ctu211 sains dan teknologi islam

Upload: arif-asyraf-ariffin

Post on 09-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sains dan Teknologi Islam zaman anbiya

TRANSCRIPT

Zaman Nabi Ibrahim Nabi Ibrahim a.s. adalah putera Tarih (Azhar) bin Tahur bin Saruj bin Rau bin Falij bin Sam bin Nuh a.s. iaitu seorang menteri kepada raja Namrud bin Kanan yang memerintah kerajaan Babilon. Dilahirkan di Faddam Aram, Babilon Pakar dalam bidang astronomi. Seorang ahli ilmu bintang dan ia terdedah dengan ilmu bintang yang dimiliki oleh ayahnya Beliau menyelidiki cakerawala adakah ianya tuhan-tuhan seperti matahari, bulan dan bintang-bintang Setelah beliau dapati semuanya tidak kekal, tegas beliau bahawa hanya tunduk kepada Tuhan yang menciptakan alam dan cakerawala ini

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah penceritaan yang menyatakan bahawa Adam yang menjadi orang pertama membina Kaabah yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi Ismail, membina semula struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual haji dimulakan untuk umat manusia.Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menetapkan semula dan membersihkan amalan haji di Kaabah setelah ribuan tahun berlalu sejak zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad juga menjadi orang yang memulakan pertukaran kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah.Sepertimana Madinah dirujuk sebagai "Bandar Nabi [Muhammad]" atau hanya "Bandar Muhammad", Makkah pula digelar sebagai "Bandar Ibraham", kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Ibrahim_a.s.

Zaman Nabi Daud Nabi Daud AS tinggal bersama ayahnya di Baitleham iaitu kota kelahiran Nabi Isa AS di bawah pemerintahan Raja Thalut (Bahreisy,1980:326) Allah SWT mengutuskannya sebagai nabi dan rasul dengan diturunkan kepadanya kitab Zabur iaitu kitab suci yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah SWT, kisah umat-umat terdahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang termasuklah perihal kedatangan Nabi Muhammad SAW Allah SWT telah mengurniakan kepada baginda nikmat, ketelitian dan kecekalan amal perbuatan, kebijaksanaan serta kesempurnaan ilmu. Kepakaran yang dikuasai Nabi Daud ialah teknologi pembuatan baju besi. Berdasarkan penjelasan dari al-Quran, dapat difahami bahawa Allah SWT telah mengajar Nabi Daud AS cara membuat baju besi sebagai kegunaan semasa peperangan Satu keistimewaan yang merupakan mukjizat kurniaan Allah SWT kepadanya ialah kebolehan melentur besi sehingga baginda dapat membuat baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya sahaja tanpa menggunakan bantuan api. Fakta daripada ayat tersebut dibuktikan benar dengan penemuan-penemuan ahli arkeologi Barat yang menyatakan bahawa era teknologi besi dunia telah bermula sejak tahun 1200-1000 SM lagi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa ayat 80: Terjemahan: Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju - baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana - mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? Berdasarkan ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT telah memberikan kebolehan kepada Nabi Daud AS supaya beliau mahir dalam ilmu besi untuk kegunaan peperangan.

Zaman Nabi Sulaiman Nabi Sulaiman AS adalah antara nabi yang mempunyai pemerintahan paling hebat dengan mempunyai kehidupan yang mewah, kaya dan menguasai manusia, haiwan dan jin. Kehebatan sains semasa Nabi Sulaiman dapat dilihat dengan pembinaan istana baginda yang dibina dindingnya daripada batu pualam, tiang dan pintunya daripada emas dan tembaga, atapnya daripada perak, hiasan dan ukirannya daripada mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara. Keupayaan baginda untuk berkomunikasi dengan haiwan, menjadikan jin sebagai pekerja dan hamba serta kehebatan baginda menggunakan angin sebagai kenderaan Kisah yang berlaku antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis menggambarkan kehebatan istana yang dibina oleh nabi Sulaiman sehingga menakjubkan Ratu Balqis.Firman Allah SWT:Maksudnya: Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya; sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan kami alirkan baginya air dari tembaga; dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin Tuhannya, dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami, kami akan merasakannya pukulan dari azab api neraka. (Surah Saba: 12) Firman Allah SWT : Maksudnya: Setelah itu dikatakan kepadanya: Dipersilakan masuk kedalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyinsingkan pakaian dari dua betisnya. Nab i Sulaiman berkata: sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. Balqis berdoa:Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama - sam a Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam. (Surah Al-Naml: 44)