:37)• Larangan berlaku boros dan kedekut

(Surah al-Isra: 17:26-27)• Perintah berlaku adil dalam semua

keadaan, baik terhadap manusia bahkan kepada orang kafir. (Surah al-An’aam:152)

• Bertolong-tolongan dalam kebaikan dan takwa dan tidak bertolong-tolongan dalam dosa dan aniaya. (Surah al-Maidah: 2)

Page 18: DAKWAH M5

CONTOH AKHLAK DARI RASULULLAH SAW

• Bersifat malu• Berbuat baik kepada isteri• Larangan menyakiti jiran tetangga• Syukur dan sabar• Berlaku ihsan

Page 19: DAKWAH M5

KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN AKHLAK

• Tujuan risalah Islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia.

• Pengertian Islam itu sendiri dikaitkan dengan akhlak yang baik.

• Akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan kebaikan seseorang pada hari akhirat.

• Akhlak mulia merupakan ciri bagi orang yang beriman.

Page 20: DAKWAH M5

KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN AKHLAK

• Berakhlak mulia dapat menghindarkan diri seseorang dari neraka dan membawa mereka ke syurga.

• Kedudukan orang yang berakhlak mulia di akhirat kelak paling dekat dengan Rasulullah SAW.

• Rasulullah sendiri selalu berdoa agar Allah membaikkan akhlaknya.

Page 21: DAKWAH M5

AKHLAK MERCU KESEMPURNAAN

• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“ Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya.”

• Pesan Imam Malik:“Pembaikan umat yang kemudian tidak akan dapat dicapai melainkan dengan kaedah pembaikan umat terdahulu.”Jika rendah akhlak menyebabkan umat musnah, maka tingginya akhlak akan menyebabkan ummah gagah.

Page 22: DAKWAH M5

KESIMPULAN

Akhlak merupakan aspek yang sangat penting dalam diri seorang

Muslim.Marilah kita sama-sama mengamalkan akhlak yang

mahmudah dan meninggalkan akhlak yang mazmumah.....